2009-02-21

Projek Teater: Teater Puteri Gunung Ledang the Musical - Season 3

Assalammualaikum!

Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya yang dikatakan terhebat bagi sebuah naskah muzikal teater di Malaysia. Hmmm apa lagi kalau bukan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Aku memang akui kehebatannya dan sememangnya aku fanatik pada produksi ini! Malahan ini merupakan kali ke-4 aku menyaksikan Puteri Gunung Ledang the muzikal saban tahun, dan aku dapat menyaksikan sendiri perjalanan dan perkembangan persembahan teater ini sejak musim pertama hinggalah ke musim ke3! Sememangnya tanpak besar kelainan yang ditonjolkan bagi PGLM3 kali ini.

Mungkin ada yang bertanya, apa bezanya PGLM I,II, dan III? Bagi aku memang banyak bezanya. Walaupun jalan cerita masih sama namun pelbagai elemen baru telah disuntik ke dalam PGLM3 kali ini. Yang paling ketara adalah elemen-elemen magikal yang tidak terdapat dalam persembahan dahulu. Kagum aku melihat para pelakon melakonkan watak yang sungguh mencabar dengan aksi dan tarian yang telah diberikan nafas baru! Corak tarian dan susun atur perjalanan cerita juga telah digarap dengan cukup indah dan dikupas dengan lebih mendalam oleh pengarhnya. Syabas! Sememangnya aku terus kagum dan terhibur. Sepanjang persembahan aku dibuai dengan lagu-lagu dari yang mengasyikkan yang sememangnya telah melekat dalam kepala otak aku sejak 3 tahun yang lalu.! Memang best.

Tambahan kepada set ataupun prop pentas juga menjadikan persembahan PGLM 3 kali ini lebih menonjol, susun atur prop yang baru, tambahan kepada Kapal Jawa yang sebelum ini hanya menunjukkan layarnya sahaja, Keadaan di hutan Gunung Ledang yang lebih menyeramkan dan kostum-kostum pada karektor-karektor yang baru juga menambahkan keajaiban teater PGLM3. Babak yang paling mendatangkan kesan pada aku adalah ketika rombongan peminangan Sultan Mahmud yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah berdepan dengan halangan daripada Jelmaan Nenek Kebayan! Satu babak yang dikupas dengan sangat baik dan menakjubkan..tambahan pula disuntik dengan elemen-elemen magik yang menjadikannya bertambah segar! Syabas PGLM3, kerana tidak sia-sia menimba ilmu dari luar untuk dimasukkan kedalam produksi ini. Unsur api dan angin yang di bawa masuk memang unik!.

Pujian juga aku berikan kepada setiap barisan pelakon yang berjaya menghayati watak dengan begitu teliti. Hang Tuah pula kali ini ku lihat lebih 'Jiwang' daripada musim-musim sebelum ini. Sememangnya ia amat mempersonakan, walaupun jiwang, kegagahan Hang Tuah masih dikekalkan. Dialog-dialog puitis yang dituturkan oleh kedua-dua pelakon utama sememangnya mendatangkan perhatian yang serius dari kalangan penonton.

"Setapak Melangkah Meninggalkanmu, Dua Langkah Rinduku Terhadapmu..."
Dialog ini telah menjadikan Panggung Sari riuh dengan usikan dari para penonton yang tersenyum melihat gelagat Tuah dan Gusti Putri. Syabas sekali lagi.

Kelainan PGLM 3 kali ini:

  1. Jalan cerita yang dikupas dengan lebih mendalam dan watak-watak yang lebih berkembang.

  2. Props yang lebih banyak dan menarik.

  3. Penggunaan kostum yang lebih menarik dan memasukkan elemen-elemen Jawa, Melayu, Bugis, Cina, India, Arab dan sebagainya.

