2009-04-30

Contest From Khairil - Belasungkawa

TUJUAN:

Entry ini aku cipta khas untuk menyertai peraduan daripada Encik Khairil, teman se-Blog. Diharap dengan wujudnya entry ini, aku akan menang hadiah utama...[huuhuu penuh pengharapan....]

TEMA: PERSOALAN: APA ERTI SAHABAT?

TAJUK: BELASUNGKAWA

Persoalan 1: "Kenapa aku tak seindah engkau?"

Hatinya terdetik meluahkan unjuran ayat itu tepat ke telinga tak bercuping di hadapannya. Sayu seketika empunya telinga tidak bercuping mendengar luahan Sang Primat tegar yang dikenalinya sejak dia masuk ke dunia penuh khayalan itu.

Persoalan 2: "Kenapa kau berkata begitu? Bukankah kau lebih disayangi?"

Si Telinga Tidak Bercuping pula melontarkan persoalan hatinya kepada Sang Primat. Seringkali perhatiannya teralih, apabila lebih ramai yang menyanjung dan menilai peribadi Sang Primat. Tidak seperti dirinya yang hanya sekali sekala ditenung, namun selebihya tidak diendahkan kewujudannya.

Persoalan 3: "Kenapa kau kata aku lebih disayangi? Bukankah Kehidupanmu lebih indah?

Sang Primat kaget, persoalan daripada Si Telinga Tidak Bercuping yang telah dikenalinya berbulan yang lalu menambahkan lagi resah hatinya. Baginya, Si Telinga Tidak Bercuping lebih beruntung, tinggal di sangkar mewah, dijaga rapi bulu tersisir, bersih dan tidak perlu bersusah payah ke sana-kemari untuk terus hidup.

Persoalan 4: "Indah? Maksudmu terkurung begini adalah indah? Lontarkan buah kelapa itu kepadaku, biar terlerai segala kekusutan yang membelenggu diri ini."

Si Telinga Tidak Bercuping
merayu penuh pengharapan. Sang Primat gusar. Takut tindakannya itu akan mencederakan Si Telinga Tidak Bercuping...pincang hidupnya jika Si Telinga Tidak Bercuping hilang dari hidupnya.

Persoalan 5: "Tidak!!! Adakah engkau sudah hilang pertimbanganmu? Biarkan keindahan mu terus menjadi tatapan ku. Sebagai gantinya, aku sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakanmu..."

Itu luahan kata Sang Primat. Daripada kehilangan apa yang sudah dimiliki, biar dia yang terluka, mengheret belenggu di kakinya ke sana ke mari demi memenuhi kehendak Si Telinga Tidak Bercuping.

"Belasungkawa pada ku, belasungkawa juga pada dirimu..."

Si Telinga Tidak Bercuping terus menitiskan air mata. Sesungguhnya, kehidupan mereka telah ditentukan. Hanya keajaiban yang mampu mengubah segala-galanya. Demi ikatan yang terbina sekian lama, masing-masing akur dengan nasib hidup sendiri, tetapi tetap cuba membahagiakan hati yang lain . Itu namanya SAHABAT...

~
PEACE!

Kenapa aku nak menang yer?

Sebab sepanjang hidup aku tidak pernah menang dalam apa-apa peraduan... Bohong??? Itu adalah Fakta! Alangkah indahnya kalau peraduan kali ini menjanjikan kemenangan. PASTI IA MENJADI SATU LAGI KENAGAN DALAM LIPATAN SEJARAH HIDUPKU...Bayangkan aku memiliki www.janggeltrekker.com!!! Huh PASTI nya akan merasa sangat bangga kerana 'padi' yang di tuai sekian lama kini menampakkan 'hasilnya'. Aduh aku butuh kemenangan itu!!!

p/s: Cerita hanya rekaan semata-mata, luahan hati, mainan perasaan. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.


2009-04-29

Its South Korea Part 3: Goodbye Seoul !!!

Owh akhirnya tiba hari Jumaat! Naper aku suka hari jumaat masa kat Seoul nih? Hahaha sebabnya, hari ni tak banyak tempat meeting kena pegi..dan yang paling best hari ni dorang janji nak bawak aku pergi shopping! Yippie, ni lah masanya aku nak pegi cari menda-menda yang dipesan oleh teman-teman di Malaysia.

Pagi-pagi tu, sebelum sempat itik mandi, aku dah bangun, teringin benor nak pegi jenjalan kat area bawah hotel tempat aku menginap. Kat situ ada Theme Park, Magical World. Tapi tak bukak lagi la, aku just berjalan-jalan amek gambor dan menikmati keindahan alam.

