2009-07-27

Apa sudah jadi?

Assalamualaikum.

Aduh lama sih gue enggak update-in blog gue.

Sorry kepada sesiapa yang menanti update-update terbaru dari sini. (ada ker?) Tak kisah la, janji aku tau ada juga yang terbaca blog ni tanpa disengajakan. hehe.

Sebenarnya bulan Julai dan Ogos merupakan antara bulan ter"bizi" saban tahun. Aku percaya ramai jugak yang menghadapi situasi ini. Tak taula kenapa si 'bizi' ni memilih bulan- bulan ini sebagai tempat dia bermain dan bercanda.

Jadi disebabkan si'bizi' ni tak beri peluang langsung kepada aku untuk melayari hari-hari indah memanjakan diri aku, tak dapat la aku nak update blog aku dengan aktiviti-aktiviti berpekdah yang selalu aku lakukan.

Ada beberapa perkara yang aku perlu settle kan terlebih dahulu, so harap-harap bile tugas-tugas ini dah selesai, aku dapat berpoya-poya seperti sediakala..

Aduh....rutin ku tergendala sudah... ;p

Dikesempatan ini, memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, jadi aku nak wish awal-awal Selamat Menyambut Ramadhan! kepada semua pembaca blog aku yang beragama Islam. Sama-samalah kiter berpuasa bile tiber harinya yer.. Yang ponteng puasa tahun lepas dah ganti ke belum?? Anda masih mempunyai masa beberapa hari sahaja lagi.!

Wassalam...

PEACE!


Rehat sebentar...



2009-07-13

Nabil Tom Yam dan Kolam Air Panas Gadek

Hujung minggu lalu, seorang teman mengajak aku beriadah..Dah lama tak bersukan katanya. Aku pun setuju aja lah, dia pon dah booked court tennis kat Bangi. Set jam 6.00 petang aku janji nak jumpa di Bangi. Ada pulak sorang member aku lagi yang nak join sama. Ok la, kalau lagi ramai lagi best! Petang tu aku, dan dua orang kawan aku main tenis sampai pukul 7.30 malam. Huh lama tak main, sengal-sengal pulak rasa badan.

Lepas magrib, aku lepak di restoran kawan aku yang tinggal kat bangi tu. Nama kedai dia "NABIL TOMYAM".Merasalah makan tom yam dan sup tulang kat sana! Sedap masakan tukan masak kedai kawan aku tu. Sesiapa yang rajin pergi Bangi tu, singgah la kedai makan kawan aku yer...jangan lupa, 'NABIL TOMYAM'. Kalau tengok nama pun dah tau, masakan utama kedai dia tu adalah tom yam!!! Yum..yum...sedap!

Lepas makan, rasa bosan pulak. Malam masih muda.Malam mingu pulak tuh! Pikir-punya pikir, akhirnya kami bertiga sepakat untuk ke Kolam Air Panas Gadek! Kat mana tuh? Bagi sesiapa yang tak pernah pergi (macam aku) mesti lost, tak tau kat mana Kolam Air Panas Gadek tu. Ia terletak di Alor Gajah, Melaka. Perjalanan dari Bangi ke hanya 1 jam. Tak la jauh mana. Kami bertolak jam 9.00 malam. dan sampai di Kolam Air Panas Kolam Air Panas GadekGadek jam 10.00 malam. Aku memang tak pernah ke situ, kawan aku sorang lagi tu pon tak pernah pergi jugak. Sampai je kat sana, huh terkejut kami dibuatnya, bukan main ramai pengunjung di Kolam Air Panas tu, segenap lapisan masyarakat ada. Melayu, Cina, India... tua, muda...miskin, kaya semua berkumpul sambil berendam di situ.Hmm tempat yang best jugak kalo nak cuci mata!! ahahhaha.

