2008-08-26

::Cancel semuanya!::

Hujung minggu lepas, macam-macam plan dah sebenarnya yang aku buat tapi semuanya hampeh..tak jadi semuanya! Semuanya gara-gara housemate aku yang memperkenalkan awek terbarunya kepada aku!!!! Apa lagi kami pun belasah arrr ramai -ramai! Sehari suntuk awek Nyel kene main! Hahahaha don't get me wrong...awek si Dhaniel tu adalah game PS2 yang baru di 'songlap' daripada abangnya! Ish barulah aku tau nikmatnya main PS2. Sebelum ni aku hanya siap mengutuk-ngutuk bekas -bekas housemate aku masa stady dulu sebab tak ghenti-ghenti main PS2 sampai ke pagi!...rupanya memang candu!!!

Yang paling hampeh, bila plan aku nak ke MAHA 2008 untuk kali ke dua pon ter'Cancel'! Nasib bek dah pegi sebelum tu. Ish-ish-ish apa nak jadi muda-mudi zaman sekarang... kuikuikui let's play!!!! -ish game apa plak nak maen yerk...??

2008-08-20

::Kak Era's Wedding~Johor Here We Come!!::

Sejak akhir-akhir ni memang tak pernah terluang waktu hujung minggu gue. Mana tidaknya, ada je orang menikah, kawin, kenduri nyambut pose, kenduri naik buai dan macam-macam kenduri lagi lah.. Kalau sape-sape pernah terbaca entry-entry gue seblum ni, mesti ingat citer pasal Kak Era, my cousin. Ha, minggu lepas, bersamaan 16 Ogos 2008, kami semua (keluarga dari Perak) beramai-ramai berkonvoi ke Kota Tinggi, Johor. Seronok jugak bula dah ramai-ramai sekali bergerak. Macam-macam kerenah ada!
Kalau tak silap gue dulu pernah pergi ke Kota Tinggi, itu pun zaman pra remaja hehehe, dah lama jugak gue tak pegi ke sana. Jalan pun ingat-ingat lupa. Kalau dulu, gue ke Kota Tinggi, kerana bercuti dengan kengkawan. Tetiba teringat kat Herman, ngan Shah, anak jati Kota Tinggi. Kalau diorang tak bawak gue, idak ler gue merasa pergi ke Kota Tinggi dulu. Ok lupakan kisah dulu.
Kami ke Kota Tinggi dengan berkonvoi 5 biji buah kereta. Best kan! Bertolak dari KL jam 11.00 pagi. Sebenarnya dah berjanji nak bertolak pukul 8 pagi. Tapi dah masing-masing banyak beno halnya, tertolak le pukul 11.00 pagi. Itu adalah salah satu cabaran kalau berkonvoi beramai-ramai.
Di sepanjang perjalanan, banyak pulak tempat menyinggah, ada yang nak terbuang air la, kete problem lah (ha lein kali beli kete baru)... dan macam-macam lagi lah. akhir sekali setelah dicampur urusan menyinggah-nyinggah tersebut, akhirnya kami pun sampai la Ke Kota Tinggi pada jam 5 petang. Alhamdulillah,...semuanya selamat. Kami disambut oleh Kak Era dan Abang Azrul yang memang dah sedia ada kat sana sejak 2 hari lepas. Memang patut pon kami dijemput, sebab takde sorang pun di antara kami yang tahu jalan-jalan kat Kota Tinggi tu.. ngeeee..
Kami dibawa ke subah rumah, ala-ala homestay la. Nama tempat tu "Villa Stay" yang terletak di Kampung Makam. Tak jauh dari villa tu, terdapatnya Makan Sultan Mahmud. Kalau sape-sape pernah tengok citer Melayu, "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang", ha kat situ lah Makamnya.
Malam tu, kami tak kemana-mana pun. masing-masing lepak kat umah je. Maklum lah letih seharian berjalan. Tapi aku sempat jugak keluar ke pekan Kota Tinggi, melawat shopping kompleks yang tak seberapa tu.heheheh . Di Shopping kompleks tu ada terpapar gambar-gambar tragedi banjir di Kota Tinggi pada Januari 2007 yang lalu. Ish memang dahsyat. Air sampai ke syiling stesen minyak!!!
Keesokan harinya pulak, sebelah pagi, selepas selesai bersarapan, gue dan beberapa orang dari family gue pergi melawat ke rumah saudara yang terletak di Pekan Tanjung Sedili. Gue pernah pergi sekali dulu, tapi masih ingat-ingat lupa jugak. Berpandukan alamat yang diberikan melalui sms akhirnya kami sampai juga. Dan sempat juga kami bersiar-siar di pantai Tanjung Sedili. Best!
Sebelah tengahari, semua telah bersiap sedia untuk ke rumah pengantin. Kak Era pun sudah siap disolek. Tapi malangnya tetiba pulak hujan lebat. Terpaksa lah kami menunggu sehingga jam 2.15 petang. Alhamdulillah, akhirnya hujan pun kian reda. Maka majlis petang itu pun berjalan dengan sempurna.
Selepas selesai majlis, kami pun pulang semula ke rumah tumpangan. Dan tetiba je ada la corat-coret menyuarakan cadangan untuk ke JB. Apa lagi dengan hanya 2 kereta, kami pun bergerak la ke JB. Sempat la shoping sebakul dua. Dari JB, kami singgah pulak ke rumah sorang lagi pakcik di Skudai.
Kami bertolak pulang ke KL, pada keesokkan harinya. Awal-awal pagi lagi dah gerak. Tapi dalam perjalanan sempat pulak tu singgah kat Tangkak!Shopping kain la pulok.... Dan destinasi terakhir kami adalah MAHA 2008 di Serdang. Itu pun tak sempat pusing habis sebab masing-masing akan berpecah untuk balik ke Perak dan Pulau Pinang. Tapi , apapun yang beralku sepanjang tiga hari tu memang seronok. Bukan senang nak berkumpul saudara-mara ramai-ramai macam tu. Dan semua kenangan itu akan kekal dalam ingatan kami. Selamat Pengantin Baru Kak Era dan Abang Azrul!!! PEACE!
Pantai Tanjung Sedili, Johor