  4. Lagu-lagu yang disusun semula dengan melodi yang lebih segar. Gaya penyampaian lagu yang berbeza dan lebih mantap. Suara Stephen dan Ida memang Superb! Lagu yang poaling aku suka adalah 'Keranamu Kekasih' dan 'Tujuh Syarat Agung' [Lagu ni memang unik! aku pon dah hafal and siap nyanyi skali hahahahahah]

  5. Corak tarian yang baru dan lebih menggambarkan keadaan pada zaman tersebut. Ini menandakan usaha gigih setiap pelakon dalam menjadikan tarian mereka hidup! Antara babak tarian yang paling menyerlah adalah ketika Sultan Mahmud membuat tarian Broadway di hadapan Istana Melaka dan juga Babak persembahan Gusti Putri menari di hadapan Hang Tuah dan Sultan Melaka. Sangat superb! Tiara your dance memang gemalai dan sangat Natural!

  6. Banyak elemen-elemen magik yang diperkenalkan yang menjadikan cerita ini lebih hebat. Sememangnya masyarakat dunia pada masa dahulu banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur magik ini. Antara babak magik yang aku suka adalah ketika Gusti Puteri Hilang didalam pelukan Bayan dan juga Babak Jelmaan Nenek Kebayan bertukar menjadi Gusti Puteri! Memang berhantu. Di samping itu babak Nenek Kebayan menjelma menjadi 7 orang juga sangat menarik!
Selebihnya, PGLM3 masih mengekalkan keasliannya. Kekal unik dan ekstravaganza! Tahniah kepada produksi Datin Seri Tiara Jacquelina! Aku harap ini bukanlah Musim terakhir PGLM seperti yang dinyatakan oleh beliau. Penggemar teater tanah air masih merindui PGLM dan semoga ianya akan terus dipentaskan, walaupun ianya perlukan kepada perubahan.. Sekali lagi Syabas. Sememangnya aku amat berpuas hati, walaupun tiket MAHAL, tapi ianya berbaloi!.


Macm biasa la...pegi dengan Opismate!!!

Akhirnya Hang Tuah dan Gusti Putri di Puncak Ledang...

Bayan dan Patih...yang best!

Raja Ahmad yang kiut!!

Essemble yang memang Havoc!! Best..best..best..

Ramai betol peminat PGLM3!

Hahahah aku orang terakhir yang diberi peluang! Siap suh depa sain 3 Poster lagi!!!

Buku Program pon ada autograph diorang!

Sempat pinjam topi jawa ni dari mamat jaga kedai cenderamata..heheheh

3 Pelakon Utama PGLM3, Stephen, Tiara dan Ida!


video

video

Janggeltrekker

2009-02-19

Geng - Let's Pokok!

Sebelum ini aku tidak terfikir tentang sumbangan kecil daripada pokok renek yang aku letakkan di atas meja di office. Begitu juga dengan pokok-pokok bunga yang aku biarkan hidup segan ...mati tak mahu di hujung halaman rumah...sekali sekala berbunga, dan sekali-sekala kontang ibarat pokok tak cukup air, kesian.

