2008-07-29

Diari Umrah (Part 2): Kota Madinah dan Sekitarnya

Assalammualaikum!

Bahagian 2...

Salam... aku masih dalam mood cuti la. Tak semangat langsung nak kerja, tapi memandangkan banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan aku gagahkan jugak kaki ni masuk opis walaupun hati masih ada kat Mekah.. (wah!!!). Huhuhu seriusly I miss both of Tanah Haram (Mekah n Madinah).

Selesai hari pertama merehatkan diri sambil beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, sempat juga kami pergi bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid Nabawi yang terdapat banyak kedai-kedai jualan pelbagai jenis barangan. Wah kagum betol, segala bangsa Arab ada kat sini, dan yang paling aku kagum, they all can speak Malay!!!! Mak aku cakap, sebab di sana sudah ramai orang Indo dan Bangla yang bekerja, so Bahasa Melayu is quite familiar dengan diorang. Alhamdulillah..senang kami nak shopping!!! hehehe.

Hari ke dua, kami dibawa menziarah di kawasan Masjid Nabawi oleh Ustaz Khairi, Ustaz yang mengetuai rombongan umrah kami. Firstly, kami berjalan beramai-ramai menuju ke Perkuburan Baqi' (sebutannya Bakek). Di situlah tempat persemadian kebanyakan penduduk Madinah dan sebahagian besar ahli keluarga Rasullullah dan juga para sahabat dikebumikan. Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan perkuburan, jadi hamnya jemaah lelaki sahaja yang masuk. Di situ juga bersemadinya jasad Usman Bin Affan, Khalifah dan sahabat Rasullullah. Ada sejarah disebalik persemadiannya di situ.

Selepas selesai menziarah perkuburan Baqi', kami dibawa pula menziarah makam Rasullullah. Alhamdulillah, dapat juga aku menyampaikan salam kepada Baginda Rasul dan salam teman-teman juga kusampaikan kepada baginda. Terasa insaf diri ini bile berada di hadapan makam dan berselawat ke atas Baginda. Selesai menziarah makam, gue berpeluang bersolat hajat di dalam Raudhah (Rumah Siti Aishah di mana Makam Baginda Rasul dikebumikan. Walaupun keadaan sesak, alhamdulillah, aku berjaya menyelitkan diri untuk bersujud memohon keberkatan dari-Nya. Waktu tengah berselawat dan menyampaikan salam tetibe ada sorang pakcik Arab datang dan memimpin kami (aku dah terpisah dari rombongan) berselawat dan berdoa depan  makam nabi...lepas habis tu dia mintak duit. Haish pelik rasanya. Aku tak sempat nak bagi duit 1 riyal kat dia sebab dia dah hilang. Subhanallah...

Hari kedua tidak banyak tempat yang dilawati, jadi berulang alik dari hotel ke masjid memenuhi waktu-waktu solat. Tapi sambil-sambil tu, sempat jugak singgah ke kedai -kedai di kaki-kaki lima untuk bershopping! heheheh. Rezeki saudara-mara di Malaysia.

Hari ketiga pulak, perjalan agak jauh, kami dibawa menziarah Masjid Quba' (sebutannya Kubak), masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah dalam penghijrahannya ke Kota Madinah. Masjid putih ini tersergam indah dengan dua menara tinggi yang melambangkan keagungannya. Subhanallah...

Selesai menziarah Masjid Quba', kami dibawa pula melawat kebun kurma (ladang kurma). Hahahah ni la masa yang paling baik untuk membeli kurma. Tika ini, di negara arab sedang mengalami musim panas, dan musim panas adalah masa yang paling baik untuk buah kurma. Memang banyak pokok-pokok kurma yang hidup subur di Madinah. Dan, kurma Madinah adalah kurma yang terbaik di dunia! Apa lagi, shopping!!!!

Selesai ke kebun kurma, kami dibawa pula menlawat tapak perkampungan Yahuddi di pinggir bandar Madinah. Dah takda orang tinggal kat situ. Yang ada hanyalah tapak-tapak istana dan bekas telaga Yahuddi yang dah tak terjaga. Memang dasar kerajaan Arab Saudi untuk tidak membangunkan kawasan tersebut. Sejarahnya, di situlah tempat orang-orang Yahuddi merancang untuk membunuh Baginda Rasul dengan menjatuhkan batu besar. Namun Jibril lebih pantas menyebarkan berita itu ke telinga Baginda, lalu baginda mengusir semua puak Yahuddi keluar dari Kota Madinah.

