2009-03-29

Thailand - Trip To Phuket (Part 1)

Assalamualaikum!!!

Apa yang akan aku kisahkan kali ini merupakan pengalaman aku ke luar negara buat kali pertama. Kalau diikutkan, perasaan saya pada ketika itu memang sangat teruja! Bayangkan, pertama kali nak ke luar negara, tanpa keluarga dan akan dimulakan seorang diri pulak tu, haish teruja, seram, takut dan sebagainya bermain-main de dalam kepala. Phuket merupakan destinasi pembuka langkah kepada ku dalam meneroka dunia luar.

Tidak pernah merancang malah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004. Namun perjumpaan secara tidak sengaja bersama beberapa orang teman telah mencambahkan idea untuk menjejaki pulau tersebut. Phuket merupakan sebuah pulau percutian yang terletak di Thailand. Rata-rata semua mengenali kepulauan itu dan ada juga yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke sana.

Tidak sempat berfikir dengan waras, maka aku nekad membeli tiket penerbangan ke Phuket dengan harga RM 140 pada ketika itu. Pulau yang terletak di Selatan negara Thailand itu akan aku jejaki juga akhirnya. Bertemankan tiga orang rakan sekerja Che’Da, Kay dan Zarina (kesemuanya wanita), saya berlepas ke Phuket tanpa pengetahuan semua kecuali keluarga. Entah kenapa, itu memang sifat semulajadi aku, tidak suka memaklumkan kepada orang lain jika hendak kemana-mana. Hanya Ibu sahaja yang lazimnya akan tahu tentang pengembaraan saya.

Aku bertolak dari Lapangan Terbang Tambang Murah Kuala Lumpur (LCCT) seorang diri memandangkan mereka yang lain telah bertolak lebih awal iaitu di sebelah pagi, manakala aku terpaksa mengambil penerbangan di sebelah tengahari disebabkan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan di pejabat terlebih dahulu. Seorang diri pergi ke negara orang, tambahan pulak ke tempat yang tak pernah dituju dan tidak mengetahui keadaan di sana memang sangat menakutkan. Macam-macam benda bermain di dalam kepala ketika itu, dan aku asyik membayangkan macam-macam  perkara buruk seperti yang dilaporkan di media massa. Tawakal dan doa menjadi peneman setia ketika itu. (Ketika ini, negara Thailand sedang bergolak)

Alhamdulillah, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (aku tak tau nama sebenar airport nih) perasaan takut tu sedikit demi sedikit hilang. Aku dapat saksikan industri pelancongan di Phuket jauh lebih maju daripada Malaysia. Aku tak tipu! Van pelancong semua besar-besar dan cantik, tidak seperti di Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi (van warna pink) yang uzur. Paling aku suka, kita sebagai pelancong akan dilayan dengan penuh hormat! Ya aku sangat suka layanan masyarakat Siam yang lemah lembut dan sentiasa tersenyum. Mungkin sebab aku pelancong kot? Wallahualam....

Jam menunjukkan pukul 1.20 tengahari/petang dan aku melihat satu pasangan suami isteri yang mungkin datang ke Phuket untuk berbulan madu menaiki satu kapal terbang dengan aku. Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengikut mereka dari jauh. Alhamdulillah walaupun tidak sempat untuk menegur mereka namun saya dapat menyelesaikan urusan imigresen dengan lancar. (Aku menggunakan teknik pantau dan kaji!) Dan sebenarnya aku tak tahu pun kalau nak masuk negara orang kenea isi borang pas masuk / imigresyen form!!! Syukur perjalanan aku mudah petang tu. Malu bertanya sesat jalan kan.

