2008-11-29

::Melencong::

Alhamdulillah sepelas seminggu menghilangkan diri akhirnya kini gue telah kembali. Macam-macam hal sebenarnya berlaku sepanjang minggu lepas, tapi biarlah ia menjadi sebahagian dari lipatan memoriku.Hikhhikhik..

So..apa citer??? Sekarang ni musim cuti sekolah, memang macam-macam program yang berlangsung di seluruh Malaysia. Budak-budak sekolah memang seronok habis lah melepak kat umah tanpa perlu memikirkan masalah negara! Hari tu aku sempat la juga berjalan-jalan di Bandaraya Melaka!! Hahahhaa bile tu? Minggu lepas la jugak. Yang tak bestnya aku pegi jenjalan sorang-sorang kat Bandar Melaka! Boleh???

Agenda bermula di awal pagi, sebenarnya dah lama juga aku tak ke Melaka. Sebelum ke Melaka, aku dah contact dah memner-member dan juga sedara -mara yang dok kat Melaka... tapi, hampa.No reply!!! Terpaksalah aku membawa diri seorang diri. Walaupun Melaka dengan KL ni tak la jauh mana, cuma sekangkang Deennasour je, tapi memang kalau tak da hal, kakiku takkan dijejakkan ke situ. Tapi minggu lepas, atas urusan kerja, jadi berpeluang lah aku merayau-rayau di Bandar Melaka. Siap kene saman lagik!!! Adoiii Incik MB, gue tidak tahu itu tempat kene bayar paking maaaa...waaaaaaaaaaaaa lenyap gue punya RM 30!!! Nasib baek bukan RM 300!!!

Takpe..takpe... memandangkan semangat bercuti-cuti Malaysia punya pasal...biarpun kene saman aku tetap meneruskan aktivitiku itu. Wah..walaupun dah banyak kali juga ke Melaka, tapi aku tak pernah jemu untuk merayau-rayau di sekitar Bandar Hilir terutamanya di area-area A'Famosa tu. Memang tak banyak perubahan tapi pembangunan di kawasan tersebut sedikit-sebanyak merubah wajah kawasan yang satu ketika dulu lebih tenang...rasanya.

Sambil jenjalan sempat la jugak snap beberapa gambar untuk simpanan di hari tua kelak.. hahahah. Tu kisah siang. Malam pulak, lagi happening.!!! Aku dan 3 orang lagi colleague dibawa oleh En. Azhar [PPMSB] ke satu Syoooorga makanan laut!! Ish..aku memang suka menda-menda laut nih...ikan bakar! Udang! Sotong! Ketam..beraneka jenis masakan ada dihidangkan! Encik azhar kata..."Korang makan la puas-puas! Tempat ni special tau, tak ramai lagi orang tau!".

Erk? betol ke tak ramai orang tau? Abistu nape meriah semacam je tempat nih? Orang bukan main ramai!! Macam ulat taik hehehhe. Apa-apa ajalah..janji aku makan free malam tuh. Lama juga kami melepak di Muara Sungai Duyong. Al maklumlah, makan sambil menunggu hujan berhenti..Hujan memang sangat lebat. Nak tahu hasil dari pemakanan para pirana tuh??? tengok la gambar kat bawah.

Apa lagi yang berlaku minggu lepas??? Oh ya, Majlis Cukur Jambul anak kepada sepupu aku, iaitu Zarith!! Umur budak tu baru nak masuk sebulan, ish comei dan kiut sangat. Time-time macam nih la semua sedara-mara berkompol. Macam-macam cerita keluar. Sempat juga aku pegi tengok wayang dan bersumbang suara di The Curve...memang bz..[bizi ngan benda tak berpekdah..kuikuikui]

Oh ya..Minggu lepas juga, 3 orang yang sangat rapat ngan aku punya Hari Jadi[Birthday]..

"Happy Birthday to My Beloved MOM!!! "[26 Nov]
and
"Happy Birthday to My Cousin~ AYeen!!!"[26 Nov]
and
"Happy Birthday to my Best Fren~Acid!!!"[18 Nov]

Apa-apa pun, kalau ada peluang aku memang nak Ke Melaka lagi, nak try naik Menara Taming Sari pulak sebab hari tu tak sempat...

[Pelik kan entry nih?? macam tak da soul.... aku still "jetleg"]


2008-11-25

::Road Tax dan Kerja~Shhh.....::

Haluuu.. ish..penat deh..dah dua hari pusing-pusing kawasan proses tanpa mengetahui kenapa aku perlu berada di sini..akhirnya hari ni segala persoalan terjawab juga. Memang ada sebab mengapa aku di sini.

Sejak hari pertama, sampai je di hotel, aku terus lepak...buka Labtop dan search kalau-kalau ada wifi. Yes!! Ada! Alhamdulillah ..tak la bosan sangat aku kat sini.

Tapi ada satu perkara yang memang sangat mengecutkan perut aku. huhuhu masa ku drive kereta haritu, dan setelah lebih separuh perjalanan, baru aku perasan yang road tax kereta aku dah MATI!!! Ayooooo cuak giler aku nih. Dengan perasaan cuak yang sangat membara, aku teruskan jugak perjalanan yang jauh nih dengan harapan takdelah pak-pak polis yang tetiba muncul buat roadblock huhuhuhu.

Sedikit pasal roadtax kereta aku::

Tarikh tamat tempoh roadtax aku sebenarnya pada 1 November 2008. Dan sepanjang tempoh tersebut sehingga ke hari ini, dah macam-macam tempat aku pergi! Balik kampung 2 kali, ulang-alik KL - Putrajaya- Rumah aku entah dah berapa puluh kali... hehehhe lawak jugak kalau dipikirkan. Sumpah aku tak perasan langsung pasal tu.

Sampai sekarang, masalah roadtax aku masih belum settle..apa-apa pun aku kene balik KL dulu untuk settlekan semuanya..Still ada beberapa hari lagi untuk settlekan kerja di sini.. dan nasib baik jugak ulang-alik darik hotel ke tempat kerja ada orang hantar dan jemput. Dan mujur jugak kawan-kawan sekerja masing-masing bawak kereta. Tak la aku terperuk je hehehe. Dan kete aku?? Tersadai je la kat hotel....huhuhuhu sian...dia.

