2013-05-30

Homestay: Inap Desa Sungai Rokam, Ipoh, Perak - Pengalaman Suasana Kampung Di Tengah Bandaraya!

Assalammualaikum!! 

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni tapi tak berkesempatan pulak. Atas permintaan keluarga (cewah macam penting sangat je aku ni) aku nak memperkenalkan sebuah rumah penginapan milik keluarga yang terletak di Ipoh! Sekarang ni, Homestay dah semakin menjadi pilihan tatkala bercuti bersama keluarga mahupun kengkawan kan? Bagi keluarga aku sendiri, kalau bercuti ke mana-mana dalam Malaysia atau menghadiri kenduri-kendara sanak-saudara kahwin pon akan memilih penginapan Homestay untuk bermalam. Sebab apa?

Bagi aku ianya lebih besar dan boleh memuatkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan ianya serupa macam rumah! Ada dapur, ada bilik dan sebagainya. Sebab tu Homestay menjadi pilihan. Ok berbalik kepada omestay milik keluarga yang terletak di Ipoh ni, ia dinamakan Inap Desa Sungai Rokam. Sebenarnya, rekabentuk homestay / Inap Desa Sungai Rokam ni merupakan sebuah rumah lama, dan sebahagian besarnya merupakan rekabentuk asal rumah-rumah di Kampung Sungai Rokan, Ipoh. Bagi sesiapa yang tak tahu, Kampung Sungai Rokam ni terletak berhadapan dengan Medan Gopeng, Ipoh. (Rasanya ramai yang tahu Medan Gopeng ni kat mana).

Bagi sesiapa yang bercuti atau berpeluang melawat ke Ipoh, Perak, bolehlah mencuba untuk merasai pengalaman bermalam atau tinggal di Inap Desa Sungai Rokam. InsyaAllah layanan pemilik kepada Inap Desa Sungai Rokam ni sangat mesra dan memuaskan, gerenti puas hati! 

Inap Desa Sungai Rokam terdiri daripada Sebuah rumah yang terbahagi kepada 3 bahagian! Ha yang ni la uniknya Inap Desa Sungai Rokam. Masih keliru? Jom aku terangkan satu persatu:

Bahagian Satu @ Rumah 1:

RUMAH 1 terdiri daripada rumah bahagian atas dan hadapan. menawarkan kepada anda 2 Bilik Tidur bersaiz katil 'Queen Bed' dengan kelengkapan cadar, selimut, bantal serta dikorasi bilik yang elegant untuk anda sekeluarga. Bilik dilengkapi dengan kipas, lampu dan di Bilik No.1 penghawa dingin disediakan. 

Selain itu bilik-bilik dihubungkan dengan ruang tamu yang lengkap dengan Sofa, Meja Makan dan televisyen. 
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan:  
  • Ruang Tamu / Ruang Makan 
  • Penghawa Dingin (Semua bilik)  
  • TV, Peti Ais, Microwave/Pinggan Mangkuk 
  • 3 Bilik , Katil Queen setiap satu bilik, Almari setiap bilik. 
  • Tandas & Bilik Air ​ 
Harga Ditawarkan : RM 300 sehari ( Boleh disewa bersekali dengan Rumah 1 dan Rumah 2 dengan harga RM350 sehari )

Sila ketik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Bahagian 2 @ Rumah 2:

RUMAH 2, menawarkan satu keunikan tersendiri kerana rumah tersebut berada dibawah paras tanah yang menawarkan satu kelainan penginapan. Terdapat 1 bilik tidur dengan konsep studio bersaiz 'Queen' ditawarkan. Ianya sejuk dan nyaman terutama diwaktu keterikan matahari diluar. 

