2013-07-31

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!

Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.

Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-ulam kampung seperti peria rebus, kacang panjang dan lobak merah, air teh o tanpa gula dan air suam semuanya diberi percuma. Jadi untuk para penggemar sambal, aku sangat rekomen restoran ni.

Rumah Makan Cibiuk, Kajang
Rumah Makan Cibiuk banyak terdapat di Bandung, Indonesia dan sebenarnya nama Cibiuk tu adalah nama salah satu bangsa / kaum yang terdapat di jawa Barat. So bila dah ada cawangannya di Malaysia ni, rasa macam best la jugak sebab dapat la merasa masakan yang dikatakan sedap tu.
SEJARAH SAMBEL CIBIUK: Sunan Haruman adalah sebutan atau gelar untuk Syekh Jafar Sidik, penyebar dan pengajar Islam di utara Garut, pada abad 18, disebut juga embah wali, karena kedudukannya sejajar dengan para wali penyebar agama Islam lainnya, baik di Jawa Barat maupun pulau Jawa. Disebut Sunan Haruman, karena makamnya terletak di sebuah bukit kecil di lembah Gunung Haruman. Masuk wilayah administratif Desa Cipareuan, Kecamatan Cibiuk, Kab. Garut. Embah Wali Jafar Sidik hidup sejaman dengan Syekh Abdul Muhyi, Pamijahan, Kab. Tasikmalaya. Bahkan konon “saguru saelmu”. Salah satu warisan paling Fenomenal dari Wali Jafar Sidik adalah “Sambel” (sambal).Pembuat pertama “Sambel Cibiuk” adalah salah seorang putri dari Wali Jafar Sidik yaitu Eyang Fatimah, resepnya dari dakwah agama Embah Wali, yang mengutip ayat Quran, S.Al-Maidah 2, berbunyi ta-awanu alal birri wat taqwa. yang artinya Bekerjasamalah dalam kebajikan dan taqwa. Oleh Eyang Fatimah diimplementasikan dalam wujud “sambel”. Sebab “sambel” merupkan salah satu kerja sama dalam kebajikan. Cabai rawit, terasi, bawang, tomat, gula, kemangi, dan bumbu lain, disatupadukan (kerjasama) hingga menimbulkan kenikmatan. Kenikmatan makan dengan “sambel” inilah yang berujung kepada taqwa. Sambel Cibiuk serupakan salah satu sambel Khas orang Cibiuk dan memiliki ciri yang unik dan sangat berbeda dari jenis sambel pada umumnya, baik warna, bahan baku, dan cara membuat maupun penyajiannya. Meskipun rasanya pedas tetapi tidak meninggalkan panas di mulut, semakin pedas rasanya semakin nikmat untuk dicoel”.Oleh sebab itu rasa Sambal Cibiuk-pun lain daripada yang lain. Kelezatan Sambel Cibiuk memang cukup legendaris. Karena itu, jika orang berkunjung ke Cibiuk, belum lengkap rasanya jika tak mencicipi sambalnya.- sumber Google.
So bulan-bulan puasa ni,  memang fullhouse je tempat makan tu, sebab tu kami mengambil inisatif untuk booking awal, maksudnya melalui telefon. Dan pesanan makanan pulak dibuat sebelum jam 5.00 petang. Kalau nak order makanan tu boleh refer kat website RM Cibiuk ni di  http://cibiukmalaysia.blogspot.com/. Lupe pulak nak bagitau lokasi RM Cibiuk ni, boleh rujuk alamat di bawah:-

No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 
43000 KAJANG, SELANGOR 
(Berhampiran Seksyen 7, Bangi bersebelahan Lebuhraya SILK (lepas Tol Kajang)
Tel: 03-87415000 / HP: Pn Yasmin 012-4570061 atau 012-3617348

Ketik gambar untuk tumbesaran.
Suasana dalam restoran waktu petang sebelum berbuka puasa.
Menu pelbagai masakan Sunda. 
Aku dah pernah datang 2 kali kat RM Cibiuk ni, dan telah cuba dua jenis set makanan iaitu Nasi Paket Ayam Bakar Cobek dan Nasi Bakar Pulen Komplit. Seriously dua-dua memang TERBAIK bagi aku. Harga pon berpatutan sebab dalam satu set tu, macam-macam ada termasuklah ulam-ulaman, tempe goreng, ikan sepat masin, ayam bakar, tauhu goreng dan sayur lodeh. Ingat nanti kalau datang lagi nak cuba menu yang lain pulak.

Ruangan ulam dan sambal cibiuk percuma
Pelbagai Sambal Cibiuk yang disediakan percuma
Antara ulam dan kurma yang disediakan percuma.
Sambal-sambal percuma pelbagai jenis
Jus Alpukat (Avocado) terbaik
Nasi Bakar Pulen Komplit
Nasi Bakar Cibiuk
Nasi Paket Ayam Bakar Cobek
Alhamdulillah, surau pon ada disediakan di tingkat atas bangunan kedai ini. So tak susah la kalau nak beribadah terutamanya solat maghrib selepas berbuka puasa. Cuma apa yang terkilan sikit, sambal-sambal free yang dia bagi tu tak di top-up, maksudnya kalau dah habis, kira tak merasa la. Harap-harap lepas ni pihak restoran ni boleh la pertimbangkan untuk bubuh banyak sikit sambal-sambal free tu yer. Overall, aku bagi 4 bintang untuk RM Cibiuk

Menu yang ada:


Harap-harap lepas ni ada la orang bawak aku datang sini lagi! hehehe.