Pasal kerja yang aku buat ni plak, ianya satu attachment program dengan satu company yang Terbesar di Malaysia ni.. dan penyumbang kepada ekonomi Malaysia jugak sebenarnya. Jadi agak rugi la kalau tak mengauk apa-apa ilmu yang ada kan! dan Staff-staff kat sini semua ok dan tak banyak songeh. So overall aku suka!!

Ok lah. Nak mandi jap..penat masih belum hilang...Kalau ada masa, aku update lagi.
Lokasi dirahsiakan agar terselamat hehehe. Dah selamat nanti baru boleh cerita ...


[erk...jangan pecahkan rahisa ek pasal road tax kete tu];P

2008-11-21

::Award dari Enchek CAMERA::

Sob..sob... terharu nih sebb ada jugak tetiba dapat AWARD...terasa macam artis veteran yang baru menang Anugerah Khas Juri pulok hahahahhahahahaha...

Ni first time dapat award dari Enchek CAMERA yang baru je dikenali.. Thanks bro...walaupun rupamu tidak kukenal tetapi ................................... tatap menjadi pojaan hatiku..!! [ erk pepandailah isi yer]..

so..aku dah completekan rules nya itu...dan orang yang seterusnya akan diberikan award adalah....

  1. Enchik Anap
  2. Enchik Adam
  3. Encik Hiroshi
  4. Cik Saya
  5. Cik Yanie [si quater ponder] hehehe ** tetibe terlebih sorang
Sekian, terima kasih.....

::TAG dari Enchik ANAP::

Sorry la ye Anap..baru ni sempat nak siapkan Tag awak.. dan terpaksa langsaikan semua utang petang ni jugak sebab minggu depan Encik Janggel kena masuk JANGGEL Seminggu!!!! Wuuuuuhuuuuuu!!!!. I will miss u all!!! [erkk.....]

Oklah ni kembali kepada kisah Tag daripada seorang mahasiswa bernama Anap_Ilmi. Tag nya berbentuk begini..[agak pelik yer tag ini kerana gue perlu menggabungkan beberapa penggunaan teknologi canggih yang tak berapa canggih untuk menyettlekannya].

1. Your name/username:


2. Left handed or Right handed:
3. Favorite letter to write:
4. Least favorite letter to write:

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog":

6. Tag 6 people:
Hmmm sorry la..malas nak Tag sesiapa kali nih... Bernasib Baik la yer... Dan kualiti gambar kureeeeeng memuaskan sebab CAMERA DSLR 90 aku tertinggal kat rumah,...hehehehe ..


:: Berakhirnya Kisah Si ~Bryde's Whale:: Tercekik Sampah Katanyer...::

Macam-macam kejadian pelik yang berlaku lewat kebelakangan ini. Isu sana..isu sini.. dan yang penting dunia semakin meluahkan kemarahan terhadap perilaku khalifah yang tak sewajarnya dilakukan. Bercakap tentang khalifah, sebetulnya aku bukan yang terbaik dalam membicarakan perkara ini, tapi sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang aku rasa perlu untuk diketengahkan di sini, lalu aku lakukan juga. Sebetulnya dari segi definisi, Khalifah adalah "orang yang mewakili umat dalam urusan kekuasaan dan penerapan hukum-hukum syarak". Atau lebih senang aku huraikan sebagai pemimpin yang sedar akan tanggungjawabnya.

Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan pengurusan ALAM SEKITAR di Malaysia, aku bukanlah paranoid atau terlalu taksub dengan apa yang aku lakukan, sebetulnya ia lahir dari naluri aku sendiri untuk terus berharmoni dengan persekitaran. Sebab itulah segala-gala yang aku lakukan, baik dari segi pelajaran mahupun pekerjaan semuanya bersangkut paut dengan "ALAM". Dari segi pengalaman, memang terlalu cetek untuk aku kongsi, begitu juga dengan ilmu. Tapi setidak-tidaknya, kita perlulah lakukan sesuatu kebaikan biarpun ianya hanya sebesar zarah sekalipun, InsyaAllah balasan yang diberi amatlah setimpal.

Cukup membebel setakat ini. Apa yang menarik perhatianku adalah, keratan akhbar yang sudah agak lama juga diterbitkan tapi saja aku mahu paparkan di sini untuk peringatan kepada diri aku dan sesiapa yang membacanya.

Sebenarnya, bukan setakat ini sahaja cara alam meluahkan kemarahannya, pelbagai cara lagi dan yang paling jelas adalah kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Bagi aku itu adalah satu contoh yang paling keras kepada kemuncak kemarahan "alam" kepada pemimpinnya. Jadi renung-renungkanlah...


Newspaper cutting


source: Berita Harian

PENEMUAN seekor anak ikan paus betina spesies Bryde's Whale yang terdampar di beting pasir Kuala Nenasi, Pekan, baru-baru ini menggemparkan semua pihak kerana mamalia berkenaan dianggap asing di negara ini.

Mamalia berwarna hitam dengan ukuran kira-kira 10 meter panjang dan berat lebih tiga tan metrik itu, dipercayai tersesat sebelum ditemui seorang nelayan.

Ikan paus berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muncung dan badan dipercayai tersesat daripada kumpulan antara dua hingga tiga ekor.

Nelayan, Saman Muhamad, 42, yang menemui ikan paus berkenaan berkata, dia terkejut melihat satu objek besar terdampar pada beting pasir kira-kira 7.30 pagi ketika hendak turun ke laut.

"Saya sangkakan kayu balak berwarna hitam yang hanyut, tetapi sebaik mendekatinya, saya dapati ikan paus itu masih bernyawa.

"Ketika ditemui, paras air sungai hanya setakat sirip ikan berkenaan tetapi disebabkan saiznya yang besar, ikan itu tidak mampu bergerak ke laut," katanya.


Ikan paus malang kembali terdampar setelah cuba diselamatkan kakitangan Jabatan Perikanan, nelayan dan pihak bomba.

