2013-10-31

2013-10-25

This Is My Story : Makati and Metro Manila || Rizal's Park and Intramuros (Part 5)

Assalammualaikum! 

OK kena sambung cepat-cepat entry Manila ni... nanti ketinggalan keretapi pulak. Amacam Raya Haji? banyak ke korban lembu dan kambing? Tahun ni aku tak sempat lagi nak merasi waima sepotong daging kurban pon... takde rezeki. Pasrah.


Di hari ketiga, cadangan awal kami nak pergi ke Air Terjun Pagsanjan yang lokasinya lebih kurang sama jauh dengan Tagaytay, cuma ia perlu lebih banyak menaiki bot untuk menyeberangi tasik yang sangat luas. Tapi apakan daya, memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan, pepagi buta dah start hujan lebat maka hari tu kami nekad untuk meneruskan perjalanan menuju ke Rizal Park dan kawasan sekitarnya sahaja. 

Plan kami hari tu adalah untuk menaiki bas Hop On Hop Off (HO-HO). Jadi mengikut maklumat yang diperolehi daripada penjaga hostel, bas Hop On Hop Off akan start daripada stesen bas berhampiran dengan hostel. Jadi kami kena berjalan sikit ke stesen bas yang terletak lebih kurang 300 meter kot dari hostel. Tunggu punya tunggu bas HO-HO tak jugak muncul-muncul. Setengah jam lebih jugak la kami tunggu, yang ada lalu kat situ cuma bas-bas lain yang pergi ke destinasi-destinasi lain. Masa tu pulak tetibe je hujan lebat turun balik selepas reda beberapa minit. Kami pun ambik keputusan untuk pergi ke Market-Market (tambang bas ke Market-Market adalah PHP 12 / orang). Apa ke benda Market-Market tu? Mula-mula ingatkan Market-Market tu tempat macam pasar jual macam-macam barang la, sebab tu macam teruja nak pergi.(Takde la pulak buat research kat internet kan) tapi bila dah sampai kat situ, baru tau rupanya Market-Market ni adalah shopping mall. Katanya kat situ banyak la kedai makan. So memandangkan kami pon tak de la teringin sangat nak jalan-jalan kat shopping mall pagi tu, jadi kami ambik teksi (sebab dah malas nak tunggu bas) menuju ke Ayala Station. Misi kami adalah untuk ke Hard Rock Cafe untuk beli barang hasil kiriman orang kat situ. Tambang teksi dari Market-Market ke Ayala Station adalah PHP 100.

OK HRC Makati terletak di dalam bangunan Glorieta Mall (GM) yang terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Ayala. Glorieta Mall ni pulak bukan main besar dan berbelit-belit lorong kat dalam dia. So agak tricky jugak nak cari HRC. Rasanya kalau cari ikut luar mall lagi senang kot sebab HRC terletak di sebelah luar GM ni. Sebenarnya ada dua HRC dalam GM satu di ground floor yakni merupakan HR Shop dan satu lagi di tingkat tiga GM yakni HR Cafe + Shop. So bolehlah pilih mana-mana yang korang suka nak pergi. Masa ni hujan bukan main lebat la jugak. Memang dalam hati tu dah dup-dap dup-dap neves macamana nak meneruskan perjalanan.

HRC Makati terletak di Bangunan Glorieta Mall.
Dah settle urusan di HRC kami tak pusing-pusing pon dalam GM tu... sebab nak rushing naik MRT semula ke stesen Taft Ave. Tambang MRT dari stesen Ayala menuju ke Taft Ave adalah PHP 10/ orang. Daripada stesen Taft Ave, kami tukar pula ke stesen LRT EDSA. Dari stesen EDSA kami akan turun di stesen United Nation (UN) dengan harga tambang PHP 15 / orang. Walaupun hujan lebat , orang memang sangat ramai dalam tren... memang dah macam sardin la jugak. Tapi betul la apa yang aku baca dalam salah satu blog, penulisnya orang Indonesia. Dia kata dalam blognya yang orang Filipina ni wangi-wangi. Walau bersesak-sesak dalam tren pon, semuanya bau sabun! Ye memang betul! Diorang semua wangi-wangi dan bau sabun! Hahahah mula-mula baca blog tu memang agak kelakar la tapi bila dah mengalaminya sendiri, memang betol apa yang dia tulis. 

