2012-07-30

#Travelholicawesome: Trip To Redang Island, Terengganu Part 3

Assalammualaikum!!!

OK sampai ke bahagian akhir kisah #Travelholicawesome ke Pulau Redang, seawal pagi seperti biasa tak payah mandi, cuma basuh muka, gosok gigi dan buat apa yang patut sebelum terus ke dewan makan untuk sarapan pagi. Suasana agak mendung pagi tu dan mungkin akan hujan! Oh no, hari ni merupakan hari terakhir kami di Redang Kalong, dan seawal pagi juga Pae akan bertolak menaiki bot ke Jeti Merang sebab bas balik ke JB akan bertolak pada jam 1 tengahari, sementelaah kami masih lagi bersarapan dan makan dengan rakusnya. Sambil makan, sambil berborak memang cukup lengkap formasi perbuatan kami.

Sambil menunggu masa nak balik sempat lagi main puzzle.
Lepas makan, aku balik semula ke bilik dan bersiap-siap untuk balik. Kemas bilik, mandi dan sebagainya, masing-masing dah siap pack barang sebab bot yang akan membawa kami ke Jeti Merang akan bertolak dalam jam 10 pagi. Kami berkumpul di hadapan dewan makan sambil menunggu kesemuanya selesai mengemas dan check-out. Memang seperti yang dijangka, hujan mula turun...ceh macam tau-tau je kami dah nak balik, sedih la konon. Ok memang sedih sebab tak tahu bile lagi kami akan dapat buat benda-benda macam ni. Pemandu bot kata, kami kena bergerak cepat sebab takut kalau hujan lebat nanti susah pulak nak meredah lautan (wah lautan le sangat! kekeke). Ok semua barang dah disumbat ke dalam bot dan tibalah masanya kami meninggakan Redang Kalong. Memang sedih la jugak dan rasa percutian ni sangat singkat.

Cuaca mendung je pagi tu....
Sementara menunggu bot sampai dan barang-barang dipindahkan.
Kami tiba di Jeti Merang hampir jam 11.30 pagi, dan semua barang dipunggah masuk ke dalam van. Sambil tu sempat jugak pergi shopping kat kedai-kedai yang banyak terdapat di sekitar kawasan jeti. Dapat la sambar sehelai T-shirt dan beberapa keping FM untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan menuju ke bandar Kuala Terengganu, van-van kami sempat singgah kat salah sebuah kedai perusahaan keropok lekor di tepi jalan. Aku tatau nama kedai tu apa, tapi banyak jugak la diorang ni semua shopping keropok lekor siap kirim transit dekat kereta Keluarga Bahagia lagi sebab takut tak lepas bawak naik kapal terobang, maklumla masing-masing tak beli luggage. Mujur jugakla aku beli luggage 15 kg sebab aku tau yang beg aku memang akan sendat punya. Alhamdulillah.... boleh jugak diorang numpang-numpang bubuh keropok lekor kekekee.

Singgah beli keropok lekor dulu

Tiba di bandar Kuala Terengganu, kami si pan barang-barang semua di stor yang disediakan di pejabat Redang Kalong, mujur jugak la ada tempat simpan beg, kalau tak mau patah bahu ngangkut semua beg pergi shopping kat Pasar Payang! Hahahah. Ye destinasi berikutnya adalah Pasar Payang! Pasar yang amat terkenal di negeri Terengganu. Apa yang best sangat dengan Pasar Payang tu? Macam-macam ada, daripada kain baju, tudung periuk sampailah ke makanan tradisional semuanya ada dijual di bawah satu bumbung!

Shopping dulu di Pasar Payang!
Kami setkan masa dalam 2 jam untuk meronda-ronda di dalam Pasar Payang, mana-mana yang nak bershopping sakan tu silakan la merayau dengan penuh berhemah. Aku takde la beli apa-apa pun, jadi aku, kak Coco, Chawana, Danny, Dan Arif, MasZuber, Biqque dan Shahrul lepak kat foodcourt sambil mengisi perut makan tengahari...yang lain tatau pegi kemana.



