2011-09-29

Eksplorasi Stong: FINALE

Assalamualaikum!!!

Kembali ke Kota Lumpur...Sambungan dari SINI.

Selepas kejadian Kepala Air semalam, keadaan kembali tenang hari ini. Pagi-pagi seperti biasa kami dapat juga bertenggek di tebing air terjun Jelawang untuk menyaksikan sang mentari menyinsing! Mula-mula tu takut juga nak ke sana selepas melihat sendiri apa yang berlaku semalam. Tapi dengan keyakinan yang tinggi dan bila dah nampak ramai orang yang siap bertenggek sama kat sana akhirnya kami pon gagahkan diri menenggekkan diri di puncak Jelawang.

Seperti semalam, keindahan suasana subuh memang tiada tolok bandingnya! Syukur sangat sebab aku berpeluang menyaksikan lagi keindahan alam di atas puncak yang tinggi ini. Terasa tenang bila melihat kepulan awan menutup pemandangan sayup di bawah gunung, seakan-akan lautan kapas yang tiada penghujungnya. Subhanallah.

Pagi ini, kami siap bawa dapur dan mee segera untuk bersarapan di atas tebing. Di tambah pula dengan air teh o panas, memang membuka selera! Kami juga mempelawa beberapa orang dari kemah lain untuk turut serta bersarapan bersama kami, sambil berbual-bual berkongsi pengalaman masing-masing.

Paling menarik kami bertemu dengan beberapa orang pendaki yang memang hardcore dan obsess dengan air terjun. Katanya sudah merata air terjun dia pergi, dan dalam handphone dia hanya ada gambar air terjun sahaja tak ada gambar lain! Wow memang obsess. Ada juga yang merancang untuk pergi ke air terjun yang lain di seluruh negara, kata mereka ada 200 air terjun lagi yang belum mereka jejaki, fuhhhhhhhhhh gigih kan!

Selesai bersarapan pagi dan sesi berposing maut di atas tebing air terjun Jelawang, kami menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar Kem Baha, maklumla nak pergi bersiar-siar semalam tak sempat sebab kejadian kepala air. Syukur kami memilih kemah di seberang sungai kerana keadaan di tapak perkemahan utama agak sesak dan banyak bau bauan yang tidak menyenangkan....kurang sivik agaknya.

Aktiviti kami hari ini hanya mandi manda sekali lagi di Kolam Permaisuri. Hari ini merupakan hari terakhir eksplorasi kami sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Jadi peluang bermandi-manda di air terjun Jelawang tidak kami sia-siakan.

Selepas selesai mandi, kami pulang semula ke kemah dan mula masak makan tengahari. Misi kali ini adalah menghabiskan semua bekalan makanan yang kami bawa. Memang banyak jugak lauk pauk untuk makan tengahari kami. Kenyang! Alhamdulillah.

Sekitar jam 3 petang kami berehatkan badan sambil menanti masa untuk pulang. Kami mengemas semula kemah dan barang-barang, sampah sarap perlu dikumpulkan dan dibawa turun ke bawah / bakar.

Kami bergerak turun dari Kem Baha pada jam 5.30 petang. Sebelum turun, kami dikehendaki membayar kos masuk sebanyak RM 7 sekepala kepada ranger di situ. Masa nak turun, hari tiba-tiba gelap dan hujan mula turun. Kami semua mengenakan ponco sambil meneruskan perjalanan yang sangat mencabar. Dalam hujan lebat terpaksa redah curam, ada yang tergelincir, terhantuk batu dan sebagainya. Alhamdulillah aku tak mengalami apa-apa kesulitan. Kami mengikut laluan lain untuk turun, tidak mengikut laluan semasa mula-mula naik dulu. Laluan turun bagi aku lebih mudah dan tidak memenatkan, cuma keadaan denai yang basah di samping hujan lebat dan beg yang berat sahaja yang menyukarkan keadaan.

