2009-01-28

Cuti lagi??? Kemana kita?

Haluuuuuuuuu...Selamat Tahun Baru China.. Masih belum terlewat nak wish pada Ah Long, Say Chuan, Ling Chui...semoga tahun ini you all akan lebih kaya!!! Kehkehkeh boleh belanja aku... So sepanjang percutian yang panjang minggu lepas, cadangnya aku malas nak balik kampung, maklumlah baru saja balik dari Pulau Langkawi, bajet pon dah agak-agak terbabas jugak...tapi akhirnya aku 'terpulang' juga ke kampung halaman ku di Perak, mengadap ayahnda dan ibunda terchenta!! apa boleh buat, ikut naluri hati...kalau merancang-rancang ni kompom susah nak jadi punya! tapi sebelum tu ada dua kesah tragis aku nak tulis kat sini...

Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu aku pegi menonton wayang dengan Deennasour kat port biasa la, Sunway...citer INKHEART. Hush best jugak citer tu. Memang sesuai dengan selera aku. Aku bukan nak buat review filem skarang tapi nak citer sikit tragedi yang berlaku selepas itu. Wayang tamat lebih kurang jam 11.30 malam. So we decided to have dinner la, nak senang terus ke KFC. Lepak punya lepak sampai pukul 12.30 pagi. On the way balik, tiba di sebuah trafik light yang sedang hijau. Aku pun memecut kenderaan takut tak sempat..jalan raya pulak masa tu agak lengang. Aku dan Deenasour pon dengan riangnya bersembang-sembang di dalam kereta. Dengan tak semena-mena, tetiba je ada sebuah kereta melintas di depan kereta aku.

ADUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSShhhh mujur aku sempat brek.!!! kalau tak dah arwah dah kot aku ngan Deen. Syukur Alhamdulillah... terkesima sekejap aku dengan Deen dalam kereta.! Dan malam itu, aku kembali ke rumah dengan keadaan ketaq tahap maksima.....

Kisah kedua, pagi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung halamanku yang terchenta, aku dengan riang-rianya di subuh hari [kengkonon nak mengelak jem Tahun Baru Cina tapi hampeh...sangkut jugak] memandu keretaku mengikut hadlaju maksima 70 km/jam. Kereta memang banyak walaupun dipagi-pagi hari..tak tau la diorang bangkit pukui berapa. Tetiba sebuah van memintas aku dari sebelah kiri lalu melantunlah seketul batu yang aku tak tau berapa diameternya ke arah kereta aku yang macho itu!!! Lalu ia meninggalkan rekahan kecil sepanjang 0.5cm di cermin hadapan kereta ku!!!! Bullllllll...SSSsshh.......t!!!!!!! Apalah malang nasibku, sepanjang perjalanan terpaksa memandang ke arah rekahan itu..... Sedeyyyyy keretaku terluka.... dah la bajet tengah takde nih.....

Keesokkan harinya, ada la rombongan PakLong dengan Makcik aku ke rumah mak bapak aku di kampung... Tujuannya nak pergi merisik..[ops bukan merisik aku la weii!!!], sepupu aku tu, dah berkenan dengan anak makcik Esah sebelah kampung aku...so diorang pun menjadikan rumah mak bapak aku sebagai tempat persinggahan la. Sementara makcik-makcik ngan pakcik-pakcik aku pegi merisik, kami [aku dan 3 orang lagi sepupu aku] pon mengatur rancangan baeeeeekkkk punya!!!. Apa lagi, pergi berendam la!!! Semua dah macam badak air dah!!! kehkehkeh.. Kami sempat pergi berkelah di Kuala Woh, Tapah, Perak!. Adoiaii lama sungguh aku tidak menjejakkan kaki ke situ, suasana masih sama dan agak sesak dengan orang yang bercuti. Ahhh peduli apa itu semua, plan tetap diteruskan. Kami pon mencari port untuk berendam...Ish sejuk giler air sungai itu!...Sangat segar dan nyaman..Bermandi-manda dalam keadaan harmoni bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama! Kehkehkeh.. Sebelah malam pulak, aku dan parents aku pulang ke kampung di seblah ayah di Selangor. Katanya diorang di kampung ada buat majlis ...tak tau majlis apa..siap ada BBQ lagik!.. Harus la aku menghadirkan diri dengan segera!!.

