2010-06-23

Pakcik Melawat PD Pulak!

Assalamualaikum.

Bila dah lama tak menulis di sini, terasa janggal pula. (bukan Janggel yer! :p ahahaha). Macam-macam hal nak kena settle, biasa lah kerja memang tak pernah selesai yang penting buat dan siapkan. Bila dah sebok-sebok macam ni, kadang-kadang tu terasa juga nak melarikan diri sekejap merehatkan otak kan? So beberapa minggu yang lepas (dah lama dah sebenarnya kisah nih), aku telah dipelawa olah dua orang sahabat untuk ke Port Dickson (PD). Diorang nak buat survey sikit kat PD tu, so memandangkan aku pon dah lama tak pergi PD, maka aku pon menjoinkan diri lah.

Sebenarnya kali terakhir aku ke PD mungkin pada tahun 2007 kot? dah nak masuk 3 tahun dah kan? Banyak jugak la pembaharuan yang aku kesan berlaku kat PD nih. Hmmm sememangnya Kerajaan Negeri Sembilan dah letakkan dalam Pelan Rancangan Tempatan Negeri (PRT) untuk menjadikan pantai PD sebagai Pantai Peranginan Negara. Jadi usaha ke arah itu pon kenalah selaras dengan PRT tersebut yer wahai pemimpin.

Berbalik kepada cerita aku mengikut kawan-kawan ke PD, destinasi pertama adalah di sekitar Blue Lagoon. Ha masa kat sinilah terimbau kenangan lama...dulu masa study, aku dan classmate siap buat picnic kat bawah salah satu tiang lampu kat situ. Memang nostalgic !!! Tapi kat situ sekarang dah lain, dah ada shop lot yang baru dan lebih teratur.

Lepas tu kami meninjau-ninjau pulak ke pantai sebelah tu, aku tak tau pantai apa namanya. Masa tu pulak air tengah surut, so boleh la berjalan sampai ke tengah.

Lepas habis meninjau di Blue Lagoon, kami ke Pantai Teluk Kemang (TK) pulak. Memang ramai pengunjung kat situ, maklumlah hari minggu. Keadaan di TK pon memang dah lain. Bagi sesiapa yang tak pernak ke PD tu, silalah rujuk gambar-gambar kat bawah. (tak seberapa pon gambar aku tu).

Bila dah settle kerja kawan-kawan aku tu, kami pon bergerak pulang ke KL. Walaupon pengalaman ke PD itu sangat singkat, tapi mungkin satu hari yang baik nanti aku nak ajak member-member piknik kat situ lagi lah. Kali ni dengan kelengkapan berpiknik yang lengkap! hehehe.

Ok, jom layan gambar pulak!

PEACE!
















2010-06-10

Pak Cik Melawat Zoo

Bila aku dah BENGANG @ MARAH mula la aku buat serangan psikologi. Aku memang anti dengan manusia-manusia yang suka menangguk di air keruh ni. Takpe, ada hari ada bas...aku diam je..semoga tuhan memberi balasan setimpal!!!!I'm off!!!!

Berbalik kepada entry untuk menyejukkan hati yang sedang membara. Aku nak story sikit kisah aku ke Melaka minggu lalu. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku yang dah 10 tahun tak jumpa, Wan Hasnol di Melaka. Tahniah la Senoi, akhirnya tamat jugak zaman teruna kamu,... hahaha teruna ker?

Yang hampehnya takde sekeping gambar pun aku tembak pakai kemera aku. Pelik bin ajaib, semuanya ditembak oleh Inertz member aku yang sama-sama sekereta dengan aku. Takpelah, let him do his job.

Lepas habis makan dan bersalaman dengan pengantin, aku, Inertz dan Joy (kami semua satu kereta dari KL) tergerak hati nak pegi menziarah binatang! Dah lama tak menjengok pak rimau, pak gajah dan yang sewaktu dengannya. Kami telah mengambil keputusan untuk ke Zoo Melaka petang itu. Hahaha memang buang tebiat kan? Tak pe la, kalau bukan kita yang pergi menziarah binatang-binatang tu, siapa lagi!

Harga tiket masuk ke Zoo Melaka adalah RM 7.00 untuk orang dewasa, oh ya sebelum tu kena bayar tiket parking kereta iaitu RM 2.

Masa lalu je dapan pakcik penjaga tiket, dia tanya.."Dik ni dari mana?"
Aku pon jawabla, "Kami dari KL, baru balik kenduri kawin".
Pakcik tu pon senyum, mungkin pelik sebab tengok orang-orang dewasa datang melawat zoo tanpa membawa budak-budak. Hahahaha belasah!

Banyak juga la pembaharuan yang boleh dilihat dalam Zoo Melaka tu. Kalau dulu, kali terakhir aku pegi (10 tahun lepas) banyak sangat construction sedang berlangsung di sana...kali ni alhamdulillah, tak banyak sangat gangguan.

Ok tak banyak gambar yang aku tembak...layan je lah.!

PEACE!


Jinak sungguh si Kakak Tua...


Ni tupai yer murid-murid...


Eh eh..begitu mesra depa berdua ni yer.


Fuh bukan main santai korang!


Hahaha menggigit!! Mesti dah ada yang pernah kena gigit kat sini.:p


Dilarang menguja? Ha jangan menguja Pak Rimau kat belakng tu!


Syeksi la korang nih!


2010-06-08

PLANE

Tak sempat nak update blog nih, maklumlah tak banyak perkara best yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni. Mungkin sebab bulan lepas dah all out buat macam-macam aktiviti agaknya. So bulan ni aku rest sikit la, memperlahankan gerak langkah. Tambahan pulak member yang rajin mengekspose pon dah diam sekarang, penat la kot gamaknya wakaka.

Ada jugak la beberapa TAG yang aku dapat dari bro NICK pembela hantu, tapi aku tak sempat nak buat la bro. Sorry yer, kalau aku mempunyai masa untuk membuat TAG tu akan aku buat juga. InsyaAllah.


EPILOG RAJA SINGA.


Hari tu (4-5 Jun 2010) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, telah berlangsung Festival Teater Pendek Anugerah Merdeka (TPAM) anjuran Sekretariat Anugerah Merdeka (SAM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebanyak 18 buah teater telah dipertandingkan dan salah satu daripadanya adalah teater bertajuk EPILOG RAJA SINGA!

Peneraju utama teater EPILOG RAJA SINGA adalah Encik Rashidi Abdul Kharis!!!! Yeah he is my uncle!!! Dah lama pakcik aku ni bergiat dalam seni teater tapi kebanyakannya hanya berkisar di Negeri Perak sahaja. Tapi malam tu, setelah 8 tahun tidak beraksi di pentas teater Kuala Lumpur, pakcik aku ni akhirnya muncul sebagai Raja Singa di sana! Sedih juga sebab terlepas peluang menonton persembahan Raja Singa malam tu. (Layan gambar lah yer).






Gambar ihsan dari Maksu...

KISAH POKET

Minggu lepas juga aku pulang ke kampung di Perak. Masa tu juga aku berkesempatan berjumpa dengan 2 orang sahabat baik aku yang dah juga pulang bercuti di kampung! Lama tak jumpa diorang, so sekali memang banyak cerita yang keluar. Miss u guys! (tak bleh blah..tajuk takde kena mengena langsung!)

Ok, seriously nothing much to write in here. Maybe just some update and that's all. Hopefully this mess will end soon.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Layan lagu je lah... PLANE (Jason Mraz)...reflection of my feelings right now.

PEACE!


PLANE....