2013-08-31

Selamat Hari Merdeka Ke 56 : Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Assalammualaikum!

Salam Kemerdekaan ke 56 buat Malaysia! Entry ni tribute untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Kalau nak tahu, aku ni memang jenis yang patriotik sikit. Kekadang tu mudah tacing bile dengar lagu-lagu patriotik yang best-best (yang best-best aje tau). 

Untuk pertama kalinya seumur hidup aku telah terjebak untuk join menyaksikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 56 di Dataran Merdeka! Kalau sebelum-sebelum ni hanya tengok kat TV je, tapi akhirnya tahun ni dapat jugak merasa bersesak-sesak dengan orang ramai di Dataran Merdeka tu.

Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Aku, Henry Fox (Kaki Berangan - huh Henry Fox la sangat!) dan MasMZ (Kaki Jalan) masing-masing bergerak dari berlainan arah menuju ke Dataran Merdeka. Aku dan HF tiba di Dataran Merdeka lebih kurang jam 7.00 pagi. Ha gigih tau bangun subuh buta naik LRT bagai menuju ke Dataran Merdeka! Demi negara katanya. Pagi-pagi tu kelihata orang dah ramai giler kat tengah padang Dataran Merdeka tu. Kebanyakan peserta yang akan terlibat dengan persembahan Hari Kemerdekaan dah sedia berbaris di tengah padang. Kagum aku, entah pukul berapa diorang ada kat situ. Kalau tak silap aku para peserta persembahan semuanya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah sekitar KL dan Putrajaya, Institut Pendidikan, Felda dan INTAN. Yang lain tu kurang pasti pulak. 

Pentas utama.
Aku dan HF pon gigih la cari port baik punya, sampai la ke depan stage VVIP! Syukur la merasa jugak duduk depan stage VVIP tu walaupun tersepit-sepit dengan kumpulan media dengan kemera gedabak masing-masing. Apa yang penting, boleh la nampak tetamu-tetamu VVIP sampai, dan persembahan-persembahan yang akan dijalankan.

Tu diaaaa human billboard katanya.
Ish mesti panas kan bebudak ni pakai baju macam ni.
Diorang ni tengah standby tunggu Agong
Para pembacar Ikrar Rukun Negara
Tepak jam 8.00 pagi, YMM Agong pon tiba. Masa tu pun bermulalah persembahan hari kemerdekaan. Macam biasa la ada nyanyian lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang, dan banyak lagi lagu patriotik yang lain. Masa tengah nyanyi-nyanyi sambil tengok persembahan budak-budak tu tetiba rasa tacing pulak. Sebab tak sangka semua tu boleh berlaku depan mata ... tetiba rasa sayang sangat kat Malaysia kekeke. #drama.

Tun M, my idol! Hehehe
Tun Siti Hasmah , idolaku jua hehhee.
Ni adalah penyanyi Roy, yang popular dengan lagu-lagu patriotik tu....
Perarakan perbarisan Angkatan Tentera menunggu ketibaan Agong
Standby.
Ketibaan PM.
Tudia, Kak Ros dan Abang Jib tengah tunggu Agong tiba.
Heli pon ada juga.
Our beloved King and Queen. Manis je queen kita ni bertudung kan..
Ok la, jom layan gambar-gambar yang tak seberapa aku ambik ni. Kami bergerak nak balik lebih kurang jam 10.00 pagi. Masa tu baru dapat jupa MasMZ sebab dia duduk kat port lain, sebab dia datang lambat heheh.





Kereta berhias dari CIMB
Pasukan BOMBA
Kereta berhias TM.
Kami !
Ramai kan rakyat Malaysia! heheh
Ok layankan aje...

WASSALAM.



2013-08-27

Sesi Photoshoot Di Hari Raya || Episode Akhir

Assalammualaikum! 

Bersua lagi kita di saki baki bulan Syawal yang mulia ni. Mesti semua bizi pergi open house kan. Maklumla masing-masing malas nak masak dan mengharapkan jemputan open house kengkawan (aku le tu hahaha). Sebenarnya tak habis-habis lagi nak cerita pasal hari raya ni. Hari tu pepagi buta (takde la buta sangat pon dalam lebih kurang pukul 8.00 macam tu) kami semua , yakni #travelholicawesome ada sesi videography untuk bakal penganten @MasZuber dan @DanArif untuk ditayangkan sempena majlis persandengan diorang nanti. Kiranya ni special gift daripada #travelholicawesome untuk diorang la. Tapi Video tu sang penganten sendiri yang buat kekeke.