Katanya, ketika ditemui ikan paus itu masih kuat apabila sentiasa cuba berenang dan bergerak menggunakan ekornya, tetapi disebabkan air cetek di kawasan berkenaan, mamalia itu tidak mampu bergerak.

Saman berkata, dia bersama lebih 15 nelayan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan dan kakitangan Jabatan Perikanan Daerah berjaya menolak ikan paus berkenaan ke laut pada kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun, mamalia berkenaan sekali lagi ditemui terdampar di atas pasir di Kuala Nenasi dan mati ketika operasi menyelamat dilakukan.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu, Mohd Lazim Mohd Saif pula berkata, siasatan awal punca kematian mendapati saluran usus ikan paus berkenaan tersumbat.
Katanya, plastik sampah, segumpal tali nylon dan penutup botol ditemui dalam usus mamalia berkenaan yang dipercayai menyumbat saluran ususnya.
"Ikan paus itu mengalami masalah kesihatan agak serius menyebabkan ia lemah dan tidak dapat berenang ke laut walaupun selepas operasi menyelamat dilakukan.
"Ia kembali semula ke Kuala Nenasi selepas dibawa arus deras air pasang sebelum ditemui terdampar di pantai,"katanya.
Beliau berkata, ikan paus itu tidak dapat membezakan antara hidupan laut dengan plastik sehingga menyebabkannya memakan bahan buangan itu.
Selain ikan paus, kes hidupan laut makan plastik yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab turut dilaporkan berlaku kepada haiwan laut lain seperti penyu dan dugong.

Mohd Lazim berkata, kecederaan pada bahagian muncung ikan paus berkenaan dipercayai terlanggar batu karang terutama selepas terpisah daripada kumpulannya akibat tersesat.

Katanya, dia bersama empat pegawai Makmal Veterinar Kuantan melakukan pembedahan selain mengambil contoh beberapa bahagian ikan paus berkenaan untuk tujuan analisis.

Mamalia berkenaan ditanam di kawasan pantai Kuala Nenasi dengan diawasi polis Nenasi dan penduduk setempat bagi mengelak berlakunya kecurian.

Katanya, selepas dua bulan ditanam, Tumec akan mengambil rangka ikan paus berkenaan untuk kajian selain untuk pameran.


P/s:: Tetiba sebak bila baca kesungguhan anak ikan paus ni untuk menamatkan hidupnya kerana tidak mampu lagi mengharungi dugaan yang maha dahsyat...

2008-11-20

::Tag from Miss Pink_Butterfly::

Semakin hari makin banyak perkara yang menyelubungi akal fikiran aku nih sampai banyak juga benda-benda yang tertangguh. Tapi InsyaAllah selagi akal fikiran ini masih waras, aku akan ingat benda-benda itu dan cuba selesaikannya.

Salah satu yang dah tertangguh adalah melangsaikan tag dari kengkawan... actually takda la susah mana pon nak menyetelkan menda-menda nih cuma masa je yang tak berapa nak ada. Ok kali ni aku nak settlekan tag dari miss pink_butterfly katernyerrrrrrrr... kuikuikui:

Tag nyer berbunyik begini::


Rules & Regulations :
  1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
  2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.
  3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
  4. No tags back!
So...these are exactly me:

  1. S - strong [Yup I'm strong but not as strong as Superman, Batman or someone like them...just ordinary strong...interm of feelings, or in another word = TABAH kihkihkih].
  2. H - hilarious sometimes [Yup...I'm the kind of person who hardly described. I love to make a joke sometimes and also love to see/listen/watch jokes as well ..but nope a clown!!]
  3. A - Analytical thinking [Of coz... Sudah terang lagi bersuluh!! check my resume kuikuikui].
  4. H - humble and helpful [These are exactly true! who else can be as humbel and helpfull like me??? kehkehkeh - tak caya tanya memeber aku]
  5. R - remember the meaningful of friendship [Yeah... a relationship can be more meaningfull if we know how to appreciate it, equally]
  6. I - intelligent [Hahahahah no comment...check my resume ...again;p]
  7. N - never give up![Yes, fight for my future to the fullestttt.... don't bother to face the failure].
  8. S - Smiling ...smile..smile and always smile bcoz it can make me look young!
  9. E - Environmental friendly [sound weird huhuhu but worth it]
  10. H - hardworking [to earn money ..work..work..work]

Hmm... to choose 10 people is quite hard for me but I think its ok if I just put a few name, Jangan mara yer miss pink? heheheh

Here are the namelist:

1. Inchik Anap::
2. Inchik Adam::
3. Inchik Hiroshi::
4. Inchik Camera::
5. Cik Zura::
6. Cik Yumichi::
7. Cik Saya::

hmmm terpulang ye nak buat ke tak... tak nak paksa...just for the sake of happiness.
PEACE!.

2008-11-19

::Eh Comelnyer budak nih!!::

Malam tadi sewaktu aku bosan mengelamun di atas katil, aku sempat la meng"review " gambar-gambar yang pernah aku ambil sewaktu di tanah suci dulu. Ish rindu pulak rasanya dengan keadaan di sana. Sekarang ni dah dekat dengan musim haji, mesti keadaan kat sana semakin meriah!

Belek punya belek...tetiba aku terjumpa la video nih. Untuk info, budak kecik ni umur dia lebih kurang 4 atau lima tawun..aku tak berapa ingat ar [nama dia pun aku tak tau...sebab mak dia panggil adik jer dan aku pun tak tanya hahahaha..] keluarga dia sekali satu group dengan aku dan keluarga di sana. Betuah budak ni dan abng dia yang umur lebih kurang 9 tahun macam tuh, kecik-kecik dah dapat peluang pergi tanah suci. Tetiba rindu plak tengok telatah dia yang sentiasa mencuri perhatian sewaktu kami di sana.