Tapi setelah membaca sebuah artikel di internet, baru aku sedar walaupon pokok-pokok itu kecil, tidak sehebat pokok-pokok di hutan dan tidak sesubur mana, namun mereka tetap memberi sumbangan yang cukup bermakna kepada kita. Sedar atau tidak, sebenarnya sejak di peringkat sekolah rendah lagi kita telah mempelajari sumbangan tumbuh-tumbuhan dalam mengeluarkan Oksigen dan sebagainya. Tapi ada di antara kita yang endah tak endah tentang kepentingan tersebut. Sebagai contoh, pernahkah anda terfikir bagaimana gigihnya tumbuhan menjalar, melilit di pagar rumah kita untuk mencapai puncak tertinggi supaya cahaya matahari dapat diserap kedalam sistem mereka? Pokok menjalar itu muncul entah dari mana di sudut halaman, dan membiak dengan cepat terutamanya bagi iklim di Malaysia. Itu semua menandakan yang kediaman atau kawasan tempat pembiakannya itu lengkap dengan keperluan mereka dan sekaligus menunjukkan iklim kita masih stabil dan sesuai untuk didiami.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan sekarang dengan pembangunan yang pesat membangun, udara kita kian tercemar dengan asap kenderaan, kilang dan sebagainya. Di sini lah sebenarnya peranan tumbuh-tumbuhan, sebagai penapis semulajadi [filter] kepada udara tercemar. Benarkan tumbuhan boleh berfungsi sebagai penapis semulajadi? Sesetengah saintis mengesahkan kenyataan itu. Alasannya: banyak tumbuhan boleh bertindak sebagai penapis semulajadi, meningkatkan kualiti udara di dalam ruang rumah atau pejabat dengan menyerap udara di kawasan sekitarnya. Dan semestinya kesemua tumbuh-tumbuhan menyumbang kepada udara yang sihat dengan menukar Karbon dioksida kepada Oksigen.

Ada kajian yang telah dijalankan yang membuktikan sesetengah tumbuhan boleh secara effektifnya menyingkirkan formaldehyde, benzene, carbon monoxide, dan beberapa pencemar udara yang lain.

Jadi tindakan aku meletakkan pokok di atas meja di office sebenarnya sangat membantu!! Boleh meningkatkan kualiti udara di sekitar kawasan tempat aku bekerja. Tak susah sebenarnya, kita boleh cari tumbuh-tumbuhan yang mudah dijaga dan senang hidup seperti Peace Lily, Areca Palm, Lady Palm, Ficus Alii, and Golden Pathos dan letakkannya didalam bekas kecil di hujung meja kita. Tak kisah lah bekas kecik ke..bekas besar ker. Mulakan dengan yang kecik kalau tak tahu kita mampu menjaganya atau tidak. Percayalah, memang seronok. Bagi yang tak suka bercucuk tanam atau malas nak jaga pokok-pokok ni, jangan risau, pegi jelah cari pokok-pokok yang senang dijaga, contohnya pokok buluh cina tu, hanya letak dalam bekas ada air dan tinggal je saja . Tak perlu kepada penjagaan yang kompleks..!!

So apa lagi, jom mulakan kempen Office/bilik/rumah hijau mulai hari ini!!! Percayalah ia memang benar-benar membantu, dan kesihatan kita pon setidak-tidaknya akan terpelihara... AMIN....

OK. Let's Pokok!


Dua pokok ni memang aku letak di work station aku... satu lagi tu baru blajar nak idop....


Pokok ni paling senang nak jaga..letak je dalam bekas..buh air/gel
[aku cilok gambar ni kat tempat opismate aku]


VERSI JAWI

سبلوم اين اكو تيدق ترفيكير تنتڠ سومبڠن كچيل درڤد ڤوكوق رينيق يڠ اكو لتقكن د اتس ميجا د اوففيچ. بڬيتو جوڬ دڠن ڤوكوق-ڤوكوق بوڠا يڠ اكو بياركن هيدوڤ سڬن ...ماتي تق ماهو د هوجوڠ هلامن رومه...سكالي سكالا بربوڠا، دان سكالي-سكالا كونتڠ عبارت ڤوكوق تق چوكوڤ اير، كسيان.

