2010-12-31

Kisah Si Janggel di Tahun 2010

Assalamualaikum...

Finally, its come to the end of the year 0f 2010. Sekejap sangat rasanya tapi dalam pada itu pon dah macam-macam hal berlaku. Alhamdulillah, it was really colourfull and bright!.

Secara keseluruhannya, tahun 2010 ni boleh dikatakan sebagai tahun aktif meronda dan menembak. Tapi agak sayang sebab Projek Teater tahun ni agak suram, mungkin kerana beberapa faktor iaitu kekurangan 'kaki' dan kebanyakan teater yang diperntaskan tak sampai ke telingaku ini. (Wah ayat pelapik sangat kan...). Anyway, nasib baiklah dah di cover dengan pelbagai aktiviti lain yang happening giler!

Projek Teater Tahun 2010: Tak banyak cuma beberapa sahaja seperti berikut:-
1. Projek Teater 1: Makyong - Anak Raja Dua Serupa (Istana Budaya)
2. Projek Teater 2: Teater Muzikal Gamat 2 (MATIC)
3. Projek Teater 3: Teater Muzikal Tun Mahathir 2010 (Istana Budaya)
4. Projek Teater 4: Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi (Istana Budaya)

Huh cuma empat jer???Jauh meleset dari tahun 2009. Hmmm apa boleh buat, faktor masa jugak mempengaruhi jumlah penglibatan untuk PT tahun ini. Kebanyakkannya semua Teater Muzikal, ya aku suka Teater Muzikal! Sangat berseni dan tak boring!.

Banyak juga tempat-tempat baru yang aku eksplore tahun 2010. Samada pergi sorang-sorang, dengan family atau dengan kawan-kawan. Pembukaan tahun 2010 sangatlah happening, aku sambut bersama teman-teman sekepala di Look Out Point, Bukit Ampang. Thanks to kengkawan yang sanggup datang ke KL (aku dan Boring kena jadi hos tahun ni) untuk sama-sama berjimba-jimba! Dolly (Japan), Tan and Adie (Singapore) sama-sama kami eksplore tempat-tempat makan menarik di KL. Best! rentetan daripada itu banyak lagi eksplorasi yang aku buat. Cuba tengok lists kat bawah nih:-

1. Look Out Point, Bukit Ampang (New Year celebration and gahtering with Adie, Dolly, Tan and Boring)
2. Eksplorasi Meredah Hutan FRIM (With Jamal and Kaki Jalan)
3. Mengintai Kelip-Kelip di Kuala Selangor (With Fdean)
4. Hop-on Hop-Off di Kuala Lumpur (With Kaki Jalan)
5. Eksplorasi Melaka (With Inetz)
6. Eksplorasi Bukit Tabur (With Kaki Jalan, Mamud and Kay)
7. Eksplorasi Ipoh - Balik kampung (With Deennasour and Apit)
8. Eksplorasi Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya - (Alone)
9. Eksplorasi Singapura (Alone)
10.Eksplorasi Universal Studio Singapore (With Adie, Tan, Dolly, Jamal, Boring and Max)
11.Eksplorasi Kuching and Serikin (With Family)
12.Eksplorasi Melaka (Again) (With Joy and Inertz)
13.Eksplorasi Port Dickson (With Boring and Max)
14.Eksplorasi Hutan Lipur Sungai Tua (With Inertz, Kaki Jalan, Mamud, and friend)
15.Eksplorasi Paya Indah Wetland (With Kaji Jalan, Ina, and Wan)
16.Eksplorasi Floria 2010 - Putrajaya (Alone)
17.Eksplorasi Kuala Lumpur (With Haluan Sendiri)
18.Eksplorasi Gunung Nuang (With Kaki Jalan, Mamud and Friends)
19.Eksplorasi Pangkor 1 (With Fdean, Acid,and Wanai)
20.Eksplorasi Pangkor 2 (With Kaki Jalan and Hang Dhamin)
21.Eksplorasi Bukit Tinggi (With Kaki Jalan and Hang Dhamin)
22.Eksplorasi Melaka 3 (With Hang Dhamin)
23.JOM Batu Caves with Ijam (With Kaki Jalan, Hang Dhamin, Shaz,kenon Mikhail dan Mahadzir MN)
24.Eksplorasi Pulau Pinang (With Kaki Jalan, Hang Dhamin, Shaz dan Kenon Mikhail)
25.Eksplorasi Johor (Alone)
26.Eksplorasi MAHA 2010 (With Mahadzir MN)

