2011-05-26

Taiping dan Changkat Jering Di Perak

Assalamualaikum!!!

Tak sempat aku nak story kisah merayau ke Utara minggu lepas. Ni baru ada masa aku curi sikit. Ok Sebenarnya bulan Mei ni tiap-tiap minggu aku balik Perak, haish ni memamg pecah rekod aku ni sebab sebelum ni aku tak pernah buat macam tu, paling banyak pun dua kali sebulan je. Takpe, alhamdulillah rezeki kampung halaman dekat, esok lusa kalau kena transfer mana-mana lagi jauh dah terkenang balik saat-saat ni kan hahaha.

OK, minggu lepas aku disuruh balik oleh parents aku sebab ada urusan mengenai Al-Faris yang belum selesai. Dengan akurnya aku pon balik la. Sebenarnya parents aku nak ajak pergi Taiping! Hahah itu yang iyenya, sepupu aku buat kenduri akekah anak dia si Darwish yang comel tu! Lama jugalah aku tak ke Taiping ni, kalau ada pon lalu lalang je tepi highway masa nak ke Penang atau ke Kedah.

Banyak juga perubahan yang berlaku, yang paling ketara dah ada banyak jalan raya yang ditambahbaik. Kiranya nampak maju dan moden jugak la. Alhamdulillah juga cuaca pon baik hari tu, selalunya hujan. Maklumlah Taiping kan antara negeri yang berkelembapan tinggi di Malaysia, menerima taburan hujan tertinggi setiap tahun.

Lepas habis kenduri, parents aku ajak singgah di Changkat Jering. Wah lama giler aku tak pergi tempat ni. Kat sana ada satu pasar awam yang ada jual pelbagai jenis makanan termasuk ikan masin, ikan pekasam dan peralatan-peralatan lain seperti parang, cangkul dan sebagainya. Kuih muih tradisional perak pon banyak giler! Paling aku suka putu piring yang dah siap packing dalam plastik, ada Bahulu Kemboja, LAKSA BERAS (fav aku ni!!!!), dan pecal! Adoi terliur siot duduk kat pasar tu. Kuih Telinga Keling pun banyak dijual di situ.

Alhamdulillah jalanraya lancar, jadi perjalanan balik ke rumah pon smooth and steady je. Sorry tak sempat nak snap-snap gambar sebab aku drive dan tak bawak Cik Melatie. :(.

PEACE!

Darwish yang comel.
Pasar Changkat Jering
Beli belacan!
Menulis untuk:







2011-05-19

Teluk Intan (Majlis Kahwin Azwan) Dan Rumah Pakcik Berahim

Assalamualaikum!!!

Minggu lepas, aku balik ke kampong di Perak bersama 2 orang kawan jurutembak beserta isteri dan anak salah seorang daripada mereka. Lokasi tempat menembak kali ini adalah di Teluk Anson (nama lama bagi Teluk Intan) dan subjek tembakan adalah adek kepada KJ.

Sebenarnya bukan le nak story sangat pasal tugas-tugas menembak ni, apa yang aku nak tulis kat sini adalah mengenai pengalaman sepanjang berada di Teluk Intan. Kami bertolak daripada KL pada jam 10 malam hari Jumaat. Lewat giler kan, tambahan pulak malam tu jalanraya agak jem sebab ramai yang mengambil cuti tersepit sempena Hari Wesak yang jatuh pada hari Selasa. sebelum ke Teluk Intan, kami singgah dulu di kampung aku, maklumla sebab dah janji dengan ibu dan ayah nak balik rumah. Tapi singgah sekejap saja sebab hari dah lewat malam dan KJ dah menyediakan tempat tidur di Teluk Intan. Maka malam tu jam 12.30 malam kami bertolak dari kampung aku ke Teluk Intan.

Kami tiba di Teluk Intan pada jam 1.30 pagi. Sampai saja di halaman rumah KJ, kami pon diberi kunci ke homestay tempat kami akan menginap. Kata KJ, ada pakgad tunggu depan rumah! Beriala aku pusing satu kampong cari rumah yang ada pakgad, rupa-rupanya bukannya pakgad betol, cuma ada gambo pakgad je yang diikat ditiang depan homestay tu!!!! Hampeh betol. Entah ia entah idak pakcik tu pakgad, entah-entah polis ker, tuan rumah tu ker cait!

Kat gambo pakcik tu siap ada nametag tulis IBRAHIM. jadi secara rasminya kami namakan homestay tu Rumah Pakcik Ibrahim hehehe. Sebenarnya nama homestay tu adalah Homestay Mak Nek. Dekat je dengan rumah opah KJ, rasanya kalau jalan kaki tak sampai sepuluh minit pon.