Lepas meeting sebelah pagi, aku dibawa lunch ke sebuah restoran yang sangat klasik! Nama tempat tu Min's Club. yang menariknya, restoran ini adalah bercirikan rumah tradisional masyarakat Korea. Memang cantik dan unik. Min's Club terletak di bandaraya Seoul berhampiran Dongdaemon, pasar Timur kot..aku terlupa dah maksud dia..rasanya betol dah.

Lepas makan, aku terus dibawa ke Dongdaemon. Katanya kat situ banyak barang-barang kalo nak shopping. Memang banyak. Sape-sape yang suka shopping baju, seluar, beg tangan memang banyak la kat situ. Tapi sebenarnya aku nak pergi Namdaemon, orang cakap kat sana lagi murah barang-barangnya. Malangnya kami diberi masa 3 jam je untuk shopping. Tak sempatlah nak ke Namdaemon. Sebenarnya barang-barang kat sini bukannya murah sangat, agak mahal juga. Jenuh jugak la aku menawar-nawar, untung bawak Kalkulator Kak Syieda, teman opis aku. Hahahaha senang, aku tekan-tekan harga yang aku nak, terus tunjuk kat tuan kedai. Nak bersembang ngan diorang, sepatah haram tak reti. Owh lupa nak habaq, masa ni si Hanna, Karl dan Harry pon ikut aku, diorang la yang bersungguh-sungguh bawak aku cari kedai-kedai yang murah...Lega..kalau tak sesat larat lah aku kat Dongdaemon tu. Hanna tukang tawar rasmi aku, hehehehe.

Habis urusan kat Dongdaemon, berkumpul semula untuk balik ke Hotel. Huhuhu hujan pulak time nih. Karl belikan aku payung, tak tau la berapa won [matawang Korea- 10 000 won = RM 28.50] harga payung tu, yang pasti ribu-ribu dan yang penting aku tak payah bayar! Wakakaka.

Sebelah malam, ada sesi perpisahan ler sikit. Aku tak de beli apa-apa pon nak bagi kat bebudak 3 orang tuh. Sian kat diorang kan?? Harap-harap diorang paham yang aku ni tak berduit wakakaka! Tapi aku siap dapat banyak hadiah lagi dari diorang!!! Adoi terharu sungguh. Malam tu aku mengemas apa yang patut. Esok pagi-pagi dah nak kena berangkat ke Incheon Airport, sebab flight aku ke Malaysia akan berlepas jam 11 pagi.

Pagi-pgai lagi Karl dah tunggu depan lobi hotel. Dari gaya dia, aku rasa mamat ni tak balik umah kot sebab masih pakai baju semalam dan muka penat giler. Mesti dia tido kat opis dia sebab nak siapkan CD gambo-gambo sepanjang aku di Korea. Then pagi tu jugak dia serahkan kat aku CD tu. Adoi terharu la ngan budaya kerja orang Korea nih... Kesian pon ada. Aku tengok dia drive kete pon dah macam terhoyong hayang jer..huhuhu sabar yer..nanti korang datang Malaysia aku pulak layan korang habis-habisan. Kehkehekeh.

Hmm memang sedih nak meninggalkan Korea, sekejap masa berlalu dan hampir separuh Korea Selatan aku jelajah bersama kengkawan yang sangat supportif. Korang memang best la. Ingat .. nanti datang Malaysia bawak benda yang aku pesan tuh! hehehehe. Di Incheon Airport, aku sempat shopping di saat-saat akhir [kes tak sempat nak shopping semalam]. Flight berlepas jam 11 pagi...hmm selamat tinggal Seoul, selamat tinggal Korea, selamat tinggal teman-teman baru yang baik hati. Tak tahu bila pulak aku akan kembali. Mungkin ini yang terkahir.... Kenangan di Korea Selatan menjadi satu lagi lipatan sejarah dalam hidupku.

PEACE!...

Ni kat bawah hotel tempat aku menginap di Seoul.


Banyak jugak benda-benda sculpture ni kat tepi-tepi jalan.


Bunga ni pon berlambak-lambak kat merata Korea.

 


Ni kat area Theme Park sebelah hotel aku menginap.


Feeling-feeling berlakon dalam drama Korea wakakaka


Ni Magical World katanyer~masa ni tak bukak lagi, baru pukul 7 pagi


Sama gak, Magical World.


Time ni ramai orang jogging~aku pulak macam orang giler amek gambor sensorang


 


Hahahaha...muka blur~


Jalanraya pon lengang lagi sebab masih awal pagi.


Ni lah Han River, sungai terbesar kat Seoul. Bersih giler sungai ni.

 


East Gate berdekatan Dongdaemon.


Tak ingat nama taman ni, katanyer orang tua takleh masuk...


Ni la Min's Club, tempat lunch aku hari ni...


Sempat posing wakakaaka.


Hujan masa shopping~

 
Dari kiri Karl, ----, Hanna, Fu Nam, Harry dan Dr. Jin


Incheon Airport, Selamat tinggal Korea!