Tepat masa yang dijanjikan, kami semua berkumpul di depan pintu masuk utama dan berjalan kaki semula ke pejabat Redang Kalong yang hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Penat jugak la sebab tengah panas kena berjalan kaki tapi terpaksa pasrahkan diri demi keriangan berganda! Seteah semua berkumpul maka van dari Redang Kalong tu membawa kami ke ICT untuk makan. Ha jangan ingat kat Shah Alam je ada ICT, kat Terengganu pon ada ICT!!! Yang dimaksudkan dengan ICT adalah Ikan Celup Tepung! Hahahah, mula-mula ingatkan apa la bendanya ICT tu. Lokasi kedai ICT ni terletak di belakang lapangan terbang Kuala Terengganu. Betul-betul kat tepi pagar airport tu, selain ikan celup tepung, ada macam-macam lagi makanan yang digoreng dengan tepung seperti udang, sotong, ketam dan cucur. Pilih je la nak yang mana, janji bayar.


Lepas makan, ada di antara kami yang akan terus ke airport sebab flight ke Kuala Lumpur akan berangkat pada sebelah petang, manakala ada juga yang stay sampai malam sebab ambil flight malam, dan ada lagi yang tak reti-reti nak balik, tinggal semalaman lagi kat Terengganu...haish sapa la tu.


Alhamdulillah, trip #travelholicawesome kali ni merupakan trip yang paling berjaya dan best! InsyaAllah kami akan menyusul dengan lebih banyak trip lagi di masa akan datang! Terima kasih semua sebab memberi kerjasama dengan baik!. Ok sebelum mengakhiri entry ni, moh layan video khas yang dibuat oleh Dan Ariff menceritakan secara lalu kisah kami di Redang Kalong! Enjoy!



WASSALAM.



2012-07-23

#Travelholicawesome : Trip To Redang Island, Terengganu Part 2

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]


Memandangkan aku dah tulis entry ni 2 hari lepas dan tetiba draf entry ni hilang, maka aku terpasa gigih menaip semula kisah seterusnya di Redang KalongOk sambung hari kedua, pagi itu dimulakan agak terkejut, dengan ketukan pintu bilik oleh Cawan. Gigih Cawan menggerakkan kami semua pagi tu untuk bersarapan pagi. Ye sarapan pagi bermula pada jam 7.30 pagi, dan alhamdulillah cuaca sangat baik hari itu.

Tanpa mandi (tetapi hanya membasuh muka dan berus gigi) dan melakukan apa yang patut, maka kami semua pon terjah dewan makan untuk breakfast. Wow sarapan pagi agak best juga, ada mee goreng, ada telur mata kerbau, ada roti dan macam-macam lagi! Kami makan seadanya, dan memang agak kebulur jugak pepagi tu sebab malam semalam takde supper (huh demand nak supper pulak kan!). Sambil makan, kami menjalankan aktiviti wajib yakni berborak sampai pekerja dewan makan nak muntah tengok muka kami tak berambus-berambus dari situ.

Kami kemudian balik ke bilik masing-masing untuk bersiap-siap memakai baju mandi, kami dikehendaki berkumpul pada jam 9.00 pagi untuk aktiviti snorkeling seterusnya. Di mana agaknya diorang nak bawak kami semua ni snorkeling? Menurut anuar, salah sorang pekerja chalet ni, nama tempat snorkeling kami ni adalah Pulau Pinang...eh ke Pulau Ekor Tebu? Aku lupa dah yang mana satu Anuar bagitau aku haritu. Oh ada eh nama camtu? (aku rasa betol dah dia sebut nama ni, ke aku yang silap?). Seperti biasa, kena tukar-tukar bot sampailah ke destinasi yang dituju. Bila semua dah terjun ke lautan dalam (heheh dalam wooooo , bukan semua la turun, Kakak Santek dan keluarga bahagianya duduk je dalam bot menjaga kejelitaan wajah katanya sambil main di gigi-gigi bot) kami pon mengikut salah sorang pekerja chalet yang merupakan beachboi akak TanSree Coco semalam mencari Nemo dan kalau untung dapat tengok baby shark! Maka berombongan cik Peah la kami semua berenang-renang ala-ala dugong terlepas sangkar mengekori beachboi akak TanSree Coco. Ye memang hebat beachboi itu menangkap ikan Nemo lalu disumbat di dalam goggle untuk tatapan kami semua. Kagum ye teramat sangat melihat ikan itu ditangkap dengan mudah!

