2008-04-29

Projek Teater: Teater Patung Kertas

Assalammualaikum!

Hari ni, pepagi lagi aku dah merancang nak tengok teater bertajuk 'Patung Kertas'. Ramai yang kata ceritanya best. Jadi aku pun dengan pantas melayari internet untuk mencari-cari info mengenai teater tersebut. Jumpa! Lalu aku pon terus membeli secara online dua keping tiket (itupun setelah berjanji dengan seseorang untuk pergi sama)...

Nak dipendekkan cerita, aku pun tiba seorang diri ke MTC (Malaysia Tourism Centre) - ala kat bangunan yang ada Saloma Bistro tu. Haaa seorang diri???? Mana pulak perginya member yang dijanjikan tu???? huhuhuh aku tidak mahu memanjang lebarkan cerita itu, biarlah aku fokuskan sahaja pada cerita teater ini.


Aku sampai di MTC tepat jam 8.30 malam. Dalam hati aku dah meracau-racau dah, sebab tiket belum amek lagi..takut burn aje.. Setelah melilau-lilau mencari parking yang tak jumpe-jumpa, akhirnya aku pun meletakkan kereta di seberang jalan berhadapan MTC (tempat parking berbayar RM5). Kemudian bergegas pulak mencari Auditorium Tunku Abdul Rahman...Ish kat mana la pulok tempat ni...setelah melihat map yang terpampang di tepi tangga akhirnya aku menjumpai auditorium tersebut. Fuh dah fullhouse dah... nasib baik boleh amek tiket lagi! (Ye la kan aku dah bayar!)..Aku dibawa ke tempat duduk bernombor F17 dan F16. Hahahahah dua-dua kerusi aku yang punya!!! Masa tu show belum start lagi. Lega....

video

Di atas pentas ada la beberapa mahkluk yang agak pelik pakaiannya sedang beraksi ala-ala patung . Rasanya ada 5 Mahkluk semuanya. Lama jugak rasanya diorang tak bergerak atas stage tu sebab show hanya bermula selepas 10 minit aku duduk. Kematu pulak bontot mahkluk-mahluk tu kat situ hahahhahaa.

Penonton yang datang terdiri dari pelbagai bangsa dan bermacam-macam perangai. Aku??...biasa la..duduk di tempat yang paling strategik..di tengah-tengah auditorium di laluan tengah. Fuh memang clear giler tengok.

Sinopsis:

Teater Patung Kertas arahan Lokman Ghani, pada umumnya mengisahkan konflik hidup satu golongan yang tidak dinafikan telah wujud beribu-ribu tahun dahulu. Kisah yang diutarakan banyak mengupas tentang perlakuan dan gaya hidup golongan lelaki lembut atau mak nyah terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur. Adik Chu (Ashraff Muslim), melangkah manja di awal cerita dengan membawa konflik jiwanya dari kampung ke Kuala Lumpur untuk bertemu idolanya yang juga seorang lelaki lembut dari kampung yang sama iaitu Kak Kay @ Abang Long (Dato' Jalaludin Hassan). Dari situ maka berkembanglah watak-watak lain yang turut menguatkan jalan ceritanya seperti Abang Mus (Ebby Yus) seorang tokey warung yang tinggal bersama sepupunya Suhana (Siti Aishah Atan), seorang janda beranak satu dan watak-watak Mak Nyah lain yang cukup kuat dilakonkan oleh para pelakon yang aku semua tak kenal...huhuuhu.


Klimaks cerita ini adalah apabila Syafiq (anak kepada Suhana) yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, perlu mendapatkan rawatan lanjut dengan menjalani pembedahan. Tapi dengan keadaan Suhana yang serba kekurangan, wang menjadi penghalang kepada usaha itu.


Nak dijadikan cerita, Suhana sebenarnya merupakan bekas kekasih Kak Kay(Jalaludin Hassan). Kak Kay yang bersimpati dengan Suhana akhirnya menyatukan Ibu-ibu ayam seluruh KL dan bercadang untuk mengadakan pertunjukan Patung Kertas bagi mengutip derma untuk pembiayaan pembedahan jantung Syafiq. Selain itu terdapat juga babak-babak Mak Nyah yang berebut kawasan, Mak Nyah dikejar operasi, babak percintaan Kak Kay dan Suhana, babak yang menceritakan kisah Adik Chu sewaktu kecil, dan macam-macam lagi!!! Kene la pi tengok.. (kalau sempat la). Tayangan terakhir adalah esok iaitu pada 30 April 2008. Sempat lagi kalu nak pi beli tiket.

Teater muzikal yang berkonsepkan komedi ringan yang mengenakan harga tiket RM30 dan RM50 ini menampilkan hampir separuh pendokong watak-watak utamanya terdiri daripada golongan lelaki lembut (yang memang lembut betol = tulen). Persembahan berlangsung lebih kurang 3 jam dan bagi saya, memang berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. cukup menghiburkan.

Owh lupa plak nak cerita, antara tetamu kehormat yang hadir sama-sama menonton Teater Patung Kertas dengan aku malam tu adalah Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K!!! Bertuah aku dapat tengok CT secara live sekali lagi. Siap lalu tepi aku tu sebelum dia naik ke pentas untuk bersalaman dengan para pelakon. Jangan Jelessss yeeeeeer!!!

Lepas tamat saja persembahan, aku pun terus beredar. Malas dah nak tunggu..(tunggu sapa?kan aku datang sorang???) Hahaha sebab tu aku terus balik...

PEACE!

video
video

2008-04-28

Lagi Cerita Pagi....