Mempunyai pecahan 3 ruang tamu dalam bahagian teratak ini.  Jika ada kekosongan dan keperluan, pelanggan Inap Desa Sungai Rokam boleh menyewa RUMAH 1 dan RUMAH 2 sekaligus. Wujud akses masuk yang menggabungkan keduanya. ​ 

Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan:
  • Ruang Tamu / Ruang Makan / Ruang Santai 
  • Kipas Angin, TV, Peti Ais, Microwave / Pinggan Mangkuk 
  • Bilik 1, Katil Queen 
  • Bilik 2, Katil Queen 
  • Tandas & Bilik Air 

Harga ditawarkan:
Pilihan 1 (untuk RUMAH 2 sahaja) - RM 180 sehari 
Pilihan 2 ( gabungan RUMAH 1 dan RUMAH 2) - RM 350 sehari (ada akses).

Sila ketik pada gambar untuk maklumat lanjut.
Bahagian 3 @ Rumah 3:

RUMAH 3 terletak dibahagian ketiga belakang rumah yang menawarkan 2 bilik tidur. Bilik tidur 4 dan Bilik Tidur 5 ini memberikan pilihan kepada dan untuk katil 'queen size' dan 2 katil 'single '. Sesuai untuk yang telah berkeluarga. Dihubungkan dengan rung tamu yang santai dan dapur. Bilik air juga ada di teratak ini. 

RUMAH 3 diakses melalui pintu tepi rumah. Ruang dapur yang luas serta ruang tamu yang selesa terutama jika anda telah bekeluarga. Boleh disewa secara berasingan untuk bilik tidur yang ditawarkan. Bilik Tidur No.4 adalah amat besar untuk ruang solat dan boleh memuatkan tambahan tilam jika diperlukan. 

Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan: 
  • Ruang Tamu / Ruang Makan / Ruang Santai 
  • Penghawa dingin setiap bilik
  • TV, Peti Ais, Microwave / Pingan Mangkuk 
  • 2 Bilik + plus (1 katil Queen, 3 katil single) 
Pecahan Bilik --> Bilik (No.5) - Katil Queen, Bilik (No. 6) - 2 katil single, Tambahan 1 katil single 
Hall ada katil double decker 

JUMLAH KATIL - 4 katil Tandas & Bilik Air ​
Harga ditawarkan: RM 200 sehari

Sila ketik pada gambar untuk maklumat lanjut.
Amacam? Teringin tak nak rasa duduk dalam suasana kampung di tengah Bandaraya Ipoh? Secara jujurnya, aku suka rekabentuk hiasan dalaman Inap Desa Sungai Rokam ni sebab ianya tergabung dari hiasan dalaman Malaysia dan barat walaupun diluar kelihatan seperti rumah kampung sahaja. InsyaAllah selesa dan puas hati. Kalau nak tahu, kesemua rekabentuk dalaman dan hiasan dalaman Inap desa Sungai Rokam ini adalah hasil kerja pemilik Inap desa ini sendiri iaitu Tuan Haji Zahari.

Bagi yang berminat, boleh menghubungi Tuan Haji Zahari sendiri di alamat berikut:

No. 26, Jalan Rokam, 
Kampung Sungai Rokam, 
 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
No.Tel:  En.Zahari (012-5276644) @ En. Baharuddin (016-5950574)
Atau Emel kepada : Inapdesa@gmail.com

Boleh juga lawati laman web Inap Desa Sungai Rokam di 
http://inapdesa.wix.com/sungai-rokam

Jom melawat Perak Yoep!!!!

WASSALAM.


2013-05-27

Yangshuo (China): Impression - Yangshuo Light Show And West Street (Part 5)

Assalammualaikum!!!

Ish sibuk benar la sekarang ni, macam-macam kerja nak kena buat. Takpe jangan risau, belog ni akan sentiasa berapdet walau sebusy mana sekali pon ye. Hehehehe.


