2012-12-30

Summary of 2012: A Wonderful Year It Is

Assalammualaikum!!!

Selangkah ke tahun baru. Apa yang aku dah capai tahun 2012 ni? Secara keseluruhannya tahun ni memang berlaku MEGA CHANGES dalam hidup aku termasuk blog Janggeltrekker's Life jugak :)

Ok sorotan perjalanan sepanjang 2012:-

1. Belayar di Kapal Mewah! Ye first time menculikkan diri ke Pulau Pinang untuk merasa naik Superstar Cruise Libra bersama dengan Kaki Berangan, Kaki Jalan dan Tansree Coco Nutz. Tak terpikir pon nak buat benda-benda tu especially sambut New Year atas kapal okay! ko ada? Hahaha (ayat last tu sila abaikan sebab terinzal eksaited menulis jap).

2. Dapat jemputan makan durian di D'Lepoh Chalet, Ulu Yam... duduk tepi sungai sambil makan durian weh! terbaik bersama Keluarga Bahagia Kakak Santik ElyHasrul (Blogger yang tersohor satu ketika dahulu, kini? Menyepi..busy jadi kerier wumen katanya...)

3. Dugaan hebat melanda, terkena pulak serangan si nyamuk aedis! Ye aku kena demam denggi.. alhamdulillah tak teruk sangat. Merasa la jugak pengalaman berulang ke sepital ambik darah tetiap hari. Time ni aku rasa my family is everything to me... and they are always with me during that period (tetibe spekang ni pehal?).

4. Rombongan pertama Travelholicawesome ke Singapore! Ye gigih kami berkonvoi ke Singapore semata-mata nak pergi ke USS. Semua tu kenangan.... ye tinggal kenangan je.. (#drama).

5. MegaTrip aku yang pertama bersama Kaki Berangan dan Kaki Jalan (dua-dua KAKI, aku je yang takde kaki? Kaki Janggel? huh? duhhh.) Menjelajah Bumi India, memang satu pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup. Alhamdulillah so much experiences aku dapat sepanjang 8 hari di sana. Tetibe macam rindu pulak saat tu.

6. Rombongan Travelholicawesome lagi! Kali ni ke Taiping pulak, kengkononya nak merasa Satey Pak Ein (Ayah Biqque). Memang mabeles rombongan kali ni sebab ada muka-muka baru yang join! Ha see... we are open okay!

7. Kali ni lari membawa diri lagi...penuh drama dan tragis katanya. Huh biasala, masakan aku boleh hidup tanpa drama ye tak? Ko mampu??? Meredah jalan darat dari Kuala Lumpur ke Krabi menaiki kereta Tansree Coco. Gigih melalui ratusan Kilometer bersama Tansree Coco, Kaki Berangan dan Kaki Jalan. Ya kami pasrah di atas ketentuan yang kami memang selalu travel bersama. Overland Trip KL-Hatyai-Krabi 2012.

8. Pencapaian terbaik aku sebagai seoarang BLOGGER, (kata diorang la padahal aku rasa biasa je) sebab Blog aku menang Eco-Tourism Blog Award anjuran MITBC, dan Tourism Malaysia. Macam tak percaya pulak boleh menang walhal aku punya VOTE tak banyak pun malah bukan dapat jumlah VOTE tertinggi pon. Tapi dah namanya rezeki kan.... follower pon tak ramai. Pasrah.

9. Percutian yang katanya dah setahun dirancang, akhirnya jadi kenyataan. Aku dan Geng Ungu (wah ada lagi ke Geng Ungu ni??? Mesti la ada!) bercuti ke Perth, Australia! yeay firstime pergi negara omputeh!!! Lepas tu gigih turun flight kat LCCT je terus masuk opis buat kerja, korang mampu? Hahahaha.

10. Lagi percutian bersama Travelholicawesome ! Kali ni ke Pulau Redang, Terengganu! Yeay juga penuh drama dan  ada lagi muka-muka baru yang dijemput! Ha see, kami tak sombong tau! kekeke ada ke yang kata kami sombong? Ntah ... apa la aku ni kekeke.