Selesai urusan pemeriksaan di imigresen, aku terus berjalan menuju ke luar. Sementara tu aku sempat sms Kay (kawan yang dah sampai sebelah pagi) bertanyakan cara untuk ke hotel di Patong. Dia kata ambik je mana-mana teksi dan bagitau nama hotel tersebut. Tambang teksi mesti dalam lingkungan 150 bath (RM 15). Ok, noted. Keluar saja dari lapangan terbang, tu dia ramai betol pemandu teksi panggil aku. Adoi cakap Siam pulak tu, agaknya muka aku ni ada irsa-iras Siam kot? Setelah melihat aku tak bagi response, akhirnya barulah keluar bahasa omputeh (english) diorang. Hehehe. Aku lihat satu-satu kertas yang dipegang oleh pemandu-pemandu teksi tu, macam-macam destinasi ada, dan akhirnya aku nampak seorang makcik memegang kad tertulis Patong. Yup tanpa berlengah aku terus tanya kat makcik tu:

"I want to go to Patong, Sand Inn Hotel"
"Ok follow me" - katanya (dah macam iklan follow me pulak)

Dengan pantas makcik tu tarik aku dan suruh aku pergi ke salah sebuah naik sebuah van yang sudah tersedia. Setelah membayar harga tambang, (memang 150 bath) aku pon masuk dalam van tu. Rupa-rupanya dah ramai penumpang dalam van tu, semuanya Mat Saleh. Aku sorang je yang muka Pan Asian (kuikuikui verangan), eh campur dengan pemandu van tu. Belasah je lah aku duduk kat satu sit yang memang ada satu je tepi pintu.

Perjalanan ke Patong mengambil masa selama 45 minit. Setelah 15 minit perjalanan, tiba-tiba van tu berhenti di sebuah kedai. Adoi masak, apa pulak dia buat berhenti kat sini kan? Aku dah mula membatu je dalam van, taknak gerak pergi mana-mana selagi tak sampai Patong. Rupa-rupanya van tu singgah kat salah sebuah agensi pelancongan kat situ. Diorang sempat promosi pakej-pakej pelancongan diorang. Minah kat situ beria-ia bersembang dengan aku bahasa sSam. Aku dengan blurnya diam saja sampai la dia prasan yang aku takda respond pada soalan dia. Hahahaha, akhirnya dia pon cakap dalam english, tanya aku dari mana? Aku cakap aku dari Kuala Lumpur, Malaysia. Berkali-kali minah tu minta maaf kat aku..barulah aku paham (tengok tu, sangat polite kan!!!). Macam-macam la dia tanya, last-last aku cakap kawan aku dah tunggu kat Patong. Dia pon bagi kad dia suruh contact balik kalau nak amek mana-mana pakej. Kami semua kembali menaiki van dan menuju ka Patong. Pemandu van tu rupanya muslim dan pandai cakap Melayu. Aku sempat jugak la bersembang dengan dia. Rupanya memang semua pelancong akan dibawa ke agensi pelancongan dulu di pertengahan perjalanan. Itu salah satu strategi pemasaran diorang. Ok jugak tu.

Sampai di depan hotel, aku terus sms member aku, sebab diorang dah siap ambilkan kunci bilik aku. Jadi nak taknak kena tumggu la diorang. Panas juga cuaca kat Patong nih. Lama jugak aku tunggu, diorang tak muncul-muncul. Ahhh aku dah panik ni, salah hotel ke? aku pon berjalan-jalan ke dalam supermarket yang terletak di sebelah hotel tersebut. Oh ya nama hotel tempat aku nak duduk tu ialah Sand Inn. Supermarket Jungceylon memang sebuah shopping complex yang sangat besar, setaraf Mid Valley di Kuala Lumpur. Aku pon melepak la kat situ. Ada aircond, sejuk sikit. Jalan-punya jalan, aku terserempak dengan 3 orang member aku tuh! Hampeh kat situ rupanya diorang, tengah sebok shopping!!!!!

