2013-02-26

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 3) : Sunrise At The Penanjakan 1, Mt. Bromo

Assalammualaikum!!!

Selingan: Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudi vote blog aku di MITBCA.. doakan juga aku berjaya di peringkat seterusnya ya. Doa kalian adalah pemangkin untuk saya terus berbelog :) #cewah

Teruskan menyokong Tourism Malaysia dan sertai MITBC yang berlangsung pada 4 hingga 6 March 2013 di KLCC ya!




Malam tu tak la awal sangat kami tidur, cuaca memang sangat sejuk dan Pak Wawan sempat jumpa kami di cafe dengan memperkenalkan kami kepada dua orang gadis dari Singapura yang baru tiba di Bromo Permai. Menurut Pak Wawan, mereka akan menyertai kami mendaki Bromo esok. Ini bermakna ada enam orang dalam kumpulan kami. Dan Pak Wawan juga menyatakan yangkami akan dibantu oleh Pak Juned yakni seorang lagi rakan sekerjanya pagi esok untuk ke Bromo.

Ok setelah nyenyak tidur, dalam kesejukan gunung (sumpah memang sangat sejuk, jadi bawaklah pakaian yang bersesuaian) tepat jam 3.00 pagi alarm henpon memasing dah meraung-raung! Ya 3.00 pagi kami kena bangun pagi tu sebab kami akan menaiki jip yang telah disediakan pada jam 3.30 pagi! Giler awal kan? Semuanya gara-gara nak menyaksikan pemandangan matahari terbit di Bromo. Menurut pak supir lagi, kite kena bertolak awal untuk dapatkan tempat paling dekat dengan puncak supaya tak penat sangat nak mendaki nanti. Ya memang bukan kami saja yang nak ke sana, bepuluh-puluh pelancong lagi akan menuju ke tempat yang sama, jadi siapa cepat, dialah yang dapat parking kat atas sekali!

Tempat yang kami akan tuju tu namanya Penanjakan. Tak salah aku ada 2 kawasan tumpuan utama untuk menyaksikan sunrise ni yakni Penanjakan 1 dan 2. Tapi kali ini pak supir dah menyatakan yang kami akan Penanjakan 2 di mana keadaan pendakiannya adalah lebih mudah daripada Penanjakan 1. So kira ok lah, sebab kami memang tak nak yang susah-susah pon. 

Perjalanan menaiki jip mengambil masa lebih kurang 30-40 minit bergantung kepada cara pemanduan pak supir. Memang ada macam-macam kaler jip dan kesemuanya menarik!!! Masa tu kami dapat jip warna biru, kire ok la, cantik mata mrmandang, tapi kalo dapat jip kaler kuning lagi cantik kot? Sayang tak boleh nak request-request kaler jip masa tu hahahaha. Tapi, orang yang bawak jip ni memang kena betul-mahir sebab keadaan jalan yang tak stabil dan berbahaya. Syukur pak supir kami hebat! Kekeke.

Maka setelah semuanya berkumpul, perjalanan pun bermula. Lokasi yang kami tuju hanya terletak bertentangan dengan hotel yang kami duduk yakni di Bromo Permai, tapi jalan yang harus dilalui adalah merentasi kawasan gurun, yakni padang pasir dan kemudian pendakian menuju ke puncak Penanjakan yang melalui kawasan berselekoh tajam dan berkecerunan tinggi. Tapi disebabkan masa tu awal pagi, dan cuaca gelap, kami hanya dapat melihat cahaya daripada berpuluh-puluh jip yang berjalan seiringan menuju ke satu destinasin yang sama. Ramai juga yang berkonvoi menaiki motorsikal, dan rata-rata terdiri daripada rakyat tempatan. 

Hampir tiba di puncak, akhirnya jip kami terpaksa berhenti di tepi jalan. Di hadapan kami dah banyak jip yang diletakkan di tepi jalan. Hah sudah, kompom la kami ni dah lambat! Dan kompom jugak kami kena menapak agak jauh. Setelah diberitahu oleh supir untuk kembali ke jip pada jam 6.30 pagi, maka kami pon memulakan pendakian. Mujur jalan yang kami lalui merupakan jalan raya bertar, tapi berkecerunan tinggi. Jadi takda la susah sangat, cumanya agak semput jugak la. Maklumla tetiba pepagi buta kena mendaki dan sejuk pulak tu. Kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 30 minit sebelum tiba di kawasan kedai-kedai yang kebanyakannya restoren yang dipenuhi oleh manusia yang bersarapan / makan pagi. Sepanjang jalan jugak banyak sangat pemandu motorsikal yang offer untuk membawa kami ke atas. Aku tak ingat berapa harga sekali naik tu, tapi macam-macam la diorang saiko cakap yang pendakian jauh lagi la, dan macam-macam lagi. So tebalkan telinga je la. Memang asap motor agak melemaskan jugak la masa tu sebab dah ramai sangat. 