Kemudian, kami dibawa ke Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat). Tak jauh pun dari perkampungan Yahuddi tadi. Sejarahnya, di situlah ketika nabi sedang mengerjakan solat, Allah SWT menurunkan perintah menukar kiblat daripada Baitul Muqaddis ke Kaabah di Mekah.

Penutup kepada ziarah kami pada hari itu, kami dibawa ke Pasar Kurma yang terletak di tengah-tengah bandar Madinah. Memang banyak betol kurma kat sana, macam-macam jenis dan macam - macam harga!. Shopping lagi...

Hmm penat jugak la berjalan sambil mengenang kembalik sejarah Baginda Rasul yang ada di antaranya belum pernah gue dengar. Alhamdulillah, bertambah juga ilmu pengetahuan. Esoknya ada cerita lagi menarik!! ...to be continued....

Perkarangan Masjid Nabawi.
Perkarangan Masjid Nabawi di waktu pagi.Jam lebih kurang pukul 7.00 pagi selepas solat subuh kami kebiasaannya akan balik ke hotel dan merayau-rayau di kedai -kedai di sekitar masjid.
Sepanjang kaki lima Masjid Nabawi.


Tanah Perkuburan Baqi' merupakan yang tertua di Madinah.
Masjid Qiblatain.
Di hadapan Masjid Qiblatain
Peniaga di kaki lima sekitar Masjid Qiblatain.

Lagi peniaga kaki lima

Yang ni aku tak sure masjid apa, sebab aku nampak dari dalam bas je.
Pokok Kurma

Pasar kurma di Madinah.
Kawasan perkuburan di hadapan Jabal Uhud.

Lagi peniaga kaki lima
Bukit Terbakar

Di atas timbunan batu terbakar

Bukit Magnet.
Pemandangan di Bukit Magnet.


Perkampungan Yahuddi di pinggir bandar Madinah.
Lagi pasar kurma.
Deretan kedai di sekitar bandar Madinah
Antara Kedai yang terdapat sepanjang jalan ke Masjid Nabawi

2008-07-28

Diari Umrah (Part 1) - Dari Kuala Lumpur Ke Madinah

Assalammualaikum!

Bahagian 1

Assalamualaikum…hush lama gak aku tak meng’update’ blog aku ni kan? Dah lebih 2 minggu!!! Huhuh… Alhamdulillah pada 21 Julai 2008 aku dan keluarga selamat pulang ke Malaysia. Kami bertolak dari Airport Jeddah jam 9.00 malam dan tiba di KLIA pada jam 1.30 tengahari. Lama giler weh dalam kapalterbang. Dekat 9 jam.

Pengalaman mengerjakan umrah kali pertama memang menyeronokkan dan menginsafkan. Ketika diri ini berada di hadapan Kaabah..ishhh syahdu sangat! Macam tak percaya aku kini berdiri betul-betul di hadapan Baitullah yang menjadi lambang penyatuan Ummat Islam Sejagat! Subhanallah….

Aku bertolak dari KLIA ke Lapangan Terbang Jeddah pada 9 Julai 2008 jam 1.50 petang. Kami (rombongan umrah yang terdiri daripada 72 orang jemaah Malaysia berkumpul di KLIA seawal jam 10.00 pagi lagi. Maklumlah nak menyettlekan urusan passport dan sebagainya. Setelah diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan iaitu Ustaz Hamzah dan penyerahan passport ke pihak Airport, akhirnya kami pon bersedia untuk berlepas. Berdebar-debar jugak masa tu. Huhuhuh maklumlah belum pernah naik kapal tebang Saudi Arabian.

Kapal terbang berlepas jam 1.30 tengahari, memang best dok dalam kapal tu sebab kami semua duduk satu kumpulan dan bersembang-sembang. Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 9 jam. Naik kebas juga punggung ni tapi seronok. Kami tiba di Jeddah jam 6 petang waktu Jeddah. Berdebar-debar betul masa baru dari kapalterbang, terasa bahang panas mentari dan debu-debu padang pasir berterbangan di sekitar kawasan airport yang masih dalam pengubahsuaian tu. Airport Jeddah tak secanggih KLIA, malahan jauh lagi hampeh..tapi di sinilah berjuta-juta Jemaah Haji setiap tahun berkumpul sebelum berlepas ke Mekah.

Setelah memunggah barang-barang dan menaiki bas yang sedia menunggu kami di airport, kami akan dibawak ke Kota Madinah. Wahhh kali ini perjalanan mengambil masa 6 ke 7 jam!!! Waduhhhhhhh lama nya… Kami sempat singgah makan dan bersolat maghrib – isya’ di sebuah masjid kecil di tepi jalan. Jam dah pukul 9 malam dah masa tu. Suhu sekeliling lebih kurang 45oC. Setelah selesai makan dan bersolat, kami meneruskan perjalanan ke Madinah.

