2013-06-28

Hanoi (Vietnam): Dari Halong Bay ke Hanoi (May De Ville Hostel) (Part 10)

Assalammualaikum!

Teruk betul jerebu dua tiga hari lepas kan! Rasa nak lari pi duduk dalam Hutan Amazon sambil berharmoni dengan masyarakat orang asli kat sana pulak! Korang mampu? Hahaha ok alhamdulillah keadaan udara kat sini dah bertambah baik, hujan buatan pon dah mula turun! Haritu masa tengah berhenti kat trafik light tengah-tengah hujan tu, siap gegar-gegar kereta aku dek kerna ditiup angin! Scary ok! Ingatkan adengan 'xxx' je boleh gegar-gegar keter! Rupanya angin kat Puchong pon boleh! #ops.

Ok dah jom sambung, mungkin ni episode akhir? Entah la, cuba baca sampai habis, kalau takde perkataan  'bersambung...' tu kira tamat la, kalau ada tu.... ada aku kesah! Ni blog aku kan... hahahaha.


Lepas bermewah-mewah di atas bot yang taak berapa mewah tapi bertaraf VIP layanan mereka terhadap kami (ha hambik ko ayat berbelit-belit) maka kami pon balik semula ke hotel dengan menaiki teksi yang ditahan di tepi jalan depan port tu. Kami naik mpv sebab kan 7 orang, kalau naik beca jenuh pulaknak kene tahan sampai 3-4 beca. Harga tambang teksi mpv tu adalah 200,000 Dong (RM 30.00 per teksi) -eh baru pasan , mahal rupanya teksi yang kami naik ni! Demmmmmm! (Dalam blog John dia kata harga aku ni salah, padahal dia punya harga yang salah.. whatever~!) psttt: aku catit dalam henpon gak.

Sampai hotel (ingat lagi tak, kami duduk kat hotel Asean Hai Ngok ? Macam bongok je bunyi nya...) kami ambik beg yang kami simpan di dalam stor dan mengucapkan selamat tinggal kepada gadis pekerja hotel yang membantu kami selama di Halong City. Kami seterusnya bertolak ke destinasi terakhir dalam edisi jelajah Vietnam ni yakni Hanoi City dalam jam 4.00 petang! Wah gigil-gigil dah sebenarnya nak sampai ke Hanoi, sebab dari dulu asyik dengar Hanoiiiiii Hanoiiiii dari orang-orang tua, so sampai giliran aku yang muda remaja sunti ni nak sampai ke Hanoi! Yeay! (Buat gelombang manusia - translationnya as human waves!).

Teksi yang kami sewa merupakan sebuah van dengan 16 seater dengan harga 430 Dong (RM 65.00 untuk satu van). Perjalanan ke Hanoi City melebihi 3 jam sebab pemanduan encik drebar yang sangat berhemah ok! Bawak van dalam 40-60 km sejam je! Tak ke boleh kami buat konsert berjemaah beramai-ramai dalam van tu.... siap aku tengok macam dah nak terlelap je drebar tu bawak van tu. Katanya kat situ memang tak boleh bawak laju, had laju pemanduan memang dalam lingkungan 50-60 km/jam.... oklah... bawaklah pakcik, asal kami semua selamat sampai.


Kami sampai di Old Quarters Hanoi City lebih kurang jam 8.30 malam. Nampak tak betapa lamanya perjalanan kami? Dah la lama, hujan pulak tu. Kami minta drebar kami hantar terus sampai ke pintu hostel. Ha nak tau kami pilih nak duduk kat hostel mana? Kami duduk kat Hostel May De Ville . Nama je hostel, tapi keadaan dalam dia sebijik macam hotel ok.  Kami ambil 3 bilik masing-masing dengan 3 katil kat dalam tu. Dan yang paling best, setiap bilik ada disediakan laptop free atas meja untuk surf internet! Wifi jugak ada disediakan di setiap floor, so memang heaven habis la duduk hostel cenggitu...bukan mahal sangat pon, sorang bayar dalam RM 33 je. Sebab nak la rasa selesa sikit di akhir-akhir perjalanan ni kan. Lagipon barang-barang kami banyak, so agak terjamin sikit nak tinggal dalam bilik.