11. Mega Trip lagi, omai aku kene attend kursus kat Jepun (sambil terkinja-kinja) dalam satu tempoh yang agak lama la (sebab sebelum ni tak pernah pergi obersi lama-lama). Aku berada di Jepun selama 5 minggu dan kesempatan tu aku gunakan semaksima mungkin. Untung dapat kengkawan baru yang kaki jalan jugak. #syukur. Terpaksa jugak burn tiket ke Bangkok..adoi bile la nak sampai Bangkok ni...

12. Kali ni short trip pulak bersama Kaki Berangan, ke Jogjakarta... alhamdulillah jejak lagi bumi Indonesia. Memang kenangan terindah jugak la. Sampai la ni tak habis-habis lagi tulis entry Jogja hehehe.

Rasanya tu je la trip-trip aku tahun ni, penat jugak mengharung tahun 2012 ni dan berkawan dengan geng-geng sekapal. Alhamdulillah aku suka. Tapi satu je yang terkilan, Projek Teater aku tahun ni agak terbengkalai jugak la. Boleh di bilang dengan jari?

1. Teater Muzikal Upin Dan Ipin di IB
2. Teater Muzikal Tun Siti Hasmah di IB
3. Teater Muzikal Ali Baba di IB
4. Teater London The Summer Musical di Sunway Lagoon

4 je?? aku rasa macam ada lagi tapi lupe la pulak.. takpe lah.

OK tu je aku nak apdet...sepintas lalu peristiwa getir 2012. Jom mulakan lembaran baru tahun 2013. Happy New Year 2013 guys! Kepommmm (Bunga api mancor-mancor  - sila bayangkan)

Psstt: Aku bukanle jenis yang gigih pi travel setiap bulan macam sesetengah manusia tu. Maklumla tak mampu, idak la aku nak berutang keliling pinggang semata-mata nak travel ye dak? heheh. Simpan sikit untuk Hari Pencen nanti... kang dah takde tempat pulak nak pegi. LOL

WASSALAM.



2012-12-26

Jogja, The Real Java (Part 7) : Hotel 1001 Malam dan Shopping Di Jalan Malioboro

Assalammualaikum!!!

Sambungan dari:


Ok, beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2013, dah banyak ke azam tahun 2012 yang tercapai? Aku, ada la beberapa yang tercapai dan beberapa lagi yang di postpone ke tahun 2013 hehehe. Nanti aku cerita di next entry, rumusan 2012 (macam biasa la).

Jom sambung kisah di Jogja. Setelah pulang ke Jogja dari Candi Prambanan, kami dibawa oleh Pak Supir ke Hotel 1001 Malam. Ada kisah di sebalik nak book hotel ni, kami booking hotel 1001 Malam ni lebih kurang 2 minggu sebelum berlepas ke Jogja. Masa tu tau-tau aje lah, semua hotel dah penuh dan tak tahu nak cari hostel bajet mana lagi yang available. Lastly terpaksa la booking jugak kat hotel 1001 Malam ni walaupun harganya agak mahal untuk kami yang tak berapa kaya ni. Tapi........ aku suka jugak dengan hotel ni sebab dia mengingatkan aku dengan Tourist Guesthouse di Agra, India tempat kami menginap suatu ketika dulu. Keadaan susun atur bilik-bilik nya lebih kurang sama dan ada taman di tengah-tengah hotel. Tenang dan nyaman je. 

Lokasi hotel 1001 Malam ni adalah berhampiran dengan Jalan Malioboro (sebelah belakang je) dan kalau jalan kaki tak sampai pon sepuluh minit nak ke Jalan Malioboro tu. Untuk penerangan lebih lanjut, bolehlah rujuk website hotel ni di http://1001malamhotel.com. Staff hotel pon boleh tahan friendly dan yang penting ada breakfast dan wifi percuma lepas tu ada juga kopi dan teh freeflow sepanjang masa (ala sebenarnya dah masuk dalam harga bilik la kan).

Alamat Hotel : 
Hotel 1001 Malam, 
Sosrowijayan Wetan, Gt I/57, Yogyakarta, Indonesia ‎
No. Tel: 1-800-814648 (Bebas tol)‎

OK kami sampai hotel je masa tu hujan lebat dan jam dah dekat pukul 4.30 petang. Maka setelah selesaiurusan check-in kami pon berehat le kejap. Untuk makluman, hotel 1001 Malam ni tak ada TV ye, sebab menurut kata pekerja hotel ni, kebanyakan pelancong yang menginap kat hotel ni adalah mat salleh, so mereka tak suka sangat tengok-tengok tv ni, mereka lebih gemarkan ketenangan katanya. Layan je la...

