2011-04-30

Bowling Lagi!

Assalamualaikum!!!

Dah dekat ujung-ujung bulan empat dah. Sekejap je masa berlalu ye tak? Dan bagi aku, bulan empat ni merupakan bulan super bizi untuk aku dan kengkawan seperjuangan sekalian. Redho dan tabah je la...

Dalam banyak-banyak event yang kami handle, satu ni yang aku rasa boleh bagi release tension sikit iaitu Pertandingan Bowling Bahagian tempat aku kerja! Alhamdulillah seronok juga, ini merupakan acara tahunan yang Bahagian aku anjurkan. Sebenarnya dah lama dah plan nak buat acara bowling ni, tapi masa saja asyik tak sesuai. Akhirnya berjaya juga acara ini diadakan.

Bertempat di Plaza Metro Point Kajang, kami semua berkumpul seawal jam 9.30 pagi. Persiapan semua dah disiapkan awal-awal oleh urusetia. Kalau tahun-tahun lepas, hadia berupa hamper makanan diberikan, tahun ini kami membuat sedikit pembaharuan dengan memberikan piala-piala kepada pemenang sekalian. Siap ada piala pusingan pulak tu!!!

Ok la, aku pun tak mau nak cerita panjang. Acara bowling ni memang game faveret aku. Tapi memandangkan kali terakhir aku pegang bola bowling pon setahun yang lepas, maka tidak berjayalah aku untuk menjadi juara....pasrah.

Jom tengok beberapa keping gambar yang ada.:) 


PEACE!

Peace pesen apakah ini?








2011-04-27

Restoran Tupai-Tupai (KL): Perhimpunan Budak Bulat

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah, muncul lagi entry dalam blog ni. Kali ni aku nak cerita mengenai reunion Geng Ungu, walaupun tak semua yang hadir (separuh saja) tapi cukup untuk melepaskan rindu!~ (ngeee)

Semalam, aku, HD dan Kenon telah merancang satu perjumpaan di Restoran Tupai-Tupai di Jalan Petaling, Kuala Lumpur memandangkan dah hampir 3 bulan kot kami tak berjumpa. Lama tu, maklumla banyak rancangan terbengkalai dan tak kurang juga yang terbantut dek kerana macam-macam masalah yang dihadapi. Alhamdulillah perancangan semalam berjalan lancar. Walaupun hujan lebat, gigih aku meredah highway menuju ke Restoran Tupai-Tupai tu. Selama ni asyik lalu lalang je depan restoran tu, tapi hari ni dapat juga singgah dan makan di dalamnya.

Apa yang menarik di Tupai-Tupai ni adalah konsep restoran itu sendiri...santai dan tenang. Kami sampai awal, orang pon tak ramai yang datang lagi. Untuk Steamboat Dinner dikenakan bayaran RM 28 seorang. Kira agak berbaloi juga la sebab boleh makan macam-macam. Tapi AWAS! Jangan membazir sebab kalau membazir, pelanggan akan dikenakan bayaran RM 10 ringgit untuk pembaziran tersebut. (Bagus juga konsep ni, sekurang-kurangnya kita boleh beringat ketika menjamu selera).

Pada mulanya aku sangkakan tak ramai la orang yang akan datang ke Restoran Tupai-Tupai ni memandangkan hari Selasa, tapi sangkaan aku meleset sebab bukan makin ramai la pulak manusia yang nak melantak steamboat kat situ, dan rata-rata pengunjung rasanya direct dari office sebab banyak yang masih pakai baju kerja.

Kami makan sambil buka macam-macam cerita. Maklumla "lama" tak jumpa! Walaupun perhimpunan Geng Ungu tak lengkap semalam tapi seronok juga sebab at least ada juga la aktiviti yang dapat dibuat bersama-sama.

Rancangan nak kumpul semua ahli GU tetap akan diteruskan, tapi tatau bile. InsyaAllah satu hari nanti. Semoga semuanya akan sentiasa ceria dan masih seperti dulu.

PEACE!
Masa ni tak ramai orang lagi!
AWAS jangan membazir!
Penantian penuh pengharapan...
 Sian tengok tupai ni...maskot Restoran Tupai-Tupai












2011-04-14

Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Assalamualaikum...

Setiap kehidupan pasti ada dugaan dan rintangan yang akan menyerikan perjalanannya. Huaaa mukadimah dah ayat sastera kan. Sebenarnya saja menulis ayat sebegitu bagi menutup stress yang tak henti-henti menghantui diri. Masa ni kat opis aku ada seminar pengurusan stress, agaknya betol kot tajuk dia macam tu, tapi aku tak join sebab banyak keroje.

