2011-12-28

Kisah HARUN 2011 (Tutup Akaun)

Assalamualaikum!!!

"Nama aku HARUN..(kat kampung....bukan Harun Salim Bachik tapi HARUN MARTOPO) di KL ni nak kasik glamer semua orang panggil aku AaRON... (sebut betol-betol macam sebut nama Aaron Aziz tu tau!!!) Arghhh sudaaahhhhhh...moh baca cerita aku sepanjang tahun 2011."

Dan kisahnya bermula....

Sudah tiba penghujung 2011. Sekejap giler!!!!! Rasanya macam baru je jejakkan kaki ke Bali awal Januari lalu, tup tup dah macam-macam benda berlaku. Seperti biasa, entry wajib bila dah akhir tahun, nak summarized segala benda yang berlaku sepanjang tahun 2011 (Aku tak gigih nak buat entry per bulan! Ahakssss)

TRIP BESAR

(Sebab apa aku kata trip besar? Sebab banyak pakai duit hahahahah) Ok, tahun 2011 ni aku mula menampakkan taring aku sebagai seorang yang kaki BERjalan (saja malas nak tulis kaki jalan) sebab awal tahun je dah jejakkan kai ke obersi! Plan bukan main lama dari tahun 2010 lagi, akhirnya dapat jugak jejak kaki ke Bali. Secara tak langsung dapatlah comparekan keindahan Bali dan Phuket, which aku rasa macam sama je, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dan rasanya itu je lah trip aku yang terakhir bersama Geng Ungu, lepas tu masing-masing dah hilang arah tuju.

"Harun pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia dan pertama kali juga kakinya di jejak di bumi Sabah...."

Lepas ke Bali, aku dah jadi tak tentu arah. Gian / meroyan nak pergi berpoya-poya memanjang. Tapi apakan daya, *pitih semedang tak cukup. Tapi alhamdulillah aku dapat peluang ke Negeri di Bawah Bayu! Terima kasih opis!!! Kalau ikutkan memang aku tak pernah jejak Sabah melainkan transit kat epot selama sejam je masa balik dari Korea dulu. Tapi bila dah ada peluang macamni, FREE pulak tu, apakan sanggup aku lepasin peluang ini???? Oh tidak sama sekali. Bukan setakat di KK malah aku dapat juga terbang ke Lahad Datu! (InsyaAllah..ada rejeki mau ripit Sabah lagi).

Trip Bali dan Sabah...terbaek bagi aku.
Seperti biasa aktiviti ekplorasi ke tempat-tempat baru tetap berjalan dengan meriahnya!
  1. Edisi Kembara Selatan (kengkonon membawa diri) Tapi memang best sebab tak penah jejak kaki ke Pulau Tioman!!!
  2. Edisi Singapore (Dah berapa kali tah aku jejak tanah Singapore tahun ni, banyak kali jugak la sebab I Love Singapore (the environment) - lokasi membawa diri)
  3. Edisi Kembara Utara - Jejak Langkawi!!!- trip paling sempoi dan main redah je.Itu pon sebab dah gian nak mandi laut.
  4. Eksplorasi Stong - Sebenarnya sampai Kem Baha je, tapi aku eksaited sebab ini firstime nak camping lama-lama dalam hutan!!! Memang best dan dapat jumpa kawan baru!

"Harun banyak jalan-jalan di dalam Malaysia aje...teringat masa di kampung, pusing-pusing kampung naik beskal BMX....terlanggar anjing...kena kejar anjing dan digigit anjing sewaktu nak beli seketul pengasah pensil.....sampai sekarang FOBIA pada anjing....kesian Harun...."

Hmmm rasanya tu je kot projek mega yang ada.(Aku tak bubuh backlink...pepandaila cari sendiri kalau nak baca ye, semua ada dalam blog ni).

Edisi Jelajah Selatan 2011 (Seremban, Mersing, Johor Bahru, Singapore)
Edisi Jelajah Utara 2011

Eksplorasi Gunung Stong 2011

TRIP BIASA-BIASA AJE

"Dah namapon orang kampong, Harun memang suka manjat-manjat pokok, kengkonon pokok tu jadi markas kapal angkasa, dok berperang dengan anak Opah Timah kat pokok sebelah...bukan setakat manjat pokok, masuk hutan belakang rumah tu dah biasa sangat, sampai ke hujung sungai ....mandi bogel ramai-ramai ...ops Harun..Harun..."