Akhirnya kami tiba juga di kawasan pelantar. Mak datok ramai giler manusia dah tertonggok kat situ! Sudah, dalam hati aku dah putus harapan dah nak tengok view cantik Bromo, kompom akan nampak kepala orang je ni. Kami terus mencari port yang agak lapang dan senang nak pasang tripod dan kamera. Kak Coco pulak masa ni dah hilang, terpisah dari kami. Tak tau dia lepak sebelah mana masa tu. Pasrah je la, sebab orang memang tersangat ramai. Kami turun sedikit ke pelantar bawah di mana tak ramai sangat orang kat situ, sambil menantikan fajar terbit. Memang cantik waktu mula-mula matahari dah menampakkan mukanya. Rasa macam tipu! Tapi itulah realitinya, keindahan alam ciptaan Allah.



Siapa sangaka, waktu ini aku berada di atas puncak gunung di antara beberapa kawanan gunung berapi yang masih aktif di Bromo. Dan pemandangan masa tu memamng memukau.

NOTAGunung Bromo (dari bahasa Sanskrit : Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu ), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan di Jawa Timur . Sebagai sebuah objek pelancongan , Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Pulau Langkawi , Pasuruan , Lumajang , dan Kabupaten Malang . Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi. Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo. Gunung Bromo terletak di dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru yang memiliki keunikan dengan pasir laut seluas 5.250 hektar. - Sumber Google.

Unik kan, walaupun kedudukannya yang tinggi dari aras laut, tetapi terdapat pasir laut yang luas terbentang di Bromo, sehingga kelihatan seperti kawasan padang pasir. Memang sangat unik dan memukau. Kalau sekali lihat, memang macam dalam filem The Lord Of The Ring! (Tetibe berangan jadi Legolas hahaha).



Jadi kami di stu sampailah betul-betul nampak gambaran gunung-gunung berapi yang indah di depan mata. Memang cantik, dan keadaan awal pagi, dengan sinaran matahari membuatkan apa yang aku lihat di depan mata seperti sebuah lukisan yang toada tolok bandingnya. Sumpah tak tipu, menyaksikan sunrise di Bromo adalah satu kemestia, dengan syarat, kena fit dan bertenaga. Hehehe.

Setelah puas bergambar di pelantar bawah, kami redah juga naik ke pelantar atas. Menyelit-nyelitkan diri kat celah-celah orang sampailah diorang mengalah. Itu sajalah tektik yang rasanya kena buat kalau nak dapat port menarik, kalau tak sampai bila pon diorang tak nak berganjak. Kami jugak jumpa balik dengan Kak Coco yang katanya melayan jiwa sensorang kat atas tu. Sabojelah.


Ok dah dapat, gambar-gambar yang dihajati, kami pon mula melangkah untuk pulang ke jip. Masa tu memang ramai jugak yang dah mula turun. Berdoyon-doyon bak kata Julana Banos! (Sape tak kenal sila Google). Dalam perjalan balik ke jip barulah nampak keadaan sekeliling, sebab dah terang. Dan barulah jugak nampak warna-warni jip yang tersusun di tepi-tepi jalan. Harus tidak dilupa, pemandu-pemandu motorsikal akan tetap menawarkan perkhidmatan mereka!


Samapai di jip, semua dah siap berkumpul, aku dengan Kak Coco je yang last sekali tiba, itu pon sebab sebok bergambo sana-sini. Setelah berbincang dengan dua orang gadis Singapura yang menaiki jip yang sama dengan kami, maka kami bersetuju untuk bayar extra IDR 200,000 kepada pak supir untuk membawa kami ke dua lokasi yang berhampiran yakni Savanah dan Pasir Berbisik. Kedua-dua lokasi ini letaknya di kaki gunung Bromo je, dan perjalanan ke sana pon tak jauh, cuma lebih kurang 30 minit sahaja.