Setelah puas berehat, kami bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di Jalan Malioboro lagi sambil mencari beberapa cenderamata dan makan malam. Sebenarnya puas jugak cari FM tak jumpa-jumpa yang berkenan dan murah.

Freeflow kopi dan teh (bancuh sendiri)


Kami berjalan kaki ke Jalan Malioboro sampailah ke Jalan Ahmad Yani. Hasil risikan kami dengan anggota Travelholicawesome yang pernah sampai Jogja satu ketika dulu, ada sebuah kedai menjual cenderamata yang murah-murah dan ada jual FM cantik jugak. Nama kedai tu adalah MIROTA BATIK yang terletak di Jalan Ahmad Yani tu, jalan je la sampai ke hujung insyaAllah boleh jumpa kedai tu sebab signage dia pon besar dan senang nampak. Kami pom borong la cenderamata sesedap rasa, maklumla dah tak berapa nak berduit masa tu. Ni website kedai Mirota Batik tu ---> http://mirota-batik.blogspot.com/ dan alamatnya seperti berikut:

Mirota Batik
Jl. Ahmad Yani No.9 Ngupasan Gondomanan Yogyakarta 
Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia 
No. Tel: +62 274 588524

Selesai membeli cenderamata, kami meneruskan misi membeli baju-baju t-shirt yang cantik-cantik kat sini. Ya, memang kebanyakan corak yang dilukis di t-shirt kat Jogja ni semua cantik-cantik dan trendy. Tak menyesal beli banyak. Cuma harus di ingat, kolar (di leher tu) bajunya agak kecil dan agak mencekik sikit, kena pilih betol-betol sebab ada juga saiz XL nya yang kecil, jadi pandai-pandai lah cek dulu sebelum beli ya. Harga sehelai T-shirt yang berkualiti pon tak mahal sekitar IDR 30,000- IDR 35,000.



Usai (wah boleh guna perkataan usai!!!) membeli belah guna kad kredit (hahah sebab dah habis cash) kami pon cari la tempat makan, lokasi makan malam kami kali ni adalah KFC... maklumla ada orang tu mengidam nak makan KFC katanya, lalu kami pon pegi la cari restoran KFC kat dalam shopping mall apa tah yang besar kat tengah-tengah Jalan Malioboro tu.  Lepas hajat nak makan KFC katanya.

Lepas makan, kaki pon dah penat menapak, kami pon balik hotel la. Dah tak larat sebenarnya sebab sehari suntuk asyik berjalan je, dengan panas dan hujan lagi. Tunggu esok je kami sambung menjelajah sikit je lagi di beberapa kawasan di Jogja ni.

Bersambung....

Psstttt: Untuk Versi Kaki Berangan KETIK di SINI

WASSALAM.

2012-12-24

Food Hunter: Warung Tapak Sulaiman, Kg. Desa, Sungai Merab, Selangor

Assalammualaikum!!!

Dah hujung-hujung tahun ni rajin pulak aku dan opismate aku jalan-jalan cari makan kat luar, maklumla level stress makin tinggi kat opis jadi salah satu cara nak balance kannya adalah dengan makan! So kami diperkenalkan dengan satu gerai yang agak terpencil di pinggir Putrajaya. Katanya gerai ni sangat fames sehinggakan kalau nak datang makan kat gerai tu siap kene booking meja dan order in advance! Ha ada ke gerai kampung lain yang mampu buat camtu???

Ok dipendekkan cerita, masakan kat gerai ni mengikut hari, menunya berbeza-beza. Tapi menu yang popular adalah masakan ketam masak lemaknya yang hanya available pada hari Isnin dan Khamis sahaja manakala hari-hari lain ada juga masakan udang dan ikan (juga mengikut hari).

So kami berenam dari opis dah booking kedai makcik ni awal pagi lagi. Lokasi gerai ni adalah di Kampung Desa, Sungai Merap, Selangor. Betol-betol terletak di pinggir Putrajaya (maaflah tiada map mahupun koordinat GPS).