Boleh juga sewa basikal kalo mampu.
Kaunter Hostel... ramai jugak yang menginap kat sini.
Wajah bilik kami... (ihsan John)
Bilik air.... lutsinar gitew.. Hahaha so jangan buat bukan-bukan dalam bilik air yer! Hahaha
Lepas check in dan buat apa yang patut, kami keluar semula untuk berlegar-legar di sekitar night market. Sebenarnya malam tu tak ada night market, sebab night market hanya akan dibuka pada hari Jumaat,  Sabtu dan Ahad. Hostel yang kami tinggal ni memang dekat sangat dengan lokasi night market ni... takpe, esok hari sabtu, so boleh la kami ke night market! Jadi malam tu kami buat sesi suai kenal je dulu sambil nak cari tempat makan yang ada. Tahap kelaparan pun memang dah di hujung tandok masa tu sebab tak makan apa-apa sejak makan makanan mewah atas bot di Halong Bay petang tadi. Hujan pulak sedang turun manja-manja alang, nasib baik la bekalan payung ada.

Puas jugak pusing-pusing kat sekitar old quarters Hanoi ni, tapi hampeh, tak jumpe-jumpa jugak apa yang sesuai di makan. Sambil-sambil tu terai jugak la riki-riki kedai untuk nak shopping esok! Hahaha tu je la agenda utamanya kami datang ke Hanoi ni, nak relax-relax sambil shopping (mata) sebab duit dah tak berapa nak ada. Hehehe.

Sampai ke sudah memang tak jumpa jugak makanan halal untuk makan malam, last-last redho je balik hostel dengan berbekalkan sesikat pisang dan biskut. Kat bilik aku siap belasah megi lagi sebab bekalan megi masih banyak yang aku sorokkan dalam beg hahaha. Alhamdulillah... berguna semua megi-megi aku tu, biarpon macam nak mati bawak beg berat kehulu-kehilir.

Teaser untuk next entry hahaha (dah takde gambo nak bubuh untuk aktiviti malam tu)
Old Quarters, Hanoi.
Jalan diorang ni memang sentiasa sebok, kalan nak tengok tak sibok boleh tengok waktu malam.
Ok la, sebenarnya aku dah malas nak taip dah ni... boleh tak bersambung? Ah boleh je la kan... kekeke.

Bersambung.....

WASSALAM.

Nuffnang Ads

2013-06-20

Halong Bay (Vietnam): Bercruise Di Tengah Lautan (Part 9)

Assalammualaikum!!!

Agak slow sikit nak apdet blog ni sebab musim jerebu hehehe (tetibe). Jom sambung cerita di Halong Bay...


Setelah penat seharian naik bas dari Nanning Ke Halong City, dan merehatkan diri di Hotel Asean Hai Ngoc... maka hari kedua di Halong City akan diteruskan dengan agenda ke Halong Bay! Yeay dah lama teringin nak pegi Halong Bay ni sebab ramai yang kata cantik tempat tu...so nak la tengok dengan mata sendiri betol ke cantik kan? Hehehe.

Pagi tu seawal jam tujuh kami dah naik ke rooftop (wah rooftop katanya) untuk breakfast. Breakfast kat hotel ni diberi pilihan samada nak makan mee ke roti ke atau apa-apa saja la, diorang akan masakkan. tapi seperti biasa, kami makan roti je dalam pelbagai kekdah antaranya roti bertelur goreng, roti dengan pisang potong dan roti dengan tembikai (erk!). Buah-buahan segar juga disediakan. Kami jugak mintak orang hotel tu goreng telur banyak banyak kengkonon nak makan masa breakfast la walhal tapau semua masuk dalam bekas untuk di bawa ke Halong Bay nanti kekeke. Bijak tak?

