2013-01-31

New Experiences!

Assalammualaikum! 

Minggu lepas sebelum bermulanya cuti yang panjang (Maulidul Rasul + Cuti Jumaat tersepit + hujung minggu + Thaipussam) aku telah diarahkan oleh tuan besar untuk ke Lumut untuk tengok salah satu project site di sana. Dengan hati terbukanya aku pon pergilah ke Lumut dengan menaiki kereta pejabat, meredah Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan dan akhirnya sampai la ke Manjung. 

Dah lama jugak la aku tak ke Daerah Manjung ni, selalunya kalau ke sini mesti akan singgah di Pekan Lumut dan paling busuk pun lajak sampai ke Pulau Pangkor (tetibe teringat dulu-dulu selalu lepak di Pulau pangkor dengan kengkawan sekolah bila ada cuti panjang sikit). Tapi kali ni tak ada niat pun nak ke Pulau Pangkor, maka kami berhenti cuku sekadar di Manjung dan Lumut saja. Lepas selesai urusan mencari tempat penginapan, akhirnya berjaya jugak aku ambik sebuah bilik di Marina Cove, Teluk Batik. Sebenarnya hotel Marina Cove ni merupakan sebuah hotel lama, dan deco kat dalam bilik pon kebanyakannya lama-lama, tapi sebab nak duduk tepi laut punya pasal, pasrah je sewa kat hotel tu. Alhamdulillah la dapat jugak tidur nyenyak.

Nak dijadikan cerita, malam tu rupanya ada pulak perlawanan bola sepak Liga Super, di antara Perak menentang Selangor yang berlangsung di Stadium TLDM Lumut. Sebenarnya aku ni bukanlah peminat tegar bola sepak pon, tapi memandangkan malam tu aku dan kawan sebilik tak ada buat apa, maka kami pun terjebak la pergi ke stadium TLDM Lumut yang letaknya lebih kurang 3 km je dari hotel. Malam tu memang ramai la jugak penyokong Perak dan Selangor yang datang memenuhi stadium. 

Aku bukan tau sangat benda-benda ni kan, semua kawan aku tu yang uruskan terutamanya hal pembelian tiket masuk ke stadium. katanya harga tiket duduk biasa adalah RM 12 manakala di podium stage adalah RM 25. Kami beli tiket biasa je rm 12.

Sebenarnya teruja jugak la nak tengok perlawanan malam tu sebab kedua-dua pasukan aku sokong. Tapi sebenarnya lebih kepada Pasukan Perak le sebab teman ni lahir kat Perak yop!. Selangor pulak sebab ayah aku adalah orang Selangor. So aku takde hal nak sokong mana-mana team.


Bila masuk je stadium, aku pon kengkonon nak terus la mencari tempat yang paling strategik, kengkonon nak duduk kat team Perak sebab boleh sorak kuat-kuat tapi malangnya tempat kosong yang kami duduk mula-mula tu rupanya adalah tempat pasukan Selangor . Hai lah silap zone la pulak kan! Terpaksa lah buat-buat jadi penyokong pasukan Selangor. Tapi bile time Selangor sumbat gol bukan main lagi aku melompat (kekeke) dan waktu Perak sumbat gol pulak terpaksa bersorak dalam hati je la (sebab nanti ketara sangat pulak kan keliling semua orang Selangor tetibe ko melompat gembira sokong Perak pe hal?)... macamtulah berlaku sepanjang perlawanan yang akhirnya terikat seri 1-1.


Katanya perlawanan malam tu penuh sensasi? ye kot sebab banyak adengan gaduh-gaduh kekeke. Layan..

Esoknya, pepagi buta aku dah bangun dan bersiap sedia manjat kapal. Kapal yang aku panjat tu katanya kapal korek terbesar di dunia! betol la kot sebab memang besar dan ada sijil Guinness World of Record kat atas kapal tu.


Apa pon, pengalaman sehari tengok bola dan panjat kapal, memang best, kiranya merasa jugak la pegi jenjalan walaupun orang lain sibuk berjalan ke obersi bagai kan. 

Ok lah, tu je aku nak cerita. Untunglaaaaaaaa.

WASSALAM.


2013-01-27

Amazing Japan (Part 16): Odaiba and Tokyo Disneyland !