Makam Sultan Mahmud, Kampung Makam, Johor.

It's Me!!

2008-08-18

::Congratulation Lee!::

I want to grab this opportunity to wish CONGRATULATION to Mr. Lee Chong Wei for the single Silver Medal from Olympic Beijing. You did a good job bro! Bravo! Although he failed to win a much-hoped-for Olympic gold medal for Malaysia, badminton idol Lee Chong Wei has done Malaysia proud by securing a silver in the Olympic badminton men’s singles in Beijing.

2008-08-12

::Masa itu Emas::

Salamz,

(Apa kene mengena tajuk entry aku arini?huhuh) Dah beberapa hari aku takde mood nak update blog. Rasa malas ni makin menjadi-jadi plak, padahal banyak benda yang berlaku kat keliling aku dan bahan-bahannya semua dah ada...cuma malas nak menaip je hahhahahaa. Takpelah kalau bebila aku rajin nanti aku updatelah yer... huhuhu aku tau mesti, Okid Hutan, CikYanie, Encik Deenasour semua tak sabo2 nak tau kan??? sabo ek hahahaha tetiba je aku teringat kat diorang.

Yang pastinya hujung minggu ni dan akan berlarutan sehingga ke minggu-minggu akan datang pastinya ada banyak jemputan Kenduri Kahwin, tak kira da daripada sedara-mara ke, kawan-kawan ke ataupun daripada orang yang tak dikenali pun ada gak! Sebenarnya aku bukannya suka sangat pegi kenduri-kenduri kawein ni, almaklumlah,nanti banyak sangat soklan-soklan cepu emas yang terpaksa aku jawab. Huh tak koser!. Kuang..kuang..kuang...(paham-paham je lah). Tapi memang tahun ni memang ramai di kalangan member aku yang menamatkan zaman bujangnya. Tahniahlah korang, sorry la sebab takda satu pun yang aku pegi heheheheh ...agak "buzy" la. Apa-apa pun, diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU AKHIR HAYAT". Kat bawah ni aku senaraikan antara kawan-kawan aku yang buat majlis kenduri kawin tapi aku tak sempat pegi,:

1. Zalina (Opismate)
2. Noorulintan (Member skolah)
3. Norzuraihah a.k.a. Zura (Member keje part time dulu)
4. Kak Pah punya anak (Opismate)
5. Kak Laili (Opismate)
6. Siti Shazilla (Opismate)

Eh nape semue pompuan????????? Kuang..kuang..kuang... kirenya ramai lagi la yang bujang teruna hahahhaha!!!.

Selain kisah kenduri kawein, ada banyak lagi aktiviti wajib yang aku buat umpamanya menonton wayang, aku tak sempat nak buat ulasan kat sini. Antara movie yang aku dah tengok adalah Sex And The City (best wooo), Journey To the Centre Of The Earth (Best gak), SUSUK (hampeh). Cuma aku blom berkesempatan nak tengok Batman, The Mummy dan Handcook!~ hmmm jangan kempunan sudah....

Ok..chow dulu, nak buat keje ...nanti update lagi ... PEACE!~

::Boling la pulok::

Dalam dua hari ni keje aku asyik berulang alik ke Alamanda je. Ish buat apa yer pg Alamanda? Bukan best sangat pun. Hmmm sebenarnarnya aku dan opismate sibok pegi beli barang-barang hadiah untuk Pertandingan Boling peringkat Bahagian tempat aku keje. Huhuhuh aku pulak dilantik menjadi bendahari tak bertauliah. Hampeh.

Tapi malangnya tahun ni aku tak dapat nak join pertandingan boling tu, sebab kena balik kampung. Almaklumlah cuti-cuti sekolah ni semuanya sebok nak buat kenduri. Jadi buat peserta-peserta boling, tahun ni aku kasi can la kat korang jadi juara hahahahahah!!! (dengan nada riak teramat!) Astagafirullahalazim...

So memang sibuk la jugak diorang-diorang tu semua membungkus hadiah dan hamper untuk semua peserta. Aku?? tolong tengok dan menyebok-nyebok je. Semoga pertandingan boling tahun ni semeriah tahun-tahun sebelumnya. Syabas kepada Encik Amir selaku pengerusi kelab di atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini walaupun sungguh banyak rintangan yang dihadapi. SYABAS!!!

2008-08-05

::Durian oh Durian::

Hmmm dah lama tak makan buah berduri ni. Durian la, raja segala buah. Time-time camni memang tengah berlambak-lambak buah durian di pasaran, almaklumlah, musim buah-buahan telah kembali di Malaysia!.
Semalam, opis aku menganjurkan pesta makan durian di lobi tingkat bawah. Wush tersangatlah best dan nikmanya memandangkan dah lama gak aku ngidam nak makan durian sejak peristiwa tu....... huuhuhuhuh.



Kami segerombolan pun turun sekitar jam 12 tengahari, makkkkkkkkk ai dah ramai rupanya yang melantak durian berbakul-bakul. Aku dan opismate yang lain pon apa lagi, serbu la. Yang paling best, semua durian yang disediakan memang dari jenis yang baik, D24 beb!!! Isi bukan main tebal, satu pangsa tu ada seulas je!!! Bayangkan!!! Banyak jugak la kami melantak semalam. Hmmmm puas! Tak pernah aku makan durian sesedap itu, almaklumlah ...free... hehehehe. PEACE!

::Review Filem~ SUSUK::

SUSUK... Barangkali ramai yang sudah biasa mendengar perkataan tersebut. Tapi tidak dinafikan juga ada yang janggal mendengarnya, malahan ia tidak sepopular Botox. Tapi tujuan penggunaannya lebih kurang sama, untuk kecantikan, untuk ke"popular"an dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan perasaan ingin mencari keyakinan diri dengan cara yang "pelik". Setuju??
Aku berkesempatan menonton filem SUSUk di Sunway TGV minggu lepas. Actually aku lupe hari apa aku pegi tengok filem tu sebab agak sibok dengan pelbagai urusan yang memerlukan pemerhatian yang lebih! Wah...