OK tu aje trip yang aku rasa paling jauh dan happening berlaku pada awal tahun....lepastu menyusullah trip kecik-kecik sekadar melepaskan batuk di tangga...pergi mandi air terjun, manjat bukit Broga, masuk hutan tu semua 'rutin' (hahaha riak!!!) padahal tak seberapa pon...janji ada...Korang Ada??? Semua tu berlaku bersama kawan-kawan yang aku suka sahaja.

Projek mendaki dan mandi air terjun...wajib setiap tahun. (Bukit Broga, Lata Kinjang)
Projek tengok konsert sambil terkinja-kinja....AAK? (Konsert SUJU dan Konsert AF di Putrajaya)
Macam-macam program kat Putrajaya & Kuala Lumpur (Pesta Flora, Hari Belia Negara, Sambutan Maulidul Rasul, Karnival WOW, Pesta Belon Udara Panas)

PROJEK TEATER?

Tahun ni paling hampeh, aku semakin jauh dari dunia teater sebab? Entah le, mungkin fokus banyak kelain. Projek Teater tahun ni sekadar "Terima Kasih Cinta", "Lat; The Kampung Boy", "Mak Dara Nyonya", "The Secret Life Of Nora" dan "1 Plastik Hitam".....Alamak 5 je???? OK lebih sikit dari tahun lepas, ada peningkatan!!!

"Harun sering mengikot Pak Sidi pergi nonton Panggung Bangsawan...Idakle mampu nak jengah panggung beso kat kolumpo tu dulu.... paling hebat pon nonton wayang enam kupang kat panggung tepi sungai...cite Teenage Mutant Ninja Turtle hahaha..duduk atas bangku kayu, keras....sekarang ni ada ke lagi?"
Projek Teater 2011

GOODBYE CHEMPAKA, WELCOMING CHE MELATIE!

Entah apa punya sengal, tetiba aku gadaikan Chempaka kat orang sebab aku nak beli Che' Melatie... Peningkatan katanya.... OK, sebenarnya aku nak bergerak lebih jauh dalam bidang fotografi, sebab tu aku cari kamera yang ok sikit. Alhamdulillah, rezeki datang bertandang..banyak juga ilmu yang aku timba dan harap-harap aku dapat memajukan diri lagi... Nak beli Estella tak mampu, jadi cukupla sekadar Che' Melatie...akan ku jaga dikau sepenuh hati...EWAH!

"Kalo kat kampong dulu Harun selalu conteng buku skolah, lukih le macam-macam benda..entah apa je semua nak dilukihnya...maklumle nak beli kemera tak mampu,...kalo dulu ada kemera kan senang, takyah melukih-lukih...tangkap je gambo..pastu tepek kat buku... "

Che' Melatie aku punya hahahaha.

AL-FARIS DILANGGAR TODAK


Sejarah paling malang dalam hidup aku bile kereta idaman (Al-FariS) terlantar tenat kat sepital hampir 2 bulan lamanya. Gile!! Sape yang tak giler, dek kerana sekawan anjing, aku hampir-hampir jadi arwah...nauzubillah...nyawa aku masih panjang...dan sebab itu jugak aku benci anjing sampai bile-bile..... Alhamdulillah juga Allah bukakkan mata aku tentang siapa kawan dan siapa yang sebaliknya...


 
BLOGGER TRAVELHOLIC

Sesuatu yang aku tak jangka, mulanya sekadar menerjah dari blog ke blog...tinggal jejak "salam ziarah" dan berlalu pergi. Tapi bila dah start sangkut pada minat, terus jadi rutin. Aku sebenarnya tak berapa suka blogwalking, sebabnya tak ada masa. Tapi sejak dah ramai kawan dikalangan blogger yang "sekapal" maka minat tu datang sendiri! Suka kenal dengan diorang sebab masing-masing ada karektor yang berbeza dan we love taking care of each other...betol ke??? Hahaha sekadar menyedapkan ayat. :)

