2010-03-31

Projek Teater: Teater Muzikal Gamat 2 di MATIC

Harini baru sempat nak update pasal Teater muzikal Gamat Season 2. Sebenarnya peristiwa ni dah berlaku minggu lepas, bertempat di Malaysia Tourism Center (MTC @ MATIC) berlangsunglah pementasan Teater Muzikal Gamat 2. Jika dulu musim pertama, Gamat dipentaskan di Istana Budaya (IB), dengan set yang gah dan pelakon-pelakon yang ramai, tapi kini pementasan Gamat 2 tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun ada berlaku pindaan pada beberapa plot cerita. Begitu juga dengan jumlah pelakon yang dikurangkan serta props yang ringkas tapi kekal menarik.

Jika dibandingkan Gamat di IB dan Gamat 2 di MATIC, masing-masing ada kelebihannya, dan dua-dua aku suka! Sebabnya adalah seperti berikut:-

  1. Jika Gamat di IB mempamerkan set pentas yang hebat, penuh dengan props yang menggambarkan keadaan dasar laut yang ceria dan meriah, di MATIC props yang digunakan adalah terhad memandangkan ruangan yang kecil namun ia berjaya ditonjolkan dengan lakonan para pelakon yang mantap dan bersahaja. Kedua-dua pementasan masih menggunakan kostum yang sama dan menarik. Semua nampak ceria dan cantik.
  2. Gamat di IB terikat pada protokol dan tatasuslia berada di panggung. Para pelakon lebih tertumpu kepada jumlah audien yang besar dan mungkin interaksi tidak menyeluruh. Namun Gamat 2 di MATIC lebih santai, dan para pelakon seakan amat dekat dengan penonton dan lebih mesra. Interaksi di antara para pelakon dan penonton lebih jelas dan sepontan. (Aku suka bila Ketua Ikan Buntal (lakonan Misha Omar) mengusik seorang pakcik berambut putih di tengah-tengah panggung dengan menggunakan loghat Kelantan- Sangat Happening!!!)
  3. Jalan cerita Gamat di IB lebih panjang dan plotnya dikembangkan mengikut jumlah pelakon terutama dalam keluarga Gamat itu sendiri yang terdiri daripada Ayah Gamat, Ibu Gamat, Makcik Gamat, dan tiga orang anak gamat yang sangat comel dan ceria. Manakala Gamat di MATIC pula mensajikan bilangan ahli keluarga gamat yang dikecilkan (Ayah, Ibu, Makcik dan Anak Gamat sahaja). Dan setiap kumpulan warga laut juga tidak semeriah di IB. Walaubagaimanapun, dengan jumlah yang sedikit tetap mampu memukau para penonton untuk terus melekat menyaksikan pementasan gamat.
  4. Kesemua lagu yang dimainkan di kedua-dua pementasan adalah sangat menarik dan menghiburkan. Tahniah!
  5. Barisan pelakon baru dan lama yang menjayakan pementasan Gamat di IB dan Gamat 2 sememangnya berbakat dan penuh dengan kespontanan (erk ada ke perkataan tu?) yang mampu membuat para penonton ketawa dalam menyelami pementasan itu.

Tahniah kepada para pelakon Gamat 2 terutama kepada Amy Mastura yang membawa watak Ibu Gamat dengan amat cemerlang! Wa respect sama lu la sister! Kemunculan Misha Omar yang menggantikan tempat kakak aku (Natasha Hudson) sebagai Ketua Ikan Buntal amat membanggakan. Keletah gedik-gedik ganas Misha menjadikan watak Ketua Ikan Buntal sangat menghiburkan! Begitu juga denga pelakon-pelakon lain yang sangat hebat melakonkan watak-watak di dalam Gamat 2. Tahniah!

InsyaAllah kalau ada lagi pementasan Gamat pada masa akan datang, aku akan pergi menonton lagi!


PEACE!
Anak Gamat bernama Mat.


Ibu Gamat










Kalau dulu Si Kurita ada 5 tangan tapi sekarang tinggal 3 je.


Skuad Buntal










Misha Omar (Ketua Buntal)














2010-03-30

Poskad Dari LONDON (Dah Sampai)

Alhamdulillah..tungu punya tunggu akhirnya sampai jugak POSKAD DARI LONDON kiriman INCHE LONG HAFFIZ seperti yang dijanjikan dulu melalui entry dia di "Coretan Perantau".

Fuh sangat puas hati sebab gambar kat poskad tu cantik! Terima kasih ye Inche Long Haffiz! Aku hadiahkan sebuah entry khas pasal poskad yang ko bagi tu kat sini! Hehehe.

Ok aku nak balas Poskad Inche Haffiz tu kat sini jer la yer sebab tak sompek den nak pi beli poskad:

Inche Long Haffiz:

  1. Ha ah kat Malaysia sekarang ni memang tengah panas terik. Rasa terbakar je kalo ko pergi berjalan-jalan kat luar tengah hari buta. Tapi biasalah, perubahan monsun la katakan. Malaysia kan beriklim Khatulistiwa.

  2. InsyaAllah aku akan jaga POSKAD yang ko bagi tu elok-elok. Maklum la bukan senang nak dapat poskad nowdays kan! Sekarang ni zaman email dan blog, tambah-tambah pulak ada Facebook, Friendster, Twitter, Myspace dan segala macam mak nenek laman sosial dah wujud sekarang nih...so POSKAD menjadi sesuatu yang sangat berharga sekarang!!! (fuh tak sangka kan? Sikit masa lagi boleh la tengok Poskad-poskad dipamerkan di Muzium)

  3. InsyaAllah, kalau diberi kesempatan, aku akan terus support blog ko tu. No worries ye Inche Long Haffiz. Teruskan berkarya dan berkongsi cerita dengan aku dan pembaca-pembaca yang lain!
Sekian.