Kami turun di UN Station, memang takda petanda yang hujan lebat akan reda. Hadoi, camana la kami nak berjalan-jalan ni. So kami pon redah je la dalam hujan tu menuju ke Rizal's Park yang terletak lebih kurang 100 meter je dari UN station. Sampai je ke kawasan Rizal's Park tu, memang becak habis la... kami singgah di Ministry Of Tourism diorang yang terletak dalam kawasan taman tu. Menurut pak guard kat situ, kebanyakan muzium kat situ tutup sebab hari tu hari ahad, dan ada yang sedang dalam renovation. Adoi...melepas la nak melawat muzium. Hahaha takpe la pasrah, kami jalan-jalan je la dalam hujan. Masa ni kemere pon simpan dalam beg je, tak ada nafsu nak amek gambar.


Kami duduk berteduh sekejap kat salah sebuah cafe yang ada kat dalam kawasan taman tu. Kengkononnya nak tunggu hujan berhenti la. Tapi makin lama makin lebat pulak hujan tu. So kami ambil keputusan untuk balik semula ke Glorieta Mall dan lepak kat sana je sambil mencari makanan dan minuman panas. Hmm hampa di hari ke tiga.

Yang tiga orang duduk kat depan ni adalah tukang ambik gambar, diorang akan proposed kita untuk ambik gambar dan kemudian akan siap print pulak tu. Harga aku tak tanya. 
Hujan...
Walaupun hujan, tapi keadaan kat sini tetap sibuk.

Di GM, kami lepak kat Mc Cafe sambil makan kek dan minum air panas.. Hahahah fefiling local sangat kan! Sambil layan Wifi Free. Tetiba terjumpa pulak dengan seorang kakak ni yang lepak dengan anaknya kat Mc Cafe. Mungkin sebab dia perasan yang ada wanita bertudung jugak kat situ so kami pon bertegur sapa la. Rupanya akak tu dah 8 bulan tinggal kat Manila sebab mengikut suami yang bekerja di Shell (kot). So dia pon bagitau la kat mana ada restoran halal, mana nak cari makanan halal semua la. Hahah dapat la jugak tips kat mana nak cari nasik.

Dapat jugak la pekena mocha sesedut dua hehe..
Lawa pulak baju hujan Pak Guard kat Shopping Mall ni.
Lama jugak kami lepak kat Mc cafe tu, sampai ke sudah hujan tak berhenti. So datang la idea petang tu kengkonon nak dinner nasik. Menurut akak tu ada satu kedai muslim di Greenbelt Park berdekatan dengan GM. So kami pon jalan kaki menuju ke Greenbelt Park. Sebenarnya Greenbelt Park ni lebih kurang macam kawasan shopping mall untuk golongan elit la jugak (lebih kurang macam The Curve, Pavilion macam tu). Masuk dalam Greenbelt Park tu kami pon cari la satu restoran muslim ni, namanya GILAK By Hossen (nama pon pelik). Sebenarnya restoran ni lebih kurang macam fine dining restaurant la, tapi harga pon takde la mahal sangat. Disebabkan nak sangat makan nasik, maka redah je la makan kat restoran ni. Fuh memang heven habis, hujan-hujan makan pulak nasik goreng, memang terbaik la. Lama jugak la kami lepak makan kat situ. Aku pesan Nasi Goreng Ala Malaysia dengan harga PHP 475. Ha hambek ko nak sangat makan nasik kan, tapi puas hati sebab portion nasik tu sangat besar, boleh 2 orang makan tau!.

Lokasi Greenbelt Park dari GM.
Ni la restoran Gilak By Hossein tu.
Makanan kat sini, boleh tahan sedap jugak ler walau aku hanya makan nasik goreng. Mungkin sebab dah lapo sangat kot.
Keadaan dalam restoran
Ni la rupernya nasik goreng tu.
Dah selesai makan, kami ambik teksi dan balik semula ke hostel. Macam tu je kisah hari ketiga kami. Tak pegi mana sangat pon sebab hujan dan hanya lepak-lepak di shopping mall dan cari makan.

HARI KE EMPAT (Isnin)

Ok disebabkan tersangatlah kecewa dengan hari semalam, maka hari ni nekad untuk meneruskan jugak Misi Mencari Rizal yang masih tak jumpa-jumpa tu. So seawal pagi kami dah bersiap (sambil tenung hujan lebat di luar jendela), gigih tulis postcard kepada peminat-peminat di tanah air sambil tunggu hujan reda. Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke stesen MRT Buendia. (Itu je stesen MRT yang dekat). So seperti semalam, kami naik MRT dari Buendia menuju ke Taft Avenue dan tukar menaiki LRT di EDSA Station menuju ke United Nation Station.