Bayaran masuk hanya RM4, ok la tu..tak mahal pon, boleh masuk 15 kali! hehehe.
Kolam Air Panas Gadek ni terdiri daripada beberapa buah kolam yang telah diubahsuai cantik dan terdapat beberapa buah pondok untuk para pengunjung bersantai. kira selesa jugalah tempat tu. Bagi sesiapa yang tak pernah pergi ke Kolam Air Panas Gadek, senang je nak ke sana. Ikut PLUS Highway, keluar ke susur Alor Gajah. Ikut je signboard Kolam Air Panas Gadek. Gerenti jumpa. Kebanyak pengunjung, akan ke sana di waktu malam, al maklumlah cuaca sejuk ditambah pulak berendam dalam air panas, huh best!! Best!.

Malam tu kami lepak kat sana sampai pukul 1.00 pagi sebelum balik ke Kuala Lumpur. Hmm memang satu pengalaman yang best . Selalunya, aku ni memang jenis tak suka plan sesuatu progam awal-awal. Takut tak jadi. Memang plan last minit yang selalu jadi... hahahah sapa mau join plan last minit aku??? Angkat tangan!! heheheh tunggu jelah apa plan seterusnya..!

PEACE!

Pekena, tomyam, sup tulang, telur dadar dan nasi putih! Fuh sedap! Air Laici pon OK!

Sampai dah tol Alor Gajah.


2009-07-11

Projek Teater: Intan Yang Tercanai

Semalam aku berpeluang menonton sebuah lagi hasil karya Sasterawan Negara ke-7, Dato' Noordin Hassan yang bertajuk "INTAN YANG TERCANAI". Teater arahan A. Wahab Hamzah ini dilihat amat tulus di dalam kupasan satu-per satu persoalan psikologi dan agama yang membawa penonton, aku khususnya hanyut didalam perjalanan cerita yang sangat indah. Terlebih dahulu aku mengucapkan Syabas kepada team produksi yang berjaya mencuit hati aku dan segenap penonton yang menonton persembahan teater Intan Yang Tercanai.

Aku juga pernah menyaksikan persembahan teater "Mana Setangginya" yang dipentaskan gah di Istana Budaya bulan lepas. Secara jujurnya, aku lebih mengkagumi Intan Yang Tercanai berbanding Mana Setangginya. Mungkin kerana jalan persembahan Intan Yang Tercanai lebih ringkas dan tenang. Masing-masing ada kelebihannya. Naskhah juga berbeza. Tapi bukan tujuan aku untuk membandingkan di antara keduanya, kerana masing-masing membawa mesej yang sama iaitu ketuhanan.

Persembahan Teater Intan Yang Tercanai, yang dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Dan Pustaka secara umumnya mengangkat kepribadian seorang wanita Islam yang bernama Ungku Anis. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang berpendidikan tiggi, elok pekerti, kukuh asas agama dan bijak merencana hidup sehingga mampu menarik perhatian pelbagai pihak disekelilingnya. Muncul juga watak utama Danial Sundaram, yang dibesarkan di dalam keluarga hindu, juga berpendidikan tinggi dan masih tercari-cari arah tujuan hidupnya. Mereka bersahabat sejak kecil sehingga melanjutkan pelajaran bersama ke luar negara.

Teater ini juga menjurus kepada kisah sejarah yang pernah berlaku satu ketika dulu di Kota Makkah pada tahun 1990 dimana sebanyak 1,426 jemaah Haji telah meninggal dunia akibat tragedi yang berlaku di Terowong Al-Mua'aysam. Permainan psikologi memaninkan perana utama dalam kisah Intan Yang Tercanai ini. Danial yang masih tercari-cari agama yang sesuai untuk terus bertapak di dalam hidupnya akhirnya memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika itu, Ungku Anis sedang mengerjakan Ibadah Haji dan beliau terlibat secara langsung di dalam peristiwa Terwong Al-mu'aysam itu. Ungku Anis didapati hilang dan tidak dapat dikesan.

Kehilangan Ungku Anis membawa Danial ke Makkah untuk mencarinya. Di Makkah, Danial berjumpa dengan seorang bernama Haji Fadzil yang pernah terlihat kelibat Ungku Anis di Gua Hiraq. Permainan emosi dan psikologi yang tinggi menyelubungi hidup Danial di Makkah. Di situlah berakhirnya segala pencarian..

