2011-01-31

Pakcik Ke Sabah Part II


Assalamualaikum!!!

Bersambung lagi kisah aku ke Sabah buat pertama kalinya dalam hidup. Heheh (officially la). Yang tak officialnya pernah transit kat KK Airport selama sejam dok dalam airport tanpa dapat melihat ke luar masa balik dari Korea Selatan, 2 tahun lepas.

Ok, hari kedua di KK aku memulakan hari dengan cukup awal. Jam 4.30 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk kejar flight ke Lahad Datu yang akan berlepas jam 7.00 pagi. Agak mengantuk juga la sebab aku tidur lambat semalam update blog hahaha. Tapi gigih jugak la bangun pepagi buta tu demi mencari sesuap nasi.

Sampai di airport, bos belanja makan Mc Donalds ! Yeayyyy terisi jugak perut yang kelaparan sebab semalam makan megi je angkara kepenatan berjalan-jalan dan malas keluar di waktu malam. Rasakan!

Kami berlepas ke Lahad Datu pada jam 7.00 pagi dengan menaiki kapal terbang Mas Wings! Wow ni jugak satu rekod baru dalam sejarah penerbangan aku. Tak pernah aku naik kapal terbang kecik cam dalam citer Awan Dania kat Astro Ria tuh hehehe (kantoi tengok Awan Dania!). Kapal terbang Mas Wings ni baru-baru belaka dan pramugari dan pramugaranya pon santek-santek belaka! Hahahhaa.

Mula-mula bila naik Mas Wing ni aku rasa cuak juga sebab bila dia goyang sikit je pon dah terasa, siap pening-pening gak sikit tapi lama-kelamaan ok. Pemandangan yang best pon boleh dilihat di kaca cermin sisi kapal terbang! Wow superb scenery!!! Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu mengambil masa 55 minit sahaja. Sempat la minum segelas air oren dan muffin cake. Ngeeee~

Di lapangan terbang Lahad Datu, dah ada yang menanti kami! Rombongan Cek Kiah la jugak ramainya. Takper yang penting kerja jalan!. Kami singgah breakfast di sebuah restoran yang agak unik di Lahad Datu ni, namanya Restoran Nur Hidayah Badri...Di dinding kedai tergantung gambar-gambar para wali dan Agung-agung di Malaysia. Hmmm sorry la aku tak sempat nak tembak gambar-gambar tu sebab sebok melayan Cek Kiah-Cek Kiah sekaliannya. Pagi tu jugak first time merasa Nasi Kuning!!!! Sekali imbas nampak macam pulut kuning jer, tapi itulah nasi yang bewarna kuning. Kata tuan empunya restoran itu adalah masakan tradisi orang Lahad Datu! Haishhh tak ambik gambo jugak, sebok nak menyuapkan Cek Kiah-Cek Kiah makan...huhuhuhu...Sebenarnya rasa nasik kuning tu ada lebih kurang macam pulut kuning jer.. tak terdaya nak nelannya.

Lepas bersarapan barulah aktiviti meredah ladang dan hutan dijalankan. Agak jauh juga lokasi yang kami tuju dalam 16 km hehehhe. Tapi ya Ampunnnn sangat mencabar keadaan mukabuminya. Boleh dikatakan sape mengandung boleh keguguran lah! Haishhhh itulah cabaran bekerja macam aku hehehe.

Lama jugak di dalam hutan tu, intai-intai jugak kalau-kalau ternampak Orang Utan ke atau Badak Sumbu ker..hmmm tapi hampa, yang ada anjing berkeliaran banyak ler...Ceit!

Lepas selesai tugas di dalam hutan, kami terus menuju ke lapangan terbang semula. Sebetulnya penerbangan balik ke KK adalah pada jam 5.20 petang...tapi pihak Cek Kiah telah berjaya meminda waktu ke masa yang lebih awal iaitu jam 2.40 petang. Dengan serta merta hujan ribut petir kilat sabung menyabung petang tu!!! haishhh flight cancel pulak!!! Adoi....kami semua dah cuak dah, takut takda langsung flight ke KK petang tu dan terpaksa tidur semalam di Lahad Datu dengan keadaan sehelai sepinggang. Alhamdulillah, dengan pengurusan Cek Kiah yang effisyen (cewahhhh puji la sikit) dapat juga kami naik flight pukul 5.30 petang. Ada jugak sebahagian ahli rombongan Cek Kiah yang tak dapat naik flight dari Lahad Datu dan terpaksa menaiki teksi ke Tawau dengan masa perjalanan 2 jam sebelum menaiki flight dari Tawau pada sebelah malamnya. Kesian diorang.