Ha cuba tengok video nih..aku asyik senyum sensorang je bile tengok semula. Dah la slang abang dia pekat beno...Slang Ganu katanyerrrr.. heheheheh. Anyway aku pun dah lost contact dah dengan member-member group yang sama ke tanah suci dulu... kalau ada yang ternampak atau terbaca entry aku nih, muncul-munculkan diri yer..

video
Time ni dah nak balik ke KL...sewaktu berada di Airport Jeddah...tengah tunggu flight ppukul 8.30 malam.

video

Ni ada lagi aksi-aksi menarik dari budak kecik ..heheheh



Tengok tu, bukan main lagi dia posing depan kamera!!!
video
Ni ada sorang lagi budak kecik pompuan..kiut sangat bile dia pakai mini telekung... cuba tengok..hehehe

2008-11-18

::Review Filem: Madagascar 2: Escape to Africa::

Alex:: I like to move it..move it..

Gloria:: He like to move it..move it

Marty:: She like to move it..move it

Melman:: We like to move it..move it

Itulah antara lirik lagu yang mampu memecahkan panggung!!! Dengan aksi chomel dan bergaya dari ke-empat-empat ekor haiwan iaitu Alex si singa, Gloria seekor badak air, Marty seekor kuda belang dan Melman seekor zirafah!Keempat-empat haiwan ini mempunyai watak-watak yang berbeza dan menghiburkan!

Khamis lepas, aku berpeluang sekali lagi menonton filem yang hebat tahun ini heheheh Madagascar 2! Dah lama merancang nak tengok dan akhirnya menjadi kenyataan.


Madagascar 2: Escape to Africa adalah sambungan daripada filem tahun lalu Madagascar di mana setelah sekumpulan haiwan daripada salah sebuah zoo di New York melarikan diri kini merka bercadang untuk pulang semula ke New York. [Pelik bunyinya kan?] Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan oleh filem animasi ini. Ketepikan segala logik akal dan fikiran.

Sepanjang perjalanan menaiki kapal terbang yang diketuai oleh sekumpulan penguin..tiba-tiba kapal terbang yang mereka naiki mengalami masalah dan terhempas di bumi Africa. Di sinilah bermulanya kemuncak filem ini di mana kisah hidup Alex kembali diputarkan sehingga membawa ia kepada pertemuan kembali dengan kedua ibu bapanya Zuba dan Florrie. Zuba pula merupakan ketua kepada kawanan singa di kawasan itu, merasakan sungguh gembira dengan kepulangan Alex yang disangkakan telah mati sejak lama dahulu.

Muncul pula watak Makunga, seekor singa jantan yang jahat yang mempunyai agenda untuk merampas title Zuba. Makunga menghasut Alex untuk memilih lawan yang salah dalam pertarungan puak yang wajib dilalui oleh setiap anak singa. Akhirnya Alex kalah memandangkan dia memang tidak pandai langsung untuk berlawan kerana kebolehannya hanyalah menari!! Ya sebab itulah dia digelar King of New York!

Pada masa yang sama juga, Marty telah menyertai kawanan zebra yang merupakan keluarganya. Di sini dia mengalami krisis identiti dimana dia tertekan untuk mencari kelainan di antara dia dan kawanan zebra yang lain. Ketensionannya semakin menjadi-jadi apabila Alex yang merupakan kawan rapatnya pun tidak dapat membezakan dia dengan kuda-kuda belang yang lain!!!

Gloria pula sibuk mencari cinta sejati di kalangan badak air yang ada di situ dan akhirnya dia menjumpai Moto Moto, seekor badak air yang gagah perkasa!! Namun dia tidak menyedari yang Melman sebenarnya telah mencintainya sejak sekian lama.

Melman pula dilantik menjadi bomoh di kalangan kumpulannya. Namun dek kecewa dengan cinta Gloria, dia pun nekad untuk menjadi korban akibat kemarau yang melanda kawasan itu. Apakah puncanya?? tengok sendiri..

Ops..taknak citer lebih-lebih....cukup sekadar pembayang sahaja. Silalah tengok filem Madagascar 2: Escape to Africa ini kerana ianya berbaloi! Heheheh Syioooookkkk!

2008-11-14

::Eco-Quest - Treasure Hunt::

Tetiba hari ni aku nak abadikan kisah penglibatan aku dalam aktiviti-aktiviti sosial yang sememangnya aku suka kat dalam blog nih. Actually this is a classic memory but stil fresh dalam kepala otak aku.

Aku tak berapa ingat tarikh sebenar program ni berlangsung tapi agak advanture jugak sebenarnya. Aku dan 4 orang member [Acid, Zeema, Sha dan Burn] telah menyertai satu pertandingan mencari harta karun "Eco-Quest" anjuran UiTM di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Sebenarnya ini semua idea Acid, sebab dia yang dapat info event ni dari salah seorang kawan dia. Jadi setelah berfikir panjang dan bertungkus-lumus mencari orang untuk mencukupkan jumlah ahli kumpulan, akhirnya kami pun meneruskan niat suci-murni tersebut.Dalam hati memang dah berkobar-kobar dah nak menang dan yang paling penting nak enjoy bersiar-siar di sekitar Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam itu.

Aku punyalah excited bersiap, awal-awal pagi lagi aku dah sedia nak pegi jemput kawan-kawan aku kat umah diorang. Aku betolak dari rumah aku kul 7.00 am, then terus drive ke Bangi untuk ambik Burn, member sekerja aku, pastu aku pergi la pulak ke UPM untuk ambik 2 orang lagi kawan aku Acid n Sha, dah elok-elok nak betolak tu (sebab program start pukul 10.30 pagi sebenarnya), si ACid ni sibuk pulak nak uruskan kes dia dekat HEM. Dia kata 5 minit je, kami bertiga pun tunggulah dia dalam kete. Tunggu punya tunggu hal dia tak settle-settle lagi.! Aku pun dah naik bengang le last-last sampai 40 minit kami tunggu dia.. mood aku nak ber"treasure Hunt" pun dan semakin pudar ni.. Jam dah pukul 9.45 am dan kami masih kat UPM! Ish aku memang bengang giler ngan mamat tu. Aku bawak kete pun dah macam lipas kudung dah. Main redah je ikut Federal Highway sebab nak pergi ambik kawan sorang lagi kat PJ pulak [Zeema]. Dia pun dah tunggu kat luar umah dia 2 jam dah sebab kami janji nak amik dia kul 8.00am. Ish2 memang kelam kabut waktu tu. Kami pun teruskanlah perjalanan ke Shah Alam, dengan tak tau jalan sebenarnya nak pegi ke Bukit Cahaya tu, Si Acid ni pun konon nak cover la kesalahan... dia call member dia yang jadi urusetia kat sana. Kami sampai ke lokasi pukul 10.45am. Kami rasa orang semua dah start dah. So bila sampai je kat car park memebr si ACid dah tunggu untuk bawak kami masuk. Dia kata game tak start lagi sbb ada masalah teknikal! Alhamdulillah! Syukur! Sempat jugak kami nak bertreasure Hunt! Kami berlima dibawa menaiki kete kancil kawan Acid tu masuk ke dalam. Jauh gile nak ke Kampung Budaya. kalau jalan kaki sure semput punye! So dalam kete kancil tu ada 6 orang la semuanya! sampai je kat Kampung Budaya, kami terus daftar pengesahan kehadiran, kami orang paling last hehehehe.