Breakfast dulu dengan Meggi Serunding Daging ni... Lazart!
Kami akan kembali ke Rizal's Park dan ke Intramuros.
Disebabkan dah agak mahir dengan jalan kat sana, so hari ni laju je la menuju ke destinasi. Masa tu memang tak dapat disangkal lagi yang hujan masih membasahi bumi. Pasrah. Jalan jugak kat keliling taman sambil ambik gambo guna kemera henpon je. Apa yang pasti kebanyakan kawasan di Rizal's Park sedang dibaik pulih, so banyak tempat yang tutup dan di hadang dengan pagar biru. Kami pon ambik je la gambar apa yang patut sambil baca-baca info yang ada disediakan. Walaupun hujan, tapi ramai jugak orang kat situ. Mungkin mereka pon menerima nasib yang sama dengan kami.
NOTA: Rizal Park dibina bertujuan untuk memperingati perjuangan rakyat Filipina di dalam mendapatkan kemerdekaan. Di tengah-tengah taman ini terdapat sebuah tugu Jose Rizal yang merupakan bapa kemerdekaan Filipina dan terdapat sebuah tiang bendera yang tertinggi (150 kaki tinggi) di Filipina di hadapanya. Di hadapan monumen inilah pengisytiharan kemerdekaan Negara Filipina telah dibuat pada 4 Julai 1946. - Sumber Google.
Memang kami tajk melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan monumen Rizal yang katanya telah memakan belanja sebanyak PHP 7.8 juta untuk dibina! Mahal giler kot monumen tu. Ok sebenarnya di dalam kawasan Rizal Park tu terdapat beberapa bangunan penting antaranya adalah Museum of the Filipino People (masa kami pergi tu dia tutup untuk renovation), Department of Tourism, Japanese Garden, National Library of Philippines, National Historical Commission of the Philippines, Quirino Grandstand dan Intramuros.


Department of Tourism
Lapu-Lapu ni antara pahlawan terkenal jugak.
Datu Taupan... Tak sempat nak baca bawah tu.
Tutup jugak...
Dua bulan pulak tu!
Rizal's Monument
Rizal's Monument lagi.
OK kompom aku pon kene la ada jugak.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke Intramuros, sebuah kota lama yang tersimpan pelbagai sejarah mengenai Filipina dan kemerdekaannya. Ia juga merupakan daerah tertua di Manila. Sebenarnya kedudukan kota Intramuros ni adalah bersebelahan / selari dengan Rizal Park. Di sekeliling kota ni ada tembok batu yang tinggi yang dikekalkan sejak zaman pemerintahan  Spanyol (Spain).

NOTA: Intramuros is the oldest district and historic core of Manila, the capital of the Philippines. Known as the Walled City, the original fortified city of Manila was the seat of the Spanish government during the Spanish colonial period. The walled part of Manila was called intramuros, which is Latin for "within the walls"; districts beyond the walls were referred as the extramuros of Manila, meaning "outside the walls".Construction of the defensive walls was started by the Spanish colonial government in the late 16th century to protect the city from foreign invasions. The 0.67-square-kilometre (0.26 sq mi) walled city was originally located along the shores of the Manila Bay, south of the entrance to Pasig River. Guarding the old city is Fort Santiago, its citadel located at the mouth of the river. Land reclamations during the early 20th-century subsequently obscured the walls and fort from the bay. Intramuros was heavily damaged during the battle to recapture the city from the Japanese Imperial Army during the Second World War. Reconstruction of the walls was started in 1951 when Intramuros was declared a National Historical Monument, which is continued to this day by the Intramuros Administration (IA). The Global Heritage Fund identified Intramuros as one of the 12 worldwide sites "on the verge" of irreparable loss and destruction on its 2010 report titled Saving Our Vanishing Heritage, citing its insufficient management and development pressures. - Sumber Google.
Kami berjalan kaki menuju ke South Entrance (sebab rasanya entrance tu je yang dekat dari kedudukan kami di hadapan Rizal Monumen. Tapi memang sepanjang jalan tu (melalui laluan pejalan kaki) agak lengang dan menakutkan. Sebab apa aku kata menakutkan? Sebab di tepi-tepi jalan tu ada la orang-orang homeless yang tidur di kaki-kaki lima, siap ada yang beranak pinak bagai . Risau je kalau-kalau kena rompak kat situ kan, dah la kami berdua je jalan kat situ. Dan masa tu hujan pulak, maka makin laju langkah kaki. Tetiba masa tengah lalu kat situ, ada pulak beca kuda yang tak putus asa nak suruh kami naik beca kuda dia! Adoi, memang tak layan sangat sebab dia letak harga mahal. So kami jalan je kaki sambil beca kuda tu follow kami dari belakang. Adoi memang drama giler masa tu. Tapi dalah hati banyak-banyak mengucap je la, sampai la ke hujung lorong, bila dah sampai ke South Gate, baru la rasa lega dan nampak ramai orang kat situ.

Jeepney merata-rata.

