2010-10-31

Pakcik ke J.O.M. Batu Caves - Siri ke-7

Assalamualaikum...

Minggu ni keadaan di pejabat memang super busy. Maklum sajalah, bila dah hujung-hujung tahun ni, banyak la benda nak kena settle. Tambahan pulak bos aku nak pergi haji lagi dua minggu, jadi memang banyak perkara yang perlu diselesaikan. Bila dah tiba hari Jumaat, fuh memang aku rasa sangat lega. Maklum sajalah, dah sampai hujung minggu, tiba masanya pulak aku nak buat aktiviti aku sendiri, lari dari masalah pejabat.

Aku dan Geng Ungu yang lain dah plan nak ikut serta program JOM di Batu Caves, Selangor. Apa pulak program JOM tu? Sebenarnya JOM ni merupakan satu program outing yang dianjurkan oleh seorang sifoo yang berpengalaman dalam bidang fotografi. Namanya Noorizam Sabran @ Ijam. Boleh gugel yer cari blognya.  Sebelum ni aku dan Geng Ungu yang lain ada juga join JOM di Putrajaya. Fokus utama adalah untuk mendedahkan teknik asas fotografi kepada penembak-penembak 'muda' seperti kami. Memang berbaloi la, dengan hanya RM 25, kami diberikan sedikit makanan, dan sehelai T-shirt 'I LEARN BASIC'. Teknik pengajaran Ijam juga sangat santai dan friendly. Itu yang paling penting.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa aku nak join JOM Batu Caves ni. Yang utama dah tentu la sebab nak belajar, tapi di samping itu ia merupakan platform kepada pencarian kenalan-kenalan baru. Hahaha masa ni la nak tambah geng. Dan satu lagi sebab adalah, aku nak merasa memanjat tangga Batu Caves yang dah lama aku dok perati dari highway MRR2. Kalau takde JOM Batu Caves tu, aku tak tau ler bila aku nak manjat tangga-tangga tu. (haha sampai sekarang kejung-kejung urat kaki aku).

Kalau kita perati dari jauh, tangga-tangga Batu Caves tu memang nampak tinggi, tapi sebenarnya bila kita dah sampai atas, kita akan merasakan yang ianya tak la tinggi sangat. Panjat tangga pon santai je, tak sepenat memanjat Bukit Tabur atau Bukit Brogar! (hahhaa serius!!! Makcik-makcik pon boleh panjat!).

Walaupon pagi tu hujan lebat, aku gigih jugak meredah MRR2 untuk join JOM. Alhamdulillah, by the time pukul 9.00 pagi, hujan pon berhenti. Memang best lah.

Program berjalan sampai ke tengahari. Dalam pukul 2 lebih kami pon bersurai. Aku dan Geng Ungu pon menggagau cari tempat makan. Akhirnya KJ membawa kami makan tengahari di Seri Gombak. Fuh memamng heaven tempat tu. Ramai giler orang walaupun dah petang.

Lepas makan, kami semua decide ke Karnival fotografi di MidVelly Megamall. Hajat di hati hanya nak jalan-jalan sambil memerhatikan gadjet-gadjet terbaru...tapi aku tersambar pulak sebuah beg yang sangat murah untuk Chempaka! Hahaha apa boleh buat, nafsu menguasai diri. HD pulak sempat sambar tripod, si KJ pulak sambar memory card 8gb. Di samping tu, kami semua sempat juga servis senjata masing-masing, ala free je. Chempaka pon makin kelihatan berseri-seri, tambahan pulak bila dah dapat rumah baru!

Lama jugak kami di MidVelly, lepas tu kami kembali ke Seri Gombak untuk ambik kereta masing-masing. Sempat juga dinner bersama-sama di Wira Seafood. Sedap masakan kat situ. Pendek kata, seharian la kami bersama hari tu, penat tak terkata!. Tapi memang best dan sangat berbaloi. Untuk next trip, kami nak buat perkara yang lebih happening lagi! Tunggu!

PEACE!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

2010-10-28

Selamat Menunaikan Ibadah Haji - Ibu.

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah masuk Musim Haji. Dah ramai pon para Jemaah Haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci. Semoga semuanya selamat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan tenang. Amin~!
  
Hari ni juga, ibu angkatku berlepas ke sana...
Sayangnya aku tak sempat nak jumpa....semua gara-gara kerja. Aku PASRAH, SEDIH...tapi semua itu aku pendam dalam-dalam, biar semua orang sangka aku gembira. Semoga ibu dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dapat menunaikan haji dengan tenang. Jangan lupa doakan yang baik-baik untukku juga.

Bila dikenang-kenang...

Dah lama ibu berhajat ke Tanah Suci...Ibu orang susah dan sentiasa berdoa agar satu hari nanti rezekinya akan datang untuk mengunjungi Kaabah. Alhamdulillah doanya dimakbulkan. Aku tumpang gembira. Ibu memang banyak berjasa kepada aku. Mengasuh aku sejak dari umur 3 bulan. Aku takkan lupa jasa ibu.

Kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Semoga mendapat Haji yang Mabrur!

Pssttt: Bos aku pon nak berangkat ke Mekah minggu depan. Semoga beliau selamat menunaikan ibadah di sana. 
Pssttt: Tiba-tiba rasa rindu sama ibu, sama mami dan papi....semua .

AMIN~!

Untuk Sesiapa Yang Rasa Dirinya Cantek

Assalamualaikum...

Masa untuk jiwa-jiwa. I wish I could, but I can't.... Masa itu tak pernah senang dengan aku....

TIME....PLEASE COME AND FIND ME :P

 

This is what I look like today,
and I'm trying not to pull out my hair
I'm trying not to show it cause I'm far too shy to grow it back there
that's probably why I like wearing HATs
there's no denying I'm deferring the facts
avoiding confrontation
lacks tact in a situation
behind every line is a lesson yet to learn

but if you ask me
the feeling that I'm feeling is overwhelming
and oh it goes to show
I've so much to know

I wrote this for my PRETTIES friend
WHO WHILE TRYING NOT TO PROVE THAT I CARE
trying not to make all my moves in one motion and scare her away
well she can't see she's making me crazy now
I don't believe she knows she's amazing how

she has me holding my breathe
so i'd never guess that I'm a none such unsuitable, suitable for her

but if you ask me 
the feeling that I'm feeling is complimentery
and oh it goes to show
the moral of the story is boy loves girl
and so on the way that it unfolds is yet to be told

I know that I should be brave
even pretty can be seen by the blind
I know that I cannot wait
until the day we finally learn how to find each other
redefining open minds

and if you ask me
the feeling that I'm feeling is overjoyed
and it's golden, it goes to show then
the ending of this song should be left alone
and so on cause the way it unfolds is yet to be told...

Pssttt: Ada paham maksudnya? that's what I meant.

PEACE!

2010-10-24

Selamat Ulang Tahun Ke-81

Bismillahirrahmanirrahim..

Happy Birthday EMBAH!!!! SELAMAT ULANG TAHUN KE 81 buat nenda ku yang tercinta! Semoga sentiasa sihat dan gembira.

Semalam, bertempat di rumah nenda ku di Kampung Sungai Limau, Selangor, aku dan saudara mara aku telah mengadakan satu "seprais partay" untuk Embah. Walaupun majlis ala kadar, tapi bila semua anak beranak Embah dah bawak makanan, tetiba pulak meja jadi penuh! Hahaha I like! Ada satay, nasi goreng, nugget ayam, kuih muih, kek berketol-ketol, buah-buahan dan banyak lagi! Memang meriah dan best!

Sebenarnya majlis hari jadi buat Embah dirancang last minit. Aku pon baru tahu sehari sebelum hari kejadian. agak kelam kabut juga aku memecut dari rumah ke kampung. Walaupon perancangan awal nak buat seprais parti la konon, tapi sebenarnya Embah dah tahu dah. Macamana dia boleh tahu????

Hahahah begini kisahnya..

Sehari sebelum kejadian, susana di rumah Embah agak kecoh, bising dan tetiba ramai pulak yang datang bersembang-sembang. Sebenarnya makcik-makcik aku tengah buat plan. Bila Embah tanya, semua cakap takda apa-apa. Lepas tu Embah aku buat-buat merajuk, taknak makan la, taknak bercakap la (heheheh kiut sangat) akhirnya terpaksalah salah sorang sepupu aku tu membocorkan rahsia. Terus Embah senyum hahahah. *Hampeh ko sepupu!

Di hari kejadian, majlis dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat sebelum acara makan-makan dan Mesyuarat Agung Keluarga Embah Siti yang pertama untuk tahun ni. Perlantikan AJK-AJK tertinggi dan sebagainya. Hehehe lega aku tak terpilih jadi AJK. Hahahah suka!

Lepas habis majlis, aku terus merempit balik ke KL semula. Penat dowh!!! Tapi takpe, demi Embah tercinta, apa saja sanggup.....(pikir dulu untuk meneruskan ayat).. ;P

Jom layan gambar-gambar yang ada. Sesiapa yang baca blog aku sebelum ni, akan tahu kemana hilangnya Chempaka. Jadi dengan berbekalkan ihsan saudara, gambar-gambar dicekup menggunakan kamera hp MAHAL dia. Gambar tetap tak berkualiti wakakaka!

PEACE!
 
Kazen-kazen yang sengalz!

Pssssttt: Sabar ye Chempaka, tinggal beberapa hari jer lagi. 

2010-10-22

Pakcik Ke Melaka: AGAIN - Praktik Ilmu.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Rasanya dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia ni, Negeri Melaka la yang paling kerap aku pergi selepas negeri Perak (kampung halamanku yang terinta). Tidak termasuk Negeri Selangor/KL/Putrajaya (sebab tempat aku bermastautin). Entah kenapa pun aku kurang pasti, mungkin sebab Negeri melaka banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku. Di sana juga aku kenal erti sahabat, keluarga dan sejarah.