Bile dah penat berakit -rakit kehulu, berenang-renang ketepian, di Yulong River, dan seluar pon ada la separa basah, kami pon balik semula ke Bamboo House Hotel, tempat kami akan bermalam malam ini. Tapi sebelum sempat sampai di hotel, kami sempat lagi merayau-rayau di sekitar West Street walaupun tak banyak masa, bak kata orang nak buat servey dulu la, apa yang ada kat situ. Kami kene cepat balik ke hotel dan bersiap-siap sebab sebelah malamnya pula kami akan menonton The Impression Show, sebuah tayangan pementasan air yang telah mendapat pengiktirafan dunia dan telah memenangi beberapa award (katanya la, aku tak tau diorang ni menang award apa, sila google sendiri ye). Maka kami pon bersiap la ala kadar sahaja memandangkan tempat yang kami nak pergi ni agak open air dan malam pon panas je, so pakai pon santai-santai je la, takde beria sangat.

Sempat lalu kat West Street sambil jenguk-jenguk apa yang ada dijual kat situ.
Yangshuo sebuah bandar lama yang cantik.
Van menunggu kami dalam jam 7.30 malam. Kami dibawa menuju ke tempat persembahan dan kami lihat ramai giler orang kat luar sedang beratur membeli tiket. Menurut petugas hotel kami, kami diarahkan untuk tunggu sebentar di hadapan kawasan membeli tiket, sementara ada seorang agen tiket yang akan menguruskan perihal tiket kami. Sebenarnya, mereka ada kuota-kuota tersendiri bagi agen-agen tiket ni. So disebabkan kami dah booking under hotel kami menginap, jadi semuanya diorang uruskan. Tak perlulah nak beratur sepanjang malam tu untuk beli tiket. Mudah bukan?

Ramai betul manusia malam tu...entah dari mana la datangnya.
Harga tiket adalah berbeda-beda mengikut zon kawasan tempat duduk. Makin tinggi kita duduk, makin mahal pulak harganya. Kami pilih untuk duduk di zon tengah yakni dengan harga tiket 180 Yuan (RM 90) / seorang. Agak mahal sebenarnya, tapi disebabkan kami taknak melepaskan peluang menyaksikan persembahan teater terbesar di dunia, yang dipentaskan secara terbuka di atas air, maka kami pasrah dan redho je beli tiket tu. Mudah-mudahan menghiburkan. 

Kawasan pintu masuk ke Impression Night Show.
Sambil tunggu depan kawasan beli tiket tu, kami dapat tengok macam-macam karenah manusia. Ada yang datang berkumpulan, entah dari ceruk kampung mana tah. Siap pandang-pandang kami berlapan ni atas bawah banyak kali. Gamaknya diorang pelik kot tengok kami semua ni, tambahan pulak yang perempuan semua pakai tudung litup, ayu gitewww. Pelik lagamaknya kan, tak pernah jumpa. Tapi serius, agak merimaskan jugakla bile dah asyik kena tenung, nasib baik dah terbiasa ditenung (retis katanya) hahahhaa.

Ni la orang yang tolong uruskan pembelian tiket kami.
Beberapa minit menunggu akhirnya isyarat untuk membenarkan penonton masuk dibunyikan. Sebenarnya untuk show ni ada 2 waktu sehari, kami memilih untuk pergi pada waktu tayangan yang kedua memandangkan tak sempat untuk ke waktu tayangan yang pertama. Nak masuk pon satu hal, bukan main berebut-rebut, kami diminta untuk ikut nombor kumpulan masing-masing. Ha siap ada banyak kumpulan lagi tu, ibarat kambing masuk kandang kekdahnya. Macamla berebut-rebut tu korang boleh duduk mana korang suka kan!!! Walhal dah terang-terang ada nombor seat kat situ... ceit!

Rupanya bila dah masuk dalam tu, kami kene menapak jauh jugak la untuk sampai ke dalam kawasan show. Ingatkan masuk-masuk je boleh terus cari tempat duduk, rupanya tidak. Maka menapak la kami secara berjemaah umpama perarakan hari merdeka. Dah sampai ke kawasan show, maka kena la pulak cari tempat duduk. Alhamdulillah tak susah nak cari tempat duduk kami. Ikut je warna zon yang telah disediakan.Memang malam tu ramai giler manusia yang datang nak tengok show. Adakah setiap malam penuh macam tu??? Wallahualam. 