Ok nanti la aku sambung cerita di Savanah dan Pasir Berbisik. Rasa macam tak best pulak nak cerit panjang-panjang kat sini. Tunggu sambungan entry ni ya!

Bersambung.

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com ,
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

2013-02-21

The Extraordinary Adventures of East Java (Part 2): Madakaripura Waterfall And Bromo Permai Hotel, Probolinggo.

Assalammualaikum!!!


Selingan: Jom turut serta dalam MITBCA 2013. Banyak Ilmu boleh dituntut dan yang penting kita boleh jumpa kawan baru! Oh ya don't forget to VOTE my blog as well ---> HERE.



[ Sambungan daripada Episode 1: From Kuala Lumpur to Surabaya ]

Memandangkan semalam kami dah prektis masa mendaki berlari mengejar kapal terbang, maka kiranya harini kami dah bersedia la kot nak mengharungi perjalanan yang sungguh mencabar! Tak percaya? Moh aku ceritakan kekentalan 4 anak muda yang tak berapa nak muda ni mengharungi cabaran!

Kami bersiap awal pagi hari kedua di Surabaya, ya kami masih di Providence Homestay. Breakfast tidak disediakan, cuma yang ada hanyalah air panas dan beberapa keping keropok rota. Makanya kami mengambil langkah bijak dengan mengusung seguni makanan pelbagai jenis dari Malaysia, dah ibarat kedai runcit dah gayanya. Pada masa yang sama aku whatsapp pak supir (haaa nampak tak kegunaan Whatsapp disitu?) bertanyakan lokasi dia kat mana sekarang.

Breakfast dulu... tempat breakfast ni betul-betul depan bilik. Nampak tak plastik putih bawah meja tu? Ha itulah karung makanan kami! Hehehhe

Perihal Supir

Ok sebelum bercerita dengan lebih lanjut, moleklah kiranya aku ceritakan pasal supir yang akan melayan kami sewaktu dua hari di Jawa Timur ni. Berbulan,-bulan terdahulu, Bro Fatt yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi tu, telah membantu kami didalam mengendalikan perihal supir di Jawa Timur. Kami mengambil supir dari syarikat Pak Anugerah Hermawan yakni BROMO ADVENTURELAND (HARMAWAN TOURS) yang berpusat di Probolinggo, Jawa Timur. Senang je nak contact pak supir ni, hanya melalui emel saja dan dengan pantas dia akan reply emel korang. Harga pon pepandai la bincang dengan dia, atau korang boleh add Pak Wawan menerusi akaun Facebook beliau Anugerah Hermawan atau emel saja ke bromoleisure@gmail.com. Untuk pakej yang kami ambil yakni 2 hari dua malam kami akan dikenakan bayaran sebanyak IDR 1.1 juta seorang. Bagi aku Ini yang paling murah aku jumpa setakat ni.

Pakej yang kami ambil adalah selama dua hari dua malam di mana hotel dan kenderaan diuruskan sepenuhnya oleh Pak Wawan. Bagus diorang ni, dan layanan yang diberikan pon sangat puas hati. Kompom kita akan ditatang bagai minyak yang penuh! Cewah! Oh lupa, nama Pak Supir yang akan menguruskan kami sepanjang dua hari adalah Pak Havidz yang merupakan salah seorang daripada team Pak Wawan. Untuk keterangan lanjut juga boleh kunjungi website mereka di http://www.bromoadventureland.com. 

Perjalanan Bakal Bermula

Ok sambung balik, setelah mendapat balasan whatsapp daripada Pak Havidz kami pon sambung breakfast dan menunggu beliau sampai ke homestay. Pak Havidz akan datang menjemput kami daripada Probolinggo yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam 30 minit! Gile jauh kan! Tapi demi tugas, dia sanggup bertolak dari Probolinggo seawal jam 4.00 pagi.

Sebenarnya boleh je kami nak ke Probolinggo samada menaiki bas ataupun keretapi, tapi bila fikir-fikir balik, jumlah masa perjalanan yang sama dan barang-barang kami yang banyak serta tak mahu bersusah payah, maka kami minta pak supir ambil kami di Surabaya sahaja. Senang dan tak perlu risau sesat larat sebab kami tak berapa nak study sangat pasal trip kali ni.

Sementara menunggu Pak Havidz tiba, sempat lagi kami meraih undi. Hehehe dapat jugak sambar 2 orang petugas homestay pagi tu... usaha tangga kejayaan ye dak?