Bergambar reramai dulu sebelum ber-snorkeling


Tiba-tiba, beachboi akak TanSree Coco menyuruh kami semua bergerak menghampiri bot, katanya dia ternampak obor-obor! Omai, bahaya tu obor-obor kalau terkena nanti bisanya sangat menyakitkan, dan sape pulak nak sponsor air kencing ke badan mangsa nanti kan? (Orang kata kalau terkena sengat obor-obor kene siram dengan air kencing!). Lalu kami semua pon bergegas la pulang seperti dugong pulang petang menghampiri bot kami. Alhamdulillah dekat-dekat area bot tak ada obor-obor! Tapi aku rasa ada benda lain yang menggigit leher aku sebab sangat gatal sampai sekarang belum pulih sepenuhnya. Huhuhu.


Kami jugak sempat mendayung kaki memasing ke kawasan pantai di pulau tersebut....lepak-lepak sekejap sambil melihat lautan yang agak bergelora. Padanla ramai yang mabuk sebab keadaan ombak agak kuat, termasuklah TanSree Coco, Fatt dan Hasrul yang mengalami mabuk pra-matang. Manakala Ratu MUNTAH kami, yakni MasZuber (dia memang pemabuk orangnya) berkali-kali mensedekahkan isi perut beliau kepada ikan-ikan dilautan. Sekali muntah bertaburan, segerombolan ikan-ikan beraneka warna mengerumuni muntah dia untuk dimakan. Badang sangat!!!

Ok setelah dekat 2 jam kami bersnorkeling kat situ, maka kami semua pon di bawa pulang ke Redang Kalong. Fuh penat giler masa tu, sebab banyak tenaga yang digunakan untuk meredah arus katanya. Sampai di Redang Kalong, masing-masing balik bilik dan mandi, sebelum masing-masing ke dewan makan untuk makan tengahari pada jam 1 tengahari.

Ting ting ting....bunyi besi diketuk menandakan makanan tengahari telah siap sedia. Maka berkerumunlah kami mengambil makanan, maklumlah tengah lapar! Makan pon tak boleh lama-lama sangat sebab pukul 2 kami nak kena berkumpol semula untuk aktiviti bersnorkeling seterusnya! Maka lepas makan kami pon balik bilik dan tukar lagi ke pakaian mandi, pakai je baju yang sama, jimat tak payah bazir-bazir melaram pakai baju baru hehehe.



Kami seterusnya di bawa menuju ke Taman Laut! Ya ingat tak harga tiket RM5 yang kami dah bayar masa kat Jeti Merang semalam? Ha tiket tu lah untuk masuk ke Taman Laut. Seperti biasa jugak, tukar-tukar bot dan akhirnya sampai ke Taman Laut. Jeti Taman Laut ni besar dan teguh. Sampai je atas jeti masing-masing kagum tengok banyak giler ikan bilis  apatah berkumpul di tiang-tiang jeti umpama segerombolan rumpai laut. Diorang (?) duduk statik je kat situ tak pergi ke mana-mana. Memang unik!

Jeti Taman Laut (Gambar ihsan MasMZ)
Cari port lepak terbaik.
Kawasan kapal karam
Kami cari port kat salah satu kerusi-meja yang tersusun di tepi pantai, lepas tu apa lagi, kami ramai-ramai amek gambar group! Ye la kan, tak sempat-sempat lagi nak amek gambar group reramai. Maka setelah di ulang lompat, di tengah rembang tu maka hasilnya adalah seperti di dalam gambar (ihsan gambo kemera sape ni ha? MasMZ kot). Lepas habis je bergambar makanya kami semua terjun ke laut untuk sambung mendugong. Fuh batu karang kat situ semua lawa-lawa! Anuar pulak siap jadi tour guide kami bawak kami lalu celah-celah tiang jeti untuk tengok belut sepanjang 8 meter! Ha giler ko, panjang nak mampus siap menyorok dalam tukun tiruan lagi! Gambo hasil sewaan kemera dalam ayor berharga RM 70 kot (sebab ada masalah teknikal) adalah seperti yang tertera.

Inilah Anuar! Bodyguard kami
Kami berdugung sampai ke atas pelantar buatan khas di hujung sana. Malah ada sesetengah daripada kami yang meneruskan perdugongan sampai ke kawasan ship wreck yang berarus deras. Aku tak larat dah, cukup sekadar membaringkan diri di atas pelantar. Best giler. Lepas tu kami ramai-ramai berenang ke tepian. Anuar kata masa diberikan sampai pukul 4 petang je, so masing-masing pasrah le tak boleh berlama-lama di situ. Akhirnya jam 4 petang kami semua pon balik ke Redang Kalong . Dan sesetengah daripada kami ada yang sambung tengok Nemo kat jeti Redang Kalong tu. Oh lupa, kat Jeti Redang Kalong tu pon ada banyak baby Shark! Best giler.