Orang ramai mula berpusu-pusu ke tempat duduk masing-masing.
Landscape semulajadi sebagai backdrop persembahan yang memukau.

Sedikit Video persembahan malam tu.


 NOTA: The premiere of the Yangshuo Light Show was on March 20th, 2004 at the Sanjie Liu Sing fair, about a mile from West Street . The performance utilizes the natural surroundings to create a spectacular outdoor theater which is the largest of its kind. The Li River itself is the stage and twelve mountains serve as the backdrop. The performance is divided into seven chapters including the preface and epilogue. At the beginning, the lights are all turned off and the image of Sanjie appears indistinctly in the sky with beautiful songs 'Sing the folk songs, here I am singing and there you are echoing...'. As the lights come up, the twelve hills appear in front of the audients; and a small fishing boat is rowed from the hills. This is the Preface - the Legend of Hills and Rivers.- sumber Google.

Bila isyarat dibunyikan tanda show nak mula, kami pon mula fokus kat kawasan tasik (tasik ke sungai ntah) kat depan kami yang dijadikan sebagai stage. Kagum gila masa tu sebab latar belakang gunung-ganang di Yangshuo tu dijadikan sebagai latar belakang persembahan dengan suluhan lampu-lampu spotlight ke arah gunung-gunung tu. Ish memang lawa gile, kagum aku. Maka persembahan pon bermula. Difahamkan bahawa persembahan Impression ni terbahagi kepada 7 segmen dan setiap segmen ada cerita tersendiri. Hummmm susah nak faham sebab persembahan adalah dalam bahasa ibunda. So layan je la tengok apa yang diorang persembahan.


Apa yang paling aku kagum adalah penglibatan beratus-ratus pelakon dalam satu-satu masa. Mungkin itu lah sumber pendapatan kebanyakan daripada penduduk setempat kot? Giler ramai weh dia punya pelakon dan sudah pasti diorang kene buat persembahan hampirr setiap malam ye tak? Ish jom layan je gambar-gambar yang sempat aku snap sepanjang persembahan berlangsung. Video pon aku ada ambik sikit-sikit, khas untuk anda semua...kekeke.



Lagi Video Persembahan yang menakjubkan!

OK la, persembahan tamat lebih kurang jam 10 malam. Lepas je persembahan habis, kami balik semula ka van yang membawa kami tadi dan kami dibawa pulang ke Hotel. Sebelum sampai hotel, kami sempat jalan-jalan kat West Street dan sempat jugak la shopping! hahah apa yang aku shopping? Ada la aku beli handbag untuk mak aku, untuk kakak aku dan anak buah. Yang lain tu sempat tengok-tengok je dulu, kengkononnya buat survey la, sebab esok kami akan shopping pagi-pagi buta hehhee.


Keesokan paginya, hujan pulak agak lebat. Entah le sebab memang kami pergi ni pon time hujan kot, sebab tu hujan memanjang. Tapi alhamdulillah tak lama, dekat-dekat jam 9 pagi tu lepas breakfast (hasil belian nasi goreng di kedai muslim oleh Dan Arif).

Lepas makan tu walau hujan masih renyai, kami semua keluar ke West Street untuk membeli belah. Wahhh bunyiknya macam banyak duit je kan, mana tak nya, ada yang dah bengkrap bagai terpaksa mencucuk duit dari bank dan ada yang terpaksa jadi ah long bagi pinjam duit kat kengkawan kekekke. Pasrah je la kan, tu la gunanya keluar mengembara secara berjemaah. Betul tak?

