2009-05-23

Menelan Western di Restoran Sharifah ~ Bangi (",)

Foodtrekker kali ni menerjah pula ke kawasan sebelah selatan Kuala Lumpur. Takda la jauh sangat pon, dekat saja iaitu Bangi. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja melalui Lebuhraya PLUS. Kalau dari area Puchong pula, lebih kurang 20 minit. Dari tempat lain, aku tak reti nak agak…heheh pandai-pandai sendiri la yer...

Cerita lanjut di Food's trekker...



2009-05-19

Rehat Sebentar Kemudian Sambung Semula (",)

Aduh sindrom malas kembali menyelinap ke seluruh pelusok badan aku ni...Dah dekat seminggu tak hapdet hutan belantara nih...Memang pemalas betol. Tika ini perasaan aku masih di awang-awangan, belum berpijak di bumi nyata. Betol kata teman-teman, pertengahan tahun [lazimnya bulan April hingga Jun] kebanyakan orang akan diserang sindrom malas!. Hmm betol! Memang tepat sekali, sebab aku sendiri sedang mengalaminya. [Orang lain aku tak tau la pulak].

Apa yang pasti, sejak bulan tiga membawak ke bulan lima ni, aku tak habis-habis merantau ke sana-ke mari dan tetibe sekarang senyap dok kat rumah. Mana tak 'kejutan budaya' namanya! Bila kaki dah biasa berjalan, jiwa dah asyik menatap sesuatu yang indah, semua itu memang sukar untuk dihentikan. Ramai teman yang suruh aku berhenti seketika, bawak-bawak la duduk kat rumah, bilik pon dah macam sarang tikus sebab tak sempat nak berkemas [hahahahaha], akhirnya aku akur, nekad buat beberapa minggu ini tubuh ini tidak akan ke mana-mana. Menjalani hidup seperti biasa, bangun tido - kerja- balik kerja - tido dan seterusnya sehingga satu waktu yang akan diberitahu kelak. Heheheh kelakar la pulak kan?

Seboleh-bolenya aku akan cuba melawan jiwa yang kian meronta-ronta nih. Harap-harap sesiapa yang bertanggungjawab tu faham yer, aku kena berhibernasi seketika. Takpe korang boleh teruskan rancangan korang, lambat-laun nanti aku akan terjoin jugak! Wakakaka!

Adoi apa punya entry la ni kan? Pelik dan membosankan. Walau apa pon...daripada tak tulis apa-apa kat sini, lebih baik aku luahkan rasa dan fikiran aku. Atleast takda la hutan belantara ni sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti.

Yup untuk 2 bulan ni, aku nak berehat..kumpul duit dan buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Tapi next plan tetap jadik! InsyaAllah itupon kalau ada orang-orang di negara Temasik dan Negara Gajah Putih tu sudi melayan aku..hahahah. [tak kira, akan ku terjah juga!!!]

OK lah..cukuplah repekkan aku setakat ini. Seriously memang takda idea tahap gaban untuk buat entry baru. Hati aku masih bukan di sini, tertinggal di Pulau agaknya. InsyaAllah hutan belantara ini akan terus berpenghuni sedikit masa lagi, support yer!.

OK Sambil melayan kebosanan tu, meh dengar lagu dari Pak Pejal, nih..lagu peberet:


PEACE!

2009-05-12

Perhentian Escapade Part 3: Good Bye Perhentian

Berhari-hari di Pulau Perhentian sikitpon tidak terasa penat. Bohong? tidak sama sekali. Bayangkan sentiasa dikelilingi air laut yang jernih. Pantai yang indah dengan pasir-pasir halus menyaluti kaki dan deruan angin yang sentiasa segar, masakan aku boleh merasa penat di Pulau ini! Tidak sama sekali.

Hari ini kami bercadang untuk menghabiskan masa di sekitar chalet sahaja..dan mungkin sebelah petang pula akan ke Long Beach. Menurut kata abang Ropi, pemandu bot kami, Long Beach adalah satu tempat yang sangat menarik, pemandangannya juga 'indah'! haaha best tu, mesti kena pergi. Long Beach, atau nama Malaysianya Pantai Panjang memang menjadi tumpuan ramai pelancong asing [Mat Saleh]. Ombak kat sini agak kuat, tak seperti di pantai depan chalet kami tinggal tu. Kami pon apa lagi, nak merasa la di pukul ombak yang kuat! Terjun! Di Long Beach tak lama, lebih kurang 4 jam saja sbelum Abang Ropi menjemput kami pulang. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, program mencandat sotong telah dibatalkan sebab cuaca buruk...Jadi malam itu selepas makan malam, kami duduk berkumpul beramai-ramai sambil berkongsi cerita-cerita menarik! waduhhhhh nikmat!