Kami tengok budak-budak group lain (UiTM, MIIM, UTAR, KYM, dll) sebok gak tengah sarapan pagi, dok lepak-lepak dan etc. so kami pun disuruh sarapan dulu.

Overall
pertandingan start pukul 11.30 am sebenarnya!Memang best kami kena berjalan dari satu check point ke satu check point. Semuanya ada 9 check point yang ditetapkan. Penat giler berjalan kaki dalam Kawasan seluas 6km tu! Soalan-soalannye pun boleh tahan la mencabar EQ kiteorang. so Kami berjaya menamatkan pertandingan jam 2.00 pm. Peluh ..jangan cerita dah..ibarat bermandi-manda di bawah sinaran sang mentari gituuuuuh...Huh lari punya lari dapatlah kiteorang team no 14 daripada 31 team. Kire boleh tahan jugak la sebab kami bukan buat bersungguh-sungh...sibok berposing bergambar segala hahahahahha. Aku salute juga la dengan cara penganjuran Eco-Quest ni walaupun ada sedikit masalah yang tak dapat dielakkan. Tapi memang Best la. Syabas kepada pihak Penganjur! (hehe marah aku ngan Acid pun dah hilang sebabb banyak dapat hadiah! Tapi lain kali kalau dia buat camtu lagi, aku penggal kepala dia! Lagipun..dia dah selamat belajar kat Jepon pun pasal hal yang dia settlekan itu)...PEACE!!!


Gambar ni masuk paper The Star [ada story pasal Treasure Hunt tersebut]- macam tak percaya plak..sebab kami tak tau pun mamat yang ambik gambar nih adalah reporter dan kami disuruh posing sambil baca peta. Heheheh rupanya ada makna..See sempat lagi posing-posing kan!!! patutlah kalah.

2008-11-10

::Bandaraya Bunga Kertas @ Bourgainvilla City::

Bukan main rancak lagi aktiviti Balik Kampung minggu ni. Baru minggu lepas balik, minggu ni balik lagi! Semuanya gara-gara menghadiri macam-macam program yang kalau tak join akan di "banned" seumur hidup..wakakakakaa...

Dah alang-alang balik, aku pon menghabiskan masa terluang bersama-teman sekampung merayau-rayau di sekitar Bandaraya Ipoh-ku yang terchenta. Ceh apa yang best sangat meraya-rayau tuh? Dah lama sebenarnya aku tak merayau-rayau di Ipoh...sesekali balik pun dok lepak kat rumah, tak keluar-keluar [mengalahkan anak dara!..hahah]. Tapi kali ni, since member aku yang dari Telok Anson [Dean] tu dah bagi signal, so aku pun berbesar hatilah mengikotnya...janji di jemput di depan pintu rumah ku syurga ku itu.

Sebenarnya, plan minggu ni nak pergi picnic bersama member-member [x-schoolmates aku] dan plan itu telah dirancang seminggu yang lau. TAPI...apabila seorang participant tergendala, tak jadi lah pulak program tuh lalu agenda terus di tukar kepada tajuk berikut:

"Berjalan-jalan di bandaraya Ipoh sambil mencari buku .......untuk dijadikan bahan rujukan Dean yang khabarnya nak renovate laman rumah dia menjadi taman syurgawi."

[erkk??? boleh blah tak tajuk tu?].

Agak janggel janggal sebenarnya bagi aku yang dah lama jugak menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai kampung halaman, tapi tak tau kat mana tempat-tempat best jual buku @ bookstore. Huhuhuhu...terus terang, aku memang jarang keluar merayau, sesekali balik Ipoh, aku memerap je kat rumah dan sejarahnya aku dulu pon bukan sekolah di Ipoh, so...memang kenalah. Jadi, sebagai permulaan, kenalah buat reseach dulu, kat mana tempat-tempat yang boleh dituju, supaya senang ..boleh terus pergi dan tak sesat larat pulak nanti. Jadi research tersebut adalah::

  1. Aku try call uncle aku yang jugak duduk kat Ipoh....hampeh tak berjawab. Lalu aku send sms..tunguuuuu.....[5 minit pun masih senyap]....
  2. Aku terus call pulak cousin aku yang juga tinggal kat Ipoh, sebab aku tau kalau aku sms dia, kompem tak balas sebab takda kredit.. Alhamdulillah...dapat pun gambaran tempat yang dituju.
  3. SMS dari uncle aku tiba...nasib baik balas..OK good!

Aku rasa cukup kot info yang diorang bagi.So aku dan Dean pon meneruskan misi mencari.

Tempat pertama yang kami tuju adalah Jusco Ipoh, MPH ler kononnye...memang ada buku yang dicari..tapi hampeh sebab semuanya di wraped dan malas pulak nak menyuruh orang kedai tu bukak.

