2013-11-20

Kansai, Japan (Part 2): Nara (Kofukuji Temple & Todaiji Temple) To Osaka (Toyo Hostel)

Assalammualaikum!


Sampai di stesen Nara, kami pon terus rujuk peta dan menuju ke arah Kofukuji Temple. Kedudukan temple ni tak jauh daripada stesen Nara (Kintetsu) tu, jalan kaki dalam 10 minit je la, mengikut kadar kelajuan berjalan kaki masyarakat Jepun. Tapi kalau korang jenis selangkah, pastu berhenti posing, selangkah lagi berhenti amik gambo, selangkah lagi berhenti kagum tengok bangunan, makanya 30 minit pon belom tentu sampai.

Kawasan tumpuan sekitar Nara Park. (Sumber Google)
Belum masuk dalam kawasan Kofukuji Temple, tetibe rasa kagum sebab nampak banyak sangat rusa berkeliaran kat tepi jalan. Memula tu ingat macam sesat masuk zoo ke apa, tapi memang kawasan Kofukuji Temple dan kawasan sekitarnya tu terdapat banyak rusa junak yang berkeliaran. 
NOTA: Untuk makluman diri sendiri, kawasan Kofukuji Temple ni terletak di dalam kawasan Nara Park, yankni kawasan taman yang sangat luas dan menepatkan beberapa temple atau shrine di dalamnya sejak tahun 1880 lagi. Antara tarikan utama dalam Nara Park adalah Todaiji, Kasuga Taisha, Kofukuji dan Nara National Museum. Semua tempat tu boleh pergi dengan berjalan kaki saja. Tapi kene gigih jugak la berjalan.
Daun-daun yang telah bertukar warna. Its autumn!
Bergambo kenangan bersama anak rusa nani. (kenapa ada kene mengena dengan Nani ek?)
Rusa-rusa junak seperti kekurangan kasih sayang.
Sila ikut arahan yang diberikan.
Menurut fakta yang aku baca entah dari mana (jugak), ada lebih kurang 1200 ekor rusa yang berkeliaran di sekitar Nara Park ni yang secara tak langsung menjadi simbol kepada Bandar Nara. Kengkononnya rusa-rusa kat situ merupakan penjaga kepada bandar Nara dan diorang (ke mereka) sangat jinak kecuali kalau nampak kita nak bagi makan kan diorang, maka dengan ganasnya dia akan datang kat kite sambil menjulur-julur lidah. Heheh sebenarnya kiut.

Kalau rajin, silala beli makanan (biskut rusa) dan bagi rusa-rusa ni makan :)
Segenap sudut ada rusa.
Suka sangat letew diorang dapat ambek gambo rusa  (MasMZ dan Miss B)
Ni baru kisah kat tepi jalan, belum lagi masuk kat dalam Kofukuji Temple lagi. Nampak rusa-rusa tengah makan, baru teringat yang kami ni sebenarnya tengah lapar giler. Jadi kami pun cepat-cepat masuk ke dalam kawasan Kofukuji Temple tu dan cari port untuk lepak dan makan (yang pasti kene cari port yang tak ada rusa, kot-kot nanti beger-beger kami kene terkam dek rusa nani tu, melepas makan tengahari merangkap breakfast kami). Hiks.

Biskut rusa ada dijual di sini dengan harga 150 Yen sepeket.
Pantang nampak orang bawak beg plastik.

Kofukuji Temple, Nara

Ok Kofukuji Temple merupakan sebuah temple yang terdiri daripada beberapa bangunan utama dan terdapat juga pagoda setinggi lima tingkat yang katanya pagoda kedua tertinggi di Jepun. Lewat kawasan pagoda tersebut kami ke bahagian belakang, berhadapan dengan National Treasure Museum. Kat situ ada satu kawasan berumput dan agak teduh, lalu kami pon duduk la makan beger kat situ. Masing-masing kebulur katanya hahaha. Tapi walaupun beger sejuk, memang nikmat sangat rasanya sebab makan ketika sangat lapar.

Kofukuji Temple dan pagodanya yang setinggi 5 tingkat.
Tak de la tinggi sangat kan heheh.
Ada beberapa lagi bangunan di sekitar Kofukuji Temple ni tapi semuanya ada entrance fee. Antaranya adalah National Treasure Museum dan Eastern Golden Hall. Tapi sayang, masa sekarang ni, Eastern Golden Hall sedang dalam proses dibina semula memandangkan bangunan yang ada sebelum ini merupakan bangunan replika yang saiznya lebih kecil berbanding saiz asal selepas bangunan asal musnah dalam kebakaran. Katanya binaan semula dengan saiz asal dan akan siap pada tahun 2018. Lama giler... 