Gambar reramai lagi! (Gambar ihsan MasMZ)
Adakah korang mampu bersnorkeling pakai topi?
Demi keputihan wajah, sila tiru macam aku.

Dah habis aktiviti snorkeling, kami pulangkan balik sewaan jaket keselamatan dan goggle yang kami sewa dengan harga RM30 tu. Habislah sudah kisah snorkeling. Minum petang pulak disajikan dengan keropok lekor ! Yumeh sesangat le sebab tengah lapar. Lepas tu semua balik bilik dan siap-siap untuk aktiviti sebelah petang dan malam.


Makan malam macam biasa, pukul 7.30 dah mula, dan malam ni adalah malam ber BBQ! Memang lazat sesangat makanan yang disajikan, antaranya kambing bakar, nasi goreng, ayam bakar, ikan bakar dan sebagainya yang dibakar! Memang membuka selera.

Lepas makan, kami meneruskan acara kemuncak iaitu acara kuiz dan bertukar-tukar hadiah! Ya kami semua dah plan sorang kena bawak satu hadiah untuk ditukarkan kepada orang lain. Wow masing-masing gigih la bawak kotak cerek elektrik la, kotak minyak wangi la dan ada yang dibungkus ala-ala menerima 'barang' dari tok dukun! Memang meriah dengan suara hilai tawa kami je malam tu. Seronok yakmats bertukar-tukar barang. Thanks Kakak Santek, sebab aku dapat hamper yang best! (Gigih tau Kakak Santek bawak hamper pegi Redang!)


Lepas acara tukar-tukar hadiah kami sambung dengan mainan teka-teki pulak. Aku tatau apa nama permainan tu tapi dipengerusikan oleh Kakak Santek. Lepas tu sambung lagi berborak sampai ke pagi! Fuh memang giler all out la kome yer! Maklumla bukan senang nak dapat berkompol ramai-ramai macam ni kan!

Ok nanti aku sambung kisah hari ketiga... tak banyak dah nak cerita tapi sebab #taknakkalah jugak tepaksa buat 3 entry hahahah.


WASSALAM.

#Travelholicawesome: Trip To Redang Island, Terengganu Part 1

Assalammualaikum!!!


Ok kali ni cerita betol-betol..takde teaser-teaser dah sebab kemera baru dah berjaya kembali ke pangkuan. Oh ya before that (aku pon boleh cakap English ye), aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua yang tengah baca entry ni. Harap-harap tak bosan la yer, maklumla aku dilahirkan bukan sebagai journalist hebat.

Kalau rujuk kembali bagaimana semua ini berlaku, maksud aku macamana plan #Travelholicawesome ke Redang ni bermula, semuanya daripada seorang blogger 'tersohor' yang bercita-cita nak bawak pembaca blog dia bercuti ke pulau. Haaaa jangan main-main, hanya insan-insan terpilih katanya yang akan join trip pulau ni (non-invited member tak boleh join tanpa permission semua ahli). Ok tu kisah mula-mula dulu la, hampir setahun yang lalu tak silap aku hujung-hujung Disember 2011

Lepas beberapa minggu, kami yang terkumpul memulakan trip lain yakni ke USS! Ingat tak? First trip #Travelholicawesome ke USS pada Februari 2012 (kalau rajin sila korek balik entry blog aku dulu-dulu), masa tulah perbincangan secara serius berlaku. Arrangement secara terperinci dibuat, sapa yang kene pegi beli tiket, sapa yang nak buat itinerary dan sebagainya dan akhirnya, kini tibalah masa yang dinanti-nanti, #Travelholicawesome membawa diri ke Pulau Redang untuk merapatkan lagi ukhwah yang telah terjalin sekian lama.