Keesokan harinya, kami pulang semula ke Perak, sebab aku dah janji dengan beberapa orang sepupu aku di Ipoh untuk melaksnakan satu plan. Kehkehkeh Mak bapak aku terpaksa akur la dengan karenah anaknya yang cuti je tak reti duduk diam nih!..Biasa la kan, kalau dah dapat cuti tu, bercuti la sepuas-puasnya!! Rugilah kalau tidooqqqqqqqq je kat umah... hari-hari boleh tidoq.

Aku sampai kat Ipoh dalam pukul 2 petang. Plan asal, sepupu aku nak ajak main boling 7 sebelah.. kehkehkeh tetapi tetiba berubah plan di saat-saat akhir. Memandangkan salah seorang sepupu aku ni tak puas lagi jadi badak air semalam, so hari ni dia ajak pulak kami bermandi-manda di LOST WORLD OF TAMBUN. Ala yang macam Sunway Lagoon kat Bandar Sunway tu. Hahahaha idea yang menarik!. Dengan sepantas kilat, pemanduan kami berubah arah!. Dengan berbekalkan tiket masuk sebanyak RM 25, kami pon memulakan sesi berendam sekali lagi. Wush sesak betol keadaan di dalam sana. Ini kali pertama aku masuk ke situ, not bad la...Masa tengah mandi, tetiba aku tengok semu orang mendongak ke langit.Ish apa hal pulak kan?? Takkan buat eksesais leher beramai-ramai kan??? Siap ada yang menuding-nuding jari lagi ke arah langit. Rupa-rupanya satu fenomena alam sedang berlaku!

Subhanallah...baru aku teringat yang petang ni sebenarnya adalah waktu gerhana matahari!. Aku dah tau dah benda ni masa mak aku cakap haritu, boleh buat solat sunat gerhana matahari...Tapi apakan daya, keadaan aku yang pada ketika itu hampir separuh bogel membantutkan semuanya. Semapat jugak la aku snapy-snapy beberapa gambar sebagai kenangan... kekekeke.. Apa lagi lepas tu sambung mandi lagi la!!!.

Last day bercuti, hari selasa..aku di rumah saja.... kali ni memang betol-betol menghargai katil di bilikku...tido kehkehkeh lama giler aku tido ...start dari lepas subuh saku dah bangun dah lepastu berlegar2 di ruang tamu lepastu tidor balik...sampai ke tengahari...[motif berlegar-legar? nak cari port lain yang boleh dijadikan tempat tidor]. Jam 2 petang aku dah bersiap-siap nak balik semula ke KL. Tetiba ada sedara aku yang baru balik dari menghantar anaknya pulang ke salah sebuah universiti di KL singgah ke rumah aku..Katanya jalan menghala ke KL jem giler!!! ... Aku pon dah mula rasa nak tido balik...

Mak aku suruh balik malam sikit...mungkin jem dah reda... aku akur dengan arahan ibuku... Akhirnya lepas maghrib aku bertolak semula ke KL. Alhamdulillah, jalan tak jem sangat...sempat la aku sampai KL sebelum jam 10 malam. Ha tulah kisah cutiku yang panjang. Kengkononnya taknak balik kampung, bajet takder, malas..tapi lu tengok apa dah jadi?????

Minggu ni cuti panjang lagi..Isnin hari Wilayah, KL, Putrajaya, Labuan cuti!..Adakah aku akan pulang ke kampung lagi????? Atau mengatur plan-plan baek di sini????hehehehehheheh Tunggu................



Janggeltrekker

2009-01-21

Pulau Langkawi Trip

Alhamdulillah kami telah selamat pergi dan selamat kembali dari Pulau Langkawi! Percutian keluarga yang sangat menghiburkan. Kalau nak diikutkan sudah terlalu lama aku tidak menjejakkan kaki ke pulau lagenda Mahsuri itu. Kali terakhir mungkin 15 tahun lalu...macam-macam telah berlaku beb!!