"Dan....Harun mula kenal sama Aloyah, Fattimatuzzaharah, Rofe'ah, Leman, Poziah, Dahlan, Maimon, Cik Embun, Cik Puan Lela Manja, Hamdan, Samrin, Cik Rodiah, Hamid ...dan ramai lagi yang tak tersebut nama mereka..... "

Sebahagian blogger baru yang aku jumpe...ramai lagi belom sempat jupe! :)

OK aku rasa semua yang aku tuliskan di atas adalah perkara-perkara besar yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni dan juga mendatangkan impak yang besar. Harap-harap semua yang berlaku tu disusuli dengan kebaikan, bukannya keburukkan. Banyak benda yang dirancang tapi kalau Allah tak izinkan, maka benda tu tidak akan jadi. Maka, sila sedar diri dan ingat bahawa kita tidak boleh hidup sendiri sebab orang-orang di sekeliling sebenarnya sangat mempengaruhi hidup kita samada baik atau buruk.

Akhir kata...SELAMAT TINGGAL 2011....... to be continue...2012.

WASSALAM...

Yang Benar...

HARUN A.K.A. AaRON

2011-12-26

Sesi Roti Tisu

Assalamualaikum!!!

Gigih kan sehari sampai dua entry aku buat? Maklumla keterujaan tengah memuncak hahahaa. Nak dijadikan cerita, semalam aku dapat SMS daripada empunya blog Globetrotter dan Beauty In Darkness, agak lewat dalam jam 5.30 petang. Diorang kata ada perjumpaan kecil-kecilan kat tempat biasa. Aku pulak masa tu tengah gigih bawak family aku pusing-pusing satu Putrajaya, nak tengok Masjid Besi katanya....ikut je la tamau derhaka. Hehehe.

Aku pun balas sms bersetuju nak join perjumpaan kecil-kecilan tu, malahan diberi tugas untuk invite empunya blog Coco Nutz, Kaki Berangan dan Kaki Jalan (berapa banyak kaki laaaaaa). Bila sms kak Coco, dia kata tengah sibuk jadi baby sitter kat Alor Gajah sambil verangan bersantai di tepi swimming pool....Kaki Berangan pulak senyap seribu bahasa, tanpa balasan (aku yakin gile dia tengah tidor) dan Kaki Jalan, aku tau dia kat Ipoh. Lagipon ni ast minute call, so tak dapat nak panggil semua... sorry ye yang lelain.

Sampai di tempat dijanjikan, aku nampak empunya blog Chawana dan Aqilah (anak dia yang pernah pegi India masa umur 7 bulan tu), Beauty In Darkness beserta suami dan empunya blog Icam Si Pengembara Tumpangan dah ada kat situ!!!(Hahaha ada kisah disebaliknya ...teruskan membaca).

Macam biasa la, bila dah berkompol memang macam-macam cerita keluar. Tak berapa lama lepas tu si empunya blog Globbetrotter dan Kaki Berangan pon sampai. Jadi jugak diorang join. Maka makin bertambah korum mengumpat. Hahaha suka! Cawan, pon join juga tapi lambat sikit baru dia sampai.

Tengah asyik bersembang, maka muncullah idea baek punya. Bukan main eksaited memasing buat plan gathering naik bas! Haish kalau jadi la plan tu, memang terkenal seantero dunia la kiteorang nanti! *berangan lagik*. Kengkononnya kami nak kumpul blogger-blogger travelholic termasuk yang tak dapat join malam ni dan buat satu aktiviti berjimba-jimba kat satu destinasi yang curlast! (pinjam perkataan John). Tapi yang boleh join aktiviti ni hanyalah manusia yang bergelar BLOGGER sahaja. *sebab tu adik Na gigih buat blog bertajuk Icam Si Pengembara Tumpangan* Hahahahaha kasi promote sikit. Aku tau memang Icam nak sangat join abang-abang dengan kakak-kakak dia yang gile ni kan!

Oh lupa pulak, sambil meeting sambil makan roti KLCC (sebenarnya roti tisu je) yang bukan main panjang, cukup penuh satu meja. Sedap jugak makan cuit-cuit sambil mulut tak henti-henti mengomel. Ramai jugak yang tak pernah makan roti tisu KLCC ni, eh sebenarnya KLCC ke KL Tower? Hahahhaa gasakkkkk.

