2011-11-30

Terasa Bagai Berada Di India!

Assalamualaikum...

Pssttt:- Tajuk takde la kena mengena sangat..sipi-sipi je. 

Sebenarnya nak buat entry Wordless Wednesday..tapi disebabkan aku anti WW ni (memang tak pernah ada) maka terhasil jugak ayat-ayat merapu kat bawah..terima hakikat tangan tak boleh berhenti menaip...:p

Lama jugak aku abaikan blog aku ni, pegi terjah blog kengkawan pon hanya sempat tengok gambar. Tapi aku dah buat lawatan susulan, memang menarik baca kisah-kisah kawan-kawan yang kita suka tatkala diri ini kekeringan sumber dan masa untuk meraban di blog sendiri. Pasrah.

Sepertimana yang aku pernah nyatakan dalam entry sebelum ini, hujung tahun agak sibuk. Ya sungguh tak dapat dielakkan, mana nak kerja, nak layan keluarga, nak layan kawan-kawan, tambahan pulak aku kena setelkan lagi dua event. Walaupun penat, tapi aku suka sebab aku dapat belajar banyak benda baru. Sedih jugak sebab mata Cik Melatie masih tak mampu aku nak beli....sabar je la. Guna apa yang ada, janji hasilnya memuaskan.

Ok cukup merungut pasal diri sendiri. Dikesempatan ini aku nak ucap Terima Kasih pada Chawana sebab menobatkan aku sebagai pemenang dalam Kuiz Untuk Travelholic Yang Bakal Ke India yang dia buat kat blog dia di SINI. *Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak aku jawab soalan kuiz kan!!!! Ye aku kan gigih walaupon bukan aku yang nak ke India hehehe.

Hadiah pon aku dah terima! Terima kasih Chawana di atas sumbangan kepada aktiviti menguatkan lengan tu yer. Mungkin ia sebagai latihan mengangkut beg-beg yang berat tatkala berkelana nanti! Hehehe. *aku suka!

WASSALAM...

Tahniah buat pasangan Hafiz dan Natasya...
Tasya dan hafiz....


2011-11-22

Tahniah Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum!!!!

TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!
(MODE PATRIOTIK)

Tak cukup sorak kat rumah, malam ni nak sorak dalam blog juga!~ hehehe . Walaupon aku ni tak minat sangat dengan game bola ni, tapi bila ia melibatkan Malaysia, automatik aku jadi patriotik! Gigih ni balik kerja awal...makan awal pastu bersiap-siap duduk depan tv dengan para housemates dari pukul 8 malam sampai 12.30 malam!

Sepanjang perlawanan, memang banyak sumpah seranah aku dengan housemates semua pastu, jantung macam nak gugur dah bersepah-sepah atas lantai. Haish tetibe fanatik kan...tapi memang perasaan yang jarang dapat aku rasa, dan hanya akan tiba bila time-time Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik...hahaha tu la tandanya semangat 1 Malaysia!

Walaupon pemain-pemain kita dihina, dicaci sewaktu beraksi dan bendera negara di bakar, diconteng serta lagu NEGARAKU di ejek dan diperkotak katikkan oleh Warga Indonesia, tapi aku kagum sebab ATLET Malaysia tetap mempunyai kekuatan mental dan semangat yang tinggi. Aku kagum sebab diorang tak merendahkan martabat rakyat Malaysia di mata dunia. Syabas Rakyat Malaysia!!!

Jom nyanyi lagu ni sama-sama!!!

GEMURUH SUARA! TEAM MALAYSIA


Kalau engkau jatuh, Jangan engkau lemah, Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah. 
Bina yakin diri, Mampu kita lakukan, Tiada yang mustahil, 
Segalanya Boleh! 
Kita bergandingan, Meraikan Malaysia! 
Gemuruh suara, Jadi bangsa Berjaya, Gemuruh perkasa, Bawah satu bendera,
Nama kita bina, Diseluruh benua rasa bangga, Genggam amanat wira, 
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira, Julang panji Malaysia!!

Sumber google.

2011-11-20

Aksi Pengantin Lama

Assalamualaikum!!!

Minggu ni mood hibernasi. Duduk diam-diam buat aktiviti biasa, tidur, makan, buat kerja rumah, pergi kerja dan seterusnya benda yang sama diulang-ulang. Ada rancangan nak meng"escape"kan diri, tapi terbatal di saat-saat akhir sebab perancangan yang terlampau singkat.