Lalu aku dan Dean menuju ke tempat kedua, kononnya nama kedai tu Mubarok Bookstore...huhuhu sebenarnya aku tak ingat nama kedai tu, Mubarok ker, Mubarak ker, Murtabak...tapi berdasarkan clue yang diberi oleh cousin aku tu, akhirnya kami pon sampail ler ke tempat tersebut..betol-betol kat Ipoh OldTown. Setelah park kereta di tepi padang Ipoh [agak jauh gak nak kena menapak] korang tau apa yang aku nampak??? Ish lawa betol bangunan-bangunan kat Ipoh ni yer..[keji tak aku? tempat sendiri macam tak pernah tengok]..Kagum jugak sebab banyak bangunan-bangunan unik kat sekitar tempat nih. Lalu aku pun snappy-snappy la beberapa photo untuk dijadikan bukti. Kat padang tu pulak sedang berlangsung pertandingan Rugby sekolah-sekolah Negeri Perak. Memang happening la.

Dah samapi kat Mubarok tu, pencarian pon diteruskan...tak de jugak buku yang berkenan.. terus kami melilau-lilau lagi sekitar itu. Tempat ketiga yang kami tuju adalah Ipoh Parade...rasanya ni tempat last la kami pergi,tak larat dah woiii... Yang bestnya kat sini, ada satu kedai buku namanya 'NovelHut' yang menjual semua buku-buku dan majalah terpakai! Adoiaiiiiiii terkesima sekejap aku..tak sangka plak ada kedai buku camtu kat situ... [Ekceli aku baru tiga kali menjejakkan kaki kat Ipoh Parade!!!!]. Rambang jugak mata tengok buku-buku kat situ... thanks to my cousin sebab bagi info yang sangat berguna. TAPIIIII ..buku yang Dean nak tetap tak ado!

Akhirnya..kami meng"lunch'kan diri pada pukul 4 petang di KFC Gunung Rapat.. heheheh waktu tu hujan renyai-renyai...alangkah nikmatnya melantak KFC. Sebelum kami pulang, sempat pulak aku dan Dean singgah di satu nursery berhampiran KFC tersebut...dan yang bestnya, kat situ macam-macam kami shopping, aku beli tanah campuran 2 bag, Dean beli pokok Golden Flower satu pasu...dan yang penting, habis semua kawasan nursery tu aku copy untuk dijadikan rujukan...Tak payah la nak beli buku lagi dah....Hahahah PUAS!




2008-11-07

::Review Filem:: Quantum of Solace::

Dah tiga hari aku termimpi-mimpi menjadi seorang agen perisikan menjalankan misi keamanan dunia [erk....boleh ker?]. Tapi hakikatnya aku hanyalah seorang Janggeltrekker yang kerdil dan tak ada kebolehan pon untuk jadi perisik sebab selalu terkantoi kalau buat kerja-kerja ngintip nih!! [hahahahha...pernah..banyak kali].

Sebenarnya aku memang dah set target nak tengok citer James Bond [atau lebih senang aku panggil Jebon] ni sejak pertama kali melihat trailernya di pawagam satu ketika dahulu..akhirnya ia menjadi kenyataan. Awal-awal lagi jugak aku dah book tiket hahahah ..bukan mein banyak tiket yang aku book tapi hampeh, semua yang kata-beria-ia nak join tuh cancel last minute. Dan akhirnya tertengok la aku filem ini bersama "kawan-kawan yang janggel ada"...


Review::

Jebond [Erk...] "Quantum of Solace" satu watak yang cukup mantap yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Daniel Craig meneruskan misi pemburuannya pada musim ini. Segala-galanya berkisar tentang agen perisikan pelbagai cabang yang turut menjadi kunci kepada filem ini.

Sebenarnya filem ini adalah kesinambungan daripada filem sebelumnya "Casino Royale" dimana ia mengaitkan perihal kematian Vesper Lynd seorang 'double agent' yang kononnya telah mengkhianati James Bond. Dalam siri kali ini, keseluruhan plot berkisarkan dendam yang belum terbalas.Bond merasa amat kecewa di atas kematian Vesper dan pelbagai persoalan bermain di fikirannya tentang perilaku Vesper yang di luar dugaan itu.

Dalam filem ini, muncul beberapa watak yang turut sama menjelmakan dendam mereka untuk ditebus kali ini. Seorang wanita yang menghadapi trauma sejak kecil akibat kematian ahli keluarganya, Camille Montes lakonan Olga Kurylenko mendukung watak gadis Bond pada filem ini. Pelik juga apabila melihat kesan lecuran di bahagian belakang badan Camille di awal cerita namun segala-galanya terjawab apabila Mr. Green, seorang environmentalist [kononnya...] menceritakan tentang kesan lecuran tersebut. Mr. Green yang juga menjadikan Camille sebagai perempuan simpanannya, mempunyai misi jahat disebalik aktiviti-aktiviti sosialnya sehingga mengaburi mata banyak pihak. Manakala Camille pula mendampingi Mr. Green hanya untuk membalas dendam ke atas kematian ahli keluarganya yang dibunuh oleh seorang ahli perniagaan iaitu General Medrano yang juga menjalinkan hubungan perniagaan bersama Mr. Green..Nah nampak kan kaitannya?

Di sinilah plot pertemuan sebenar siri ini di mana Bond telah berjumpa dengan Camiile di Haiti untuk menjalankan satu misi lain yang ditugaskan oleh bosnya, M dan di situ jugalah terdapat beberapa insiden yang cukup menarik untuk disaksikan.

Hmm rasanya aku tak akan bercerita secara terperinci tentang Filem ini, beri peluang kepada peminat filem ini menonton sendiri dan menilai kehebatannya. Adil kan...

From my point of view:

  1. Kisah yang berkisarkan dendam antara James Bond dan Camille menjadi tunjang kepada filem ini. Perlu tonton "Casino Royale" untuk kepuasan maksimum.
  2. Aksi-aksi ganas dan stunt yang amat mencabar minda. Setiap plot aksi ditonjolkan dengan begitu teliti dan agak melampau. Kalu nak tengok manusia-manusia kebal, tontonlah filem ini.
  3. Keromantikan James Bond dalam "Casino Royale" pupus dalam "Quantum of Solace". Namun sikap buaya daratnya tetap ditonjolkan dalam filem ini.

Keseluruhannya, filem ini tidak membosankan kerana sepanjang masa penonton akan disajikan dengan aksi-aksi hebat para pelakonnya. Kejayaan filem ini bergantung sepenuhnya ke atas aksi-aksi tersebut. Berbaloi melaburkan berjuta-juta Dolar untuk pembikinan filem ini.