Hujan-hujan pon Polis ni tegak je berdiri kat situ.
Inilah laluan nak ke South Gate, Intramuros. Kat celah-celah pokok tu ada orang tidor.
Pintu masuk ke Intramuros.
Kami pun melangkah masuk ke dalam Intramuros. Fuh kagum aku bila tengok kat dalam kawasan Intramuros ni memang sbanyak sangat bangunan klasik. Intramuros ni, adalah tempat pertama berlakunya pertembungan budaya di Filipina. Macam-macam bangunan bersejarah dan perkara berlaku di sini. Nak pusing habis dalam tu memang tak larat la, sebab kawasan Intramuros tu sangat besar! Sepanjang jalan tu ada lagi penunggang beca kuda yang menyuruh kami menaiki beca kuda mereka. Setelah puas tawar menawar akhirnya kami bersetuju untuk ambik satu beca kuda dengan harga PHP 500 untuk satu pusingan di dalam Intramuros. Memandangkan hari pun hujan, kami rasa adalah terbaik untuk naik kuda dan pusing satu Intramuros tu.

Pemandu beca membawa kami pusing-pusing di dalam Intramuros city untuk melihat Monumen Peringatan Tentera Jepun, katanya kat situlah beratus-ratus tentera Jepun terkorban semasa perang bersama Spain. Kemudian melihat bangunan gereja Manila Cathedral yang merupakan antara gereja yang tertua di Filipina, sampailah kami melawat Fort Santiago, yang merupakan pelabuhan pertama yang dibina oleh Spain untuk tujuan pertahanan di Filipina.

The Cathedral.

Tempat air pancut...klassik.

Tugu peringatan Tentera Jepun.
Akhirnya kami naik juga beca kuda ni.
Keadaan di sekitar kota.
Gereja lagi.
Dinding batu di sekitar kota.
Dinding oh dinding.
Kalau nak naik beca pon boleh.
Ramai juga yang memilih naik beca kuda.
Monument Peringatan President-President Filipina.
Bangunan ini telah di bom oleh tentera Jepun sewaktu perang di antara Jepun dan Spain.
Ok la aku rasa macam dah panjang sangat entry ni, nanti aku sambung pulak kisah di Fort Santiago. Adoi Misi Mencari Rizal tak jumpa-jumpa lagi ni kan... hahaha tunggu sambungannya di next entry.

WASSALAM.

2013-10-23

Video Wednesday #2: Jom Naik Tuk-Tuk!

Assalammualaikum!!!

Video Wednesday kembali lagi! Biasalah sebab malas kan nak tulis entry panjang-panjang maka keluar la entry video pendek ni. Video-video yang aku post ni belum pernah disiarkan di dalam entry-entry terdahulu... kiranya macam bonus la kekeke. #pitam

VIDEO: Masa ni tengah naik tuk-tuk dari dari stesen Metro Qutub Minar menuju ke Qutub Minar. Dalam tuk-tuk yang kecik tu siap boleh muat enam orang hai! Sabo je la, lepas tu memasing nak menipu. Biasanya diorang akan berhenti di kedai-kedai mahal supaya kalau kita beli barang kat situ, diorang akan dapat komisyen daripada pemilik kedai. Itu taktik biasa kat India (dan mungkin juga di kebanyakan tempat lain). Tapi, naik tuk-tuk memang nostalgia! :)
Pssst: Rindu India. Untuk lagi kisah Incredible India, boleh baca di SINI.

WASSALAM.

2013-10-18

This Is My Story: Manila - Mall Of Asia (Part 4)

Assalammualaikum!!!


Masa perjalanan daripada Tagaytay ke Manila City, memang rasa jauh giler sebab terpaksa menempuh jem yang maha dahsyat. Ditambah pulak dengan hujan maha lebat... nak dijadikan cerita memang hari ni sajalah yang kami dapat menikmati kehangatan matahari, untuk episod-episod seterusnya ni, sepanjang masa adalah hujan, hujan dan hujan. So untuk sesiapa yang terasa nak try the adventures kat Filipina ni, jangan datang time musim hujan yer, memang tak best.

Ok sambung balik, kami sampai di Coastal Mall, Manila dah pukul 7 malam. Memang masa tu hujan tak berhenti-henti lagi, dan kelam kabut la kami cari kenderaan untuk balik ke hostel. Maklumla kononnya dah penat sangat sehari suntuk menjelajah kan... tapi bila tanya pada orang-orang teksi, semua kata tak boleh nak ke Makati sebab jauh dan jem. Huh? Terjelepuk sekejap kat tepi kaki lima, abistu macamana kami nak balik? Tinjau punya tinjau akhirnya kami pun ambik keputusan untuk naik Jeepney menuju ke Mall Of Asia. Mungkin di mall tu nanti banyak teksi yang boleh bawak kami balik! Tambang Jeepney dari Coastal Mall ke Mall Of Asia adalah PHP 80 / orang.