Sampai di KK pon dah malam, apa lagi walaupon badan penat tapi gigih jugak pegi jalan-jalan kat Pasar Tamu!!! Memang superb la Pasar Tamu tu sebab banyak giler kristal dan mutiara dijual kat situ. Harga pon murah-murah pulak tu!!! Mode KAYAP sungguh! Dah penat meronda-ronda menghabeskan duit kat Pasar Tamu, barulah aku balik semula ke hotel dan tidur.

Flight balik ke KL keesokan harinya adalah pada jam 12.15 tengahari. Sebelah pagi tu sempat lagi aku dan rombongan Cek Kiah melawat kawasan di Lok Kawi. Dari Lok Kawi terus ke KK Airport untuk terbang pulang ke sarang.

Itulah kisah lawatan singkat aku ke Sabah! Walaupon tak bersama kawan-kawan yang kita suka tapi ianya sangat mengujakan. Next time kalau terpegi lagi ke Sabah, aku dah ada sedikit gambaran tentang tempat-tempat yang wajib dilawati!!! Ok jom buat rombongan Mak Limah pegi Sabah pulak!!!

PEACE!!!

Bandaraya Kota Kinabalu dari udara.
Kat hujung tu nampak Gunung Kinabalu..tapi dilindungi awan la pulak!
Awan yang sungguh damai...
Lahad Datu
Mas Wings...Fokker airplane.
Restoran Nur Hidayah di lahad Datu
Ni la rupanya Nasi Kuning ....(sumber dari google
Pasar Tamu di Kota Kinabalu
Banyak giler kristal dan mutiara dijual di sini.
 
Sayur-sayuran pon ada.



2011-01-30

Bila Dah Lapar

Assalamualaikum...

Gembira pada minggu ini sebab dapat jumpa dengan ayah ibu di kampung. Kalau dihitung-hitung sudah agak lama jugak aku tak balik kampung. Sebetulnya ayah dan ibu yang banyak melancung ke Ibu Kota jadi peluang nak balik kampung pon agak terbatas. Kira okay lah tu kan, tapi ofcoz environmentalnya berbeda.

Setiap kali balik kampung, perkara pertama yang aku rindu sangat nak rasa adalah masakan ibu. Haish faham-faham sajalah, walaupon aku ni boleh dikatakan pandai la jugak memasak (ehem-ehem ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...!!!), tapi bila dah duduk bujang ni rasa malas tu mengatasi segala-galanya. Last-last mee segera jugak yang jadi pilihan. Semestinya masakan ibu jugak yang didambakan. Mak aku memang seorang Ratu dalam dunia masakan!!!

Hmmm sebenarnya...... aku nak bagitau yang aku sekarang tengah tersangat LAPAR! Nak makan, malas pulak nak keluar atau masak mee segera. Haishhhh apalah nak jadi kan! Takpelah tunggu esok saja breakfast di pejabat.

Tidur dulu untuk mengelakkan kelaparan..hahaha sengals kan. Itulah aku...

PEACE!!!

Meatball @ IKEA, Damansara
20 Januari 2011






Pakcik Ke Sabah Part I


Assalamualaikum!!!

[Mode terujua: Sebab PM hantar personal E-mail wishing me Happy Chinese New Year! 1 Malaysia la katakan...;p boleh percaya ker???]

Percaya atau tidak, sejauh mana aku pernah pergi, di dalam atau di luar Negara tapi aku masih belum pernah menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu. Yup I'm the Sabah's Virgin! Wakakaka..lawak pulak ayat tu. OK Ok Ok itu dulu, sehingga beberapa hari yang lalu ye! Sebetulnya aku baru saja pulang dari Sabah!!! Yippieeeee not a Virgin anymore!~ (Wahahaha ayat kontroversi)

Hari Rabu yang lalu aku telah terbang lagi untuk ke Negeri Di Bawah Bayu demi menjalankan tugas terhadap negara. Biasalah, kalau tak kerana tugas entah bila agaknya aku akan menjejakkan kaki ke sana. Walaupun hanya untuk beberapa hari saja, tapi ia cukup memuaskan...mungkin aku kena ke sana lagi suatu hari nanti??? Who knows! Hehehe.