Hmmm tak banyak jugak kan? Tapi best sebab banyak juga benda-benda baru yang aku belajar dan dapat menambah kengkawan baru. Itu semua priceless moment!

Oh ya ada satu lagi segmen yang aku banyak kali buat juga iaitu Segmen Jalan-Jalan Cari Makan. Huh Benda ni memang tak boleh tinggal, satu aktiviti wajib kalau takde benda lain nak buat hehehe.

1. Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka (With Inertz)
2. Medan Ikan Bakar Tanjung Harapan, Klang (With Inertz and Shaun)
3. Hokkaido Restaurant - KL jer (With Kaki Jalan, Inertz, mamud and Friend)
4. Al-Rawsha, KL (With sec. school pals)
5. Ikan Bakar Belakang Istana Negara, Jalan Bellamy (With Kaki Jalan and Fdean)
6. Melantak at Vichuda (With Fdean and Wanai)
Heheh kebanyakaknnya semua pasal ikan bakar kan? Nak buat camana, dah peberet. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lokasi jalan-jalan cari makan yang aku pergi cuma tak direkodkan secara in-person blog jer (uits terms barukah? hehe)

Rasanya tahun 2010 ni belum cukup meriah lagi. Banyak lagi plan aku yang belum tertunai dan insyaAllah akan ku tunaikan pada tahun 2011. Doakan kejayaan ku yer!

Psst: Niat nak keliling dunia tapi fulus tak ada...hmm ada siapa-siapa nak sponsor tak??? Kecik tapak tangan, tasik Putrajaya saya tadahkan...Kompom aku akan buat liputan besar-besaran nanti. (Teringin nak buat macam dokumentary Globe trekker hehehe)

Sengals.

SELAMAT TINGGAL 2010!!!!
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!
PEACE!!!
 





2010-12-24

Projek Teater: Siti Di Alam Fantasi

Assalamualikum!

Hahah tajuk entry pon dah macam kanak-kanak Rebina kan, takpa jiwa muda. Jom nak story sikit pasal teater muzikal kanak-kanak yang aku terjebak semalam. Ya mungkin ini adalah penutup Projek Teater (PT) aku tahun ini. Sedih kan?? tahun ni PT sangat hambar dan sunyi...geng dah tak ramai yang join so terpaksa la melepaskan beberapa PT yang sangat best.

Takpe, back to the story. Semalam bertempat di Istana Budaya, aku dan KJ (macam biasa member sepergedikan) pergi menonton teater kanak-kanak yang sangat popular satu ketika dulu iaitu SITI DI ALAM FANTASI! Fuh memang teruja nak tengok, sebab dulu kalau tak silap aku sekitar tahun 1998 dan 2000, teater Siti Di Alam Fantasi ini pernah dipentaskan di MATIC dan Istana Budaya dan pelakon utamanya adalah Amy Mastura!!! Hahaha memang pelakon chomel pujaan aku tuh.

Dengan tanggapan yang sama, aku dengan gagah gigihnya nak menonton SDAF Season 3 ni, dah terbayang-bayang pelakon chomel pujaan aku tu beraksi di 'Pentas Bertaraf Dunia' Istana Budaya tu. (Bertaraf dunia la sangat!!!hampeh ada la).