Rombongan Cik Ro

Tanggal 12 Julai 2012, jam 9.30 malam, aku, MasMZ, Biqque, Shahrul (laki Biqque), Tan Sri Coco, dan Fatt telah bertolak dari Putrajaya Sentral menuju ke Kuala Terengganu dengan menaiki Bas Express Adik Beradik. Ya ampun, sumpah tu first time aku dengar nama bas macam tu, mula-mula ingat diorang main-main rupanya betol-betol! Tambang bas dari Putrajaya ke Kuala Terengganu adalah RM 43 sehala. Keadaan bas adalah sangat selesa (3 seats) dan sangat sejuk sehingga memaksa aku menyelubung kain pelikat, Fatt menyelubung kain batik dan Biqque menyarung kain telekungnya lengkap seumpama boleh terus solat subuh! Sumpah sejuk, tak tipu. Perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Terengganu sangat lancar dan laju. Bas singgah sekejap kat hentian mana ntah di tengah-tengah perjalanan selama lebih kurang 15 minit sahaja sebelum perjalanan meredah dingin pagi diteruskan.

Kami naik bas Adik-Beradik mak-bapak pakcik-makcik

Rombongan Cik Musalmah Jenab

Sementelaah sebahagian lagi daripada kami iaitu Danny, ChawanNa, Lily, MasZuber, Dan Arif dan Byya pula menaiki Bas Express Transnational daripada Hentian Putra, Kuala Lumpur pada jam 10.00 malam. Aku taktau apa yang berlaku dalam bas tu, katanya bising yakmats sehingga mengganggu hak asasi penumpang lain untuk tidur? Wallahhuallam kena tanya dengan penumpang-penumpang bas itu sendiri. 

Rombongan Cik Puan Lela Manja

Bukan saja menaiki bas, ada jugak ahli rombongan yang dah tiba sehari awal di Kuala Terengganu! Siapa lagi kalau bukan rombongan Keluarga Bahagia ElyHasrul. Mereka sampai di Kuala Terengganu pada sebelah pagi 12 Julai 2012 dengan menaiki kenderaan sendiri. Alhamdulillah selamat semuanya, Sammy dan Suci tak sabar nak mandi laut katanya.Sempat juga mereka bermalam sehari di Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu

Ok, perjanan dari Putrajaya ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 6 jam (sumpah pakcik tu memang bawak laju giler). Kami dari rombongan Cik Ro sampai di Stesen Bas Kuala Terengganu pada jam 4 pagi. Ha hambek ko tetibe tersampai awal pulak kan, makanya kami duduk melepak di Stesen Bas Kuala Terengganu sambil makan nasik lemak kat satu kedai yang bukak 24 jam kot kat situ. Ramai jugak orang pepagi buta ni mungkin baru sampai atau ada yang menunggu bas untuk ke destinasi lain. Manakala rombongan Cik Musalmah Jenab pulak tak tiba-tiba lagi. 

Tunggu punya tunggu akhirnya tiba jugak rombongan Cik Musalmah Jenab dari Kuala Lumpur pada jam 6 pagi. Huyohhhh lama jugak tu kami tunggu. Diorang kata bas diorang siap berhenti lama kat hentian tengah highway, tu sebabnya lambat. Ok la, janji semuanya dah selamat tiba di Stesen Bas Kuala Terengganu. Oh ya lupa pulak nak cerita, rombongan #travelholicawesome kali ni turut disertai oleh seorang blogger jemputan iaitu Pae yang gigih berenang tanpa life jacket menaiki bas dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu. Ha korang mampu? Pae tiba di Stesen Bas Kuala Terengganu pada jam 6.30 pagi katanya. jadi lengkap sudah peserta rombongan menaiki bas berkumpul.

Selesai solat (InsyaAllah solat jangan dilupa ya walau di mana kita berada) subuh di tingkat atas bangunan Stesen Bas Kuala Terengganu (masuk toilet kena bayar 30sen), kami menunggu van yang akan membawa kami ke Jeti Merang yang akan tiba pada jam 7.00 pagi. Jadi sebanyak dua van diperlukan untuk mengangkut kami ke Jeti Merang, sementara rombongan Keluarga Bahagia Ely Hasrul pula dah siap-siap tunggu di Jeti Merang untuk bersama-sama kami. Maka dalam jam 7.30 pagi (janji 1Malaysia katanya) sebanyak dua buah van pon bergerak meninggalkan Stesen Bas Kuala Terengganu. Maka di sinilah bermulanya drama siri ke berapa pon aku tak tau, van yang aku naik siap boleh berhenti kat depan Waterfront yang kelihatan seolah-olahh di ICT Shah Alam,untuk menikmati suasana pagi di situ dan juga di China Town dan melalui Turtle Alley, manakala van yang satu lagi direct terus ke Jeti Merang tanpa singgah di mana-mana. Ha tak ke hangin diorang sebab tak dapat berjimba-jimba macam kami? Kekeke.