Kami tiba di Madinah jam 1.00 pagi. Wah dari jauh kelihatan tersergam indah menara-menara Masjid Nabawi yang begitu cantik!! Sekali lagi aku terkagum! Masjid Nabawi memang paling indah!. Ya Allah, aku bersyukur kerana peluang yang diberikan ini sangat berharga… Subhanallah..

Kami tiba di hotel jam 1.15 pagi, hotel tempat kami menginap adalah hotel Mawaddah Al-Safwa yang terletak 70 meter je dari Masjid Nabawi! Hehehe best sangat. Sampai di hotel, kami diberi sedikit taklimat mengenai program yang akan dijalankan pada esok hari. Sebetulnya esok tiada apa-apa program yang dijadualkan. Kami dibenarkan berehat dan mengerjakan ibadah di Masjid Nabawi. Alhamdulillah, dapat juga berehat menghilangkan lenguh-lenguh pinggang kerana banyak sangat duduk. Hehehe.

Setelah tidur yang singkat, jam 3.00 pagi aku dikejutkan untuk bersiap ke masjid. Mak ai!, awalnya!!! Subuh di Madinah adalah pada jam 4.30 pagi. Ada lebih kurang sejam setengah lagi. Tapi memandangkan peluang berada di tanah haram bukan datang selalu, aku gagahkan juga diri ini bersiap. Kami bergerak ke Masjid Nabawi dalam jam 3.30 pagi. Samapi di pintu masjid, kekagumanku datang lagi. Subhanallah…indah sungguh masjid ini. Aku terpaku seketika. Masjid Nabawi bagiku tiada tandingan dengan masjid-masjid yang ada di Malaysia. Sungguh indah dan….sangat BESAR!!!! Fully aircondition!! Tak terasa langsung kehangatan bumi Madinah. Aku terus masuk ke masjid dan mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid. Yang paling best, dapat duduk di bahagian hadapan masjid (bahagian asal Masjid Nabawi) sebab masa tu tak ramai lagi orang. Sementara menunggu waktu subuh, masa lapangku kupenuhi dengan zikir dan istigfar. Mudah-mudahan kehadiran ku ke tanah haram ini mendapat berkat dan memberikan pengalaman manis untukku….

To be continued

Inilah bagasi kami!
Team kami di KLIA, sebelum berlepas ke Jeddah
Bandar Jeddah dari udara
Ketibaan di Lapangan Terbang Jeddah
Keadaan jalanraya yang sesak.
Singgah makan di mana tah aku pon tak ingat.

Dari jauh dah nampak menara-menara Masjid Nabawi bercahaya.

Keadaan di dalam Masjid Nabawi

Aku dan Ibu di depan Masjid Nabawi
WASSALAM.

2008-07-09

::Besujud di Depan Kaabah::

Assalamualaikum..


Saat ini kami sekeluarga mungkin telah selamat berada di Tanah Suci bagi mengerjakan tuntutan ibadah yang menguji kekuatan dan kesempurnaan iman sebagai seorang manusia. Alhamdulillah, tatkala rezeki itu datang, aku tidak mampu untuk menepisnya kerana hati ini begitu meronta-ronta untuk bersujud di hadapan Kaabah, memijak Tanah Haram yang menjadi impian setiap ummat manusia. Mungkin diri ini belum cukup sempurna untuk menjadi khalifah yang layak dijadikan contoh, namun aku bersyukur kerana peluang ini secara tidak langsung mendidik aku ke arah itu.


Sedangkan belumpun sampai di sana, rindu itu telah muncul…inikan pula bila kaki ini telah betul-betul memijak pasir dan debu tanah haram-Mu…

Harapanku, teman-temanku dapat mendoakan aku agar dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna, dapat pergi dan pulang dengan selamat dan doakan kesejahteraan kami sekeluarga di sana. Amin…Insyaallah segala-galanya akan disimpin di dalam kotak ingatanku…

2008-07-05

::Review Filem ~ SEPI::

Semalam, aku sempat menghabiskan masa yang ada dengan menonton sebuah filem yang kurasakan cukup indah. Memang benar apa yang diperkatakan oleh teman-teman sebelum ini mengenai filem yang diarahkan oleh seorang insan seni yang cukup berbakat, Kabir Bhatia. Beliau mampu menggarap filem SEPI standing kehebatan filem arahannya sebelum ini, CINTA.