Layan peminat katanya! Haish
Akhirnya jam 9.30 pagi Pak Havidz tiba di depan homestay bersama seorang pembantunya yang baru iaitu Keerul. Kata Pak Havidz, Keerul ni baru nak belajar jadi supir, jadi dia akan ikut trip kami ke Bromo nanti. Ok sajalah, janji tak menyusahkan kami nanti sudah ye dak?

Kereta yang akan kami naiki merupakan sebuah kenderaan MPV yang aku dah lupa namanya, kalau tak silap Suzuki, luas dan selesa. Itu yang paling penting memandangkan kami akan menempuh perjalanan yang jauh untuk dua hari ni. Maka kami pon bertolak meninggalkan kota Surabaya menuju ke destinasi pertama iaitu Air Terjun Madakaripura.

Madakaripura Waterfall

Untuk ke Madakaripura, kami melalui kota Surabaya dan lalu juga di kawasan yang terkenal iaitu kampung yang ditenggelami lumpur Lapindo, nak tahu cerita Lumpur Lapindo boleh rujuk SINI. Apa yang aku tahu, akibat kesilapan teknikal orang dulu yang mengusahakan telaga minyak kat kawasan tu, maka berlaku kejadian lumpur keluar dari perut bumi tanp henti sehingga menenggelamkan kampung di situ. Sehingga kini, lumpur masih lagi keluar tanpa henti, entahle tak tau sampai bila. Oh kami lalu je kawasan tu, tak singgah pun sebab mengejar masa. Tapi ok la boleh nampak dari tepi jalan je.

Nampak tak benteng tinggi kat seberang jalan tu? Ha itulah benteng yang menghalang Lumpur Lapindo daripada melimpah. 
Sepanjang jalan kawasan lumpur Lapindo.
Kami tak singgah pon sebab mengejar masa. Mungkin next time.
Perjalanan dari Surabaya ke Madakaripura Waterfall mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit jadi dalam perjalanan kami tak banyak buat hal, berkaraoke sambil mengumpat apa yang patut je la. Biasa la kalau dah ramai-ramai memang seronok nak mengumpat kan, cer kalau sensorang? Ada jugakla kami bersembang-sembang dengan Pak Havidz dan dia jugak banyak bagi info pasal tempat-tempat menarik di sekitar Jawa Timur ni.

Sebelum sampai ke Madakaripura, kami sempat singgah makan tengahari dulu di Rumah Makan Sedarum Asri . Ye la, lapar kot sebab breakfast tadi kami makan biskut je. Rupanya baru aku tau beza antara rumah makan dengan restoran. Menurut Pak Havidz, kalau yang dipanggil rumah makan itu adalah kedai-kedai makan biasa je macam restoran-restoran makanan yang banyak terdapat kat Malaysia, untuk golongan sederhana macam kami ni lah kot. Tapi yang dipanggil restoran di Indonesia adalah kedai-kedai makan mewah, mungkin macam Chilis, TGI Friday kot??? Entahla, apa yang pasti, kat Malaysia kite panggil restoran je, tak kire besar ke kecik je kan. Dan berbeza pulak dengan Lesehan! Lesehan tu adalah warung-warung tepi jalan yang diletakkan kerusi dan meja. OK banyak sungguh term-term yang kena belajar ni!


Ok sambung balik, kami makan tengahari petang tu lebih kurang jam 1.30 tengahari. Menu wajib seperti biasa dikala travel adalah ayam bakar dengan nasik putih... ni semua John yang ajar. Itu je yang kena dengan selera tekak dia kot hihihihi. Maklumla Putera Lindungan Kaabah katanya! Pak Havidz dan Keerul pon makan sekali, tapi katanya tak perlu kami bayarkan sebab dah masuk dalam pakej dia sekali.

Usai makan tengahari, kami terus menunaikan solat jamak takdim di Rumah Makan Sedarum Asri, sebab ada surau di sebelahnya. Dan kat rumah makan ni jugak ada wifi free!!!! Apalagi, bersosial media la kami-kami semua!!! (Haish susah kalo dah hantu internet ni kan). Total harga makanan kami adalah IDR 90,000 untuk empat orang. Lebih kurang la.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan yang masih berbaki 30 minit. Nak dijadikan cerita, tetiba hujan pulak masa kami menghampiri tempat yang dituju, tapi alhamdulillah tak lebat sangat. Kami dah mula melalui kawasan berbukit bukau yang sangat memukau! (Wah berirama bunyi ayat aku). Seriusly memang cantik, sebab korang takkan menjumpai struktur gunung-ganag sebegitu kat Malaysia, maklumlah gunung berapi kan!. Tapi sumpah, memang cantik, sampai beberapa kali jugakla kami berhenti untuk amek gambo.