Semalam merupakan satu hari yang amat membosankan.. pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab tak tahan dengan tekak aku yang asyik buat hal je. Batuk tak henti-henti. Sampai perit jugak la tekak aku. aku terus bangun dan cek kat bilik housemate aku. diorang pon masing-masing dah tak de???? huh lagi awal dari aku rupanya diorang.
Sepatutnya aku balik kampung minggu ni tapi, memandangkan keadaan aku yang tak berapa sihat, aku pun bagitau kat mak ku yang tercinta bahawa anakandanya ini tidak dapat pulang kekampung minngu ini. Dah sementelaah aku tak balik kampung, aku pon dok la rumah, buat apa yang patut (cuci baju la apa lagi). Dekat sebakul jugak la baju yang ku dobikan semalam. Lepas selesai mendobi, aku dapat panggilan tepon dari Nazrul yang katanya ada gathering pukul 2 petang. Ayoyoyoy!!!!!! tetiba pulak ada gathering nih...aku dah ada plan lain, sebenarnya aku kene pegi opis untuk settlekan urusan seminar pada esok hari (hari ni la 28 April 2008). Jadi aku tak dapat la menjoinkan diri kat gathering tersebut...rasa rugi la pulak..apa boleh buat, Berkhidmad Untuk Negara!


Ni yang nak diceritakan pasal pagi ni, Seminar Mengenai Audit Alam Sekitar diadakan di Hotel JW Marriot, Putrajaya. Huh mewah giler hotel ni, satu bilik je nak sewa dah makan RM 250.


Aku bertindak sebagai urusetia dokumen, so kenela pastikan semua dokumen untuk diedarkan kepada peserta seminar sentiasa cukup dan lengkap. Disamping tu ada la keje-keje lain yang kene buat seperti mengangkut kotak dan menjadi pendaftar peserta. (heheheh banyak wooo awekasssss gomen!!!).



Awal-awal pagi lagi aku dah bergegas ke Marriot. Sesampai di sana, ku lihat Hanif dan Dasuki dah ready sambil memasang banting dan menyusun meje pendaftaran. Huh lega, atleast tak payah aku yang buat keje-keje tu. Budak-budak lain mana ntah. Tak nampak lagi batang hidung diorang. Peserta pertama yang mendaftar adalah pada jam 730pagi! (Ish awal giler diorang ni dtang??) Terpaksala kami mendaftarkan nama diorang. Bukan susah pon, cek je dalam list pastu suh diorang tandatangan. Tapi dek kerana badan aku yang tak berapa sihat dan tekak aku yang perit ni, keje yang senang tu macam susahhhhhhhhhhhhhh je aku rasakan. Bilalah tubuh badanku nak kembali normal.

Seminar bermula tepat jam 900 pagi. Walaupun target peserta adalah seramai 210 orang, tapi yang datang hari tu hanya seramai 180 orang sahaja. Kira ok la, atleast lebih 70 % yang hadir. Sepanjang seminar tu, aku memang mengantuk giler, lalu ku bawa diriku ke ruangan lobi yang terdapatnya banyak sofa-sofa mewah. Aku pun duduk kat salah satu sofa tu dan tido. HHAHHAHAHHA. tak lama sangat pon, dalam 15 minit je. Lepas tidur barula aku rasa lega sikit. Barulah aku join Hanif, Dasuki dan Kak Tina bersembang kat meja pendaftaran di luar dewan. Aku malas nak dengar seminar tu sebab benda tu dah selalu dengar.
Seminar tamat jam 1 tengahari, selepas lunch (buffet) aku pun terus balik ke ofis. Malas dah aku nak tunggu diorang, nanti kene angkat barang lagi!. ....PEACE!

2008-04-27

Audition ASTRO???

Semalam aku pegi la menemankan kawan aku sorang ni ke briefing untuk satu program terbaru Astro yang diberinama "Don't Forget The Lyrics". Sebenarnya member aku tu dah pergi audition minggu lepas bersama sama dengan seorang lagi sepupu aku. Bukan main lama aku menunggu diorang masa tu, (aku malas nak join audition sebb sedar suara tak sedap) hahahaha. So minggu ni orang Astro tu dah kol member aku tu kata yang dia berjaya dalam audition tersebut dan perlu menghadiri sesi briefing pada minggu ni iaitu semalam la (26 April 2008).
Malangnya sepupu aku tu tak lepas pulak audition tersebut! hahahahaha (tak layak ker???) takpe la jadi audience pun takpe jugak kan???
Apa yang aku nak tulis kat sini, pasal semalam. Member aku kata setiap peserta dibenarkan membawa 2 orang kawan sebagai backup. Ala-ala talian hayat la. So dia letak nama aku!!! hahahah tak pasal-pasal aku pun terlibat dalam ini cerita! Jadi tunggu je la ye bile rancangan tu keluar yer.

Berkhidmat Untuk Negara

Assalammualaikum!

Hari Rabu (23 April 2008).. setelah menjalani beberapa siri perubahan tarikh dan beberapa lapis kritikan pedas akhirnya aturcara lawatan ke tapak projek yang dijangkakan pada awalnya berlangsung pada 24 April akhirnya berjaya dilakukan pada hari ini. Huhuhuhu pening kepala wooo nak menguruskan benda-benda ni.. dah la minggu lepas aku berkursus selama seminggu di EiMAS, terpaksa la pulak bos aku tu yang tolong uruskan.. Thanks la kepada bos aku.

Hari tu, pepagi buta lagi aku dah memaksa diri bangun seawal 5 pagi untuk bersiap-siap. Bukan ada nak bawak barang banyak pon, so aku mencapai kertas 2-3 helai dan juga kamera lalu kumasukkan ke dalam beg galasku. setelah menyelesaikan apa-apa yang patut, aku pun mula bertolak ke ERL Putrajaya untuk ke KLIA. Takda sesiapa yang nak anta aku g KLIA so aku amik la inisiatif sendiri ke sana. Nasib baik ada ERL. Thanks to ERL. hahahaha
.

Sampai KLIA tepat jam 645 pagi. Flight aku pukul 7.20. Aku pun mula menghubungi ahli-ahli rombongan yang lain. Alhamdulillah, diorang semua dah sampai. so senang sikit kerja aku. Kami berlepas dari KLIA ke Alor Setar tepat jam 720 pagi.
















Setelah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, kami disambut oleh pemaju projek dan juga beberapa orang dari Jabatan aku bekerja. ramai juga. Totally d3kat 15 orang semuanya. Dengan meniki 2 buah van, 2 buah pajero dan sebiji perdana kami pun dibawa bersarapan ke sebuah restoran Mamak! (Aduh.. pepagi buta dah kene mamak). Redah jer...