Sebenarnya aku tak berapa tangkap dengan pengakhiran teater ini, adakah Ungku Anis masih hidup? memandangkan Danial masih tercari-cari Ungku Anis di Gua Hiraq. Apa pun yang pasti, segala persoalan pasti terjawab di dalam hasil penulisan Dato' Noodin Hassan di dalam bukunya.

Apa yang Menarik?

  1. Gaya persembahan yang ringkas dengan barisan para pelakon yang hebat. Tambahan pula Kak Ogy, Norzizi Zulkifly dan Juhara Ayob [ketiga-tiganya adalah pelakon favorite aku!] muncul di dalam persembahan teater ini sebagai watak Lembaga Suci yang digambarkan sangat indah.

  2. Persembahan muzik dan koir daripada TEKA VOICES -UiTM sangat indah. Aku suka lagu-lagu sepanjang persembahan. Kalau ada jual OST lagi bagus!

  3. Barisan pelakon utama Arwindran Kalaivanan [Danial Sundaram] dan Mardiana Alwi [Ungku Anis] memberikan impak yang sangat berkesan. Arwin sangat fasih berbahasa Melayu walaupun dia berbagsa Chindia. [orang Melayu sendiri sekarang ni sebuk nak berpelat Inggeris....].

  4. Kupasan tragedi Terowong Al-Mu'aysam di Makkah pada tahun 1990, yang melibatkan kematian seramai 1426 orang Jemaah Haji, sangat menyentuh perasaan aku. Peristiwa yang sangat menyedihkan. Takzia kepada keluarga Jemaah Haji yang terkorban. Sesungguhnya, bak kata Ungku Anis, psikologi dan kesabaran memainkan peranan penting dalam hidup. Sekiranya kedua-dua elemen itu pincang, aka huru-haralah hidup. Itulah yang berlaku di Terowong Al-Mu'aysam pada ketika itu.

  5. Para pelakon pembantu yang lain juga menyampaikan watak dengan berkesan, konsep satu Malaysia yang dipersembahkan di dalam teater ini sangat berkesan. Barisan pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa menggambarkan kekayaan Masyarakat Malaysia.

  6. Persembahan Teater Intan Yang Tercanai di DBP pada malam itu, penuh..Ramai golongan muda yang menyaksikan persembahan teater ini. Ini menunjukkan satu peningkatan yang baik dalam memupuk minat terhadap seni persembahan di kalangan generasi muda. Syabas DBP.

  7. Teater Intan Yang tercanai, walau tidak dipentaskan di Pentas GAH seperti Istana Budaya, bagi aku ia tetap hebat. ni membuktikan tidak kira di mana pun, sekiranya sesuatu usaha itu dijalankan dengan baik, ia akan tetap hebat.

Aku tidak rasa menyesal menonton Intan Yang Tercanai. Pasti selepas ini aku akan terus menyokong karya Dato' Noordin Hassan.

AMAN!


Ogy Ahmad Daud memegang watak Lembaga Suci III


Barisan Koir TEKA VOICES -UiTM


Tonggak Utama - Arwin dan Mardiana sebagai Danial dan Ungku Anis




2009-07-09

Taman Tasik Perdana @ The Lake Garden on Thursday

Taman Tasik Perdana [TTP] @ Lake Garden kata orang putih, lama dah aku tak ke situ. Kalau dulu, time budak-budak uni, selalu jugak aku ke TTP ni, sanggup bangun awal2 pagi dan drive sensorang kengkononnya nak jogging, dan menghirup udara segar. Hahahah tu la kerja aku hujung-hujung minggu. Tapi itu dulu...sekarang ni dah jarang dah aku ke sana. Mungkin sebab faktor masa dan kemalasan yang melimpah ruah! Wakakaka.

Ok,Ok apa yang aku nak story kat entry kali ni adalah mengenai wajah terbaru TTP. Sebenarnya, hari ni aku kena menghadiri satu Meeting di KL. Lokasinya dekat-dekat la dengan TTP ni. Aku macam biasa, bangun awal dan bertolak keluar dari rumah jam 7.00 pagi. Macam biasa la time pergi kerja. Setelah merempuh jem di sepanjang highway PLUS, akhirnya ditakdirkan aku tiba di area tempat aku nak meeting tu jam 8.00 pagi. Alamak..terawal pulak! Meeting start pukul 9.30 pagi. Ada lebih kurang 1 jam setengah lagi! Alamak , apa yang aku nak buat? Akhirnya aku membuat keputusan untuk terus ke TTP.