Bulan November dan Disember ni sebenarnya dah masuk musim MENGAWAN. Banyak la pulak jemputan kenduri kendara, sana kawin, sini kawin...sepupu aku pon ada dua orang yang kawin so bolehlah aku jadikan alasan, tak nak bagi sedara-mara busy sebab banyak sangat kenduri kawen kan. hahaha. Bukan setakat sedara mara kawin, kawan-kawan pon sebok nak mengawan jugak..ok biarkan. Jodoh korang kan...

OK sebenarnya nak cerita tentang pengantin lama yang sporting. Walau dah beranak pinak (3 orang) tapi tetap gigih nak posing sakan. Sebabnya, waktu depa kawin dulu, tak sempat nak posing-posing sedemikian rupa. Akhirnya aku pon merealisasikanlah impian murni depa tu, kesian juga sebab beriya-iya buat persiapan sebelum tiba hari ditembak. 

Ok jom tengok aksi-aksi diorang sebagai pengantin lama dan flower girls diorang. Semoga diorang kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Uish dua bulan mendatang yang agak busy. So tahan je la mata korang dengan kisah-kisah orang mengawan kat blog ni ye, itupon kalau aku rajin update. Tapi kalau taknak baca pon takpe, aku tak kisah! Bak kata John....AAK? hahaha.

Pstt: tetap akan escapekan dalam masa terdekat diri walau apa pun terjadi....

WASSALAM.

 


2011-11-17

Sudu Panjang dari Korea!

Assalamualaikum!!!

Tibe-tibe rasa rindu dengan Korea....sudu panjang, chop stick besi (eh boleh panggil chopstick jugak ke)...sotong kurita idop...hahahah. Kenapa tetibe teringat semua tu? Sebab aku dapat satu set cutlery  (walau tak lengkap) dari Seoul! Fuh, lama dah ngidam nak makan pakai sudu panjang ni. Susah nak cari sudu-sudu panjang camni kat Sini, tapi kat Korea tu macam banyak sangat pulak kan... 

Thanks to Eid yang bagi kat aku menatang alah ni. Sangat suka!!! Lepas ni boleh la makan megi dengan sudu panjang, makan nasik goreng dengan sudu panjang dan minum air dengan sudu panjang ni!!! Best!

Sebenarnya dulu aku dapat berkotak-kotak set sudu dan garfu panjang ni, Kerajaan Korea Selatan bagi tapi semua aku bagi kat mak aku buat jadi penghuni tetap lemari kaca dia. Ish....

Hmmm...tak habis lagi pusing Korea, nak kene ripit nih....tapi bilakah?.....hanya Allah yang tahu.....

WASSALAM.

Diterbangkan khas dari Kuria! :)
Bile renung-renung balik makanan-makanan ni, rasa macam sedap pulak.....sebenarnya time ni aku makan udang tempura tu aje...yang lain aku tengok dan hidu. *nyesal
Cili tu, walau pon nampak sebegitu rupa, tapi ianya sangat pedas membabi buta!..Dan pengat labu diorang sangat mabeles! Eh nampak tak sudu dan gerpu panjang itew???? Suka!!!



2011-11-15

Keseimbangan

Assalamualaikum...

Dalam tenang ada kalut dan kusut...Kita sibuk mengejar apa yang  ada di depan sehingga kita terlupa pada yang di belakang. Sedangkan yang di depan itu belum tentu tahu arah tujunya, manakala yang di belakang  telah kita tahu sejarahnya.Yang di depan belum tentu akan sama dengan yang di belakang, adakalanya lebih baik tetapi adakalanya juga lebih buruk! Jadikanlah keseimbangan itu suatu kemestian.




2011-11-14

Chocolate Hills

Assalamualaikum!!!

Rasa macam zombie pulak semenjak dua menjak ni. Hahaha sebab kejung duduk kat KL tanpa arah tuju. Nak balik kampung pon rasanya macam baru je lagi balik, lagipon mak ngan pak aku tengah bizi tu maleh nak kaco depa.