Sampai je kat Istana Budaya baru aku perasan, rupa-rupanya bukan Amy Mastura yang jadi Siti, sebaliknya seorang pelakon remaja yang kian meningkat fofuler iaitu Liyana Jasmay. Ok....(sentap sekejap, sape suruh tak buat research awal-awal). Takpe, Liyana Jasmay pon kiut jugak! Hehehehe. Tapi apa yang aku nak cakap, bila baca buku program yang dijual dengan harga RM 10 tu, barisan pelakon-pelakon hebat telah ditepekkan di dalam beberapa muka surat utama seperti Datin Paduka Umi Aida, Vanidah Imran dan Ziela Jalil!! (amacam teruja tak nak tengok???) Tapi hakikatnya malam semalam sekor pon takda, yang ada hanyalah pelako-pelakon tempelan yang bagi aku cukup hebat memegang watak-watak tersebut. kalau macam tu tak payah bubuh nama pelakon terkenal pon takpa! Aku rasa TERTIPU di situ. (ada penjelasan tak?) Atau seharusnya letak kat dalam buku program tu 'penampilan khas' sahaja bagi pelakon-pelakon terkenal tu takde la orang berharap sangat nak tengok.

Apa yang menarik mengenai Teater Muzikal Kanak-Kanak Siti Di Alam Fantasi ni:-
  1. Set pentas yang sangat Colorful dan banyak!!!! Sarat dan cantekkkkk!!!! Aku sangat suka dan ditambah pulak dengan persembahan cahaya laser yang rasanya julung-julung kali digunakan untuk persembahan teater kanak-kanak! Memang best!
  2. Para pelakon yang sangat chomel dan berbakat. Ish suka tengok budak-budak kecik belakon, sangat kiut! Liyana Jasmay pon kiut! Eby Yus pon kiut (erkkk...)...Fizo Omar....(no komen...ok la lakonan dia jadi Raja Lipas)
  3. Johan Raja Lawak sebagai Pokok sangat membantu dan berkesan dalam SDAF. Aku rasa aksi Johan tu yang banyak menyelamatkan teater ni dengan lawak-lawak spontan dia. Pelakon lain pon hebat jugak.....
  4. Jalan cerita yang sangat sesuai untuk kanak-kanak (Macam aku kanak-kanak Rebina) heehe.
Apa yang tak best pasal Teater Muzikal Kanak-Kanak Siti Di Alam Fantasi ni:-
  1. Para pelakon yang dijanjikan tidak muncul!!!! (*geram~!!! grrrrrr)
  2. Sound system yang banyak terganggu..Hai bilalah Istana Budaya nak upgred sound system diorang...kata PENTAS BERTARAF DUNIA~! Tak cukup bajet ke pon.....

Nak tahu sinopsis??? Sila gugel yer..aku malas nak tulis kat sini. Apa-apa pon citer ni memang BEST!!!!

PEACE!

Aksi Wajib depan Poster!
Geng Lipas sedang beraksi.
Geng Ulat Bulu yang lembut-lembut hehehe.
Geng Bee yang sangat kiut.
Geng Kelip-Kelip Kampung Kuantan! Hehehe
Sesumpah, Ahli Sihir dan Burung Bayan.
Geng Kataks.
Geng Ikan Duyung.;p
Johan Raja Lawak dan Eby Yus!
Tonggak Utama, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.
Kiuttttttttttttttttssssssssss
Gantengsssssss.
Tengok tu bebudak dah siap berator nak amek autograf...segan pulak aku nak join hehe
  





2010-12-20

Melaka: Pakcik Jumpa Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang!!!

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung Disember merangkap penghujung tahun merangkap penghujung cuti sekolah. Fuh 3 dalam satu tuh. Tapi yang pastinya setiap minggu penuh dengan undangan perkahwinan. Seperti yang aku bagitahu dalam entry-entry lepas, bulan Disember ni saja aku dah full dengan kenduri kawin...sampai aku nak pikir pasal aku pon tak sempat [wakakaka alasan baek punya].