2009-04-28

Its South Korea Part 2: Busan and Ulsan Without Luggage!!!

Masuk hari kedua, kami kene bergerak awal pagi ke Seoul Station. Katanya nak pergi ke Busan. Wah jauh tu...nun di Selatan Korea. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu la kirenya. Aku ke Busan sehelai sepinggang, tak bawak pon pekakas nak mandi ker, baju nak pakai esok ker semua aku tinggal kat Seoul dengan jangkaan akan pulang semula ke Seoul pada petang itu. Tapi hampeh!!!! Aku salah tengok jadual. Aku akan bermalam di Busan ghopernya~ Adoiii merasalah pakai baju sama esok. Naseb baik lah sejuk, badan tak berpeluh dan segar bugar je rasa... ngeeee~

Perjalanan ke Busan menaiki keretapi KTX dari Seoul Station mengambil masa 3 jam. Mak ai..lama kan! Sepanjang perjalanan aku bersembang dengan Hanna. Dia dok sebelah aku je hehehehe. Tiba di Busan jam 9 pagi. Aku dibawa terus ke sebuah kompeni lagi untuk meeting. huhuhuhu lepas meeting biasa la, sesi makan tengahari pulak. Kali ni makanan ok sket sebab dia bagi makan Nasi putih ngan sayur campur ala-ala chinese food. Hmmm boleh la telan. Kalo tak lapo la..dah ler meggi aku tinggal kat Seoul! Sebelah petang aku dibawa pula melawat tapak projek yang dijanjikan. Siap naik bot nelayan lagi kat Pelabuhan New Port Busan. Best. Dengan angin yang menderu menusuk kesejukan ke tulang, aku dibekalkan dengan sepasang sarung tangan dan life jeket yang kiut. Huh tetap sejuk.

Lepas abes meninjau-ninjau New Port, aku dibawa ke sebuah hotel di hadapan Pantai Gwangalli. Nama hotel tu Homers Hotel. Dari tingkap bilik hotel aku siap boleh nampak tersergam indanya Jambatan Gantung Gwangan [Gwangan Grand Bridge]. Best giler, nilah mercu tanda Busan. Lebih kurang Jambatan Pulau Pinang ler bentuknya. Sebelah malam, aku dibawa makan seafood lagik. Kali ni semua benda-benda dalam laut tu diorang bawak kuar!!huhuhuh siap bergerak-gerak lagi sotong kurita minta dimakan..adoiiii tak tertelan aku..tengok je la....

Lepas abes makan aku, Karl, Hanna dan Harry berjalan-jalan di sepanjang pantai. Best jugak tengok muda-mudi melepak kat tepi pantai yang sejuk giler tu. Sambil menikmati keindahan jambatan Gangan Grand. Best-best , kenangan yang tak dapat ku lupakan.

Habes kisah kat Busan, keesokannya aku ke Ulsan City pulak. Ulsan ni pon bandaraya tepi laut juga. Aku pegi ke New Port Ulsan dan melawat kawasan penapisan minyak diorang. Huh besar betol!! Ulsan tak jauh dari Busan, hanya 2 jam naik bas. heheheh jauh gak la sebenarnya.

Tak banyak tempat aku pergi kat Ulsan tu sebab banyak abes masa buat kerja menjelajah kawasan loji jer. Sebelah petang kami berangkat pulang ke Seoul naik kapal terbang..Kali ni sekejap je, 45 minit dah sampai.wakakaka. tak sempat nak tido. Sampai hotel dah pukul 9 malam. Hmmm apa lagi, tido je lah.nak pegi jenjalan pon dah tak larat...

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu!!! kenapa yer????........


Seoul Station..lebih kurang macam KL Central la.

Seoul Station, menghubungkan pelbagai jenis keretapi ke seluruh Korea.

Busan City
Busan New Port, dalam pembinaan.

Naik bot nelayan...best!!!

Busan new Port yang sedang rancak dibina.


Aku ngan Hanna sempat posing atas bot..ngeee~
Depan World Folk Museum, untuk dinner.

Perayaan menghalau setan katanyer..kat Gwangalli Beach

Gwangan Grand Bridge di waktu malam

Gwangan Grand Bridge di waktu siang

Gwangan Grand Bridge di waktu siang


Gwangalli Beach, Busan 2009

2009-04-27

Its South Korea Part 1: Im Flying To Seoul

Huh seminggu dah berlalu dan akhirnya aku selamat kembali ke tanahair. Alhamdulillah. Minggu lepas aku ditugaskan ke Korea Selatan untuk menghadiri satu sesi kerja di sana. Huh Korea Selatan? Aku memang tak pernah pergi pon kat sana. Apa yang aku tau drama "Fullhouse", "Coffee Prince Shop" dan "Autumn in My Heart" memang dari Korea Selatan dan para pelakonnya memang pelakon peberet aku! Wakakaka.