تاڤي ستله ممباچ سبواه ارتيكل د اينترنيت، بارو اكو سدر والاوڤون ڤوكوق-ڤوكوق ايت كچيل، تيدق سيهيبت ڤوكوق-ڤوكوق د هوتن دان تيدق سيسوبور مان، نامون مريك تتڤ ممبري سومبڠن يڠ چوكوڤ برمعنى كڤد كيت. سدر اتاو تيدق، سبنرڽ سجق د ڤريڠكت سكوله رنده لاڬي كيت تله ممڤلاجري سومبڠن تومبوه-تومبوهن دالم مڠلواركن اوكسيڬن دان سباڬايڽ. تاڤي اد د انتارا كيت يڠ اينده تق اينده تنتڠ كڤنتيڠن ترسبوت. سباڬاي چونتوه، ڤرنهكه انادا ترفيكير باڬايمانا ڬيڬيهڽ تومبوهن منجالار، مليليت د ڤاڬر رومه كيت اونتوق منچاڤأي ڤونچق ترتيڠڬي سوڤاي چهاي ماتهاري داڤت دسراڤ كدالم سيستم مريك؟ ڤوكوق منجالار ايت مونچول انته دري مان د سودوت هلامن، دان ممبياق دڠن چڤت تراوتماڽ باڬي اقليم د مليسيا. ايت سموا مننداكن يڠ كديامان اتاو كاوسن تمڤت ڤمبياقنڽ ايت لڠكڤ دڠن كڤرلوان مريك دان سكاليڬوس منونجوقكن اقليم كيت ماسيه ستابيل دان سسواي اونتوق ديديامي.

والاوباڬايماناڤون، دالم كادأن سكارڠ دڠن ڤمباڠونن يڠ ڤسات ممباڠون، اودارا كيت كين ترچمر دڠن اسڤ كندرأن، كيلڠ دان سباڬايڽ. د سيني له سبنرڽ ڤرانن تومبوه-تومبوهن، سباڬاي ڤناڤيس سمولاجادي [فيلتر] كڤد اودارا ترچمر. بنركن تومبوهن بوليه برفوڠسي سباڬاي ڤناڤيس سمولاجادي؟ سستڠه ساءينتيس مڠسهكن كڽاتأن ايت. السنڽ: باڽق تومبوهن بوليه برتيندق سباڬاي ڤناڤيس سمولاجادي، منيڠكتكن كواليتي اودارا د دالم رواڠ رومه اتاو ڤجابت دڠن مڽراڤ اودارا د كاوسن سكيترڽ. دان سمستيڽ كسموا تومبوه-تومبوهن مڽومبڠ كڤد اودارا يڠ صيحت دڠن منوكر كربون ديوك سايدا كڤد اوكسيڬن.

اد كاجين يڠ تله دجالنكن يڠ ممبوقتيكن سستڠه تومبوهن بوليه سچارا ايففيكتيفڽ مڽيڠكيركن فورملدهيد، بنزيني، چربون مونوزيدي، دان ببراڤ ڤينچيمر اودارا يڠ لاين.

جادي تيندقن ساي ملتقكن ڤوكوق د اتس ميجا د اوففيچ سبنرڽ ساڠت ممبنتو!! بوليه منيڠكتكن كواليتي اودارا د سكيتر كاوسن تمڤت ساي بكرجا. تق سوسه سبنرڽ، كيت بوليه چاري تومبوه-تومبوهن يڠ موده دجاڬ دان سنڠ هيدوڤ سڤرتي ڤاچي ليلي، اريچ ڤلم، لادي ڤلم، فيچوس عليا، اند ڬولدن ڤتهوس دان لتقكنڽ ددالم بكس كچيل د هوجوڠ ميجا كيت. تق قيصه له بكس كچئ ك..بكس بسر كر. مولاكن دڠن يڠ كچئ كالاو تق تاهو كيت ممڤو منجاڬڽ اتاو تيدق. ڤرچايله، ميمڠ سرونوك. باڬي يڠ تق سوك برچوچوق تانم اتاو مالس نق جاڬ ڤوكوق-ڤوكوق ني، جاڠن ريساو، ڤڬي جله چاري ڤوكوق-ڤوكوق يڠ سنڠ دجاڬ، چونتوهڽ ڤوكوق بولوه چينا تو، هاڽ لتق دالم بكس اد اير دان تيڠڬل ج ساج . تق ڤرلو كڤد ڤنجاڬان يڠ كومڤليك س..!!