Apa sebenarnya Mall Of Asia ni? Ia merupakan sebuah shopping complex yang terbesar di Manila (atau mungkin di Filipina). Kalau nak tau, memang besar gila shopping mall ni siap bersambung-sambung beberapa buah bangunan dan setiap bangunan ada temanya tersendiri. Jadi memang kami macam terkesima sekejap la masa berdiri depan pintu masuk mall tu. Lalu tempat parking je pon dah kagum, ni kan pulak bila dah masuk kan.

Ada globe besar kat roundabout depan Mall Of Asia! 
Seperti mana yang aku maklumkan di entry-entry terdahulu, nak masuk mana-mana tempat tumpuan masyarakat kat Manila ni semuanya kene diperiksa beg dan badan semua la. So bayangkan kat Mall Of Asia ni ada banyak bangunan yang di sambung-sambung, nak masuk satu bangunan ke bangunan yang lain kena keluar dulu dan masuk balik ikut pintu lain, jadi memang proses keselamatan tu berulang-ulang la. Orang pulak bukan main ramai nya lah, mungkin sebab hari minggu kot? Siap berlaga-laga bontot la jugak kalau berlegar-legar kat dalam mall tu.

Lokasi pertama yang kami pergi kat situ adalah toilet! Gile lah bukan main lama menahan dari Tagaytay sampai la ke Manila baru boleh jumpa toilet. Lepas dah buang hajat baru la berlegar-legar kat dalam mall tu. Kami cari ruangan hypermarket, fuh satu bangunan tu memang diperuntukkan untuk hypermarket je. So apa lagi beli la bekalan makanan mana yang patut. Dah selesai urusan di hypermarket aku teringat pernah baca kat blog Abang Meng pasal satu kedai menjual cenderamata. Nama kedai tu adalah KULTURA terletak di level Ground Floor di dalam salah satu bangunan Mall Of Asia. Ha nasihat aku, kepada sesiapa yang tak sempat nak shopping souvenir kat tempat-tempat lain bolehlah shopping souvenir di KULTURA ni sebab macam-macam ada! Dan harga barang-barang kat situ jugak adalah reasonable la kalau aku convert balik ikut harga kat Malaysia.

Ada macam-macam barang cenderamata dijual kat kedai KULTURA ni. 
Cadangnya memang nak window-window shopping je, sebab nak ambik feel dulu sambil survey-survey harga. Tapi end up dengan shopping tak hingat dunia, macam dah tak jumpa lagi kedai lain kan... hahaha bukan apa, kononnya takut tak sempat nak pegi cari tempat lain untuk beli souvenir, sebab tu la kami shopping habis-habisan kat situ je. Malas nak pikir.

Salah satu keunikan kedai ni, memula tu bukanmain lagi aku ingat dia pasang radio lagu-lagu omputeh. Tapi bile sampai kat kaunter nak bayar, baru perasan rupanya lagu-lagu yang berkumandang dalam kedai tu adalah hasil nyanyian daripada pekerja-pekerja kedai tu sendiri! Wow kagum lagi. Sedap jugak suara diorang ni! Charice sangat!

Para pekerja sedang bergilir-gilir menyanyi.

Oh ya, dalam Mall Of Asia ni ada disediakan WiFi percuma yer, tapi hanya untuk sejam sahaja. So pepandai la buat apa yang patut dengan Wifi tu hehehe.

Legar punya legar dalam mall tu, tengok jam dah dekat pukul 10 malam. So kena gigih la cari pengangkutan nak balik ke hostel. Dengan tangan dah penuh berbundut-bundut barang yang dishopping lagi, kene beratur pulak tunggu teksi. Memang ramai giler orang tunggu teksi malam tu... masing-masing dah nak balik. Oh ya, kat tempat parking (parking lot) tu jugak ada post booth, so kalau ada yang berminat nak beli setem dan hantar poskad, boleh la berbuat demikian di boot post tu. Kami sempat la beli setem untuk di post kepada peminat di tanah air hehehe (cewah).