Kami tidak terus ke hotel. Seperti yang dirancang, kami terus mencari tiket untuk persembahan Phuket Fantasea untuk sebelah malam. Untuk pengetahuan semua, Phuket Fantasea merupakan sebuah taman tema seakan-akan Disney Land. Tarikan utamanya adalah persembahan teater yang telah diiktiraf memenangi Thailand International Award sejak sepuluh tahun yang lalu. Harga tiket adalah 1300 bath (RM 130). Kami juga terus membeli tiket untuk program Island Hopping untuk keesokan hari. Terdapat dua pakej pilihan untuk island hopping iaiatu ke Phi Phi Island atau ke James Bond Island. Kami memilih untuk ke Phi Phi Island untuk bersnorkling!!!

Selesai urusan membeli tiket, kami pulang ke hotel dan berehat sebelum bergerak ke Phuket Fantasea pada jam 7.30 malam. Kami diberitahu bahawa akan ada van yang menjemput kami untuk ke Phuket Fantasea sebelah malam nanti.

Van yang membawa kami tiba agak lewat malam itu, tapi dengan penuh sopannya, pemandu teksi itu melayan kami. Perjalanan ke Phuket Fantasea mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jauh jugak, sepanjang perjalanan kami melalui kawasan bandar Patong dan persisir pantainya.

Tiba di Phuket Fantasea, kami disambut mesra oleh petugas yang anggun berbaju tradisi Thai. Semuanya sopan-sopan. Pemandu van beranji akan menungu kami selepas tamat persembahan teater. Kami pon menjelajah di dalam kawasan Phuket Fantasea yang sangat happening! Persembahan teater bermula jam 9.00 malam. Sekali lagi aku terserempak dengan couple Melayu yang aku jumpa kat airport petang tadi, memang kebetulan sungguh! Agaknya semua pelancong ke Patong akan pergi ke tempat-tempat yang sama kot? Aku senyum dengan diorang dan tegur-tegur ayam saja lah sebab show dah nak mula.

Setelah mengambil tempat di dalam dewan teater yang diberi nama "Palace of the Elephant", persembahan pun bermula. Dewan teater tu memang sangat besar. Lebih besar dari Istana Budaya!. Aku cakap betul, persembahan Phuket Fantasea memang sehebat Teater Puteri Gunung Ledang the Musical (aku dah tengok 3 kali!). Banyak elemen-eleman alam yang sebenar dipersembahkan seperti haiwan, air dan api. Memang kagum la, diorang mampu mempertahankannya sejak sepuluh tahun yang lalu!!! Syabas! Bayangkan, ayam, itik, kambing dan kucing semua boleh mengikut arahan berlakon dalam teater tu! Siap gajah pon ada!!! Kagum.

Persembahan teater habis pada jam 11.oo malam. Seperti dijanjikan, pakcik van dah sedia menunggu kami. Kami pulang ke Patong dalam jam 11.30 malam. Tidak terus ke hotel, kami bersiar-siar di sepanjang Bang La Road.

BANG LA ROAD

Bang La Road ni merupakan satu lorong di mana kelab-kelab (pub-pub) beratur di kiri dan kanan jalan. Memang bersepah-sepah dan semuanya fullhouse! Pelancong Mat Saleh memang tersangat ramai di Phuket, tak kira la musim cuti sekolah atau tidak, sentiasa penuh! Ada yang straight dan ada yang songsang, pilih saja nak yang mana!

*(Kadang-kadang aku terfikir, memang patutlah Tsunami melanda kat situ....)

Lepas penat berlegar-legar sepanjang Bang La Road, kami pon pulang ke hotel. Esok ada yang lebih menarik menanti! So kenala cukup tenaga..

Bersambung....

PEACE!!!
 

Phuket International Airport


Bandar Patong, Phuket




Phuket Fantasea




Macam-macam pe-el orang kat sini.




Palece of the Elephant...yang sangat besar!


Di hadapan replika Istana Siam

Bang La Road...standard Bukit Bintang dan Petaling Street

 Menulis untuk:

   



2009-03-21

Projek Teater: Teater Muzikal Ibu Zain

Assalammualaikum!