Sekali lagi kami melihat kejadian Kepala Air berlaku. Sepanjang jalan turun, kami melalui tebing sungai Jelawang dan dapat menyaksikan air sungai turun mencurah-curah menenggelamkan batu-batu di dalamnya. Memang dahsyat...alhamdulillah jalan turun yang kami lalui tidak ditutup oleh air deras.

Kami tiba di pondok pelawat di pintu masuk Hutan SImpan Gunung Stong pada jam 6.30 petang. Syukur, kali ni takda seekor pacat pon melekat kat badan aku. Lega, sebab pengalaman aku kene gigit pacat dulu sangat ngeri, hampir setahun tak baik-baik. Tiba di bawah, barulah urusan memerut dan membersihkan diri dijalankan. Kami terpaksa bersiap dengan segera memandangkan keretapi dari Stesen Kretapi Dabong akan bergerak pada jam 9.20 malam.

Setelah selesai mandi dan bersiap, kami semua menaiki van menuju ke Stesen Keretapi Dabong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dan ketika itu hujan masih renyai. Kami singgah untuk makan malam di salah sebuah gerai di tepi landasan keretapi sementara menunggu keretapi tiba.

Tepat jam 9.20 malam, keretapi ke Kuala Lumpur tiba dan kami semua perlu melalui perjalanan selama 11 jam lagi sebelum tiba di KL Sentral. Memang penat tak ingat eksplorasi kali ni tapi yang penting puas dan dapat berjumpa kenalan baru. Kami tiba di KL Sentral pada jam 9.00 pagi dan aktiviti kami tidak habis di situ saja...ada macam-macam benda lagi yang kami buat selepas tu sehingga ke esokan harinya.... memang best!

Tamat.

PEACE!





Salah sorang peminat obses air terjun. Aku lupa nama dia hehehe.
Sarapan pagi kami...Megi.

Makanan tengahari kami! macam-macam ada!
Yeay dah sampai bawah!!!
Setelah 10 jam di dalam keretapi Senandung Wau, tak sampai-sampai! Hasih...
Tiket pergi dan balik : RM 45 sehala untuk upper bed.
Akhirnya....sampai jugak di KL Sentral..jam 9.00 pagi.

2011-09-27

Eksplorasi Stong Part 6: Air Terjun 7 Tingkat & Kepala Air

Assalamualaikum!!!
 

Masih berada di Selatan Tanah Air. Adoiiii rindu KL!

Sambungan dari SINI.

Lepas dah habis menembak-nembak kabus pagi dan bersarapan pagi. Kami pon beramai-ramai menuju ke Kolam Air Terjun Permaisuri untuk mandi pagi. Pagi-pagi tu ramai jugak orang dari kemah lain yang sama-sama mandi, sejuk jangan cakap la, air direct dari puncak gunung la katakan!

Tak lama membasuh badan, Che'Mud selaku ketua kumpulan meminta kami semua bersiap sedia, katanya nak naik ke tingkat tujuh air terjun Jelawang! Dekat je katanya, mendaki dalam 15 minit sampai ler. Lepas tu, kami dengan selambanya pon pergilah melenggang dengan pakaian mandi sambil pakai selipar mendaki. Gile betol mendaki macam nak pergi bersiram, siap ikat tuala kat kepala.

Rupa-rupanya, pendakian kami memang sangat mencabar! Macam-macam hal berlaku, ada yang jatuh terduduk la (tergelincir), kena memanjat cerun batu ala-ala Cat Woman la, rock climbing guna tali la, dan yang paling tragis, siap ada yang kena sengat penyengat! Bukan satu tapi lima ekor! Nasib bak cepat-cepat sapu colgate!

Kami melalui beberapa tingkat air terjun, ada Kolam Puteri la, sampaila ke puncak di mana terdapatnya pertemuan di antara dua buah air terjun iaitu Air Terjun Gunong Stong dan Air Terjun Gunung Ayam. Subhanallah, memang cantik sangat bila tengok dua buah air terjun bergabung menjadi satu. Kami pon mengambil kesempatan untuk mandi-manda di situ. Oh ya sebenarnya pendakian kami mengambil masa lebih kurang 45 minit! Bukan 15 minit yer! Cis Tipah tertipuuuuu.

