2011-06-26

Langkawi Escapades Part 4 (Air Terjun Dan Laksa Power)

Assalamualaikum!

[Sambungan dari Episode 1, Episode 2 dan Episode 3]


Selepas selesai ber'Island Hopping' di Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah, kami kembali ke jeti dan maka tengahari. Tak sempat balik motel bersalin pun, kami meneruskan misi meronda di Pulau Langkawi, kali ini kami ke Air Terjun Telaga Tujuh. Aku memang tak pernah pergi tempat tu sebelum ni. Lokasinya terletak berhampiran dengan Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang. Sebelah menyebelah saja. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah di Rebak Marina, di mana terdapat banyak kapal layar mewah yang bersadai kat situ. Kami pon apa lagi, mode menembak-nembak dengan jayanya di sekitar kawasan Rebak Marina.

Inilah hasil tmbakan orang-orang di jeti masa pegi tadi..jualan RM 10 setiap satu.
Ni kat Rebak Marina...mantap!!!
Adakah mata itew masuk abok??? hahahaha

Bayaran tempat letak kereta di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dikenakan dengan harga RM 2. Selepas selesai memunggah barang, kami pon mula mendaki. Fullllllamakkkk tinggi gile nak mendaki ke Telaga Tujuh, last-last kami hanya ke kawasan air terjun yang bawah sekali. Itupun semput jugak nak memanjatnya. Sampai di kawasan air terjun, terpukau mata melihat air terjun yang indah jatuh dari puncak yang tinggi. Ramai juga pengunjung masa tu. Kami pun tak melepaskan peluang mandi-manda di situ. Sejuk dan nyaman !!!!. Terus aku teringat kat Git Git Waterfall di Bali, tapi airnya lagi sejuk!!!


Aduh tingginya nak mendaki...belok kiri je la hahahaha
Tu diaaaaaa....ramainya orang..siap ada mat saleh bersantai mantai lagi
Hmmmm entah apalah yang ada dalam pale otak mamat ni time ni?
Kengkononnya duyong baru kua ayaq la tu!
Macam iklan pencuci muka kan!!!

Lama juga kami berendam di air terjun telaga tujuh. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang, kami pun bersiap-siap untuk pulang. Perancangan seterusnya adalah untuk pekena Laksa Power di tepi lapangan terbang Langkawi. Menurut kata KJ, laksa kat situ sedap, terbaik dan sebagainya, maka teringin la kami nak mencuba.

Ni dia kedai Laksa Power, tepi airport Langkawi.
Tak berapa kawwwww.....

Sampai di kawasan jualan Laksa Power, kami lihat memang ramai pengunjung pada ketika itu. Sah memang sedapla gamaknya. Bila dah siap order, maka laksa yang ditungg-tunggu pun sampai...hmmm sebenarnya tak la sepower mana!!! Sedap lagi laksa yang kami makan kat pekan Kuah semalam! Terbaek! Dengan perasaan hampa, kami mengambil keputusan untuk pergi shopping di Idamansuri dan Haji Ismail Group. Ada la sikit-sikit cekelat yang aku shopping. Mode shopping memang takde memandangkan kami semua tengah sengkek. Lepas habis shopping, kami pulang semula ke Pantai Chenang untuk makan malam. Malam tu, tak banyak aktiviti yang kami buat sebab masing-masing dah penat. Sampai bilik je aku mandi dan terus landing! Penant giler. Esok pulak ada sehari lagi yang memenatkan! Adoi...jom rehat dulu...

PEACE!! 

2011-06-23

Langkawi Escapades Part 3: Island Hopping (What Else!) At Pulau Dayang Bunting And Pulau Bras Basah

Assalamualaikum!!! 

[Sedutan entry episode 1 dan episode 2 di sini dan sini]

Fuh dah ada part 3 pulak kan kisah coti-coti Langkawi ni. Hari kedua, kami dah bangun awal-awal, sebabnya dah tak sabar-sabar nak pergi Island Hopping!!! Sehari sebelum tu di Pantai Chenang, kami dah booking untuk Island Hopping dengan sorang mamat beach boy (beachboy le sangat kan huhuh) dengan harga RM 35 sekepala. Sebenarnya boleh dapat murah lagi dengan harga RM 25 di tempat lain, tapi memandangkan dah malas nak pegi servey-servey harga maka kami pon proceed je dengan mamat beach boy tu. Operasi menepung tawar harga berjalan dengan lancar di tepi Pantai Chenang nan permai sambil menyaksikan sunset.