Review:

Terus terang aku katakan yang aku tak faham langsung jalan cerita filem ni. Tarikan utama aku menonton filem ni adalah kerana barisan pelakonnya yang memang aku minat habis! :: Sofea Jane (aku memang kagum giler dengan kejelitaannya), Ida Neria (pelakon Idola aku sejak kecik lagi), dan Aleeza Kasim (aku kagum dengan keseksiannya~ ngeee.) Ketiga-tiga pelakon tersebut memang ada daya tarikan yang tersendiri dan berbakat.

Tapi bagi aku Diana Raffar memang telah melakukan yang terbaik dalam lakonannya dan dia juga layak diberikan pujian. Diana memegang watak Soraya, seorang gadis yang sedang menjalani latihan sebagai jururawat pelatih, amat taksub dengan keinginannya menjadi popular dan merubah hidupnya sehinggalah dia bertemu dengan beberapa orang artis popular yang mengamalkan SUSUk sebagai cara untuk mengejar populariti. Akhirnya Soraya terjebak dengan perbuatan "menyusukkan" dirinya.

Di samping itu, Suzana (Ida Nerina) yang telah lama terjebak dengan ilmu hitam bagi pemakaian susuk mencari jalan untuk mengekalkan kekuatannya sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh. (itu je yang aku paham). Akhirnya suraya terperangkap di dalam permainan Suzana dan mereka disatukan dalam satu jasad dalam sebuah upacara yang begitu menyeramkan. Adoi... tak paham lagi....

Apa yang dapat aku simpulkan melalui pemerhatian aku terhadap filem SUSUk ini?::

  1. Jalan cerita berterabur (tunggang langgang) ~ mungkin aku tak cukup mendalami cerita ni kot.

  2. Sinematografinya boleh dibanggakan dengan menggabungkan beberapa teknologi dan tempat-tempat yang menarik! (termasuklah bangunan opis aku yang beberapa kali ditayangkan heheheh).

  3. Lakonan para pelakon yang boleh dikatakan agak baik.
Tahniah kepada pengarah dan kesemua team produksi. Tahniah juga kepada Filem SUSUK yang berjaya memenangi beberapa anugerah di FFM baru-baru ini. PEACE!~

2008-08-03

Projek Teater: Teater Musikal Patriot

Assalammualaikum!

Khamis (31 Julai 2008), haritu aku berkesempatan menonton sebuah teater yang digembar-gemburkan mampu menggegarkan panggung. Yup, aku menonton teater Patriot, di Istana Budaya bersama teman sekerja. Hmmm memang teruja pada mulanya untuk menonton teater tersebut memandangkan sudah agak lama aku tidak menonton teater!

Teater Patriot dipentaskan sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia. Memang ianya mendapat liputan yang meluas di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen, tapi seumpama ada sesuatu yang tidak kena. Bagi aku teater ini tidak segah namanya!. .. Mengapa?

Sinopsis:
Patriot mengisahkan perjalanan kisah cinta dan pengorbanan seorang tentera bernama Yusof (lakonan Ashraf Muslim) yang begitu bersemangat tinggi. Cinta hatinya pula adalah gadis sekampungnya bernama Safura (lakonan Raja Farah) yang menjadi kegilaan ramai pemuda kampung.

Cinta mereka sudah bukan rahsia lagi. Segenap pelusuk kampung merestui kiasah cinta mereka sehinggalah satu babak yang telah mengubah segalanya. Kedua orang tua Safura mahu menjodohkannya dengan Zul (Lakonan Mahmud Ali Bahsha) yang merupakan sepupu Safura. Hancur luluhlah hati Safura ketika itu. Puas dia memujuk kedua ibubapanya namun ibu dan ayahnya (lakonan Jalaluddin Hassan) tetap berkeras dengan alasan, isteri seorang askar akan cepat menjadi janda!! Huhuuuhuh lawak betul alasan tu...

