2008-09-22

::Balik Kampung::

Bila dah dekat-dekat nak Raya nih, mesti semua orang terpikir pasal nak balik kampung, bercuti untuk berhari raya bersama keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Ada pula yang tengah pening kepala pikir samada cutinya diluluskan atau tidak dan ada juga yang bergaduh laki bini, berebut nak balik kampung masing-masing [lumrah hidup...pepandailah manage]. Aku? Aku takda masalah nak balik kampung, cuti pun dah approve, 4 hari pulak tuh!!! Isnin [29 Sept], Selasa [30 Sept], Jumaat [3 Sept] dan Isnin [6 Sept]. Amacam? Jeles tak? Hahahha.

Tapi kat sini bukan nak citer pasal cuti raya, aku nak citer pasal balik kampung baru-baru nih. Lepas jer kerja aku terus berdesup meredah jem kat Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung. Kalau lambat-lambat nanti terpaksa pulak berbuka puasa dalam kereta. Nak tak nak aku pun dah siap packing baju semua letak dalam kereta di awal pagi lagi. Alhamdulillah sempat juga sampai di rumah sebelum berbuka setelah lebih 2 jam perjalanan. Penat ler jugak tapi semangat punya pasal untuk berjumpa kedua ibu bapa. heheh.

Sebenarnya aku balik kampung seminggu sebelum raya nih ada misi, nak ambik produk kuih-muih yang telah ditempah oleh orang-orang sekitar Lembah Kelang nih! Produk kuih raya??? Yup sebenarnya aku ni buat bisnes bermusim, jual kuih raya. Bukan aku yang buat pon, aku cuma melebarkan empire kompeni parents aku ke sekitar Lembah Kelang.

Setiap tahun, bile tiba musim perayaan, rumah aku kat kampung tu dah jadi kilang kuih dah. Penuh bersepah-sepah kuih raya sampai atas katil aku pon kene tempiasnya. So kalau nak merasa tidur dikelilingi kuih raya, meh la datang umah aku haahaha. Kebiasaannya pada bulan-bulan biasa, cookies kami tak sebanyak di musim perayaan, tapi itu yang bestnya, meriah dan ada semangat sikit nak beraya. Tambahan pulak parent aku skang dah ada staf-staf baru yang boleh diharapkan, so takdalah teruk sangat.

Tahun ni alhamdulillah rezeki kami bertambah, berkat usaha dan doa tanpa henti. Terima kasih kepada yang meng'order' kuih-muih kami. Tahun depan order la lagi ek!! Eh tak semestinya masa nak raya jer, kalau nak tempah bukan musim perayaan pon boleh.. selain tu kami pun menerima tempahan pelbagai jenis kek dan pastry dan juga Hamper. So ...hehehe meh la cube [tetiba plak promote kan?]

Nak tengok camana rupe kete aku smalam?? haaa tengok le kat bawah tuh...penuh, muat-muat untuk aku sorang je dekat tempat driver..hahah

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR dan BATIN!!!


Ni baru kat seat blakang...belum dalam boot lagi...hehe


Sebelah kiri tu para kerepek dan tempeyek dan sebelah kanan tu antara kuih Makmur, Almond London, Badam Kismis Hitam, Gajus, dan macam -macam lagi.


Ni pulak kuih tat nenas, biskut badam dan kuih makmur...sedap!!


Agar-agar kering, produk utama syarikat kami jugak nih...penat nak membuatnyer...

2008-09-17

::Lagi Pasal Beruang Kutub @ Polar Bears::

Post entry kali ni mungkin agak ilmiah sedikit berbanding entry-entry sebelum ini. Bukan apa, sekadar untuk meluahkan pendapat dan menghilangkan stress di tempat kerja. [Huhuhu..pulok.]. Banyak juga isu yang dibangkitkan sebelum ini dalam post entry mengenai Beruang Kutub @ Polar Bears. Terima kasihlah kepada yang sudi mengomen entry tersebut terutamanya kepada Suzura dan Beautifullife. Komen-komen anda cukup bernas dan boleh dikongsi bersama. Hahaha kalau diorang dah berbunyi, memang panjang lebarlah jawabnya. Untuk pengetahuan semua, diorang berdua nih merupakan environmentallist yang komited. [saja puji lebih-lebih sikit..raya dah dekat kan…heheh] Isu yang paling tak dapat dilupakan adalah isu global warming @ pemanasan global. Aku ada terbaca juga dari beberapa sumber yang boleh dipercayai, yang menyatakan punca-punca kepupusan haiwan kutub tersebut. Agak menyedihkan sebenarnya apabila punca-punca tersebut datangnya dari kita sendiri.