Hi, nama saya Aqilah! :)
Saya eksaited jumpe kengkawan saya, semua dah besar dan boleh bagi duit raya kat saya!
Lokasi penggambaran adalah di wilayah jajahan aku yankni di Putrajaya. Lebih tepat di Taman Saujana Hijau, Presint 11. Sebenarnya taman tu tak ramai sangat yang perasan lokasinya sebab tak ada proper signboard kat situ. Kena banyak kali riki baru boleh jumpa, tapi kalau sesiapa nak pergi boleh Google atau Waze aje, kata kan zaman teknologi! Kompom jumpa punya tempat tu, hanya orang yang buta IT je tak jumpe ops.

Ok seawal 8.00 pagi Tansree Coco Ruhana Ash dah tercongok kat taman tu sementelaah yang lain-lain masih sibuk berdandan di depan cermin bersiap. Gigih kan, dah la datang bawak set catering semua, tea set english style lagi! Nasib baik ada bawak makanan sedap-sedap sekali kalau tak, terpaksa kutuk kekeke.

Secara lengkapnya, semua yang menjanjikan kehadiran, telah hadir pada jam 9.00 pagi. Maka sesi sarapan pagi ala-ala picnic di atas seperah bercorak dedaun hijau pon bermula. Kengkononnya english style la sangat tapi makan nasik lemak. Kalau dah tekak Melayu kan namanya, masakan boleh lari dari kebiasaan. kekeke.

Kita makan dulu!
Lokasi penggambaran.
So bila dah siap makan, maka sesi penggambaran pon bermula. Seperti biasa, aku dok tengok je lebih dari ambik gambar sebab dah ramai sangat dah photographer nya. Layan je la tengok peel masing-masing yang pelbagai gaya katanya. Ada yang berpeluh membasahi bumi, ada yang bersujud menongkah tanah, ada yang bertenggong menggoncang bumi, pendek kata semua gaya adalah.

Tu dia sesi lakonan terbaik! Mak Esah jadi photographer.
Tu dia macam-macam gaya ada,
Dah habis sesi berdialog semua, maka kami pon buatla sesi bergambar ala-ala keluarga bahagia. Bukan senang nak berkumpul reramai macam ni kan (walaupun tak semua yang dapat hadir). Tapi almost 80% daripada group kami yang hadir pon dah cukup baik.

Apa? 
Jom makan kek pelangi dulu!
Siapa sangka kan, kami kenal hanya melalui alam maya.... sampai boleh jadi rapat seperti satu keluarga. Itu adalah bonus bagi aku. Walau memasing ada perangai tertentu, tapi kami tahu macamana nak bezakan mana satu jokes, mana satu nasihat , mana satu kritikan dan mana satu amaran. Dan yang penting semua tu tak di simpan dalam hati, takde nak sentap-sentap. Sebab tu la aku kata kami dah macam satu keluarga.One big family. Hehehe. 

Amacam, ada serupa macam foto keluarga bahagia tak? kekeke.
Dari Kiri Atas: Dan Arif, MasZuber, Janggel, Aqilah, Henry Fox, Cawan, Shahrul, Biqque (a.k.a. Mak Esah)
Dari Kiri Bawah: MasMZ, Na, Tansree Paduka Anash, Byya
Ok lah, rasanya sampai sini je entry raya aku untuk tahun ni. Banyak sangat pulak entry raya hehehe. Lepas ni aku cerita pasal lain pulak la. 

WASSALAM.

2013-08-22

Kisah Hari Raya - Kerja Demi Sesuap Nasi: Dari Kuala Lumpur ke Lekir, Singgah Sebentar Di Pekan Ipoh

Assalammualaikum!

Wah tajuk pon dah macam tulis satu perenggan entry kan.Ya mood raya masih menebal sehingga nak mengapdet entry di blog pon malas. Jadi terpaksalah cerita pasal raya lagi untuk kali ini. Taknak baca takpe, pi main jauh-jauh (sambil peluk balang kuih raya).

Nak dijadikan cerita, minggu lepas, yakni seminggu selepas raya aku, masMZ dan HD (diorang tu dari Geng Ungu) meneruskan misi mencari sesuap nasik di Perak. Lebih tepat lagi di Lekir, Perak. Sebenarnya pergi menziarah orang kawen, tolong tepek-tepek mekap, suruh penganten pose sana-sini dan sebagainya. Sebenarnya jugak, aku tak berapa gemor la kenduri kawen time-time raya ni. Bukan apa, kacau mood beraya sebenarnya (bagi aku la) sebab orang sibuk nak jalan sana sini beraya, pengantin dan keluarga terpaksa pulak sibuk-sibuk buat persiapan nak kawen kan.