Program start pukul 10.30 pagi dengan agenda pertama adalah lawatan ke tapak projek di Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah, cuaca pagi tu amat baik. Langit sangat cerah. Tak payah la aku cite pasal keje aku kat sini.

Habis lawatan di Bukit Kayu Hitam, kami bertolak pula ke Kuala Jerlun untuk melihat tapak seterusnya. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Indah mata memandang. Matahari plak memang dah terik atas kepala.



Keje aku habis secara rasminya pukul 3 petang. Lepastu free time. Bos aku awal awal lagi dah kol sedara mara dia. So kiranya aku je la yang takda plan apa apa lagi. Aku kol member-member aku yang keje kat Kedah ni, sorang pon takda. Semua tengah kursus!! ceh macam dirancang-rancang je. So aku pun melangkahkan kaki sejauh 2.5 km dari ofis di Kedah tu menuju ke tempat paling popular di Bandaraya Alor Setar iaitu Pekan Rabu. Sempat jugak la aku bersms dengan member-member di ofis Putrajaya kalau-kalau diorang nak kirim apa-apa.

Lama jugak aku tak datang ke Alor Setar ni. Tak banyak la perubahan. Aku melepakkan diri di Mc Donalds dekat dengan City Plaza. Ish bosan giler, jam baru pukul 5 petang. Sebenarnya flight balik ke KL pukul 920 malam!!!! Apa aku nak buat ni.????? Aku pon pegi la jenjalan lagi sekitar kawasan Pekan Rabu tu, Eh banyak jugak rupanya barang yang aku beli. Ada kuih Telinga Keling, Cakar Ayam, Pulut Hitam dan macam-macam lagi. Semua tu aku nak bagi kat mak aku kat kg nanti hehehe.



Kebosanan mula melanda. Kalau ada geng boleh jugakla lepak2 dan bersembang-sembang. Aku pon cari port, nampak satu warung tepi jalan. Aku lepak kat situ sambil minum teh o panas. Hmm apa lagi nak buat yer?????

Dah habis air aku minum.. aku bangun dan terus menuju ke Stesen teksi depan Pekan Rabu. Aku lepak lagi. Jam dah pukul 6.30 petang. Aku target pukul 7 aku akan bergerakmke arirport. So ada setengah jam lagi, aku pon terpaksa la lepak lagi..tengok orang lalu lalang, kereta, bas, teksi dah macam-macam rupa lalu depan aku.


Jam dah tunjuk pukul tujuh petang, aku pon terus pegi cari teksi, dan ada la sorang pakcik teksi yang ofer nak hantar aku pegi airport. Dalam teksi, macam-macam la pakcik tu citer, pasal politik la, pasal harga barang naik la, pasal duit tak cukup la.. Dalam hati aku dah agak dah ni mesti nak mintak tambang lebih ni.... Sampai kat airport aku pon bagi la RM 20 ringgit kat dia walaupon tambang teksi hanya rm 17, 3 ringgit tu aku sedekah kat pakcik tu. Tersenyum lebar dia.

Kat airport aku melepak la lagi sementara menungu Bos aku datang.. Kami bertolak ke KLIA pukul 940 malam sebab kapal terbang delayed. Samapai kat KLIA pukul 10.45 malam. Aku bergegas ke ERL dan naik train dalam pukul 1115 malam. Sampai di Putrajaya pukul 11.35 dan aku terus memandu pulang ke rumah. Aku tiba di rumah jam 12 malam. Huh penat betol..

Nak dijadikan certia keesokkan harinya sampaila hari ni..aku demam!!!! aduh...........

WASSALAM.

2008-04-25

Pulau Redang, Terengganu:Trip Ke Pulau Redang - Bahagian IV

Assalammualaikum!!!

Waduh..waduh... masih sukar untuk aku melupakan kenangan indah di sana! bagaimana ye, buat apa nak lupakan..just jadikan ia sebagai satu memori yang indah untuk dikenang dikala kesengsaraan melanda! Cheeewah..

Hari terakhir di Pulau redang, pagi tu masing-masing bangun lewat..tapi tak la selewat mana pon. Tak ada aktiviti khusus yang dijadualkan untuk kami. so agak relaks la. Selepas bersiap-siap dan berkemas. Kami pon keluar untuk bersarapan pagi (Aku, deennasour, Fadli dan Budiman). Ni last breakfast kami di Laguna, so gunakan sepuas-puasnya. Tapi dalam kepala otak terfikir jugak, kalau mabuk laut nanti habis terkeluar semula benda-benda yang aku makan tu, macm apa yang berlaku pada anak mat salleh pada hari pertama haritu. Ah belasah je lah, kami ersarapan sehingga jam sepuluh setengah. Selepas selesai bersarapan pagi, kami pulang semula ke bilik untuk mengambil bagasi-bagasi yang ditinggalkan. Setelah semua berkumpul di lobi, kami diberi sedikit penerangan mengenai aturcara seterusnya.

Kami dijadualkan menaiki bot ke Kuala Terengganu pada jam 11 pagi. Setelah urusan check out selesai, kami beramai-ramai berjalan kaki ke jeti. Wah ramai betol pengunjung-pengunjung lain yang turut pulang bersama kami! Nasib baik dah ada tiket. Setelah menaiki bot, aku dengan pantasnya terus mengambil sit paling belakng.. tak mahu kejadian yang sama berulang seperti di hari pertama dulu. Sepanjang perjalanan aku berjaya menidurkan diri sehinggalah sampai ke jeti kuala terengganu. Fuh lega, keadaan laut ketika itu amat tenang dan meyakinkan.