Ada orang tanya pada aku, “kenapa sibuk sangat nak jaga hal ‘beruang kutub’ nih? Padahal binatang tu takda pun kat Malaysia.” Sedih jugak aku dengar soalan tu. Memang la binatang tu tak ada kat Malaysia, tapi mereka wujud di muka bumi kan? Sebagai khalifah di muka bumi, siapa lagi yang berhak untuk mengambil tahu perihal binatang-binatang yang dah nak pupus nih. Mungkin isu yang diketengahkan ketika ini adalah isu beruang kutub, mungkin isu-isu lain pula akan dibincangkan pada masa akan datang, siapa tahu. Di Malaysia misalnya, walaupun Negara kita kaya dengan sumber hutan, malahan hutan hujan tropika di Malaysia merupakan hutan hujan antara yang tertua di dunia, tapi masih juga terdapat haiwan-haiwan yang di ancam kepupusan seperti Orang Utan [siapa tak kenal kan?], harimau belang [Malayan Tiger], Badak Sumbu Sumatera dan banyak lagi. Kalau bukan kita yang kesah, siapa lagi.

Berbalik kepada beruang kutub ni. Apa yang aku tahu, punca kematian binatang ini kebanyakannya adalah akibat lemas di lautan. Dengan keadaan bumi yang semakin panas kini, ketulan-ketulan ais di kutub utara dan selatan semakin mencair dan menipis sehinggakan ianya tidak dapat menampung berat seekor beruang kutub yang berjalan di atasnya. Sifat haiwan ini yang gemar berenang untuk mencari makanan seperti ikan, sotong dan hidupan marin yang lain sebenarnya membahayakan nyawa mereka tanpa mereka sedari. Dengan keadaan ketulan-keltulan ais yang semakin sedikit, beruang – beruang kutub ini tidak mampu mencari ketulan-ketulan ais yang besar untuk mereka jejaki. Keaadaan ini membawa mereka lebih jauh lagi ke tengah lautan dan akhirnya lemas akibat kepenatan. Kesian kan?

Begitulah besarnya impak pemanasan global kepada alam semulajadi kita. Kita mungkin fikir, Negara kita masih lagi kaya dengan pelbagai anugerah alam semulajadi, tetapi adakah kita tahu, keadaan yang tidak terurus di luar sana sebenarnya akan mendatangkan kesan ke atas Negara kita sendiri. Contoh depan mata dah ada, keaadaan banjir besar yang kerap melanda sejak akhir-akhir ini, sebenarnya merupakan rentetan dari ketidakstabilan alam semulajadi di luar sana. Begitu juga dengan keadaan jerebu, hujan dan panas yang tidak tertampung kapasitinya oleh sungai telah mendatangkan pelbagai masalah kepada kita sendiri.

Fikirkanlah, jika beruang kutub di utara sana pupus, apa lagi yang tinggal untuk kita di khatulistiwa ini? Mungkin kita telah tenggelam bersama kedaifan kita sendiri… wallahualam…

[Akibat terlalu banyak tonton channel National Geographic]


“SAVE THE ENVIRONMENT”


"Eh mana plak perginya banglo aku kat sini?"


"Panas betullah sekarang ni kan pak polar???"


"Alamak..tulun!!!"

2008-09-16

::Malam Tadi::