Bila dah lalu celah-celah kampung, lalu tepi kebun getah bagai maka sampailah kami ke Kampung Desa. Nama gerai ni ada macam-macam, sampai aku tak tau yang mana satu betol, tapi menurut opismate aku, nama gerai ni adalah Gerai Tapak Sulaiman. Hmm entah le.

Masa kami sampai tu, subhanallah punyalah ramai manusia dan aku yakin semua tu dah buat pre-order dah. Sebab kawan aku cakap memang takde orang datang walk in sebab sure takde tempat duduk dan tak ada lauk. Sebenarnya gerai ni kecik je, ala standard gerai-gerai kampung la, dinding papan bagai. Tapi kalau tengok pelanggan yang datang, memang tak sangka dalam kampung macam tu boleh ada gerai cenggitu. Rezeki tuan tanah katanya.

Reserve untuk 7 orang tapi yang datang 6 orang je hehe

Kami dah siap order awal-awal set ketam untuk 6 orang makan, so bila sampai dah ada meja yang tertulis nama kawan aku tu. So tak payah berebut-rebut cari meja. Makanan pon dah siap untuk dihidangkan... ha standard hotel sangat. Apa yang ada dalam set ketam tu?

1. Mesti le ada ketam masak lemak semangkuk 4 ekor. Kami dapat 3 mangkuk semuanya.
2. Ikan kembung goreng masak kicap 8 ekor.
3. Ayam goreng kunyit dua pinggan.
4. Tempe goreng dua pinggan.
5. Sambal belacan.
6. Air sirap ais satu jug besar.
Tu diaaa tempe goreng! 
Hidangan satu set
Ayam Goreng Kunyit
Fuh Ketam terbaikkk!
Ikan Kembung Masak Kicap
Fullhouse kedai ni.
Harga untuk sorang makan bagi set 6 orang ni adalah RM 13... boleh dikatakan berpatutan jugakla. So apa kata sesiapa yang berminat tu datang makan kat sini, try la risik-risik kat mana lokasi yang sebenarnya, sebab aku tak tau nak cerita macamana hahaha.

Kalau nak buat tempahan tempat duduk boleh call no tokey kedai ni ye : 017-3812246 (Warung Tapak Sulaiman, Kg. Desa)

Ok jom makan!

WASSALAM.

2012-12-20

Jogja, The Real Java (Part 6): Kompleks Candi Prambanan

Assalammualaikum!!!


Wah pejam celik pejam celik dah sampai ke hujung tahun dah yer? Rasa macam baru semalam je kami melarikan diri naik Cruise Libra kat Penang, padahal itu adalah kejadian setahun yang lalu, siap sambut New Year atas Cruise lagi! Korang ingat tak? Hahahaha. New Year tahun ni tak tau lagi aku akan berada di mana. Belom plan apa-apa lagi (cewah ye ke?).. tunggu dan lihat je la.

Sambungan dari lawatan sunrise di Bororbudur, dan pulang ke Rumah Boedi, kami meneruskan perjalanan menuju ke satu kawasan di mana katanya boleh nampak Gunung Merapi dan Gunung Merbabu. Kata Pak supir lagi, kalau nak ke Mt. Merbabu, perjalanannya jugak agak jauh macam nak ke Merapi so kami membuat keputusan untuk ke kawasan yang dinyatakan oleh Pak Supir tu, untuk melihat Merbabu dan Merapi dari jauh je. Nama kawasan tu adalah Wisata Katep Pass Kabupaten Magelang. Untuk menuju ke kawasan tersebut, perlu melalui jalan bengkang-bengkok macam nak ke Cameron Highlands tu dan cuacanya agak sejuk juga seperti di Dieng. Tapi malangnya, keadaan kabus yang tebal, sama seperti hari-hari sebelum ni membantutkan impian kami melihat Merbabu... Dari jauh hanya nampak kabus dan awan je. Lalu kami mengajak Pak Supir pergi dari situ...hampa.