Ok berbalik semula di hari kejadian, sebelum memulakan Island Hopping pada jam 9.00 pagi, kami pergi bersarapan pagi dulu di salah sebuah kedai berdekatan dengan motel. Selepas makan, singgah sekejap di sebuah minimart untuk membeli beberapa bekalan untuk di bawa ke sesi Island Hopping.

Van yang mengambil kami untuk di bawa ke Jeti Awana Porto Malai tiba dalam jam 9.30 pagi, huh lewat 30 minit pulak tu. Sampai di jeti, seperti biasa la akan ada orang-orang yang ambik gambar kita untuk dijadikan frame gambar. So kalau berminat nak beli frame gambar tu, sila pastikan muka anda semua tersenyum! Jangan moncong je pulak macam muka salah sorang budak tu! Hiks Hiks!



Kami menaiki bot dengan beberapa orang pelancong lain yang sama-sama bercuti, ada juga group dari India rasanya yang naik satu bot dengan kami. Mak aiii gelang di tangan bukan main, sampai ke siku!

Destinasi Island Hopping pertama kami adalah menuju ke Pulau Dayang Bunting. Di tengah jalan, bot diberhentikan untuk melihat bentuk sebuah bukit yang menyerupai seorang perempuan hamil sedang berbaring. Interesting!!!

Sampai di Jeti Pulau Dayang Bunting, kami diberi masa selama satu jam untuk pergi ke Tasik Dayang Bunting. Tasik Dayang Bunting memang cantik dan airnya sangat sejuk. Menurut mitos, sesiapa (wanita) yang susah untuk hamil, kalau mandi di tasik ini insyaAllah akan mendapat rezeki untuk hamil. Wallahualam.






Menurut lagenda, zaman duhulu ada seorang puteri bunian yang bercinta dengan seorang manusia. Setelah bermadu kasih dengan hebatnya, maka di puteri bunian yang bernama Dayang itu pun hamil. Mereka menetap di sekitar tasik tersebut. Setelah 9 bulan, Dayang pun melahirkan seorang bayu, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas tujuh hari dilahirkan. Pasangan itu sangat sedih dan berhasrat untuk menguburkan bayi tersebut di tengah-tengah tasik. Tasik ini dinamakan sempena nama Dayang Bunting sebagai tanda kesedihan orang ramai kepadanya.



Selepas menjelajah di Pulau Dayang Bunting, kami dibawa untuk melihat ratusan burung helang di sebuah kawasan teluk. Di sini lah kita dapat melihat burung-burung helang menyambar kulit-kulit ayam yang dicampakkan ke dalam air oleh pengunjung. memang banyak! Helang-helang pon besar-besar belaka.


 

Tak lama di kawasan eagle feeding, kami dibawa ke Pulau Bras Basah. DI sini kami berkesempatan untuk mandi dan bersnorkling. (HD dan KJ jer yang snorkling, aku just mandi-manda di tepian pantai je). Dah lama tak mandi laut, so kami mengambil kesempatan yang ada untuk menikmati air laut yang best! 




Kami kembali semula ke jeti di Awana pada jam 1.30 tengahari. Masa tu memang dah lapar gile dan terus cari kedai makan untuk memenuhi tuntutan nafsu makan yang membuak-buak! Lepas makan, kami tak balik motel...ada lagi aktiviti yang kami buat! Apakah? Tunggu next entry ya.

WASSALAM.

2011-06-21

Langkawi Escapades Part 2 : Sunset At Chenang Beach, Langkawi

Assalamualaikum!!!

[Sedutan entry terdahulu di sini - Hari Pertama di Pulau Langkawi]

Seharian memandu, merentasi 5 buah Negeri dan 2 buah Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) menyebabkan urat kaki aku berdenyut-denyut sampai hari ni. InsyaAllah hujung minggu ni semboh la kot. Amin~



Selepas berehat sebentar di Motel (Amzar Motel) sebaik saja puas meronda-ronda di Buffalo Park, Pantai Pasir Hitam, Kilim Geoforest Park dan Pekan Kuah, petang itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di persisir Pantai Chenang, melihat sunset dan keletah manusia yang bercuti di sana.

Jarak di antara persisir Pantai Chenang dengan Motel tempat kami menginap hanya lebih kurang 70 meter sahaja. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah dapat jejak pantai!!! Mode teruja! Keadaan angin pantai yang menghebus diri dan orang ramai yang menjalankan aktiviti-aktiviti pantai amat menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dicuba di Pantai Chenang adalah menaiki Banana Boat, menaiki jet ski, berkayak dan macam-macam lagi.