Agak lewat sebenarnya aku menonton filem ini. Setelah beberapa minggu mencuba mengatur waktu-waktu terluang, namun baru semalam waktu yang sesuai itu tiba. Chewah…ayat yang klishe kan??? Macam biasala, selain Mid Valley, tempat yang akan kutuju kalau nak menonton wayang adalah, TGV Sunway Piramid. Tonton dengan siapa?? Huhuhu nak ajak awek, takde..so aku pun ajak la teman serumah, Dhaniel. Show dijadual akan bermula jam 9.20 malam, dan kami tiba di Sunway Piramid jam 9.15. Heheheh biasala, kalau dah pergi dengan Dhaniel, kompom lambat punya!!! [harap-harap Dhaniel tak baca].

Apa yang menarik sangat tentang SEPI?::




SEPI memaparkan kisah hidup, atau lebih tepat kisah cinta di antara tiga manusia yang berlainan, namun bertemu dan berkait di dalam satu babak yang cukup tragis. Kisah ADAM, SUFI dan IMAAN diadun dngan begitu tersusun oleh sutradaranya sehingga membuatkan aku terasa bagai terbagi kepada 3 alam yang berbeza.

Siapakah ADAM?

Dia merupakan seorang pemilik restoran yang terkenal dan kepakarannya adalah dalam bidang kek dan pastry..[nyum..nyum…sedapnyer]. Kesunyian ADAM (Afdlin Shauki) digambarkan dengan hidupnya yang mencari-cari teman untuk dijadikan pasangan hidup, lantaran terpaksa memilih untuk menidakkan yang benar dan mengiyakan yang salah. (???? Erk..apa tu??) Cinta pada seseorang yang tidak kesampaian lalu menyambung ikatan dengan seorang yang menabur harapan tinggi terhadapnya walaupun dia tidak mempunyai sedikitpun rasa cinta terhadap gadis itu. Kemuncak kepada episod ini, cinta yang tidak kesampaian itu kembali dek kerana gadis itu, Ilyana (Vanidah Imran) berjaya menemui apa yang dicari dalam hatinya. ADAM terpaksa mengakui yang cintanya pada Ilyana masih kekal utuh dan terpaksa memberitahu tunangnya Suzie (Nasha Aziz) tentang perasaannya yang sebenar.

Siapa pula SUFI?

SUFI (Tony Eusoff) merupakan seorang suami dan ayah yang kehilangan isterinya kerana satu insiden yang begitu menayat hati. Sejak itu, dia menjdati seoang yang keliru, dek rasa bersalahnya di atas kematian isteri tercinta. Segala-galanya terabai, sehinggalah dia berjumpa dengan Maria (Eja), seorang wanita yang juga sepi kerana tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah berumah tangga selama 7 tahun!. Kesepian SUFI terubat dengan kehadiran Maria namun terhalang kerana Maria masih lagi isteri orang. Segala-galanya hancur sehinggalah SUFI kembali kerahmatullah kerana terlalu lama menunggu Maria.

IMAAN pula?

Seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah kolej. Mendalami bidang persembahan teater dan merupakan seorang penulis skrip pentas. "Teater SEPI" adalah hasil nukilannya namun IMAAN (Baizura Kahar) berdepan dengan konflik diri dimana dia masih dihantui oleh bayangan kekasihnya Khalif (Pierre Andre) yang mati terbunuh. Sejak itu, bayangan Khalif sentasa menemaninya. EAN (Syed Hussein) hadir dalam hidup IMAAN sebagai seorang pelakon teater yang tidak pernah putus asa untuk mengenali keunikan gadis itu. Kesepian IMAAN menjadi punca perhubungannya dengan EAN.

SEPI turut menggunakan beberapa effect yang cukup indah seperti layangan kertas di udara, burung-burung beterbangan, tepung-tepung bertaburan (huhuhuhu paling romantic babak ini) dan juga gambaran Taman Tasik Taiping (heheheh bangga sebab negeri aku pun ada dalam citer ni) yang berlatar belakangkan bangunan-bangunan tinggi di KL??? (ish dahsyat jugak tuh). Pendek kata, cinematografinya cukup indah. Ayat-ayat yang digunakan juga banyak menyentuh perasaan. Antara yang dapat aku ingat adalah


“Kenapa perlu berjumpa kalau hanya untuk berpisah?”
(dialog ADAM dan ILYANA)


“Sekarang awak boleh lari sejauh mana awak nak. Kalau hati awak milik saya, saya akan tunggu.”
(ayat MARIA dan SUFI)




Kesudahan cerita?