Sambil mandi, ada jugak yang memancing. Ikan memang banyak, kalau tak silap aku ikan selar kot besar-besar dan sangat senang ditangkap. Alhamdulillah rezeki kami, dapat menangkap 7 ekor ikan, cukup sorang sekor buat makan tengahari nanti.

Sedang seronok mandi-manda tiba-tiba dengar guruh tanda nak hujan, dan tak lama selepas tu hujan mula turun rintik-rintik. Kami terpaksa bergerak turun sebab keadaan agak bahaya kalau kami masih berada di situ. Takut-takut akan ada Kepala Air dari puncak air terjun! Ngeri pulak kalau jadi.

Kami pon bergerak turun. Beberapa tingkat air terjun yang kami lalui masih dalam keadaan hujan renyai. Tapi bila kami tiba di kolam puteri, keadaan kembali cerah dan hujan pon berhenti. Kami pon mengambil peluang untuk sambung mandi-manda di situ. Aku tak ingat Kolam Putei tu tingkat berapa.

Apa yang menarik di Kolam Puteri tu terdapat beberapa buah lubang yang terbentuk di batuan-batuan di kaki air terjun. Kami mengambil kesempatan masuk ke dalam lubang yang aku agak sedalam 6 kaki! Ngeri jugak sebenarnya nak masuk tapi bila semua orang dah try, aku pon cuba jugak la. Paling best bila main gelongsor di batuan. Ketinggian gelongsor tak la setinggi di Kolam Permaisuri di bawah, tapi kederasan air boleh menolak badan kami semua menyelusuri batu-batu licin di kaki air terjun. Best!

Setelah lebih kurang 30 minit kami mandi akhirnya hujan turun kembali. Kami pon terpaksa turun dan pulang ke kemah. Perut pon dah lapar, jadi nak tak nak kena jugak balik. Sampai di kemah, kami sempat juga masak cucur Adabi, habis 2 peket! Sementara menunggu untuk masak makan tengahari (sebab nak siang ikan bagai, mestilah lambat kan).

Jam masa tu dah menunjukkan pukul 4 petang. Masih belum luch lagi! Bila makanan semua dah siap masak, kami pon apa lagi melantak tak hengat ler, maklumlah lapar. Masa tu hujan masih renyai-renyai tapi bila tengok kat puncak air terjun, awan sangat gelap menandakan hujan lebat dah turun. Tiba -tiba keadaan jadi riuh...beberapa orang ranger datang ke kemah kami bertanyakan samada ada di kalangan kawan-kawan kami yang belum turun.

Seketika kemudian beberapa isyarat bunyi di buat oleh orang-oang di kem seberang sungai. Semua yang berada di tebing sungai di minta naik ke kawasan yang lebih tinggi. Nasib baik kemah kami berada di tebing tinggi, jadi kami tak perlu berpindah kemah. Selang 5 minit subhanallah air besar mencurah-curah turun dari puncak gunung memenuhi segenap ruang sungai! Batu-batu tempat kami berposing pagi tadi terus lenyap, ditenggelami air. Kejadian kepala air turun memang menakutkan. Masing-masing hanya mampu melihat dari tebing sungai, betapa rakusnya air besar turun dari atas. Tak dapat di bayangkan kalau ada orang yang masih berada di atas, mesti dah hanyut di bawa air. Dalam ribut-ribut tu, ada 5 orang dari kemah lain yang baru turun dari puncak, dan mereka sempat merakamkan kejadian kepala air di puncak. Gila betol diorang tu! Nasib baik tak mati.

Menurut ranger, keadaan air akan kekal begitu selama 4 jam sebelum pulih semula. Tempat lepak kami melihat sunrise pagi tadi memang tenggelam habis! Ngeri ok. Nak seberang sungai pon tak boleh.