Oh ya, keesokan harinya, kami akan ber 'jungle trekking' di Pulau ini. Yess ini sesuatu yang aku tunggu-tunggu sejak hari pertama. Ada juga aku bertanya kepada beberapa pekerja chalet tempat untuk jungle trekking. Dan akhirnya pagi itu, seawal jam 7.00 pagi, aku, Doli, Adie dan Tan meredah hutan Pulau Perhentian!. Best! Best bangat! ..Walaupun trek yang kami lalui tidak panjang tapi ianya agak mencabar! Tetiba terserempak dengan tupai yang melompat-lompat menyambut ketibaan kami. Dan ada juga satu kawasan dimana kami terpaksa memijak berjuta-juta semut untuk maju ke hadapan. Sian kat semut-semut tu tapi kami terpaksa, kalau tak kami pulak yang jadi mangsa. Huhuhuhu

Setelah lebih kurang 30 minit berjalan akhirnya, terpampanglah pemandangan indah di hadapan kami, pasir putih, batu-batu di gigi air..adoi indahnya. Kami telah sampai ke sebelah sana pulau. Ada beberapa chalet di sini dan yang pastinya penghuni-penghuni chalet tersebut masih lena dibuai mimpi... Agaknya. [sebab sunyi jer].

Kami terus menjelajah sepanjang pantai. Alamak nak balik semula ke tempat kami rasa macam dah tak larat, so kami mengambil keputusan untuk naik bot pulang ke chalet. Tetiba nampak sorang mamat yang sedang menyapu sampah. Kami tanya kat mamat tu, kat mana nak sewa teksi air. Mamat tu suh tunggu kejap sampai kawan dia datang dari arah laut sambil menunjuk ke arah sebuah bot yang menuju ke pantai.. Yey boleh naik bot lagi! Kami pon meniki bot dengan bayaran 10 ringgit untuk ke chalet di Pantai Bedul. [Sebenarnya Pantai Abdul]. Adik yang bawak bot tu seboleh-bolehnya nak bersembang dengan kami. Peramah sungguh. Anak jati Pulau Perhentian katanyer~

Sampai di Pantai Bedul, kami pun duduk di Abdul's Cafe untuk sarapan pagi. Hmmm sekali lagi bersarapan di atas pantai yang indah! Best-best!Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir percutian kami di Pulau Perhentian, keindahan ini kami nikmati sepenuhnya.

Kami berlepas pulang menaiki bot ke Jeti Kuala Besut pada jam 12.00 tengahari. Sedih nak meninggalkan Pulau Perhentian setelah 5 hari di sini.

Tiba di Jeti Kuala Besut kami menaiki sebuah van ke Lapangan Terbang Kota Bahru. Flight pulang ke KL adalah pada pukul 3.00 petang. Kali ni kami semua akan menaiki flight yang sama ke Kuala Lumpur.

Penerbangan ke KL mengambil masa 50 minit. sempat la jugak terlelap sekejap. LCCT merupakan destinasi terakhir kami bersama, ada sebahagian daripada kami akan berpisah di sini menuju ke destinasi seterusnya. Boring dan Max akan pulang terus ke Seri Kembangan, aku juga. Doli akan pulang ke Bangkok, Adie, Tan dan Tom akan pulang ke Singapura. Aduhhh sedih sangat. Pengalaman bercuti begini memang susah nak dapat dan ianya sangat meberi kenangan yang sangat indah.

Selamat tinggal semua, semoga berjumpa lagi di masa akan datang!

PEACE!


Long Beach








GoodBye...

2009-05-10

Perhentian Escapade Part 2: Teh Tarik Perhentian Kecil

Hari kedua:

Dalam keseronokan bercuti di sebuah pulau yang tersangatlah indahnya, tetiba je satu-satunya benda yang boleh menghubungkan aku ke dunia luar ROSAK! Adoi kenapa la time-time cengginih ko boleh rosak? Macam nak kasi channn aku bercuti puas-puas yer? Bagus la ko handphoneku...ko begitu memahami [dalam hati teroyak tak hengat!!!Sedeh].

