2012-06-29

Food Hunter: Lokasi-Lokasi Makan Durian Sekitar Kuala Lumpur

Assalammualaikum!

Ingat tak 2-3 entry lepas aku ada cerita pasal lawatan ke Istana Negara Lama? Ok lepas habis sesi lawatan ke Istana Negara Lama tetiba pulak tekat meronta-ronta nak pekena durian! Maklumla sekarang ni kat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tengah musim durian! Ada ke sesiapa yang tak tahu durian tu apa? Ala buah yang berduri dan dikatakan raja segala buah-buahan tropika la, bak kata nenek moyang aku dulu, siapa yang tak makan durian tu bukan Rakyat Malaysia sejati la! Hahaha (aku macam setuju je dengan statemen tu!)

Aku plan makan durian ni dengan sorang member sebab dah seminggu dia dok twit mengidam nak makan durian. Petang tu, aku dan dia (cewah macam tajuk lagu pulak) pergila mencari durian kat sekitar KL. Katanya dia dah cuba kat banyak tempat, duriannya semua tak sedap! (Hamboi ko, tekak emas betol! Bukankah durian itu tetap durian?) Aku layankan aje sebab dia yang drive.

LOKASI PERTAMA (huiiyooo ada banyak lokasi ke?) adalah Medan Imbi, Kuala Lumpur. Menurut informer kawan aku tu, kat area Medan Imbi ni ada satu gerai jual durian yang sedap. Ok kami pon decided pergi sana. Jenuh jugak nak cari kawasan Medan Imbi ni, sebab aku pun tak pernah sampai situ. hasil risikan melalui google map, talifon dan kebijaksanaan sendiri, akhirnya kami pun jumpa la gerai jual buah-buahan yang dimaksudkan. Huh? Ok sekali tengok je dah tahu tak mencabar langsung kedai tu. Durian-durian dia siap cantik je dah dibersihkan dan digantung-gantung untuk tatapan umum. Dalam hati aku berkata-kata: kompom mahal dia jual kat sini. Tapi sebab kawan aku tu insist nak jugak makan durian sebab dah tak tahan (naga dalam perut dah ugut nak bunuh diri) maka kami pun singgah la jugak makan sebijik durian Musang King dengan harga RM40 sebijik. Humakaiiiii mahal nak mampos! Ini jugak merupakan kali pertama aku makan durian jenis Musang King ni, dan terus terang aku cakap yang aku tak suka rasanya sebab pahit. Maka duduklah kami kat belakang kedai tu makan durian sebijik sambil memerhatikan pelancong-pelancong dari Taiwan dan China dok membelek-belek durian kat situ. Rupanya kawasan Medan Imbi ni adalah kawasan tourism agency (banyak tourism agency office kat situ).

Pestaim aku merasa Musang King!

Aku cakap kat kawan aku, tak mungkin nak makan sebijik je durian sedangkan naga dalam perut baru je nak hilang niat nak bunuh diri. Maka aku cadangkan kat kawan aku untuk cari durian kat area-area Hulu Langat, durian tepi-tepi jalan je dah cukup bagi aku. Maka LOKASI KEDUA kami adalah di tepi jalan berhampiran Tesco Hulu Langat. Macamana pulak kami boleh sesat sampai ke situ? Kisahnya bila jalan-jalan tanpa arah tu, aku ternampak la satu port jual durian kat tepi jalan yang penuh dengan manusia. Terus aku arahkan kawan aku tu stop kat situ sebab kalau ramai orang mestilah best (boleh tak alasan tu?). Maka kami menyambung keinginan memakan durian kat situ, kali ni no more musang king, kami pon tatau durian jenis apa yang kami makan tapi dia kira sekilo dalam RM 10. Sedap jugak rasa durian tu dan yang penting tak pahit. Total buah durian yang kami makan kat situ adalah 3 bijik. (sikit je tapi besar-besar buahnya!).Ok berakhir kisah makan durian dalam sehari. Tapi still rasa tak puas lagi, dah macam ketagih pulak nak makan durian banyak-banyak. 



Maka, di hari lain, kisah yang sama, aku bersama beberapa orang #travelholicawesome telah menerjah  LOKASI KETIGA iaitu di gerai Uncle Donald di SS2, Petaling Jaya. Katanya hanya bayar RM 10 dan boleh makan sampai muntah! Ha tak ke meroyan ko dengar tag line macam tu? Maka malam tu kami pon dengan semangatnya pegi la kedai yang dimaksudkan. Memang banyak kedai-kedai lain yang membuat buffet durian ni selain dari kedai Uncle Donald ni. So pilih je la mana-mana kedai yang korang suka sebab harganya sama je dan buah duriannya jugak sama je. Tapi untuk buffet yang RM 10 tu hanya untuk durian-durian kampung saja, untuk durian-durian kasta tinggi seperti Musang King dan D-24 dan lain-lain kena bayar harga mahal sikit lah ye. Minuman percuma (air kosong) juga disediakan.

