2011-07-25

Perkara Paling Sadis


Assalamualaikum!!!

Apa perkara paling sadis yang pernah berlaku kepada seorang peloncong yang baru balik melancong? Macam-macam perkara kan...lain orang lainlah kisahnya. Tapi bagi aku ada beberapa perkara yang aku rasa terkilan kalau ianya berlaku.

Yang pertama:

Gambar-gambar yang aku ambil sewaktu travel, semua hilang! Aduh..memang ngeri kalau perkara ni berlaku!!! Memang tak dapat dimaafkan even kepada diri aku sendiri. Kenapa? Sebab semuanya di atas kecuaian diri sendiri. Tapi benda nak jadi kan....kita tak boleh memutarkan balik masa. Pengalaman paling ngeri aku berkaitan perkara ini adalah, sewaktu aku ke Korea Selatan 2 tahun lepas. Bukan main banyak gambar aku ambil, menggunakan kemera compact Canon ixus milik bapak aku dan juga kemera handpone Sony Ericsson C905 milik aku sendiri (sekarang dah jadi arwah di dasar laut Pulau Pangkor agaknya). Puasla posing sana sini..asal pergi site visit saja wajib ada gambar. Pada mulanya semua ok. Sehinggalah aku balik ke Malaysia, entah macamana satu hari tu, dengan gatal tangannya aku mengemas bilik aku yang macam tongkang pecah. Aku pulak gatal keluarkan memory card kemera hp aku sebab masa tu aku nak hp aku rosak dan nak hantar ke kedai untuk dibaiki. Dengan tak sengajanya aku terbuang memory card hp aku. Bila tersedar, aku pergi selongkar balik tong sampah dan malangnya lori sampah dah amek sampah-sampah aku!!!! Tidakkkk!!! Aku belom sempat transfer lagi gambar dalam memory card hp aku tu. Masa tu tuhan je lah yang tahu perasaan aku....dan sejak itu aku berjanji takkan kemas bilik lagi! 
Ni antara gambar yang sempat diselamatkan sebab gambar ni aku dah upload dalam FB.Gambar di Busan City. Mode tak mandi dan pakai baju smalam gara-gara luggage tertinggal di Seoul.

Yang kedua:

Sewaktu bercuti ke Phuket sekitar tahun 2009, dengan gembiranya aku dan kawan-kawan menjelajah Phuket. Pusing sana-sini. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan dan tibalah hari terakhir kami di Phuket. Hari untuk pulang. Dengan konfidennya aku da kawan-kawan akan naik flight malam jam 10. Jadi bersenang -lenanglah dulu, siap-siap untuk breakfast dan sebagainya di sebelah pagi. Tapi bila aku cek balik tiket, rupa-rupanya waktu penerbangan aku pukul 8 pagi! Aduh seriau ok! Ngeri! dah la kat negara orang. Lagi best waktu penerbangan aku dan kawan-kawan tak sama. Diorang punya memang malam, aku punya pulak sesat ke pagi. Ini semua berpunca dari kesilapan aku sendiri sebab tersilap tekan waktu booking tiket dulu. Adoi, alamatnya kami terpaksa ke cybercafe berdekatan hotel untuk beli tiket lain. Alhamdulillah tiket waktu yang sama dengan kawan-kawan aku masih ada...tapi harga mahal nak mampos. Pasrah jelah...

Mode bersukaria walaupon duka : duit kopak sebab terpaksa beli tiket mahal. Salah sebuah shopping mall di Jungceilon (entah betol ke idak aku eja nama tempat ni) sementara menunggu waktu ke airport.

Hmm itu merupakan antara perkara sadis yang pernah berlaku kat aku sewaktu bercuti dan selepas bercuti. Ada macam-macam lagi tapi tak sesadis yang di atas. Kalau ada sesiapa yang mempunyai pengalaman sadis lagi sewaktu bercuti meh la kongsi dengan aku. Jangan segan jangan silu...tepek saja.

PEACE!






2011-07-21

Putrajaya: Laluan ke Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan

Assalamualaikum!!!

Ramai yang dah tahu Putrajaya merupakan sebuah Wilayah Persekutuan yang sangat indah dan moden. Tapi bila sampai di Putrajaya, ramai pulak yang sesat larat, mungkin sebab sistem jalanraya dan sistem papan tanda penunjuk arah yang tak berapa nak sofistikated kot? Masih ada ruang untuk pembetulan. Bagi aku dua perkara ini amat penting memandangkan Putrajaya menjadi tumpuan dunia, ramai yang datang ke Malaysia pasti akan singgah di Putrajaya, paling tidak pon comfirm akan lalu tepi Putrajaya dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) atau LCCT (Lapangan Terbang Tambang Murah) untuk ke Kuala Lumpur. Itulah hebatnya perancangan pemimpin terdahulu, segala-galanya teratur dengan rapi.

