2011-10-31

Gelombang Terakhir 2011

Assalamualaikum!

Sekarang ni dah masuk fasa tonggang-langgang. Sebab apa? Biasa la hujung-hujung tahun ni memang akan datang satu gelombang kebizian kat opis. Betol tak? Aku rasa ramai yang mengalami situasi tu, sebab tu la aku jarang cuti bila datang hujung tahun...huhuhuh sedih.

Hari tu sebok orang bercuti sebab sambutan Deepavali, aku takde buat apa pon, balik kampung pon tak sebab cuti sehari je (kesian kan masyarakat India dapat cuti sehari je masa perayaan diorang?) Sepatutnya bagi la dua hari sama macam Raya Puasa dan Raya Cina...hehehe sebab aku suka cuti. Hmm hari tu aku layan pergi IKEA makan Meatball sedap sampai kembung-kembung perut 2-3 hari. Hahaha.

Lepas tu cuti hujung minggu sempat la layan movie Reel Steel sorang-sorang kat MidVelly. Untung jugak sebab awek sebelah aku pon layan sorang-sorang gak hehehe. Memang best GILER citer tu sehinggakan aku memasang niat untuk tengok lagi skali! :)

Lepas tu layan pulak pegi tengok MITM Travel Fair 2011 kat MidVelly jugak. Kali ni siap buat "blind date" dengan Mr. Kemang...Cara berinteraksi adalah menggunakan  twitter! Hahaha mana-mana yang nampak update twitter kami tu, dah macam berbalas-balas SMS dah ropernyer. Memang first time aku buat keje macam tu. Internet di hujung jari la katakan.

Dapat jugak la jumpe bertentang mata buat kali pertama dengan Si Kemang tu. Baik je budaknya,  hahaha (leh tak aku nak puji ko kat sini Kemang?) Ok la tamau citer lebih-lebih. Nanti tak seprais pulak kan.

MITM Travel Fair 2011 tu ok la, sama je macam MATA fair tapi skala dia lebih kecil. Banyak pakej yang diorang offer untuk cover sebelah China, Macau, Taiwan, Jepon, Korea dan Asia Tenggara. Belah-belah Europe tak berapa banyak begitu juga Australia.Hmmmm bagi aku yang tak berapa nak mampu ni dapat tengok je la, sambil-sambil cilok guide book. Manala tau kot-kot tersesat kat salah satu tempat tu satu hari nanti! (Pasang angan-angan tak kene bayar *memetik kata-kata Pesada Balkis :))

Ok just beberapa update pasal minggu lepas. Nak sambung baca report ni, esok ada miting. *@_@ pitam...

Pstt:- memang seronok dan ketagih membaca buku LP dan travellogue ...

WASSALAM.

Amacam sedih tak muka?






2011-10-26

Mencanting Batik

Assalamualaikum!!!

Lega dah lepas buat presentesyen tadi dalam keadaan suara serak-serak basah *fefiling Ella sambil menggoyang-goyangkan kan kepala. Tapi rambut aku pendek! Ok dah melalut.

Dua tiga menjak ni asyikla aku baca cerita pasal obersi, sana-sini ramai yang nak mengembara keliling dunia...pitam dah ni sebab sampai terngigau-ngigau naik bas senget! Pastu macam-macam cerita dan pengalaman blogger yang jalan sana-sini. Alhamdulillah ye, selagi ada rezeki jangan lepaskan peluang nak kemana-mana.

Disebabkan aku macam dah terlupa dengan kewujudan negara sendiri (MALAYSIA) kali ni nak cerita sikit la pasal trip aku beberapa minggu yang lalu ke Terengganu (Negeri si Kemang katanya).Tujuan asal adalah bawak keluarga aku pegi kenduri kawin salah seorang sedara kat sana. Lagipon, nak bawak anak buah aku jenjalan sebab dia tak pernah pegi Terengganu.