Alhamdulillah jugak, minggu lepas aku berjaya siapkan beberapa kerja penting kat opis sehinggakan minggu ni aku terasa sangat releks hahaha *mampos kalau bos tau...choy! choy! *sekali sekala nak releks takkan tak bleh, sambil releks buat jugak kerja tau! Cuma buat sepoi-sepoi bahasa je la.

Ok cukup merepek meraban, sebenarnya aku nak kongsi sesuatu ni, tu pon kalau ada yang sudi nak baca. Pasal pengalaman kawan aku (bukan aku) masa dia melawat Philippine tempoh hari. Ada satu tempat yang menarik perhatian aku iaitu Chocolate Hills. Siapa pernah dengar pasal tempat tu. Sedikit info mengenai Chocolate Hills yang aku cedok dari gugel:-
The Chocolate Hills form a rolling terrain of haycock hills – mounds of a generally conical and almost symmetrical shape. Estimated to be from 1,268 to about 1,776 individual mounds, these cone-shaped or dome-shaped hills are actually made of grass-covered limestone. The domes vary in sizes from 30 to 50 metres (98 to 160 ft) high with the largest being 120 metres (390 ft) in height. Bohol's "main attraction", these unique mound-shaped hills are scattered by the hundreds throughout the towns of Carmen, Batuan and Sagbayan in Bohol.
During the dry season, the grass-covered hills dry up and turn chocolate brown. This transforms the area into seemingly endless rows of "chocolate kisses". The branded confection is the inspiration behind the name, Chocolate Hills.
They have been declared the country's third National Geological Monument and proposed for inclusion in the UNESCO World Heritage List.


Subhanallah, cantik kan, sungguh besar keajaiban yang Allah turunkan.
Ni kat Broga Hill, macam lebih kurang je kejadian dia kan.
Pstttt: Hik hik agak-agak cam lucah pon ada gak bentuk Chocolate Hills tu kan..betul tak Ely Hasrul?

Sebenarnya aku sangat kurang info pasal Filipina ni, tanya kat kawan aku tu pon, dia kata dia  tak tau sangat sebab masa dia pegi tu hatinya bukan disitu ... Gile ke apa??? Gugel punya gulgle macam tak banyak pulak blogger yang pernah ke situ. Hmmm agaknya kenapa yer? Adakah sebab situasi politik kat sana atau sebab kat sana tu kureng menarik? Aku pulak yang beria-ia nak jejak negara pulau tu. InsyaAllah soon but not so soon la, kalau semua keadaan diizinkan. Tapi soon aku tu tatau la bile hikhik.

Apa pun, sesiapa yang pernah ke situ harap-harap dapat berkongsi yer. Boleh la aku berangan travel sambil mendaki! (hah kan dua dalam satu tu kan!).

WASSALAM.

Mode: Serabut tengah plan masuk hutan tapi...........................(musim hujan)

2011-11-10

Poskad Dari Bali!

Assalamualaikum!!!

Aku tau ramai yang tengah busy sekarang ni, tambah-tambah busy buat assignment dari Fatt, karangan SPM Paper Julai katanya, Quantum Fizik semua ada. Takpe teruskan usaha anda-anda semua!

Ok tadi masa aku baru sampai rumah, balik dari opis aku pon buat la rutin harian sejak 2 minggu lepas yakni menyemak peti surat...dan akhirnya terasa wet wet je dalam peti tu..aku seluk-seluk akhirnya jumpa.!!!! Poskad dari BALI!!!

Syukur alhamdulillah tak hujan hari ni, kalau tak dah tentu-tentu poskad tu basah. Sebab apa? Sebab peti surat rumah aku ni mengong sikit, kalau hujan, air akan masuk dalam peti surat tu dan bertakung menjadi kolam air terjun yang sangat dalam. Habis surat-surat malang akan basah. Sebab tu aku salu je guna alamat opis untuk tujuan surat menyurat.

Ok berbalik kepada poskad yang aku terima dai Bali tu, ia dikirimkan oleh blogger pujaan ramai iaitu Fatt! *tepuk tepuk tepuk. Aku pon tak sangka la boleh dapat poskad dari dia, maklumla aku ni bukan sape-sape, cuma blogger yang pemalu yang tunduk ke bumi.

Tengok gambar poskad tu teringat kisah dolu-dolu masa mandi kat Air Terjun Git Git ni, airnya sejuk nak mampos! Gigil-gigil aku mandi sebab pikir kalau tak mandi nanti nyesal, sebab (berapa banyak sebab la) tah bile la nak datang situ lagi kan.