@mail01Malam tadi, masa aku tengah dok sorang-sorang lepas solat terawih, tetiba pulak terkenang zaman-zaman susah masa study dulu. Macam-macam benda kena buat sendiri, dah la jauh dari mak bapak, sedara mara apatah lagi. Kena pandai-pandai bawak diri kat tempat orang. Really stress sebenarnya. Nasib baik la aku boleh control semua tu dan Alhamdulillah, berjaya juga menamatkan pengajian. Siapa sangka budak kampung macam aku ni boleh berjaya?? Hahahaha ramai yang tak percaya sebab aku ni dulu masa kat sekolah bukan pandai sangat. Lembab..sampai sekarang pun rasanya masih lembab jugak, terutamanya kalau buat benda-benda yang aku tak minat.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku tetiba perasan sesuatu, kalau waktu susah je, selain aku berdoa kepada Allah supaya kurangkan beban aku, aku sebenarnya ada lagu-lagu menaikkan semangat. Huhhuhu tetiba tersenyum sendiri. Ahhhh peduli apa kan? Aku rasa ramai yang ada cara macam aku. Sebenarnya banyak lagu yang selalu aku dengar kalau aku berada dalam keadaan stress… of course kalau dengar orang mengaji @ baca Quran lagi bagus. Itu memang aku tak nafikan, but selain daripada itu lagu-lagu tersebut jgak banyak membantu aku meneruskan kehidupan. Antara lagu yang paling aku suka dengar kalau aku dah down giler adalah lagu nynyai Joey McIntire – “Stay the Same”. Ish lirik dia, 'wa cakap lu' sangat menusuk kalbu dan menenangkan jiwa yang sedang dilanda masalah. Bukan tu aje, lagu ni pon merupakan salah satu lagu tema hidup aku nyanyian Mariah Carey –”Can’t Take that Away”. Kalau korang berkesempatan, cubalah dengar lagu –lagu ni..bagi aku lirik dia memang cukup power.

Ada lagi lagu-lagu dalam list aku, aku nak kongsi kat sini antaranya nyanyian Kelly Clarkson – “A Moment like this”, lagu nyanyian Fantasia Barrino – “I Believe dan lagu nyanyian Mariah Carey [lagi]- “HERO”. Ha bukan lagu 'omputeh' je yang aku dengar, lagu-lagu Malaysia pun ada jugak dalam list lagu pemberi semangat aku, yang paling aku suka dengar nyanyian Jaclyn Victor – "Impian". Best giler lagu tu..teringat zaman aku cari kerja, lagu tu sentiasa bermain di corong telinga aku. Lagi lagu Malaysia, nyanyian Casey – "Seribu Impian", di samping lagu lagu patriotik hahhahahh, Keranamu Malaysia lagu yang paling aku suka sekali!

Dan lagu yang paling aku tak bosan dengar adalah lagu ni – “Standing In The Eyes Of The world!!!” nyanyian Ella. Memang terbakar semangat aku bile dengar lagu ni. Oh ya satu lagi, nyanyian Amy Search – "Akulah Pejuang"

Yup itujelah lagu-lagu yang selalu menjadi peneman aku, pendek kata lagu wajib yang mesti ada dalam Hp, kereta, Mp3 player dan laptop aku sepanjang aku belajar dulu sampai la sekarang nih. Nasib baik dulu boleh download lagu-lagu tuh kalo tak susah gak nak dapat huhuhu. Bagi aku bukan sahaja melodi yang sedap menjadikan ianya satu kesukaan tetapi liriknya…korang dengarlah lirik-lirik lagu di atas… best..tak caya??

Korang pun mesti ada lagu-lagu pemberi semngat kan? Apa dia bleh share?

[kalau dengar lagu ni Jalan Cinta – nyanyian Sherina (artis Indon) tetiba teringat kat CikYanie sebab dia bubuh lagu ni kat blog dia dulu masa citer Ayat-Ayat cita tengah meletop! Hehehe]

[Kalau dengar lagu Pagi Yang Gelap – Hujan pulak teringat kat Deennasour, masa mula-mula kenal dia dulu dia asyik nak nyanyi lagu ni jer…Ish bile nak kuar ngan ko ni Deenn?????????]

[Kalau dengar lagu Anggapan mu – Ziana Zain pulak, mesti teringat kat Dolly..hehehhe teringat kemantapan vocal dia masa berkaraoke kat dalam kotak di SOGO tahun lepas hehhehe..bile nak balik Mesia nih????]

[Arggghhhh rindu kat member-member yang dah menghilang dan tak dapat dikesan.…. SELAMAT HARI RAYA (tetibe pulak..huhuhu) !!!]

2008-09-15

::Bosan::


Seolah-olah baru lepas dari penjara!! Haa tu dia yang aku rasakan sekarang nih. Hujung minggu aku yang lepas aku dok berkurung kat umah tanpa berhubung dengan dunia luar. Dah la member-member semua balik kampung. Ish nasib baik ada citer best yang aku baru download. Tajuknya "Coffee Prince Shop" - citer korea. Selama dua hari berturut-turut aku layan citer tu...best...[17 episode = 17 jam]
Apa lagi yang aku buat?? takda apa.. bosan..Bosan..BOsan...BOSan...BOSAn...BOSAN!!!