Hahahah lawak pulak entry aku kali nih. Anyway aku memang sangat terharu dah nih. Nanti kalo ada sesiapa nak kasi poskad kat aku sislalah.. tetiber aku rasa macam nak develop hobi baru iaitu mengumpul POSKAD! ngeee....


Psst: Lawak bile tengok opismate aku terkekeh-kekeh bawak poskad tu kat meja aku... mesti satu opis dah baca POSKAD dari Inche Long Haffiz itu kahkahkah!

PEACE!











2010-03-27

Lagi Pasal Pesta Belon Udara Panas - Day 3 [Finale]

Hari ketiga, sekali lagi aku ke tapak pesta (aduh tak muak-muak ke tengok belon tuh???). Pagi ni aku pergi sebab tak sabar nak tunggu belon-belon udara panas tu berkumpol sekali lagi sambil buat formasi-formasi yang cantek. Alhamdulillah dapat jugak tengok. Pagi tu ramai jugak pengunjung yang datang, ingatkan tak de lah ramai sangat. Mungkin sebab hari sabtu, cuti pulak dan ramai yang dari luar Putrajaya dah berkampung kat Putrajaya sejak malam lagi.

Pagi tu jugak arah terbang belon-belon adalah menghala ke arah tasik. Maksud aku menyeberang tasik Putrajaya! Sekali belon-belon dikembongkan semua naik serentak dan kita dapat lihat belon-belon udara panas bertaburan di ruang angkasa Putrajaya!

Selesai semua belon dah naik, aku pun blah arr, balik rumah sebab tak mandi pagi lagi hahaha. Sebenarnya hari ketiga juga aku dah berjanji dengan encik Deennasour dan Cik Kaki Jalan nak menembak waktu petang sampailah ke malam sebab malam tu ada Glow in the dark punya acara! Fuh tak sabar pulak.

So sebelah petang sekali lagi aku gigih menerjah Putrajaya dengan rakan-rakan. Mak datokkk ramai giler orang petang tu sampai jalan pon dah jem! Naseb baik la aku tau banyak jalan shortcut so tak ada masalah nak ke tapak pesta. Ada kawan yang lain tu siap tersangkut jem atas jambatan.

Dalam keadaan yang sangat sesak, pesta belon udara panas hari ketiga menjanjikan sesuatu yang sangat meriah. Rugi wo sape tak datang! Bukan main banyak jugak la gambar yang kami tembak tapi disebabkan kemera aku tetibe buat hal (siot time-time macam ni dia boleh plak pengsan!) terus aku kehilangan beberapa gambar yang telah ditembak pada hari ketiga! Sedih!!!! Aku berkabung takmau tangkap gambar seminggu lepas tuh...

Apa-apa pon tengok la apa yang kami dapat pada hari ketiga.

PEACE!


















Tarikan lain yang ada...


Fuh gigih betol budak dua orang tuh mengerjakan bola air tu!!!








Ada belon yang jatuh dalam tasik...


Enterframe kejap ...




Glow in The dark...katenyer la...




Pertunjukan bunga api sebagai penutup malam ke 3




2010-03-23

Pesta Belon Udara Panas 2010 - DAY 2

Hari ke-2 Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya tak aku lepaskan begitu saja. Pagi-pagi lagi sebelum waktu pejabat aku bergegas ke tapak pameran memandangkan pertunjukan belon udara panas bermula pada jam 7.30 pagi. Fuh memang tak sabar aku mengatur strategi sejak dari awal. Berbaloi sungguh kehadiran pagi itu sebab kesemua belon sudah dikembungkan!!!

Aku memang nak tengok sangat la belon Darth Vader yang digembar-gemburkan oleh bebudak opis aku tuh. Alhamdulillah berjaya juga menembak si hitam itu. Terpegun aku melihat susunan belon-belon udara panas yang telah dikembungkan.Pagi tu menembak tak boleh lama-lama, selesai menembak beberapa keping gambar, aku pon berlari masuk semula ke opis. hahaha naseb opis aku sepelaung je dari tapak pesta!

Tak cukup sebelah pagi, aku ke sana lagi di sebelah petangnya. Kali ni dah janji dengan kawan sepejabat. OK la tu, ada jugak member tolong tembakkan gambar aku dengan belon-belon itu semua! Sekali lagi aku masuk ke kawasan photog. Erk rupanya kawasan photog tu hanya untuk orang-orang berkemera besar yer, dan kawan aku tu pulak pakai kemere kecik je! Hahaha sian la sebab Mak Gad RELA tu halau kawan aku. Tak putus-asa akhirnya melalui celah-celah pagar, kemera aku dipass kan dan penyamaran yang dibuat, akhirnya kawan tu berjaya jugak la meloloskan diri. Hahahah!

Petang tu cuaca pon tak berapa baik juga, tapi alhamdulillah semua belon boleh dikembungkan dan satu persatu menghiasi ruang udara Putrajaya! Suka!!! Untuk aku, ini merupakan kali pertama aku melihat sendiri belon udara panas di terbangkan di depan mata! Best gile!*Jakun!!!*Jakun!!!

Pengalaman hari kedua memang best sebab dapat tembak banyak gambar!. Sebenarnya hari ketiga pon aku datang lagi, kali ni siap berkampung sampai malam lagi tuh!!! Hahaha nanti la aku cerita..sebab ada kisah sedih disebaliknya...

Apa-apa pon, jom tengok gambar dulu.!!

PEACE!


Fuh, dari jauh dah nampak dah!


Ha dah nampak dah!!!