Orang memang ramai malam tu, sampai nak parking pon susah. Sesiapa yang nak cuba buffet durian ni boleh la pergi ke Jalan SS2/75 dan Jalan SS2/24 berdekatan dengan stesen minyak BHP dan Balai Polis. Senang je nak cari, tepi traffic light je.

Gambar Ihsan MasZuber
Gambar Ihsan Lily
Durian sebeso bola sepak
Kerakusan keluarga itu membaham durian.
Multi-tasking kekdahnya, sambil menalipon, sambil makan durian. (ElySuhaili di talian)
habis je bertalipon, terus memoncongkan diri menjamah durian.
Aqilah pon makan durian tau!! kite geng!

Pssttt: teringat masa kecik-kecik dulu, siap bermalam di dusun arwah atuk bertemankan lampu pelita ayam tunggu durian gugur... nostalgia.

Ok lah, enaf about durian, nak pegi cari cerita lain pulak. 

WASSALAM.

2012-06-27

Perghhh Its Perth! Part 8 : Kaili's Fish 'N' Chips And Going Back To Malaysia

Assalammualaikum!

[ Sambungan dari SINI ]

Ok ini merupakan bahagian terakhir kes pengembaraan secara rahsia ke Perth (huh rahsia la sangat padahal siap canang satu blog semua orang boleh baca!). Kembalilah kami dari Busselton Jetty dengan penuh kesedihan, maklumlah nak meninggalkan tempat yang cantik yang susah nak jumpa lagi lepas ni ye dak? #drama sungguh.


Dari Busselton Jetty, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki beratus-ratus kilometer lagi  (219 km) menuju ke Fremantle. Niat untuk bershopping masih menebal, malah ada lagi yang tak habis-habis duitnya nak ditaburkan ke bumi Kangaroo ni (bertabahlah kepada sesiapa yang membacanya). Kami tiba di Fremantle dalam jam 4 petang, masa tu pon dah sipi-sipi nak gelap, nak masuk maghrib. Gigih kami park kereta di tepi jalan berseblahan stesen keretapi berdekatan dengan E Shed Market (rujuk Part 2, entry di Perth aku sebelum ini). Bayaran untuk letak kereta di tepi jalan tu adalan AUD 1. Sementara yang lain terus menjengah E Shed Market, aku pulak terus ke pejabat pos untuk poskan semua poskad yang dah ditulis untuk kengkawan kat Malaysia. Heheh entah bilelah pulak aku suka pos-pos poskad nikan, mungkin sejak banyak terima poskad dari rakan #Travelholicawesome yang lain kot. Lokasi pejabat pos pon tak jauh dari stesen keretapi tersebut, kalau jalan kaki cuma mengambil masa 5 minit sahaja.



Lepas dah setel campakkan poskad semua ke dalam tong pos, aku pon terus menuju ke E Shed Market, nak tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Sedih je sebab duit masa tu tinggal beberapa belas AUD pulak tu, cukup-cukup tambang nak pergi airport dan makan malam je. Hahaha #drama lagi. Kami menghabiskan masa selama dua jam kat E Shed Market tu, bukan aku yang beria shopping, tapi ada orang lain kekeke. Sementara diorang shopping, aku pon lepak-lepak je tepi laut tengok live band. Ha jangan main-main, ada live band okay petang-petang tu, sambil menikmati sunset lagi.


Dah habis shopping, kami pon berlegar-legar sekitar Fremantle untuk cari dinner. Akhirnya jumpa jugak dengan lokasi Fish 'N' Chips yang dikatakan sangat popular tu. Ye ke popular? Entahle sebab semua yang pegi Fremantle kata jangan lupa cuba makan Fish 'N' Chip kat dua restoran ni iaitu Kaili's dan Cicerelos. Lokasinya terletak tidak jauh dari E Shed Market dan betul-betul di tepi laut. Pepandailah korang pilih nak makan kat kedai yang mana. Kami pon hentam je pegi kat mana yang rasa macam ramai orang (kengkonon ramai orang tu sedap le). Jadi kami memilih Kaili's sebagai destinasi dinner kami. Hadoi seumur hidup tak penah teringin pon nak makan Fish 'N' Chip, tetiba kat sini boleh la pulak nak makan kan....belasah jela sebab dah sampai.