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari Part 15 ]

Ok tinggal dua hari saja lagi untuk aku duduk di Tokyo, lepas ni tak tau bile pulak dapat jejak kaki kat sini. Untuk projek terakhir di Tokyo, aku dan Kak Mah masih ada tempat yang nak sangat kami pergi yakni di Odaiba dan Tokyo Disney Land! Adui sempat ke nak pergi memandangkan 2 hari kami ni memang pack dengn kelas.

Setelah mengkaji-kaji peta, dan ejas-ejas jadual, maka kami dah decide untuk pergi jugak ke Odaiba dan Tokyo Disneyland lepas pukul 4 petang. Makanya hari isnin tu, pukul empat petang aku dan Kak Mah pon memulakan misi kami. Kengkawan lain semua taknak ikut, sebab tak cukup duit katanya (Haaa sapa suruh shopping tak ingat dunia kan!).

Jenuh kaji peta ni semalaman. Kalau tak, alamatnya tak sampailah ke destinasi.

Lokasi pertama yang kami tuju adalah Odaiba. Apa yang menarik sangat pasal Odaiba ni? Odaiba merupakan satu bandar pelabuhan yng sangat terkenal dengan Rainbow Bridge dan replika Statue of Liberty.

ODAIBA, TOKYO.
NOTA: Odaiba (お台場?) ialah sebuah pulau buatan yang besar di Teluk Tokyo, Jepun, yang terletak di seberang Rainbow Bridge dari pusat bandaraya Tokyo. Asalnya, ia dibina untuk tujuan pertahanan pada 1850-an, diluaskan dengan mendadak ketika lewat abad ke-20 sebagai daerah pelabuhan, dan semenjak 1990-an ia telah berkembang sebagai kawasan perdagangan, perumahan dan istirahat yang utama. Daiba (台場?) secara rasminya merupakan nama satu daerah pembangunan pulau di Wad Minato. Nama Odaiba sering memaksudkan seluruh Pusat Bandaraya Sampingan Dermaga Tokyo (東京臨海副都心) yang merangkumi daerah-daerah Ariake dan Aomi di Wad Kōtō dan daerah Higashi-Yashio di Wad Shinagawa. - sumber Google.


Kami tiba di Odaiba dah hampir jam 5.30 petang, dan masa tu magrib dah sebab musim luruh dah hampir tiba, waktu siang jadi pendek. Maka cepat-cepat kami berjalan berpandukan peta distesen monorel menuju ke kawasan pantai. Tak berapa jauh sangat jarak dari stesen monorel ke kawasan pantai, dala  300 meter je jalan kaki.

NOTA: Pilihan untuk menaiki monorel ke Odaiba adalah yang terbaik walaupun kosnya agak mahal! Kenapa aku kata ianya berbaloi? Sebab kita akan  dijanjikan dengan pemandangan yang sangat menarik terutamanya di kawasan pelabuhan dan melalui Rainbow Bridge! Ya, monorel akan lalu atas Rainbow Bridge dan ianya sangat menarik. So jangan teragak-agak kalau nak naik monorel ke Odaiba.


Sampai di kawasan pantai Daiba, kami dapat menyaksikan pemandangan Rainbow Bridge dan bangunan-bangunan pencakar langit Tokyo yang terbentang luas di depan kami. Serius lawa! Bila malam pulak, Rainbow Bridge akan dilimpah dengan cahaya lampu berwarna warni. Tetibe teringat pada Gwangan Bridge di Busan, Korea Selatan satu ketika dulu. Konsep jmbatannya sama, juga dilimpahi lampu di waktu malam. :)

Misi utama masih belum tercapai, yakni mencari Statue of Liberty! Kami meneruskan perjalanan di sepanjang pantai sampailah terlihat kepala Statue of Liberty dari jauh. Wah masa tu aku dengan Kak Mah dah terkinja-kinja dah! Terpaksa jalan laju-laju sebab hari dah makin gelap. Takut nanti nak bergambar kat situ dah tak nampak! 

Bila dah sampai kat patung Statue of Liberty tu rasa suka yakmats sebab macam tak percaya pulak dah sampai situ. Lagipun nak amek gambar kat Statue of Liberty di USA tu entahkan bile la dapat kan? So dapat bergambar kat Tokyo ni pon dah bersyukur sangat ahahha. 

NOTA: Terdapat berpuluh-puluh replika Statue of Liberty di seluruh dunia dan salah satunya adalah di Tokyo. Statue ini bukan pada saiz yang sebenar seperti yang terdapat di USA, di tempat-tempat lain, ianya bersaiz lebih kecil.