Kemudian kami dibawa menaiki bas ke Bandar Kuala Terengganu, kami diberi masa untuk menghabiskan masa di sekitar bandar kuala terengganu. Aku, deennasour, Yana, Maria, Melisa dan Alya bergegas mencari tempat makan kerana perut pada ketika itu meronta-ronta untuk diisi. Aduh, diorang ajak makan di Pizza Hut pulak! Dah la aku ni jenis yang tak suka makan pizza, namun apa kan daya, terpaksa la aku menurut sahaja daripada aku pegi makan sorang-sorang. Member-member yang lai langsung tak nampak muka. Ntah diorang pegi makan kat mana pon aku tak tau. Selepas habis makan (aku makan sepotong pizza dalam keadaan terpaksa) kami pun beramai-ramai berjalan menyusuri China Town menuju ke Pasar Payang. Entah ada apa kat sana pon aku tak tau. Tapi menurut kata orang sebelum ini, tempatnya seakan-akan pasar Siti Khadijah di Kelantan. Memang betul pun, Sampai di Pasar Payang, kami berpecah, aku dan deennasour merubah haluan ke kedai-kedai menjual makanan manakala Maria, Yana, Alya dan Melisa pergi bershoping kain-kain batik dan baju-baju untuk dibawa pulang. Biasa la pompuan...


Sempat lagi aku berposing-posing mengambil gambar di depan jeti (aku tak tau apa nama jeti tu). Jam dah dekat pukul 5 petang, aku dan deennasour bergegas berjalan balik semula ke bas.. Ish semasa perjalanan, si deennasour sempat lagi singgah beli jam tangan kat tepi jalan. Ish.ish.Ish.. tak tau la dah elok ke belum jam tu.


Sampai di bas, aku tengok masih ramai lagi yang belum ada. Hmmm biasala janji melayu.. Bile semua dah berkumpul, macam-macam cerita la keluar. Paling sadiz, kamera Alya hilang!!! Ayyyooooo...banyak gambar best ooo, termasukla gambar aku. Sian kat Alya, dengar citer dia pergi semula ke Pasar Payang untuk cari kemera tu, tapi paham-paham la kan...benda mahal..takkan boleh statik je kat tempat tu..dah kena kebas pon.

Kami di bawa ke satu rumah rehat di Kuala Terengganu. Lama jugak lepak kat situ, sempat lagi aku, Budiman dan deennasour menemankan Fadli pergi gunting rambut kat salon yang terletak di hadapan rumah rehat tersebut. Tepat pukul tujuh, kami bergerak ke Airport. Kapal terbang akan berlepas pada pukul 9 malam. So kami pun menyelesaikan urusan pendaftaran masuk dan lain-lain lagi. Amboi bukan main banyak lagi barang-barang yang diorang beli!

Setiba di LCCT aku terus menghubungi Acid, Geng-geng lain semua dah bertolak balik menaiki bas yang disewa khas ke Klang. Bukan main lama aku tunggu, pukul 12.30 baru si Acid sampai.. Lama giler. Aku siap boleh tidor lagi kat LCCT tu. Aku tiba di rumah tepat jam 1.30 pagi.. Huh penat betul.. nasib baik aku cuti lagi... Sekian la berkahirnya coretan perjalanan ke Pulau Redang.

WASSALAM.

2008-04-22

Pulau Redang, Terengganu:Trip Ke Pulau Redang - Bahagian III

Assalammualaikum!!!

Hari kedua berada di Pulau Redang..Fuh tido semalam memang syok! Sampai kami sebilik semua bangun lewat. Adui ..pagi-pagi lagi dah berlaku kejadian yang tidak diingini. Mengikut program, akan ada satu sesi snorkling dekat Taman Laut. Wah best tuh..dengar-dengar cerita ikan-kan kat situ memang luar biasa! Berwarna-warni! Tapi....

Kami punya la bersiap sakan, siap brekfast lagi araund 905am. Masa tu aku dengan Deennasour je pergi breakfast, Budiman dan Fadli rasanya masih beradu di atas katil. Kat dewan makan kami pun terserempak la dengan member-menber lain, Sam, Wendy, Rex, dll lagila. So kiranya lega la, ingatkan dah lambat.. Time kami tengah makan diorang pun dah beransur...sempat lagi si Sam bagitau kat aku suruh cepat, diorang tunggu kat lobi. Aku ngan Deennasour pon melajukan pemakanan pagi kami. Bile turun ke lobi, aku dan Deennasour nampak la diorang semua dah mula bergerak ke jeti, so aku fikir sempat lagi la lalu aku dan Deennasour pulang ke bilik untuk ambik google and life jacket. Masa di bilik, Budiman and Fadli pon dah berisap2 la. Tapi diorang nak pegi bfast dulu. Aku and Deennasour pon bergegas la berlari ke jeti. Punya la semangat nak menyaksikan pemandangan yang indah di Taman Laut!!! uhuuuuuuu!!!


Tapi apa kan daya, setibanya kami di jeti, Nazrul yang pada ketika itu turu berada di sana memberitahu kami, "Weh kite dah kene tinggal!!!" Aduh...gugur rasa jantungku. Siot betol...mungkin masa diorang berjalan ke jeti ramai-ramai tadi sebenarnya pun bot dah nak gerak. Jadi apa yang kami buat???? Aku dan yang lain2 (geng2 kene tinggal) pun mengatur strategi. Kami bersepakat untuk bersnorkling di tepi-tepi pantai aje.. Lalu berjalan la kami meredah pantai sampai ke hujung teluk. Huh best jugak bersnorkling di tepi pantai, ada jugak la ikan belang-belang untuk ditatap. Waktu tu rasanya matahari memang dah terik giler. tak sampai sejam pun, kami bersnorkling. Masa perjalanan nak balik ke hotel, terdengar suara sayup memanggil ku, rupanya Budiman dan Fadli serta beberapa orang lagi sedang duduk bersarapan di bawah pondok. Waduh...sangat kepulauan gitu! Kami pon meninggalkan Nazrul dan lain-lain yang masih bersemangat nak snorkling. Lepak la sekejap dengan diorang. Tak sampai setengah jam pon kami mengadakan sesi bergambar! Ish pose maut lagi.. hehehe. Then balik bilik untuk sambung tidor.