Sebenarnya aku pon baru 2 kali kot jejak Kuala Terengganu (KT) tu, jadi merasa la jugak pegi Pasar Payang, makan kat Restoran Air Buah Gelas Besar (seriously kau pegi restoran ni memang air buah dia boleh disaji dengan gelas pelbagai saiz!!! tapi sorry to say, restoran ni dapat bad review dari aku!)

Ok ni part yang paling best, bila aku sempat tengok orang mencanting batik! rasanya berapa ramai yang pernah tengok orang mencanting batik? Aku rasa budak zaman sekarang ni ramai yang tak pernah tengok kot! Hahahaa

Lokasi tempat mencanting ni aku tak berapa ingat. Tapi dekat betul-betul tepi pantai jalan nak ke Kuantan. Benda-benda asas untuk mencanting batik adalah kain terutamanya sutera la kan, dan semestinnya kain puteh. Lepastu mesti ada benda paling utama, canting (alat melukis corak batik) dan lilin...jangan dilupa pewarna.

Ha cam ginilah rupanya studio batik yang aku terjah haritu... hasilnya memang menawan!Abang tu kata yang dia tengah lukis tu ada orang order. Wahhh handmade tau, bukan cop cop!.

Ok lah mood Deepavali...main mercun ngan anak jiran sebelah sambil baling mercun ke anjingnya. Hahahah sadis tak?

Pssttt:- aku memang berdendam dengan anjing tu walaupon dia cuba berbaik2 dengan aku.

Psttt- anjing yang aku maksudkan tu adalah betul-betul anjing yer bukan ada maksud tersirat! harharhar!

WASSALAM!

Sempat jugak aku melawat Masjid Kristal..pestaim tau.
Pelbagai jenis gelas untuk dihirup
Inilah Restoran Air Buah Gelas Besar tu


Best banyak angin.
Pantai apa tah aku tak ingat...hehehe
Ini lah rupa bangsal mencanting batik tu.

Peralatan mencanting batik





Mode Deepavali main belon...lalalalaa muka inesen tak?

2011-10-20

Tembak-Tembak : Journey To The Fairy Tale's Land

Assalamualaikum!!!

Satu lagi family yang best to work with! Family Amalina yang ada dua anak kecik yang comel, Ain dan adiknya *alamak aku tak ingat nama hehehe. Sekali lagi aku dan team dapat peluang menembak family portrait. Kali ni lokasi yang kami pilih adalah di tepi Pusat Akuatik Putrajaya, bersebelahan dengan Hotel Pullman di Presint 5.

Mungkin ramai yang tak tahu tempat ni, tapi kat situ memang menyajikan pemandangan yang cantik...sebab ada pantai buatan dan budak-budak boleh mandi-manda kat situ yer. Tapi untuk bebudak saja, mak dengan bapak budak jangan gatei-gatei nak join mandi sama.

Mungkin masa kami menembak tu agak tidak kena sebab waktu itu juga sedang berlangsung pertandingan perahu naga antara universiti di Malaysia, jadi orang agak ramai, masing-masing tengah prektis dan memasang kelengkapan bagi pasukan masing-masing. Tapi itu semua bukan halangan, sebab rezeki ada di mana-mana, jadi kami pon kenalah cari beberapa port menarik supaya tak terkesan oleh acara itu.

Yang menariknya, si Ain, bila ibunya dah pakaikan lipstick terus tak boleh nak senyum! Hahaha jenuhlah aku nak kene buat aksi badut bagi budak tu senyum! Naseb baik menjadi! *Adakah aku mempunyai bakat sebagai badut sarkas?*

Apa-apa pun, pengalaman sebegitu memang sukar dilupakan dan bertambah lagi satu portfolio kami. Thanks kepada semua yang sudi membantu! Ada masa, pangil la kami lagi! :)

WASSALAM!

Journey To The Fairy Tale's Land

Muka sedah sebab mrajuk dengan kuda belang kat belakang tu.



Its Us!!!
My team!





2011-10-18

Jalan-Jalan Bawa Diri: Singapore Part 2

Assalamualaikum!!!

Dah berminggu-minggu baru nak update! Haish memang kerajinan ni datang bermusim kan... tapi bab komen blog orang lain rajin pulak hahahaha.