Anyway thanks Fatt for the poscard. I really like it! .:)

InsyaAllah ada rejeki aku buat timbal balas. :)

WASSALAM!


2011-11-09

26 November Ni Birthday Mak Aku

Assalamualaikum!

Mode Raya Haji pon  dah suam-suam kuku, memang takde menda nak dicoretkan dalam blog ni, suram je kan. Sesuram gambar kerbau kat bawah tu. Sebenarnya tahun ni mak dan ayah aku ada masuk korban dan kerbau tu lah korbannya. Aku tak tolong pon depa sembelih, aku duduk rumah tengok tv je! Hahaha macam anak derhaka tak??? Choyyy!!!!! tak kan? Aku duduk rumah tolong mak aku layan tetamu! Hehehe *ayat kaver line.

"Ai malula...." kata kerbau ini sebelum menjadi arwah.
Sempena bulan Haji ni, seorang blogger tegar FATT dah mention nama blog aku kat blog dia untuk menjawab beberapa soalan cepu besi! Haduh memandangkan banyak blogger yang ternak cengkerik (bak kata dia) maka dia pon dengan gigihnya suruh kami semua jawab soalan-soalan tu. InsyaAllah aku terai sehabis baik ye Fatt, maklumlah ada jugak yang nak kene sorok-sorok maklumla dunia blogger ni kacau bilau. :p

Ok aku namakan entry ni: "26  November Ni Birthday Mak Aku!" (Amacam Fatt boleh diterima ke? Saje la aku nak war warkan besday mak aku ni supaya dia dapat hadiah dari korang semua!!! Verangan.) Syarat dia, tajuk kena ada no "26".

*jap jap tajuk dia yang aku BOLD kan tu je tau! Bukan yang selebihnya tu.

Bismillahirrahmanirahim….. jom kita mulakan.

[ Part I ]

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas:

Nama saya Janggeltrekker, boleh panggil Janggel, Jang, Gel (bukan gegegirl) Mr. Janggel. Itu saja. Jangan memandai nak panggil nama-nama lain. Sebab apa JANGGEL? Cari sendiri kat blog aku ni, ada jawapannya.

Saya baik, pemalu, pendiam, peminat cerita-cerita Korea, minat K-PoP, suka jenjalan, suka tonton wayang, suka travel, suka nonton teater, suka fotografi, suka masuk hutan, suka lepak pulau, suka duduk kat tepi laut, suka MAKAN dan suka semua benda yang aku suka! Dan selalunya aku buat benda-benda tu bersama kawan-kawan yang aku suka! Ok cukup..tamau citer lelebih kang kantoi.

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Minat travel ni dah lama sebenarnya, since sekolah-molah lagi tapi pepaham je la, zaman tu manalah ada duit! Aku ni bukannya anak orang kaya, makan pon kais pagi makan pagi kais petang makan petang jer tapi tatau la cane leh besar jugak. Bila dah keje, baru aku realisasikan misi menjelajah aku, maklumlah dah setat ada duit sendiri, maka langkah pon makin panjang la. Ngeh ngeh~

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Kalau dulu-dulu mungkin tourist kot, sebab aku daif bab-bak internet, networking, information pon tak reti nak cari kat mana…betapa daifya aku. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku dah mula berdikari, dan cuba buat sesuatu yang berbeza. Kalau travel tu mesti nak ikot kepala sendiri dan tak suka plan, maksudnya on the spot!! Bahaya tu kan? Sekarang ni aku kena banyak planning sebab itulah yang terbaik !  Sebenarnya kalau nak diikutkan, tak banyak pon tempat aku pergi, tapi aku heran la sebab bile sekali aku apply cuti mesti ada mulut soseh-soseh cakap "Ko ni asyik bercuti je" Heloooo bile masa pulak aku ASYIK bercuti? Aku kekadang tu, dua bulan aku tak apply cuti tau! Walaupon tahun ni cuti aku ada 68 Hari! (sebab aku selalu buat aktiviti pada hujung minggu je)  *hadoi dah macam sesi interview kat TV1 dah ni!!

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency.