Penggunaan kalkulator sebagai bahasa utama tatkala membeli belah di sini.
Makcik-makcik yang gigih menggubah bunga untuk dijual.
Keadaan sekitar West Street, Yangshuo.
Sepanjang West Street ni memang macam-macam benda ada dijual. Bak kata pepatah, kami ni pergi pecah telur kat kedai la, sebagai orang pertama yang membeli di pagi hari. Aku sempat borong beg tangan (70 yuan) untuk mak, akak dan anak buah, sarung kusyen sulaman pon sempat jugak beli untuk dipakai di hari raya (60 yuan 3 helai tapi semalam aku nampak mak aku dah pakai buat bubuh dalam kereta!), beli jugak sarung henpon (ala yang sulam-sulam tu buat letak henpon walhal henpon zaman sekarang dah besar gedabak tak muat nak letak dalam tu) harganya 10 yuan dapat la 5 helai. Kalau nak tengok gambar ada kat entry Tansree Coco, sebab aku taksempat nak mengambik gambar barang tuaian.

Itu adalah tempat letak henpon yang aku maksudkan, sila abaikan pembelinya. Hehehhe
Yang belakang tu pulak sedang masuk ke dalam Bank.
Kawan masZuber tengah pose kat sign board West Street
Dalam jam 12 macam tu kot, kami balik semula ke hotel sebab kami nak balik semula ke Guilin. Masa tu dah siap-siap tempah van mini daripada hotel. Sebab kami pakai van mini berbanding bas biasa, kerana harganya tak jauh beza sangat dengan naik bas ekspress dan kami boleh singgah banyak tempat lain lagi. Harga sewa van mini tu adalah 57 yuan untuk seorang / 1 kepala.

Ok, sampai sini je la entry kali ni, pendek je. Malas sungguh nak menaip sekarang ni. Nanti aku sambung lagi ye.

Bersambung....

WASSALAM.

2013-05-21

Yangshuo (China): Yulong River Water Rafting (Part 4)

Assalammualaikum!!!

Dua tiga hari ni tak berapa nak sihat sebab mungkin dengan keadaan cuaca yang panas dan tak menentu ni menyebabkan imunisasi badan pon lemah... so jagalah kesihatan dan perbanyakkan minum air masak yer. 


Lepas dah berehat semalaman akibat keletihan berjalan kaki merata ceruk, maka keesokkan pagi nya kami kena bangun awal sebab nak pergi cari tiket bas untuk ke satu lagi destinasi iaitu Yangshuo. Wilayah Yangshuo ni terletak lebih kurang 1jam 30 minit perjalanan tertakluk kepada keadaan jalanraya ketika itu. Yangshuo terletak di sebelah selatan Guilin dan kedudukannya sedikit berhampiran dengan laut.


Kami menaiki bas dari Wada hostel ke stesen bas Guilin. Sepanjang perjalanan dapat dilihat penjaja kaki lima yang menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan, sayur-sayuran sampailah ke pakaian dalam pon ada dijual di kaki lima. Sampai je di stesen bas Guilin, kami terus beli tiket di kauter tiket. Harga tiket dari Guilin ke Yangshuo adalah 22 Yuan (RM 11.00). Keadaan di stesen bas Guilin memang sentiasa sesak la.

Beratur dulu beli tiket bas berharga 22 Yuan.
Kena scan dulu beg sebelum masuk ke ruangan menunggu di Stesen Bas Guilin.
Sementara menunggu waktu berlepas yakni lebih kurang jam 11.40 pagi (kes dah terlambat beli tiket), kami duduk melepak dulu pergi cari bank sebab ada yang dah hampir muflis dek kerna terlalu asyik shopping di Shenzen. Siap beranak-ranak pulak beg diorang tu! Keadaan masa tu pulak hujan renyai-renyai, nasib baik tak lebat. Ye memang sepanjang aku berada di bumi China ni, kalau tak panas, hujan, lepas tu langit pon gloomy je, tiada langsung tanda-tanda langit nak membiru. Pasrah je la ambik gambar dalam keadaan mendung.