Banyak perkara-perkara baru yang aku belajar di Sabah. Dari segi budaya, tempat dan pecakapan memang segala-galanya lain dari yang ada di semenanjung! Waktu belajar di Universiti dulu, aku ada ramai rakan sekelas yang berasal dari Sabah, sedikit sebanyak aku didedahkan dengan cara dan budaya mereka. Kali ini aku dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang ada di Sabah!

Hari Pertama: Kota Kinabalu

Hari pertama aku di Kota Kinabalu memang sangat mengujakan. Maklum sajalah, orang pertama kali sampai ke Sabah, aku didedahkan dengan nama-nama tempat yang agak unik (memang tak pernah dengar pon sebelum ni seperti Lok Kawi, Segama, Sembulan, Karamunsing, Sindumin (hahah teringat nama seseorang) dan banyak lagi. Keluar saja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku dapat melihat deretan Kampung Air yang masih tinggal. Tak banyak Kampung Air yang masih wujud di KK dek kerana pembangunan.

Di Kota Kinabalu, aku menginap di Hotel Promenade, berhadapan dengan laut dan di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Hotel memang selesa dan murah! Dan yang paling penting, senang nak merayau-rayau di sekitar Bandaraya KK. (Anyway ada tak hotel - hotel bajet di KK?)

Bila ada masa terluang, antara tempat yang sempat aku terjah adalah sebuah pasar yang didalamnya banyak orang jual air kelapa. Hahaha aku tak tau nama pasar tu, lupa pulak nak tengok signboard. Tapi pekena air kelapa muda kat sini memang best...hilang penat berjalan kaki dari hotel ke situ. Selain buah kelapa, ada juga dijual pelbagai jenis makanan tradisi masyarakat Sabah di situ. Aku lalu-lalu saja, belum ada mood nak membeli.

Lokasi berikutnya adalah pasar yang menjual hasil laut sejuk beku. Hajat hati nak beli Lobster yang dijual dengan harga sangat murah berbanding di Semenanjung. Tapi bila pikir-pikir balik, saper yang nak masak lobster tu??? terus aku kensel nak beli. Jadi aku tengok-tengok ajalah apa yang ada di situ. Semuanya terletak di persisir pantai berdekatan dengan hotel. Mudah, jalan kaki saja.

Setelah puas jalan-jalan di pasar ikan dan sayur...(hahaha apake jadahnya aku berjalan-jalan di pasar ikan dan sayur????) aku kemudian ke Pasar Filipina yang sangat terkenal di KK. Orang kata kat Pasar Filipina banyak dijual barangan kraftangan antaranya adalah mutiara, kristal dan kain. Huiiiiiiii memang banyak gila mutiara dan barangan kristal kat situ. Kebanyakan peniaga di situ adalah berbangsa Filipina, namum mereka fasih berbahasa Melayu Sabah. Di Pasar Filipina, memang mood shopping aku pon dah mari, jadi banyak jugak lah barang yang aku beli untuk mami dan dadi serta teman-teman di Semenanjung! Teringat pulak kisah shopping di Bali. Adoiiii memang muflis aku bulan nih.

Selepas beberapa jam menghabiskan masa di Pasar Filipina, aku sempat menjenguk pasar tamu yang dibuka bersebelahan pasar Filipina itu. Banyak gerai-gerai makanan yang dibuka ketika itu dan sempat juga aku makan nasi goreng campur di salah satu gerai di situ. Ya ampunnnnn memang unuk cara persembahan di gerai itu, pinggan dan mangkuk dibungkus pakai plastik, mungkin sebab susah nak basuh menggunakan air yang banyak di situ kot?? Entahler. Harga makanan juga murah dan yang penting BANYAK!!!! Puas aku makan kat situ.