Hujung minggu lepas aku dipaksa oleh kazen aku sekali lagi untuk mengiringi rombongan pengantin ke Melaka. Pada mulanya memang aku taknak pergi sebab tak ada geng. Mami dan papi pulak tak sihat di kampung so memang tak berapa bernafsulah aku nak ke Melaka. Tapi setelah dipujuk-pujuk oleh kazen aku [aku ni pantang dipujuk pasti cair] terus aku terikut juga ke Melaka.

Aku dan kazen aku bertolak dari KL jam 4.30 petang. Sedara-mara yang lain dah bertolak awal dari Selangor. Alih-alih boleh pulak kami terkumpul di Hentian Seremban...hmmm kebetulan. Jadi beramai-ramai la kami berkonvoi ke Melaka. Rumah pengantin terletak di Pantai Puteri, Melaka. Kami sampai di Melaka lebih kurang jam 8.00 malam..Lama giler!!! [sebab banyak berhenti dan trafik jem yang teruk].

Di Pantai Puteri, kami dihantar menginap di sebuah homestay Straitsview Lodge. Best jugak tempat ni sebab suasana dia ala-ala kampung betol-betol mengadap laut. Accomodation pon selesa. Jadi sepanjang malam sampai la ke pagi tak habis-habis kami merayau ke rumah pengantin la, berlegar-legar tepi pantai dan bersembang-sembang.

Seperti biasa jugak, aku, dan kazen-kazen aku yang lain ditugaskan untuk jadi jurutangkap terjun untuk pengantin. Ke hulu-kehilir jugak la kami mengangkut pengantin pusing-pusing di seluruh Bandar Hilir. Orang bukan main ramai kat Bandar Hilir tu, tak pasal-pasal kami jadi bahan tontonan umum...apa boleh buat, pengantin mengejar glamer wakakaka!. Ada jugak yang tumpang bergambar dan ada juga yang tanya: "Ni pengantin betol ke pengantin tipu?" Hahahaha...

Apa-apapun memang best bergambar di Melaka. Satu lagi pengalaman baru telah ditimba. Jom layan sikit gambar-gambar yang ada!

PEACE!!!
Sempat jugak jalan-jalan kat Ayer Keroh...bawak makcik-makcik Shopping!
Inilah tempat kami menginap.~!
Geng Sengals mula beraksi!!
 
 
 
Aksi belakang tabir!~
Kalau nak berjaya kenalah GIGIH!

Antara peminat yang ingin bergambar! Cewah!~ Ni dari Korea rasanya.


Psssttt:: Gambar diatas biasa-biasa jer...banyak yang hampeh dari yang cantek...sekadar memenuhi ruangan entry ini saja....:p

[Mode: Sunyi ditinggalkan]





2010-12-18

Semangat Baru

Assalamualaikum Janggelers!!

Fuhh hari ni sangat bosan sehingga aku boleh membuat langsir baru untuk blog aku nih!!! Semangat!!!

Sempena nak masuk tahun 2011 yang bakan menjelma ni, aku pon teringin gak nak tengok blog aku ni berwajah baru! Harap-harap dengan adanya langsir baru ni, habuk-habuk dan sawang-sawang pon susah nak melekat! (ngeh ngeh~!)

Amacam ok ker tak??? Aku rasa cam ok jer sebab ada gambo aku kat situ!!! Wakakaka suda berani taruh gambo kat langsir kannnnn~!

Apa-apa pon harap blog aku di tahun 2011 nanti akan kekal bercerita..tak senyap sunyi dan sentiasa happening!

Bagi siapa-siapa yang singgah tu tolongggggglah...tolong yer puji langsir baru aku nih! Hahahah (kes paksaan ni).

Ok tu jer aku nak tulis hari ni..Jap lagi nak berjalan jauh, kena rehat dulu lepas sibuk semalaman memilih langsir baru.

PEACE!





Kisah Kawan-Kawan Kita

Assalamualaikum...

[Mood: Special entry untuk 2 orang BFF terbaekkkkkk dari ladang!!! Uittttt lip lap lip lap entry kali ni yer..sabo je la...Kasi Meriah sikit]

Haloo guys!!