Ruangan menunggu di Stesen Bas Guilin.
Pokok apa tah ni, tengah-tengah stesen bas Guilin.
Bila semua dah selesai (amik duit, tukar baju mengikut tema warna dan sebagainya) kami pon pergi semula ke stesen bas Guilin untuk check-in. Wah check-in katanya! Hahaha ye la sebab nak kena scan bag bagai sebelum masuk ke ruangan menunggu. Dah siap check-in maka kami pun tunggu lah bas yang akan membawa kami ke Yangshuo. Dikhabarkan yang bas kami akan lewat tiba disebabkan kesesakan lalulintas? (Gamaknya aku agak je). So terpaksa la melepak lama kat stesen bas Guilin ni. Sebenarnya susah jugak nak tau mana satu bas yang akan kami naiki, nak tanya kat orang pon, ibarat bercakap di atara ayam dengan itik. So main tunjuk-tunjuk tiket je la.

Banyak bas kat sini tapi belum tau bas mana yang akan kami naiki.
Mamat Mat Salleh ni dari Chile, dia pon nak ke Yangshuo jugak.
Beberapa minit menunggu akhirnya bas yang akan kami naiki pon sampai la. Selesa jugak la bas nya, takde la seperti menaiki bas lompat-lompat, dah nama pon bas express kan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah sebelum kami tiba di Bandar Yangshuo. Sepanjang perjalanan kami dah nampak bukit-bukit tersusun berlapis-lapis, cantik yakmats! Tak sabar pulak rasanya nak berlari-lari kat celah-celah bukit tu! Hahahhahaa.


Bandar Yangshuo bagi aku agak tenang sedikit berbanding Guilin. Orang-orangnya pon tak terlalu gelabah dan banyak pelancong asing yang datang ke Yangshuo.Mungkin sebab tarikan utamanya adalah pemandangan bukit-bukai yang indah tu. Sekali pandang nampak macam kat Bandaraya Ipoh pon ada jugak, sebab bukit-bukit batu kapur yang tersusun mengelilingi bandar Yangshuo tu. First thing yang kami buat sebaik saja turun dari bas adalah cari kedai makan muslim! Maklumla masa tu dah hampir pukul 3 petang, perut pulak dah bergendang cina bagai minta di isi, maka perlulah mengisi perut dulu. Menurut kajian John dan Dan Arif (diorang ni je yang rajin buat research), terdapat sebuah kedai makanan halal berhampiran dengan stesen bas Yangshuo, hanya keluar dari stesen bas dan nampak la kedai makanan muslim di seberang jalan, kalau tak silap signboard bewarna biru. Senang je nak cari. Tapi memandangkan kami terkeluar ikut pintu stesen bas yang lain, maka agak berbelit-belit jugak la nak mencari kedai tu. Puas jugak berpecah cari kedai siap tanya kat travel company, diorang pon tak tahu. Haish nama je travel company kan... Lastly nampak jugak la kedai makanan muslim tu, memang betul-betul bertentangan dengan pintu stesen bas yang lagi satu. So pepandai la cari ye.

Dah jumpe dah kedai muslim kat depan stesen bas Yangshuo.
Macam biasa, konsep kedai makanan muslim kat Yangshuo ni lebih kurang sama je macam kat Guilin yang kami pergi haritu. Makanannya pon lebih kurang sama jugak. So main tunjuk-tunjuk je la, makan apa yang ada untuk mengisi perut. Alhamdulillah jugak masa ni tak hujun dan langit kelihatan cerah.

Menu yang besar gedabak di dinding kedai.
Ni lah jejaka-jejaka tukang masak kami.
Teknik membuat mee tarik Yangshuo.
Nasi Goreng
Mee tarik dan daging.
Mee tarik sup.