Kami seterusnya menuju ke sempadan Jawa Tengah dan Jogjakarta di mana letaknya satu lagi tapak yang diiktiraf UNESCO iaitu Candi Prambanan. Lebih tepat, lokasi candi Prambanan ni adalah terletak 20 km daripada Bandar Jogjakarta dan 120 km daripada Selatan Semarang

NOTA: Beza di antara Candi Bororbudur dan Candi Prambanan adalah, Candi Bororbudur adalah candi untuk penganut agama Buddha, manakala Candi Prambanan adalah untuk penganut agama Hindu yang terbesar di dunia! Ketinggian stupa-stupa di candi Prambanan ni mencecah 47 meter. Candi ini mulai dibangun pada sekitar tahun 850 masehi oleh Rakai Pikatan, dan terus dikembangkan dan diperluas oleh Balitung Maha Sambu, di masa kerajaan Medang Mataram.
Kami tiba di Prambanan masa tu dah tengahari, belom lunch lagi sebab tadi dah breakfast berat (makan nasik goreng kan kat Rumah Boedi tu), tapi dalam kereta asyik la mengunyah biskut Oreo dengan biskut Tiger hehe. Panasnye jangan cakap la, ntah le taktau nak letak muka kat mana, setiap celah terkena panahan mentari. Patutla siap ada orang jual payung bagai kat luar pintu masuk Prambanan tu.

Pintu masuk ke Kompleks Wisata Candi Prambanan
Untuk warga asing, harga tiket adalah IDR 171,000
Tiket dan pass masuk
Tiket masuk ke Kompleks Candi Prambanan (untuk warga asing ye sebab warga Indonesia asli harga tiketnya lain yakni IDR 30,000 seorang) adalah sebanyak IDR 171,000, ha nampak tak berapa banyak bezanya? Cis....nak menyamar jadi orang tempatan nampak pelik pulak nanti. Di ruang lobi ada disediakan minuman free, air kopi dan air sejuk. Maka kalau nak isi botol air penuh silalah berbuat demikian sebelum melangkah masuk ke Prambanan.

Kawasan Kompleks Candi Prambanan ni agak luas juga, sama seperti di Kompleks Candi Borobudur. Tak tahu pulak berapa luasnya, korang google la sendiri, tapi mengikut sumber-sumber yang aku baca, dalam candi Prambanan ni sendiri ada 240 candi di dalamnya di mana candi yang utama adalah 3 buah candi Trimuti yang terdiri daripada Candi Siwa, Wisnu dan Brahma, yakni candi yang menjadi tumpuan utama dunia.

Kawasan di sekitar Kompleks Wisata Candi Prambanan
Dari jauh dah nampak Candi Siwa
Lima buah candi yang utama
Untuk masuk ke dalam Candi Siwa ni, jumlah bilangan pelancong dihadkan pada satu-satu masa untuk menjaga keutuhan bangunan tersebut, dan pengunjung dikehendaki memakai topi keselamatan untuk masuk ke dalamnya. Memandangkan cuaca panas dan orang sangatla ramai beratur nak masuk situ, maka kami tengok dari luar je la, lalu kami masuk je kat candi-candi kecil disekelilingnya yang tak memerlukan pemakaian topi keselamatan.

NOTA: Candi Siwa sebagai candi utama adalah bangunan terbesar sekaligus tetinggi di kompleks candi Rara Jonggrang, berukuran tinggi 47 meter dan lebar 34 meter. Puncak mastaka atau kemuncak candi ini dimahkotai modifikasi bentuk wajra yang melambangkan intan atau halilintar. Bentuk wajra ini merupakan versi Hindu sandingan dari stupa yang ditemukan pada kemuncak candi Buddha. Candi Siwa dikelilingi lorong galeri yang dihiasi relief yang menceritakan kisah Ramayana; terukir di dinding dalam pada pagar langkan. Di atas pagar langkan ini dipagari jajaran kemuncak yang juga berbentuk wajra. Untuk mengikuti kisah sesuai urutannya, pengunjung harus masuk dari sisi timur, lalu melakukan pradakshina yakni berputar mengelilingi candi sesuai arah jarum jam. Kisah Ramayana ini dilanjutkan ke Candi Brahma.- Sumber Google.
Kami menghabiskan masa dekat 2 jam jugak la mengelilingi kompleks Candi Prambanan ni, siap terjumpa sorang akak yang datang berjalan sorang-sorang kat situ. Kerja katanya, sambil ada masa lapang terus singgah situ. Dia sempat suruh kami amikkan gambar dia, sebab katanya gaya kami macam  professional photographer gituh! Hahahaha.