Semalam aku berkesempatan menonton sebuah teater arahan Rosminah Tahir, iaitu Teater Muzikal Ibu Zain [TMIZ]. Alhamdulillah memandangkan sambutan hebat daripada penggemar-penggemar teater, maka Teater Muzikal yang kali pertamanya dipersembahkan di Istana Budaya tahun lalu kini kembali dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (MTC) untuk kali ke dua. Syabas kepada team produksi kerana kesungguhan memartabatkan teater muzikal yang bercorak patriotik ini.

Sebenarnya tujuan utama aku menonton TMIZ ini adalah kerana Datin Natasha Hudson!! Wakakaka aku memang minat giler dengan Datin muda ni..dah la nama suami dia pon dah serupa dengan nama aku! Wakakaka, aku suka tengok lakonan Datin Natasha Hudson yang begitu bersahaja dan mantap. Jika persembahan TMIZ tahun lalu, watak Ms. Ruth seorang Principle di Methodist Girls School, dipegang oleh Catriona Ross, kini Datin Natasha Hudson pula berjaya membawa watak itu dengan cemerlang. Namun aku sedikit kecewa kerana kemunculan Natasha Hudson terlalu singkat!!! tak puas ma!!!

Takpe lupakan pasal Natasha Hudson seketika...Kembali kepada TMIZ, pelakon utama yang memegang watak Ibu Zain terdiri kepada empat generasi pelakon. Perjalanan cerita TMIZ ini bermula dari zamannya ketika kecil sehinggalah dewasa, jadi watak itu dipegang oleh empat pelakon dari generasi yang berbeza iaitu adik Sarah Batrisya [kanak-kanak], adik Nurul Elfra Loy [remaja], Nurfatimah [Dewasa] dan Seniwati Liza Othman [tua]. Kemantapan seniwati Liza Othman memang teserlah, berlandaskan pengalamannya sebagai pelakon sejak sekian lama.

Di samping itu juga, lakonan mantap Dato' Rahim Razali sebagai Munsyi Sulaiman [ayahnda Ibu Zain] dan Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Ungku Omar memang menjadikan TMIZ ini cukup bernilai.

Kemunculan tiga pelakon pembantu yang begitu berbakat sebenarnya telah mencuri tumpuan aku dan para penonton malam itu, Farah Adila, Shariffah Mariam dan Najua Nasir P. Ramlee [cucu kepada Seniman Tan Sri P. Ramlee] telah melakonkan watak mereka dengan begitu berkesan dan menjadi pencerita yang baik di dalam TMIZ ini. Syabas!!! Sesungguhnya pengalaman insan-insan ini di dalam bidang seni persembahan memang tidak dapat disangkal lagi.

Apa yang menarik mengenai TMIZ?

  1. Membariskan para pelakon yang hebat dan berpengalaman di dalam bidang lakonan dan seni persembahan seperti nama-nama yang telah disebutkan di atas.

  2. Sejarah hidup tokoh Sejarah Ibu Zain itu sendiri yang menjadikan jalan cerita TMIZ ini hidup. Para penonton seperti berada di zamannya di sepanjang perjalanan teater tersebut.

  3. Susunan cerita yang teratur dan kostum-kostum yang menarik. Pelbagai dan menarik minat aku untuk menontonnya.

  4. Susunan lagu-lagu yang bersesuaian dan mengandugi unsur penceritaan dalam lagu yang begitu kemas. Walaupun lagu-lagu untuk TMIZ tidaklah sehebat lagu-lagu PGLM, tapi ianya cukup melengkapkan jalan cerita TMIZ.

  5. Props pentas yang ringkas tetapi tetap menarik perhatian penonton dengan bantuan tayangan LCD di skrin sedik sebanyak membantu penonton memahami sejarah hidup Ibu Zain sebagai seorang pendidik dan tokoh perjuangan wanita di Tanah Melayu satu ketika dulu.

  6. Daripada persembahan TMIZ ini, aku mula mengenali siapa Ibu Zan sebenarnya. jadi TMIZ ini memang berkesan.

Banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak produksi TMIZ bagi memantapkan lagi persembahan ini. TMIZ ini tidak wajar dihentikan dan sepatutnya dijadikan salah satu persembahan wajib yang diletakkan di dalam kalender pelancongan Malaysia!. Tahniah lagi.