Inilah post office yang dimaksudkan. Comel je.
Ok nampak tak barisan panjang sampai hujung tu...kami tengah tunggu teksi.
Pak guard kat sini sangat berdedikasi. Siap ada first aid kit kat pinggang dia... ada budak jatuh dia tolong angkatkan, ada makcik bawak beg berat dia tolong angkatkan... calon menantu sangat!
Dekat sejam jugak la kami beratur tunggu teksi, akhirnya sampai jugak turn kami. Masa teksi sampai tu, takda tanya-tanya dah, terus je masuk dan cakap nak ke Kalayaan Ave (pepandai je aku cakap nama tempat yang wujud ke tak kan), pastu cakap pulak nama bangunan dekat-dekat dengan hostel tu, sebab bila cakap nama hostel memang pemandu teksi semua tak tau. Bila dah rasa agak berkeyakinan sikit, sebut-sebut nama stesen MRT terdekat dengan hostel yakni Buendia MRT Station semua, barulah rasa lega. Jalan pulak memang hazab jem masa kami balik tu. 

Lokasi Mall Of Asia dengan Hostel. Tak jauh mana pun.
Sebenarnya lokasi Mall Of Asia dengan hostel kami tu takde la jauh mana, jalan pon lurus je... tapi disebabkan jem, maka menyumpah-nyumpah jugak la pakcik teksi tu sebab terpaksa lalu kat kawasan jem. Pasrah je la hahaha. Siap teksi pakcik ni rosak pulak kat tengah-tengah jalan! Omai, aku mula terpikir dah nak kene tolak teksi pulak kat tengah-tengah jem tu. Nasib baik last-last boleh jugak hidup enjin teksi tu. Lega...Satu lagi yang aku tengok pe'el orang Manila ni, pantang la kat lorong tu ada ruang sikit, mesti nak menyelit-nyelit. So jalan 3 lanes akan jadi sampai 6 lanes! Manala tak jem kan!

So kalau naik teksi dari Mall Of Asia ke Hostel kena bayar PHP150 . Takda la mahal sangat.  Sampai je kat hostel, terus pengsan. Sambung esok pulak, kemana kami yer? 

WASSALAM.


2013-10-16

Video Wednesday #1: New Delhi... Ammma

Assalammualaikum!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Mesti ramai yang bercoti lagi kan, aku dah naik kerja. Ok la, sebab hari ni hari Rabu, dan mood malas menaip pon ada (tamau la buat Wonderlust Wednesday sebab gambar-gambar aku tak cantek macam Abas Wanderlust tu) so aku tepek Video je yer. hehehe jangan mara haaaa.


VIDEO: Perjalanan hari pertama sewaktu tiba di New Delhi. Kengkonon nak tido kat Airport tapi disebabkan sejuk yakmats dan tak berapa nak selesa..maka terus cari hotel murah (ala RM 24 semalam kot...bukan mahal nak bayar pon). Gigih la tengah-tengah malam tu naik teksi...dan masa ni jugak terkesima tengok bandar New Delhi buat pertama kalinya. Untuk kisah lanjut boleh rujuk di entry Incredible India
Psstt: Pelakon utama Danny (Kaki Berangan). hehehe 

WASSALAM.

2013-10-11

This Is My Story: Taal Volcano, Tagaytay (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Sejak akhir-akhir ni salu sangat sakit, demam la , batuk la... haish tanda-tanda penuaan la kot kan. Yang penting kesihatan kene jaga ye, kalau tak satu apa kerja pon tak boleh nak buat!. Ok jom sambung kisah di Manila.


Bila dah settle urusan tawar-menawar harga dan mencapai persetujuan, kami pon disuruhla tunggu kat tepi jeti. Tunggu sampan yang akan bawak kami sampai ke pulau Taal tu. Masa tu tengok langit dah gelap gulita dah, lepas tu dah start pulak hujan rintis-rintis. Habesla, cane nak bergambo sakan macam ni kalau dah hujan. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya hujan berhenti.

Ni la ruper jeti sampan kami.
Bila sampan yang nak bawak kami ke pulau Taal tu dah sampai, kami pon naik la. Selamba je diorang takde pon bagi life jacket ke apa ke untuk keselamatan. Haish, nasib baik la tak jadi apa-apa. Sepanjang perjalanan naik sampan tu hujan merenjis-renjis ke muka. Lepastu pemandu sampan tu siap bagi plastik kat kami untuk kaver badan supaya tak basah...hahaha memang gamble habis. Dari jauh nampak la beberapa pulau kat tasik tu... cantik la jugak.


Oct 11, 2013 | Boat ride by Janggeltrekker on Keek.com


Perjalanan menaiki sampan menuju ke pulau Taal mengambil masa lebih kurang 20 minit. Lama jugak tu. Akhirnya kami pun sampai la ke pinggir pulau. (Jap kalau tasik tu dipanggir pantai jugak ke eh?) Alhamdulillah jugak aku tak mengalami mabuk tasik. Kalau tak naya jugak dibuatnya.


