2010-08-23

Iftar @ Al-Rawsha, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Lagi kisah berbuka puasa. Alhamdulillah, tahun ni banyak pulak orang yang sudi nak mengajak aku berpuasa bersama-sama. Kali ni, member-member sekolah menengah (yang dah lebih sepuluh tahun aku tinggalkan) telah mengadakan satu pertemuan bagi mengeratkan ukhwah sesama manusia. Fuhh.. (teringat pulak kisah tahun lepas di Flaming Steamboat)

Bertempat di Al-Rawsha (entah aku taktau apa maknanya- sila Google), yang terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur, majlis berbuka puasa di antara aku dan rakan-rakan berjalan dengan lancar. Sebenarnya Al-Rawsha ni merupakan restoran makanan Arab. Adoi.... dan sejujurnya makanan Arab bukanlah 'bidang kepakaran' aku. Seriussssssss aku enggak bisa telan pakk.. Tapi setelah dipaksa-paksa untuk telan akhirnya berjaya juga aku menelan sedikit daging ayam dan buah-buahan. Syukur, rezeki. But, special menu kat situ sebenarnya adalah kambing bakar, kebab kambing, kambing masak kurma dan beraneka jenis kambing lagi. Bagi orang-orang yang tidak suka makan kambing dan 'nasik berwarna' seperti aku ni, amatlah tidak sesuai untuk mengunjungi restoran itu.

Walau apapun, atas dasar ingin berjumpa kawan-kawan lama, aku gagahkan diri jugak hadir petang itu. Dan seperti tahun lepas (wah dah jadi macam annual Iftar pulak nih) aku jugak orang pertama yang datang! Hahahha ironinya...aku memang suka datang awal!

Sebenarnya, itu merupakan first time aku masuk celah-celah lorong nak ke restoran Al-Rawsha tu. Lokasinya sangat tersorok dan bagi orang yang tak biasa jalan KL, memang takkan jumpa la yer. Thanks again to mista gugell. Restoran Al-Rawsha ni juga terletak di hadapan Kelab Aman, Kuala Lumpur.

Satu perkara yang aku tak berapa gemar masa tu adalah, keadaan restoran itu terlampau sesak. Nak ambik makanan kenalah beratur panjang berjela! Adoi dah macam beratur kat dewan makan Asrama sekolah. Padanlah dengan tema reunion kiteorang petang tu, reunion budak-budak sekolah... ngehhhhhhhh.

Bagi pencinta-pencita makanan Arab @ Timur Tengah, aku rasa korang bolehla datang kat situ. Harga pon boleh tahan la, takder la mahal sangat macam makan kat Hotel-Hotel bertaraf dewa tu.

Apa-apa pun, aku benci makanan Arab!

PEACE!~






Setakat spageti ni ok la, aku boleh telan.

Kebab ayam dan kambeng... ok nice but not my fav.


Ieky dan Adin , hyper active sungguh budak-budak ini...dapat gameboy terus senyap hahaha.

2010-08-20

[H][A][N][Y][U][T]...

Bak kata pepatah, sepandai-pandai penyu berenang, akhirnya dia akan kembali ke daratan juga (pandai-pandai pulak aku buat kata pepatah sendiri). Itulah hakikatnya, seperti apa yang terjadi baru-baru ini di Rantau Abang...

“Seekor penyu boleh menjangkau hayat sehingga 81 tahun dan berat melebihi 500 kilogram, jadi penyu belimbing yang mendarat di sini malam semalam dijangka boleh hidup lebih daripada 40 tahun lagi jika keadaan kesihatannya sempurna dan tiada gangguan terhadap habitatnya,”

Aku cuba bayangkan, betapa jauh perjalanan sang penyu ini...hanyut mengelilingi dunia dan dia masih kenal tanah kelahirannya. Kuasa Allah...