Tak lama kami berlegar-legar di sekitar kawasan Daiba tu, sebab kami nak kejar masa menuju ke Disney Land Tokyo pulak. Jadi kami mengambil monorel semula dan bertolak ke Disneyland Tokyo. Ada dua line train yang kami ambil, direct menuju ke Disney Land Tokyo. Mujur juga dulu Kak Mah pernah datang ke Disney Land Tokyo, (tapi dah lebih sepuluh tahun katanya) so dia tau la jugak sedikit sebanyak selok belok kat sana.

DISNEYLAND TOKYO

Sebenarnya kami sampai ke Tokyo Disneyland ni pon dah agak lewat dalam jam 8.00 malam. Masa tu teruja la jugak sebab dapat juga jejak kaki kat situ walaupun sebenarnya, kami tak masuk pon dalam Disneyland mahupun Disneysea Tokyo tu, hanya sekadar berlegar-legar di luar kawasan dan membeli-belah di kedai-kedai cenderamata kat situ. Sebenarnya teringin jugak nak masuk tapi bila pikir-pikir balik, dah la kami sampai dah lambat, dan nak masuk tu pon kena bayar agak mahal, jadi kami mengambil keputusan untuk tidak masuk, cukup sekadar melihat-lihat kawasan sekeliling. Banyak juga kedai-kedai cenderamata di sekitar kawasan tu. Hmmm insyaAllah lain kali bila ada rezeki aku ke Jepun lagi, teringin nak masuk dalam Disneyland tu. (Aminnnnn)



Aku paling suka monorel yang round dalam Disneyland dan Disneysea tu, sangat comel, sebab dihias dengan watak-watak Mickey Mouse dan watak-watak Disney yang lain. Itu yang membezakan monorel Disney dengan monorel lain di dunia. Hehehe.



Hampir 2 jam kami di sekitar Disneyland, kami pun bergerak pulang ke hostel. Jauh jugak perjalanan dari Disneyland nak ke Shinjuku, memakan masa lebih kurang satu jam. Mungkin sebab kami salah pilih line? Sebab nak amik line yang tambang murah katanya hahaha. Aku pon dah tak ingat dah kami ambik line apa. Yang pastinya dari Dsineyland kami turun di Tokyo Station dan tukar train menuju ke Shinjuku.

Masa balik tu, memang kelakar habis, berlari pecut aku dengan Kak Mah balik ke hostel sebab takut pintu pagar asrama tutup. memang tu pengalaman paling lucu dan sengal pernah aku alami kat Tokyo. Nasib baik sampai hostel, pakgad tak banyak tanya. Lega... masuk bilik, buat apa yang patut dan tido. Esok adalah hari terakhir aku di Tokyo dan kami semua akan pulang semula di Tsukuba.

Ada sikit lagi sambungan kisah di Tsukuba. Kalau nak baca sila lah tunggu...

WASSALAM.

2013-01-22

Wajah Upgrade Hutan Lipur Kuala Woh Kini

Assalammualaikum!!!

Satu tempat yang paling dekat dengan diri aku, paling dekat dengan rumah aku dan paling banyak aku belajar berenang kat sini, Hutan Lipur Kuala Woh. Yup, salah satu hot spot di Negeri Perak katanya. Terletak di laluan utama menuju ke Cameron Highland, hinggakan sesiapa yang nak naik atau turun ke Cameron Highland akan singgah kat Hutan Simpan Kuala Woh ni untuk melepaskan lelah atau berrekreasi bersama keluarga.

Tempat parking kereta, kalau time cuti, memang penuh giler la tempat ni... siap berlapis2 lagi orang parking.
Baru-baru ni aku berkesempatan menjengah tempat ini yang pernah menjadi tempat bermain satu ketika dulu. Kat situ jugak la aku angkut kawan-kawan dari sekolah asrama kalau balik kampung, untuk lepas stress di sungai. Best gilak!

Kawasan keseluruhan Hutan Lipur Kuala Woh.
Satu-satunya kedai makan yang terdapat di situ.
Kebanyakan laluan pejalan kaki dah di upgarde sebegini. kalau dulu kita akan jalan celah-celah akar kayu je.
Sekarang, Hutan lipur Kuala Woh dah berwajah baru, dah di upgrade dengan banyak facilities yang lebih baik seperti tandas awam yang lebih banyak dan besar, tapak-tapak perkelahan keluarga (berbumbung) dan sebagainya. 