Gambar dalam keter yang bernama WAHYU, bau kedai pualk tu.
Pagi Jumaat tu terus gerak ke Lekir, cari-cari port menarik dulu untuk buat shooting outdoor! Katanya kat Lekir kan, manala aku tau ada tempat menarik ke tak kat situ. Riki-punya riki terlalu la depan satu tanah perkuburan ni, fuyoooo tertiba terpana tengok kawasan tu macam cantek je ada pokok nan sebatang dikelilingi dedaunan lalang kat situ. Ok sepakat kami bertiga kata akan buat shooting outdoor kat situ heheh. 
Salah satu tempat diriki.. Pantai di Marina Island.
Acara menikah penganten bermula sebelah petang, lepas solat Jumaat. Memula tu nebes la jugak, sebab dah lama tak menembak. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak sempat pon nak jamah makanan kat umah penganten, sebab kejar masa. Dah tamat majlis nikah barulah culik penganten bawak pergi kawasan tanah perkuburan tadi. Ish ngam-ngam pulak masa tu cuaca elok, memang bersyukur sangat la kan. 

Lokasi shooting petang tu.
Hasil shooting petang tu.
Aksi wajib.
Dah selesai shooting, kami balik semula ke Ipoh. Malam tu memang melepek habis la.... sebab penat katanya tapi sempat jugak lepak kat Dataran MBI, Ipoh sambil makan satey. Lama dah tak lepak kat dataran tu, memang dah lain sangat dah dulu dengan sekarang. Tapi satu je nak bagitau, satey kat situ MAHAL. Tak payah beli kat situ, ada satu lagi port satey yang sedap dan agak murah, yakni di Medan Gopeng, bersebelahan dengan gerai jual beger bakar. Terbaik! (eh tercerita pasal makanan pulak)

Keesokan harinya, kami bersarapan di Medan Selera Dato' Sagor. Kat mana lokasinya? Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri je. Apa yang special kat situ? Untuk pertama kalinya aku makan Roti Telur Goyang! Ha tak caya? Cer tengok dalam gambar tu, memang nampak je pon dah tempting, rasa pon sedap. So kalau sempat singgah kat Medan Selera Dato' Sagor tu silalah rasa Roti Telur Goyang tu... Terbaik!

Lepas sarapan, kami pecut semula ke Lekir. Masa tu pon dah pukul 11.00 lebih dah. Pengantin pulak dah gigil-gigil tunggu kami tak sampai-sampai. Acara bersanding mula pukul 12.45 tengahari. Kami pun kalut jugak sebenarnya sebab jalan yang kami lalu tu agak jauh dari jalan biasa. Alhamdulillah sempat smpai rumah penganten pukul 12.30 tengahari dan terus buat kerja dengan tekun sampai ke petang.

Ada satu lagi tempat menarik tapi bukan di Lekir, tapi di Sitiawan. Ada satu tempat tu namanya Taman Paya Bakau terletak di tepi jalan simpang Sitiawan nak ke Lumut. Kalau sesiapa perasan tempat tu, boleh singgah kat situ, tapi awas... tempat tu banyak monyet, dan monyet tu pantang nampak makanan, kompom kene serang kalau korang tak bagi kat mereka. Hehehe (ada sejarah hitam kat situ).

Taman Paya Bakau, Sitiawan.
Sebelah malam pulak, kami lepak di Kinta Waterfront! Sumpah, aku tak pernah tahu wujudnya tempat tu kat Ipoh! Memang tempat ni pon agak baru jugak la, ada muzium bijih timah, ada deretan pokok-pokok berlampu macam kat I-City Shah Alam tu, dan disepanjang Sungai Kinta tu ada la banyak kedai-kedai makan dan menjual cenderamata. Tempat ni boleh dikatakan spot baru untuk pelancong yang datang ke Ipoh la. Kalau dijaga betul-betul boleh gamit lebih ramai pengunjung.

Aksi Wajib lagi.
Aksi raya entah ape-apa entah.
Gambar promosi pakaian Raya.
Ok la, tu je update dari aku kali ni. (macam hape je kan...huuuhuhuhu). Nanti la, aku cerita benda yang lebih menarik kalau ada.

Psttt: Gambar-gambar lain boleh tengok kat FB- TheStyliss Photography yer. :)

WASSALAM.