(Saksikan laporan lengkap di Majalah 3 esok)

Oiitt 1- Malam ini aku rasa HANYUT...
Oiitt 2 -Malam ini juga lirik-lirik lagu ini sangat bermakna ...

[H][A][N][Y][U][T]

[Harus bagaimana lagi, Dan terus begini, Dengarkan aku, Lihat ke mataku] [Cukup sudah kau menghukum, Salahku tetap salahku, Benarkan ku berbicara, Agar bisa pulih semua][Namun harus sampai bila, Kau kan diam seribu bahasa]

[Chorus]
[Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu, Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu, Bagaimana ku nanti, Bila tiada mengganti, Yang ku ada hanya kamu saja]

[Saat mata terpejam, Hanya kau ku terbayang, Menghapus semua segala rasa di jiwaku]
[Saat mata terbuka, Kamulah yang pertama, Tak mampu aku, Bayangkan, Hidup tanpa dirimu]

[Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu, Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu, Bagaimana ku nanti, Bila tiada mengganti, Yang ku ada hanya kamu saja]

[Aku memang bersalah ,Selalu saja mengabaikan mu, Dan tapi dah ku sedari, Segala perit kau lalui, Ku terlupa kau terluka]

[Dan memang selalu, Aku bersalah, Selalu saja mengabaikan mu, Meninggalkan mu, Dan tetapi itulah aku sedari, Segala perit yang kau lalui, Kerna diriku yang terus hanyut]

[Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu, Bagaimana ku nanti, Bila tiada mengganti, Yang ku ada hanya kamu saja]

[Bagaimana ku nanti, Bila kau tak di sisi, Yang ku ada hanya kamu saja]





2010-08-19

Merdeka Yang Dilupakan-Kah?

Assalamualaikum.

Entry kedua di bulan Ramadhan. Alhamdulillah dah cukup 9 hari kita berpuasa, dan tarikh hari ni pon dah 19 Ogos 2010. Tapi perasan tak, lagi dua belas hari kita akan menyambut Hari Kebangsaan? Hmm entah ler, aku rasa macam ramai yang dah lupa kot, dan kat TV nak nampak iklan kemerdekaan pon susah.

Rasanya adakah orang dah lupakan Hari Merdeka? Tak tau apa jawapan yang sepatutnya. Bagi aku Kemerdekaan harus dikenang, diingati dan dijadikan rujukan dalam memacu hidup ke dunia yang lebih mencabar. (fuh ayat power keluar suda) Kalau tak percaya ramai orang lupa dengan Hari Kemerdekaan, cuba bagitahu aku tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke berapa???

Jangan dijadikan alasan bulan puasa untuk tidak mengingati Merdeka. Puasa tetap puasa amalan tetap boleh dilakukan tanpa terjejas sedikitpun sekiranya kita mengambil masa untuk mengenang walau sedetik peristiwa bersejarah itu. Tapi aku rasa kebanyakan orang macam tu. Ye la pendapat masing-masing kan. Tepuk dada tanya Iman.

Takpe lah, biar lah orang lain lupa. Aku tetap nak ingat kepada Hari Kemerdekaan, sebab perjuangan orang dolu-dolu memang tiada tolok bandingnya. Alhamdulillah, kalau takde Tunku Abdul Rahman (dengan izin Allah), maka tak rasalah apa yang kita rasa hari ini. Jadi semangat Merdeka tu akan terus ada dalam diri aku.