Akhirnya Safura pun dikahwinkan dengan Zul, dan pada ketika itu juga Yusof sedang berjuang di medan perang dan akhirnya terbunuh!. Namun satu lagi rahsia yang tidak diketahui oleh kedua orang tua Safura adalah Zul merupakan tali barut komunis yang akhirnya ditangkap oleh pihak polis.


Apa kata ku?

  1. Apa yang aku bayangkan memang lain betol dari perkara yang berlaku. Bukan kisah-kisah patriot yang dipentaskan, sebaliknya kisah cinta yang meleret-leret sampai ke hujung. Hampeh. Aku bayangkan banyak la babak- babak perang dan perjuangan seorang patriot. Satu pun takda. Hanya peperangan melalui bunyi audio sahaja.

  2. Lakonan yang melampau, (over acting) daripada para pelakon utamanya. Entahlah, bagi aku macam ada yang tak kena je dengan pemilihan para pelakon. Serba tak lengkap dan kucar kacir.

  3. Perjalanan cerita yang tidak lancar, tersekat-sekat di setiap babak seolah-olah tiada latihan yang mencukupi.

  4. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah secara miming, bukannya live! Hmmm hampeh lagi.
Satu je yang aku puji mengenai teater ni, props dan susunatur peralatan yang baik dan menarik. Hmm tak taulah nak bagi berapa bintang. Nasib baik beli tiket murah je. Aku tak taulah perasaan orang yang beli tiket sampai RM 120 tu macamana. Mungkin sedara mara diorang yang belakon tu kot. Huhuuuhuh. Dan satu lagi, ianya tak sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya yang sepatutnya hanya mementaskan teater-teater yang berprestij dan setaraf dengannya.
Hampeh...



2008-08-02

Diari Umrah (Part 3): Kota Makkah

Bahagian Akhir.

Sambungan daripada SINI (Part 1) dan SINI (Part 2)


Terlalu banyak perkara indah yang berlaku sepanjang berada di Madinah dan banyak juga tempat-tempat bersejarah yang mengaitkan Rasul junjungan dan syiar Islam serta kehidupan sehariannya. Lawatan ke ladang unta di Madinah memang best! First time tengok unta macam-macam jenis dan warna depan mata! Aku diberitahu bahawa susu unta adalah susu yang paling berkhasiat di dunia dan mampu menghindarkan pelbagai penyakit. Tapi sayang ianya hanya mampu bertahan 4 jam sahaja. Dan susu unta tidak dikomersil kan, hanya boleh didapai di ladang unta sahaja.

Ladang Unta.

Jualan susu unta 5 riyal

Secara ringkas aku rumuskan lawatan di Madinah amat bermakna dan amat berbeza dengan lawatan-lawatan yang pernah aku sertai sebelum ini. Kami juga berpeluang menziarah Muzeum Kaabah, dimana terdapat sejarah pembinaan kaabah dan kota Mekah dari mula hingga kini. Banyak yang aku pelajari di sina.

Setelah berada selama 4 hari di Madinah, kini tiba masanya kami berangkat ke Mekah. Berdebar-debar juga rasa, memandangkan ini merupakan kali pertama aku akan mengunjungi kota tua itu. Tidak dapat aku gambarkan keadaan di sana ketika itu. Setelah selesai solat zohor, melakukan ziarah wida' dan makan tengahari, kami pun berangkat ke Mekah. Di perjalanan, kami singgah bermiqat di Bir Ali, sebuah masjid di perjalanan ke Mekah. Ni la first time aku berihram! hehehhehe semua tu pengalaman. Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 6 ke 8 jam. Huhuhuhu memang lama. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah beramai-ramai.

Kami tiba di Kota Mekah sekitar jam 1.30 pagi. Dari jauh sudah dapat kulihat menara-menara Masjidil Haram tersergam indah di depan mata. Syukur, aku berpeluang melihatnya. Hotel penginapan kami hanaya 70 meter sahaja daripada Masjidil Haram. Setelah check in dan berehat sebentar, kami sekeluarga pun bergerak ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Berdasarkan pengalaman kedua-dua ibubapaku, aku mengikut sahaja dengan tenang.