Berbalik kepada masalah jalanraya dan tempat-tempat di Putrajaya, aku selaku warga yang telah berkhidmat selama enam tahun di Putrajaya ni pon kadang-kandang tak reti nak bagi direction kalau ada orang bertanya akan tempat-tempat tertentu. Jadi sebagai langkah permulaan, aku rasa ada baiknya aku berkongsi serba sedikit mengenai tempat tempat di Putrajaya sebagai rujukan kepada sesiapa yang hendak ke sana.

Tempat-Tempat Tumpuan: MASJID PUTRA

Selalunya, kalau pelancong-pelancong atau orang luar yang masuk ke Putrajaya, tempat utama yang mereka nak pergi adalah di Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi). Kedua-dua masjid ini merupakan landmark kepada Putrajaya dan merupakan senibina yang unik dan menarik. Kedua-duanya juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Jadi bagaimana nak pergi ke Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan ni?

Ok, biar aku jelaskan. Masjid Putra (kubahnya berwarna merah jambu) terletak di Presint 1, Putrajaya. Sebaik-baiknya, sesiapa yang pertama kali ke Putrajaya mendapatkan gambaran awal bagaimana kedudukan Putrajaya sebenarnya.

Masjid Putra berkubah merah.
SUMBER GAMBAR: andesya@photography
[cik gugle]
Info lanjut:
http://www.masjidputra.gov.my

Kotak Merah adalah TOL PUTRAJAYA [MEX HIGHWAY - E20]
Kotak Biru adalah lokasi MASJID PUTRA, Putrajaya
Garisan BIRU adalah laluan dari TOL PUTRAJAYA ke MASJID PUTRA

Daripada Tol Highway MEX di Putrajaya ikut papan tanda Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Puchung iaitu belok ke kiri sebaik sahaja keluar dari tol. Tetapi awas kerana terdapat satu lagi simpang di sebelah kiri untuk laluan motorsikal yang agak mengelirukan.

Setelah masuk simpang kiri, jalan terus mengikut papan tanda Putrajaya. Abaikan papan tanda-papan tanda lain! Perhatikan di sebelah kiri anda samada anda telah melepasi jejantas Lingkaran Putrajaya yang agak besar dan pastikan di sebelah kiri anda ada HOSPITAL PUTRAJAYA [KOTAK MERAH]. Sejurus nampak Hospital terus masuk ke simpang kiri ke Lebuh Sentosa dan susr ke kiri lagi menghala ke atas jejambat Persiaran Barat. Pastikan anda bersedia untuk ke kanan di traffic light di atas jejambat.

Hospital Putrajaya dari arah Lingkaran Putra [Sumber Gambar: Cik Gugle]
Kotak Merah adalah Hospital PutrajayaGarisan BIRU adalah laluan dari TOL PUTRAJAYA ke MASJID PUTRA
Kotak Merah adalah Jambatan Perdana Putra
Garisan BIRU adalah laluan dari TOL PUTRAJAYA ke MASJID PUTRA
Simbol B adalah lokasi Masjid Putra, Putrajaya.
Dari Persiaran Barat jalan terus sehingga berjumpa lampu isyarat. Kemudian terus lagi sehingga anda melalui Jambatan Perdana Putra yang berbentuk seperti Mercu Layar Kapal dan akan menjumpai simpang tiga. Belok ke kiri singga menjumpai trafic light dan di hadapan anda tersergam indah bangunan Kementerian Kewangan. Di trafic light tersebut belok kiri dan melalui satu roundabout kecil dan ambil terus (pukul 12) sehingga melalui jambatan menuju ke Dataran Putrajaya. Di situlah terletaknya Masjid Putra.

Fuh tergeliat jugak lidah nak bagi penerangan kalau macam ni kan? tapi ini aku tunjukkan jalan paling mudah. Kalau ada yang nak ikut jalan belit-belit aku tak kisah pon. Ikut suka korang la kan.

Bagi Presint 1 hingga Presint 5 kesemua Bangunan Pentadbiran Kerajaan ditempatkan di sana. Senang cerita, sepanjang-panjang Lebuh Perdana tu adalah Presint 1 hingga Presint 5. Jadi semua pejabat Kerajaan ada di situ.