سو اڤ لاڬي، جوم مولاكن كيمڤين اوففيچ/بيليق/رومه هيجاو مولاي هاري اين!!! ڤرچايله اي ميمڠ بنر-بنر ممبنتو، دان كصيحتن كيت ڤون ستيدق-تيدقڽ اكن ترڤليهارا... أمين....

اوق. ليتءس ڤوكوق!

Janggeltrekker

2009-02-14

Lagi Kisah "Geng: Pengembaraan Bermula" di Shah Alam

Adoyaiii sejak akhir-akhir ni aku terpaksa melupakan beberapa kativiti Janggel seperti masuk hutan dan berkeliaran di tempat-tempat aneh...semuanya semata-mata kerana GENG!! Semalam, aku berkesempatan menghadiri satu "Malam Bersama Geng" bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula di Shah Alam. Lokasi? Sebuah restoran yang diberinama Geng, terletak betul-betul di hadapan Markas Les' Copaque! Memang Happening giler tempat tu. Sebab apa happening? Sebab ramai peminat-peminat filem Geng:Pengembaraan Bermula yang hadir untuk sama-sama menyokong tayangan filem tersebut.[Kalau anak buah aku tau ni..mampos aku!!!! Dia pon fanatik Upin ngan Ipin gak!]
So di Geng, aku sempat menjawab soalan kuiz yang membolehkan aku memenangi sticker kereta filem Geng! Hahahahah jangan main-main, aku dah tampal pon kat keta aku! Tetiba aku nampak keta sport aku tu bersinar-sinar jer hahahahahah!.Apa soalan dia ek...

"Upin dan Ipin pertama kali beraksi di pawagam, apakah nama filem yang dilakonkan oleh mereka? Jawapan aku = semestinya Geng: Pengembaraan Bermula!!!"


Izwan sedang sibuk menandatangani autograf untuk peminat.

Aktiviti malam tadi di Geng antara-lainnya adalah menyaksikan tayangan promosi filem Geng dan animasi Upin dan Ipin. Di samping itu juga kemunculan penyumbang-penyumbang suara di dalam filem Geng:Pengembaraan Bermula dan Siri Upin dan Ipin iaitu Amir Izwan bagi watak Badrol, watak Kak Ros [sorry la tak ingat nama akak nih]... ada jugak pembawa suara bagi watak Mei Lin! Mereka memang sporting dan chomel-chomel belaka seperti gambaran watak-watak tersebut. Krew-krew bagi produksi Les' Cpaque juga masing-masing ramah-tamah dan sentiasa ceria! Bagus betol korang ni...tenang je hati bile tengok muka-muka korang yang sentiasa ceria tuh! Hahahahah puji ada makna ker? Tak la...ni pujian ikhlasssssss.

Di Geng juga ada di jual beberapa merchandise yang sangat-sangat chomel dan menarik, antaranya Mug [Limited Edition katanyer....aku dah rembat satu...erk beli la..], Poster "Geng:Pengembaraan Bermula" yang siap ditandatangani oleh Badrol [sebab dia sorang je yang ada kat situ], dan sticker-sticker menarik sesuai untuk budak-budak 'chomel' yang minat dengan karektor-karektor di dalam Upin dan Ipin.... semua aku rembat! Hahahaha giler babas walaupun tengah sengkek....

Ramai sungguh pengunjung di Geng.

Dan yang paling dinanti-nantikan adalah kemunculan buat pertama kalinya 2 maskot terbaru Upin dan Ipin di Geng! Sangat-sangat Chomel! Bile muncul je dua maskot tu, berebut-rebut la orang ramai nak mengambik gambar, termasuklah aku!!!! Yang paling excited adalah kanak-kanak la... siap beratur tunggu turn nak amek gambor. Ye la beb bukan senang nak jumper menda-menda macam nih! Kena ada usha yang jitu! Hahahahahah mula-mula rasa macam aku sorang je pulak yang besar gedabak dok tunggu nak amek gambar ...nasib bek ramai jugak yang seangkatan dengan aku turut menyelit kat situ. Heheheheh Best!