Semalam merupakan hari terakhir aku menghadiri sebuah bengkel di Nilai, dan bila dah tamat bengkel masing-masing pon semngat la nak balik ke sarang. Aku pulak bermurah hati nak menghantar seorang kawan ke KLIA untuk pulang ke Pulau Pinang.

Seperti yang ramai dah tahu, Al-FariS masih di bengkel dan aku tak tahu bila akan siap. Buat masa ni aku menggunakan Bebiana sebagi teman ke sana-kemari sehari-hari sehinggalah tempoh Al-Faris boleh keluar dari bengkel. Berbalik kepada cerita aku menghantar kawan ke KLIA, dalam perjalanan tiba-tiba sebelum sampai di persimpangan ke KLIA betol-betol berhadapan dengan Balai Bomba KLIA, Bebiana buat hal! Adus masak....perkara pertama yang aku fikir ialah macamana nak pergi kerja esok! (hahahah pelik tol la kan sebab aku boleh pikir macam tu). Padahal sepatutnya aku pikir macamana nak settlekan masalah kete tu, dan macamana nak hantar kawan aku tu ke KLIA!

Alhamdulillah sempat juga aku membawa Bebiana ke tepi jalan. Aku dan kawan aku saling berpandangan dengan muka blur. Masa tu dok kalut la check namelists dalam handphone cari no talipon bengkel kereta. Adui satu pon tak ada. Last sekali aku talipon ayah aku, sebab itu kereta dia hehehe. Ayah aku suruh aku buka bonet enjin kereta dan try check kot-kot ada cable yang putus. Rupanya memang betul, cable clutch Bebiana dah putus!!! Adoi, aku dan kawan aku try juga cari solution macamana nak settlekan masalah Bebiana ni. Setelah menalipon beberapa orang kawan akhirnya dapat la nombor sebuah bengkel di Putrajaya. Bila aku call bengkel tu, diorang kata hanya boleh sampai di tempat kejadian sekitar dua jam lagi. Mampus! Takan aku nak duduk 2 jam kat situ. Akhirnya aku dan kawan aku berjalan masuk ke Balai Bomba untuk meminta pertolongan. Alhamdulillah semua yang ada kat situ nak menolong. Ada sorang brader ni yang keje partime nya sebagai mekanik dan bermurah hati nak tolong aku.

Masa tu jugak aku cakap kat kawan aku, suruh tahan teksi dan segera ke KLIA, takut terlepas flight pulak. Sambil aku dan brader bomba menyetelkan masalah, kawan aku ni pulak sebok menahan teksi. Kesian dia dan kesian aku jugak. Tahan-tahan pun tak ada teksi berhenti. Akhirnya ada sebuah kereta Myvi putih berhenti. Seorang mamat ni kata nak pergi ambik wife dia di KLIA. Syukur, Allah pemudahkan rezeki kami, kawan aku tu pun tumpang la brader tu ke KLIA. Naseb baik KLIA dah dekat cuma 7 km je dari kawasan kejadian.

Berbalik kepada kes Bebiana. Brader bombe mengesahkan yang cable clutch tu dah putus. Alhamdulillah sejurus selepas itu, ayah aku telepon semula, dan dia suruh aku cek dalam bonet belakang. Katanya ada simpan cable clutch lama yang masih elok! Aku pon apa lagi terus selongkar ruangan simpanan tayar spare dan terjumpalah cable clutch lama tu. Brader Bomba tu pon kata cable tu boleh guna lagi lalu dia pon memulakan upacara mengerjakan Bebiana. Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab Allah pemudahkan segala-galanya. Dia beri ujian dan Dia juga beri jalan penyelesaiannya. Syukur teramat.

Masuk kali ni dah dua kali aku mendapat pertolongan dari mereka-mereka yang tidak dikenali. Siapa kata raktyat Malaysia sellfish? Tidak bukan. Insyaallah selagi kita berada di Malaysia, kita akan sentiasa mendapat bantuan.

Syukur...syukur...dan syukur...

Thanks to brader Bomba dan brader Myvi yang sudi membantu kami. Jasa kamu berdua akan kami kenang.

PEACE!








2011-04-07

Kepada Yang Dah Terdesak, Janganlah Baru Nak Cari Aku, Sekian...

Assalamualaikum...

Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku, dan tak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih , mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak.

Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkinkah disebabkan oleh perkara di perenggan pertama aku itu? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan paling baik sebelum menjadikan orang lain pelempias masalah hidup anda.

Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri.
Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu.

Kadang-kadang tu, tiada angin tiada ribut, ada saja kawan-kawan yang aku telah anggap PUPUS cuba menghubungi aku semula dan ternyata ada sesuatu yang 'ikan' di situ. It was so obvious la kawan....

Tolonglah ikhlas dalam berkawan dan sering mengambil berat di antara satu sama lain sekiranya kita telah mengiktiraf seseorang itu sebagai sahabat.

Kepada yang dah susah jangan lah baru nak cari aku. sekian...


PEACE!!!

 








2011-04-04

Projek Teater: Lat Kampung Boy The Muzikal

Assalamualaikum!!!

Tak dapat dibayangkan kalau kehidupan ini hanya ada warna hitam dan putih, pasti hambar, tidak seronok dan lemau. Tapi itu semua tidak bagi Teater Muzikal Lat: Kampung Boy! Tema hitam dan putih menjadi asas kepada persembahan teater ini. Sepanjang babak pertama persembahan, segala-galanya diwarnai dengan warna hitam dan putih, dari segi set pentas, kostum dan persembahan grafik, semuanya merujuk kepada karya asal Dato' Lat yang dilukis di atas kertas dengan warna hitam dan putih! Sememangnya sangat menarik.

Aku berkesempatan menyaksikan persembahan teater Lat The Muzikal di Istana Budaya pada 2 April 2011. Sangkaan awal, teater ini berkisarkan kepada kisah-kisah kartun Lat Kampung Boy sepertimana yang dicetak di dalam naskah-naskah penerbitannya, tetapi sangkaan aku agak meleset. Sebenarnya teater Lat The Muzikal ini merujuk kepada kisah kehidupan Dato' Lat yang penuh ranjau sebelum mendapat pengiktirafan dunia! Sememangnya aku sangat kagum.

Persembahan teater dimulakan dengan tanyangan grafik kartun Lat di layar utama sebelum menyajikan kemeriahan hidup di Kampung Kota Baru, Gopeng, Perak. Kisah hidup Lat di zaman kanak-kanaknya yang sudah mula melukis sejak dari usia yang sangat muda.

Babak seterusnya berkisar penghijrahan Lat sekeluarga ke Pekan Ipoh dan merubah identitinya daripada Kampung Boy kepada Pekan Boy. Di sini juga komik pertamanya diterbitkan dengan bayaran 25 ringgit seawal usia 13 tahunnya. Bermula dari situlah Lat mengorak langkah sebagai seorang pelukis sehingga beliau berhijrah pula ke Kuala Lumpur dan bekerja di NST.

Sewaktu bekerja di NST, Lat mengharungi pelbagai dugaan hidup antaranya pemergian ayahnya yang menjadi pendorong dan peminat utamanya. Dunia Lat kosong sejak pemergian ayanya itu. Namun kehadiran Faizah telah menyerikan hidupnya. Lat berkembang menjadi seorang pelukis kartun profesional dan telah merantau ke beberapa buah negara di pelusuk dunia.

Namun begitu, kemasyhurannya telah menggugat keharmonian rumah tangga Lat, di mana ada babak menunjukkan pergelutan rumah tangga Lat. Faizah yang selama ini bersabar dengan kesibukan Lat telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan mereka berjauhan seketika. Lat yang sedar akan perkara ini akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah semula ke kampungnya di Gopeng dan hidup bersama keluarganya di sana.

Alhamdulillah, persembahan teater ini sangat mengujakan dan lagu-lagu yang didendangkan sangat best dan bermakna. Set pentas juga sangat cantik dan cukup untuk menggambarkan kehidupan yang dilalui oleh Lat.

Fakta tentang Teater Muzikal Lat :

  1. Teater terbitan bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Production (TOP) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu merupakan teater pertama yang mengadaptasi daripada sebuah novel grafik ke bentuk teater muzikal.
  2. Menurut penerbit TOP serta pengarah teater tersebut, Hans Isaac, pementasan teater ini juga bersempena ulang tahun kelahiran Lat ke 60 yang disambut pada 5 Mac.
  3. Antara pelakon yang menjayakan pementasan Lat Kampung Boy ini ialah Awie sebagai Lat, Atilia (Faizah - isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Shukeri Hashim (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra sebagai Mrs Hu.

Jom tengok Lat yang ditembak oleh aku malam itu.

PEACE!!!