Sampai je di 'pantai', kami tengok banyak sampan yang bersusun kat situ, setiap satu sampan ada sorang pengemudi di dalamnya. Kami turun dari sampan dan agak terpinga-pinga jugak la sebab tak tau nak menuju kemana, sampailah ada sorang mamat ni panggil kami. Lalu kami dibawa ke satu kawasan kampung. Kat situlah terdapatnya perusahaan kuda. Hahaha hambek ko perusahaan kuda pon boleh. Mana taknya, satu kampung kot semuanya kerja jadi tourguide bawak kuda pelancong! Memang ramai la penduduk kampung yang duduk melepak-lepak kat situ, siap ada anjing-anjing berkeliaran bagai. Kami pon di bawa menuju ke kuda masing-masing.


Memandangkan memang kami dah bayar harga naik kuda dalam pakej kami, maka pasrah je la naik kuda tu. Masa tu pulak ada yang menyua sarung tangan dan topeng muka! Macam-macam la alasan diorang supaya beli benda alah tu.! Awas, jangan beli sarung tangan dengan topeng muka tu sebab harga satu tu je dah PHP 100! Gile punya mahal. Lepas dah bergaduh-gaduh dengan orang tu maka kami pon meneruskan perjalanan. Tourguide aku seorang budak perempuan, katanya umur baru 19 tahun tapi dah kawen dan ada anak berumur 3 tahun. Eh cane aku boleh tau pulak kisah hidup dia ni? Sepanjang perjalanan tu kami bersembang-sembang la jugak. 


Tak habis-habis budak tu bercerita tentang kesusahan hidup dia. Mintak simpati la kekdahnya. Lepas tu last-last pesan kat aku nanti kasi TIPS banyak sikit kat dia ye... Hamboi ko, MOTIF nak mintak tips lagi kat aku? Dahla bayar harga pakej mahal!

Menurut budak tu lagi, diorang kerja bawak kuda ni atas kompeni. So gaji yang diorang dapat adalah PHP 50 sekali naik. Aku pun tanya la, hari ni dia dah berapa kali naik ke puncak tu? Dia jawab baru sekali yakni bawak aku. So makanya harini dia baru dapat PHP 50 je la. Ish kesian sungguh diorang ni. Padahal kompeni dia amik harga pakej bukan main mahal, tapi bayar kat pekerja bukan main sikit lagi. Terus bersyukur dapat hidup di MALAYSIA.



Pendakian nak sampai ke puncak tu agak lama jugak, lebih kurang sejam jugak rasanya. Tambahan pulak budak pompuan tu kata dia penat, so terpaksa la jalan slow. Aku pon pesan la kat dia, tak payah rushing sangat, kami pon tak de kejar apa-apa. So kami jalan la pelan-pelan je.Haish nasib baik la naik kuda, kalau jalan kaki tadi kompom aku rasa tak sampai ke puncak dah ni.  

ni la minah tourguide aku.
Pemandangan sepanjang pendakian agak menarik jugak la. Walau tak banyak tempat yang boleh diambil gambar.Ramai jugak orang mendaki hari tu, ada yang jalan kaki dan ada yang naik kuda. Aku rasa diorang ni sama je nasibnya macam kami, entah berapa la diorang bayar.

Jauhnya!!!
Ada jugak lalu kat kawasan stim gunung berapi.
Akhirnya sampai jugak kami ke puncak Taal! Phew.... dah sakit sakit bontot aku duduk atas kuda tu. Eh sebagai rekod ini adalah kali kedua aku naik kuda selepas di Bromo hari tu! Yeay! Di puncak Taal tu memang ramai orang, dan ada banyak gerai dibina di sepanjang tebing. Sampai atas tu ada pulak orang sua air botol dengan harga PHP 50... katanya kasihan kat tourguide, so bagilah minum! Cheh boleh pulak pau aku macam tu. Tapi memandangkan aku ni memang cepat kesian kat orang, so aku beli ajelah air botol tu. Aku siap pesan kat minah tourguide aku supaya ambik air botol tu dan minum! Mana la tau kot-kot penjual air tu tak bagi kat dia kan. 

Kami pon naik tangga menuju ke puncak. Phew, memang cantik la pemandangan kat Taal ni. Tapi aku rasa Ijen dan Bromo jauh lagi cantik dan unik berbanding Taal. Oklah, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kat atas tu, kami pon ambik gambo je la, apa lagi yang boleh dibuat kan! Walau tak banyak angle boleh ambik tapi cukup la orang kata sekadar dah sampai ke situ. Alhamdulillah... Gunung Berapi kedua teraktif di Filipina tau!