Ok lupakan soal Handphone yang telah rosak, balik KL nanti baru pegi repair.

Pagi-pagi lagi dah bangun, kengkononnya nak menghabiskan masa di pinggir pantai @ digigi air sementara menunggu waktu breakfast pukul 8.00 pagi. Yang lain, masih ada yang tak bangun tidor lagi...ish apa daaaa, peluang begini bukan dapat selalu. Suasana pagi yang hening, desiran ombak menggamit kerinduan pada orang tersayang..huhuhuh tetiba jiwang. cut!

Lepas breakfast kami akan bertolak ke Pulau Redang! Yeah sebuah lagi pulau yang indah akan menerima kunjungan daripada kami. Aku pernah ke Redang tahun lepas. Redang memang best dan ada tarikan tersendiri, begitu juga dengan Perhentian. Tidak hairanlah saban tahun, Tuanku Mizan akan mengadakan program menanam terumbu karang di perairan pulau-pulau ini. Pemuliharaan alam sekitar katanyer~ Guddddddd!.

Perjalanan di Pulau Redang merentasi Laut Cina Selatan yang cukup tenang. Maklumlah hujan di sebelah malam mempengaruhi segalanya. Tiba di Redang, suasana menarik menggamit kami. Apa lagi yang boleh dilakukan selain snorkling bersama-sama hidupan laut yang sangat indah. aduhhh hatiku terusik lagi...Indah sungguh ciptaan Tuhan di pulau ini. Semuanya indah!

Dari Pulau Redang, kami ke Taman Laut yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Ish ish ish memang cantik corals di sini. Ikan pon besar-besar belaka. Kami makan lunch yang sudah siap di packing dari chalet. Sangat best!

Sebelum pulang ke Chalet, kami singgah di Pulau Perhentian Kecil, menikmati teh tarik dan keropok lekor di perkampungan nelayan. Owh memang susah nak dapat peluang begini, aku bukan berasal dari kampung nelayan, dan pengalaman ini cukup bermakna. Teh tarik kat kedai ni paling sedap pernah dirasakan. Rasa seperti teh campur sedikit koko dan entah apa lagi..memang kelassssssss teh tarik Perhentian Kecil.

Dah habis melepak di Perhentian Kecil, kami terus dibawa pulang oleh brother Rofi, yang setia melayan kerenah kami sejak pagi. Sebelah malam, kami ada BBQ. Thanks to para pekerja CocoHut yang menyediakan BBQ malam tu, nasib bek malam ni tak hujan. Kira bolehlah melepak di pinggir pantai malam ni, bertemankan bulan penuh. Indah...sungguh indah.

Hari ketiga:

Pagi, sekali lagi aku, Doli dan Tom menjelajah sepanjang pinggir pantai. Melewati beberapa buah chalet yang ada di sana. Suasana pagi memang sangat indah. Menyaksikan Matahari terbit dan kelibat bot-bot nelayan di tengah lautan. Best!

Sempat juga kami pekena teh tarik di sebuah warung tidak berapa jauh dari chalet kami, nama warung tu Abdul's Cafe...Best menikmati teh tarik di atas pantai sambil memerhatikan ombak. Takda kat KL ok!

Pada jam 9 pagi, kami akan dibawa ke Pulau Susu Dara, Kat sana kami snorkling lagi! Hahahhaa dah nak termuntah dah aku asyik snorkling memanjang. Badan pon dah tanned semacam. Pulau Susu Dara sangat unik kerana di sebelah sananya adalah laut lepas, dapat disaksikan pukulan ombak yang maha dahsyat memukul batuan, manakala di sebelah sini, tempat kami berlabuh, ombaknya tenang dan damai. Unik!

Selepas di Susu Dara, kami singgah pula ke Pulau Lang Tengah. Huh sebuah lagi pulau indah! Tatkala kaki menyentuh pasir di gigi air, terasa seolah-olah berada di dalam guni tepung. Pasir yang halus merentas sepanjang pantai di Lang tengah! Memang menarik. Di lang tengah tidak lama, memandangkan keadaan ombak yang agak besar, kami harus segera pulang.

Sebelah petang, kami menghabiskan masa di sekitar chalet. Cadangnya nak menjelajah ke Long Beach, tapi hujan pulak malam tu, program mencandat sotong pon cancel. Sedihnya...takper la lain kali akan try jugak mencandat sotong di sini.

Plan ke Long Beach akan diteruskan pada esok hari...

Bersambung...
