--Aku berpuasa--

2008-09-11

Akedemi Laut Malaysia (ALAM)

Assalammualaikum!

Pernah dengar pasal ALAM? Bukan ALAM sekitar, ALAM semula jadi. Bukan jugak Zainal ALAM Kadir, dan bukan juga ALAM barzakh..huhhuhuhu. ALAM yang aku maksudkan adalah Akademi Laut Malaysia. Yup, the campus located at Melaka, I don’t know which part because along the trip to go there I felt a sleep. Hehehhee ::wink::

Sebenarnya dah lama dah aku ke sana. Tahun lepas lagi, during my 3 months courses at EiMAS, Bangi. Kami ke ALAM untuk mengikuti kelas pengenalan kepada struktur kapal di bawah subjek Melawan Tumpahan Minyak di lautan. Wahhh hebat tak bunyinya?

First time sampai ALAM, aku terpegun jugak bile tengok ramai pelajar-pelajar akademi tersebut yang sedang berkawad, berkeliaran di serata pelusuk alam dengan pakaian uniform mereka yang pelbagai jenis. Kemudian kami terus dibawa ke sebuah tempat, seolah-olah pelantar penyimpanan perkakas untuk belayar. Di sana kami diberi penerangan mengenai pemakaian life jacket, dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di atas kapal. Ish sangat menarik penerangan itu. Sekilas aku terpandang kepada sebuah kapal tentera laut yang berada lebih kurang 2 km daripada pantai. Menurut kapten yang memberi penerangan di situ, kapal itu sudah tidak digunakan untuk belayar lagi, hanya digunakan untuk tujuan pembelajaran anak-anak kapal di akademi tersebut sahaja. Cool!!!

Kami di arah sebuah pelantar di persisiran pantai untuk menaiki sebuah ‘tongkang’ yang boleh menampung seramai 20 orang menuju ke kapal di tengah lautan. Wah..nerves juga mula-mula tu tapi, bile dah naik kapal tu rasa ok pulak. Ombak pulak pada masa tu tenang, tak macam hari sebelumnya yang sedikit bergelora sehingga membuatkan beberapa kengkawan aku dari group lain yang termuntah-muntah. Hahahhaha...Mujurlah tongkang tu takda dinding, open space, senang ler nak muntah dalam laut.

Setiba di tepi kapal, kami terpaksa memanjat tangga tali, terasa pulak macam dalam cerita survivor! Itu jelah satu-satunya cara untuk menaiki kapal tersebut. Bayangkan lah kapal setinggi 5 meter rasanya, kami kene naik guna tangga tali. Best wo. Sampai je atas kapal, wah aku terkagum sejenak. Tak sangka pulak dapat merasa dapat naik kapal tentera laut dengan cara begitu. Ini baru latihan, kalau betol-betol kene buat masa kerja nanti tak tau lah eden macamano nak buek.. tak dapek den nak nolong eeeee.
Sampai atas kapal tu kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kapal tu besar, tetapi ruang-ruangnya agak sempit. Jadi tak bolehlah nak masuk ramai-ramai sekali gus. Kami dibawa ke dek kapal, bahagian enjin kapal di dasar [mak ai gelap dan tersangatlah panasnya], bahagian kemudi kapal, dapur pun kami singgah hehehe, tak ketinggalan kawasan tempat tidur anak-anak kapal dan bilik air.... memang lain! [jakun betol kan?]
Yes.. macam-cam benda aku pelajari terutamanya berhubung struktur enjin kapal dan punca-punca tumpahan minyak daripada kapal. Memang berbaloi.

Sedikit pasal program melawan tumpahan minyak. Pelbagai agensi terlibat sebagai satu komitee sekiranya berlaku tumpahan minyak di lautan. Tindakan akan dijalankan mengikut keluasan @ kapasiti tumpahan, dan juga kawasan tumpahan berlaku. Ia melibatkan Agensi kerajaan di peringkat Negeri, Persekutuan dan Antarabangsa mengikut keperluan. Kaedah melawan tumpahan juga adalah pelbagai. Salah satu yang boleh dinyatakan di sini adalah dengan mengepung minyak yang tumpah supaya ianya tidak merebak ke pantai dan mencemarkan pantai. Selagi minyak berada di laut, peratusan mencegahnya dari merebak ke pantai adalah tinggi.