Lepas habis makan, kami menalifon hotel yang telah dibooking sehari sebelum kami ke Yangshuo. Nama hotel tu Bamboo House Hotel. Menurut pekerja hotel tu, dia akan jemput kami untuk ke hotel. Maka kami pon ramai-ramai la tunggu kat stesen bas, senang je kot nak cam kami sebab semua pakai baju kaler merah! Maklumle nak photoshoot Pre-Wedding katanya hahaha! Tunggu-punya tunggu tak nampak jugak bayang orang yang nak menjemput kami. Tengok-tengok la jugak kalao-kalau ada van kosong yang tunggu tepi jalan tapi takde.


Last sekali Dan Arif panggil kami semua, katanya ada minah ni dah datang jemput kami. Haaaaaa minah tu naik basikal je ok! Ingatkan ada orang nak datang jemput naik van hahahha lawak sungguh. Kata minah tu (agak fasih berbahasa inggeris) kedudukan hotel tu tak jauh, cuma jalan kami sepuluh minit. Lega kami dengar, tapiiiiiii bila dah jalan dekat 15 minit tak sampai-sampai jugak! Jauh juga sebenarnya. Lokasi hotel ni terletak di celah-celah bangunan dan yang paling penting ia berdekatan dengan West Street yang popular tu. Apa ada kat West Street nanti aku ceritakan kemudian.


Dah sampai hotel maka urusan check-in pon dibuat, kami juga bertanya tentang pakej -pakej yang ada kat situ seperti melawat Li River Cruise, Yulong River Water Rafting, tengok show Impression dan banyak lagi. Memandangkan kami tak banyak masa di Yangshuo, dan hari pon dah petang, maka kami hanya memilih untuk ke Yulong River Water Rafting dan tengok Water Show Impression saja malam tu. Harga tiket untuk water rafting adalah 90 Yuan (RM 45) dan harga tiket untuk Show Impression ni agak mahal jugak la yakni 180 Yuan / person (RM 90.00) tapi yakinlah bahawa show ni sangat menarik! Pasrah je la bayar 90 ringgit sebab nak tengok show air ni. Bile lagi nak tengok kan, alang-alang dah sampai. So lepas dah siap tinggalkan barang semua di hotel, kami menaiki van untuk ke Yulong River. Eksaited jugak la sebab nak naik rakit hehehe. Sebelum ni tak pernah pon naik rakit okay!

Bilik kami di Bamboo House Hotel.
Dari bilik ni boleh nampak Li River yang tak de aktiviti setakat ni.
Yulong River Water Rafting, Yangshuo.

Sebenarnya plan asal kami nak ke Li River water Cruise tapi Li River Cruise ni ditutup kepada umum masa tu aklibat berlaku kejadian kenaikan paras air sungai yang mendadak dan terdapat seorang pelancong mati lemas di situ. Maka kempunan jugak la nak merasa Li River Cruise. Tapi takpe la, kami cuba yang lain yakni Yulong River. 

Perjalanan menaiki van mengambil masa lebih kurang 20-30 minit jugak la menuju ke pinggir sungari Yulong tu. Dah sampai situ, pemandu van berpesan supaya kami ingat muka dia dan nombor van tu sebab masa balik nanti akan naik van yang sama. Ok tak susah tu, snap je gambar kompom dapat cari nanti. 

Di tebing-tebing sungai kelihatan ramai sangat orang dan berderet-deret rakit tersusun menanti dinaiki. Setelah kami diberi tiket oleh pemandu van, kami diarahkan untuk naik ke rakit-rakit yang telah tersedia. Maka aku dan John naik la kat rakit yang dipandu oleh sorang mamat ni. Teruk sungguh mamat ni, dah la tak paham bahasa inggeris, lepas tu bawak rakit tu bukan main laju! Siap memotong-motong rakit lain pulak tu, jauh kami menuju kedepan meninggalkan diorang-diorang kat belakang tu. Jenuh jugak kami suruh dia bawak slow, dan tunggu kawan-kawan yang lain, tapi slownya sekejap je, lepas tu laju balik dia mengayuh rakit tu. Haish geram sungguh.