Tapi rata-rata kunjungan aku ke Negeri Hang Tuah tu adalah atas urusan kerja. Maklumlah, Melaka pon dah jadi Negeri Maju 2010 (TAHNIAH!), so makin banyaklah projek yang masuk. Baru-baru ini aku ke Melaka lagi, tapi bukan atas urusan kerja, tapi urusan berjimba-jimba. Sebetulnya untuk mengisi masa yang sentiasa kosong. Bertemankan HD, kami bertolak dari Putrajaya pada jam 10.00 pagi. Tak la awal sangat, tapi cukup awal bagi hari Sabtu yang damai.

Samapi di Melaka hampir jam 12.00 tegahari. Kami bersetuju untuk mengisi perut dulu...almaklum sajalah, sarapan pagi pon ala kadar saja. Lokasi tempat letak kereta agak jauh, jadi kami terpaksa menapak ke Bandar Hilir. Tapi untung juga, dapat juga kami menembak di sepanjang jalan menuju ke sana. Lokasi makan-makan hari itu adalah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Kalau tak silap aku, restoran ni memang femes, siap keluar rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 pulak. Lokasi restoran ni adalah di deretan kedai berhadapan Menara Tamingsari.

Lepas makin, barulah akiviti menembak bermula. Kami merayau-rayau sekitar Bandar Hilir, tak sah kalau tak singgah A'Famosa dan Bukit Saint Paul, lokasi menembak yang sangat baik. Cuaca hari tu pon sangat baik, alhamdulillah.

Lepas selesai di Bandar Hilir, kami berjalan ke bangunan-bangunan merah, sebenarnya aku tak tau sangat nama tempat tu, tapi kalu sebut bangunan merah semua orang tau.

Dari kawasan bangunan merah, kami melepak di sepanjang Sungai Melaka,menyaksikan Melaka River Cruise membelah sungai dengan tenang. Habis di tepian Sungai Melaka, kami ke Jonker Walk menyaksikan deretan kedai-kedai unik di sepanjang Jonker Street, sangat happening. Banyak juga gambar untuk simpanan dicekup. I like.

Sepanjang di Melaka, walau dah berapa kali datang pon, tetap aku rasakan kelainannya. Itulah keunikan Melaka. Kami bertolak pulang ke KL pada jam 9.00 malam, itupon selepas selesai mempraktikkan ilmu Light Painting yang baru dipelajari.

Jom layan gambar-gambar tak seberapa dari kami.

PEACE!




 
 
  

2010-10-20

Ilmu Penyuluh Hidup: Mari Melukis

Assalamualaikum....

Lagi kisah basi.
Minggu lepas aku telah mempelajari sesuatu yang baru. Sesuatu yang sangat mengujakan bagi penggemar-penggemar seni cahaya seperti aku (wahahah statement tak boleh blah!). Apa yang aku belajar sebenarnya?

Bagi penembak-penembak tegar, mungkin ini hanyalah sekelumit ilmu yang ibarat mengopek kulit kacang saja bagi mereka. Tapi bagi aku, ianya amat bagus. dah lama aku tau pasal benda ni, cuma tak tahu macamana nak buat dan effort nak belajar tu kurang.

Jadi bila dah ada kesempatan belajar, aku pon grab la peluang ini dengan jayanya. Segala-galanya bergantung kepada senjata aku, walaupun ia baru pulih dari kecederaan tapi aku nekad juga nak paksa dia bekerja malam tu. Alhamdulillah menjadi juga hasilnya.

Bertempat di dataran tempat parking kereta sebelah Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Putrajaya, akhirnya aku, Hang Dhamin (HD) dan MRemy telah sama-sama menghadiri satu kelas Light Painting anjuran secara percuma seorang penembak tegar bernama Paksu Manual (PM- fuh nickname dah macam Perdana Menteri pulok).

Agak ramai juga kapasiti peserta yang hadir, aku rasa lebih 30 orang kot, semuanya muka baru. Aku tak pernah jumpa pon sebelum ni except 2 orang tu la. Geng Ungu yang lain tak dapat join sebab masing-masing ada laki-bini kat rumah nak kena bagi makan (agaknya).

Teknik pengajaran malam tu aku rasa sangat berbeza dengan kelas-kelas yang pernah aku hadiri sebelum ini, ianya lebih fokus dan mesra pelajar (hahah lagi ayat tak boleh blah!). Kesimpulannya memang mudah faham la, disebabkan praktikaliti yang memuncak dan semuanya menjadi.

Apa yang aku pelajari?
  1. Teknik membuat Light Painting (rupa-rupanya sangat mudah dan sekiranya menggunakan equipment yang betol, akan menjadi dengan jayanya)
  2. Teknik 1st Curtain shoot and 2nd Curtain Shoot - Flash Mode.
Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan kelas malam tu. Thanks juga kepada HD dan MRemy yang menemani aku. Kalo tak, tak merasa la den poie sorang hahaha.

PEACE!
!!