Ok untuk lanjutan dari idea gile best kami tu, tunggu la dulu..tak tau macamana plannya lagi. InsyaAllah kalau jadi memang best. Tungguuuuuuuuuuu cerita dari kami kelak!.

WASSALAM...

Pssttt:- Idea gile memang selalu datang bergolek.


Psssttt2:- lenlain yang tak dapat datang, nanti kami inform. :)

Sila abaikan perut itu.... (Gambar ihsan dari Biqque)
Tengok tu besar kan???? Panjang kan???? Saper suka besar dan panjang silala order. (Gambar ihsan dari Biqque)

Dah dekat sedepa dah panjang roti tisu ni. Selalu makan yang bentuk bukit kecik je..tapi yang ni memang panjang giler...manis dan berlemak! (Gambar ihsan dari Biqque)


Durian Oh Durian

Assalamualaikum!!!

Memang dah kabo awal-awal dah, bulan doblas ni banyak beno orang mengawan! So aku pon terima tempiasnya haish! Takpe-takpe asalkan korang bahagia sudah. Dan dikala ini *tetibe tuka mood* Aku nak mengucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada kawan terbaik aku Acid!!! Semoga selamat menempuh alam pertunangan yer! Orang kata masa bertunang nilah banyak dugaannya, so pandai-pandailah korang jaga diri. 

Aku tak sempat ke majlis pertunangan Acid, sebab ada kerja lain perlu diselesaikan (Majlis kawin rakan sekerja) tapi lepas selesai majlis tu, aku terus pecut ke Ayer Hitam (rumah Acid). Memang best la tengok hantaran-hantaran si Acid yang berdulang-dulang tu. Sempat jugak la aku rasa kek, buah-buahan, kuih muih nya.

Lepas habis bersembang kami (aku, Acid dan Fdean) bergerak pulak ke rumah Fdean di Chenderong Balai. Dengar kata, banyak sangat durian yang terbiar busuk di atas tanah dusun dia. Giler!!! Dah la aku cari durian murah kat KL tak jumpe-jumpe, alih-alih kat rumah dia siap buang-buang lagi!!!!  Dengan rakusnya kami meronda seluruh pelusuk dusun kat belakang rumah Fdean sambil mengutip buah durian yang keguguran. Macam nak gile bila tengak berlonggk-longgok buah durian busuk yang tak berusik bersepah-sepah kat tanah. 

Kami kutip sampai penuh satu kereta sorong...then buat port bawah pokok rambutan. Memang petang tu kenduri durian la, sambil sesi mengumpat berjalan lancar. Alhamdulillah, lepas kempunan nak makan durian dan yang paling best kiteorang dapat hangout sesama sebab dah lama tak jumpa. Masing-masing kerja di perantauan dan kebetulan masing-masing balik kampung,

Ok lah, nak sambung mimpi buah durian.

WASSALAM...

Gambar tunangan orang...hahaaha
Ni semua dah busuk dah ni, buang je.
Yang bergantung-gatung pon banyak lagi.
Hasil tuaian kami...cukupla nak makan tiga orang.
tukang kopek, serahkan kepada tunangan orang.
Baru belajo kopek durian.



2011-12-21

A Thousand Years - Mood Melankolik

Assalamualaikum...

[Sekali lagi kengkonon nak buat entry WW, tapi tetap ada mgomel-ngomel jugak]

Hari ni mood melankolik...nak nyanyi nyanyi je walaupun hati gundah gulana dek kerna orang odit ISO buat onar di opis.....(bak kata sorang teman...orang odit selalu dibenci) hahaha jangan makan hati ye John.

A Thousand Years


Pstt: Alhamdulillah External Hard Disc berjaya ditemui semula. Syukur sebab segala kenangan lapan tahun lepas ada dalam tu!!!! Memang nanges kalo hilang. Paling banyak gambo-gambo masa travel..... Hari ni puasa bayar nazar sebab dah jumpa. Syukur.

Pstt2:- Tahniah pada kazen aku yang sebaya...ko dah kawin dulu...Semoga bahagia ke akhir hayat.

Pstt3:- Really need a vacation.....

Pstt4:-  Teringat Pangkor dan Langkawi satu ketika dulu...tenang...susah senang bersama. (sambil picit-picit butang telepon)

WASSALAM.
 