2013-08-14

Entry Hari Raya Aidil Fitri 2013 Di Hari Pertama Sahaja

Assalammualaikum!

Adoi lamanya tak berapdet kan.. maklumla busy dengan Hari Raya! Macamana sambutan hari raya korang semua? Mestilah meriah ye tak? Dengar cerita ada yang baru dapat coti pada hari raya ke -7? Hahahaha terpaksa gelak sebab raya ke 7 kot??? Nak beraya dengan sape tu? kekeke.

Ok just a quick update pasal hari raya aku tahun ni. Kiranya tahun ni agak sakan jugak la beraya walaupun tak berapa nak meriah sangat sebab ramai sedara-mara yang tak dapat cuti dan ada yang balik ke kampung mertua masing-masing. Tema raya keluarga aku tahun ni adala "Kelabu DiHati". Huh dengar tajuk tema je pun dah tempting kan nak tahu? Warna Kelabu la, ada ke yang tak tahu kelabu tu macamana? Kalau tak tahu sila Google.

Macam biasa, sehari sebelum raya mesti balik ke kampung embah (orang Jawa panggil nenek / opah tu adalah embah) di Selangor. Sempat la singgah beli lemang kat tepi jalan di Teluk Anson sebab nak memanggang lemang sendiri memang tak mampu. Dan macam biasa jugak, berbuka puasa dengan segerombolan sedara mara di bawah rumah adalah satu kemestian di hari terakhir puasa.

Juadah berbuka seumpama buffet dinner di hotel meriahnya.
Esoknya, masing-masing melaram dengan tema 'Kelabu DiHati' tadi. Macam biasa juga, lepas solat sunat Aidil Fitri, duduk berkompol bawah rumah, baca tahlil untuk arwah atok dan sedara mara yang dah meninggal dunia. Lepas itu acara air mata, bersalam-salaman dengan semua orang dan acara memberi duit raya kepada bebudak sahaja.

Cer cari dimanakah daku??? Eh ada pulak yang sesat pakai kaler Pink? Hahahaa
Jemput melantak ye semua!
Bila dah selesai semua di atas tu, barulah kami semua ber'baraan' (berkonvoi kata omputeh) beramai-ramai menziarahi rumah sedara mara terdekat. Seronok sangat masa ni sebab perangai sengai sekor-sekor dah keluar.


Baraan di Kg Sg. Limau :)

Haaaa tu je la kisah raya pertama di kampung... aku coti pon 7 hari jerrrrr (jer tu tak bleh blah). Hari ni dah start masuk kerja balik sampai esok. lepastu hari Jumaat ni aku sambong cuti raya lagi!!! Yess sila jeles ye semua. 

Ok lah, tu saja kisah raya aku tahun ni... kira qado raya tahun lepas le sebab takde kat sini kan... 

Tajuk Album: Nganga Luas-Luas.

Ucapan Selamat Hari Raya daripada Cucu Embah yang Sengals.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITR
Pssttt: Rindu pulak beraya dengan Kak Mah, Pak Agus dan Ajeng di Tsukuba last year... ish sangat sweet memory itu.... :)

WASSALAM

2013-08-05

Entry Pra-Raya: Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013 - Maaf Zahir & Batin

Assalammualaikum!

Pejam celik...pejam celik dah nak habis dah Ramadhan 2013 ni kan! So mesti ramai yang dah bercoti raya, balik kampung, masak lemang.. rendang bagai. Bagi yang masih bekerja tu, pura-pura la buat kerja walau hati dah melayang-layang tah ke mana.

Abaikan kerut di dahi kerna berfikir dimanakah puteri bunian saya.
Ok di kesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang megenali diri ini dan kepada sesiapa yang singgah dan baca blog yang tak seberapa ni. Maaf sekiranya ada yang terasa dengan gaya penulisan saya dalam blog ni dan insyaAllah saya akan terus memperbaiki kelemahan dari segi penyampaian cerita dan sebagainya.

Kepada yang selalu singgah kat belog ni, terima kasih daun keladi... duit raya tak dapat lagi. Semoga sentiasa setia membaca hasil penulisan saya yang tak berapa best ni. Yang baik jadikanlah teladan dan yang buruk tu buat-buat tak nampak je la ye.

Akhir kata, kepada yang nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Kuih raya berbalang-balang, jangan lupa dibawa pulang! (ewah macam pantun 2 kerat pulak).

Salam Lebaran daripada saya si Janggeltrekker.

Psstt: Mak aku cakap baju raya tahun ni tak sempat siap sebab tailor demam... pasrah.

WASSALAM.