After lunch kami bersiap-siap nak pegi snorkling lagi! Nazrul cakap petang ni ada satu lagi trip, tapi bukan ke taman laut, kali ni ke laut lepas...dalam wooo. Memang teruja la aku. Punya la bergegas aku bersiap sebab takut terlepas bot lagi. Aku, Nazrul, Budiman dan Fadli saja yang dari group kami pergi join itu snorkling. si Deennasour pulak katanya mengantuk dan malas nak bersnorkilng sbb kakinya dah luka2 akibat aktiviti semalam. Hmmm rugi lah ko Deennasour,....mengalahkan bebudak yang pegi snorkling pagi tadi!

Wah memang best sesi petang ni. Badan aku rasa fresh dan tak mabuk laut lagi. Ombak pun agak tenang hari ni. So aku memang bersemangat la di kala itu. Kami di bawa ke hujung tanjung. Memang dalam la kawasan tu. Tapi apa nak ditakutkan, ada life jacket.. hehehe.
Ish pemandangan di dasar laut tu memang best giler.. Aku sempat la bergambar-gambar di dalam laut hehehe (Nak kasi budak-budak lain jeles!) . Lama jugak la kami bersnorkling, rasanya sampai pukul 5 petang kot. Bile dah balik ke hotel, macam biasa la, aktiviti terjun swiming pool. Tapi aku malas nak join lama-lama, jadi aku, Deennasour, Yana, Melisa, Alya, Fadli and Budiman pon menjalankan sesi fotografi di sekitar kawasan kolam. heheheh.

Dah habis sesi fotografi di kolam, kami ke tepi pantai pula. Dikejauhan kami melihat geng-geng kami tengah snorkling di pinggir tanjung sana. wah diorang nih, taknak kalah. Katanya ada anak ikan jerung kat situ. Hmm takpe lah, malas dah aku nak bersnorkling. Lalu aku dan budak berempat tadi pon just mandi-mandi di pinggir pantai. Sampai la dekat pukul 7 malam. Terus balik bilik dan mandi. Aktiviti malam tu adalah aktiviti bebas. Dah tak ada aktiviti khas macam semalam. so aku dan yang lain-lain pon lepak-lepak la beramai-ramai di tepi pantai, berkaraoke dan lepak lagi sampai la pukul 1 pagi.... then apa terjadi keesokan hari???

...to be continue.

WASSALAM.

2008-04-21

Pagi Yang Gelap

Luahan rasa... 

Hari ini dalam sejarah. Tak tahu apa la yang sedang berlangsung dalam hidup aku ketika ini. semua benda serba tak kena. Adus!!! Tensen betol la. Dengan masalah di tempat kerja yang semakin hari semakin menunjukkan taringnya. Rasa macam tak caya je, surat pengesahan jawatan yang aku terima minggu lepas, tanggal 10 April 2008 telah merubah segala-galanya. Ish.ish..sedih plak time-time macam ni.. Tak tau la macamana feeling aku sebenarnya tatkala menerima surat tersebut. Nak kata gembira???? Mungkin la, tapi bukan 100%, sebenarnya macam takda rasa apa-apa pon.

Macam-macam benda kene settle bulan ni. Kalaulah diri aku ni boleh di duplicate kan kepada 4 atau 5 orang kan bagus, Ish..terkejar-kejar ke sana sini. Buat keje yang tak siap-siap..kene marah dengan bos lagi. Memang setiap hari aku rasa semakin menjunam dan jatuh. Tak tau la apa yang dapat menaikkan semangat aku semula. Setiap kali ingat balik benda-benda kat ofis, mesti rasa macam ....ish...susah nak cerita.. Bukan senang jadi pekerja gomen di Jabatan...... ni. Entahla kenapa tanggapan masyarakat selalu mengatakan yang kerja gomen senang, tak banayk keje, banyak masa dan bla..bla..bla.. Tapi hakikatnya apa yang aku lalui ni takde mencerminkan benda-benda tu pon??? Keje gomen yang mana yang boleh buat camtu ek? Rasanya aku nak apply la.

Tapi masalah aku sekarang, aku tak tau nak menyuarakan perkara-perkara ni pada siapa. Hmm sebab tu aku tulis kat sini. Dengan harapan apa yang aku tulis ni kekal dalam blog aku ni dan tak lekat dalam kepala otak aku. Menurut seorang pakar motivasi yang aku sendiri dah lupa namanya, kaedah yang aku buat ni mungkin berkesan untuk menghilangkan tensen dan stress. Betol ker?? tu yang aku nak try nih.

Klimaks kepada ketensionan aku...hari ni pepagi lagi dah dapat memo dr bos aku.. macam-macam komplen kononnya. Adus.. tak tau la aku nak buat apa lagi. terfikir jugak kekadang tu, layak ke aku duduk kat kerusi aku sekarang??? Better be focus on one thing. Aku nak try capai target aku tahun ni dan I will leave this job forever! Kene keje keras ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan aku dan buka jalan supaya aku dapat terus berjuang untuk target itu!.
.
Kengkawan yang sentiasa di sisi, thank you for all your support. Korang yang dekat sentiasa dengan diri ini selain famili tersayang, jangan biarkan aku putus harapan...

WASSALAM

Pulau Redang, Terengganu: Trip Ke Pulau Redang - Bahagian II

Assalammualaikum!!!

Sambung lagi.

Sejuk betol hari ni... dah la aku lupa nak bawa baju sejuk. Takpe lah, kene tahan.Biasa-biasakan diri yer, nanti nak pegi oversea senang!

Aku nak sambung lagi citer pasal trip ke Pulau Redang. Macam-macam perkara berlaku masa naik bot tu. Yang paling kritkal ialah aku mengalami mabuk laut! Adus..belum pernah aku alami perkara sebegitu. Paling teruk, budak mat saleh depan aku dah memuntahkan makanannya yang aku rasa macam ada kentang goreng dan double cheese burger yang dimakan masa breakfast pagi tadi. Aku pon apa lagi, memang dah tak tertahan dah, lantas ku ambil jacjket ku dan ku kaburi pandanganku dengan jacket tersebut. Nyaris-nyaris tersembur aku..takpe aku masih mampu bertahan. Punya la lama perjalanan naik bot ke Pulau Redang, ku fikirkan setengan jam je.. rupanya dekat sejam lebih! Ditambah pula dengan insiden penahanan oleh Jabatan Laut. Aduh, sudahla lautan bergelora, bila bot berhenti lagi la terasa kegeloraannya tuh! Cepat la sampai Pulau Redang! Cepatlah sampai!!!!