From Ipoh with Love

2011-12-19

Food Hunter: Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet

Assalamualaikum!!!

Selepas puas melawat sampah sarap dan 'mongek' di Pulau Burung, kami bergerak ke bandar Seberang Perai untuk mencari hotel bajet (maklumlah hujung-hujung bulan ni tak mampoo la nak berhotel mahal-mahal, lagipon sekadar nak buat tido je, pastu esok pepagi dah nak blah).  Akhirnya jumpa jugak hotel, hairan jugak sebab banyak hotel yang kami pergi semuanya penuh!!! Cuti sekolah kot.

Sebelah malam pulak, kami telah dikidnap oleh teman-teman di Pulau Pinang, katanya nak bawa kami ke sebuah tempat makan yang best! Wow kalau dah namanya best semestinyalah aku nak terjah. Lokasi tempat makan malam tu adalah di Puncak Mutiara Cafe. Memang aku tak pernah dengar, tapi menurut kata kengkawan aku tu, tempat ni femes! Ok, noted..balik nanti kena google. Sah memang femes sebab ada website yang canggih di SINI.

Untuk ke Puncak Mutiara Cafe dari bandar SB, kalau nak cepat ikut BKE Higway menuju ke Baling dan keluar di susur  Kubang Semang. Puncak Mutiara Cafe ni terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam (GPS Coordinate N5.41517° E100.45613°).

Mula-mula nampak signboard Kampung Pelet ni memang aku tak sangka langsung ada restoran yang sangat besar di dalam kampung tu. Laluan masuk ke Puncak Mutiara Cafe adalah melalui jalan kampung yang sempit, tanpa lampu jalan (kalau pergi malam memang gelap gila kecuali ada suluhan lampu dari rumah di kiri kanan jalan). Kalau jumpe kereta dari arah bertentangan, nak berselisih agak payah juga, kena pandai control.

Pintu masuk utama ke Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Bukit Mertajam.

Bila dah sampai ke pintu masuk ke Puncak Mutiara Cafe, fuh baru nampak banyak giler kereta di kawasan letak keretanya yang agak luas. Memang ramai giler orang datang makan kat situ.

Ni la kawasan letak kereta, agak luas dan dekat dengan pintu masuk. Sampai-sampai je, banyak kereta dah bersusun kat situ....

Konsep Restoran Puncak Mutiara ni adalah Agro Restaurant (makan dalam ladang). Dalam kawasan restoran ni bukan sahaja ada pondok-pondok tempat makan, tapi ada juga ladang di mana pengunjung boleh melihat kambing, lembu, ayam, ituk, arnab dan juga dusun buah-buahan yang merupakan sumber utama bahan mentah bagi masakan di restoran ini.

Ikut je signboard, kalau tak nanti sesat.
Keadaan di dalam kawasan restoran jugak sangat selesa! Bila tengok menu je, berminit-minit kami diskus nak makan apa...siap boleh kupas satu per satu masakan dalam menu tu!!! Setelah jenuh memerah otak pikir nak makan apa (sebab banyak sangat pilihan) akhirnya kami telah memilih untuk makan makanan berikut;-

Pilih menu dulu....adoi tatau nak pilih yang mana!!!!
Air Rozel apa ntah aku lupa namanya, tapi sangat recommended!!!
ABC Puncak Mutiara! Sedap...Recommended!!!
Lamb Chop sangat menggamit. 5 BINTANG!
Nasi Goreng Kampung. 5 BINTANG!
Nasi Briyani Kaki Kambeng...5 BINTANG!!!
Puyuh masak tatau namanya..aku lupa. 5 BINTANG!!
Fish and Chips. 3 1/2 BINTANG
Nasi Goreng Satay ... 3 1/2 BINTANG kata kawan aku, sebab sate sikit hahahhaa.
Nak bayar, sila tunjuk kad ni di kaunter pembayaran.
Ada jugak jual cenderamata.
Nak bayar pon berebut-rebut, nasib baik aku duduk kat belakang hahahahaha.
Gambar kandang kambeng, gambar ihsan dari webpage tempat ni.

Gambar kandang ostritch, gambar ihsan dari owner tempat ni.
Sape-sape nak datang sini, ajak la aku lagi.... :)
WASSALAM!