Kami seterusnya ke Northern dan Southern Octagon Hall yang terletak berhampiran je dengan pagoda.Kat situ pon hanya ada temple-temple kecik yang kebanyakan rekabentuknya lebih kurang sama dengan kebanyakan temple di Jepun. So mood nak menembak tu macam kureng sikit la sebab dah banyak sangat gambar temple hehehe.

Southern Octagon Hall
Temple berbentuk octagon.
Jampi serapah.
Makcik ni tengah sembahyang.
Pakcik ni tengah tulis jampi.
Pokok asam jawa pon ade.

Todaiji (Great Eastern Temple) - Nandaimon Gate dan Daibutsuden Hall

Dari Kofukuji Temple, kami seterusnya berjalan kaki merentasi Nara Park untuk menuju ke Todaiji Temple. Jarak dari Kofukuji Temple ke Todaiji Temple ni agak jauh jugak la sebab ia terletak di bahagian utara Nara Park. Kalau jalan kaki mengikut kelajuan masyarakat Jepun, akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tapi jangan risau sebab pemandangan kat sekitar Nara Park tu memang sangat cantek! Sedar-tak sedar memang dah sampai kat kawasan Todaiji tu.

Diorang ni tengah study peta. 
Selamba rileks je si rusa tu kan. Dah macam kucing dah jinaknya.
Orang buat apa pun dah tak kisah dah tu.
Perjalanan menuju ke Todaiji Temple.
Lalu dalam Nara Park... ikut peraturan yer.
Kena lalu kawasan ni.
Ada Tori Gate.
Ada kawasan pokok-pokok yang cantek!
Meriah tak kaler?
Ada sederetan kedai menjual cenderamata kat area Todaiji. Harga agak standard, contohnya kalau seketul FM harganya dalam lingkungan 350 Yen, bagi aku agak standard harga di mana-manapun di Jepun. Tapi FM kat sini tak banyak pilihan, kalau yang tulis Nara pon, ada dalam tulisan Jepun atau hanya ada gambar rusa-rusaan sahaja. Kat sini jugak Tansree Coco buat kejutan sebab belanja kami makan ice cream green tea dengan ice cream strawberry! Harga se-kon ice cream adalah 300 Yen! Ha mampukah nak beli sendiri kalau bukan bergelar Tansree? Hahahaha terima kasih Tansree Coco.


Deretan kedai menjual cenderamata di sini
Ada macam-macam perisa ais krim.
Kami meneruskan lagi perjalanan merentasi deretan kedai-kedai menjual cenderamata. Kebanyakan cenderamata yang dijual adalah berupa makanan, yakni kuih muih tradisi Jepun (mungkin kuih-kuih local) yang sudak di pek cantik. Masa ni jugak langit mendung yakmats dan hujan pon dah mula turun renyai-renyai! Alaaaaa baru first day datang dah hujan. Agak kecewa jugak la tapi kami teruskan jugak perjalanan.

Masa tu memang ramai giler rombongan sekolah melawat kawasan tu. Rasa kagum jugak la, bebudak sekolah datang melawat tempat-tempat peninggalan sejarah macam tu kan. Teringat pulak dulu masa aku darjah enam, ada rombongan naik bas ke Melaka. Masa tu la firstime aku jejak kaki ke Melaka tau! Siap tidor kat sekolah (tak ingat nama apa sekolah tu) susun-susun meja dalam kelas untuk kami tidur atas selimut yang dibawa sendiri! Haaaa kalau zaman sekarang ni ada ke mak bapak yang bagi anak-anak diorang pergi rombongan sekolah macam tu lagi???? Rasanya tak ada dah kot? Semua main duduk kat hotel-hotel je rasanya hahaha.

Tengoklah rusa-rusa yang bergelimpangan tu.

Kami sampai di kawasan Nandaimon Gate yang merupakan pintu masuk sebelum sampai ke Daibutsuden Hall. Depan gate bukan main ramai budak sekolah dicampur pulak dengan rusa-rusa jinak yang berkeliaran kat depan tu. Sangat sesak. Si rusa pulak tak habis-habis mengikut orang yang lalu lalang kat situ. Jinak giler! Tak pernah jumpa rusa jinak macam tu kat tempat lain (mungkin ada tapi memang aku tak pernah jumpa). Walaupun hujan on and off, tapi seronok je meneruskan perjalanan. Tengok keletah orang ramai yang dah macam pesta dah kat situ. Siap ada yang ambik gambar kelas beramai-ramai sambil rusa-rusa duduk lepak bersimpuh kat depan. Ha cool giler kan! 