Menurut Pak Havidz lagi, kami akan berjalan kaki buat jungle-trekking sejauh 1 km sebelum betul-betol sampai ke air terjun! Ok itu rasanya memang cukup mencabar. Maka bila dah sampai tu, kami pon mula menukar pakaian kepada yang lebih sesuai memandangkan katanya terpaksa melalui sungai dan air terjun! Ditambah pulak hujan yang turun, memang belum apa-apa dah kompom basah! Kami dibawa oleh beberapa orang jurupandu menuju ke dalam hutan, termasuklah Keerul manakala Pak Havidz tidak turut serta masuk ke hutan, dia tunggu kat kereta je katanya.

John kata dia tak pernah buat benda-benda macam ni!!! Rare katanya! Ha hambek ko, merasa masuk hutan pakai payung bagai kan! Mujur Aku ada bawak ponco siap-siap.Tapi jangan risau, Pada sesiapa yang tak bawak ponco tu, kat situ ada orang tempatan yang jual ponco, tak silap aku harganya IDR 10,000 sehelai. Ada macam-macam warna boleh pilih.


Di awal denai, jalannya agak biasa, dah  ada proper laluan tersedia, tapi bila dah sampai tengah-tengah sikit, kami dah terpaksa melalui kawasan berbatu-batu dan meredah sungai yang agak deras! Tapi Jangan risau hillboy-hillboy Tansree Coco sedia membantu.

Antara laluan yang perlu kami tempuh
Siapa pulak yang berpayung tengah hutan tu? Musang berjanggut sangat!
NOTA: Jangan Lupa bawak PONCO dan pakai selipar atau sandel yang tidak licin untuk ke sini. Nak pakai kasut boleh, tapi kompom la kasut korang akan basah. So aku rasa better pakai selipar je kot.
Di beberapa kawasan terdapat lesehan-lesehan yang dibina oleh penduduk tempatan. Ada yang menjual makanan seperti pisang goreng dan sebagainya. Siapa yang lapar boleh la beli kat situ. Laluan semakin hampir adalah semakin mencabar! Kali ni bukakan setakat turun naik bukit dan meredah sungai je, kami juga terpaksa panjat celah-celah batu untuk sampai ke destinasi.

Nampak tak? Hillboi Hillboi Tansree Coco sentiasa membantu.
Kat sini ada jual ponco.
Paling best bile dah nampak sikit air terjun tu, aku memang tercengang dan suka yakmats sebab dari jauh dah nampak cantik sangat!!!! Tu belum tengok dari dekat lagi! Maka kami pun terus berjalan, mendaki, melalui celah-celah batu dan lalu bawah air terjun! Ye bawah air terjun tau! Firstime aku lalu bawah air terjun macam tu dan ia sangat mengujakan. Subhanallah sangat cantik tempat ni, memang sebuah dunia yang tersembunyi di tengah belantara. Kalau tak percaya, pergi la tengok sendiri!

Ada beberapa buah air terjun di kawasan tersebut, dan ianya jatuh berjurai-jurai hampir di bererapa arah yang berlainan. Sangat cantik! Hish cantik la, tak reti dah nak cakap macamana, korang tengok je la gambar yang aku tepek tu.


Kami duduk kat situ tak lama, tak mandi pon sebab sejuk yakmats! Pemandu arah kata tak boleh lama-lama di situ sebab hujan dan dikhuatiri nada kepala air datang. So kami pon bergerak semula untuk balik ke kereta. Jalan balik terpaksa melalui jalan sewaktu pergi tadi. Tapi kali ni dah tak rasa letih sangat, sebab mungkin dah tak di lambai jalan? Ye kot kata orang tua dulu-dulu hehehe.