Wah macam lecturer pulak kan? Hahahhaa Anyway thanks to sesiapa yang terlibat dalam kursus ni, pengalaman yang sangat berharga!! PEACE..

“SAVE THE ENVIRONMENT!”

KL Buildings: Kuala Lumpur And The Designs

Assalammualaikum!

Agak terlambat sebenarnya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Tahniah buat rakyat Malaysia, kerana masih mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak senang duduk dengan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Tak terlepas dengan tema kemerdekaan, aku mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur! Heheheh Sesekali terpandang bangunan-bangunan lama yang masih terdapat di Kota ini, tetiba aku tertanya-tanya, sejak bilakah bangunan-bangunan itu didirikan? Siapakah yang mereka bentuk bangunan-bangunan tersebut? Pasti setiap daripada bangunan itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dan usia mereka menggambarkan pengalaman yang dikumpul oleh Kota metropolitan ini.

Lihat saja pada pelbagai bentuk tersebut. Ianya melambangkan budaya dan cirri-ciri masyarakat yang wujud di Malaysia sejak bertahun lama. Sebenarnya bukan sahaja bangunan-bangunan lama yang menarik perhatianku. Bangunan-bangunan baru juga turut menceritakan perjalanan bangsa Malaysia ke Alaf baru. Seperti tegaknya KLCC, pelbagai interpretasi ada disebaliknya, ada yang menyatakan ianya lambang kasih dua pasangan yang teguh dan utuh berdiri menegakkan cinta mereka. Ada juga yang melambangkan ia sebagai mercu tanda kemodenan Malaysia, dan ada juga yang menjadikan ia sebagai inspirasi untuk menggapai impian menuju ke puncak kejayaan. Walau apapun tafsiran yang dibuat terhadap bangunan-bangunan dan rekabentuk ciptaannya, ianya tetap melambangkan bangsa Malaysia yang kian maju tetapi masih kekal dengan budaya dan warisan bangsa . Syabas Malaysia. Aku bangga menjadi rakyatmu! [cewah patriotik sungguh....]

P/s: Dolly I know u are better than me in elaborating about buildings...what say u?

2008-09-08

::Polar Bear @ Beruang Kutub::

I Just found this article from yahoo webpage. Hmmm, alam sekitar dah mula bertindak balas!!!. Puncanya? pelbagai, ada faktor semulajadi, dan ada faktor manusia. Tapi kesian plak tengok polar bear-polar bear tu, hilang kecomelannya. Mesti salah satu dialog antara diorang, "Eh korang, lihat bulu ku, cantik tak? Ini fesyen terbaru, fesyen musim ini!!!" ...

[TOKYO - Green polar bears are drawing questions from puzzled visitors at a Japanese zoo. Three normally white polar bears at Higashiyama Zoo and Botanical Gardens in central Japan changed their color in July after swimming in a pond with an overgrowth of algae.

The sight of green polar bears has prompted many questions from visitors concerned about whether the animals are sick or carrying mold, zoo official Masami Kurobe said Sunday.


"Visitors seem to be shocked by the color, and we are asked every day why they are so green,"

he said.

High temperatures in July and August and less-frequent water changes because of the zoo's conservation efforts caused an algae growth in the bear pond and safety moat, Kurobe said.

Algae that enters hollow spaces in the bears' fur is hard to rinse off, he said.

The bears are expected to return to their natural color when the algae growth subsides in November, Kurobe said.]

Aku suka warna bulu polar bear, putih-bersih..tapi kalo dah warna hijau??? dah jadi macam mentibang pulak!!! Huhuhuhuh...

"A polar bear, its fur stained with algae, stands in its cage at Higashiyama Zoo in Nagoya, central Japan, Saturday, Sept. 6, 2008. Three polar bears at the zoo changed their colors in July after swimming in a pond with an overgrowth of algae, prompting many questions from visitors concerned about whether the animals are sick or carrying mold, a zoo official said."