Bila dah banyak aktiviti kat pantai, kami pun tak melepaskanlah peluang menembak pelbagai aksi. Yang paling best adalah aktiviti menembak sunset. Subhanallah memang cantik pemandangan sewaktu matahari terbenam! Kalau tak silap aku, pemandangan sunset di Pulau Langkawi adalah antara yang terbaik di Malaysia!



Selepas menyaksikan sunset, kami berjalan-jalan di sekitar kedai yang bayak terdapat di kiri dan kanan Jalan Pantai Chenang. Sedikit info: Hari Jumaat merupakan cuti umum di Negeri Kedah termasuklah Langkawi, jadi kebanyakan kedai tutup dan keadaan di sebelah siang agak membosankan dan sunyi. Jadi kalau nak datang bercuti ke Pulau Langkawi seelok-eloknya jangan pergi pada hari Jumaat. Keadaan amat meriah apabila tiba hari Sabtu dan Ahad di mana bilangan pelancong juga meningkat dan kedai-kedai dibuka seawal pagi.



Selepas puas berjalan merentasi kedai di sepanjang jalan, kami menaiki kereta menuju ke Pekan Kuah semula untuk makan malam. Lokasi makan malam kami adalah di deretan kedai yang sama kami makan laksa petang itu iaitu berdekatan dengan Dataran Lang dan Jeti Kuah. Sebenarnya kami nak ke Dataran Lang, dan itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Dataran Lang walaupun dah banyak kali pergi Langkawi huhuhuh.

Nasi Goreng Ketam..Fuh sekor ketam celup tepung!
Nasi Goreng Sotong! Nyum nyum!

Dataran Lang waktu malam tak berapa menarik bagi aku, sebab keadaannya gelap. Nak ambil gambar pun susah jadi feel nak berjimba di Dataran Lang tak berapa nak datang sangat. Tak lama di Dataran Lang, kami pun balik semula ke Pantai Chenang untuk berehat sebab esok ada banyak aktiviti yang kami nak buat! Antaranya sudah semestinya Island Hopping!




WASSALAM.



2011-06-20

Langkawi Escapades Part 1: From Kuala Lumpur to Pulau Langkawi (Overland + Oversea Trip)

Assalamualaikum!!!

Kali ni memang dah tak boleh tahan dah. Mode nak berendam dalam ayor sambil menikmati keindahan alam dah tak terbendung lagi. Jadi dengan short notice aku dan KJ nekad untuk berjimba-jimba ke Utara pula. Disusuli dengan kehadiran HD, memang mengembalikan nostaligia Pangkor satu ketika dulu.

Perancangan untuk ke Tanah Sumpahan Mahsuri (Pulau Langkawi) dilakukan selama sebulan, walaupun masing-masing tengah sengkek dan hampir mencapai taraf muflis, tapi kami tetap teruskan juga. Sebab kalau nak ikut masa yang sesuai, memang susah nak cari, tambahan pula nak mengumpulkan orang yang ramai, yang masing-masing sibuk dan tak ada duit, jadi terpaksalah kami redah juga.

OK seminggu sebelum hari kejadian, aku dah KJ dah sibuk mencar-cari info menarik untuk aktiviti yang bakal kami lakukakn di Langkawi, tapi lain pulak halnya dengan HD, dia sibuk cari info pasal Pulau Jerjak, Penang! Hahaha, itu semua berlaku sebab salah info yang diterima. Takpe lah, itu semua asam garam kehidupan *ceh tetibe kan.

Aku dan HD bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Khamis (16 Jun 2011) sejurus selepas waktu kerja. Mode berjimba-jimba memang dah tak tertahan lagi. Dari Kuala Lumpur, kami memecut menuju ke Ipoh, rumah KJ. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa 2 jam setengah. Kami tiba di Ipoh pada jam 7.30 malam. Alhamdulillah, sempat juga KJ masak sardin dan telur dadar sebagai makan malam kami. Selepas makan malam, kami sempat ke Gerbang Malam, di Bandaraya Ipoh. Keadaannya sama saja macam uptown yang bersepah-sepah di Kuala Lumpur.

Selepas berehat seketika di rumah KJ, kami memulakan perjalanan ke Perlis pada jam 2.30 pagi. Mata aku tak mengantuk pon time tu sebab sangat teruja nak berjalan-jalan. Perjalanan dari Ipoh ke Perlis mengambil masa 3.30 jam.

Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 7.00 pagi. Tiba saja di hadapan jeti, ada seorang lelaki menaiki motorsikal menyuruh kami meletakkan kereta di sebuah kawasan tempat letak kereta berbumbung tidak jauh dari jeti. Setelah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta dan memastikan kereta berkunci, kami pun berjalan kaki menuju ke jeti untuk membeli tiket ferry ke Pulau Langkawi. Oh ya, harga bayaran tempat letak kereta adalah RM 40 untuk 3 hari.

Jeti Kuala Perlis.
Sarapan pagi sebelum naik feri ke Pulau Langkawi.


Tiket ferry ke Pulau Langkawi berharga RM 18 seorang / sehala dan ferry akan bertolak pada jam 8.15 pagi, jadi sempat lagi kami nak bersarapan pagi di sebuah restoran yang terletak di hadapan jeti.





Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Pekan Kuah di Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam. Tiba di Pekan Kuah, kami telah menyewa sebuah kereta Proton Saga Aeroback (KJ dah arrange awal-awal dengan kawan dia) dengan harga RM 200 untuk 3 hari (termasuk deposit RM 50). Dari Pekan Kuah kami terus menuju ke Pantai Chenang untuk makan tengahari dan mencari hotel untuk tidor. Misi kami adalah mencari hotel yang paling murah dan selesa. Alhamdulillah dapat juga tempat menginap yang murah iaitu di Amzar Motel. Kami berjaya menyewa bilik dengan harga RM 45/malam dimana bilik tersebut dilengkapi penghawa dingin, bilik mandi dan tv! Selesa enough. Kami menyewa 2 bilik untuk dua malam dengan harga RM 230 (termasuk RM 50 sebagai deposit). Makan tengahari tak susah, sebab terdapat banyak kedai makan pelbagai selera di sepanjang jalan Pantai Chenang.

Acara pujuk rayu berganti-ganti yang tidak berjaya...akur dengan harga sewa kereta RM 50 sehari...



Tempat pertama yang kami tuju adalah Buffalo Park. Di sinilah terdapatnya baka-baka kerbau yang menghasilkan keju bertaraf dunia! Keju-keju di sini telah mendapat pengiktirafan dan dipasarkan ke luar negara. Memandangkan nak masuk dalam tu kena bayar, jadi kami hanya menembak di luar sahaja. Tapi Buffalo Park ni memang canti. Tempatnya agak tersorok di dalam kawasan kampung dan agak sukar untuk pengunjung untuk pergi ke sana. Kami sampai situ pun sebab nasib jer, ternampak signboard kat tepi jalan hehehe.





Selepas menembak di Buffalo Park, kami menuju ke Pantai Pasir Hitam di utara Pulau Langkawi. Apa yang menarik di Pantai Pasir Hitam adalah pasirnya bewarna hitam akibat tindakbalas kimia dan fenomena ini hanya terdapat di Pulau Langkawi Sahaja! Unik kan! Menurut lagenda, satu ketika dulu Puteri Duyung dari Kerajaan Laut bercinta dengan Putera Darat. Suatu hari putera darat telah mencolek Puteri Duyung dan menimbulkan kemarahan Kerajaan Laut. Kerajaan Laut yang kuat dengan bala tenteranya hendak menyerang Kerajaan Darat. Disebabkan ketakutan, Kerajaan Darat telah meletakkan kayu api di sepanjang pantai dan menyalakannya untuk menakutkan tentera Kerajaan Laut. Melihatkan api yang bayank di pantai, tentera laut menyangkakan Kerajaan Darat mempunyai jumlah tentera yang ramai lalu mereka melarikan diri. Maka disebabkan itulah pantai tersebut mempunyai pasir yang hitam.

 

Dari Pantai Pasir Hitam, kami menuju ke Kilim Geopark, cadangnya nak naik bot sambil menyaksikan pemandangan hutan paya bakau...tapi disebabkan harga tambang yang terlalu mahal, maka sekali lagi kami hanya menembak di jeti sahaja. Ok jugak sebab banyak juga benda yang boleh ditembak.



Dari Kilim Geopark, kami ke Pekan Kuah untuk makan Laksa Langkawi. Memang sedap sehingga menjilat pinggan! Lokasi gerai laksa adalah berhampiran Dataran Lang dekat dengan Jeti Kuah. 



Selesai makan, kami pulang semula ke Pantai Chenang dan memunggah barang-barang masuk ke bilik. Penat gila masa tu sebab seharian memandu dari pagi sampai ke petang, jadi petang itu kami mengambil masa untuk rehat dan tidur sebentar sebelum neneruskan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjimba-jimba melihat sunset! Dimanakah? Tunggu next entry ya.

PEACE!