Tengah riuh-riuh tu datang pulak sekumpulan 'Remaja' membawa motor berkuasa tinggi park dekat depan Geng! Wah..brutal-bruta semuanya! Minat Upin dan Ipin jugak tuh! Cayah lah korank.... Terkesima pulak aku seketika melihatnya...

Selain itu juga, krew-krew Les' Copaque ada juga mengedarkan Ring tones dan klip-klip video animasi Upin dan upin secara percuma. Memang best la... skang ni pon SmS aku dah bunyi suara budak-budak tuh... Suka!!!

Lepas habis melantak dan mencari publisiti murahan kat Geng [aku makan tomyam campur dengan nasi putih ...sedap??? kena la rasa sendiri...harga berpatutan] hahaha siap tolong promote Restoran Geng lagi...jangan marah yer wahai pemilik Restoran yang budiman!.

Tak habis menyemak kat Geng, aku pergi pulak menyerbu kedai menjual cenderamata Geng yang terletak beberapa kangkangan kaki sahaja dari restoran tersebut. Adoiaiiiiii rambang mata la pulak tengok...terpaksa aku bergolok-bergadai lepas ni...[aku rembat sehelai T-Shirt Filem Geng:Pengembaraan Bermula kat kedai tuh!Kehkehkeh....

Lepas dah habis tak de benda yang nak diborong kat situ, apa lagi balik time! Rasa macam nak lepak lagi lama-lma kat situ, tapi mengenangkan ada sorang member aku dari Teluk Intan nak datang tumoang tidor kat rumah aku, so terpaksalah balik awal.... Esok aku nak ajak dia tengok Filem Geng:Pengembaraan Bermula sekali lagi!!! Yeyeyeyeyyeyeyeey....Aku dah racun dia siap-siap dengan kata-kata yang meggambarkan kehebatan filem itu!

OKlah, aku nak ucap SYABAS sekali lagi kepada Krew-krew Les' Copaque di atas kejayaan mereka. Len kali boleh tak nak join lagik??? hahahhaaha. [Perlu ke aku tanya persoalan itu?] Sendiri mau ingat lah yer! Betol..Betol..Betol..!!! Katanyer....[Ipin]

PEACE!!!.

Ni lah Restoran / Cafe Geng!

Pemegang Suara Kak Ros bagi siri Upin & Ipin musim kedua.

Maskot Upin dan Ipin


Bergambar bersama maskot terbaru Upin dan Ipin..

Antara krew Les' Copaque yang hadir

Sesi pengenalan watak...dan kuiz

Ececececce bajet chomel je kan...memang pun...

Lagi krew Les' Copaque


Antara Merchandise yang dijual


video video

video video

video

Janggeltrekker

2009-02-13

Review Filem: Geng:Pengembaraan Bermula

Dah lama tak buat review filem, bukan sebab aku dah stop tengok wayang ...tapi sebab malas nak buat review memandangkan banyak sangat benda lain yang nak kena buat. Tapi kali ni aku mesti buat jugak review pasal filem Geng: Pengembaraan Bermula! Sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang sangat membanggakan!!!

Malam tadi aku berpeluang menonton filem ni di GSC Mid Valley. Fullhouse panggung wayang sempena hari pertama tayangan filem tersebut. Adoiaiiiii memang rugi la sapa yang tak pergi tengok filem ni. Aku sangat-sangat mempromote filem ni untuk ditonton. Sesuai untuk semua golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Apa yang menarik?