Maka malam itu tanpa banyak bicara aku terus lena dibuat mimpi di dalam rumah Pak Berahim. Keesokan harinya, pepagi lagi aku dah pi cari nasik lemak kat tepi jalan berdekatan dengan rumah Pak Berahim. Memang mabeles la nasik lemak sebungkus 70 sen, pastu kueh mueh pulak empat bijik seringgit!!! Memang berbaloi-baloi! kat KL takkan dapat macam tu!. Tugas kami bermula selpas bersarapan pagi, aku dan dua otai jurutembak bergerak ke rumah pengantin dalam pukul 11.00 pagi. Macam-macam ada kat situ, ada teh khemah teh tarik, ada tempat asikrim dan yang paling best ada Chendol! Neseb baik la aku sempat pekena chendol tu, kalau tak kempunan.

Cuaca hari tu pon amat baik. Pengantin sampai pada jam 1.30 tengahari dengan menaiki sebuah kereta antik yang dihias indah. Fuh terbayang kalo gue yang naik jereta itu hahahaha. Maka bermulalah tugas-tugas rasmi kami sebagai jururtembak. Best walaupun penat!.

Setelah selesai menembak di dalam dan luar rumah, barulah kami dapek menjamu selera. Masa tu dah pukul 4.00 petang, memang sangat kebulur okay!

Selepas makan, kami dan pengantin semua bergerak ke sebuah Istana Lama yang terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan. Fuh memang mabeles la tempat ni, silap-silap boleh tertangkap gambo entiti kat situ hehehe.

Alhamdulillah, kedua-dua pengantin memberi respon dan kerjasam yang sangat baik. Kami pon sempat menggedik kat sana.

Ok lah jom layan gambo.:)

PEACE!

Pemandangan dari dalam rumah Pak Berahim
Bile masing-masing dah sengals hahaha

Menulis untuk:




2011-05-16

Perhimpunan Hari Pekerja 2011

Assalamualaikum! Good day!

Last week, aku berpeluang menyertai kontinjen Jabatan tempat aku bekerja ke Perhimpunan Hari Pekerja yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. This is my first time to join this kind of activity (yang melibatkan Jabatan). Sebelum ni, kalau nak diikutkan tak berapa nak sangat bersosial dengan mereka-mereka di opis. Segan hehe.

Apa yang menariknya Perhimpunan Hari Pekerja adalah aku berpeluang berasak-asak di tempat sesak sambil membawa nama Jabatan! Kami bergerak masuk ke dalam Stadium Putra seawal jam 7.30 pagi dan terus mengambil tempat di aras 2 berhadapan dengan pentas utama. Walaupun duduk depan pentas tapi kalau dah berada tinggi di kayangan, jangankan kepala, badan aku yang comel ni pon takde nya diperasan oleh TPM nanti huhuhu.

Oh Ya, TPM akan hadir merasmikan program ini pada jam 10.00 pagi, jadi sepanjang tempoh 7.30 pagi senhingga 10.00 pagi, setiap kontinjen yang menyertai perhimpunan ini dikehendaki menggayakan pelbagai formasi yang menarik untuk dipertandingkan. Markah-markah akan di ambil bagi kontingen yang mempamerkan formasi dan slogan yang menarik!

Maka kontingen kami pon tak lepas la bersorak, sambil menggaya-gayakan huruf membentuk nama Jabatan. Alahai, kecik je nampak dari jauh...sayup-sayup je. Kami juga menyanyikan lagu Jabatan dengan bersungguh-sungguh walaupun takkan didengar oleh sesiapa memandangkan keadaan di dalam dewan yang gamat dengan sorakan setiap kontinjen. Tapi tetap semangat okay!.

Selain daripada persembahan setiap kontinjen, kami juga dihuburkan dengan persembahan artis-artis yang tak berapa nak dikenali, tapi suara diorang sedap! Acara kemuncak persembahan adalah apabila Ning Baizura keluar menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu sambil diiringi oleh suara-suara kami semua di dalam Stadium itu! Fuuh mantop! Terasa seperti berada di Vegas!

Di akhir program, pemenang formasi terbaik diumumkan di mana syarikat swasta Prasarana Negara mendapat tempat pertama. Memang layak la sebab sepanjang tempoh berada dalam Stadium, diorang memang tak berhenti-henti membuat formasi ala-ala dikir barat dan memegang kad-kad bergambar yang dicantum-cantum menjadi gabungan logo-logo prasarana yang menarik!. Group aku???? hahaha sendiri mau ingat la.

Ok walau apa pun, ini merupakan satu pengalaman yang menarik untuk aku. Rasa-rasanya kalau tahun depan ada lagi, aku nak join la hehehe.

PEACE!

Time ni stadium still belom penoh.
Persembahan pembukaan oleh penari-penari kebudayaan.
Ni dia team aku!!! Kaler Hijau Terang tau!
Stadium dah start penuh!
Group Prasarana memenangi Anugerah Kontinjen Terbaik
Kumpulan Maybank dapat nombor 2
Tu di TPM, nampak sayup2 je.
Finally, persembahan Ning Baizura - Awan Terpilu


Menulis untuk:
















2011-05-10

Jelajah Singapore Part 3 : BBQ Party!