WASSALAM.

2013-07-22

Pengalaman Singkat Di Cameron Highlands (Part 2): Sungai Palas Tea Plantation (Boh) and The Time Tunnel

Assalammualaikum!!!


OK dah puas mengeluarkan peluh mendaki Gunung Brinchang dan melawat Mossy Forest, kami pon turun dan singgah di Sungai Palas Tea Plantation, kalau tak kenal nama Sungai Palas ni, kita panggil je ladang Teh Boh... Ha kenal tak? Teh Boh kan femes, kalau tak kenal jugak tak tahu la.Sebenarnya aku baru je dua kali pegi Sungai Palas ni, selalunya mesti singgah Bharat Tea Plantation yang kat tepi-tepi jalan tu. Memandangkan nak masuk ke tempat Teh Boh ni agak ke dalam sikit, so mungkin sebab tu tak selalu singgah kot.

Sila perhatikan signboard betol-betol yer.

Dah sampai tu, parking kereta (alhamdulillah parking kereta free disediakan) dan terpaksa menapak dalam 300 meter menuju ke pusat sosial dan kilang teh tu. Jenuh jugak la masa menapak tu sebab kena mendaki tangga yang agak tinggi. Sambil-sambil tu dapat la lalu tepi-tepi pokok teh sambil ambik-ambik gambar... suka sangat la si John tu sebab tak pernah bergambar celah-celah pokok teh katanya.

Jom mendaki.
Laluan ke kilang.
Tu diaaa retis nak bergambar di celah-celah daun teh.
Naik tangga juga.
Masa tu dah dekat pukul 10 pagi rasanya... kami pon lepak la kat cafe di lereng bukit. Nak merasa breakfast di tepi ladang teh pulak. Sambil makan scones dan minum teh! Aleh-aleh nasik lemak jugak yang dibelinya! Hahah dasar tekak orang Melayu. Harga kat cafe ni agak mahal yer, sebungkus nasik lemak tu dah dekat 4 ringgit dah, lepas tu beli la ntah apa-apa kek yang ada kat situ, sebab takut lapar dikemudian hari. Di tambah pulak dengan bekalan Kapkek Tansree Coco yang sedap tu, memang rasa macam bersarapan pagi di pinggir gunung Everest! Hahaha over.

Sampai juga.
Ok cer layan je gambar-gambar yang ada. Nak makan nasik lemak tu jap.

Tansree Coco sedang meninjau kawasan lepak terbaik.
Sementelaah kami beratur beli nasik lemak.
Sambil-sambil tengok kek dan tart.
Dan juga tengok je kat sardin puff tu.
Kemain ramai umat manusia pagi tu. 
Juadah sarapan pagi kami... eh jap, mana kapkek Tansree Coco????
Ha gambar ni ada gambar Kapkek Tansree Coco.
Layan pemandangan ladang teh nan menghijau.
Dah habis makan dan bergambar, kami sakuk sekejap ke dalam kilang pemprosesan teh. Kira ok la, dalam kilang tu dah siap ruangan untuk para pengunjung tengok proses-prosesnya dari memetik teh, memamnggang, mengisar dan sampailah ke bungkusan semua ada sebelum di hantar ke tempat lain. 

Lawat kilang teh pulak.
The Time Tunnel, Cameron Highlands

Destinasi seterusnya yang kami tuju adalah the Time Tunnel. Ha tempat ni memang aku tak pernah pergi. Kalau tau pon sebab lalu lalang depan tempat ni je tanpa singgah. So kami ambil keputusan untuk singgah di Time Tunnel ni untuk tengok apa yang ada dalam ni. Sebenarnya Time Tunnel ni merupakan sebuah muzium yang menghimpunkan barang-barang lama sejak dari zaman sebelum merdeka sampai la ke zaman selepas merdeka. Senang je nak pergi tempat ni, kalau lalu lalang dari Tanah Rata ke Brinchang tu, boleh je nampak kat tepi jalan. 

Harga tiket adalah RM 5 sekepala.
Harga tiket masuk adalah RM 5 seorang, tak mahal mana pun. Dan pengembaraan masa pun bermula la. Masuk-masuk je aku dah kagum sebab tengok barang-barang antik kat dalam tu. Memamng banyak nostalgia la kat dalam tu, korang boleh tengok barang-barang yang korang main masa kecik-kecik dulu.... tin-tin biskut yang dah wujud pon ada, sejarah ubat gigi Darkie kepada Darlie, semua ada lah... peralatan alat tulis masa sekolah rendah dulu pon ada.. pendek kata memang sangat mengimbau sejarah dedulu. Aku suka gila dengan tempat ni. Kalau tak percaya, korang singgah la kat Time Tunnel ni kalau ke Cameron Highlands, tak rugi pon.

Gigih tak mereka?
Baju baby zaman dedulu.
Lepas habis pusing-pusing dalam Time Tunnel tu, kami pon bergerak balik ke Kuala Lumpur. Sebab tu namanya lawatan ni lawatan singkat je, sekadar nak amek pengalaman berada di Cameron Highlands. Lagipon nak merasa udara sejuk kat negara sendiri kan, walaupun Cameron Highlands tu dah tak berapa nak sejuk. 


Ok la, habis dah entry Cameron Highlands ni. 

WASSALAM.