Peniaga di kaki lima sungai.
Rakit-rakit yang dah tersedia
Sepanjang perjalanan di Yulong River ni, akan ada 5 kawasan jeram yang kita kena lalu. Dan setiap jeram tu akan ada standby orang amik gambar dan akan siap di print dan jual kepada penumpang! Siap ada check-point untuk berhenti dan print gambar di tengah-tengah sungai tu. Mushykil jugak aku tengok sungai Yulong ni, rasanya dasar sungai ni adalah simen dan jeram-jeram tu semua adalah jeram buatan. Adakah sungai ni telah direnovate jadi sungai buatan?? Wallahualam. Tak pulak aku kaji benda-benda tu.


Sepanjang perjalanan memang menarik sungguh pemandangannya. Tak dinafikan pemandangan di Yulong River memang menarik, dapat lihat landskap gunung-ganang dan hutan disekeliling kami, sambil-sambil tu sempat jugak la buat bisness pre-wed punya photoshoot kan! Hahahaha.

Ni adik MasZuber dan Kawan MasZuber
Ops Tansree Coco menjelma lagi!
Ramai jugak pengungjung petang ni.

Ada juga gerai-gerai makanan terapung di tengah-tengah sungai, ada strategi jugak diorang ni, diorang akan berhentikan rakit kita di salah sebuah restoran terapung dan katanya letih nak minum air, siap suruh kami bayarkan lagi harga minuman pendayung rakit tu! Saja je kan nak pau! terpaksa jugak la bayarkan harga minuman diorang tu, masa tu kami bayar 10 Yuan kot, untuk satu tin air minuman, memula tu diorang mintak 20 Yuan, tapi silap orang la nak cekik darah, kami ni kan kedekut hahaha takkan la setin air sampai RM 10 kan! 

Tudia Tansree Coco dan masMZ Kaki Jalan!
Pemandangan sekitar sungai Yulong.
Rumah terapung tempat ambik gambar.
Kami jugak sempat la beli gambar yang dah dicetak tu, tapi beli satu je la sebab tak larat la aku nak beli gambar yang sama je setiap jeram, terpaksa pulak buat aksi berbeda-beda kan. Harga sekeping gambar yang dah dicetak dan dilaminate adalah 20 Yuan (RM 10). Aku rasa gambar-gambar yang kiteorang ambik lagi cantik kot? Tapi untuk kenang-kenangan beli je la sekeping dua. Lepas tu nanti balik scan pastu emel kat semua kannnn... hehehe.

Ops pasangan bahagia katanya!
berapa ramai gamaknya sehari orang berakit kat sini.
Macam-macam gaya, pesen pon ada.
Gigih makcik ni weh!
Upacara mendayung rakit berlangsung agak lama, lebih kurang sejalm setengah jugak la duduk atas rakit tu. Tapi seronok sebab dapat tengok pemandangan cantik dan dapat mengumpat pendayung-pendayung rakit tu depan-depan sebab diorang tak paham bahasa Malaysia kan... Ada jugak aku terdengar diorang bersembang sesama sendiri (antara pendayung rakit la) diorang sebut Malaysia, lepas tu sebut money-money-money! Huh??? Adakah dia sebut orang Malaysia kaya raya??? Aku rasa betul kot diorang sembang macam tu. Kaya la sangat kan!!! padahal.....

Tak dapat buat kat Li River, buat kat Yulong River pon jadilah...

Ok setelah sampai di hujung sungai, kami pun turun dan mencari semula van yang kami naiki tadi. Memang ada van tu dah siap tunggu kat hujung check-poin. Sebenarnya ada dua cara nak ke Yulong River ni samada menaiki basikal atau van. Tapi bila dah tengok jarak dan keadaan jalanraya kat situ, bersyukur sangat sebab kami memilih untuk naik van, kalau tak tak tau le sempat naik rakit ke tak hehehhee.

Ni la driver rakit kami.
Ok lah, nanti aku sambung cerita selanjutnya. Penat dah menaip panjang-panjang ni.

Bersambung....

WASSALAM.