Happy Birthday!~ Happy Birthday!~ Happy Birthday to you guys!!! I really miss you both!!

Hahaha apa yang aku tetiber feeling sewel sat ni?? Sebenarnya aku buat entry ni khas untuk 2 orang sahabat baik yang teramat amat baik dalam hidup aku. Kawan sekapal, kawan se-sekolah, kawan se-kepala, kawan se-kampung dan kawan se-gosips! Tempat meluahkan perasaan marah, kecewa, suka, duka, terharu dan segala-galanya. Selamat Hari Jadi Acid dan Fdean!!!!

Birthday kita dekat-dekat je kan??? nanti kita plan havoc party..tapi kena cari date dulu la. Tak kisah la belated pon okay! Haishhh excited sungguh!

Tadi Fdean PM aku kat FB cakap kad besday yang aku kirim dah sampai!! Legaaaa langsai hutang hehehe. Cuma si Acid je belum laporkan ketibaan kad dari aku. Ok I still waiting....

Ok sempena bulan-bulan kelahiran kita ni, aku mendoakan yang terbaik buat kalian. Keep on track dan sentiasa berjaya dalam hidup! Walau pon kita jauh beribu batu tapi teknologi mendekatkan kita. Tak sabar tunggu plans akan datang!

Akhir kata: SELAMAT HARI JADI to BOTH OF YOU ACID AND FDEAN!!!!

PEACE~!


2010-12-16

Selamat Hari Lahir Atok

Assalamualaikum!!!!

[Mood terkenang kisah lalu]

Heheh amacam, menarik tak mood aku sekarang ni??? Masa aku buat entry ni sebenarnya aku ada terbaca satu post oleh kazen aku kat wall FB keluarga kami yang sangat menyentuh hati dan perasaan.

Untuk pengetahuan semua, harini merupakan hari lahir kepada arwah Atok aku yang ke 90....(alamak aku lupa!!!!) dan sudah hampir 5 tahun arwah pergi meninggalkan kami. Secara tak langsung juga aku akan terkenang kepada arwah Opah yang pergi dulu sebelum atok. Mereka berdua ni memberi impak yang sangat besar dalam hidup aku, sebab aku pernah membesar bersama mereka.
16dec mbuat ku trknang kmbali,hrni hrj jadi atok,slalunya dsmbut skali ngn opah,suara mreka,suka duka,gelak tawa,nasihatnya, katä2 perangsang yg diluahkn atok xpnah padam dlm ingtanku,dan sfat kesabaran yg da pd opah mbri makna,.ianya mgajar erti khidupan,.kenangan brsama atok n opah mnjadi knangan manis xdpt dilupakn... dlm hdupku...pemergian mereka mbuat ku sdih..knangan manis mnjadi ingatan,Smoga roh atok&opah dicucuri rahmat dari ALLAH S.W.T.amin.....AL-FATIHAH..... 
Apis
16 Disember 2010

Tak sangka pulak kazen aku ni jiwa-jiwa hehehe. Tapi aku sokong dengan apa yang dia tulis. Sememangnya kedua-dua arwah sangat penyayang dan menjadi kenangan terindah dalam hidup.

Lepas itu Paksu aku pon ada post something berkenaan benda ni:
Alhamdulillah.....anda semua adalah cucu2 yang sangat mulia hatinya.Walaupun atuk telah lama pergi namun anda semua masih terus mengingatinya....Semuanya tinggal kenangan yang tak mudah dipadamkan....Al- Fatihah buat atuk dan opah.....moga roh mereka berdua sentiasa dlm Rahmat Allah.
Paksu
16 Disember 2010

Ya, kami, terutamanya aku takkan lupa atok dan opah sampai bila-bila. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat!
AL- Fatihah~


Psttt: Recycle balik video presentation tahun lepas...huhuh tak sempat buat yang baru.
Amacam? Hensem tak atuk aku dulu??? Muda-muda menjadi kegilaan ramai tu!!!
Opah aku pon cantik tau, Ratu Kebaya pulak tuh!!!! 
Ohhhh I miss them alot!!!!