Lepas makan, aku meneruskan perjalanan meronda-ronda beberapa pusat membeli belah yang ada di sekitar situ. Antaranya adalah Plaza Warisan...hmmm tak banyak beza dengan pasaraya di tempat lain. Agak lama juga aku merayau-rayau, bila dah penat aku terus balik ke hotl dan berehat. Kena kumpul tenaga sebab keesokan harinya aku harus terbang lagi...kemana ya??? nanti aku cerita di next entry...

PEACE!

View dari tingkap hotel
Pasar tempat menjual air kelapa dan pelbagai hasil tani.
Masih kosong, peniaga TAMU belum membuka gerai lagi.


Bot-bot nelayan yang banyak bersauh di pinggir pantai


Lagi pasar....Banyak buah kelapa kat sini
Pasar Filipina yang popular tu....

Para peniaga menjemur ikan kering untuk dijual

Pusat jualan produk perikanan sejuk beku.
    
Jeti ke Pulau berhampiran. Orang ramai sedang menunggu bot.

Pasar jualan ikan masin ...

Antara produk yang dijual ...

Lagi ikan masin - Terubuk Sabah
Peniaga di Pasar Filipina menjual Mutiara dan Kristal

Rantai dan gelang kristal banyak dijual di Pasar Filipina
Setiap meja ada buah limau ni....
Bungkus dengan plastik??? Hmmm tak pernah jumpa kat Semenanjung.
Same situation, tak pernah jumpa. Tapi nasik goreng ni sangat banyak okay!
 

Pssssttt: Banyak lagi gambar aku tembak dan akan kongsikan di entry-entry akan datang...tunggu.!!!


2011-01-29

Salahkah Jika Dia Menangis?


Assalamualaikum...

Pernah ada seorang sahabat memberitahu aku tentang betapa cemburunya dia terhadap aku. Hmmm aku bertanya kembali kepada sahabat itu kenapa dia cemburu pada aku? Apa yang aku tahu, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan hidup aku sekarang ni yang lebih kepada kesuraman, keletihan, kekosongan dan pelbagai jenis KE- yang negatif lagi.

Huh, lalu dia menjelaskan kepada aku tentang kejayaan aku, pencapaian aku dalam hidup terutaanya dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Terus aku menyangkal pendapatnya itu. Nonsense! Aku tak pernah rasa yang hidup aku boleh dibanggakan melainkan hanya menyusahkan orang-orang di sekeliling aku saja. Ops bukan aku tidak bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada aku, aku amat bersyukur! Kerana aku tidak perlu mengemis, aku cukup makan dan pakai, aku tidak perlu meminta-minta belas ihsan dari orang lain. Aku cukup marah dengan sahabat itu yang cemburu akan hidup aku ini. Bagi aku hidup aku cukup ringkas, tidak pernah mencapai 'shooting point' bahkan sentiasa tersasar dari apa yang dirancang. Selerak, serabut dan pelbagai jeni SE- yang merungsingkan.

Terfikir juga aku, mungkin aku saja yang melihat diri aku begitu, tapi orang lain melihat aku sebaliknya...mungkinkah? Entah. Tapi apa yang pasti aku rasakan yang diri aku ini GAGAL. Tak pernah senang dan sentiasa kucar-kacir. Ya, mungkin sebab aku sering lupa....lupa untuk mengingatkan diri aku pada perkara-perkara yang patut aku ingat.

Muhasabah diri, itu merupakan perkara yang sering aku lakukan bila berada di tahap tertinggi kerunsingan. Kadang-kadang tak sedar yang aku boleh menangis seorang diri di mana-mana saja, di pejabat ketika sedang menaip kerja-kerja yang berlambak, di dalam kereta ketika sedang memandu tanpa hala tuju, di rumah ketika terfikir tentang keluarga dan banyak lagi. Hmmm masalah psikologi agaknya. Tapi setelah meluahkan segalanya aku rasa tenang. Puas dan setidak-tidaknya mampu untuk mengembalikan kekuatan diri. Tidak salah untuk menangis, kerana itu juga merupakan satu terapi. Siapa kata lelaki tak boleh menangis? Bagi aku setiap insan bernama manusia boleh menangis. Tolonglah ketepikan ego kamu wahai kaum Adam... itu semua tak akan membantu kamu PADA WAKTU SUSAH.