Ok aku sambung balik bab merempat di Kota Singa bulan lepas. Sambungan dari SINI.

Bila dah sampai Stesen MRT City Hall, aku pon menapak la menuju ke arah Stesen MRT Raffles Place, sebab kat situlah stesen yang paling dekat untuk ke Merlion's Park. Sepanjang jalan tu memang ada pagar-pagar dah menghalang jalan sebab F1. Ei tak best betol, rosak pemandangan aku.

Aku menyelusuri sepanjang Singapore River, mengikut laluan River Cruise, tapi pagi lagi so semua kedai belum bukak. Barulah aku dapat rasa keadaan tenang kat kawasan ni, kalau tak sentiasa havoc dengan karenah pengunjung. Ramai jugak orang jogging terutamanya mat salleh. Rajin diorang kan jaga kesihatan.

Kalau menurut info yang aku dapat dulu, lebih kurang 60% penduduk di Singapore ni adalah warga asing (migran) sebab Kerajaan nak mencapai taraf kependudukan yang tinggi iaitu lebih kurang 6 juta penduduk mejelang 2012! Wow, sebab tu mana-mana pegi kita boleh lihat Mat Salleh, Bangladeshi, Indonesian, Fillipino dan sebagainya merata-rata di Singapore. Multi-racial katanya.

Ok bila dah dekat 30 minit aku berjalan tetibe nampak satu kedai ni, macam familiar je nama kedai tu, Restoran M. Nasir! Wah, ada restoren nama retis pulak kat sini eh, oh ya tak yer jugak sebab M. Nasir kan memang orang Singapore, ops silap Dato' M. Nasir. Sayang kedai tu tak bukak lagi, kalau tak boleh gak pegi breakfast kat situ.

Takpe misi diteruskan, hajat nak tengok Merlion di waktu pagi, so gigih la menapak sepanjang Singapore River sampai lah ke hujung jalan, sedepa je lagi nak sampai Merlion's Park. Oh no!!! Jalan tutup! Puas aku pusing sana-pusing sini, menapak tau,gigih...tak jumpa jugak jalan nak melintas. Adoi gimana ni??? Akhirnya aku give-up je. Aku pujuk hati aku, dah banyak kali aku ke situ jadi ada hikmahnya aku tidak ke situ, mungkin jugak sebab dia suruh aku datang lagi lain kali? Ohhhhh rasanya macam dah jadi rumah kedua pulak Kota Singa ni.

Aku pon duduk lepak kat tengah-tengah Raffles Place tu sambil makan sebuku roti dan minum sekotak susu. Fuh memang feeling-feling berada di tengah Bandaraya New York pulak (tengok dalam tv). Orang memang tak ramai tapi ada la sorang dua pelancong mat salleh yang sibuk amek gambar sana-sini.

Tiba-tiba ada la sorang mamat omputeh ni, datang tegur aku.

Mamat:    Selamat pagi, tumpang tanya macamana nak pegi Vivo City? Saya punya peta hilang dan tak ramai pulak orang kat sini untuk ditanya. (mampus mat saleh cakap melayu! Ko ada? hahah sebenarnya aku translate la !)

Aku: *tersedak roti. Oh selamat pagi, tuan nak ke Vivo City ye? (*gile skema ayat aku kan?) Tuan boleh naik MRT dari sini menuju ke Harbourfront Station. Saya pon nak ke sana jugak! *tetibe kan, tapi memang aku plan nak lepak Sentosa pon, berjemur tepi pantai sampai hangus.

Mamat: Oh yer ke, awak sorang ke? Memang tinggal di sini ke? (Aik tak nampak ke memang aku sensorang mengketedarah roti ngan susu) Risau gak aku kot-kot dia nak rompak aku ke. Tapi aku tau Singapore ni bandaraya yang selamat, so aku layan je.