Kami order Fish 'N' Chip sorang satu, siap ada jugak yang order tambahan makanan-makanan lain. Giler la portion dia sangat besar hinggakan satu meal plate tu boleh kongsi dua orang! Eh silap, dia bukan serve dalam pinggan tapi dalam kotak. Cara nak order, kena pergi kaunter dan nyatakan korang nak makan apa. Then bayar la harga makanan tu, kemudian kita akan diberi pager mengikut nombor giliran. dalam masa 10 minit pager tersebut akan berbunyi menandakan makanan dah siap dan kita boleh pergi ambik kat kaunter. Senang kan! 

Gambar Ihsan Hang Dhamin
Gambar Ihsan Hang Dhamin


Masa kami sampai tu pon dah pukul 7 malam, dan orang pon agak ramai yang tengah dinner kat situ. Sejuk-sejuk tu memang sedap je la apa yang dimakan. Banyak jugak aku tengok orang Malaysia (I guess) yang makan kat situ. 


Gambar Ihsan Hang Dhamin


Dah habis makan, kami bergegas ke kereta dan berangkat menuju ke Perth City. Kalau ikutkan, kami kena pulangkan semula kereta paling lewat pon pada jam 7 malam, tapi kami dah pesan awal-awal kat tokey sewa kereta yang kami  mungkin akan pulangkan kereta lewat. Jadi kami perlu singgah di YHA Backpackers Hostel dulu untuk check in dan meletakkan barang-barang yang banyak tu. Kami sempat menghubungi Haji Yon, dan beliau berjanji akan menunggu kami di tempat sewa kereta tempoh hari. Sungguh baik tuan Haji Yon tu. Jasamu dikenang.

Kami tiba di tempat sewa kereta dalam jam 8.30 malam. Masa tu memang tempat sewa kereta tu tutup, jadi kami memulangkan kunci kereta di stesen minyak bersebelahan tempat sewa kereta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian. Mudah je, bagi kunci kat orang yang jaga stesen minyak tu dan, boleh la balik.  Haji Yon menghantar kami semua pulang ke YHA Backpackers Hostel dan meminta kami berehat. Katanya dia akan menjemput kami semula pada jam 3.30 pagi untuk menghantar kami ke airport. Aduh terharu sungguh dengan jasa yang dicurahkan oleh Haji Yon. 

YHA Backpackers Hostel ni sangat besar dan terletak di dalam Perth City. Masa kami sampai tu, memang agak ramai yang menghuni kat situ, boleh dikatakan macam-macam negara ada lah. Harga untuk satu kepala adalah AUD 36 per person dan biliknya agak selesa. 

Kalau nak book YHA Backpackers Hostel ni boleh book secara online kat sini ---> http://www.yha.com.au/  



Jam 3.30 pagi, Haji Yon dah sampai di hostel. Maka bermulalah drama air mata, nak meninggalkan bumi Perth. Pesan Haji Yon, janganla lupakan dia, kalau nak datang bekerja kat Perth pon boleh katanya. Wah! Bekerja kat Perth??? menarik bunyinya kekeke. 

Penerbangan kami ke Malaysia adalah pada jam 6.50 pagi. Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah dan kami tiba di LCCT pada jam 1.30 petang. Jejak je tayar kapalterbang kat airport, tak sempat nak keluar flight lagi bos aku dah telepon. Haish tepaksalah aku masuk opis terus dari airport. Gigih tak?  

Begitulah kisah percutian cacamarba aku ke Perth. InsyaAllah aku tak serik. Mudah-mudahan ada lagi rezeki aku nak menakluk dunia.

WASSALAM.

2012-06-21

Perghhh Its Perth! Part 7: Busselton Jetty , WA

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Oh ada lagi rupanya kisah di perth ni hehehe. Sorry la sebab lama sangat ambik masa nak menghabiskan cerita, maklumla busy. Ok, jom sambung...

Jalan masuk ke Busselton Jetty Area

Balik daripada kilang coklat di Margaret River, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perth City.  Masa tu hujan agak renyai, sebab mengikut ramalan kaji cuaca, memang hari Ahad dijangka hujan di Perth City dan kawasan-kawasan berhampiran. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di Busselton Jetty, yang terletak di kawasan Busselton yang juga merupakan sebuah pekan pelabuhan yang penting di Western Australia. Jarak dari Margaret River ke Busselton Jetty adalah 48.6 km. Apa yang unik sangat dengan jeti ni?