Filem ini berakhir dengan dua daripadanya disudahi happy ending dan satu lagi agak sedih. Kira 2 vs 1 lah. Aku terpaksa bagi 4/5 bintang untuk filem ini kerana ia memang bagus. Tak boleh nak bagi markah rendah. Jom support filem Malaysia!. Oh ya nak tau review yang lagi best tentang filem ni, pergi lah lawat blog Dennasour . Penceritaan lebih terperici.


Sekarang ni aku tengah tengok filem Ayat-Ayat Cinta…Hush best jugak filem nih…Gambaran tentang muslimin dan muslimah sebenar… Jom tengok!


Barisan Pelakon Utama::

  1. Afdlin Shauki
  2. Vanidah Imran
  3. Nasha Aziz
  4. Tony Eusoff
  5. Eja
  6. Pierre Andre
  7. Baizura Kahar
  8. Syed hussein
  9. Riezman Khuzaimi


    video

2008-07-03

::10 Ayat Reject Popular::

TERTARIK dengan sebuah artikel daripada sebuah majalah terbitan Karangkraf, aku terpanggil untuk berkongsi kandungannya. Perihal 10 ayat yang sering menjadi permainan di bibir lelaki atau perempuan dalam soal perhubungan. Mungkin ada di antara kita pernah menggunakan bait-bait ayat tersebut! Siapa tahu, mungkin secara kebetulan, tetapi berdasarkan fakta dan kajian, 10 daripadanya dirasakan cukup popular untuk dilafazkan.

Ayat yang digunakan oleh Wanita::

  1. "Biarlah kita hanya kawan" [Walaupun hang bukan pakwe che', tapi che' masih perlukan hang untuk backup dalam kesusahan.]
  2. "Saya lebih rela hidup sendirian" [Che' tak perlukan pakwe macam hang!]
  3. "Saya mahu memberikan tumpuan pada karier" [Daripada che' hidup bosan dengan hang baik che buat benda-benda berpekdah]
  4. "Bukan salah awak, tapi saya" [Sebenaqnya memang hang yang salah, sepatutnyalah hang sedaq dah.]
  5. "Saya tak keluar date dengan rakan sekerja" [Jawatan hang tak setaraf dengan che'!]
  6. "Saya sudah ada teman lelaki" [Yo're totaly not my taste!]
  7. "Hidup saya complicated sekarang" [Che' tak mau buang masa dengan hang.]
  8. "Cara kita berbeza!" [Hang tak setaraf dengan che']
  9. "Umur kita banyak bezanya" [Bile tengok kat hang, che' teringat kat adik/anak che']
  10. "Saya cuma anggap awak seperti abang saya" [Che' memang tak mau ngan hang!]

Ha...tu belah pompuan punya cerita, kat bawah ni pulak cite belah lelaki pulak. Jom kite kaji::

Ayat yang digunakan oleh lelaki::

  1. "Biarlah kita hanya kawan" [Ko tu tak padan langsung ngan aku.]
  2. "Saya mahu hidup bersendirian" [Aku memang tak inginkan kau dalam hidup aku.]
  3. "Saya mahu memberikan tumpuan pada karier" [Ko tu memang sangat membosankan.]
  4. "Bukan salah awak, tapi saya" [Sebenarnya memang salah kau, tapi sebabkan aku taknak kau kecik ati, so aku cakaplah aku yang salah.]
  5. "Saya tak keluar dengan rakan sekerja" [Jangan harapa lah, aku memang tak suka kat ko.]
  6. "Saya sudah ada teman wanita" [Aku nak cari girlfren yang lagi hebat dari ko.]
  7. "Hidup saya complicated sekarang" [Tolonglah jangan serabutkan hidup aku.]
  8. "Cara kita berbeza" [Ko ngan aku berbeza sangat-sangat. Macam langit ngan bumi!]
  9. "Umur kita banyak bezanya" [Ko tu dah macam kakak/mak aku. Ish tak koser la aku nak kuar ngan orang tua macam ko.]
  10. "Saya cuma anggap awak seperti adik saya" [Lupakan je lah.. aku memang taknak kat ko.]

Amacam???Pernah ke korang dilemparkan dengan ayat-ayat cinta sebegitu? Kalo rasa-rasanya pernah, hmmmpaham-paham sendiri lah yer..ANDA DI REJECT!!!! Cubalah cari kelemahan diri dan perbaikinya. InsyaAllah, segala yang buruk akan berkahir dengan izin-Nya. Amin...