Sejak hari Jumaat lagi [16 Januari 2009] aku dah tak sabar-sabar nak balik kampung di Perak. Makcik aku yang duduk kat Puchong tu pun join aku skali..senang katanyer.... Ok la tuh, takde la aku balik sensorang. Lepas kerja je, aku dan makcik aku bergerak ke Perak. Sampai jam 8 malam.. hehehe awal jugak.

Aku memang dah takde mood nak bermalam-malaman ni..sebab tak sabar tunggu esok. Kehkehkeh.. Jadi malam tu aku pon tidur awal..kenkononnya nak amek feel bercuti di awal pagi. Keesokkan harinya, Sabtu [17 Januari 2009] kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pinang. Cadangnya nak bermalam di Penang sebelum ke Pulau Langkawi. Alhamdulillah, semua yang berkumpul di Ipoh telah sama-sama bergerak ke Pulau Pinang. 4 Buah kereta semuanya. Tiba di rumah pakcik aku di Penang, kami semua berkumpul dan berbincang untuk perjalanan ke Pulau Langkawi keesokan harinya. Kalau dah berkumpul tu, tau-tau aje lah yer...bergosip la!!! Sebelah malam pulak, aku dan 4 orang sepupu aku pergi meronda-ronda ke Night Market di Batu Ferringhi.Giler happening!!! Hmmm ada jugak la borong beberapa "benda alah" yang memang murah giler dan banyak kat sana. Then lepas habis meronda, sempat jugak lagi singgah ke sebuah lagi rumah baru makcik aku di Tanjong Bungah. Rumah makcik aku yang dulu dah habis ranap sebab Tsunami...yang ni rumah baru dia, rumah flat...

tak sampai 15 minit, jam pon dah pukul 11.30 malam, kami pun pulang semula ke rumah pakcik [aku tak ingat la nama tempat tu kat mana]. Balik-balik terus tidoq la...

Keesokan harinya, Ahad [18 Januari 2009], seawal pukul 7.15 pagi sebanyak 6 buah kereta bergerak menuju ke utara, Kuala Perlis. Hehehhe memang happening... semua sekali adalah dalam 23 orang peserta.[erk..peserta ker?]Sampai kat Jeti Kuala Perlis pukul 10 pagi. Setelah menyettlekan soal tiket ferry dan sebagainya..Akhirnya bertolaklah kami ke Pulau Langkawi tepat jam 11.30 pagi. Giler excited!!!

Perjalanan ke Pulau langkawi melalui Kuala Perlis mengambil masa selama 45 minit. Kami tiba di jeti Kuah pada jam 12.30 tengahari. Setelah menahan 2 buah van, kami pon bergerak ke hotel. Best jugak la hotel tu, dekat dengan pekan Kuah...nak shopping senang! [Itu yang ditunggu-tunggu oleh mak dan makcik-makcik aku!]. Aku dengan 3 orang sepupu aku awal-awal dah start planning...takkan le petang-petang tu nak join makcik-makcik shopping??? So dengan berbekalkan pengalaman salah sorang sepupu aku yang pernah bekerja di Langkawi, kami pun bercadang ke Pantai Chenang. Dengan menaiki teksi dari pekan kuah, dan tambang sebanyak RM 24, kami pon bergerak ke Pantai Chenang. Fuh...lawa giler pantai tu...putih bersih saja...Apa lagi kami pun mandi-manda la..Pantai Chenang hanya 25 km dari Pekan Kuah. Bukan setakat mandi, kami siap berkayak lagi... dah dekat nak maghrib baru bergerak pulang ke Hotel.

Sebelah malam pulak, ada majlis bersama ahli keluarga. Kami semua berkumpul dan berbual. Seronok sangat! Sambil menonton Anugerah Juara Lagu ke 23!!! yAHOOOO Faizal tahir bolot 3 Anugerah...Meet Uncle Hussien pon Best jugak!!!


Hari ke -2 [19 Januari 2009]

Seperti yang dah awal-awal dirancang, aku dan 6 orang sepupu aku akan pergi 'Island Hopping' manakala yang lain pulak akan pergi shopping lagi!!! [shopping maniac??] aku malas nak pegi shopping awal2.. biar last minit baru mencabar....lagipun bajet tak cukup nak shopping 3 hari berturut-turut kehkehkeh....