Wah setahu aku tasik kat TTP ni tengah renovate, tapi bile aku datang hari ni, dah pulih seperti sedia kala. Memang best sebenarnya TTP ni, aku rasa nilah tempat yang paling sesuai kalau sape yang ada anak-anak kecik, bawak datang sini jalan-jalan. Bukan semata-mata tasik aje, macam-macam ada! Antara yang menarik adalah Taman Rusa dan Hutan Paya Bakau buatan manusia!! Disamping menghirup udara segar dan bersenam, minda juga boleh diisi dengan pelbagai ilmu baru yang jarang kita jumpa di tengah-tengah Kota Raya nih.

Tak usah celoteh panjang, aku sajikan keindahan Taman Tasik Perdana kepada warga kota yang tak pernah mengunjunginya.. Cubalah datang..berbaloi! Its free some more!
Hahahha
PEACE!












2009-07-02

15 Tahun Sudah.....

Facebook (FB). Aku yakin, hampir separuh daripada kengkawan yang aku kenal masing-masing ada FB sendiri. Tak payah lah aku nak terangkan apakah itu FB. Korang lebih tahu kot?

Semenjak dua menjak ni aku dah jadi giler FB!! Hahahah samapai nak tido pon kena layan FB dulu sampailah aku tetidur depan laptop aku. Tak ke meroyan namanya tu? Aku tau ada juga golongan yang tak minat layan FB ni, katanya leceh la, serabut la dan macam-macam lagi. Terpulang pada individu itu untuk menilai.

Ok Ok sebenarnya kat entry ni bukan aku nak tolong promote FB, cuma aku nak mencoretkan terima kasih aku kepada FB kerana telah mempertemukan kengkawan zaman persekolahan aku dulu yang dah 15 tahun aku tak jumpa! Huh lama kan? Sebenarnya lepas je sekolah menengah, aku langsung lost contact dengan teman-teman sekolah. Bukan semua la...

Yang aku nak citer kat sini, kehebatan FB. Adalah satu hari ni, sorang member sekolah aku add aku kat FB dia. Aku pon tak tau la mana dia dapat address FB aku, mungkin dia google kot hahahaha! Sejak dari tu, haaaaaaaah mula bertambah-tambah member sekolah yang aku dah lama tak contact, add aku dan aku pon add jugak diorang.. Lama-kelamaan, hampir satu batch dah jadi member FB aku! Suka!!!!.

Siapa sangka, bukan main lama tak jumpa, 15 taun tuuuuu .....lama tau! Akhirnya salah sorang dari kami yang sangatlah baik hati dan rajin telah mengaturkan satu gath untuk kami semua. Memula tu aku rasa macam segan pulak nak pergi gath ni...almaklumla, bile dah lama tak jumpa, mestila timbul rasa-rasa malu hahahahaha. Tapi bile tiba waktunya, aku gagahkan jugak diri menjejakkan kaki ke tempat yang dijanjikan. Alhamdulillah, ramai yang muncul!!! Memang kecoh la jugak masa tu, main futsal dan makan-makan adalah aktiviti kami pada hari itu! Suka lagi!!!

Masa gath ni la masing-masing timbulkan kisah-kisah silam, isu-isu lama yang dah jadi lipatan sejarah. Scandal-scandal zaman persekolahan dan lain-lain lagi! Lawak betol bile masing-masing bukak cerita. Ramai jugak yang dah beranak pinak!

Thanks to organiser yang bertungkus-lumus menjayakan perjumpaan pertama kami! Aku salute ngan ko Annie and Jijoy! Next time kite buat gath lagi!!!
PEACE!.


Tengah lawan Futsal, @ OU rooftop.

Ada juga yang mengumpat sambil menjamu mata...

Lepas main futsal, makan time!

Inilah kami!