Macam-macam aksi jugakla kami buat sebab dah tak tau nak buat apa, pusing-pusing kat situ pon sama je semua bentuk bangunannya. Panas terik yakmat pulak tu... dinasihatkan sapa nak datang sini, datang la waktu pagi atau waktu petang, boleh ambik gambar sunset.Ada jugak satu kawasan yang ditutup akibat kerja-kerja baik pulih.

AirAsia, Ke mana-mana saja...
Runtuhan batu yang akan disusun semula dalam proses pemuliharaan candi
Banyak jugak yang musnah akibat gempa bumi.
Setelah berjalan keluar dari kawasan utama candi Prambanan, kami singgah sebentar di salah sebuah muzium yang ada di situ yakni Muzium Prambanan. Apa yang ada kat dalam muzium tu?

NOTA: Di dalam kompleks taman purbakala Candi Prambanan terdapat sebuah museum yang menyimpan berbagai temuan benda bersejarah purbakala. Museum ini terletak di sisi utara Candi Prambanan, antara candi Prambanan dan candi Lumbung. Museum ini dibangun dalam arsitektur tradisional Jawa, berupa rumah joglo. Koleksi yang tersimpan di museum ini adalah berbagai batu-batu candi dan berbagai arca yang ditemukan di sekitar lokasi candi Prambanan; misalnya arca lembu Nandi, resi Agastya, Siwa, Wishnu, Garuda, dan arca Durga Mahisasuramardini, termasuk pula batu Lingga Siwa, sebagai lambang kesuburan. Replika harta karun emas temuan Wonoboyo yang terkenal itu, berupa mangkuk berukir Ramayana, gayung, tas, uang, dan perhiasan emas, juga dipamekan di museum ini. Temuan Wonoboyo yang asli kini disimpan di Museum Nasional Indonesia di Jakarta. Replika model arsitektur beberapa candi seperti Prambanan, Borobudur, dan Plaosan juga dipamerkan di museum ini. Museum ini dapat dimasuki secara gratis oleh pengunjung taman purbakala Prambanan karena tiket masuk taman wisata sudah termasuk museum ini. Pertunjukan audio visual mengenai candi Prambanan juga ditampilkan disini.- Sumber Google.
Muzium Prambanan
Kira ok la muzium ni, masuk pon percuma sebab dah dikira skali harung dengan tiket masuk ke kompleks Candi Prambanan ni. Yang penting dalam muzium tu ada aircond! Ha apa lagi, berkubang kejap la duduk dalam muzium menghilangkan kepanasan.


Di luar pintu masuk Kompleks Candi Prambanan ni ada satu kawasan deretan kedai menjual cenderamata pelbagai jenis, ada jugak la jual FM tapi FM yang dijual kat situ kami tak berapa nak berkenan. Maka kami balik tanpa membeli apa-apa cenderamata pon sebab semuanya lebihkurang sama je boleh di beli di Jalan Malioboro nanti.


Kami menemui pak supir yang sedia menunggu kami di pintu keluar. Sebab dia dah pesan awal-awal untuk tunggu di pintu keluar, memandangkan ramai giler pengunjung masa tu, jadi senang nak cari nanti. Memang betol ramai sangat pengunjung masa tu, siap macet lagi nak keluar bayar duit parking yakni IDR 2,000.

Perancangan seterusnya adalah untu ke Pantai Parangritis... tapi melihatkan keadaan cuaca yang kian mendung, dan berdasarkan pengamatan pak supir dan firasat aku, mungkin akan hujan lebat petang itu dan sunset ke mana , Parangritis pon ke mana, jadi kami batalkan saja niat nak ke Parangritis lalu terus balik ke Jogja.

Kami singgah makan tengahari + petang di bandar Jogja, di sebuah restoran yang menjual pelbagai makanan yang enak dan murah (aku lupa pulak nama restoran tu, lupa nak tulis dalam buku hikma). Ya ampun masa tu hujan turun dengan maha lebat, nasib baik la tak ke Parangritis (nak menyedapkan hati) kalau tak memang tak nampak la sunset tu.