2010-12-15

Merempit dan Penghargaan

Assalamualaikum!!!

Tuan tanah minggu ni rajin pulak update blog kan? hehehe apa boleh buat...nafsu tengah membara (nafsu update belog yer bukan nafsu lain!!)

Lepas peristiwa tayar keter aku digonjengkan minggu lepas, tiba-tiba aku terasa macam best je naik kereta aku..maklumlah dah dapat tayar baru (hukhukhuk (T_T) nanges sebab kena paw dengan keter sendiri). So bile dah terasa best bawak keter dengan kaki barunya itu, aku pon decide la nak pegi round-round kota di malam hari lahirku...wah! Sangat looser kan jenjalan seorang diri? Pedulik apa haku orang nak kata, yang penting aku tak ganggu hidup sesiapa yer dak?

Perjalanan ronda-ronda kotaraya malam semalam memang best, lancar jer jalanraya KL. Tak jem langsung. Mungkin sebab tau hari ni hari spesel aku kot (ngeh ngeh...). Dari rumah aku terus meredah lebuhraya PLUS dan mengikut kata hati sampai kemana-mana saja sambil buat konsert dengan lagu-lagu baru dalam keter! Hahahaha best giler! Kalau tak percaya cuba lah!

Teringat zaman kat Universiti dulu, aku dan member kamceng sekolej selalu jugak merayau-rayau malam-malam buta mencari ketenangan. Masa tu naik moto kapcai jer Honda C70 milik member aku. Cuba korang bayangkan sebuah motor Honda C70 meredah kotaraya di waktu malam, best giler. (naseb baik tak kena tahan ngan polis sebab merepit :p) Rasa tenang dan hilang semua tensi. Jadi, bab-bab merayau malam-malam buta ni bukan benda asing bagi aku. Tambah pulak kalau aku tensi sesangat, memang itulah yang aku buat. Pernah sekali tu aku merayau sampai ke Melaka (terus pi makan ikan bakar kat Umbai hahahha-  Hahahaha makan tetap makan yer).

Ok enough about merayau-rayau.

Sebenarnya tujuan aku update blog hari ni sebab nak menyatakan rasa terima kasih aku kepada kazen-kazen aku yang sama-sama menjayakan sesi penggambaran mingu lepas. Terasa nak nyanyi lagu Wonder Pets pulak... 

"Apa yang penting??? Kerjasama...Apa Yang Penting??? Kerjasama...Wonderpets wonderpets kami datang, membantu triceratos yang kesusahan...(tetiber triceratos kan??? betol ke eja camtu???)" Tapi tu memang lirik dia laaaa, kalau tak percaya sila dengar.

To Ina- kalau ko tak berbaring-baringan di atas jalanraya dan meminjamkan senjata hebat ko pastinya gamabr-gambar itu biasa-biasa saje.

To Akmal - Ko sanggup merempit bawak moto kapcai kuning tu mengekori kami yang naik kereta semata-mata untuk props yang cantik! Cayalah.

To Ayop - GPS bergerak- maklumlah anak Tok Sidang katanyer. Mestilah tau selok belok kampung dan tempat baekkkkk punya untuk ehem..ehemmm (alamak terkantoi disitu)

To Te-o - kalau takde ko, takderlah bubble-buble yang menghiasi frame gambar-gambar pengantin tu.

And to Dilla and Arief - our backup jurutembaks. Hehehe sangat membantu.

So masing-masing ada peranan kan? Lepas ni jom kita buat bill dan bagi pada pengantin!!!! Amacam????Setuju???

Oklah, cukup setakat ni aku merepek.

PEACE!
Orang Kuat No 1
Orang Kuat No 2
Orang Kuat No 3
Orang Kuat No 4
Orang Kuat No 5
Orang Kuat No 6 (seblah aku tu)