  1. Jalan cerita yang sangat menarik dan menyelitkan unsur-unsur science fiksyen yang memang belum pernah wujud di Malaysia sebelum ini!
  2. Kualiti grafik 3D yang cukup bagus, bagi aku setaraf dengan filem-filem 3D antarabangsa seperti Shrek, Madagascar dan yang sewaktu dengannya!
  3. Watak-watak yang sangat sesuai dan lucu, diolah dengan baik sekali oleh pihak produksi filem Les Copaque. Tahniah!
  4. Sinimatografinya yang sangat menarik. Pengenalan kepada budaya dan gambaran Malaysia secara menyeluruh. Sesuai ditayangkan di Festival-festival filem Antarabangsa dan sesuai dijadikan salah satu produk pengenalan kepada Malaysia! Syabas.
  5. Idea-idea yang dicambah dengan baik sekali. Unsur-unsur jenaka / komedi yang kehadapan dan tidak melampau-lampau. Karektor -karektor yang mesra penonton dan sering membuatkan penonton terpesona untuk mendalami watak-watak di dalam filem tersebut.
  6. Babak-babak yang sungguh sempoi!!!
Secara keseluruhannya, aku memang kagum dengan Filem ini. Tetiba pulak terasa macam nak menagis sebab terlalu bangga kerana Malaysia mampu membikin filem sebegini. Ha siapa kata kita tak boleh buat? Kalau ada usaha dan sokongan yang jitu, sesuatu perkara itu memang tidak mustahil! Bukti sudah ada, kita memang mampu bikin filem bertaraf dunia! Syabas kepada semua team produksi dan pengarah filem ini Mohd. Nizam Abd. Razak bersama-sama team kreatifnya. Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia yang bersama-sama berusaha menjayakan filem ini. SYABAS SEMUA!!

Pengalaman ku::

"Sebuah keluarga bersama anaknya dalam lingkungan umur 4-5 tahun duduk di sebelah seat aku... Anaknya turut menari-nari sewaktu Kak Ros menyanyi bersama penduduk kampung!!! So sweet.. bila tiba babak seram pulak, kanak-kanak itu memeluk ibunya sambil mengintai ke skrin!!! Hebat sungguh penangan Geng! Aku bertambah kagum!"

Info Geng: Pengembaraan Bermula:
Title : Geng - Pengembaraan Bermula
Type : Feature Film 90 Minutes
Animation Technique : Key Frame
Budget : RM 4 Million
Sponsors : MOSTI, MIMOS, Tourism Malaysia
Media Partner : Media Prima, TV9, RTM
Project commenced : January 2006
Completion Date : May 2008
Release Date : 12 February 2009
Musical Score :

Yuri Wong,The Factory Music Studio

Post Production: Les’ Copaque Production SB
Film Processing : Oriental Post, Bangkok
Story and Screenplay : Les’ Copaque Production SB
Voice Actors : Les’ Copaque Production SB
Distributor : Grand Brilliance SB
Director : Mohd. Nizam Abd. Razak
Produced by :

Les’ Copaque Production SB


Antara babak-babak menarik:

  • Babak sewaktu upin dan ipin bermain di hadapan gerai uncle Muthu.
  • Babak ketika Upin dan Ipin serta Rajoo mengejar seekor makhluk ajaib dalam hutan, = "Fikir masa depan!" Katanyer...[Upin]. Babak yang sama berulang sewaktu Tok Dalang, Opah dan Uncle Muthu bergelut mencari anak dan cucu mereka.

  • Hantu Timun!!!! Hahahahahah Sangat berkesan!
Yang lain? tengok la sendiri!!!
PEACE!!!

video
Janggeltrekker

2009-02-09

Cuti Lagi...Melaka Yang Baru!