Aku: Ye saya sorang, saya dari Kuala Lumpur, baru sampai pagi tadi. Nak ronda-ronda Singapore hari ni.
Mamat: Oh boleh la saya ikot awak? (Alamak mamat ni nak ikot aku pulak? Adoi ni yang malas ni, kang aku sesat dia ikot je pulak cane?)

Aku: Ok no problem. Saya boleh bawak awak ke Sentosa. (dalam hati jenuh pikir caner nak bawak dia ni pegi Vivo)

Aku dengan mamat tu pon gerak la naik MRT dari Raffles Place sampai ke Harbourfront Station. Aku tanya dia, dari mana. Rupanya dia dari Scottland, baru sampai malam tadi sorang. Pagi-pagi dah keluar nak pusing-pusing Singapore.

Ok la, tak pasal-pasal aku boleh jadi tour guide kat negara orang. Ceh aku sendiri pon terkontang-kanting. Aku pulak pikir nak cari excuse nak lari dari dia sebab aku tak banyak masa pon kat Sentosa tu. Akhirnya sampai la kami ke Pulau Sentosa, mamat ni kata dia nak masuk Universal Studio, dia ajak aku, fuh lega ada excuse...aku pon bagi tau dia yang aku tak cadang nak masuk, so dia boleh proceed dengan plan dia. Kami pon berpecah di situ. Aku terus naik monorel ke Palawan Beach, nak tengok laut.

Masa tu badan aku memang penat giler, maklumlah dari tengah malam drive pastu terus masuk Singapore. Aku tertidur kat tepi pantai tu bawah pokok kelapa. Naseb baik la takde buah kelapa yang jatuh. Waktu tu dah pukul 2.30 petang.

Hajat nak melepak tepi pantai kiranya dah kesampaian la. Aku pon siap-siap nak balik semula ke JB. Maklumla, tempat nak tidor malam ni tak cari lagi, esok pulak kerja dah start. So nak tak nak kena jugak balik JB dan cari tempat tidor. Memang singkat visit aku kat Singapore kali ni. Janji dengan Tan (Kawan baik aku yang memang kerja di Singapore) nak jumpa hari tu pon tak kesampaian sebab tetiba dia kena kerja shift siang. Takpe lah dah takda rezeki nak jumpa.

Aku naik MRT dari
Harbourfront sampailah ke Kranji semula sebelum balik ke Larkin. Penat nak mampos, tapi puas sebab sampai jugak hajat nak masuk Singapore lagi sekali.

OK itu je nak cerita.

WASSALAM!








2011-10-17

Perghhhh It's PERTH! (LP je)

Assalamualaikum!!!

Akhirnya setelah lama menunggu, maka tiba jugak bungkusan yang dijanjikan kat meja aku. Excited siot dan terharu sebab ada jugak orang sudi bagi present walaupun bukan time besday aku. Hikhikhik

Thanks to Kemang sebab bagi hadiah buku Lonely Planet [LP] edisi pra-sejarah ni. Banyak pulak buku nak kena study. Di samping buku yang ni, ada beberapa buku lain yang sewaktu dengannya yang aku rembat masa pesta buku Big Bad Wolf haritu.

Ok masa untuk poya-poya dah berlalu, nak kena fokus study pasal ni pulak lepas ni. Serius excited. Alamak sepatotnya dah start lama dah ngompol reter tapi tak jalan-jalan jugak...hampeh, semoga ada mak gule sanggup menaja anak gula seperti ku ini! Hahahaha *keji.

Ok fokus-fokus!

Thanks KEMANG!

PEACE!




Menulis untuk:

Tembak-Tembak : Aziah and Family

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah, bulan Oktober ni ada la jugak job masuk. Walaupun tak banyak tapi rezeki jangan ditolak ye tak? Sekali lagi aku and team telah bertugas untuk menembak sebuah family yang sangat kiut-miut semuanya! Kali ni misi adalah untuk meraikan Hari Jadi anak bongsu si Aisy namanya. 

Jadi macam-macam props la yang si mak dan bapak bawak, kakak-kakak dan abang jugak gigih mengangkut kereta mainan! Memang comel-comel semuanya.