Tempat-Tempat Tumpuan: MASJID SULTAN MIZAN


Masjid Sultan Mizan  terletak di Presint 3, bersebelahan dengan Presint 4, maksudnya di sempadan di antara Presint 3 dan Presint 4 di mana terdapat juga Istana Kehakiman (Mahkamah Persekutuan) di sana. Kalau nak diikutkan, memang senang nak cari ketiga-tiga landmark ni sebab saiznya yang sangat Mega dan cantik. Kalau jumpa bangunan-bangunan yang BERKUBAH tu, komfirmla samada Masjid atau Mahkamah.

Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) di Presint 3, Putrajaya

Tapi aku nak bagi tips kepada sesiapa yang first time datang ke Putrajaya, kalau boleh pergilah cari Masjid Putra dulu. Dari sana, kita boleh terus bergerak lurus menghala ke PICC (Putrajaya International Convention Centre) yang terletak di hujung Putrajaya. PICC boleh dilihat dari Masjid Putra. Jadi, dua landmark utama ni sebagai pemacu arah. Bergerak dari Masjid Putra, merentasi Presint 2, Presint 3, Presint 4, Presint 5 dan Presint 6, anda dapat melihat pelbagai bangunan menarik dan kompleks kerajaan di kiri dan kanan anda. Masjid Sultan Mizan ada di Sebelah kanan di Presint 3.

Kotak merah adalah lokasi Masjid Sultan Mizan
Kalau tadi di Lingkaran Putrajaya anda ke kiri untuk ke Masjid Putra, tetapi untuk ke Masjid Sultan Mizan anda perlu memilih lorong kanan. Tetapi pastikan anda melepasi Hospital Putrajaya terlebih dahulu (sama seperti untuk ke Masjid Putra tadi). Dari situ anda telah memasuki Lebuh Sentosa dan akan melalui Jambatan Saujana Putra yang berbentuk seperti kepala kucing dengan dua telinga. Selepas saja melalui Jambatan Saujana Putra, anda hendaklah masuk ke simpang kiri dan terus sehingga kelihatan Masjid Sultan Mizan di sebelah kiri anda.

Ok nanti aku sambung lagi perihal Putrajaya.

SUMBER-SUMBER dari http://maps.google.com.my

PEACE!

 

2011-07-18

Pertunjukan Bunga Api di Floria 2011

Assalamualaikum!!!

[Sambungan dari SINI ]

Malam hujung minggu lalu aku berkesempatan untuk ke Floria 2011 sekali lagi, misi kali ini adalah untuk melihat pertunjukan bunga api yang katanya diadakan selama seminggu!! Setiap hari! Jadi dengan bertemankan seorang sipu, aku dan dia mengatur janji.

Malam tu memang sesak dan jem! Maklumlah dah hujung-hujung pesta, mesti ramai yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan pesta Floria 2011. Sehingga kereta pon aku kena letak agak jauh, tapi berbaloi sebab masa balik aku tak tersekat dalam jem! Hehehe.

Sampai-sampai je di Putrajaya, mata terpegun melihat deretan bot-bot berhias indah di atas tasik Putrajaya! Memang cantik dan memukau. Paling best mestilah bot berhias dari Negeri Perak, bukan saja cantik tapi meriah dengan celoteh jurumudinya serta dendangan lagu-lagu rakyat Negeri Perak di atasnya. Memang happening habis!

Pertunjukan bot berhias dijalankan sehingga jam sepuluh malam sebelum memberi laluan kepada pertunjukan bunga api.! Memang tak sabar dah tunggu bunga api keluar, port yang aku duduk pon agak strategik berlatarbelakangkan Jambatan Perdana Putrajaya.

Tepat jam sepuluh malam, pertunjukan bunga api pun bermula! Memang sangat cantik menghiasi ruang angkasa Putrajaya. Orang pun memang sangat ramai berkerumun di sepnjang pinggir tasik untuk melihat bunga api. Itulah keistimewaan Putrajaya, macam-macam aktiviti ada! Tapi sayang pertunjukan bunga api itu sekejap saja, lebih kurang 10 minit je kot. Mungkin sebab kos yang mahal.

Ok jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku tembak. Gambar-gambar ditembak menggunakan Lens Canon 50mm sahaja. 

PEACE!









2011-07-13

Lagi Aksi Floria 2011

Assalamualaikum!!!!

[Sambungan dari SINI.]

Mood Pesta Flora belom reda. Masih ada beberapa hari lagi sebelom Pesta Flora 2011 melabuhkan tirainya. Hmmm teringin jugak nak pergi amek gambar sebelah malam...dengar cerita setiap malam ada pertunjukan bunga apai sempena Pesta Flora ni.

