2009-09-18

SALAM AIDIL FITRI ~ MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini inginku sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni, terutamanya kepada yang setia walaupun jarang update dan entry yang merapu-rapu. Semoga Hari Raya kalian meriah di samping keluarga tercinta.

Yang memandu ~ bawak keter @ motorsikal elok-elok. Kalau mengantuk singgah tepi jalan dan tido dulu (macam aku selalu buat ;P)

Yang naik bas ~ awasi barang-barang anda, almaklumlah banyak penyeluk saku dan penyamun skarang nih, tak kire bulan puasa ke tak, ada je kejer-kejer haram diorang nak buat.

Yang Naik kapal terbang ~ Jangan lambat chek in, nanti terlepas flight @ terpaksa delay pulak kan haru, buatnya takde replacement sit lagi naya! wakaka.

Yang naik kenderaan selain di atas ~ Pandai-pandailah jaga diri. Ingatlah orang yang tersayang~

Oklah, aku pon dah tak sabar nak balik kampung nih~ Pesanan untuk ayam ngan itik kat kebun tu: pandai-pandai la jaga diri sementelaah aku takde seminggu dua nih yer.

SALAM LEBARAN!
MAAF ZAHIR DAN BATIN~


Yang Ikhlas~


2009-09-17

Iftar @ Belanga, MidValley

Minggu lepas, selepas urusan mengedarkan kuih-kuih raya kepada pelanggan (wah macam best je bunyinya kan?), aku dan beberapa orang kenalan mengambil keputusan untuk berbuka puasa di MidValley sahaja memandangkan masa agak suntuk dan dah tak tau nak makan kat mana. huhuu kes kelam kabut punya pasal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Restoran Belanga. Pada siapa-siapa yang tak tahu, Restoran Belanga ni terletak di lowergroud Midvalley menghala ke The Garden. Kalau perasan, ada satu terowong laluan bawah tanah ke The Garden melalui Midvalley, ha kedai tu ada di tengah-tengahnya.

Banyak juga menu yang menarik kat restoran tu, tapi aku memilih untuk makan Nasi Lemak Ayam Berempah sahaja. Ya Ampun!!! memang best la!. Ada juga yang makan Nasi Ayam Herba dan Nasi Dagang ikan Tongkol. Hmmm memang menyelerakan la. Air minuman pulak, macam-macam! Aku nak try Apple + Guava Juice dan yang lain pulak cuba Soy Juice + Cincau, Sirap Selasih dan Jus Mangga. Hish terliur pulak aku time tulis entry nih...wakakaka.

Setelah selesai urusan di Midvalley, kami meneruskan usaha mengedar kuih raya ke Bangi, dan Puchong sebelum melepak sahur di kedai Mamak kat PJ. huhuhuh complicated jugak kan perjalanan aku malam tuh? tapi apa nak buat, demi mencari sesuap nasi dan meneruskan bisnes keluarga.

Apa pun, yang bestnya, Malaysia memang kaya dengan macam-macam makanan! (huh tetiber pulak).

PEACE!



Jom makan @ Rumah RASLI & WIFE

Kejadian ni aku tak ingat bile tapi dalam dua atau tiga minggu lepas la. Aku dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa di rumah salah seorang kawan iaitu Encik Rasli (admin bagi satu web forum di Putrajaya). Aku kenal dengan mamat tu pon bukannya lama sangat, baru-baru jugak la dalam setahun kot. Itu pon sebab member aku si Kaki Jalan yang beria-ia nak mengenalkan aku ngan mamat tu dan isterinya. Ok, aku ni memang jenis suka berkawan, so itu bukan satu masalh yang besra bagi aku.

Bertempat di Presint 18, Putrajaya, seperti yang dijanjikan kami (ramai jugalah yang hadir, tapi tidak melebihi 10 orang pon) akan membawa juadah berbuka puasa masing-masing (konsep potlak..erkk betol ke ejaan macam tuh???bedal saja). Tuan rumah pulak akan sponsor air mata kucing buatan sendiri. Hmmm aku baru tau sebenarnya buah mata kucing tu adalah buah yang dikeringkan then direndam dan bubuh air gula, barulah jadi seperti air mata kuching yang selalu aku minum kat kedai tuh.