Barisan Pelakon Utama TMIZ:

Hamzah Mohd. Tahir [Sinografer dan Syed Sheikh Al-Hadi]
Liza Othman [Ibu Zain & Siti Shahirah]
Nur Fatimah [Ibu Zain dewasa]
Nurul Elfra Loy Ahmad Sabri [Ibu Zain remaja]
Sarah Batrisya Ahmad Salman [Ibu Zain kanak-kanak]
Dato' Rahim Razali [Munsyi Sulaiman]
Dato' Jalaluddin Hassan [Pandak & Ungku Omar]
Zuhairi Ibrahim [Yunus]
Mazin Ameen Siraj [Amin & Cheeseman]
Datin Natasha Hudson [Ms Ruth]
Avaa Vanja [Ms. Shellabear]
Farah Adila Apandi [Jemaah & Ramlah]
Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad [Jamilah]
Najua Nasir P. Ramlee [Cikgu Munah]
Intan Diyana Zainal Abidin [Arah]
Jefri Haron [Dato' Onn]
Roydy Anjar Mohd. Sauly [Abang]

NAN SETITIK JADIKAN LAUT

Pesan ayahanda pesan keramat
walau dimana ku akan ingat
menapat ilmu adalah rahmat
akan ku kongsi sesama umat

Nan setitik jadika laut
Nan sekepal jadikan gunung
alam terkembang jadikan guru
akar di bumi akal ke langit

akan aku membasah keringat
memberi petunjuk dan maklumat
dengan ikhlas memberi khidmat
mendidik bangsa sepanjang hayat

Nan setitik jadika laut
Nan sekepal jadikan gunung
alam terkembang jadikan guru
akar di bumi akal ke langit


Pergi MATIC naik beca! Amacam kelas tak?? giler retro....wakaka.



Owh..Datin...Dato' Janggel di sini....wakakaka






WASSALAM

2009-03-18

The Other Side of Malacca - Padang Pasir dan River Cruise (UNESCO)

Assalammualaikum!

Hari ni pepagi lagi aku dah gerak pegi opis, dengan hujan yang amat lebat, selamba aku redah semata-mata nak sampai awal lah kononnya. Sebab apa aku beria-ia nak sampai awal yer? pukul berapa aku samapi kat opis yer?

Aku sampai opis pagi tadi dalam pukul 7.15 pagi. Actually tak le awal sangat pon. Semuanya gara-gara satu lawatan yang aku kena pergi bersama-sama dengan Dato' KP aku, sorang bos besar dan sorang bos kecik. Hahahah di sebabkan lawatan ni je, seminggu aku berhempas pulas siapkan apa yang patut. Dan hari ini adalah harinya...Melaka aku kembali!!!

Memang sepanjang-panjang perjalanan dari Putrajaya ke Seremban hujan turun dengan lebatnya...tapi selepas itu cuaca kembali cerah. Alhamdulillah, kalau tak macamanalah kami nak membuat spotcheck kat tempat tu.

Sampai Melaka dalam pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah, team Melaka pon dah sedia menunggu. Apa lagi, tanpa membuang masa, kami pon bertolak ke tempat yang hendak dituju, iaitu PULAU MELAKA!!! Apa yang ada kat situ??

Sebenarnya Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan yang terbengkalai dan tiada pembangunan langsung. Banyak isu yang dikaitkan dengan Pulau Melaka dari segi politik sehinggalah kepada isu alam sekitar. Ada lah bersangkut paut dengan tempat aku bekerja sekarang ni. Yang menarik perhatian aku di Pulau Melaka ialah tersergam indah sebuah Masjid terapung di tengah-tengahnya! Memang indah masjid tersebut. Masjid tu hanya dipenuhi pada waktu-waktu solat dan waktu solat Jumaat, walaupon tiada orang yang tinggal di pulau tersebut. Maksudnya daripada penduduk luar pulau la.
Tetiba pulak aku terinagt dekat Masjid terapung di Jeddah!!! Keadaanya hampir sama ..tenang sajok.. Suka bila melawat masjid tu.