Sejam lebih bertarung dalam bot akhirnya kami sampai ke jeti Laguna. Fuh lega. Aku adalah antara yang terawal memboloskan diri keluar dari bot. Tatkala kaki melangkah keluar, terpegun aku melihat keindahan kawasan sekitar jeti tersebut. Subhanallah..cantiknya laut! Sumpah aku tak pernah tengok secara live pemandangan laut sebiru ini. Aku pun apa lagi, memulakan aktiviti aku yang biasa la iaitu mengambil gambar! Kami dibawa ke dewan ketibaan, atau sebenarnya Waiting Hall (dewan menunggu). Di sana ada la sorang staff Laguna, yang slang mat salehnya agak mengkompiuskan memberi penerangan tentang aktiviti yang bakal kami lalui sepanjang 3 hari di situ. Sebenarnya, sepanjang sesi penerangan tu, aku tidor jer.. maklumla nak cover balik semangat dalam bot tadi.

Selepas habis sesi penerangan, kami dibawa menaiki sebuah kenderaan yang aku tak tau nak panggil apa, nak kata bas, bukan, lori pon bukan. Pendek kata kenderaan yang mengangkut kami lah untuk ke Lobi Hotel tersebut.
Dekat jer sebenarnya, jalan kaki tak sampai sepuluh minit. kami pon tiba di lobi. Wah memang mewah la hotel ni. Kami disambut dengan segelas air, tak tau la air apa. Diorang kata air asam boi. Agaknya la. Sedap gak air tu. Kami berkumpul di lobi sementara 'AhYong' (orang yang menguruskan kami sepanjang trip ini) menguruskan pendaftaran di kaunter. Kendian, kami pon dibawa ke ruang makan untuk lunch. Jam masa tu dah pukul 12.30. Agak menyelerakan juga lauk pauk di situ. Sambil menikmati pemandangan laut Cina Selatan yang indah, aku pon menyuap berkali-kali sehingga tak perasan ada seekor tupai melintas dihadapanku dengan begitu pantas.. Sempat jugak aku snap gambar makhluk berbulu tu.!!!


Lepas Lunch, kami pun masuk la ke bilik masing-masing. Aku ditempatkan sebilik dengan deennasour, Fadli dan Budiman. Diorang memang happening! Masuk je bilik, aku pon menghempaskan diri ke katil dan hampir terlena....

kami diberitahu, jam 2.30 petang, satu aktiviti snorkling akan dilakukan. Wah memang best snorkling. Tapi badan aku masih rasa tak sedap sebab insiden dalam bot pagi tadi. Jadi nak snorkling pon tak berapa best la. Kami dibawa ke satu kawasan yang agak cetek. Snorkling kat situ memang best. Tak silap aku ada 3 bot skali bersnokling kat situ. Fuf ramai gler.. campur ngan pelancong-pelancong lain lagi. Ehem..ehem mata pon melilau la tengok pemandangan yang indah-indah di situ.!!!

Macam-macam hal berlaku, ada yang terjun , eksited nak snorkling...bila dah dalam laut..statik je..tak bergerak-gerak..(ops???) kesian orang tu.. Ada jugak yang terapung beramai-ramai bersama juruselam yang pakar. Tapi aku dok berenang sensorang..tengok-tengok ikan seekor dua dan terus naik bot semula. Aduh mabuk laut aku datang lagi. So aku dok je dalm bot sampai diorang semua naik. Jam 5.30 petang kami pon balik semula ke hotel.

Sampai di hotel, bukan terus balik bilik. Aku, Nazrul, deennasour, Fadli,Budiman dan beberapa yang lain(tak ingat sangat nama) terus menerjunkan diri ke dalam swiming pool! hahaha siap dengan Jakuzzi lagi. Lepas tu, aku ngan diorang semua pegi jenjalan tepi pantai. sambil menjalankan sesi fotografi. Waduh-waduh..macam-macam pose aku buat!


Tetiba Wendy panggil aku, "Rin, jom naik banana boat!" Ha??? Aku pon apa lagi., terus ajak lenlain sekali untuk naik banana boat. Dulu pernah la skali aku naik menatang tu..tapi 7 tahun yang lalu..Kini?? Setelah mengatur-atur orang. ada la 8 orang yang nak naik semuanya. So kene dua trip lor. Aku masuk first trip, sekali dengan Rex, Kamal dan deennasour. Wah Excited betol ni.. Memang laju gler sambil mengenjut-enjut bak menunggang kuda liar!. Siot punya driver boat tu.. kami dijatuhkan di tengah lautan membiru tu. Nasib baik ada life jacket yang mampu menampung aku terapung di permukaan. Sakit badan-badan aku..Kami terapung-apung manja di tengah lautan.. best jugak sebenarnya. Lepas tu naik semula ke atas banana bot sehinggalah 3 kali kejadian yang sama berulang! Aduh memang mengerikan.

Lepas je sampai ke pantai, aku dan nordin terus balik bilik.Adui aku memang dah tak larat dah. Aku tidor sampai kul brapa pon tak tau. Semua kejadian yang berlaku disekeliling hanya didengari bagai mimpi yang sayup. hahahah.

Jam dah dekat pukul 8! Alamak.. Aku cari deennasour. Eh ke mana pulak mamat nih. Aku, Budiman dan Fadli pon bersiap-siap untuk pergi dinner. Time tu kelibat deennasour tak nampak lagi. Ish takkan kene culik ngan monyet plak.?? Sebab kat belakang bilik aku tu ada signboard tulis 'Do not Feed the monkey'. Kompius-kompius.