Selalu yang aku buat adalah memandai sendiri! Cuma kebelakangan ni je yang baru teringat nak backpack. Tour agency baru sekali aku terai, yang lain semua redah sampai pitam.

5. Siapakah travel partner anda?

Hmmm selalunya dan kebanyakkannya si Kaki Jalan la, lepas tu Hang Dhamin dan kebanyakan ahli Geng Ungu..hah??? *Ops lupa nak kasitau sape Geng Ungu tu, pepandai la cari kat blog aku, ada jawapannya. Dengan family? Hmmm kurang sangat.
Ni travel buddy aku yang ok setakat ni :)


[ Part II ]

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Kali pertama 2008, aku sekeluarga menunaikan Umrah. Itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke obersi tau! Sekali jejak terus jauh giler! 9 jam dalam flight pulak tu hehehe naik kapal terbang Saudi Arabia. Ok la.  Lepas je dari tu, terus gian nak pegi obersi! Hehehe.
Tiada tempat sehebat Mekah dan Madinah.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Hmmm mungkin tak la sebanyak blogger-blogger tegar yang lain. Aku banyak kaver dalam negara je dulu. Luar negara tak berapa banyak, ada yang pergi sendiri dan ada yang pergi sebab kerja, sesambil tu menredah la. Kalau aktiviti-aktiviti mendaki ni pon ada la yang aku selalu buat dan setakat ni baru tiga bukit/gunung je yang aku panjat (Broga Hill rasanya dah 3 kali, Gunung Stong - sampai Kem Baha je dan Bukit Tabur- rasanya yang ni paling mencabar kot)

Dalam Negara:  Semua negeri kat Malaysia dah habis cover. Tapi aku suka Sabah, tak sempat nak eksplore habis negeri tu. InsyaAllah satu hari nanti.

Luar Negara: Saudi Arabia (Mekah dan Madinah), Thailand (Phuket), Singapore, Korea Selatan (Seoul, Busan, Ulsan), Indonesia (Bali). Banyak lagi tempat nak pegi InsyaAllah di hari yang mendatang.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut dan kenapa?

Hahahahaha aku suka nak jawab soalan ni! Ya Pernah!!!.....
Aku pernah ke Singapore sebanyak 7 kali (2 kali pada 2010 dan 5 kali pada tahun 2011) Huhuhu kenape ye? Aku namakan negara itu sebagai Tempat Melarikan Diri. Sebab apa? Sebab aku suka environmentnya, dan kalau aku ada masalah aku akan melarikan diri ke sana sebab ada satu tempat tu yang memang akan buat aku tenang….di mana??? Biarlah rahsia. (*Bukan Casino ye).

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.
 
Hmmmm lihatlah gambar ini dan pasti korang pon akan setuju…kan????
Oh...rindunya Mekah...

 10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang anda ingin kunjungi di masa hadapan.

  1. Europe Tour – Memang mengidam dari dulu lagi Cuma bajet je takde…hailah naseb..sape nak sponsor????
  2. New Zealand – Lepas dengar cerita orang  dan tengok sendiri keindahan Negara pulau tu kat banyak media, aku memang tertarik nak ke sana. InsyaAllah.
  3. Laluan SuteraChina ..memang mabeles. Colorful places to explore.
  4. Jordan (tambahan) – 4 tempat ni memang aku looking forward nak pergi. InsyaAllah.

 11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti.

Macam-macam…banyak. Tatau nak cerita la…hmmm rasanya paling manis adalah bersama kawan-kawan baik, spend time together dan lupakan hiruk pikuk kota. Paling manis ketika di Pulau Perhentian, memang pulau tu kami buat macam kami yang punya!
Yang ni lagi satu: *Aku cilok idea BlueEwoke heheh. Masa  last day nak balik ke KL dari epot Bali, bukan main ralit kami bersembang tetiba baru perasan yang nama kami dah last call!! Mampus terkinja-kinja kami berlari dari hujung ke hujung epot tu! Dah la jauh pastu nak kene naik shuttle bas pulak. Gigih tau berlari, yang berkaki pendek semua tertinggal belakang. Dalam pale otak dah ada hasutan syaiton nirrojim dah: lantak la kalo korang tertinggal sebab aku nak balik naik flight tu jugak, duit aku dah kopak nak beli tiket flight lain! Hahaha keji kan? Kan? Kan? 