Pada mulanya susah jugak nak kawal bebudak ni semua sebab masing-masing excited berlari-lari ke sana kemari..oh lupa pulak, lokasi penggambaran kali ni adalah di Taman Tasik Perdana.

Akhirnya berkat pujuk rayu dapat jugak la kami merakamkan beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan terindah untuk keluarga ini. Semoga semuanya kekal happy dan menjadi keluarga yang sentiasa cute ye!

WASSALAM!

 








2011-10-10

Jalan-Jalan Bawa Diri : Singapore Part 1 (Tanpa Arah Tuju)

Assalamualaikum!!!

Dah nak masuk 2 minggu baru datang mood nak cerita. Biasa la, hidup tengah huru hara la ni, banyak sangat benda urgent (kononnya) nak kene settle. Alhamdulillah I manage to handle it. :p

Minggu lepas aku ditugaskan ke luar kawasan (lagi!!) tapi kali ni memang jauh, ke selatan tanah air. Jenuh aku pikir, nak pergi naik apa,nak tinggal kat mana dan sebagainya, walaupun semua tu boleh claim tapi apakan daya aku tidak mampu nak mendahulukan duit aku sendiri hahahaha. Pasrah jadi orang miskin yang penting happy.

Tapi memandangkan aku dan kehidupan kucar-kacir telah sebati. jadi semua tu bukan masalah besar. Seperti yang aku nyatakan di perenggan awal tadi, I manage to handle it! Yeah! Disebalik kerunsingan bertugas di luar kawasan, aku nampak sudut positif di situ. Ye, dapat jugak aku melarikan diri ke seberang tambak!

Aku bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan sendiri (si hitam manis) pada jam 12.30 malam. Ha gigih tak aku drive sensorang sampai ke JB? Aku bawak kereta tak laju pun, ikut had laju yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (maklumla pekerja gomen). Perjalanan dari KL ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam dengan kadar Tol RM 39.10 (kalau tak silap aku la, sila check kat website PLUS Highway untuk kepastian). Aku tiba di Bandaraya JB pada jam 5.00 pagi, tak sangka aku boleh drive sorang-sorang dikala malam hari sampai ke JB!(Dalam kepala otak dah terbayang ngangkung, jangan pandang belakang dan sebagainya). Malaysia Boleh la kan. Keadaan di JB masa tu agak lengang, maklumla pagi minggu. Maka bermulalah episod sesat larat di JB. Kalau ke JB memang tak sah kalau tak sesat, aku pon tatau la kenapa hahaha. Plan aku adalah untuk terus ke Terminal Bas Bersepadu Larkin (Stesen Bas Larkin). Aku dah plan nak letak kereta di situ. Bayaran letak kereta pon murah je, RM 5 untuk sehari.

Lepas siap membersihkan diri apa yang patut dan menunaikan apa yang wajib aku pon berlegar-legar di sekitar kaunter tiket bas Larkin tu, kalau dulu aku ke Kranji dengan menaiki Bas Causeway dengan tambang RM 2.50 sehala, tapi kali ni aku nak try naik SBS pulak. Tambang SBS lagi murah iaitu RM 1.80 sehala dan kekerapan bas juga agak banyak. Masa berlegar-legar tu baru lah aku perasan yang rupanya aku belum lagi tukar duit kepada matawang SG! Mampos, dah la kedai banyak tak bukak lagi! Sia-sia je aku datang awal pagi kengkonon nak masuk tambak untuk capture sunrise di tepi Merlion. Hampa, silap aku jugak sebab tak plan betul-betul padahal hari sebelum tu aku dah lalu depan money changer dan saje aku cakap dalam hati nak tukar esok kat stesen bas Larkin. Huh amek kau! Padan muka.

Jenuh jugak aku berlegar-legar dari jam 6 pagi sampai la pukul 6.30 pagi akhirnya ada satu money changer dah bukak. Jadi aku pon dengan pantasnya terus pegi tukar duit. Lega, lepas tukar duit aku terus naik bas SBS tu. Alhamdulillah tak perlu menunggu lama (sebab bas banyak) bas pon bergerak ke Sebarang Tambak menujuk ke Kranji. Sebenarnya perkhidmatan bas SBS ni bermula dari jam 5.00 pagi lagi.