Tengok pemandangan dari hotel dulu... waaa macam dok atas bukit!
Pemandangan depan hotel.
Dari hotel kami menaiki sebuah MPV menuju ke jeti di mana kebanyakan bot-bot atau cruise ke Halong Bay berumpul. Apa yang menariknya hari ni, kami akan jadi pelancong super duper VIP! Wah tak sabar pulak kan nak naik kapal. Apa yang VIP nya sangat tu? Sebenarnya kami sewa satu bot! Bukan bot kecik ya tapi bot besar dengan kapasiti 40 penumpang! Tapi yang naik kami bertujuh je la campur dengan pemandu bot 3 orang yang merangkap sebagai tukang masak sekali hehehe. Ha gile tak mewah macam tu? Satu bot tu kami yang punya! Sukahati korang la nak tonggang tebalik dalam bot tu, siap ambik meja makan sorang satu (punya la tamak kan!).

Jeti penumpang.
Sayang pagi tu hujan pulak, tapi tak lebat sangat hanya sekadar rintik-rintik manja je. Tapi perjalanan harus diteruskan! Cuaca pon gloomy je, memang takde la langit biru hari tu. Ok sebenarnya semua urusan sewa bot, kami dah suruh minah kat hotel (receptionist) tu yang uruskan. Pada mulanya kami nak ambik bot yang kongsi dengan ramai-ramai penompang, harganya aku tak ingat pulak tapi agak murah la jugak berbanding sewa satu bot persendirian. Tapi setelah dicongak-congak pro and cons, dan menilai dari segi harga jugak maka kami bersepakat untuk ambil satu bot hanya untuk kami sahaja dengan harga 3.2 juta Dong (RM 484 / 7 orang) untuk 6 jam perjalan, so takde la mahal sangat kan.

Ni la keadaan dalam bot kami!
Cewah memasing dok pilih tempat sendiri.
Maka setelah urusan daftar nama dan ambil tiket, kami pon naik la bot VIP kami hehehe. Memang jakun habis la kan sebab tak pernah naik bot besar yang macam kami punya sendiri ni. Perjalanan di daerah Halong Bay pon bermula, dari jauh samar-samar dah nampak gugusan kepulauan batu kapur yang beratus-ratus ada di depan mata! Subhanallah memang cantik habis! Banyak jugak kami tengok cruise yang lain dengan pelbagai saiz yang sama-sama bergerak dengan kami. Ada yang lagi besar macam hotel pon ada! Siap ada veranda untuk breakfast depan bilik lagi tu! Entah berapa la diorang bayar untuk satu malam tu kan. Kami yang naik bot sendiri ni pon dah terasa mewah, inikan pulak bot yang lagi besar dari tu!

Ni pulak kapal-kapal cruise lain yang ada bersepah-sepah kat sini.
Deretan kekapal
Bahagian atas kapal kami!
Ada beberapa check point sebenarnya bot akan singgah (kalau rujuk pada tiket la). Antaranya singgah di Bai Chai Beach, Sung Sot Cave dan banyak lagi la (Boleh rujuk SINI ) tapi disebabkan kami ni malas nak mendaki-daki bukit dan malas nak bermandi manda dikala hujan renyai maka kami hanya singgah di Sung Sot Cave je. 

Menuju ke destinasiiiii~!
Dah macam hotel dah kapal ni.
Dalam perjalanan nak ke Sung Sot Cave ni, macam-macam bentuk pulau yang kami jumpa. sambil-sambil lalu celah-celah bukit tu, pemandu bot kami pon tunjukla kat kami batu bentuk kucing la, bentuk ayam bercium la, bentuk arnab la ... macam-macam ada! Hahaha maklumla lokasi penggambaran filem Hollywood katanya!

Batu bentuk kucing... nampak tak?
Yang ni pulak batu bentuk serigala katanya.
Ha yang tu nampak tak batu bentuk apa???

Katanya Kissing Chiken! Hehehehe
Pemandangan gugusan kepulauan di Halong Bay
Yang ni batu bentuk muncung apa tah.


Lepas tu bot kami sempat pulak singgah kat satu kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar! Modus operandi diorang adalah supaya bile diorang singgah kat situ, penumpang bot akan beli ikan-ikan kat situ untuk dimasak dan di makan atas bot! Haaaaaa bijak sungguh diorang tu. Bukan ada ikan je kat situ, sotong kurita dan sipot-sipot pon ada! Setelah termakan hasutan dan pujuk rayu, kami pon terbeli seekor ikan yang aku tak tau apa namanya kat situ! Ha hambek ko, kengkonon nak makan ikan masak stim atas bot katanya! Rasakan!

Kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar
Macam-macam hidupan laut ada di sini.
Sotong yang comel.
Inilah rupa ikan yang kami beli!
Sebuah lagi kapal yang macam hotel! Haluuuu (sambil lambai-lambai tangan kat pelancong asing atas kapal tu)

Kami singgah di Sung Sot Cave tengahari tu, nak masuk ke dalam gua kena mendaki sikit. Tak tinggi sangat pon, tapi penat jugak la. Hanya perlu tunjuk tiket je kat penjaga pintu masuk tu sebab all inclusive dalam pakej sewa bot. Kalau nak tau, gua kat sini lebih kurang macam gua yang kami pergi kat Guilin hari tu. Cuma yang kat Guilin tu dah terlampau komersil dan ada persembahan light and sound, yang kat Halong Bay ni cuma ada lampu-lampu sahaja. Memang cantik dalam gua tu sebab hasil dariapada biasan lampu pelbagai warna.

Keadaan di Bai Chai Beach
Kami tak singgah pon kat Bai Chai Beach ni sebab malas nak daki bukit tu.
Sung Sot Cave...kami datang!
Pasar terapong hehehe.
Inilah mereka!
Kat situ jugak ada jual cenderamata seperti FM, T-Shirt dan sebagainya tapi harganya agak mahal. So kalau agak-agak mampu nak beli korang beli la, aku memang tak mampu, maklumla dah berutang sana-sini kat negara orang ni ha hehehhee. 

Daki tangga dulu.
Cantik kan pemandangan kat sini.
Ramai orang masa ni.
Rombongan cik Kiah.
Mencari jalan pulang....
Stop posing dulu.
Antara cenderamata yang dijual.
Pemandangan dari atas gua.

Ok setelah lebih kurang 2 jam kami kat situ, kami balik semula ke bot yang dah siap-siap parking kat bahagian lain pulau (sebab jalan keluar gua tu adalah jalan lain). Perut pon masing masing dah lapar. Ingat tak kat ikan yang kami beli tadi? Ha masa tu baru kami suruh pemandu bot dan konco-konconya masak untuk kami,  tapi suruh stim aje jangan tambah lebih-lebih.. Bila tiba masa makan, ha macam-macam keluar dari dalam beg! Ada telur goreng, kicap Tamin, telur rebus, sambang kering udang dan kari Brahim! Terkejut pakcik bawak bot tu tengok tetiba banyak pulak lauk pauk atas meja! Ha rasakan, jangan ingat kami mampu beli ikan je tau.. Kiranya makan tengahari tu agak mewah jugak la setelah hampir seminggu lebih diorang tak makan mewah kekeke.


Lepas makan, kami semua duduk-duduk saja berehat menyaksikan pemandangan memukau. Tak tau dah nak buat apa, maklumla duduk 6 jam atas bot katanya. Sampai boleh tertidor-tidor la jugak. Kami sampai semula ke darat lebih kurang pukul 4 petang.

Selamat makan semua!
Ni la rupanya ikan yang kami beli tadi.
Petang tu jugak kami akan bertolak ke Hanoi City. Kami telah menyewa sebuah mini van untuk ke Hanoi City dengan bayaran 430,000 Dong (RM 65.00) sebab nak bawak barang yang sangat banyak memang susah kalo naik bas hahaha. Perjalanan ke Hanoi pon satu hal punya lama jugak!

Motif letak gambar ni...aku pon tatau. Kbai!
Satu yang menarik aku perasan pasal peraturan had laju kenderaan kat Vietnam / Hanoi ni, dia ikut jenis kenderaan! Untuk kereta lain hadlaju nya , untuk bas pulak lain, untuk motorsikal pon lain. Makin kecik kenderaan dia makin perlahan diorang kene bawak..hahaha sebab tu perjalanan dekat boleh jadi jauh .

OK nanti aku sambung kisah di Hanoi City ye.

Bersambung....

WASSALAM.

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/0F97E5EB-6214-4C65-BA64-970B89C9D51F/Documents/Blogger)
Nuffnang Ads