Uncle ni peramah giler, siap bawak kami jalan-jalan kat ChinaTown.
Kata Danny dulu kat jambatan ni ada plaza tol, sekarang dah tak ada.





Turtle Alley (Lorong Penyu)

Ok perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Jeti Merang mengambil masa kira-kira 45 minit. Untung jalan raya tak jem hari ni sebab hari Jumaat, Terengganu cuti. Kami tiba di Jeti Merang lebih kurang jam 9.00 pagi dan bot yang akan membawa kami ke Pulau Redang dah sedia menunggu untuk berlepas pada jam 9.30 pagi. Sempat lagi la nak shopping sikit-skit kat kawasan Jeti Merang tu sebab banyak kedai cenderamata yang banyak berderet di sepanjang jalan berhampiran dengan jeti. Oh ya jangan lupa bayar siap-siap duit nak masuk Taman Laut dengan harga RM5 je, kami bayar pada orang Redang kalong tu supaya nanti senang.

Jeti Merang.

Pakej yang kami ambil merupakan pakej 3 hari 2 malam di Redang Kalong. Kenapa kami pilih Redang Kalong ye? Sebab kedudukannya yang ala-ala tersembunyi dan ada private beach pulak tu. Lagi satu, pakej yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM 318/head untuk triple sharing, dan RM 345/head untuk couple room. Harga termasuk 4 kali snorkling dan makan pagi, lunch, minum petang dan dinner untuk 3 hari 2 malam. Ha berbaloi tak? Kami dapat harga pakej ni masa MATA Fair bulan tiga hari tu kat PWTC tambahan pulak MasZuber dah 3 kali menginap kat Redang Kalong ni, so dia dah kenal dengan owner chalet ni. (haaaa jangan memain, kenal owner ok!).

Setelah semua barangan disumbat ke dalam bot, kami pom bertolak menaiki bot laju ke Redang Kalong! Perjalanan menaiki bot mengambil masa 45 minit, agak jauh juga disamping terpaksa meredah ombak yang agak ganas ketika itu. Setibanya di jeti Redang Kalong, kami disambut dengan ramahnya oleh pekerja-pekerja yang sedia menanti kami. Kami diminta berkumpul di dewan makan untuk taklimat ringkas dan mengambil kunci bilik masing-masing. Aku akan ber-roommate dengan Danny dan Dan Arif memandangkan kami je jejaka idaman Malaya yang ada. Manakala pasangan yang dah berkelamin tu pepandai diorang la duduk bilik memasing. Kekeke.

Redang Kalong
Jeti Redang Kalong
Redang Kalong.

Ok satu lagi yang menariknya di Redang Kalong ni, terdapat minuman juice, plain water, hot water dan roti dengan free flow boleh di ambil sepanjang masa, so kalao agak-agak lapar tu boleh la jengan dewan makan tu. Setelah masing-masing masuk bilik, kami bersiap-siap untuk sesi fotografi. Ye, group foto katanya sebab dari awal dah decide tema group foto dengan pakaian bewarna merah/putih/biru perlu diperagakan. Ha masa ni memang bukanmain lagi semua nak melaram ok! Walaupun tengah-tengah rembang! memang seronok giler bila tengok Suci pon pakai baju ikut tema! Hehehe.



Lepas puas sesi bergambar berkumpulan, kami pon makan tengahari. Ya makan tengahari adalah mengikut jadual iaitu pada pukul 1 petang. Tepat pukul satu, pekerja dewan makan akan mengetuk tiang besi untuk memanggil semua tetamu datang ke dewan makan. Best giler, rasa macam duduk kat kem bina semangat pulak kekeke (BTN). Memandangkan kami memang masing-masing tenagh kebulur, makan makanan tengahari tu semuanya nampak sedap-sedap belaka. Serius masakan kat situ semuanya boleh tahan sedap dan memikat hati juri.


Lepas makan, kami kena terus bersiap-siap pakai baju mandi/renang/selam sebab kami akan dibawa ke satu tempat untuk snorkling! Waktu snorkling adalah pada jam 2.15 petang, tapi pada jam 2.00 petang pekerja-pekerja chalet dah mula panggil semua guests untuk berkumpul di depan dewan makan. Terdapat juga aktiiviti diving di situ di mana peralatan diving dan jurulatih diving disediakan. Maka pada jam 2.15 petang, kami semua pun berkumpul dengan baju mandi masing-masing. Eksaited terlebih sudah, bukan kami saja, malah guests lain juga akan turut sama dalam aktiviti snorkling kami. Kami menaiki bot kecil sebelum berpindah ke bot/tongkang (?) yang lebih besar di tengah laut sebab tongkang tu tak boleh rapat ke pantai akibat air cetek.