Banyak sebenarnya sempena Floria 2011 ni, bukan setakat pameran bunga-bungaan dari pelbagai agensi Kerajaan mahupon Swasta, bahkan ada juga pertandingan-pertandingan yang dijalankan antaranya pertandingan fotografi dan pertandingan melukis! Memang menarik bila melihat aksi-aksi peserta yang pelbagai! Mungkin banyak lagi pertandingan yang ada tapi yang sempat aku tembak hanya pertandingan melukis sahaja.

Dan yang pasti, sesiapa yang masuk pertandingan melukis tu mesti dah kira orang-orang yang professional dan berbakat semulajadi. Tengok gaya pon tau dah siap dengan set lukisan bagai.

Masa hari pertama Floria, aku sempat juga bertembung dengan Perdana Menteri Malaysia, Pak Najib. Hehehe masuk yang ni dah dua kali aku bertembung secara terang-terangan dengan dia. Rejeki nak melihat Pemimpin katanya.

Memang banyak kali dah aku jejakkan kaki ke pesta flora ni, antara satu sebabnya aku nak mencuba pelbagai teknik menembak dan aku suka berkumpul dengan kawan-kawan. Sebab masa ni je lah yang ada untuk kita bertukar-tukar cerita dan mengusik di antara satu sama lain. Alhamdulillah, aku masih ada kawan.

Ok jom sambung pergi Pesta Flora lagi, sehingga 17 Julai 2011. Masih banyak masa bagi sesiapa yang belum berpeluang menghadirinya.

PEACE!










2011-07-12

Teater Mak Dara Nyonya - MATIC

Assalamualaikum!!!

Projek teater diteruskan walaupun dah lama terbengkalai. Kali ni tak pasal-pasal pergi tengok teater Mak Dara Nyonya di Malaysia Tourism Centre, MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Betul-betul berseblahan dengan Saloma Bistro.

Pada mulanya aku tak berapa tahu sangat kisah teater Mak Dara Nyonya ni. Sangkaan awal mungkin cerita mengenai kebaya nyonya hikhikhik..Tapi bila baca sinopsis baru la paham, sebenarnya kisah Mak Dara Nyonya ni merupakan dua buah kisah yang tiada hubung kait langsung di dalam satu persembahan.

Kisah yang pertama: 
Mengenai monolog seorang usahawan wanita tersohor di Malaysia, Mak Dara yang mengasaskan empayar Jamu Mak Dara juga penyumbang utama teater ini. Kisah hidup wanita ini dari sebelum beliau dilahirkan, zaman kanak-kanaknya, kesusahan yang dihadapinya di zaman remaja, pergolakan rumah tangga, kesempitan hidup dan akhirnya kejayaan beliau menubuhkan empayar jamu yang merubah hidupnya dan anak-anaknya. Semuanya berjaya dikisahkan dengan begitu baik oleh pelakon berbakat dan berpengalaman Juhara Ayub! Tahniah Juhara Ayub sebab anda berjaya membawa penonton menyelami kesedihan hidup Mak Dara. Sebak dan pilu. Lakonan anda sangat mengesankan.

Kisah yang kedua:  
Mengenai kehidupan sekumpulan masyarakat di Indonesia, berpaksikan kepada seorang isteri bernama Nyonya yang suaminya terlantar sakit kanser lidah (kanker lidiah katanya) di hospital. Nyoya tinggal seorang diri di rumah besar, mewah dan setiap hari dia diganggu oleh seorang saudagar barang antik yang akhirnya menyebabkan dia terpaksa menjual beberapa barang di dalam rumahnya akibat tidak mahu diganggu. Di samping itu juga, kehadiran anak-anak / cucu-cucu suaminya (yang dah tua) atau keponakan suaminya yang mengganggunya kerana mereka meminta wang hasil daripada jualan tanah pusaka oleh datuk mereka. Maka babak-babak penyatuan mereka dikisahkan dengan begitu lucu dan mencuit hati ditambah pulak aksi para pelakon yang bersahaja dan menjiwai watak! Tahniah kepada pelakon-pelakon Sherry Abdullah, Farah Fauzana, Zizi Zulkifli, Misha Omar, Sarimah Ibrahim dan Zaifri Hussin.

Keunikan Teater Mak Dara Nyonya adalah dari segi gabungan kedua buah cerita itu. Emosi penonton dimainkan, kadangkala sedih dan kadangkala gembira dan diakhiri dengan kisah lucu aksi kejar mengejar kesemua pelakon Nyonya. Memang sangat menghiburkan.

Tahniah kepada pengarah teater Puan Rosminah Tahir, penulis skrip Mak Dara, Puan Siti Rohayah Attan dan penulis skrip Nyonya, Allahyarham Wisram Hadi.

Persembahan teater yang sangat berbaloi untuk ditonton. Saya suka.!

PEACE!