Terdapat beberapa cafe dan kawasan taman tema yang dah tutup.

Ok, sebenarnya Busselton Jetty ni merupakan sebuah jeti yang terpanjang di wilayah selatan dunia (wah betul ke tak aku translate ni hahaha, belasah je la). Kepanjangannya menghampiri 2 km!!! (1841 meter). Ha cer kaborkan kat mana lagi ada jeti yang panjang macam ni? Oh lupa sebenarnya ia merupakan jeti kayu yang terpanjang di wilayah selatan. Kalau ikutkan sejarah, jeti ni di bina sedikit demi sedikit akibat kedalaman laut yang semakin mencetek akibat hakisan pantai. Sebab tu diorang kena panjangkan jeti ni supaya kapal-kapal yang menggangkut barang dapat berlabuh dengan selamat.



Jeti ni mula dibina pada tahun 1853! Ha korang kira lah dah berapa lama dia wujud, tapi pada tahun 1999, pernah berlaku kebakaran yang mengakibatkan sebahagian daripada jeti ni musnah, namum lepas tu, ia dibina semula. Kejadian kebakaran berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1999 dan 2004. Kejadian kebakaran tu berpunca daripada para pemancing dan nelayan yang membuang puntung rokok di merata tempat di atas jeti.

Tinggalan jeti lama

Melalui pemerhatian aku la, kawasan jeti ni digunakan bukan sahaja sebagai laluan pengangkut barang dari kapal, malahan ia dugunakan jugak oleh penduduk tempatan sebagai port memancing. Siap ada kawasan tempat menyiang ikan disediakan di atas jeti tersebut. Dan terdapat sebuah rel keretapi yang membawa pelancong ke hujung jeti untuk melihat satu pentar yang membolehkan orang ramai melihat dasar laut (underwater observatory). Untuk masuk ke kawasan jeti, bayaran tiket dikenakan iaitu:

Daily Jetty Pass : AUD 2.50 (Adult 17 yrs and above) and AUD 0 (for child 0-16 yrs)
Annual Jetty Pass : AUD 60 (Adults 17 yrs and above) and AUD 30 (Pensioner)
Underwater Observatory Tour : AUD 29.50 (Adult 15 yrs) AUD 14 (Child 3-14 yrs) and AUD 75 (Family Pass - 2 Adults 2 Childs)
Return Jetty Train Journey : AUD 11 (Adult 15 yrs) and AUD 6 (Child 3-14 yrs)


Orang ramai sibuk memancing.

Kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan atas jeti tu tapi tak larat pon nak jalan sampai hujung! Hahaha sebab cuaca agak panas terik masa tu walaupun sejuk. Di pintu masuk jeti terdapat sebuah muzium kecil dan kedai menjual cenderamata. Sempat jugak la aku beli poskad dan setem. Ya di situ ada menjual setem ye. 


Train yang membawa pengungjung ke hujung jeti.
Tempat siang ikan

Busselton Jetty ini juga diberi taraf sebagai salah satu kawasan tarikan eco-torism oleh kerajaan Australia memandangkan fungsi underwater observatory di hujung jeti tersebut yang boleh memberikan pendidikan kepada pengunjung mengenai hidupan laut. Memang menarik, tapi sayang la, tiket nak ke underwater observatory ni mahal sangat, dah la aku pon tengah sengkek masa ni. Pasrah je la.

Di pintu masuk ke jeti ni jugak ada satu sculpture budak perempuan yang menjadi tarikan baru di Busselton Jetty. Sculpture tersebut diberi nama 'Fish Girl'. Aku pon tatau apa motif patung tu ada kat situ, mungkin ada sejarah di sebaliknya. Tatau le, tapi aku rasa saja-saja je diorang buat sculpture tu untuk bagi cantik tempat tu.
 
Ni dia sculpture Fish Girl
Ish budak ni sebok nak memanjat 'Fish Girl', kacau je aku nak bergambo.
Kawasan di sekitar Busselton Jetty

Hampir sejam jugak la kami duduk melepak atas jeti tu dan kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Fremantle semula sebab nak sambung shopping. Kena sampai Fremantle sebelum pukul 5 petang sebab kedai kebanyakannya tutup selepas pukul lima dan pada musim luruh nak masuk winter ni siang sangat pendek. Jadi kena bergegas la ke sana.

Untuk keterangan lanjut mengenai Busselton Jetty boleh rujuk kat website ni: http://busseltonjetty.com.au/



Ok nanti aku cerita kisah terakhir di Perth, nak habis dah. Sabar ye....

WASSALAM.