Maka habislah sudah perkhidmatan pak supir kami untuk dua hari. Pak supir menghantar kami ke Hotel 1001 Malam yang terletak dekat dengan Jalan Malioboro. Memang cantik hotel ni dan aku suka. Teringat pulak kat Tourist Guesthouse di Agra, India dulu, keadaannya sama. Cuma bilik hotel ni tak disediakan TV. Kata pekerja hotel ni, kebanyakan yang menginap kat situ adalah mat saleh, so diorang tak suka sangat tengok TV dan sukakan ketenangan... sebab tu hotel ni takde TV, cuma ada di ruangan lobi sahaja. Tapi ada disediakan Wifi percuma.


Oh ya, jumlah perkhidmatan pak supir untuk dua hari adalah IDR 900,000. Ok nanti aku sambung cerita mengenai Hotel 1001 Malam dan aktiviti kami seterusnya.

Psssttt: Ketik sini untuk versi Kaki Berangan juga. :)

WASSALAM.

2012-12-17

Jogja , The Real Java (Part 5): Rumah Boedi And Candi Borobudur

Assalammualaikum!


Sorry sebab lama pulak nak menyambung entry Jogja ni, maklumla busy tahap mughallazah dah ni. Takpe sambil-sambil busy aku cuba la selit melitkan masa untuk taip entry, ni pon dah beberapa hari dah, satu hari satu ayat cenggitu...hahaha #drama.

Tibalah hari yang di nanti-nanti (wah macamlah hari lain tak dinantikan) hari ketiha kami di bumi Indonesia. Kalau ikutkan itinerary, hari ni sesubuh sepi-e kami akan menyaksikan sunrise di Candi Borobudur! Wow kekdahnya nak melawat candi di waktu pagi! Dalam hati dok la berdoa supaya jangan hujan or else sia-sia je tak dapat pergi Borobudur. Dalam banyak-banyak tempat, Candi Borobudur ni memang dah lama aku teringin nak pegi sebab dulu-dulu tengok dalam buku teks sekolah macam cantik je tempat tu, dan aku memang suka dengan bangunan-bangunan lama. 

Maka pagi tu seawal 5.00 pagi kami dah bangun, itu pon sebab staff Rumah Boedi dah ketuk pintu suruh bangun, dan kami janji dengan pak supir untuk jemput kami di Rumah Buedi pada jam 5.30 pagi. Dengan tak mandi pagi (aku hanya gosok gigi je kekeke) kami pon bergerak menuju ke Pintu Masuk Manohara. Menurut Pak Supir, untuk Pakej Sunrise yang akan kami ambil, pintu masuk yang dibuka seawal pagi hanyalah di Pintu Manohara, yakni satu-satunya hotel bertaraf tinggi yang terletak di dalam kawasan Candi Borobudur. 

Register dulu di Hotel Manohara
IDR 380,000
Barangan yang diterima, lampu suluh dan kain batik.
Dah ramai yang sampai awal. Mungkin dari Bandar Jogja.

Masa kami sampai tu, dah ada ramai pengunjung yang berkompol di lobi hotel, dan kebanyakannya adalah pelancong asing antaranya dari Jepun dan India. Kami pon terus ke kaunter pendaftaran untuk membeli tiket. Untuk makluman, harga tiket untuk Pakej Sunrise Borobudur adalah 2 kali ganda daripada harga tiket waktu biasa. Jadi kami membayar harga yang mahal yakni IDR 380,000 berbanding harga biasa iaitu IDR180,000. Pengsan sekejap bila nak bayar tu (terpikir jugak dalam hati, betol ke apa yang kami nak buat ni sebab takut tak berbaloi) tapi kami nekad bayar je la sebab dah sampai dan mungkin takan jejak lagi kawasan Borobudur ni. Pengalaman sekali seumur hidup katanya. (Ye harga tiket lagi mahal dari nak masuk ke Taj Mahal ok!)