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti.

OMG!!! Ini paling tak boleh lupa, aku tersalah tengok masa departure dari Phuket ke KL. Sepatutnya aku berlepas pukul 8.00 pagi tapi aku ingat pukul 8.00 malam! Giler, habis duit kena beli tiket baru on the spot! Cuak gile masa tu.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Why not, aku paling suka terai nasik pecel. Tapi  apa-apa pon, makanan Malaysia laigi best.Lepastu Laksa Penang !! Terbaik walaupon aku tak suka yang Penang punya, tapi aku paling suka yang dekat Pekan Kuah, Langkawi! Kedai dia memang betoi-betoi dekat dengan Jeti Kuah. Fuh terbaik kot laksa dia.
 14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
Haha ada ke tak aku amek gambar tu yer? Hmmm jap…ada kot. Sebab apa aku suka? Sebab aku ni jenis suka makan nasik dan kalau ada nasik mesti kena ada sayur dan lauk samada ikan / ayam/ daging. Pecal pulak memang faveret aku memandangkan aku ni berketurunan Jawa, memang dah jadi makanan rasmi la pecal tu.
Ni  masa kat Bali dulu.
Yang ni pulak gambar Laksa Penang faveret aku. Kalau seminggu tu hari-hari makan laksa ni pon aku boleh hidup dengan aman (errrr AMAN tu bukan yang nama manja KEMANG tu ye). hehehe.


[ Part III ]

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Semestinya backpack, tapi kalo balik kampong aku pakai beg troli sebab bawak baju tak basuh banyak hahahahaha!. Dan kalau aku buat aktiviti memanjat pon mestilah pakai backpack,  gigih la kalau nak daki gunung bawak beg troli hehehe.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.

Hahaha serius??? Nak tengok gambar beg pack aku yang dah lunyai tu????
Banyak tempat dah aku pakai beg ni, merata terutamanya di dalam Malaysia. Kalau luar Negara dia dah sampai Singapore, Bali dan Phuket. Sekarang ni beg aku tu dah nazak la, adoi aku tengah pening pale pikir nak beli beg baru ni, sebelum next mission kena beli jugak, kalau tak terpaksa la aku gigihkan diri tarik beg troli huhuhuh.Tamau!!!!!
Ehhh silap bukan yang ni....


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti.
  1. Kamera! Oh I can’t live without mu Che’ Melatie!!! (nama manja kemera aku)
  2. Topi…tak kisah yang mana satu tapi mesti ada.
  3. Mp3 player…kampong sangat kan tapi tu je yang aku ada, pakai bateri dabel A, dan senang untuk digunakan sebagai alat rakaman suara. Nak rekod kisah hidup.

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe.
  1. Laptop…heheh sebab laptop aku gedabak , berat nak mampos.
  2. Jam tangan…sebab aku jenis tak suka tengok jam.
  3. IC…sebab dah ada passport :).
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Heheh semestinya amek gambar!!! Wajib ada aksi melompat! Itu trademark aku. Update blog amat jarang sekali kalau time travel, cuma rajin update twitter / facebook je. heheh.
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Suka bergambar tetapi malu-malu kucing ..(erk..boleh ke camtu?) Walaupon wajah aku ni ramai orang cakap macam RETIS Kuria (Sila jeles) tapi aku pemalu tau nak pose pose depan kemera!

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah.
Hahaha diulangi, aku ni pemalu tau! (Sila Rujuk soalan nombor 20!) Kalau tak pecaya tengok la gambar kat bawah ni.
Alamak terover pulak bubuh banyak gambar! aku kan pemalu! ;p

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Fridge Magnet! dan Key Chain….
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Yup, untuk kawan-kawan rapat sahaja. Untuk family jatuh hukum wajib. Aku suka kumpul benda-benda solid yang tak mudah rosak, dan bagi aku FM adalah yang terbaik.  Aku akan tampal kat Wall of Fame aku kat rumah....kalau sedih ke, bosan ke aku akan tenung je WoF aku tu dan serta merta semua perkara akan muncul dalam kepala otak. Poskad pulak, tak berapa gemar nak kompol, tapi kalau orang bagi memang aku suka simpan dalam album khas. :)

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Gambar! Gambar! dan Gambar! Omaigoshhhh aku tak boleh hidup tanpa gambar! Sebab gambar boleh menceritakan segala-galanya. Dalam setiap gambar ada lagu *Eh tetibe iklan Yuna... Tapi bagi aku dalam setiap gambar ada kenangan yang tak akan sama walau kita pergi ke tempat itu banyak kali.