2009-05-07

Perhentian Escapade Part 1: Hello New Friends At Perhentian Kechil

Trip kali ni dah lama dirancang. Kalau tak silap aku sejak hujung tahun lepas lagi bila seorang kenalan mengajak aku turut serta bersama kawan-kawannya ke Pulau Perhentian. Reaksi aku...TERUJA kerana aku belum pernah ke Pulau yang dikatakan sangat indah itu. Lagipun, memang aku telah lama merancang untuk bercuti dan tambahan pula perancangan-peracangan sebelum ini banyak yang tak jadi, jadi aku nekad, kali ini walau apa pun terjadi, ia tetap akan diteruskan.

Aku bertolak dari Putrajaya Central tepat jam 10.50 malam menaiki ERL ke KLIA. Flight aku ke Kota Bahru adalah pada jam 7.30 pagi, jadi aku mengambil keputusan untuk overnight di LCCT malam itu. Ini pulak kali pertama aku menaiki bas dari KLIA ke LCCT!! Sangat mencabar ok sebab aku memang tak tau kat mana nak amek bas dan nak naik bas apa? Redah saja. Alhamdulillah sampai juga di LCCT pada jam 12.00 malam. Siap ada 2 orang mat rempit kot, nak kencing aku!!!! Keji sangat, ingat senang-senang nak nipu aku suh naik teksi bayar RM 70 ???? Nasib bek Allah melindungi aku dengan kehadiran bas yang bertambang RM 1.50 ...Syukurrrrrrrr...

Aku terus mencari tempat lepak yang dirasakan agak best. Apa lagi duduk la melangot kat situ sampai jam 6.00 pagi. Nak tidor pon tak berapa selesa, cuma tidur-tidur ayam. Tiga orang kawan yang turut serta tiba di LCCT jam 7.00 pagi. Akhirnya kami menaiki flight ke Kota Bahru dan di sana kami akan mengambil teksi menuju ke Kuala Besut sebelum menemui 4 orang lagi teman yang menunggu di sana. Aduh tuhan saja yang tahu betapa terujanya perasaan ketika itu!!!

Naik bot! yey meredah Laut China Selatan menuju ke Pulau Perhentian Besar. Aku bersama teman-teman akan menginap di Coco Hut Chalet selama 5 hari 4 malam. Macamana yer tempat nih? korang cari la sendiri infonya kat internet....Hehhe lama kan? Sebetulnya aku memang tak kenal dengan 6 orang yang lain. Semuanya adalah kawan kepada kawan aku. Making new friends sometimes make me nerves!

Hari pertama di Pulau Perhentian, tiba di Chalet pada jam 12.00 tengahari. Kami dijamu makan tengahari dan sebelah petangnya, kami dibawa untuk bersnorkling di beberapa tempat di sekitar pulau itu. Ya ampunnnnnnnnn, kagum betol aku menyaksikan kebiruan air laut dan ikan-ikan yang sangat banyak dan jinak!!!!

Ada beberapa point yang kami pergi antaranya kawasan baby shark [kengkononnya nak tengok ikan jerung la...hampeh baby dia pon tak nampak...huhuhuhu], tempat mandi air sejuk (ntah tak ingat apa nama tempat tu tapi ada air mata air keluar dari celah batu dan sangat sejuk!), dan kami juga berpeluang ke tempat penyu bercanda...hehehe ada ke word tu? Nampak la sang penyu mengintai-ngintai dari tirai kamar di permukaan air....hmmmm indah sungguh!

Agak lama juga kami bersnorkling petang tu. Pulang ke Chalet, berehat sebentar sebelum makan malam. Pengalaman hari pertama memang best. Walaupun penat sebab tak tidor malam, tapi disebabkan teruja yakmat, semua kepenatan itu hilang. Pulau Perhentian memberi sambutan Selamat Datang yang sungguh indah!. Malam itu, kami menghabiskan masa di pinggir pantai sambil menyaksikan keindahan bintang dan bulan di awan. Esok ada lagi aktiviti menarik yang akan kami lakukan!!!

Bersambung....

Jeti Kuala Besut, Terengganu ~ to Pulau Perhentian!!!



Dari kiri Boring,Max,Dolly,Tompok,---,Tan dan Jamal!~Adie yg tangkap gambar

Lunch Time!!@ Coco Hut, Pulau Perhentian.




Coco Hut@ Pulau Perhentian







Dinner Time @ Coco Hut~ Hujan lebat masa ni...