NOTA: Candi Borobudur diwartakan sebagai salah sebuah tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO dan merupakan Candi Buddha yang terbesar di dunia. Ia mula dibina sekitar tahun 750 hingga 850 oleh pemerintah jawa ketika itu. Nama Bororbudur diambil sempena nama salah sebuah kampung berhampiran iaitu kampung Bore manakala Budur adalah Candi jadi ia membawa maksud Candi Bore. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.- Sumber Google

Selepas membayar harga tiket, kami diberikan sebuah lampu suluh mini, sorang satu dan kain batik untuk dipakai di pinggang. Tak tau la nape orang tu bagi kain warna cokelat kat kami sedangkan orang lain semua dapat kain kaler putih hitam...motif sangat nak mendiskriminasikan kami. Tanpa membuang masa, kami pun terus sarung kain dan bergerak menuju ke Kompleks Borobudur. Jauh jugak lokasi Borobudur daripada Pintu Manohara ni, jalan kaki lebih kurang 15 minit dan kita akan tiba di pintu pagar di mana ada beberapa orang penjaga pagar akan mintak tiket kite. Masa tu dah teruja sangat sebab dah nampak bangunan candi tu depan mata, dan ianya memang tinggi!

Nak memanjat anak tangga ke tingkat paling atas pon satu hal jugak, sampai termengah-mengah jugak la sebab tak cukup stamina, sangat sihat aktiviti kami pagi tu. Sampai di puncak Borobudur, kami lihat ramai dah pelancong berkumpul di situ. Masa tu pon hari dah mula terang. kagum jugak sekejap bila dengar makcik-makcik tourguide berbahasa Jepun dengan pelancong-pelancong Jepun yang datang, lancar sangat. Bukan setakat berbahasa Jepun, yang berbahasa Spanyol pon ada.!

Candi Borobudur dari hadapan.
Berdebar tunggu Sunrise!
Kabus tebal menyelubungi pagi di Borobudur
Nampak sunrise sipi-sipi je.
Makin ramai orang datang

Maka dah sampai kat atas tu, kami tak lepaskan peluang la bergambar, setiap ceruk dan sudut mesti dirakam. Paling best bila nampak kbus-kabus yang terperangkap di pokok-pokok di kawasan sekeliling candi Bororbudur ni, nyaman je rasa. Tunggu punya tunggu matahari tak muncul-muncul. Lepas tu ternampak pulak awan tebal berserta kabus berarak mendung kat area yang sepatutnya nampak matahari tu. Huh??? Serius? Tak nampak sunrise??? (#drama lagi) akhirnya kami pasrah memang pagi tu matahari tak secantik sunrise di Bali dan Phuket. Sabo je la memang bukan rezeki kami nak tengok sunrise di Borobudur. Tapi kami bersyukur sebab cuaca sangat elok pagi tu. Orang pon makin lama makin ramai yang datang.

Ukiran-ukiran di dinding candi
Sekitar kawasan puncak candi
Aksi wajib.
Antara patung buddha tak berkepala

Candi Borobudur ni dah mengalami beberapa kali pengstrukturan semula memandangkan struktur asalnya yang agak terjejas akibat perubahan iklim dan persekitaran.Masa kami sampai pon, ada beberapa kawasan yang ditutup untuk pembaik pulihan bangunan. Ada jugak beberapa kepala patung buddha yang dah hilang. Menurut salah seorang rakan Indonesia, kepala-kepala patung buddha tu dicuri dan dijual ke negara-negara di Eropah satu ketika dulu. Entahle, tak tau mana betulnya.








Lama jugak kami berlegar-legar di kawasan Candi Bororbudur tu, maklumla bayar mahal! dalam jam 8.00 pagi, kami balik semula ke Hotel Manohara dan bergerak pulang ke Rumah Boedi. Kami bersarapan di Rumah Boedi, dan konsep sarapan pagi adalah open di mana kita boleh pilih samada nak makan western breakfast atau traditional breakfast. Macam biasa la, aku kompom nak makan nasik goreng punye kekeke.

Laluan ke Rumah Boedi
Kawasan receptionist
Basikal-basikal yang boleh disewa
Kawasan rehat
Sekitar dalam kawasan Rumah Boedi
Kawasan rehat utama
Sarapan pagi aku
Halaman bilik kami.
Pintu masuk ke bilik kami.

Untuk keterangan lanjut mengenai Rumah Boedi, bileh kunjungi laman web mereka di sini ---> http://www.rumahboediborobudur.com/

Lepas sarapan pagi, kami sempat tidur kejap dan bersiap-siap untuk meninggalkan Rumah Boedi, ada lagi tempat yang akan kami tuju! Ok nanti aku sambung lagi di episod akan datang.

Psssttt: Lagi kisah di Jogja dan Candi Borobudur di Kaki Berangan 

WASSALAM.