2011-12-16

Kapal Terbang

Assalamualaikum!!!!

Seakan mengalami satu fasa yang berbeza..... takpelah ...

PLANE
Lama dah melupakan lagu ini...tiba masa untuk mengingatinya semula.

Pssttt:- Berfikir sebelum bertindak itu WAJAR.

WASSALAM.

2011-12-12

Projek Teater: 1 Plastik Hitam

Assalamualaikum!!!

Lama betul tak terjebak dengan Projek Teater. Kali terakhir adalah bulan September dulu kot, menyaksikan The Secret Life of Nora di Istana Budaya. Lepas tu haremmmmm dah tak jejak kaki ke IB dan yang seangkatan dengannya. Aku dah slow sikit bab-bab ni, berhibernasi je sekarang. Tapi baru-baru ni, aku sempat pulak menyaksikan pementasan teater bertajuk "1 Plastik Hitam". Lokasi pementasan tidaklah segah di IB, malah beratus kali ganda lebih sempit daripada IB. Tontonan juga di celah-celah kepala manusia dan tempatnya juga tak berapa selesa...walaupun harga tiket masuk adalah RM 20 (kiranya kalau kat MATIC pon boleh lepas). Pementasan teater 1 Plastik Hitam berlangsung di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Waktu pementasan pula adalah pada jam 8.30 malam.Tak silap aku semalam (Ahad) merupakan hari terakhir pementasan.

Para pelakon? Rata-ratanya memang aku tak kenal langsung cuma ada la sorang, Karl Syafek yang pernah mengacarakan rancangan 3 Hari 2 Malam (rancangan perlancongan bersama Fizo Omar) dan sekarang gigih mengacarakan rancangan hiburan Hip TV. Mula-mula memang frust jugak sebab dapat tempat duduk yang sangat tak best! Pemandangan ke arah pentas sangat terhad disebabkan terganggu dengan kepala-kepala penonton yang duduk di depan.

Ok walaupun pementasan teater ni berlangsung di Stor DBP, tapi jalan cerita dan kredibiliti pelakon sangat aku puji! Sangat best dan penuh dengan maksud tersirat (perli-memerli tentang keadaan atau situasi di Malaysia ketika ini). Perjalanan teater adalah berkonsepkan kepada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor dan lain-lain di mana terdapat 5 orang peserta yang bakal berentap di episod akhir yang memerlukan kepada undian penonton (Penonton boleh undi menggunakan SMS) dan kesemua peserta diberi tugasan / watak yang mencabar untuk melakonkan kisah rancangan realiti tersebut yang diberi tajuk : "RUPA, BUKAN SEKADAR BERBAKAT BESAR". Hahah daripada tajuk je aku dah tau yang cerita ni memang penuh dengan unsur ejekan. 

Aku malas nak cerita sinopsis teater ni, mungkin ada website atau FB mereka sendiri sebagai rujukan atau boleh rujuk di SINI. apa-apa pon, syabas kepada semua pelakon kerana berjaya melakonkan watak dengan baik sekali. Mungkin satu hari nanti teater ini akan ke pentas yang lebih besar? harap-harap begitulah. Ok cukup setakat ini, gambar di bawah boleh menceritakan segala-galanya.
WASSALAM.

Pssttt: Thanks to MasMZ, John dan Cawana untuk surprise advance birthday party aku malam tu. Sangat tak sangka dan agak terkejut sebenarnya. 

Pssttt 2: Tahniah untuk uncle aku Pak Su yang telah ditawarkan menjadi salah seorang tenaga pengajar SENI LAKON TEATER di salah sebuah universiti ternama di Malaysia! I'm proud of you uncle!!! 

Barisan pelakon .... 1 gambar terkeluar dari frame..hahahaa sangat tak pro aku ambek.
Pamplet penerangan cara-cara nak mengundi peserta bintang realiti.
Nampak tak apa yang aku maksudkan????
Anas pelakon berbakat besar.
Faz, pelakon yang sangat neutral..best! (paling lama atas stage)
Syafek, ramai dah kenal dia.
Meera, ustazah ganas! (sekali terkeluar hakka dance dia)
Syali, si penglipur lara.
Sewaktu Anas diumumkan tersingkir.
Thank you guys for the seprais!!!!