Nak dijadikan cerita, masa kami tengah jalan-jalan ukur kawasan kat atas tu, kami diberi salam oleh seorang brother ni, terus la jawab salam... eh ingatkan dia orang Malaysia rupanya dia sekeluarga orang Filipina, tapi kazen dia (akak) pernah belajar kat UIA selama 8 tahun! Ha siap pandai cakap Melayu lagi tu! Kagum pulak aku. Akak ni memang baik siap tanya kami dah pernah sampai ke Filipina sebelum ni? Aku pun cakap la kami baru sampai semalam, dan sampai sini pon naik bas je,... Terus terkejut akak tu...siap kecoh bagitau sedara mara dia yang kami datang naik bas. Dia cakap kami sangat berani, dia sendiri pon tak terfikir nak datang situ naik bas katanya sebab jauh. Hahaha biasalah kak, kalau dah miskin kene la naik bas (aku jawab dalam hati). Akak tu belnaja kami minum air kelapa kat atas tu, memula tu macam segan pulak, tapi memandangkan memang tengah dahaga, so rampas je la air kelapa tu ahhahaa. 

Katanya, gembira dapat jumpa orang Malaysia di Filipina. Kita serumpun! Ewah, ye memamng kita serumpun. Akak tu pulak kawin dengan Mat Saleh Australia dan kini menetap kat Australia dengan anak-anaknya. Dia balik Filipina sebab nak balik kampung jumpa sedara mara. Amboi kelas kau kak. Tapi akak tu memang muslimah... maklumlah belajar kat UIA. Syukur dapat jumpa orang baik-baik kat sini. Harap-harap dapatla jumpa akak ni dan famili dia lagi satu hari nanti.


Ok dah puas bergambar, kami pon meneruskan perjalanan untuk turun semula ke bawah. Tourgide kami dah sedia menunggu. So kami pon meneruskan perjalanan. Macam masa naik tadi, si minah ni tak habis-habis cerita kesusahan dia...adoi dik pasrah je la aku dengar. Last skali pesan suruh bagi tips banyak kat dia. Hadoi, kalau la aku ni kaya raya, boleh la aku belikan rumah kat ko, tapi masalahnya aku datang kat Taal ni pon naik bas tau. 


Dalam perjalanan, kami terserempak dengan beberapa orang mat salleh yang memaksa kami turun dari kuda. Katanya kesian kuda tu, menjadi mangsa keadaan la, apa la... haish...kalau ikutkan hati memang la kesian, tapi aku pun kesian jugak dengan diri aku yang tak larat nak mendaki ni kan. So pekakkan telinga je la, lagipun dah bayar. Hehehe. Ok abaikan. (jahatnya aku).

Sampai di kawasan perkampungan tadi, aku pun bagi la PHP 50 kat minah tu, dengan muka masam dia ambik duit tu. Hamboi-hamboi kooo bersyukurla aku nak bagi kan! Kalau aku tak bagi??? Demanding pulak dia. Kami pon berjalan menuju ke arah sampan-sampan tadi. Dari jauh budak sampan tu dah panggil kami. Bila dah naik sampan, pemandu sampan tu siap suruh bagi tips kat orang yang jaga sampan tu! OMAI apakah????? Jaga sampan je pun nak kene bagi tips???? Adoi terpaksa la bagi PHP 100 kat budak yang jaga sampan tu....risau kalau kami tak sampai ke tebing pulak nanti, Haish memang kaki mengepau sungguh orang-orang Filipina yang kami jumpa ni!!


Sampai di seberang, kami naik balik moto yang kami naik masa datang tadi. Kami pesan supaya kami diturunkan ke tempat untuk naik bas menuju ke Manila City. Alhamdulillah, sampai je ke tepi jalan utama, dah ada bas yang menunggu. Kami bayar harga tambang moto PHP 600, tu pun ada hati lagi diorang nak mintak tips!!! OMAI!!! Haish sudahhhhhhh jangan nak mengada-ngada mintak tips lagi. Kami terus naik bas... phew.


Oct 11, 2013 | by Janggeltrekker on Keek.com

Perjalanan menuju ke Manila City sangat lama sebab jem dan hujan. Kami sampai ke Coastal Mall lebih kurang jam 7.00 malam. Masa tu memang tengah hujan lebat. Tujuan asal nak balik terus ke Hostel. Tapi bila tanya teksi, semua tak tau nak menuju ke arah hostel kami. Sudah! Macamana nak balik ni??? Pusing-punya pusing kat Coastal Mall tu, akhirnya kami ambik keputusan untuk naik Jeepney menuju ke Mall Of Asia! ... 

Apakah Mall Of Asia??? Nanti aku sambung cerita.

Psttt: Tips-tips yang aku bagi tu aku niat sedekah ajelah kat diorang..kesian tengok kehidupan mereka.

WASSALAM.