Satu lagi tarikan utama di sini adalah jambatan gantung! Dan terdapat juga sebuah muzium hasil hutan di seberang jambatan gantung tu...tapi tu dulu, sekarang ni aku tak tau muzium tu dah jadi apa, dah banyak juga bangunan baru dibina di keliling muzium tu.

Lebih banyak papan tanda sebegini diletakkan di kawasan ini, dulu tak ada.
Dan banyak juga info-info sebegini diletakkan, jadi sambil berekreasi boleh dapat ilmu! Ni semua hasil upgrade kawasan ni.
Tapak perkhemahan yang disediakan. Kalau time cuti sekolah, memang penuh rombongan sekolah camping di sini.
Kawasan sungai yang lebar menjadi tarikan utama di sini.
Kalau lepas hujan, airnya sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang sum sum.
Port faveret aku dan kawan-kawan. hehe.
Tapi sebenarnya aku lebih suka Hutan Lipur Kuala Woh yang dulu... lebih natural dan tersembunyi. Sekarang ni, tempat air panas ia pon dah bertutup dan tak nampak natural lagi.... apa-apa pun zaman dah berubah kan... kalau perubahan tu kepada yang lebih baik, terima lah ia dengan hati yang terbuka.

WASSALAM.

2013-01-14

Amazing Japan (Part 15): Imperial Palace & Asakusa (Again?), Tokyo.

Assalammualaikum!!!

Dah masuk Tahun 2013 tapi aku tak habis lagi nak tulis entry pasal beberapa perkara di Jepun. InsyaAllah aku akan cuba habiskan secepat mungkin. 


Hari berikutnya, pagi-pagi lagi dah mendung dan dah nampak hujan di beberapa kawasan di Tokyo. Aku dan yang lain-lain (macam biasa la, dua warga Indonesia dan dua warga Thailand yang jadi kawan rapat aku kat Jepun) plan untuk visit Imperial Palace di Tokyo City.

Maka awal pagi kami bertolak menaiki MRT menuju ke Tokyo Station. Apa yang menariknya, Tokyo Station adalah merupakan salah satu train station yang paling sibuk di dunia. Dengan jumlah line train yang ada berbelas-belas dan bertinglat-tingkat, memang boleh sesat la kalau tak betul-betul baca direction yang beraneka warna kat sana. Mujur juga ada Pak Agus, yang dah memang biasa dengan keadaan di situ, jadi perjalanan kami agak mudah.

Tokyo Station sebenarnya agak unik juga, kerana rekabentuk bangunannya yang klasik yang masih mengekalkan ciri-ciri zaman kolonial. Jadi untuk merakamkan gambar di hadapan Tokyo Station adalah wajib sekiranya dah berada  di sana. Sayangnya masa kami tiba di Tokyo Station, hujan lebat tengah turun dan kami terpaksa tunggu sekejap kat situ. Dan yang paling mengecewakan adalah proses baik pulih bangunan yang sedang randak dijalankan! Aduh, bayangkan, banyak kon-kon dan jentera construction kat depan Tokyo Station tu! Memng ganggu mood sungguh masa tu.


Tunggu punya tunggu, tapi hujan masih tak berhenti, jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Imperial Palace. Kami sempat singgah di bngunan seberang jalan berhadapan Tokyo Station untuk mengabadikan gambar di situ. Hmmm nampak gayanya kenalah datang lagi ke Jepun.

Kami meneruskan perjalanan di dalam hujan... mujur juga ada bawak payung dan ponco. Perjalanan kaki menuju ke Imperial Palace mengambil masa lebih kurang 20 minit memandangkan kami banyak berhenti untuk mengambil gambar, tak jauh sebenarnya Tokyo Station dan Imperial Palace.

Apa yang Ada kat Imperial Palace Tokyo tu sebenarnya?

Untuk masuk ke dalam kawasan Imperial Palace adalah percuma dan ada banyak pintu. Aku pon tak ingat masuk ikut pintu mana, tapi di pintu masuk, kite kena ambil pas di balai pengawal. Lepas dah ambil pas barulah boleh berlegar-legar dalam kawasan taman istana tu.