Kenapa aku pilih Kranji?

Sebab mudah untuk merancang perjalanan dari Kranji. Di Kranji ada stesen MRT (Mass Rapid Transit) dan paham-paham sajalah, public transport kat Singapore ni memang aku puji habis-habisan. Kiranya ko memang tak boleh sesat la. Cuba ko jalan sorang-sorang kat KL, agak-agak dari Pudu nak ke Damansara Utama ko tau tak nak naik apa?(teksi??? mati kering la ko bayar tambang!)

Ok, seperti biasa sebelum memasuki Tambak Johor, aku kena turun dari bas dan masuk ke kompleks Imigresen untuk pemeriksaan passport, kemudian kenalah cepat untuk keluar semula dan naik bas. Kali ni aku tak jumpa pulak bas SBS yang aku naik tadi tapi aku naik bas SBS lain, hahaha belasah je janji SBS. Orang yang beratur nak naik bas tu pun ramai, kebanyakannya datang ke SG untuk bekerja dan ada jugak yang nak mencuci mata (macam aku).

Bila dah melintas tambak dan sampai di Woodlands, bas berhenti lagi, kali ni untuk pemeriksaan Imigresen pihak Singapore pulak. Jadi kenalah turun bas semula dan isi borang imigresen, buak pemeriksaan passport dan turun ke bas semula. Agak penat jugak prosesnya ye? Sebenarnya seronok sebab kita akan rasa seperti dalam cerita Amazing Race hahahaha (sebab nak kejar bas yang kita naik).

Selesai pemeriksaan Imigresen di Woodlands, barulah perjalanan lancar ke Stesen MRT Kranji. Alhamdulillah, aku tiba di Stesen MRT Kranji pada jam 7.30 pagi. Aku terus ke kaunter jualan kad Ezee Link. Untuk makluman semua, EzeeLink card ni sama fungsinya macam Kad Touch 'N' Go yang kita gunakan untuk bayar tol, naik LRT dan bayar parking kat Malaysia, sama fungsinya di Singapore ni cuma kegunaannya lebih meluas! Kali terakhir aku beli kad ni dultu harganya SGD 10 tapi kali ni dah naik jadi SGD 12 ok! Tapi jumlah nilai kat dalamnya masih kekal SGD 7, cukuplah untuk ronda-ronda Singapore nail MRT hheheeh.

Selesai urusan membeli kad, aku pon meneruskan niat ke City Hall Station. Tambang dari Kranji Station ke City Hall Station dalah SGD 1.++ aku lupa nak catit :).Perjalanan dari Kranji ke City Hall mengambil masa 40 minit. Sempat la kalo nak tidor-tidor ayam, lagipon pepagi buta tak ramai orang lagi naik MRT.

Sebenarnya aku nak turun kat Raffles Place Station tapi entah macamana aku tersilap turun kat City Hall Station, takpe la jalan kaki pon best sebab dapat tengok bangunan-bangunan cantik kat Singapore ni. Rupanya masa ni Singapore tengah dalam penganjuran F1, jadi banyak jalan-jalan utama ditutup termasuklah jalan-jalan di sekitar Merlion's Park. Susah jugak la nak menyeberang jalan sebab banyak pagar didirikan. Pasrah je la tengok dari jauh.


Lepas berjalan dalam 10 minit barulah aku sampai ke Singapore River, lalu depan Bangunan Parlimen Singapore tau! Sempat jugak la tembak-tembak kat situ. Bangunan Parlimen ni terletak betul-betul di tepi Kalang River yakni kawasan yang paling aku suka. Kalau boleh nak melepak kat situ seharian pon takpe, rasa tenang je tengok sungai dan gelagat manusia.

Ok la nanti aku sambung lagi kisah membawa diri ni. Nak sambung study...;p


WASSALAM!

Buat muke!!!~
Singapore River....