Bermulalah pengembaraan yang mencabar... dengan hanya RM 29, kami menaiki bot dari Jeti Kuah menuju ke Pulau Beras Basah.. Best giler!! Pantai yang cantik dan bersih...Mandi-manda kat situ memang menyegarkan.. Lepas sejam di Pulau Beras Basah, kami dibawa pula menyaksikan beratus-ratus @ beribu-ribu burung helang di sebuah pulau..Aku tak ingat la pulak apa nama pulau tu. Tapi memang best giler!!! Bile campak je ikan kat laut, beratus-ratus burung helang menyerbu ntah dari mana ntah datangnya!!!! Menakjubkan!!!

Selepas menyaksikan burung-burung helang yang chomel, kami dibawa pula ke Pulau Dayang Bunting. Di Pulau Dayang Bunting, ada sebuah tasik air tawar yang sungguh nyaman dan segar.Kami tak melepaskan peluang untuk bermain solar car di sana. Best.

Kami bergerak pulang semula ke jeti Kuah pada jam 12.30 tengahari. Huh penat giler, tapi puas!. Selepas makan tengahari dan mandi, sebelah petangnya pulak kami bertolak ke Gunung Mat Cincang, tempat Cable Car. Wah tak sabar nak naik nih, Cable Car di Pulau langkawi adalah yang terpanjang di dunia!. Golongan mak-mak ngan bapak-bapak tak ikut...diorang menyambung shopping lagi! Adoyaiiiiii....

Dari Cable Car kami ke Underwater World pulak. Not bad la tempat tu, lebih kurang macam kat Aquaria KLCC. Bertolak pulang ke hotel jam 7 malam. Mak-mak dan bapak-bapak masih belum balik shopping???? ekstrim sungguh penyopingan mereka!!!

Sebelah malam nya pula, aku dan 3 orang sepupu aku pergi melantak seafood di Pantai Chenang...Hahahha memang teringin nak pegi situ makan seafood. Yang lain tak nak ikut sebab dah penat. So dengan membawa sebuah van yang disewa, kami berempat memecut ke Pantai Chenang....

Hari ke-3 [20 Januari 2009]

Pagi -pagi lagi dah bangun, hari ni baru aku nak pegi shopping! Dengan berjalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai ke pekan Kuah.. ada la shopping cekelat sikit-sikit nak bagi kengkawan... bukan beli banyak pon. Aku banyak beli keychain dan Fridge Magnet je masa kat Pantai Chenang semalam. Saja buat koleksi...dah beribu-ribu dah keychain aku!!! Yeeyeyeyeyyyy...

Aku sempat juga ke sebuah shopping complex, namanya Idaman Suri. Makkkkkkk aiiii sempat lagi mak-mak dan bapak-bapak shopping last minute! Aku pon join sekaki, beli beberapa pinggan mangkuk untuk rumah aku kat KL. Hehehhe baru la ada rupa rumah sikit...

Kami bergerak pulang ke Jeti jam 1 tengahari. Masa pergi haritu naik 2 van, tapi masa balik nih dah jadi 3 van pulak! Satu van penuh isi barang. Ferry ke Kuala Perlis akan bertolak pada jam 2.30 petang. Tiba di Jeti Kuala Perlis jam 3.30 petang... Susun-punya-susun...sampai tak muat kereta dah barang-barang semua... sumbat jugak lah!!!Dipendekkan cerita, kami sampai di Perak jam 11 malam... tido dan esok pagi nak balik KL.... Penat tapi PUAS!!! Kali ni memang bercuti bersungguh-sungguh! Tahun depan akan lebih happening lagi!!!! Dimana tu??? Tunggu....Harap-harap aku masih ada di sini...PEACE!

Night Market & Jeti Kuala Perlis

Jeti Kuah, Pulau Langkawi

Pantai Chenang

Jeti Kuah to Island Hopping!


Pulau Beras Basah


Tasik Dayang Bunting



Cable Car, Gunung Mat Cincang


Underwater World, Pantai Chenang

Beras Terbakar


Goodbye Langkawi!!

Janggeltrekker