Jom layan dokumentari dari Tansree Coco dan Miss B. (Hahaha dokumentari sangat)

Bebudak sekolah yang ramai.
Namdaimon Gate
Cantik tak taman ni? Depan Daibutsuden Hall
Bertambah seri~! Hahaha
Sampai depan Daibutsuden Hall, kami cuma intai je dari pintu. Tak larat nak masuk dah. Masa tu pun hari dah dekat nak gelap. Maklumla pukul 5.30 memang dah senja. Di tambah pulak dengan hujan sepoi-sepoi bahasa. Kami decide untuk terus ke Nara Station dan kembali ke Osaka. Makanya memang tak banyak la tempat yang kami cover kat Nara tu. Sebenarnya banyak lagi temple dan taman yang ada kat sekitar Nara Park tu seperti Nara National Museum, Kasuga Taisha, Mount Wakakusayama dan Naramachi yang kami tak sempat pergi akibat kesuntukan masa. Sebenarnya kalau kami sampai awal pagi di Nara mungkin sempat la nak pegi semua tempat tu, tapi memandangkan kami sampai di Nara pon dah tengahari, maka kami pergi mana yang sempat je la. Lagipon, macam sama je melawat temple kat situ, rupe parasnya lebih kurang sama (ayat menyedapkan hati).

Daibutsuden Hall.
Apa pon, Nara bagi aku adalah satu bandar yang klasik dan cantik. Tak terlalu sesak macam Tokyo (of course la sebab Tokyo tu kan Mega City!)... ok la tak terlalu sesak macam pekan Kajang (tetiba buat perbandingan dengan pekan Kajang, boleh?). InsyaAllah kalau ada kesempatan, rasanya nak balik semula ke Nara suatu hari nanti sambil lepak tepi tasik dan minum teh. Gitew hahaha.

Hai! Ini kami... (gambar oleh John)

Dari Nara ke Osaka

Kami berjalan semula menuju ke Nara Station untuk balik ke Osaka. Tapi jangan dilupa yang kami ada letak beg di coin locker di stesen Osaka Namba. Jadi dari Nara station ke Osaka-Namba station kena beli tiket lain dengan harga 540 Yen. Train dari Nara ke Osaka-Namba tak sesak sangat tapi agak kena berdiri jugak la, sebab masa tu orang dah balik kerja.

Tiket ke Osaka
Sampai di stesen Osaka-Namba dan ambik balik beg-beg kami tu, kami seterusnya ke stesen subway Midosuji Line - Dobutsuenmae (M22) daripada stesen Namba dengan harga tiket 200 Yen. Tak jauh stesen tu dari Namba station.

Nara Station ---> Osaka-Namba Station ---> (jalan ke) Namba Station ---> Dobutsuenmae Station (subway)

Sampai di stesen Dobutsuenmae, kami ambik exit No 2 untuk ke TOYO HOSTEL. Tempahan hostel telah dibuat melalui online dari Malaysia lagi. Alhamdulillah, lokasi hostel memang dekat sangat dengan stesen subway ni.


Ok ni aku tepek map subway, tren, JR line semua. Boleh rujuk sini (sumber Google) Area guesthose tu lah letaknya Hostel Toyo.

Toyo Hostel, Osaka.

Kami sampai di hostel lebih kurang pukul 6.30 petang. Masa tu memang keadaan dah gelap gulita dah. Tapi sebenarnya malam masih muda. Usai urusan check in, kami semua terjah bilik masing-masing dan buat la apa-apa yang patut (mandi dan makan malam). Kami makan nasi microwave beserta sambal ikan bilis malam tu. Ya Ampun nikmat sangat rasanya dapat makan makanan sebenar heheh.

Keadaan dalam hostel ni agak selesa, satu bilik ada dua tilam, peti ais, aircond dan tv. Kira dah cukup selesa sangat dah tu. Harga satu malam adalah bagi bilik Private Twin Tatami adalah 3,400 Yen / night.

1-3-5, Taishi, Nishinari, Osaka (Post-code 557-0002)
TEL/FAX:06-6649-6348


Bilik Private Twin Tatami 
Ruangan antara bilik.
Reception counter.
Lobi Hostel.
Lobi hostel lagi.
Apa yang paling penting adalah lokasi hostel ni dekat dengan stesen subway / JR Line jadi senang la kita nak bergerak ke mana-mana nanti!.