Melihat keadaan di sekitar Masjidil Haram yang berdebu dan bersepah dengan pembinaan bangunan-bangunan baru amat mengecewakan sebenarnya. Tapi aku lupakan semua itu, kesempatan berada di sana sudah cukup satu rahmat bagiku. Tatkala melangkah masuk ke dalam Masjdil Haram, kulihat begitu ramai ummat manusia yang sedang bersai'e dan bersolat. Dan tika inilah mataku terpaku melihat Kaabah tersergam indah di hadapanku! Subhanallah, indah sugguh binaan itu, dan sekali lagi aku terasa seakan tidak percaya yang aku kini berada dihadapan-Nya!. Kami pun segera melakukan Tawaf 7 pusingan, bersai'e dan akhirnya bertahalul (gunting rambut). Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan umrah kami sebelum solat subuh dan kami bersolat subuh selepas itu.

Begitulah seterusnya di Mekah, setiap hari kami akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Gua Tsur, Jabal Nur (Gua Hiraq), Padang Arafah, Jabal Rahmah, Hudaibiyah, Mina dan banyak lagi sebelum melakukan bermiqat di beberapa masjid di luar tanah haram setiap hari. Alhamdulillah, kesempatan melakukan umrah sebanyak 6 kali memang cukup menggembirakan. Alhamdulillah, walaupun aku diserang demam sehari, tapi aku tetap dapat melakukan ibadah kepadanya.

Kami juga dibawa bermiqat di Masjid Terapung, Jeddah. Di Jeddah juga kami dibawa ke Masjid Qisas (tempat hukuman pancung dijalankan) dan menziarah Makam Siti Khadijah, dan melihat air pancut tertinggi di dunia!!! Best!!!

Setelah selesai 7 hari di Mekah, kami berangkat pulang ke Jeddah pada 21 Julai 2008 menaiki kapal terbang Saudi Arabia. Sekali lagi duduk dalam kapal terbang selama 9 jam ke KLIA. Memang ramai orang-orang Arab yang nak ke KL pada ketika itu, almaklumlah tengah cuti..Kalau tak percaya, pergi jelah kat Sunway Pyramid tu, tengoklah berduyun-duyun Mat-Mat dan Minah-Minah Arab kat sana.

Alhamdulillah.. kami sekeluarga selamat sampai ke KL dan selamat mengerjakan umrah. Aku pulak still bercuti lagi seminggu!!! Yuhuuuuuu best sangat dok lepak kat umah. Tapi secara keseluruhannya, pengalaman mengerjakan umrah ini banyak memberikan perubahan dalan hidup aku ketika ini. Memang aku amat bersyukur kerana aku berkesempatan melakukannya, dan semoga Allah memurahkan rezeki ke atas ku dan keluargaku untuk kembali ke sana pada masa akan datang. Amin...

Peniaga di sekitar Jabal Tsur









Pemandangan di Masjidil Haram, Makkah.
Pemandangan Kota Makkah.
Para peniaga Indonesia menjual telekung, tudung dan sebagainya.
Jabal Tsur (Gua Tsur)
Jabal Tsur
Jabal Rahmah

Jabal Rahmah
Peniaga di puncak Jabal Rahmah
Unta berhias, kalau nak naik 5 Riyal
Muzium Makkah


Masjidil Haram kat belakang aku

Hotel-hotel di Makkah
Hotel-hotel di Makkah
Keadaan di dalam Masjidil Haram, ni di ruangan takde aircond. Openspace. Nampak tak Kaabah di depan tu?
Keadaan di dalam Masjidil Haram.
Keadaan di dalam Masjidil Haram
Kawasan tawaf
Jemaah sedang berbuka puasa.
Kerja-kerja mencuci lantai sedang dijalankan.
Keadaan di tempat Tawaf.
Mina
Jabal Nur


Kota Mekah
Masjid Terapung, Jeddah