[ Part IV ]

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Hmmm alhamdulillah aku dah pernah rasa tempat orang susah (Indonesia- sorry kalau ada yg terasa tapi memang susah la aku tengok) dan tempat orang senang (Korea dan Singapura)...secara pukul rata, apa yang dapat aku simpulkan adalah:-
  1. Budaya – Semestinya kita lebih menghargai apa yang kita ada kalau kita berpeluang melihat kehidupan masyarakat dunia yang lain. Contohnya masa di Bali, aku rasa macam kesian sangat bile tengok ada makcik-makcik tua yang duduk tepi-tepi jalan minta sedekah..tak sampai hati pulak......tapi bila di Korea pulak, mejoriti masyarakatnya peramah dan suka membantu, susah kot nak tengok org mintak sedekah, tapi homeless ramai la.
  2. Persekitaran – Masih banyak yang kita perlu lakukan untuk menjadi lebih maju. Aku bagi conth Indonesia lagi, hmmmmm rasanya kalau dibandingkan Indonesia (sebab ni je Negara yg aku penah pergi) dan Singapura, persekitarannya berbeza kot? (ni pandangan aku yer, no offense) Bagi aku strayegi Blue Water diorang tu memang berhasil dan yang paling best negaranya bersih.. Tak payah beza jauh-jauh pon takpe, tengok negara sendiri pon dah tau bezanya.
  3. Pembelajaran – Ilmu di setiap tempat berbeza-beza, dan semuanya mempunyai sejarah yang tersendiri. Tengok saja sejarah ketamadunan Islam di Mekah, Madinah...perkembangannya sangat drastik dan syumul.

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel.
Ha ni part yang paling best! (Biasa la part berangan –verangan ni memang semua orang suka!)
SAYA BERANGAN tak payah kerja tapi dapat duit banyak tiap-tiap bulan supaya saya boleh pergi travel keliling dunia, bila-bila masa yang saya suka.

Cane cukup tak ayat tu? Ok la kan. Fuh aku rasa ni entry paling panjang pernah aku buat kot….harap-harap menepati kehendak soalan.

Oh ada soalan bonus rupanya! 

[ Soalan Bonus ]

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3).
Ok, stamp passport yang paling aku suka adalah Saudi Arabia sebab ada tulisan arab! lepas tu ia ibarat sentimental value jugak la pada aku sebab itu merupakan stamp passport pertama aku ke obersi dan yang paling penting ia disertakan sekali dengan visa umrah aku hehehe.

WASSALAM.

Semua cerita kat atas tu hanya sebahagian dari diri aku...tak menarik sangat tapi aku gembira...:).


2011-11-06

Salam Aidil Adha!

Assalamualaikum!!!

Raya tahun ni merupakan tahun kedua aku dan keluarga tak balik beraya haji di kampung ayah aku di Selangor. Agak kekok sebenarnya beraya di rumah sendiri sebab sebelum ni setiap kali hari raya kami semua mesti akan balik kampung, jumpa saudara-mara, tengok orang sembelih lembu di masjid dan sebagainya, tapi bile dah beraya kat rumah sendiri ni, alamatnya selepas sembahyang raya, duduk rumah dan tidor aje lah! 

Tambahan pulak abang aku pun tak blik tahun memang perfect combinationlah kirenya. Apa-apa pun aku nak mengambil ksempatan ini untuk mengucapkan;-


"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA: SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH KORBAN"


Diucapkan kepada semua Blogger yang rajin singgah di blog aku ni. Maaf ada bahasa-bahasa yang tidak menyenangkan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT!

WASSALAM.



Macam kat alam Bunian pulak! :)

2011-11-04

Beruang Koala Muncul Depan Pintu!

Assalamualaikum!!!!

Terkejut tau! Pepagi dah dapat sampul surat besar! Dah la aku tengah mengunyah waffle ni kat opis, nasib baik tak tercekik!