Bagi aku, OK.
Let's wayang....PEACE!

video


Aku g Midvelly...dan ianya sangat sesak pada malam itu...


Lepas mennton..melantak ler pulok.. dan kawan -kawan aku menghasilkan ini...

2008-11-03

::Mexico City's 'Water Monster' Nears Extinction::

"And the two seas (kinds of water) are not alike: this is palatable, sweet and pleasant to drink, and that is salt and bitter. And from them both you eat fresh tender meat(fish), and derive ornaments that you wear. And you see ships cleaving (the sea-water as they sail through it), that you may seek of His Bounty, and that you may give thanks" (Al-Fathir:12)

Aku terjumpa lagi satu artikel yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama di sini. Tak sangka pulak ada binatang camtuh dan masih wujud lagi tika dan saat ini. Tetiba pulak aku rasa kagum. Jom baca::

Sumber:Yahoo! News

MEXICO CITY – Beneath the tourist gondolas in the remains of a great Aztec lake lives a creature that resembles a monster — and a Muppet — with its slimy tail, plumage-like gills and mouth that curls into an odd smile.
The axolotl, also known as the "water monster" and the "Mexican walking fish," was a key part of Aztec legend and diet. Against all odds, it survived until now amid Mexico City's urban sprawl in the polluted canals of Lake Xochimilco, now a Venice-style destination for revelers poled along by Mexican gondoliers, or trajineros, in brightly painted party boats.
But scientists are racing to save the foot-long salamander from extinction, a victim of the draining of its lake habitat and deteriorating water quality. In what may be the final blow, nonnative fish introduced into the canals are eating its lunch — and its babies.
The long-standing International Union for Conservation of Nature includes the axolotl on its annual Red List of threatened species, while researchers say it could disappear in just five years. Some are pushing for a series of axolotl sanctuaries in canals cleared of invasive species, while others are considering repopulating Xochimilco with axolotls bred in captivity.
"If the axolotl disappears, it would not only be a great loss to biodiversity but to Mexican culture, and would reflect the degeneration of a once-great lake system," says Luis Zambrano, a biologist at the Autonomous University of Mexico, or UNAM.
The number of axolotls (pronounced ACK-suh-LAH-tuhl) in the wild is not known. But the population has dropped from roughly 1,500 per square mile in 1998 to a mere 25 per square mile this year, according to a survey by Zambrano's scientists using casting nets.
It has been a steep fall from grace for the salamander with a feathery mane of gills and a visage reminiscent of a 1970s Smiley Face that inspired American poet Ogden Nash to pen the witticism: "I've never met an axolotl, But Harvard has one in a bottle."
Millions once lived in the giant lakes of Xochimilco and Chalco on which Mexico City was built. Using four stubby legs to drag themselves along lake bottoms or their thick tails to swim like mini-alligators, they hunted plentiful aquatic insects, small fish and crustaceans.
Legend has it that Xolotl — the dog-headed Aztec god of death, lightning and monstrosities — feared he was about to be banished or killed by other gods and changed into an axolotl to flee into Lake Xochimilco.
The axolotl's decline began when Spanish conquerors started draining the lakes, which were further emptied over time to slake the thirst of one of the world's largest and fastest-growing cities. In the 1970s, Lake Chalco was completely drained to prevent flooding. In the 1980s, Mexico City began pumping its wastewater into the few canals and lagoons that remained of Xochimilco.
About 20 years ago, African tilapia were introduced into Xochimilco in a misguided effort to create fisheries. They joined with Asian carp to dominate the ecosystem and eat the axolotl's eggs and compete with it for food. The axolotl is also threatened by agrochemical runoff from nearby farms and treated wastewater from a Mexico City sewage plant, researchers say.
Local fisherman Roberto Altamira, 32, recalls when he was a boy, and the axolotl was still part of the local diet.
"I used to love axolotl tamales," he says, rubbing his stomach and laughing.
But he says people no longer eat axolotls, mainly because fishermen almost never find them.
"The last one I caught was about six months ago," says Altamira, a wiry gondolier with rope-like muscles from years of poling through Xochimilco's narrow waterways.
Meanwhile, the axolotl population is burgeoning in laboratories, where scientists study its amazing traits, including the ability to completely re-grow lost limbs. Axolotls have played key roles in research on regeneration, embryology, fertilization and evolution.
The salamander has the rare trait of retaining its larval features throughout its adult life, a phenomenon called neoteny. It lives all its life in the water but can breathe both under water with gills or by taking gulps of air from the surface.
On a 9-foot-wide canal covered by a green carpet of "lentejilla" — an aquatic plant that resembles green lentils — Zambrano's researchers test water quality and search for axolotls. The air smells of sulfur and sewage.
A team member suddenly points to the trademark water ripple of an axolotl, and the crew hurls its net. But they only come up with two tilapia in a sopping-wet mass of lentejilla.
So far, scientists disagree on how to save the creature. But a pilot sanctuary is expected to open in the next three to six months in the waters around Island of the Dolls, so-called because the owner hangs dolls he finds in the canals to ward off evil spirits.
Zambrano proposes up to 15 axolotl sanctuaries in Xochimilco's canals, where scientists would insert some kind of barrier and clear the area of nonnative species.
Without carp, the water would clear, and plants the axolotl needs to breed could flourish again, said Bob Johnson, the curator of amphibians and reptiles at the Toronto Zoo.
"If you take the insults away, the lake has an amazing latent potential to heal itself," he said.
Veterinarian Erika Servin, who runs the Mexico City government's axolotl program at Chapultepec Zoo, is studying the possibility of introducing axolotls from the lab into the canals. But more study is needed to make sure the process doesn't lead to diseases and genetic problems from inbreeding.
Xochimilco residents could be another source of resistance.
Hundreds of people make a living pulling tilapia from canals or growing flowers, lettuce and vegetables on nearby land. Efforts to remove the fish or shut down polluting farms could face stiff opposition.
But while the debate goes on, time is running out.
Given its role in research alone, Johnson says, "We owe it to the axolotl to help it survive."
* * *
Bagi aku lah kan, tanggungjawab kita bukan sahaja untuk memelihara dan menjaga haiwan atau tumbuhan yang hampir pupus di muka bumi ini, tapi perlu mengambilkira keseluruhan spesis dan habitat yang masih wujud. Jangan pulak nanti sebok jaga kambing sekandang, anak kat umah lupa nak bagi makan... lebih kurang cenggituh la maksudnya.
Kalau nak diikutkan juga, banyak lagi spesis yang aku sendiri belom pernah tengok. Jadi terpaksalah luaskan pemandangan dan jauhkan perjalanan. kalau duduk kat bawah tempurung je, nampak ulat kelapa lah jawabnya.
Jadi jom kita sama-sama jaga alam sekitar kita. PEACE!
An Axolotl salamander, or Ambystoma mexicanum, swims to the surface for air in a tank at the Chapultepec Zoo in Mexico City, Sept. 27, 2008. Scientists warn that the roughly foot-long amphibian is just a few years away from extinction, a victim of the draining of its lake habitat, deteriorating water quality, and what is perhaps the final stake in its heart: the invasion of non-native fish species that are eating its eggs and larva, and competing with it for food.