Sampai di tempat letak kereta, Pak Havidz dah tunggu kami. Sempat jugak dia ambil gambar kami semua di hadapan patung Madakaripura. Sedikit info pasal tempat Madakaripura ni:

NOTA: Madakaripura Waterfall located in Sapih village, Lombang district, East Java, Indonesia, not far from the Mount Bromo area in Bromo Tengger Semeru National Park. Madakaripura is a sacred visiting area comprising lines of waterfalls that reach a height of 200 metres (660 ft). This waterfall has a history related to Prime Minister Gajah Mada (1290–ca. 1364), who struggled to unify the whole territory of Indonesia under the control of theMajapahit Empire. He said, "the last residence for Gajah Mada". This spectacular waterfall lies hidden at the end of a deep valley in the foothills of theTengger range. The water has cascades from the dense forest above. The primary attraction is its natural environment that is encircled by seven waterfalls and caves. The available facilities are include a parking lot, food stalls, a resting place, and a security post. Visitors climbing the peak of Mount Bromo and then bathe in the holy Tirta Sewana before travelling to other visiting points in the Probolinggo area. (Aku copy je dari Google)
Ok memandangkan hari pon dah petang, dan sekejap lagi dah nak gelap, maka kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki. Destinasi seterusnya adalah daerajh pergunungan Probolinggo di mana letaknya Gunung Berapi Bromo! Haaaaa tak sabar dah  ni nak tengok gunung berapi. Seumur hidup tak pernah nampak gunung berapi live depan mata. Masa kat Jepun dulu pon nampak Gunung Fuji tu dari jauh je, itu pon dari atas flight!.



Menuju ke Pergunungan Probolinggo - Gunung Bromo

Perjalanan ke Probolinggo, di mana letaknya Hotel Bromo Permai mengambil masa lebih kurang sejam. Jalan me nuju ke sana memang melalui kawasan berbukit seperti di daerah Dieng, Jogjakarta. Dan kiri kanan kebanyakannya adalah kawasan kebun sayur yang meluas! Di lereng-lereng bukit yang curam pon diorang tanam sayur, memang kagum! Sempat jugak kami mintak Pak Havidz berhenti tepi-tepi jalan untuk ambik gambar. Keerul pulak dah gigil-gigil kebasahan sebab tadi dia memang takde pakai payung mahupon ponco. Kesian jugak tengok mamat tu.


Akhirnya kami tiba di Hotel Bromo Permai, Probolinggo. Dari depan hotel dah tersergam indah jajaran Gunung Berapi Bromo dan adik beradiknya! Subhanallah memang sungguh cantik. Sempat la kami merakamkan beberapa gamba sunset kat depan hotel. Syukur dapat moment tu.

Hotel Bromo Permai ni memang dah dibooking oleh Pak Supir dan termasuk sekali dalam pakej yang kami ambil. Senang kan? Tak payah serabut-serabut nak pikir mana nak cari hotel dan yang penting tak payah buang MASA!

Inilah Pak Havidz!
Bromo Permai.

Sebelah malamnya pulak, kami dibawa makan malam di salah sebuah gerai makan berhampiran dengan hotel. Lupa pulak apa nama gerai makan tu, kecik je gerainya. Cuaca malam tu sangat sejuk! Tak tipu, memang sejuk dan kalau tak pakai baju tiga empat lapis kompom menggigil! Sempat jugak kami singgah kedai jual postcard dan beberapa cenderamata antaranya topi sejuk (bini kata si John) dan kain kat leher tu, apa tah orang panggil, aku tak tau. Maklumlah duduk kat Malaysia tak payah pakai benda-benda tu, tapi kat sana memang wajib pakai! Sejuk weh!!!

Menu makan malam kami adalah nasik, ayam goreng dan teh panah. Sedap dan mengenyangkan. Harga makan malam kami adalah IDR 84,000. Lepas makan, kami lepak-lepak di cafe hotel sebab kat situ je dapat WIFI  free. Sambil-sambil tu tulis la postcard untuk peminat-peminat kat Malaysia, dan sempat jugak lobi kengkawan baru kat cafe tu. Best.



Malam tu jugak kami sempat jumpa Pak Wawan, yang merupakan ketua Pak Supir kami. Memang baik dan bertanggungjawab orangnya. So tak sia-sia la kami ambik supir dia. Ok esoknya pulak kami kena bangkit awal! Nak tengok sunrise katanya kan!

Kami busy! HAHAHHAA
Kena tidor awal.
Nanti aku sambung lagi kisah selanjutnya. Tungguuuuu~!

Bersambung.

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com ,
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com


Pssttt2: Aku ada rakam beberapa video, tapi nanti aku buat entry lain lah ye.

WASSALAM.