Alhamdulillah kami semua selamat dan aku berpeluang melihat satu lagi keajaiban alam. Sebelum ni aku hanya pernah dengar saja pasal kepala air ni, tapi kali ni aku dapat tengok sendiri rupa sebenar kepala air tu. Sangat dahsyat dan ngeri!. Air naik pada ketinggian 4 - 5 meter dan mencurah-curah turun dari batuan tempat orang-orang menggelongsor.

Alhamdulillah menjelang maghrib keadaan kembali reda. Air pon dah agak surut dan batu-batu mula mncul kembali. Tapi keadaan air masih keruh. Pasrah je la minum air keruh malam tu...

OK nanti aku sambung kisah hari terakhir di puncak Jelawang.

PEACE!

Pertemuan dua air terjun: Sebelah kiri Air Terjun Gunung Ayam dan sebelah kanan Air Terjun Gunung Stong...Cantik!
Santai.
Sayup je ke bawah..
Air sejuk...
Laluan ke puncak
Lubang pertama yang di depan ni, lubang ke dua di hujung sana.

Sesi gelongsor bermula.
Tu dia kepala air sudah mai!

Batu-batu untuk menyeberangi sungai telah ditenggelami air.
Tempat kami tengok sunrise pon tenggelam!
Kolam Permaisuri pon habis tenggelam!
Makan tengahari merangkap makan malam kami!




2011-09-25

Eksplorasi Stong Part 5: The Sunrise

Assalamualaikum!!!

Bersiaran dari seberang tambak! Gigih tau aku pepagi buta pukul 5 pagi naik bas join para Bangladeshi dan Pinoy masuk tambak hahaha.

Ok sambung semula kisah Stong dan Jelawang. Sambungan dari SINI.

Pagi pagi buta, seawal jam enam pagi kami dah set jam nak bangun. Kali ni dengan misi penting untuk melihat matahari terbit di puncak Jelawang! Setelah bersiap-siap ala kadar akhirnya jam 6.30 kami bergerak ke tebing batu iaitu puncak air terjun Jelawang. Memang scary kalau sekali tengok tapi bila dah ada ramai orang dari kemah lain pon dah selamber je lepak-lepak kat tebing tu sambil minum kopi dan masak megi, rasa takut aku terus hilang.

Apa yang boleh aku katakan, SUBHANALLAH!!! Sungguh indah bumi ciptaan Allah! Tak terkata keindahannya bila aku lihat kepulan-kepulan awan menutup pemandangan kampung-kampung di bawah sana seolah-olah aku berada di Kayangan! Wah! Kalau ada sesape teringin nak merasa berada di atas awan, memang di situlah tempat dan masanya.

Kami semua pon cari satu port yang masih kosong dan duduk senyap melihat sayup ke hujung atmosfera cebisan-cebisan cahaya matahari mula keluar mewarnai kegelapan malam. Terbaik! Tambahan pulak dengan hembusan angin yang agak kuat memandangkan kami berada betul-betul di hujung tebing laluan sungai Jelawang sebelum airnya jatuh beratus-ratus meter terus ke bawah (tak ada tingkat-tingkat yer). Kalaulah orang yang jatuh, kompom meninggal.

Lama jugak kami melepak kat tebing tu, tak silap aku sampai jam dekat pukul 9.00 pagi kot. Lepas tu kami semua pulang ke banglo kami sebab perut masing-masing dah meronta-ronta minta diisi. Sebenarnya aku terlupa pagi tu kami makan apa hahaha, rasanya megi kot.:P

Tengah lepak-lepak makan, tetibe kami ternampak satu pemandangan yang sangat indah. Fuh bile ada kabus tetibe menyelubungi kemah kami, pastu ada pulak cahaya mentari menari-nari di celah batang pokok, terbaik weh! Hanya gambar je yang mampu menerangkan segala-galanya. Ok tak dapat nak update pepanjang ni, sebab F1 tengah berlangsung kat seberang tambak...agak bingit. Nanti aku sambung lagi kisah air terjun bercabang dua ya.