Kat dewan makan aku jumpa yang lain-lain skali. Yana, Maria, Melisa dan Alya duduk semeja ngan aku. Diorang pon sibuk tanya mana deennasour. Ish siap telipon pon tak jawab nih! Sampai la satu ketika, datangla deennasour dengan wajah selambanya.. "Aku tidor tepi laut tu...." Ceh. Patutla cari tak jumpa. Mesti ngigau jumpa ikan duyong tadi.

Lepas aktiviti mengenyangkan perot, kami semua berkumpul di lobi hotel. Sam(leader kami) bagitau yang ada satu sesi khas kat dalam dewan. Adui,,....baru ingat nak g jenjalan tepi pantai di waktu malam. So kami semua pun berkumpul la dalam dewan tu...lama gak sampai pukul 12 malam... hehehe apa yang berlaku dalam dewan tu??

RAHSIA.. hanya yang masuk dalm tu je tau.

... to be continue.

WASSALAM.

Pulau Redang, Terengganu: Trip Ke Pulau Redang - Bahagian 1

Assalammualaikum!

Tanggal 4 April 2088, buat pertama kalinya kaki ini dijejakkan ke sebuah pulau yang sangatlah indah. Memang kekaguman terus menyelubungi diri ini tatkala mata terpandang ke arah lautan luas yang membiru dihadapan ku. cewah bahasa yang agak berbunga di situ ye.

Sebenarnya dari jam 11.50 malam (3 April 2008) lagi aku dah dah gerakkan diri sepenuhnya untuk ke Pulau Redang. Aku paksa Acid(member terbaek aku sejak belum cukup umor) menghantar aku ke LCCT (lapangan terbang Tambang Murah) yang juga pertama kalu aku jejaki. Mula-mula jenuh jugak fikir, sapelah yang nak menghantar dan menjemput aku di airport nanti. Nak pergi sendiri, tak tau plak nanti nak park kete poshe aku tu kat mana. Secara kebetulan, Acid berkursus di PERMATA, Bangi, apa lagi, akupun menggunakan dia sepenuhnya. (Member umah aku selalunya takda, so takut berlaku kejadian tak diingini di kemudian hari). So malam tu, tepat jam 1130, aku dan Acid pun beraangkatlah membelah Lebuhraya Utara Selatan, masuk ke persimpangan KLIA dan terus melalui tol ke KLIA dan menyusuri ke kiri menghala ke LCCT. Sebenarnya kami dua orang memang tak tau pon jalan nak ke sana... so Redah Jer la. Berpandukan signboard, akhirnya sampailah kami ke LCCT yang tak berapa nak indah dipandang mata tu.. nampak macam gudang kain kat Nilai 3 jer.

Dek kerana lapar sebab tak sempat nak dinner tadi, kami pon ber'dinner' lah kat Mc Donalds yang memang dah siap tunggu kami dalam LCCT tu. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. ISh..lama lagi pulak tu nak tunggu pukul 5 pagi.. Memang keje giler. Kalau nak ikutkan hati, aku memang nak suruh si Acid tu hantar aku pukul 5 pagi, tapi apakan daya, memandangkan rasa belas kasihan aku kepada orang yang berkursus..aku korbankanlah diri seawal 1230 pagi di LCCT. Habis je LUNCH, aku suruh Acid balik. Tinggallah aku seorang diri melihat orang ramai di sekitar LCCT..diorang pon lebih kurang aku gak, tunggu masa nak gerak.

Jadi, apa yang aku buat kat situ??? Apa lagi..aku cari port baekkk punya terus la melenakan diri. Memang ramai yang buat cenggituh. Apa lagi sambil mendengar lagu-lagu yang tak berapa sedap nak dengar, aku pon tertidor... Sedar-sedar dah kul 430 pagi. Cek dulu masih adakah bagasi-bagasi aku .. fuh nasib baik ada. Tak samapai berapa minit kemudian..Nazrul (aku punya rakan kongsi) kol aku. "Weh kami dah sampi ni, mana ko?" tanyanya. Aku pon suruh la dia tunggu kat depan pintu lalu aku bergegas mendapatkan mereka. MEREKA??? Ramai ke yang nak join pegi Pualau Redang tu??? Sebenarnya jumlah ahli rombongan adalah seramai 52 orang. Fuh! Giler Ramai! Apa boleh buat, kami memang camtu, suke pegi jalan ramai-ramai!


Bila dah berkumpul.. Mula la sibok citer macam-macam perkara. Dan tepat pukul 5 pagi, kami semua sibok meng'check in' kan diri. Sebenarnya flight kami jam 7 pagi. Dipendekkan cerita, bila jam dah pukul 645, kami pon berpusu-pusu lah naik kapal terbang ke Kuala Terengganu. Separuh kapal terbang tu penuh ngan kami jer!!!


Tiba di Kuala Terengganu Airport tepat jam 8.30pagi. Samapai di sana, dah ada bas menunggu kami, bas dari pihak resort tempat kami bercuti di Pulau Redang iaitu LAGUNA Resort. Kami pon naik la bas tu, ada dua bas semuanya. Bas pon bawak kami ke sebuah jeti sebelum meneruskan pelayaran ke Pulau Redang.

Sepanjang perjalanan naik bot tu, ada sesuatu berlaku...HAH?? APA DIA??

....to be continue.

WASSALAM.

Selamat Datang!!! My New Blog!

Assalamualaikum!!!

Secara rasminya hari ini (21 April 2008) sebuah lagi side blog telah dibuka... mungkin ramai yang tanya: "kenapa nak bukak satu lagi blog sedangkan dah ada janggeltrekking sebelum ini?". Ya, memang saya dah ada blog sebelum ini iaitu janggeltrekking, tapi yang itu saya khususkan untuk memuatkan idea-idea mengenai 'Alam Sekitar dan Isu-isu berkaitan dengannya' sahaja. Ada faham?