Berbalik kepada sahabat yang cemburu terhadap diri aku, tidak perlu cemburu pada aku atau sesiapa yang berada disekeliling kamu kerana kamu juga telah dijadikan hebat di mata Allah S.W.T. Masing-masing kita ada kelebihan dan kekurangan. Jika kita hebat di mata manusia, belum tentu kita hebat di mata tuhan kan? Jadi bersyukur atas apa yang kita peroleh dan cubalah untuk terus maju.

Bagi aku pula, aku akan terus mencuba untuk memahami diri aku sendiri dan cuba juga meyakinkan diri aku tentang betapa bertuahnya aku dapat mencapai apa yang aku ada ketika ini. Mana-mana kesilapan yang pernah aku buat, akan aku cuba perbetulkan sedikit demi sedikit. Itulah pentingnya MUHASABAH diri, kurangkan KEEGOAN dan berharmoni dengan apa yang kita sayang di sekeliling kita. Tidak salah untuk menangis kerana ia juga satu terapi.

PEACE!!!

Tanah Lot, Bali
Januari 2011



2011-01-28

Orang-Orang Yang Kita Percaya


Assalamualaikum...

Tak kenal maka tak cinta, bila tak cinta maka semua yang dilihat di depan mata hanyalah yang buruk-buruk sahaja. Betolkah begitu? Perlukah kita mengenali seseorang itu secara terperinci sebelum kita betol-betol mahu meletakkan kepercayaan pada diri orang itu?

Bagi aku, ianya adalah satu kemestian! Masakan kita sanggup menyimpan wang emas jutaan nilai didalam mulut penyamun? Adakah kita sanggup meletakkan anak-anak kita di tangan singa? Sebab itulah aku katakan yang kepercayaan itu sangat penting! Orang yang kita percaya itu mestilah orang yang faham dengan kehendak dan naluri kita. Pendek kata sama-sama serasi.

Bagi aku, selain dari keluarga sendiri, ada beberapa manusia di muka bumi ini yang aku betol-betol percaya. Merekalah telinga, merekalah mata dan merekalah mulut kedua aku. Sebetolnya aku memang susah nak mempercayai sesiapa pon, tidak kiralah orang itu baik atau terlalu baik atau sebaliknya sebab harga diri manusia itu berubah-rubah dari pandangan mata setiap indiviu. Sekejap kita baik sekejap lagi kita bertelagah. Itu jupa punca untuk tidak mempercayai sesiapa. Sukar sebenarnya, tapi untuk melatih diri untuk mempercayai seseorang memerlukan masa yang sangat lama.

Aku sendiri pernah mempercayai orang lain selain dari individu yang aku percayai itu, aku pernah meletakkan maruah dan harga diri kepada orang-orang baru yang muncul dalam hidup aku, tapi entah dimana silapnya, kepercayaan yang aku letakkan itu hilang begitu saja, sia-sia. Aku taknak salahkan sesiapa..mungkin juga salah aku sendiri kerana terlalu hanyut dengan arus semasa, tapi apa yang pasti hati aku belum terbuka untuk mempercayai sesiapa selain mereka yang ada sekarang ni.

Walau apapun, aku akan cuba. Tak salah untuk mencari lebih ramai orang -orang yang kita percaya. Tapi pencarian itu biarlah dengan hati yang ikhlas dan teliti. Bila kepercayaan sudah tiada, pasti yang lahir selepas itu dah tak sama dengan yang pernah kita kecapi sebelumnya.

Haish....sukarkah untuk mempercayai seseorang?

PEACE!!!

video
 Semua Isi Hatimu (Album 3 Suara - Jac, Ning, Shila)



Trip To Bali - Tips And Tricks Part III


Assalamualaikum....

[Mode: Feeling-feeling Pinoy] - Sambungan dari SINI

Harini punya entry agak istimewa punya...kenapakh??? Sebab aku bersiaran dari Negeri Di Bawah Bayu, ya Sabah bah. Aku sekarang di Kota Kinabalu di atas urusan kerja. Malam ni agak free sikit lepas penat ronda-ronda Bandaraya KK, hehehe. Esok nak ke Lahad Datu pulak, so kena habiskan kisah Bali ni cepat -cepat sebab lepas ni mesti nak story pasal Sabah pulak hehe.