Habis melawat dan menyetelkan keadaan di Pulau Melaka, kami menyusuri sepnajang pantai Klebang sehinggalah kepantai Puteri. Wah terasa macam kat Padang pasir! Kawasan penambakan laut yang sangat luas, sayup sajok mata memandang...Ish tak tau la macamana nak cakap...no more aesthetic value for that area at the moment...

Enough pasal tu semua, yang paling best bila tiba makan time! Wah mabeles, memang superb arr, kami makan kat tepi sungai Melaka. Sorry sebab terlupa nama restoran tu, sebab masa tu dah lapar sangat, masuk je restoran terus melantak! Wakakaka ...kehkehkeh...hahahaha...

Lepas selesai makan, kami diberi peluang menaiki Melaka River Cruise....Best Bangat! Tahniah to Melaka State Government sebab berjaya memulihkan Sungai Melaka sehingga ke tahap ini. I was really enjoy melihat pemandangan-pemandangan unik di persisir sungai Melaka. Best dan memang best. Lawatan tamat jam 3.00 petang dan kami terus bertolak pulang ke Putrajaya. Thanks tu Melaka Team yang banyak membantu... Melaka memang best!

Jalan masuk utama
Masjid terapung Pulau Melaka
Deretan rumah kedai terbengkalai di Pulau Melaka
Masjid Terapung, Pulau Melaka
Penambakan
Pulau Upih, turtle landing area.
Malacca River Cruise 
Kampung Moten
Jetty Cruise. Taman herba

WASSALAM

2009-03-16

Dari Manchester ke Pilah:: Wakaka!

Lama sungguh aku tak update blog aku ni...bukan sengaja menghilang tapi sebab tak ada cerita yang menarik untuk dikongsikan. Kalau ada pun, rasanya tak reti nak olah bagi menarik untuk dimasukkan di sini.

By the way, malam tadi kan ada perlawanan hebat di antara Man U [Glory...glory katanyer] dengan Liverpool [Yeay!!!!]..Aku sangat KAGUM dengan keputusan itu, tapi taknak komen lebey-lebey...sendiri mau ingat yer hehehehhe. Enough about football. [sambil tersenyum]..

But today, for the first time ever, i did go to Kuala Pilah to attend my colleague' s wedding. Congratulation to Hanif and his wife..what a sweet couple! Betol, itulah kali pertama aku ke Kuala Pilah. Sebenarnya, apa yang aku bayangkan selama ini sangat meleset. Aku ingatkan Kuala Pilah tu dekat je dari seremban..maybe around half an hour..tapi hakikatnya aku bertolak dari Putrajaya pukul 9.30 pagi dan sapai betol-betol depan umah member aku tu pukul 12.30 tengahari!!!! Giler JAUH!!!! Dah lebih kurang macam nak balik kampung aku pulak kat Perak tuh...

Itu semua tak kisahlah, sebab "jauh perjalanan, luas pemandangannya". Sepanjang perjalanan di kelilingi dengan hutan dan bukit. Perjalanan ke Kuala Pilah tak ubah seperti mendaki ke Cameron Highlands! Sangat mencabar!. But overall, it was a memorable journey.

Sayang tak dapat nak mengabadikan kenangan melalui gambar di sana. Sebab aku tak rasa macam nak mengambil gambar pon. Entah...no specific reason.

Sempena cuti sekolah ni, ramai yang0 naik pelamin! Wah...suka la diorang tu yer! Apa-apa pun, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sesiapa yang terlibat. aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan korang dari jauh......

PEACE ©






2009-03-04

Permainan Tutup Botol!!