Yang paling penting, sudah beberapa tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan di dalam bulan yang penuh berkat, Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, sebaik-baiknya kita ambil peluang ini untuk berdoa agar Negara kita sentiasa di bawah naungan dan keredhaan Allah. - AMIN~

Fuh dah macam ustaz pulak yer? Maklumlah aktiviti meronda-ronda dah lama tak buat tu yang mengekspressi diri sejenak tu. (Pelik jugak, malah di Putrajaya sekali pon tak nampak Jalur Gemilang berkibar-kibar di bahu-bahu jalan. Memang dah tak cukup duit sangat la tu kot yer?) Tak tau ler apa rasional di sebalik kehambaran hari kemerdekaan tahun ini. Kalau dulu, aku masih ingat lagi zaman-zaman 90-an, tiap kali masuk bulan kemerdekaan, pasti sangat MERIAH dengan pelbagai hiasan Jalur Gemilang. Bukan apa, ia macam semangat Raya jugak, bila dah ada suasana barulah semangat nak meraikan itu ada. Betol tak? (Bukan suruh membazir, gunalah bendera-bendera dulu yang berlambak-lambak tu..kan tak payah beli baru - RECYCLE - tak salah kan?)

Oklah. Cukup setakat ini. Hanya untuk peringatan diri sendiri. Tak mau dikatakan Kacang Lupakan Kulit.

Jangan lupa kita juga akan menyambut Nuzul -Al-Quran bulan ini~!

Tepuk dada tanyalah selera. Jom Makan!

PEACE! ;P



2010-08-16

Kisah Nenek, Durian dan Iftar

Alhamdulillah. Ini entry pertama dalam Bulan Ramadhan. Sedar tak sedar dah nak masuk hari ke-7 ummat Islam di Malaysia berpuasa. Dalam beberapa hari ni pon dah macam-macam perkara berlaku. Apa yang pasti, tiap-tiap petang, waktu balik kerja kompom jem gila sebab semua berpusu-pusu nak balik berbuka puasa di rumah.

Chapter 1.

Hari berpuasa ke 6, aku dan keluarga dikejutkan dengan berita nenek di kampung diserang stroke! Rasa nak gugur jantung bile dengar berita tu. Dah tinggal neneklah satu-satunya yang masih ada, mestilah aku sangat sayangkan nenek. Rancangan berbuka puasa di kampung bersama encik Datuk dan puan Datin terus bertukar menjadi rancangan menziarah nenek di hospital. Nenek diserang minor stroke, dan ada komplikasi pada tekaknya sehingga menyukarkan dia untuk berkata-kata, Nenek hanya mampu mengangguk sambil cuba berkata-kata sesuatu apabila ditanya, namun tiada suara yang kedengaran. Kasihan nenek.

Pagi tadi, puan Datin memberitahu aku yang nenek sudah boleh pulang ke rumah. Alhamdulillah, syukur. Tak dapat aku bayangkan jika berhari raya tanpa nenek. Semoga nenek lekas sembuh dan dapat berhari raya bersama-sama kami lagi tahun ini. Amin.

Chapter -ve 1.

Kembali kepada kisah beberapa hari sebelum berpuasa, keinginan nak makan durian sangat membuak-buak. Almaklumlah, tahun lepas langsung tak dapat jamah seulas durian pon, sebab kat kampung aku takde durian yang menjadi. Tapi kali ni aku nekad, kalau tak dapat makan durian di kampung, aku cari jugak di pasaraya, beli kat Giant Supermarket. Hahaha lawak juga, tapi apa boleh buat dah teringin sangat, aku belasah aje lah. Sekali lagi kali ni aku dan kazen memang plan nak makan durian, dengar pulak cerita kat Putrajaya (Taman Warisan) ada pesta makan durian. Tapi malangnya kami tak sempat pergi. Jadi, kami pon menyerbu pakcik penjual durian di bawah flat rumah kazen aku di Pandan Jaya. Alhamdulillah, pakcik tu memang jujur. Sebijik durian berharga RM15 kami beli dengan isi dalamnya ada 19 ulas!!! Fuh memang puas gile aku dan kazen aku makan petang tu. Siap termengah-mengah nak menghabiskan ulas-ulas durian yang padat dan tebal itu. Alhamdulillah. Sebelum berpuasa, kami melantak dulu puas-puas.;p