Pengalaman 10: Jalan-jalan dan Jelajah

Hari kedua di Bali, memang terasa overexcited! Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersiap-siap untuk memulakan eksplorasi. Selapas bersarapan di hotel, Mas Yanto pula mengambilalig tugas sebagai jurupandu kami. Banyak lokasi yang akan kami tuju hari ini. Lokasi pertama adalah Pantai Alit. Sebenarnya lokasi utama yang akan dituju adalah Kintamani. Kintamani merupakan sebuah kawasan pergunungan yang terletak agak jauh dari Bandar Kuta. Kintamani menjajikan pemandangan Gunung Berapi yang sangat indah.

Ok berbalik mengenai destinasi pertama iaitu Pantai Alit, masyarakat Bali percaya bahawa sekiranya kita mandi di Pantai Alit, air lautnya mampu untuk menyembuhkan segala macam penyakit! Haish tatau sejauh mana kebenarannya, tapi dari apa yang aku tengok, memang ramai orang yang mandi di situ.

Destinasi kedua Pasar Seni Sukawati. Ok kat sini memang banyak benda kita kena belajar, antaranya jangan sekali-kali menyentuh barang yang dijual oleh penjaja jalanan. Kalau sekali sentuh dan korang tak beli barang tu, mereka akan ikut korang sampai kemana saja korang pergi, dari kedai-ke kedai..hahaha kawan aku dah kena dah.
Peringatan: Dalam bab tawar menawar, silalah letakkan harga yang paling murah sampai tak terfikir dek akal fikiran korang, InsyaAllah akan sangkut di mana-mana yang pasti harganya lebih murah dari apa yang ditawarkan pada mulanya. Kat Pasar Seni Sukawati ni banyak dijual barang cenderamata dan antara yang kami borong adalah T-Shirt Bali (memang murah-murah beb!!! Sehingga ada yang mencecah RM 4 sehelai. Hahaha tak ke murah tu???) Kekadang terpikir jugak aku, dah la diorang bagi harga murah, ni aku sebok nak tawar menawar sampai merajuk-rajuk taknak beli hahahaha mereng!!!!.
Peringatan : Kalau masuk mana-mana kedai dan nak bergambar, sila pasti anda belilah sesuatu sebab tuan kedai akan memerli-merli anda kalau anda tak beli sesuatu. Betol, kami dah kena dah, agak pedas perlian mereka itu hahahaha.
Selepas di Pasar Seni Sukawati kami ke Tampaksiring. Merupakan satu kawasan perkampungan yang mempunyai banyak candi-candi diraja dan beberapa temple yang dibina di lereng-lereng bukit. Pemandangan memang superb! Tambahan pulak terdapat sawah padi di lereng-lereng bukit yang menjadi penghias pemandangan kami. Nak masuk tempat ni kena ikut peraturan. Bagi yang pakai seluar pendek kena memakai kain yang disediakan. Katanya bagi menghormati roh-roh simati. Bagi yang lain pula kena ikat kain di pinggang. Tandanya bagi mengawal nafsu.

Begitulah di kebanyakan tempat yang kami pergi, kebanyakannya akan di sambut oleh penjaja jalanan. Awas, ingatlah tips-tips yang aku berikan tadi. Tapi kalau korang nak beli pon tak de hal sebab barang-barang yang ditawarkan ternyata lagi murah dari yang dibeli di Kedai-kedai, cuma kita tak berapa pasti tentang kualitinya dan juga tak banyak pilihan.Satu lagi tempat shopping yang best dan mampu menggilakan adalah di Tanah Lot. Ya Ampunnnnnn sangan heaven ya di sana, deretan kedai menawarkan pelbagai barangan cenderamata dengan harga yang sangat berpatutan. Korang pilih la apa saja janji bayar!

Pengalaman 12: Menonton Ikan Lumba-Lumba di Hari Ke Tiga

Huhuhuh ini adalah antara pengalaman ngeri yang tak kan aku lupakan dari Bali. Dah tau diriku ini mudah mabuk laut yang pi gatai-gatai naik sampan pi tengah laut tengok ikan lumba-lumba tu buat hape!!!! Hahaha kan dah termuntah-muntah bagi makan free kat ikan-ikan di lautan. Hehehe tu la kejadian yang berlaku di Pantai Lovina, Utara Pulau Bali. Spot terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba. malangnya masa kami tak berapa kena, waktu tu baru lepas hujan dan lautan agak bergelora. Sampan yang dinaiki pulak sangat kecik dan hanya boleh dinaiki oleh 4 orang sahaja termasuk pemadu. Bila dah dilambung-lambung badai, maka
mabuklah jadinya. Aku memang kalah!