Hari ni aku dan beberapa orang rakan sekerja menggatal sikit pergi lunch kat tempat yang agak jauh dari opis. Bukan apa, sekali sekala nak ubah selera, cuba cari tempat makan yang berbeza. Asyik makan kat tempat yang sama pon bosan jugak!

Bab makan tu malas la nak citer kat sini...sebab bukan purpose aku kali nih. Ada satu benda yang menarik perhatian aku masa dok belek-belek kat satu kedai jual mainan lepas makan tadi. Kalau anda semua perasan benda yang tergantung dalam gambar tu, aku rasa macam nak tergelak pon ada. Sekali imbas, terus aku tekenang zaman masa kecik-kecik dulu. Bukan main suka main permainan nih! Korang mesti pernah main permainan tutup botol kan? Kalau dulu, bersepah-sepah tutup botol, boleh kutip je kat kedai-kedai runcit ker, tepi-tepi kantin sekolah ker...tapi la ni, cuba perhati, siap jual tutup botol untuk budak-budak main!!!! Ish aku rasa kesian pulak kat budak-budak zaman moden nih. Kalau nak diikutkan permainan tutup botol nih boleh dikira sebagai permainan tradisi jugak la kan?

Sedikit info mengenai Permainan Tutup Botol::
Sebab dah terlampau asyik tengok benda nih, terlupa pulak nak tengok berapa harga sepeket. Sepeket ada lima biji tutup botol.

Permainan yang memerlukan lima(5) biji tutup botol. Pemain perlu melambung dan menimbangkan tutup-tutup botol mengikut teknik dan gaya yang tertentu. Setiap tutup botol yang berjaya di sambut mempunyai markah-markah tertentu. Kemenangan dikira bagi pengumpul markah tertinggi.

Kekadang terpikir jugak, rugi jadi kanak-kanak zaman moden, sebab tak merasa apa yang kita pernah rasa dulu. Tapi kekadang rasa beruntung jugak jadi mereka, sebab serba-serbi canggih dan mudah! Terpulang kepada mereka yang merasakannya. Aku teringat kata Khalifah Islam yang kedua, Saidina Umar al-khattab:

"Didiklah anak-anakmu mengikut zaman di mana mereka hidup,".

Jadi, setiap zaman itu berbeza-beza cara dan kelebihannya, jadi kita kenalah menghargai setiap apa yang kita lalui agar bila ianya berlalu ia mampu menjadi memori terindah dalam hidup kita...


2009-03-03

Sesi Soal Jawab:: Motif???

Waktu sedang melompat dari satu blog ke blog yang lain [kebetulan terasa teramat bosan kerana terlalu banyak kerja] aku pun singgah le ke blog Abang Cikgu yang bernama A.D.A.M. Niat asal nak skodeng aktiviti terbaru Abang Cikgu itu, akhirnya terus terperangkap dengan Tag!

Memandangkan aku punya mood nak jawab tag ni, So....

Rules:
1. You must answer all the questions.
2. Tag 5 people to do this quiz.

*** Hmmm aku tak nak tag saper-saper dengan alasan supaya orang tak tag aku lagi heheheh!***

1. What's your full name?
Mohd. Janggeltrekker a.k.a Mr. Janggel, Janggel, Janggelism, Janggel all the way...

2. Do you hate someone at this moment?
Yes... mahkluk tuhan yang paling aku benci duduk kat PJ!!! Paling takut terserempak dengan dia sebab risau berjangkit sial dia dekat aku hahahahhaha!!!!

3. What makes you hate her/him?
sbb dia tooooooooooot mcm syeitan![tiru ayat abg cikgu ADAM] + Perasan bagus dan tak sedar diri dia hina agaknya....

4. You love your family?
Ya Allah....soklan ini perlu ker nak jawab????? Dah tentulah aku SAYANG BANGAT sama Famili ku...

5. List 5 names of your friends that you love.
Erm..ramai la..tak nak ada yg t'tggl..[tiru ayat abang cikgu ADAM] ok..la..aku bg 3 jer...Acid, Fari and Yun!! Yang lebih tu...korang tau siapa korang pada aku!