Chapter 2

Hari ke-3 berpuasa,aku dan opismate dijemput berbuka puasa oleh salah seorang teman lama ketika di menara gading dulu. Alhamdulillah, sempena pelancaran Dapur Ramadhan di Hotel Marriott petang itu, aku dan opismate bepeluang berbuka puasa bersama mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan isterinya Tun Jeanne Abdullah bersama 70 orang anak yatim dan artis-artis KRU Records. Fuh ini first time aku berbuka puasa kat hotel. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Petang itu kelihatan Tun Abdullah dan Tun Jeanne sangat mesra, tambahan Tun Jeanne yang bertudung litup kelihatan sangat ayu! Sambil berbuka puasa sempat jugak aku bergambar-gambar dengan para pelakon drama Hotel Mania. Hehehe sekali sekala dapat peluang bergambar.










Kumpulan nasyid Mirwana. Erk yang pompuan tu bukan yer.


Para pelakon Hotel Mania.


Tun Abdullah meninjau-ninjau kawasan hidangan.
Walau apa pun yang berlaku sehingga ke hari ini, aku amat berharap agar Allah dapat memperkuatkan semangat aku untuk terus menunaikan ibadah puasa. Rasanya puasa tahun ni agak kurang meriah sebab ramai member yang dah tak ada. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri di perantauan. Apa-apa pun semoga kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan ikhlas da sabar.

PEACE!

2010-08-08

Eksplorasi Gunung Nuang

Assalamualaikum.

Lama juga aku tak masuk hutan, nama je Janggeltrekker tapi asyik merayau kat bandar je kan! Hahaha. Ok kali ni aku ada kisah-kisah dalam hutan untuk dikisahkan. Semalam, aku telah secara tiba-tibanya dijemput untuk join satu program mendaki gunung. Fuh ni rasanya first time aku nak mendaki gunung! Sebelum-sebelum ni hanya mendaki bukit saja. Itu pon dah sempot! hehe.

Sebenarnya si KJ la punya angkara, malam-malam buta talipon aku ajak aku mendaki. Katanya, aku boleh dijadikan alasan untuk tidak naik sampai ke puncak! Hampeh.. hahaha aku suka alasan itu! Maka bagaikan dirasuk, aku pon terus saja bersetuju. Alkisahnya, terpaksalah aku tidur awal di malam minggu kerana nak mendaki seawal subuh.

Janji berkumpul di Putrajaya dalam pukul 6.30 am. So seawal 6.00 pagi aku dah bangun dan bersiap. Sampai di Putrajaya, KJ, Incik Mud, Incik Nazeem dan Incik Syukri dah menunggu. Tanpa banyak cakap kami pun bergerak ke Hulu Langat untuk mendaki Gunung Nuang. Di sana dua orang lagi sudah menunggu Puan Jaja dan kawannya yang kecik molek yang aku dah lupa namanya. Sorry!

Sebenarnya sebelum mendaki tu banyak pulak hal yang berlaku yang menyebabkan aku terpaksa mengambil breakfast dalam kadar yang luar biasa! Aku rasa tak payah la cerita perkara-perkara yang menyentuh hati dan perasaan itu. Yang penting aku dapat tembak gambar depan pintu pagar masa nak naik dan turun Gunung Nuang tu. Huhuh. Alhamdulilah, satu lagi pengalaman ke tempat yang tak pernah aku jejak telah tercipta. Thanks kepada semua yang sudi menjemput aku untuk acara ini.

Yang pastinya pemandangan kat sana memang best. Nyaman dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kota. Jom layan gambar-gambar yang ada saja.

Pssttt: kalau ada peluang aku teringin nak panjat gunung lagi la...

PEACE!


Sempat breakfast dulu...kumpul tenaga kisahnya..


Para pendaki tegar! Syahhhhbazzz.



Posing itu perlu hahaha!


Jom layan lagu si Nikki Palikat ni.. Mengilai-ngilai? hahah janganlah dengar lagu ni dalam hutan masa hiking kehkehkeh, pasti kecut perut!!! percayalah!