So, aku bertolak ke Seoul pada hari Isnin menaiki Korea Airlines pada jam 11.45 malam. Perjalanan mengambil masa 6 jam. Hmmm apa nak buat dalam flight tu yer? Aku nak tidor memang tak selesa langsung walaupon seat yang besar dan selesa. Hehehhe. Jadi aku pon menghabiskan masa dengan menonton filem Madagascar 2: Escape to Africa..hahaha memang lawak walaupon dah tengok banyak kali.

Aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul pada jam 7 pagi waktu tempatan. Di airport, dah ada yang menanti. Yeay tak payah aku susah2 nak pegi cari bas ke teksi ker. Aku dibawa terus ke Bandaraya Seoul yang mengambil masa sejam daripada airport. [Sebab jem, maklumlah penduduk Seoul dah mula nak pegi kerja]. Di Seoul aku akan menginap di Lotte Hotel. Best betol hotel ni sebab kat bawah dia ada shopping complex!!!! dan di luar nya pulak, tak sampai seratus meter ada sebuah taman tema ala-ala Disneyland!!! wahahahaha aku suka! Aku suka!.

Tiba di hotel dalam pukul 8.30 pagi, aku diberi masa sejam untuk berehat. Ahh aku bukan nak berehat sangat pon. Masa singkat baik aku gunakan sepenuhnya. Setelah selesai menukar pakaian kepada yang lebih formal, aku pon dibawa ke sebuah syarikat untuk menghadiri satu sesi perbincangan dan bertukar-tukar idea katanyer wakakaka. Naseb la aku tak bawak banyak cenderamata nak tukar-tukar dengan diorang, aku bawak buku guidelines keluaran Jabatan aku jer.

Lepas habis meeting, tiba masa untuk makan tengahari. Ni yang buat aku nerves ni. Diorang jamu maanan tradisi katanya. Erk??? Yang ada sayur-sayuran dan seafood sebab diorang tau orang Islam takleh makan daging tak sembelih. Walaupon sayur dan seafood, namun tetap cannot go ..huhuhuh pelik bin ajaib rasanya... tahan je la...nak termuntah pon ada tapi demi menjaga hati orang-orang disekeliling, ku telan jua makanan itu.

Oh ya, lupa pulak nak cerita. Di Korea ni ada 4 orang yang akan jaga aku.. mereka ialah Dr. Jin, Harry, Karl dan Hanna. Diorang semua warga Korea sejati dan umur pon sebaya aku je kecuali Dr. Jin yang dah berusia sikit. Hehehe lega la sebab ada gak geng sebaya. Kalo tak, mati kutu la aku. Diorang tak reti sangat speaking English, ala serupa macam ayam bercakap dengan itik la. Hahahaha.

Lepas makan, aku dibawa pulak ke sebuah lagi kompeni yang juga terletak di tengah bandaraya Seoul. Hmmmm meeting lagi sampi dekat pukul 6 petang. Lepas meeting diorang bawak pulak aku pegi dinner. Hmmm nerves kembali lagi. Adoi makanan dia lebih kurang macam lunch tadi. Huhuhu takleh telan...namun kupaksa diri ini jua menelannya.

Sesi dinner ni bukanmain lama yakmat! Dok la bersembang-sembang sampai dua jam. Hmmm aku pulak dah tak larat, mata asik nak terpejam jer memandang makanan yang tak habes kat atas meja. huhuhh. Balik hotel jam 8.30 malam. Cadang nak pegi la ronda-ronda dekat shopping complex bawah hotel tu. Hampeh, karl cakap kedai tutp pukul 9.00 malam. Adoi awalnya tutup! Kalau kat Malaysia, pukul sembilan tu masih awal lagi kan? Hmmmm takda pilihan, masuk bilik dan tidor..esok pagi-pagi kena gerak katanyer...kena berkumpul di Lobi hotel pukul 6 pagi. Makkkkk ai..awal giler....nak kemana la agaknyer tuh....

Sambung hari kedua....


Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul

Masa ni musim bunga sedang berlangsung..wakakaka cantik siottttt!

Sembang-sembang dengan Hanna..my Korean fren.

Ni la rupanya lunch aku...

Best tu, siap ada Indie Space lagik! Khas untuk filem-filem indie.

Nama tempat ni Itaewon, kawasan muslim..kat sini banyak restoran pakistan dan ada sebuah Masjid.

Masjid Sultan, katanyer Kerajaan Saudi yang taja Masjid ni since 1972...

Hmmm suka tengok bunga ni...cantik!

Lagi bunga-bunga di Bandaraya Seoul

Ni plak aku nyer Dinner..huhuhh :(