Ramai betul orang kat McD ni, siap ada yang study lagi.. ada jugak yang perasan kemera... haish.
Mengira jumlah perbelanjaan hari pertama.
Selesai makan malam, kami semua keluar semula untuk pergi tengok kawasan sekeliling! Cuaca malam tu memang sejuk giler! Tak sangka pulak sejuk sampai macam tu sekali. Tak pasti berapa degree suhu malam tu. kami lepak pulak kam McDonald sambil minum kopi! Hahaha being local katanya! So malam tu takda la ke mana-mana sangat. Lepas minum, kami balik semula ke bilik dan tido. Esok ke mana pula kami?

... bersambung.

WASSALAM.

2013-11-17

Kansai, Japan (Part 1): Kansai international Airport To Nara

Assalammualaikum!!!

Rasanya dah boleh dah nak start tulis entry pasal Japan. Yup Japan, tahun ni aku ke negara matahari terbit itu sekali lagi! Hahaha rasa macam balik kampung pulak kan. Ye la dah nama pun pergi melawat kampung-kampung je, kalau dulu melawat kampung Tsukuba (tapi dapat jugak la minum kat Mc Donalds kat Shibuya!) dan kali ni, aku dan kengkawan akan ke kampung-kampung jugak dan kami akan cover kawasan Kansai! Tau tak Kansai tu sebelah mana? (Boleh rujuk gambo di bawah).

Kansai Region, Japan. (Sumber Google)
Yup, ini merupakan kembara kami berlima! Janggel, (John) Kaki Berangan, MasMZ (Kaki Jalan), Tansree Coco dan Miss B!
Ahli Jemaah kali ni agak ramai jugak yakni 5 orang termasuk aku, John, MasMZ, Kak Coco dan Miss B. Tapi tiket ada yang beli asing-asing. Tak beli sekali. Plan asal hanya aku, John dan MasMZ yang akan ke Jepun, kemudian baru datang Miss B dan last sekali baru Kak Coco join. Maka lengkaplah 5 sekawan menjelajah Kansai heheh.

Teksi ke LCCT 

Perjalanan kami bermula dari Putrajaya, John dan Kak Coco pakat letak kereta kat rumah aku, free katanya daripada nak bayar parking kat Putrajaya Sentral mahupun LCCT kan. Dari Putrajaya kami menaiki teksi ke LCCT. Alhamdulillah dapat brader teksi yang murah dan dia charge sama rata samada waktu biasa atau lepas midnight yakni RM 50 satu teksi. Setelah membuat perjanjian dengan brader teksi, beliau menjemput kami di Putrajaya pada jam 9.30 malam. Bagus brader ni sebab dia datang awal. Kalau sesiapa nak try, boleh call brader ni di talian 016-537200 (Noor Ishak Ismail). 

LCCT Ke Kansai Airport (Osaka Prefecture), Japan

Kami sampai di LCCT lebih kurang jam 10.30 malam. Di LCCT jugak kami berjumpa dengan Miss B dan MasMZ yang masing-masing dihantar oleh bodyguard sendiri! Huntungla ada bodyguard! Selepas selesai urusan check-in luggage (semua kene ada depan counter sebab orang AA tu nak tenung muka satu per satu, ingatkan boleh hantar-hantar wakil je untuk letak luggage hehehe) kami menghabiskan masa di McDonalds sambil menapau makanan mana yang patut untuk diseludup masuk ke dalam kapal terbang. Tujuan utama penyeludupan adalah untuk bekalan sarapan pagi di Jepun keesokan harinya. Selalunya kalau travel memang kaminbuat kerja cenggitu hehehe.

Dinner dulu kat McD LCCT.
Ok jumlah bagasi berat tak termasuk bagai yang bergantungan di badan. #Pengsan
Kapal terbang kami ke Kansai berlepas pada jam 12.50 pagi, dah dekat pukul 1.00 pagi dah tu. Masa tu memang mengantuk yakmats dan ramai pulak orang yang satu flight dengan kami. Penerbangan Air Asia X ke Kansai akan mengambil masa lebih kurang 6jam 30 minit. Agak kematu jugak la buntut duduk lelama dalam flight tu. (Harga tiket Air Asia X dari Kuala Lumpur ke Kansai masa kami beli dulu adalah RM 645.00 per pax return tickets).