Bukan senang dapat cuti panjang, dan bila dah dapat janganlah disia-siakan...betol tak? Hmmm itu lah yang aku cuba lakukan sedaya-upaya abila ada cuti panjang. Akan aku penuhkan dengan pelbagai aktiviti, sementara masih ada masa ni...
Jadi seperti minggu-minggu sebelum ini, untuk menghilangkan rasa kebosanan duduk di rumah, aku dengan gila-gilanya telah menghabiskan duit berjalan-jalan ke Tapak Warisan Dunia iaitu Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah. Masuk kali ni, dah tak tau berapa kali dah aku menjejakkan kaki ke bumi pahlawan itu. Hmmm pasti bagi orang-orang yang selalu ke Melaka, tak nampak banyak perbezaannya. Tapi bagi aku, kini Bandaraya Melaka sudah berwajah baru dan lebih mesra pelancong! Fokus percutian aku kali ni bukan sahaja untuk menjelajah tempat-tempat bersejarah yang memang dah selalu aku jejaki sebelum ini, tetapi juga menjelajah ke tempat-tempat baru dan menilai Wajah Baru Bandaraya Melaka!

Sebelum ke Bandaraya Melaka, aku sempat singgah di Pekan Alor Gajah yang aku tak pernah pergi sebelum ni. Entah kenapa pulak tetiba je nak pegi situ. Saja nak menilai tempat orang, di Alor Gajah, sempat aku menerjah pasar tani, dan Dataran Keris yang terletak di tengah-tengah pekan tersebut. Memang menarik!

Sempat singgah kat pasar tani...

Percaya atau tidak, sejak sedekad lalu, pelbagai perubahan dan pembangunan yang telah dijalankan di Melaka. Bermula dengan pembinaan Dataran Pahlawan yang mengikis kesemua gambaran klasik Bandaraya Melaka, sehinggalah kepada pembinaan megah Menara Tamingsari yang menjadi tarikan utama pelancong ke Melaka. Adoiii sayang aku tak berkesempatan menaiki menara tersebut sebab terlalu ramai orang! InsyaAllah satu hari nanti akan ku gapai juga puncak menara itu! Tak lupa juga Eye on Malaysia...masa kat KL dulu pon aku tak sempat nak merasa naik benda bulat tu...tunggu satu hari nanti....

Jonker Walk yang happening!

Yang paling menarik, aku belum pernah menjejaki Jonker Walk sebelum ini! Setelah diberitahu oleh beberapa orang rakan, dan setelah melilau-lialau mencari lokasi sebenar tempat tersebut, akhirnya aku berjaya menjejaki jalanan yang penuh dengan gelagat dan aktiviti manusia. Keadaannya saling tak tumpah seperti Petaling Street di Kuala Lumpur, namun keistimewaan Jonker Walk adalah pada budaya dan panorama di sekitarnya. Memang tiada di mana-mana melainkan di Melaka! Ini adalah kali pertama aku ke Jonker Walk, dan bagi aku, tempat ini amat menarik. Aku diberitahu yang Jonker Walk hanya berjiwa di malam hari. Yup Sama seperti Petaling Street. Tapi petang itu, keadaan sudah semakin sesak dengan para peniaga yang sudah rancak membuka gerai-gerai jualan mereka. Memang menarik!!! Tengah asyik berjalan di Jonker Walk, tetiba aku terpandang kepada satu makam yang terselit di celah-celah gerai di situ. Memang sebelum ni aku tak tahu pon wujudnya makam Hang Kasturi. Alhamdulillah, kesempatan mengunjungi makam tersebut dapat diabadikan di dalam potret peribadi aku.

Selesai berjalan-jalan di Jonker Walk sehingga malam, akhirnya aku pon dah bersedia untuk balik ke Kuala Lumpur. Memang Bandaraya Melaka sudah berubah wajah, semakin maju dan moden, dan warisan sejarah itu sememangnya wajib dikekalkan.InsyaAllah kalau berkesempatan, Melaka akan dijejaki lagi kerana masih banyak kawasan yang belum diterjah! Hmmm ...kena cari member pulak kali nih...baru boleh bergambar! PEACE!!!



Pekan Alor Gajah










Janggeltrekker