::Review Filem:: High School Musical 3::

Minggu lalu aku berkesempatan menonton filem muzikal yang dikatakan hebat tahun ini. Betul ker? Setahu aku ramai jugak yang meng"kontroversi"kan filem ni. Filem High School Musical 3 [HSM3] dikatakan antara produksi terbaik daripada Disney Picture yang juga kesinambungan daripada siri HSM1 dan HSM 2 sejak 2006 yang lalu.

Mungkin ramai yang masih tak faham konsep dan jalan cerita sebenar filem HSM3 ini. Sebenarnya HSM secara umumnya mengisahkan budaya dan cara hidup golongan pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat. Ia sememangnya berbeza daripada apa yang kita alami di sini.

Pengarah filem ini dikatakan berjaya menarik minat golongan pelajar sekolah tinggi untuk mendalami ilmu persembahan teater dan muzik. Kalau betol begitu, baguslah...sekurang-kurangnya ada juga dikalangan mereka yang tidak menghabiskan masa dengan benda-benda mengarut yang banyak berlaku di sana.

Aku bukan prejudis atau pun taksub terhadap budaya tersebut, tetapi sekiranya ada yang dirasakan positif dan mampu untuk mengubah mentaliti kolot sesetengah pihak, masakan ianya menjadi satu kesalahan, betul tak?

Ok sedikit review mengenai filem HSM3:

Kesinambungan daripada HSM 1 & 2, kini pelajar-pelajar di East High telah memasuki tahun ke tiga pembelajaran mereka. Dan seperti biasa, senior year pasti sibuk dengan exam, prom night, perlawanan bola keranjang dan persembahan teater musikal yang menjadi satu kemestian di sekolah mereka saban tahun.

Dalam siri ini juga, HSM3 mengetengahkan konflik dan gelodak jiwa para remaja yang sekian lama bersama di sekolah dan terpaksa berpisah bagi mengejar impian dan cita-cita masing-masing. Di sinilah peranan watak-watak utama seperti Troy Bolton, Gabriella, Sharpay, Ryan and kelsi sekali lagi memenuhi setiap ruang cerita.

Mungkin kepada para peminat filem muzikal, HSM3 merupakan sesuatu yang boleh dikatakan sempurna kerana susunan muzik yang bagus dan yang paling dikagumi adalah aturan koreografi yang cukup mantap. Aku memang kagum tengok persembahan koreografi sebegitu. Sorry to say, mereka memang layak diberikan penghargaan.

Bagi sesiapa yang tidak meminati filem atau drama muzikal, terpulang lah untuk anda menilainya. Tiada paksaan. Apa yang boleh dikatakan mengenai HSM3::

  1. Unsur persahabatan yang kukuh yang diketengahkan di dalam HSM3 memang patut dijadikan contoh oleh setiap manusia di muka bumi. Aku pon sekarang ni tengah kumpul balik member-member lama dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
  2. Kegigihan para pelakon mempelajari step tarian amat mengkagumkan. Hasilnya, dari seorang yang tidak hebat menari, boleh menjadi hebat di dalam filem ini. Aku ada tengok the making of this HSM3. Memang latihan yang dijalankan amat ketat dan padat. Harap produksi di Malaysia boleh mengambil sedikit ilmu dari sini. [untuk PGLM dan PRM..produksi anda semua juga hebat!!!] Terbukti, usaha gigih, hasilnya juga lumayan.
  3. Kerjasama berpasukan juga dilihat mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Bukan sahaja dalam filem, malah di mana-mana pun ia menjadi aset kepada kejayaan. HSM3 mampu memberikan impak yang baik di setiap persembahan yang ditonjolkan. Itu semua adalah hasil kerjasama pengarah, pelakon dan team produksi mereka.

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan Filem HSM3. Sekali lagi, kepada sesiapa yang "MINAT" filem muzikal, silalah tonton filem ini. Banyak ilmu yang boleh dicedok. bukan meniru tapi mempelajari sesuatu...tak rugi pon.

Kepada yang "TAK MINAT" pulak, jangan la mengutuk... renung dulu diri tu, adakah kita mampu untuk buat filem macam tuh? kalau mampu Syabas dan buktikan. Kalau tak mampu...belajar lagi. Think outside the box OK. Tak rugi pon kalau kita belajar sesuatu yang baru.

PEACE!

Ish tetiba plak rasa macam pendek...

2008-11-02

::Hari Raya~Pose till the End::

Yup, this is the reason why I love to celebrate Hari Raya. Photo shoot!!! Kuang..kuang..kuang.. instead of being a model for myself, me also become a photographer in collaboration with my cousin's effort as well.
Located at some beautiful, sweet place in Selangor, Malaysia, we dedicate these photos to our beloved "granny" for the sake of memorable, happiness and family matters. Just enjoy it... We love u "Embah!".

P/S: Arip..."Rumah Embah Production tu active lagi ke???