Jadi, blog kedua yang saya sediakan ini pula lebih menjurus kepada perkara-perkara realiti yang lain, yang lebih ekstrem dan santai.. tidak mengandungi unsur-unsur kritikal seperti di blog janggeltrekking. Sebenarnya macam-macam benda yang saya nak muat turunkan ke dalam blog ini, dah sehingga kini... dah melimpah ruah idea dalam kepala otak ni..cuma masa je yang terbatas. Almaklumla kehidupan perlu diteruskan, benda yang wajib perlu diutamakan terlebih dulu. Tapi jangan risau, semuanya akan berada di sini seandainya tiada aral melintang..huahuahua.

Berbekalkan sedikit ilmu dan ke'happening'an hidup yang saya telah, sedang dan akan lalui, akan saya curahkan semuanya disini..bak kata orang; ibarat diari kehidupan lah. (kononnya). Sesiapa yang ingin mengenali saya dengan lebih dekat, silakan terus menilai dan mencurahkan pendapat sekiranya ada bagi membantu saya menjalani kehidupan dengan lebih 'extravaganzzz'.

Selamat membaca, mengomen, mengkritik, men'join' dan lain-lain lagi. Enjoy the SUN!!!!

Pssttt: Artikel-artikel yang dikeluarkan sebelum entry ini adalah artikel yang diekstrak daripada Blog Asal Behid These Hazel's Eyes :)

Pssttt 2: Secara rasminya blog Behid These Hazel's Eyes ditutup.

2008-04-14

Visit Malaysia: Taman Alam Nature Park ~ PART 2

Assalammualaikum!

Continued from the previous issue.. "Taman Alam Nature Park". I found this article from Utusan Malaysia dated on 28 March 2008. Please read this article for further information regarding this beautiful place.

"KUALA SELANGOR 28 Mac – Jika anda masih mencari-cari lokasi yang keindahan alam semula jadi masih belum tercemar dek arus pembangunan, Taman Alam Kuala Selangor pasti memberi anda pengalaman manis yang sukar dilupakan.
Ini kerana alam semula jadinya masih ‘dara’ tanpa sedikit pun pencemaran, sekali gus menjadikan taman tersebut sentiasa mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing.

Taman seluas 296 hektar itu dibuka pada tahun 1987 dan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hutan hujan tropika seluas 201 hektar dan selebihnya merupakan hutan paya bakau.
Taman itu diletakkan di bawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan persatuan itu jelas berjaya mengekalkan keindahan alam semulajadinya tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi ‘penghuni’ setia di situ.

Jika anda mahu ke sana, perjalanan untuk ke taman yang terletak bersebelahan dengan Bukit Melawati itu hanya mengambil masa satu jam sahaja dari Kuala Lumpur.

Walaupun taman itu agak terpencil dan kurang dikenali, namun ia masih mampu menarik ramai pengunjung setiap hari terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Selain kehijauan tumbuhan, Taman Alam itu juga merupakan sebuah taman burung dan pengunjung akan berpeluang melihat sendiri pelbagai jenis spesies burung yang hidup liar dan bebas di taman itu.

Menurut Pegawai Pengurusan Taman Alam Kuala Selangor, Asokumar Rajadurai, terdapat 156 jenis spesies burung di situ, termasuk burung-burung dari luar negara seperti dari Siberia yang berhijrah dari negara mereka terutamanya pada bulan September hingga April.

“Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasan sejuk di hemisfera utara yang mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.

“Antara spesies burung tempatan yang menjadi penghuni setia di taman ini ialah burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau, helang bahu hitam dan jika anda bernasib baik, pasti kelibat burung helang merah pasti memukau pandangan mata.

“Manakala burung-burung yang berhijrah pula ialah seperti purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler, purple swamphen dan banyak lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi memudahkan pengunjung melihat kehadiran burung-burung tersebut, beberapa menara tinjau disediakan untuk para pengunjung.

Mereka pastinya akan terpegun dan leka menyaksikan pelbagai mergastua berterbangan bebas di alam semulajadinya tanpa gangguan.

Kehadiran burung-burung itu juga menjadikannya taman tersebut sebagai sebuah lokasi yang paling menarik untuk dilawati, selain kelip-kelip di Kampung Kuantan, tidak jauh dari situ.
Malah, taman itu juga menjadi tumpuan para saintis dan pengkaji untuk menyelidik tentang habitat dan kehidupan burung-burung tersebut.

Selain dapat melihat pelbagai burung-burung yang sukar dilihat di tempat lain, di taman ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan liar yang masih terpelihara.

Di kawasan hutan paya bakau yang meliputi kawasan seluas kira-kira 100 hektar pula, pengunjung boleh menyaksikan banyak spesies haiwan yang jarang ditemui.

Hutan paya bakau yang terbentang luas untuk diterokai itu juga pasti memberi pengalaman baru yang berbeza kepada setiap pengunjung.

Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai ejen pengekalan ekosistem di kawasan itu, malah turut menjadi habitat semula jadi kepada beberapa jenis haiwan. Bagi pengunjung yang belum pernah melihat spesies haiwan yang menghuni paya bakau, inilah tempatnya untuk ‘berkenalan’ dengan haiwan-haiwan tersebut. Terdapat pelbagai spesies siput seperti siput sedut, siput roman dan siput beliung menanti pengunjung di tasik buatan manusia seluas lapan hektar yang terletak di tengah-tengah taman tersebut. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat ikan belacak yang gemar bermain di akar-akar kayu pokok bakau serta beratus-ratus ekor ketam batu yang berwarna-warni membina sarangnya. Tetapi, pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati apabila meneroka taman tersebut kerana kebanyakan haiwan seperti biawak, memerang, belatuk, bangau dan lotong oren dibiarkan hidup bebas di habitat itu. Di samping melihat haiwan, aktiviti lain turut disediakan di taman itu seperti aktiviti mandi lumpur, penanaman semula pokok kayu bakau serta aktiviti pendidikan dan penyelidikan untuk pelajar-pelajar sekolah. Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan suasana malam sambil mendengar ‘kicauan’ cengkerik di taman itu, mereka boleh menginap di taman tersebut. Taman Alam dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan bayaran RM4 bagi dewasa dan RM1 bagi yang berumur 17 tahun ke bawah dikenakan."

Sumber: Google