Peringatan: Bagi sesiapa yang mabuk laut, silalah tunggu saja di pantai, tak nampak sangat pon ikan lumba-lumba tuh (hehehe ayat kasi jeles). Tapi kalau nak terai jugak, silalah bersedia untuk berdepan dengan kenyataan.
Pengalaman 13: Lokasi Shopping-shopping Sampai Lebam

Mas Yanto ada membawa kami ke sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Kuta yang dinamakan Krisna. Kat sana ada jual pelbagai jenis ole-ole Bali. Hambek saja apa yang korang nak. Tapi apa yang aku nak cakap, bukan semua barang kat Krisna ni murah, ada sesetengah saja yang murah dah harganya tidak boleh ditawar-tawar lagi (harga tetap) berbeda dengan di Pasar Seni Sukawati yang kita boleh tawar-menawar sehingga ke taraf dhaif! Buatlah pilihan yang bijak ok!

Pengalaman 14: Sunset Spot

Antara tempat menembak gambar sunset yang terbaik bagi aku adalah di Tanah Lot. Dengan berimejkan temple yang telah berusia ratusan tahun, yang tersergam indah di persisir pantai anda akan dapat merakamkan gambar sunset yang sangat cantik. Deretan kedai makan di persisir tebing Tanah Lot memang perfect spot kalau nak mengambil gambar sunset. Serius, kalau tengok sunset kat situ rasa macam tak nak balik jer. Terpukau dengan keindahannya.Oklah, aku rasa cukup dah kot aku kongsikan beberapa perkara penting dan menarik di Bali.

Mungkin ada lagi yang aku terlupa nak kisahkan, tapi pandai-pandailah korang cari di mana-mana. Setiap orang yang pernah sampai ke sini mesti ada pelbagai cerita yang boleh dikongsikan. Risik-risiklah agar kita tidak kekok bila berada di tempat orang kelak! Ok??? Aku nak berhibernasi dengan mood Sabahan pulak. Haishhh menarik sungguh 'pemandangan' di Sabah nih!!
Psssttt 1:  Fakta menarik tentang Bali. Semua bangunan di Bali tidak boleh dibina melebihi lima (5) tingkat atau melebihi ketinggian pokok kelapa. Kenapakah? Sebab masyarakat Bali percaya bahawa selepas ketinggian pokok kelapa adalah terletaknya alam Dewa dewi. Tapi bila aku tengok betol-betol, pokok kelapa Bali sememangnya tinggi-tinggi belaka! Kaghaummmm.

Psssttttt 2: Menurut Mas Yanto, kalender Bali ada 11 bulan sahaja. Tidak seperti kalender masihi yang digunapakai secara global yang mempunyai 12 bulan. Walaubagaimanapun, setiap bulan di dalam kalender Bali terdapat 35 hari. So plus minus kat situ jugak jadinya....:p

Psssstttt 3: Ada satu perayaan yang agak unik disambut oleh Masyarakat Bali..tapi aku tak ingat namanya apa. Apa yang aku tahu, pada hari perayaan tersebut, semua penganut Hindu di Bali tidak boleh keluar rumah (seakan perintah darurat), tidak dibenarkan menyalakan mana-mana lampu keluar dari rumah dan semua aktiviti pekerjaan tidak boleh dijalankan (cuti). So kalau boleh kepada anda yang ingin melancung di Bali, sila elakkan daripada terkena tarikh hari perayaan ini kerana anda akan sangat rugi. Sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan. Please ccheck this matter for further explanations. ;)
PEACE!!!

Depan Hotel Surgawi Inn

Pantai Alit

Pasar Seni Sukawati


Tu kain biru tu, kena pakai yer.
Tinggi-tinggi...Kelapa Bali...(teringat kat lagu Kumpulan Amuk)...:)
Shopping kat Krisna...
Sampan untuk tengok ikan lumba-lumba
Tanah Lot
Sunset di Tanah Lot