::Busy Kerja???::

Salam... sempena bulan Ramadhan ni, gue dah kurangkan sket aktiviti-aktiviti melepak yang selalu gue buat seperti menonton wayang, teater, lepak kat kedai mamak dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Kalau tak percaya cuba tanya encik Deennasour!
Tetiba pulak harini gue ternampak satu email yang sebenarnya dah lama member gua hantar tapi baru harini berkesempatan membacanya. Baca-punya baca, macam sesuai pulak untuk di kongsi bersama anda semua. Almaklumlah, banyak di antara kita yang sudah bekerja dan ada juga yang bakal berkerjaya! jadi renung-renunglah cerita dibawah ini::

Email berbunyi begini::

Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 8.30 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena... Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "
Jadi renungi lah :-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
  2. Ada kala kita rasa kita 'BUSY giler', rupanya kita hanya 'KELAMKABUT'.
  3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'
  4. Adakala kita rasa kita 'OPEN MINDED and OUTSPOKEN' tapi rupanyakita 'KURANG PENG'AJAR'AN'.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS' rupanya kita hanyalebih kepada 'KRITIK' yang mencipta 'KRISIS'.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA' tapi rupanyakita di lihat lebih 'MENGADA'.
  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... 'mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegurtidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikiryang baik'.

Jadi setelah membaca email tersebut? What say u??? Bagi gue, semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalu jalan yang kita pilih itu lurus, maka sampai lah kita ke tujuan asal. Tapi kalau jalan yang kita pilih itu, berliku dan banyak cabangnya, mungkin ada yang kandas di tengah jalan. Jadi ...renung-renungkanlah...- PEACE!!!

2008-09-03

::Cempedak oh Cempedak::

PUASA!!!!!!!!!!!!!! YESSSS…Yesssss!!!! Akhirnya tiba jua bulan yang penuh barakah ini. Bulan mencuci segala dosa, bulan yang membimbing ummat ke arah yang diredhai Allah.. Mudah-mudahan amalan kite semua diterima oleh-Nya… AMIN…

Bulan-bulan pose ni seronok jugak kalau kiter cerita pasal makanan kan? Ish tetiba je teringat kat kuih-kuih raya yang mak gue buat kat kampung! Tempahan pun ...Alhamdulillahhhh bertambah-tambah tahun ni. Tapi gue malas nak citer pasal kuih raya skang ni. Nak citer pasal buah cempedak dan gaya penyiapannya. Uik...apakah itu? Mai sini gue ceritakan satu-persatu.

Sempena hari kemerdekaan tempoh hari, bersamaan 31 Ogos 2008, gue yang pada ketika itu berada di kampung telah di pelawa oleh Pak Long gue untuk menjengah kebun cempedaknya. Wow bukan senang nak dapat invitation pegi kebun nih. Gue pun pergilah bersama ibu dan bapa gue skali. Wahhhh sampai je kat kebun@ dusun cempedak tu, amatlah terperanjatnya gue tatkala melihat berdoyon-doyon (ikut slang Juliana Banos ek) buah cempedak yang bergayut-gayut di dahan minta dijolok!... Apa lagi.. gue dan sepupu-sepupu gue (anak-anak Pak Long gue) pon mengerjakanlah buah-buah cempedak tu! Hah lihatlah hasilnya. Sampai penuh satu boot kereta wa cakap luh! Sempat la jugak gue membawa balik beberapa biji buah cempedak ke KL. Hahahaha nak tau hasilnya? Gheeeegheeegheeee..

Cempedak Goreng Dayang Senandung (nama yang gue bubuh khas sebab hangit heheheh)

Untuk juadah berbuka pose semalam (hari kedua berpuasa) gue menghabiskan sepetang gua bertungkus-lumus menggoreng cempedak! Hahahah pertama kali dalam hidup gue menggoreng cempedak. Sebenarnya gue tak reti pon camana nak buat cempedak goreng tu, tapi berbekalkan pemerhatian dan ulasan yang diberikan oleh makcik-makcik kat opis dan juga jiran sebelah umah, akhirnya berjaya juga gue menyiapkan cempedak goreng tersebut. Alhamdulillah dapat juga berbuka pose dengan hidangan air tangan sendiri sehingga mendapat pujian daripada teman-teman serumah!!! Hahahhaha tengok ar sape yang masak beb!!.. ok lah, skang ni tengah dok pikir nak makan apa plak petang ni????