Tiba di rumah Rasli, dah dekat pukul 7.00 malam. Masuk je ke dalam rumah, kami pon berkenalan le dengan beberapa member forum yang lain. Ok jugak la sebab semuanya best dan sporting. Ada yang siap bawak baby yang comel! Bile dah sorang satu bawak makanan, bayangkanlah berapa banyak juadah berbuka yang tersedia! Menu utama adalah Satey Haji Samuri yang di beli di Taman Warisan, Putrajaya. (Tema hari ni Putrajaya yer).
Antara menu lain yang ada, seperti murtabak, mee goreng, roti john, kuih Apom, popia goreng dan popia basah dan ada la macam-macam lagi. Memang acara melantak jugak la malam tu.

Apa pun, aku happy sebab disamping dapat jumpa kenalan baru, dapat juga makan macam-macam hari tu! Wakakaka. Thanks tu Rasli and his wife for being such a great host.

PEACE~






2009-09-10

Vandalisma Vs Seni?

Di pertengahan bulan Ramadhan ni mesti ramai yang sudah tak fokus nak bekerja, fikiran dah melayang ke kampung halaman tercinta dan sebagainya kan? Kompom punya lah, tambah-tambah bile mood shopping raya mula dah menyerang warga kota. Lalu lalang kat sekitar Jalan TAR, shopping complex dan tempat-tempat tumpuan yang lain, memang penuh sesak dengan orang-ramai yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidil Fitri yang hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi bakal tiba.

Dalam sibuk-sibuk mengelamun tu, kerja tetap kena buat. Hari ni aku ke sebuah advertizing company di Setapak, Kuala Lumpur bersama rakan sekerja untuk meng"finalize" design untuk buku-buku yang akan dicetak. Huh pening jugak bila deal dengan orang-orang GRAFIK yang tak berapa nak GRAFIK nih! Tapi sabar je lah, bulan puasa...banyak pahalanya. Sembang-punya sembang, bincang punya bincang, dah hampir dua jam aku kat situ. Masa tu pon dah almost 1pm. Akhirnya takde jugak kata putus. Aku suruh orang GRAFIK tu email je hasil dia tu kat aku esok. Kalau tak aku terminate je terus wakakaka (macam boleh je!). So dah gerak keluar dari opis tu, sambil memandu dan sembang-sembang dengan colleague aku tetiba aku terpandang satu graffiti yang menarik kat dinding bawah flyover. Hmmm lukisan graffiti yang menarik. Sebelah lukisan tu pulak ada tulis sesuatu yang aku rasa besar maknanya: "Vandalism could highlight certain issue" di samping lukisan seorang pompuan ke lelaki aku tak pasti yang sedang menghulurkan sebuah mangkuk. Mungkin gambar peminta sedekah agaknya.

Penafsiran aku adalah pelbagai. Salah satu daripadanya, adalah kemiskinan. Kenapa masih ada ramai peminta sedekah di negara kita? Apa puncanya? Dan jawapannya pon pelbagai. Pandai-pandailah tafsirkannya sendiri.

Tapi apa yang best pasal Graffiti tu, ianya sangat berseni sebab ianya adalah spray paint art. Hanya orang-orang yang berseni sahaja yang mampu buat benda tu.

Lokasi graffiti nih...hmm kat KL. Taknak lah aku hebahkan. Pandai-pandailah cari sendiri. Tapi ianya memang sangat mudah di lihat.

Selamat Beramal!

PEACE!



2009-09-01

Merdeka di Bulan Ramadhan : 52 Tahun Sudah...

Lagi kat sini..

Alhamdulillah
sudah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan tahun ini. Dah sebelas hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Sepanjang seminggu berpuasa, memang agak slow sikit la nak perjalanan hidup sehari-hari tapi bukan bermakna tak produktif langsung, kerja kat opis still bertambah-tambah di luar jangka.