Untuk makluman, kawasan istana yang dibuka untuk orang ramai hnyalah kawasan taman istana dan beberapa buah muzium sahaja... istana itu sendiri adalah kawasan larangan dan masih digunakan sehingga kini.


Keadaan di luar kawasan istana
Pintu masuk kawasan Imperial Palace
Jadi sebenarnya, aku dan kawan-kawan tak jumpa pon Istana tu kat mana, jenuh jugak la pusing-pusing dalam kawasan taman yang dikelilingi tembok-tembok batu yang besar tapi tak jumpa. Akhirnya kami bergambar je la kat taman istana. Mungkin kawasan istana tu masuk jauh ke dalam lagi kot, dan kami pon dah malas nak berjalan, dah la hujan maka kami pon singgah di satu kedai cenderamata, merangkap information centre untuk solat dan tengok apa-apa yang boleh dibeli kat situ. Di information center tu ada la jual makanan dan Minuman serta barang-arang cenderamata khas dari Imperial Palace seperti ukiran-ukiran untuk perhiasan, poskad, beg tangan, key chain dan sebagainya. Tapi harganya agak mahal berbanding di tempat lain.  Aku sempat jugak la beli payong kat situ sebab dah tak larat nak pakai ponco. Harga payong adalah 500yen huhuhu.


Sebelum menuju ke pintu keluar, kami singgah di salah sebuh muzium yang terdapat di situ. Masuk adalah percuma tapi kena daftar nama di kaunter masuk. Dalam muzium tu ada pelbagai barangan berkait sejarah negara Jepun dan barangan-barangan istana dipamerkan. Memang menarik dan sesuai untuk diterjah.


Dah habis pusing-pusing satu muzium, kami pon berjalan keluar dari kawasan Imperial Palace. Alhamdulillah hujan pon dah berhenti dan matahari mula bersinar semula. Waktu tu pon dah petang, dah dekat jam 2.00 pm, paham-paham je la lapar dia macamana kan. Lalu kami decide ke Asakusa semula untuk sambung shopping sebenarnya hahahaaa. Memndangkan masa kami dah tak banyak, hanya tinggal 2 hari saja lagi sebelum pulang ke Tsukuba dan kelas pon agak pack, jadi hari ni kami habiskan masa untuk shopping disaat akhir dan singgah di beberapa tempat lagi yang masih belum kami jejak.

Dari Imperial Palace, kami berjalan kaki semula ke Tokyo Station untuk ke Asakusa. Aku pon tak ingat dah kami guna line apa, kalau tak silap, Yamanote Line (warna hijau).

Tiba di Asakusa, kami diperkenalkan oleh Pak Agus dengan sebuah gerai kebab orang Turki yang terletak betul-betul di simpang empat menuju ke jambatan famous di Asakusa iaitu Jambatan Azumabashi. Harga kebab pon standard la, dalam 600 yen macam tu, takda la meriah sangat kebabnya, tapi bolehla untuk mengenyangkn perut.


Kami berjalan kaki ke tebing sungai (tak sure tu sungai apa) dan lepak makan kebab kat situ. Dari tebing sungai kami dapat melihat dengan jelas Tokyo Skytree yang mencanak ke langit, mercu tanda baru Jepun yang tertinggi di dunia katanya, wallahuallam, aku tak sure betul ke tak. Untuk naik Tokyo Skytree tu memang aku tak mampu lah rasanya, nak naik je dah kena bayar 2000 yen, + 1000yen lagi untuk naik ke tingkat paling atas. Huhuhu makanya, tengok dari bawah je la. Lagipon dah naik ke Menara City Council haritu pon dah memadai, dapat jugak tengok satu bandaraya Tokyo. Dan kami juga dapat tengok bangunan Asahi Building yang terkenal dengan labu tradisionl Jepun yang besar gedabak di atas bumbungnya. (Eh betul ke tu labu? nampak macam lobak je warna emas hehehe)


Memang petang yang damai, dan bila perut Dah kenyang baru kami berjlan kaki ke kawasan Nakamise-dori untuk shopping. :-)


Petang tu memang penat juga la, kami berjaya sampai ke asrama sebelum jam 8.00pm, jadi Sempat la kejar makan malam free. Jimat banyak tu beb.

Ok la, esoknya masih berbaki 2 hari saja lagi aku di Tokyo. Ada lagi yang aku belom terjah! Nanti aku sambung lagi.

WASSALAM.