Assalamualaikum!!!

Alamak tetibe ter pause pulak entry "Plan Yang Tersasar" ni kan. Ok aku sambung aktiviti di hari ke tiga. Seawal pagi kami dah bergerak keluar dari Mellville Park, Simei (rumah Adie...by this time dah ada penyewa yang masuk ke rumah itu). Kami singgah 'Brunch' di Bedok Food Centre yang terletak di Bedok hanya beberapa minit perjalanan dari Simei. Bedok Food Centre merupakan kawasan gerai makanan (Food Court) sama seperti kebanyakkan gerai makan yang terdapat di Malaysia. para peniaganya pon berbilang bangsa, Satu Singapore la jugak. jadi kami berenam (termasuk Tan yang gigih merempit menaiki superbikenya itu) berpecah membeli makanan di gerai pilihan masing-masing. Pada mulanya agak sukar aku nak buat pilihan  memandangkan terdapat banyak gerai di situ, tetapi akhirnya mata aku tertarik dengan sebuah gerai Ayam Penyet. Lalu apa lagi, bedal la Ayam Penyet untuk brunch pagi tu. Harga sepinggan adalah SGD 5, hmmm lebih kurang RM 11.00 kot. (T-T)...nanges.

Selepas habes makan di Bedok Food Centre, kami kemudiannya bergerak ke Stesen MRT Simei. Plan kami, akan menaiki MRT menuju ke Sentosa Island (aku, Jamal, Tan, Boring dan Max) manakala Adie akan ke Changi Airport untuk menjemput seorang lagi kawan kami yang tiba dari Bangkok. (Fuh baru cukup korum!!!).

Perjalanan menaiki MRT dari Simei ke Harbourfront mengambil masa hampir sejam kot, memandangkan jarak yanga agak jauh. Tambang MRT takda la mahal sangat dalam SGD 3 lebih kot, aku pun tak berapa nak ingat. Dari dalam MRT tu macam-macam wajah Singapore yang dapat aku lihat.

Kami tiba di Vivo City, hentian sebelum ke Sentosa Island dalam jam 2 petang. Masa tu memang panas giler! Kami terus membel tiket monorel ke Sentosa Island. Harga tiket adalah SGD 3 sahaja. Dengan menaiki monorel yang tak sampai sepuluh minit tu, akhirnya kami turun di Siloso Beach, iaitu hentian monorel yang paling hujung. Best juga lepak-lepak tepi pantai buatan sambil menyaksikan gelagat pengunjung-pengunjung yang kengkononnya Mat Salleh berjemur di tepi pantai! Haish kerje giler! Mat Salleh yang ada dengan kami ni pon tak de nak berjemur macam tuh hehehe.

Lama juga kami berjalan di sekitar Siloso Beach dan Palawan Beach. Setelah beberapa jam kami terpaksa bergerak keluar dari Sentosa Island. Plan seterusnya nak ke Bugis! hahaha tempat favret aku tu! Kat situlah aku rasa boleh borong macam-macam berbanding tempat-tempat lain. Maklumlah aku kan Miskin...

Di Bugis, akhirnya kimi semua berkumpul, termasuklah Adie dan Doli. Akhirnya lengkaplah kami bertujuh berkompol di Seberang Tambak. Setelah selesai berlegar-legar di Bugis, kami semua terpaksa pulang semula ke Simei dengan menaiki MRT. Maklumlah sebelah malam nanti kami ada party BBQ! Tempat BBQ pon sudah ditempah dari jam 6.00 petang sehingga 10 malam.

Setelah menyegarkan diri secepat mungkin, kami semua memulakan BBQ party kami. Ini merupakan kemuncak kepada Farewell party untuk Adie yang akan migrate ke US. haish lepas ni dah tatau nak lepak mana lagi kalau pergi Singapore.

Bermula dengan menghidupkan api dan membarakan arang (masa ni la skill Pengakap dan Bulan Sabit Merah digunakan semuala) sampailah ke acara menenggek ayam, udang, sotong, sate dan sebagainya di atas api. Memang sangat nostalgik!

Makanan malam tu sangat banyak, Tan pulak dengan rajinnya menggoreng meehun dan mee. Memang kenyang gile la malam tu. Sedih jugak sebab lepas ni dah tak tau bila akan berkompol macam ni lagi. Maklumla, setiap tahun kami buat aktiviti berkompol macam ni, bermula dari Perhentian, Singapore, KL dan banyak lagi tempat akhirnya destinasi terakhir adalah Singapore  semula. Ok ada sikit lagi cerita aku nak tulis sebelum menghabiskan kisah Plan Yang Tersasar ni...next entry ok.

PEACE!


Bedok Food Centre

Rojak Singapore
Kalau nak tambah cili bayar 20 sen yer.

Ayam Penyek

Sentosa Island, SILOSO Beach.