Belek punya belek, picit punya picit rasa lembik-lembik je dalam sampul surat tu. Neves jugak, mana la tau kot-kot ada orang hantar biological weapon pulak kan! Hahaha *berangan hebat. Sambil tangan sebelah memegang waffle, tangan sebelah lagi sibuk mengoyakkan sampul surat 'besar' tu. 

Wahhhhh akhirnya apa yang ditunggu telah tiba! Thanks Kak Anash sebab bagi koala bear kat aku! Ha hambek ko, koala bear dalam sampul surat!, siap main boomerang lagi si koala tu! Tu dia...fridge magnet je la dengan keychain boomerang diimport khas dari Melben! Yes! *Suka tau bagi aku kejutan pepagi Jumaat ni haish! *I like surprises!

Tq again! Tak sangka la dapat hadiah dari blogger tersohor. Kire macam rare jugak la aku dapat menda-menda cenggini, maklumla aku kan tak glamer hikhikhik.

Ok Kak Anash, InsyaAllah next time kalo saye pegi memana saya balas balik ok. Kalau pegi memane la ye, kalau dok rumah je alamatnya habuk pon tarak! kuikuikui. Ni yang tak sabar nak jejak kaki ke Aussie ni....

Ok nak sambung makan waffle balik. Semoga Allah merahmatimu dan para blogger yang sehati sejiwa jugak! 

WASSALAM.


Besar betol sampul surat tu sebab nak isi beruang kan....
Tu dia beruang Koala dengan boomerang! Ops ada tulisan comel disitu.
Pandangan lebih dekat, tersenyum je beruang tu sebab dah lepas dari sangkar.
Ok nak sambung makan balik....:)

2011-11-01

Poskad Dari Melbourne!!! + Mexico!!!

Assalamualaikum!!! 

Mode Teruje.[Oh akhirnya ada jugak aku entry ke 101 dalam setahun!!!!]

Dalam perjalanan melepas hajat sebentar tadi, tetiba kerani surat datang kat bilik aku dan meletakkan dua keping poskad ke dalam tray masuk. Huh aku pon jeling-jeling je dari jauh, ingatkan orang hantar kad Deepavali ke, atau kad Raya Haji. Biasa la, keje-keje gomen ni ramai je client-client hantar kad-kad macam tu.

Pastu aku pon tengok dari jauh lain macam je kad tu, ada gambo-gambo cantik pulak, selalunyan kalau kad Deepavali mesti ada gambo lampu pelita, atau kad Raya Haji ada gambo anak bulan...(eh ada ke kad Raya Haji?) tapi poskad tu siap ada gambo bangunan-bangunan cantek pastu siap ada gambo mamat hensem tengah main ski!

Alamakkkkk adakah itu kad dari obersi seperti yang dijanjikan? Terus niat nak melepas hajat terkubur! Aku belek-belek dua-dua poskad tu, sah memang dari obersi. Dari Melben (Melbourne) okay! Hehehe thanks Kak Anash, sampai dua poskad tu! Terharu.  Tapi terpikir gak, macamana boleh kad dari Mexico tapi pos dari Melben? hehehe.

Apa-apa pon thanks again to Kak Anash sebab sudi jugak mengirimkan poskad tu. Gigih tau, InsyaAllah saya akan tampal kat "Wall of Fame" saya tatkala tibanya FM seperti yang dikatakan itu. Ahahaa...bile eh nak dapat? kuikuikui.

Dengan tibanya poskad-poskad ini, terasa makin gigih nak pergi travel obersi. Oh ya, rasanya Kak Anash tu pegi Melben secara solo kan? Tahniah ye sebab berjaya menjadi solo traveler! Dah mengikut jejak langkah Fatt nih!!! *jeles.

Ok back to normal life...saya hanya mampu menghitung hari, tanpa pasti adakah hari mendatang itu indah atau sebaliknya....

WASSALAM.

Taraaaaa ni la rupernyer poskad-poskad yang tiba dari obersi.
Lihatlah tulisan Kak Anash yang cute itew~! hehehe
Ops Sila abaikan tulisan di sebalik poskad itu yer, ini bukan gambar Loji Rawatan Enapcemar
Dan ini pulak bukan ladang kelapa sawit dan getah yer, ini adalah gambar kat Mexico.
Dan ini adalah gambar posmen yang hantar poskad ni. :) Eh macam gaya Kak Anash tak?