Beberapa minit kemudian akhirnya kami pon sampai ke tempat snorkling. Aku tan ingat nama tempat ni tapi air laut kat situ memang dalam dan biru! Giler la cantik air laut tu jernih sehingga menampakkan batu-batu karang di dasar. Oh lupa pulak, kami kena sewa goggle dan jeket keselamatan pada harga 20 ringgit sekali sewa sampai 3 hari. Kira ok la tu sebab tak payah bayar setiap kali nak pakai. Maka kami pon terjun tiruklah ke dalam air.. apa lagi, buat aktiviti snorkling la! Ada jugak yang duduk atas bot aje sambil melihat kami berenang-renang manja di tepi bot, dan ada jugak yang berscandal dengan beachboi katanya menyelusuri keliling bot sambil melihat Nemo bermain di gigi batu karang, #motif sangat kak Tansri Coco ni hahahahaa.

Agak lama juga kami berendam dalam air lebih kurang 2 jam. Dalam pukul 4 petang kami semua pon dihantar pulang ke Redang Kalong. Seperti tadi jugak kena tukar dari bot besar ke bot kecik sebab kawasan perairan depan Redang Kalong tu cetek. Kami balik ke bilik, mandi dan salin baju sebelum ke dewan makan semula untuk minum petang. Rules dewan makan tak boleh masuk pakai baju basah. Petang tu kami di jamu dengan kuih dan pisang goreng, memang sedap!

Selepas habis sesi berborak di dewan makan, kami beramai-ramai jalan kaki menuju ke pantai sebelah, kat sana letaknya banyak chalet yang lain dan yang paling besar adalah Laguna Redang! Memang cantik pantai kat sana dan pasirnya lebih halus lagi. Suasana pon lebih meriah sebab kebanyakan pelancong akan lebih tertumpu ke pantai sebelah sini berbanding ke Redang Kalong. Untuk ke Laguna Redang, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit merentas belukar , tapi jangan risau sebab ada laluan disediakan.

Sampai je kat Laguna Redang, kami singgah kat rumah menjual cenderamata. Sejarah rumah tu, dulu merupakan pusat penggambaran filem oversea bertajuk "Summer Holiday", dan kini rumah tu diubah suai jadi kedai menjual cenderamata. Sambil makan aiskrim kami mengambil angin dan melihat keadaan petang di tepi pantai. Sibuk jugak la yang lain-lain berfotoshoot kat situ. Dah dekat nak maghrib baru kami semua berjalan kaki balik ke Redang Kalung.

Berjalan kaki ke Laguna Redang

Aktiviti sebelah malam pulak, kami makan malam pada jam 7.30 malam. Makan malam konsepnya sama macam lunch tadi iaitu buffet. Memang meja tengah dewan makan tu khas untuk kiteorang je la! Sambil makan sambil berborak memang happening! Tak tau la berapa lama kami makan. Lepas makan kami meneruskan aktiviti berkaraoke! Ya kat Redang Kalong ni ada bilik karaoke ye. Konsep bilik karaoke ni adalah open, sape-sape je boleh nyanyi di khalayak ramai. Hehhehe bile kami masuk je, habis kami konker satu bilik tu, maka bermulalah nyanyian koir travelholicawesome di Redang Kalong! Happening lagi, siap ada mat salleh US puji-puji kata kami nyanyi sedap! Hahaha.


Gambar karaoke dari MasMZ
Kami habis karaoke lebih kurang jam 11 malam. Lepas tu ramai yang dah balik bilik, penat katanya. Tapi ramai jugak yang terus melepak di dewan makan sampai pagi! Apa lagi berborak la, kami berborak tak hingat sampai pukul 2 pagi rasanya, siap Anuar (tukang jaga Redang Kalong) tu pon join kami berborak! Best giler!

Ok nanti aku cerita kisah hari kedua pulak... bermula dengan snorkling, berakhir dengan snorkling di tempat tidur! Tungguuuuuuu.....

WASSALAM.