6. Why do you love them?
Kawan sehidup semati...no secret among us!

7. Who do you prefer, your dad or mom?
.....I prefer "Both". Suka hati aku la....

8. Did someone make you cry this week?
Nope!...nobody makes me cry, only me, myself can make me cry..

9. When was the last time you make your friend laugh?
Just now... I forgot the reason....

10. Do you like someone at this moment?
yup...

11. What was the last present you received?
Hmmm.... Birthday Card from my friends.

12. Are you missing someone?
Yes..maybe sometwo and somethree..hihi[tiru ayat abang cikgu ADAM lagi...] even..now I miss my parents!

13. What was the last message did you received from your ex-girlfriend / boyfriend?
Takde...I don't have any!

14. What was the last comment you received?
From Aie .....some philosophy...

15. What is your wish for your birthday this year?
Memandangkan lambat lagi...so wish ni mungkin akan bertukar ganti...but for this moment...nak cari awek yang sehati berdansa dulu!!! Hahahahhahaha.


That's all!!! PEACE!!

2009-03-02

Rentetan dari Pekerjaan Yang Tidak Digemari

Tertarik dengan apa yang di tulis oleh Kaki Jalan di dalam blognya, aku terpanggil juga menyuarakan isi hati.. Chewaaah...Lumrah hidup, manusia perlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Paling tidak melakukan sesuatu dengan harapan mendapatkan ganjaran berupa 'upah' agar dapat memiliki sesuatu yang diperlukan. Namun semuanya bergantung kepada kesudian, kesediaan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan itu. Persoalannya, wujudkan perkerjaan yang tak digemari? Terpulang kepada individu yang melakukan pekerjaan itu sendiri, adakah dia benar-benar berhasrat untuk melakukan pekerjaan tersebut? atau dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut atas desakan hidup? atau dia melakukan pekerjaan tersebut sekadar memenuhi ruang kosong tanpa memikirkan sebab dan akibatnya? Bagaimana ye untuk mengkategorikan semua itu?

Bagi aku, pekerjaan kini adalah sebahagian dari tuntutan hakiki kehidupan. Dari pekerjaan ini lah aku mampu untuk menampung kehidupan sekarang dan mungkin juga masa depan. Tapi adakah aku menggemari pekerjaan ini? Sukar untuk aku jawab persoalan itu, sejujurnya, ini bukanlah kerjaya impian aku. Aku perlukan sesuatu yang lebih dekat daripada apa yang aku lakukan kini, lebih santai dan tidak terikat kepada protokol dan hakikat sebuah pekerjaan. Untuk ke arah itu, semestinya memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang sangat luas. Dan juga semestinya keberanian! Sudah cukupkah semua itu dalam diri aku? Rasanya masih belum cukup, jadi aku terpaksa akur dengan pekerjaan yang aku lakukan kini...

Berbeza orang berbeza pendapatnya, mungkin sesetengah orang merasakan dia sudah cukup gembira melakukan apa yang dilakukan sekarang. Tahniah saya ucapkan kepada orang itu. Bagi sesiapa yang masih tidak gembira melakukan pekerjaan sekarang, cuba-cubalah bersabar dan lakukannya dengan tenang. Sebagaimana yang aku lakukan kini, bersabar dan bertenang, InsyaAllah satu hari nanti hari yang dinanti akan tiba. Siapa tahu kan? Semua itu ketentuan Tuhan, kita hanya boleh merancang dan berusaha ke arah itu. Yang penting, tingkatkan ilmu dan pengetahuan, dan tingkatkan juga prestasi diri.

Pernah tengok dokumentari Jeff Corwin Show? Thirsty Traveler? Globe Tracker? atau dokumentari yang seangkatan dengannya? Hahahahah malu nak cakap..sebenarnya itu adalah impian aku...Tapi mungkin dalam konteks yang berbeza la...tak tahulah bila ianya akan tercapai...