PEACE!

Let's Pictures do the talk.... 

The Stong 1
The Stong 2
Me and The Stong
Me and The Stong 2
Our memories

 Cakkk!!! Selamat pagi!
Pagi yang hening
Cahaya
Sungai dan cahaya




2011-09-24

Eksplorasi Stong Part 4: Mandi-Manda di Puncak Jelawang!

Assalamualaikum!!!

Mode: Malas nak pergi out station.

Sambungan dari SINI.

Sebaik saja tiba di Kem Baha, masing-masing dah tersenyum riang, maklumlah lepas ni dah takde mendaki-daki, memanjat-manjat lagi dah...kalau ada sure aku ngesot-ngesot sampai ke destinasi. Kami mencari tapak perkemahan yang bersesuaian untuk mendirikan kemah banglo kami. Setelah berkira-kira keadaan yang sesuai, akhirnya kami bersetuju untuk mendirikan kemah di seberang sungai sebab kawasan di sana lebih aman damai dan tak ramai sangat orang.

Kedudukan kemah kami betul-betul di tebing menuju ke sungai, jadi urusan mengambil air sangat senang lah kiranya. Kemah kami berkonsepkan kemah terbuka, ala-ala rumah terbuka la sempena Hari Raya la katakan. Memang takde dinding, supaya semua orang boleh nampak apa yang kami buat hehehe. Kalau hujan memang tempias boleh masuk ke dalam kemah la. Nak dijadikan cerita, sebaik saja kemah didirikan, hujan pon turun tapi tak lebat sangat la. Jadi terpaksa kami membuat sistem perparitan bagi menyalurkan air hujan terus ke sungai. Sistem perparitan yang kami buat agak efisyen siap ada penutup parit lagi. Atas parit tu kami buat tempat memasak dan meletakkan barang-barang makanan (basah dan kering) yang kami bawa dari KL. Kami juga ada bawa empat buah dapor mudah alih tapi yang digunakan hanya dua buah memandangkan tak cukup periuk dan kuali (kes kuali hilang tetibe...heheh).

Bila semua dah selesai, barulah kami makan makanan yang kami tapau dari stesen keretapi Dabong awal pagi tadi. Nasi putih berlauk ayam goreng! Fuh memang terasa seolah-olah makan nasik goreng kampong berlaukkan ayam golek berempah! Sebab dah lapar sangat kan. Selesai makan, masing-masing merehatkan diri seketika. Ada yang tidur, termenung dan mengemas barang-barang. Sekitar jam 4.00 petang, kami semua menuju ke arah air terjun yang terletak tidak jauh dari kem kami. Untuk pengetahuan semua, di atas puncak air terjun Jelawang ni ada lagi 7 tingkat air terjun! Dan kolam pertama yang kami tuju ni kami namakan Kolam Permaisuri sebab dengar cerita kat situ tempat Permaisuri Bunian mandi! Hmmm tatau le betol ke idak. Tapi memang best la air terjun kat situ sebab boleh main gelongsor-gelongsor! Aku kagum jugak la dengan mereka-mereka yang berani nak menggelongsorkan diri kat air terjun tu, silap hari bulan kalau tergolek boleh arwah! Maklumlah menggelongsor dari ketinggian 50 meter! Ada berani?

Air sungai pulak sangatlah sejuk dan jerneh. Tapi warnanya sama jugak macam di bawah kaki air terjun Jelawang iaitu kekuning-kuningan (seperti yang aku ceritakan di entry Part 2). Alhamdulillah walaupun air sungai tu kuning, tapi selamat untuk di minum, buktinya sampai sekarang aku ok lagi hehehe. Ramai jugak peserta camping yang mandi kat situ, dan masa tu jugaklah kami kenal mengenal dengan orang-orang dari kemah lain. Kedalaman air di kolam air terjun tu adalah lebih kurang 5 ke 7 meter, jadi bagi sesiapa yang tak reti berenang tu cukuplah sekadar main simbah-simbah air di gigir sungai yer. Selesai bersabun, bershampoo dan sebagainya kami semua pon pulang semula ke kemah.