Istimewanya Ramadhan tahun ini adalah, seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 52! Alhamdulillah, jarang-jarang sekali kita dapat menyambut kemerdekaan sebegini. Tahun ni pon, sambutan kemerdekaan tidak diadakan langsung bagi menghormati bulan Ramadhan. Rasa pelik juga semalam, bila buka TV pagi-pagi, takde pulak perarakan hari merdeka dan sebagainya seperti yang dijalankan saban tahun. Tapi tidak bermakna kita tidak melupakan hari kemerdekaan itu. Kemerdekaan itu WAJIB diingati oleh seluruh Masyarakat Malaysia, tentang perjuangan datuk nenek dan para pejuang satu ketika dahulu setelah negara kita di jajah lebih 446 tahun oleh kuasa luar. Apa yang penting adalah semangat meraikan kemerdekaan itu di bulan Ramadhan ini. Kita still boleh mengibarkan Jalur Gemilang, masih boleh mendengar lagu-lagu patriotik dan masih boleh membaca sejarah. Semua itu adalah sebahagian dari meraikan kemerdekaan. Nak tahu berapa lama negara kita pernah dijajah oleh kuasa luar? Aku mahu berkongsi sedikit fakta:
  1. Penjajahan Portugis selama 130 Tahun (24 Ogos 1511 hingga 16 Januari 1641)
  2. Penjajahan Belanda selama 183 Tahun (16 Januari 1641 hingga 20 Mac 1824)
  3. Penjajahan British selama 117 Tahun (20 Mac 1824 hingga - 1941)
  4. Penjajahan Jepun selama 4 Tahun (1941 hingga 1945)
  5. Penjajahan British semula selama 12 Tahun (1945 hingga 1957)
  6. MERDEKA (31 Ogos 1957)
Ok tak mahu cerita panjang pasal Kemerdekaan. Berbalik semula pada kehidupan sehari-hari aku di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, cuti panjang hujung minggu lalu, aku berkesempatan pulang ke kampung. Lama pulak rasanya tak menjenguk ayah ibu di kampung, berbuka puasa bersama keluarga, memang best! Tak seperti berbuka puasa di KL, hampeh, makan pon beli untuk sendiri-sendiri..tak meriah langsung! Bila berpeluang balik kampung, barulah rasa kemeriahannya, berbuka puasa bersama keluarga, lauk pauk penuh satu meja! haaahhaah bukan selalu pon, sekali sekala aku dan abang sekeluarga pulang, mak aku pon bersungguh-sungguh la masak macam-macam! Alhamdulillah rezeki.

Sempat juga ke Pasar Ramadhan di kampung, tak seperti di KL, pengunjungnya tak la ramai, rata-rata ramai yang datang ke Pasar Ramadhan untuk membeli kuih muih sahaja. Ramai yang memasak sendiri di rumah, lebih sedap dan jimat!. Tapi ada satu yang menarik perhatian, tengok la ayam golek (gambar di bawah) dijual seekor RM 17 ! Mahal gilerrr! Setahu aku seekor ayam kalau beli kat pasar pon tak sampai la RM 8. Bila dah jadi ayam golek siap naik harga double! Hmmmm memang buat untung betol bulan Ramadhan nih. Kalu dulu, zaman-zaman aku di sekolah menengah dan Universiti, harga sekeping Murtabak adalah RM 1.50 saja, sekarang ni kalau pergi ke pasar Ramadhan, rata-rata dijual RM 2.50 ke RM3.50! Buat untung lagi...

Semalam pulak kenaikan harga minyak diumumkan. Aduh...tekanan.. takpelah ini semua ujian Allah. sabar je la.

Bulan Ramadhan juga aku berkesempatan berbuka puasa bersama kawan-kawan yang baru pulang ke Malaysia, lama tak jumpa. Bila dah jumpa, sampai terlepas terawih..huhuhuh (dushhhhhhh). Thanks to Jamal kerana membenarkan kedai makannya menjadi tempat berbuka puasa yang best. Dan thanks to Nuraisyam atas perbelanjaan makanan-makan itu. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Duduk di perantauan jarang dapat makan-makan sesedap ini kan?

Hmm hari ini, kehidupan diteruskan seperti sediakala..tiada lagi masakan ibu untuk berbuka. Adoi nasik bungkus lagi.. sabar... Semoga hari bahagia akan tiba ~ Amin.

LOGO Satu Malaysia...




Berbuka puasa bersama kengkawan.. At Nabil Tom Yam