Masa ni dah dekat nak maghrib. Selesai memanjakan diri dan menyalin pakaian, maka mulalah masa untuk memasak makan malam. Aku pernah cakap kemah kami ni seumpama banglo mewah kan? Maksud aku mewah dengan makanan. Kiranya makanan kami ni lebih la dari kemah-kemah lain! Siap ada daging salai, sardin, baked beans, telur berbijik-bijik, sayur-mayur, keropok ikan dan papadom, mushroom soup, ikan bilis, ikan pekasam dan pelbagai perisa air minuman 3 in 1. Mewah tak? Kalau tak habiskan memang carik nahas la sebab dah penat-penat angkut bawak naik takkan nak bawak turun semula kan? Pikirkan.

Menu kami malam tu adalah daging salai masak merah, sayur buncis goreng, telur dadar dan keropok-keropok. Bila dah lapar memang semuanya nampak berselera! Tugas memasak memang kami serahkan kepada dua orang chef perempuan yang sememangnya pakar memasak di dalam hutan! Makan malam kami bertemankan cahaya lampu LED UFO sebanyak tiga bijik yang menerangi kemah kami. Memang best!

Memandangkan malam tu kami dah dengar guruh berdentum dentam tanda nak hujan, jadi kami tak merayau ke mana-mana. Jadi kami pon mulakan projek rumah urut kami, sebab salah seorang daripada kami memang pakar mengurut. Jadi setiap sorang diurutnya satu badan, lega betol ...hilang segala lenguh dan sakit pinggang! Terbaik lah! Lain kali kalau korang nak mendaki gunung sila bawak tukang urut sekali ya! Tak rugi!.

Suasana malam memang sunyi walaupun banyak kemah di sekeliling. Tapi memang agak ramai jugak la orang yang lalu lalang depan kemah kami dan tengok aktiviti kami, tak kurang ada jugak yang menyapa sambil berkenalan. Semangat percamping katanya. Maklumlah dah kemah pon konsep terbuka, maka sape-sape yang lalu memang komfirm menoleh ke kemah kami punya.

Malam tu tak hujan pon sebenarnya, tapi sebagai langkah berjaga-jaga kami menyarungkan plastik ke dalam sleeping bag masing-masing, takut basah pulak nanti. Alhamdulillah sampai ke pagi tak hujan, jadi takdelah kami tidur dalam kebasahan. Dan satu keunikannya, walaupun kami berada di atas gunung tapi suasana malam tu takda la sejuk sampai gigil-gigil pon...suam-suam kuku je...jadi takdelah kami tidur dalam kesejukan.

Ok nanti aku cerita kisah subuh dan matahari pulak yer!

PEACE!


Kolam pertama....best!
Nampak tak bulatan merah tu? ha tu diorang nak menggelongsor la tu!
Yipppieee! 
Lepak-lepak sambil buat hal sendiri.
Makan malam kami!!!!




2011-09-22

Eksplorasi Stong Part 3: Mendaki ke Kem Baha

Assalamualaikum!!!

Tak senang duduk aku, asyik teringat-ingat je kat Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan semuanya.

Sambungan dari SINI.

Selepas selesai mandi-manda di kaki Air Terjun Jelawang, kami pon memulakan langkah untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun yang berketinggian 303 meter tu. Lepas ni dah takde tingkat-tingkat air terjun dah, direct sampai ke puncak. Jadi terpaksalah aku menggigihkan mental aku supaya jangan lemah semangat. Maklumlah bile dah lebih muatan ni mudah sangat nak give up. Alhamdulillah semangat aku kuat.

Kami mula mendaki tepat jam 9.40 pagi. Masa ni dengan pakaian basah terus je redah hutan belukar, takde salin-salin baju dah. Denai yang kami lalui agak seram jugak la dengan batu-batu licin dan gelap. Alhamdulillah ada di kalangan kami yang dah pernah sampai ke puncak, jadi diorang la yang tolong jadi guide. Kami melalui kawasan air terjun sehingga masuk ke kawasan hutan belantara. Beberapa minit perjalanan, aku masih ok tapi bile dah dekat setengah jam mendaki, bahu aku dah mula sakit sebab bawak beg berat, puaslah aku serongkan beg ke kiri dan ke kanan tapi tetap sakit. Pasrah je la nak buat macaman, takkan aku nak sorot beg tu atas tanah pulak kan...hehehe.

Sepanjang pendakian memang menguji minda dan fizikal. Betollah orang cakap, kalau nak mendaki ni bukan sahaja fizikal kene kuat tapi mental juga memainkan peranan yang penting! Kalau mental tak kuat alamatnya tak sampailah kite ke puncak tu. Sepanjang jalan aku asyik bercakap pada diri aku yang aku boleh buat-aku boleh redah sampai puncak, dan aku tak henti-henti jugak selawat. Alhamdulillah dipermudahkan oleh-NYA.

Kami tiba di satu lagi check point, di mana terdapat sebuah pondok di antara dua laluan iaitu laluan asal dan laluan yang kami lalui iaitu menyelusuri air terjun. Ya para pendaki boleh memilih untuk mengikut laluan denai hutan atau laluan air terjun. Kami memilih untuk ikut laluan air terjun memandangkan cuaca elok dan tidak hujan. Kalau hujan, janganlah pandai-pandai nak ikut laluan air terjun sebab sangat bahaya.

Sampai di pondok tersebut, laluan menjadi satu. Ada beberapa orang pendaki yang sedang duduk berehat, 2 orang nak naik dan sorang lagi dah nak turun. Kami juga turut berhenti rehat di situ seketika, tapi kami kena cepat bagi mengelakkan bertembung dengan pelajar-pelajar yang ramai tu. Kami perlu berebut tapak camping sebab takut port yang best dah tak ada. Jadi tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan.

Seperti yang telah dipersetujui, pendakian kali ni bukanlah hard core punya pendakian. kami hanya nak bersantai lalalala sahaja untuk sampai ke puncak. Jadi tak perlu la rushing-rushing sangat, jalan pon mengalahkan seekor kura-kura berlari, tapi dikalahkan seekor babi berjalan la. Maksudnya lenggang Mak Limah je.

Lepas daripada pondok tersebut dah tak ada check point untuk berhenti dah. Pendakian terus sampai ke Puncak Air Terjun Jelawang. Memang tinggi giler dan mencabar habis. Peluh usah cakap la, sampai dah tak tahu beza antara peluh dan air sungai sebab baju basah. Aku memang dah lemau gile, nak melangkah pon seperti orang kena ghaout. Tapi bile mengenangkan kengkawan semua dah jalan ke depan, aku gagahkan jugak diri aku. Berjalan, mendaki, mengesot (tipu je) dan akhirnya aku berjaya menyampaikan diri ke Kem Baha!!!

Ya Kem Baha merupakan tapak perkemahan yang diwujudkan di atas puncak Air Terjun Jelawang! Masa aku sampai tu aku nampak dah banyak khemah mungkin daripada orang-orang yang sampai sebelum kami. Orang yang sampai ke Kem Baha dikehendaki melaporkan diri di pondok pelawat dengan mengisi borang yang disediakan. Sama seperti di pintu masuk Hutan Simpan Stong seperti yang aku ceritakan sebelum ini.

Selepas selesai melaporkan diri, barulah kami memilih tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah a.k.a banglo mewah kami. kenapa aku kata mewah eh??? Tungguuuuuu nanti aku ceritakan.

PEACE!!!

Kami akan menuju ke puncak itu!
Jalan yang semakin sukar
Menyeberangi sungai untuk ke Kem.
Panjat, lompat, ngesottttt!
Akhirnya kami tiba jugak di Kem Baha
Sempuitttt!~