Jangan lupa isi embarkation card dan Customs declaration form. 
Tengah syok-syok melayan perasaan dalam flight tengah-tengah malam tu tetiba flight kami bergegar! Bukan macam gegaran biasa yang aku pernah alami sebelum-sebelum ni, tapi gegar dia sampai satu tahap tu tetibe macam flight kami jatuh mengejut ke bawah sikit. Siap ada bebudak kat blakang aku tu dah jerit-jerit dah. Orang sebelah aku tu pulak siap dah pegang-pegang tangan aku hahaha mengucap-ngucap dalam hati katanya! Tapi memang scary jugak la, terbayang cerita FLIGHT lakonan Danzel Washington (sape pernah tengok cerita tu? Boleh insaf jugak la tak nak naik flight masa aku tengok cerita tu dulu, tapi kejap je la hahaha). Tapi memang cuaca malam tu agak buruk, menurut kapten ada berlaku pergolakan angin ke apa tah kat kawasan yang kami lalu tu.

Alhamdulillah, lepas tu penerbangan kami ok dah, lancar sampai ke pagi. Masa tengok  fajar menyinsing kat ufuk timur dari atas kapal terbang memang terasa tenang je, teringat pulak kejadian kelam kabut bersahur dalam flight masa pergi Jepun tahun lepas heheh.

Alhamdulillah dah cerah. Terima Kasih Air Asia X #tetibe
Kami tiba di Kansai International Airport pada jam 7.00 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Urusan imigresen dan segala macam urusan lain sebelum masuk ke balai ketibaan tu sangatlah remeh. Akhirnya secara rasmi kami sampai la ke Negara Matahari Terbit! Ohaiyogozaimas Kansai! Hahaha.

Ini bukan kapal terbang yang kami naiki.
OK tetap nak enter-frame kan diri sendiri. 
Di airport, kami selesaikan apa yang patut, ada yang tukar baju, gosok gigi, pakai mekap semua la. Tetibe ada pulak dua orang polis Jepun, sorang lelaki dan sorang perempuan  datang tegur kami. Ahhh sudah, nape pulak ni kan. Adakah sebab kami berlonggok kat situ dengan beg berbundut-bundut? Rupa-rupanya diorang sekadar menjalankan random survey, antara soalan-soalan yang ditanya adalah kami berasal dari mana? Datang Jepun untuk apa? Lepas ni nak pegi mana? Nasib baik la polis-polis tu pandai cakap english, so senang sikit la nak berkomunikasi dengan diorang walaupon tergagap-gagap. Yang bestnya aku tengok polis perempuan tu beria-ia dengan ekspresi muka dia macam eksaited bertanya pasal kami. Siap tertunduk-tunduk lagi, kami pon tertunduk-tunduk jugak la dengan dia hahahaha.

Dari Kansai International Airport ke Nara

Selesai sesi soal jawab, kami terus ke stesen keretapi yang terletak bersebelahan dengan bangunan airport. Ada connecting lane untuk ke stesen keretapi tu. Misi selanjutnya adalah untuk membeli tiket train ke Nara. Sekali tengok line train kat situ, terus berserabut kepala otak, sebab banyak sangat line, tapi kalau perhati betul-betul insyaAllah boleh paham. Tak susah sebenarnya. Untuk ke Nara, kami akan membeli Nara Access Ticket dengan hargar 1200 Yen sehala. Beli tiket ni senang sebab beli sekali je, boleh naik sampai Nara. Tapi make sure kita naik line train yang betul ye. Pastikan dulu line laluan train anda.

Sebenarnya bile nampak je pokok-pokok yang berkaler oren ni, kami semua ibarat terkinja-kinja nganmbek gambo. Maklumla eksaited autumn katanya hehehe. Suhu kedinginan adalah belas-belas degree C. Sejuk jugak la.
Tempat beli tiket, Nankai Line.
Lepas dah dapat tiket, kami pun naik Nankai Electric Railway (melalui Nankai Line) membawa bundut-bundut beg yang berkilo-kilo sorang tu menuju ke Namba Station. Oh tapi sebelum tu, kami singgah dulu kat Tourism Information Centre di ground level Kansai Airport utuk pungut apa-apa maklumat yang tersedia.

Ok kalau rujuk pada gambar kat atas ni, kami akan ke Nara menaiki Nankai Line dengan harga 1200 Yen. Nampak tak? Ketik gambar untuk tumbesaran.

Kansai airport ---> Namba Station (Nankai Line) ---> tukar ke Osaka-Namba Station (Kintetsu Line) ---> Kintetsu-Nara Station

Ok kalau ikutkan kepada carta alir kat atas ni (haha sekali carta alir keluar) kami akan naik Nankai Line ke Namba Station dan tukar train ke Osaka-Namba Station. Sebenarnya, dari Kansai Airport nak ke Namba Station tu je pon dah makan masa dekat sejam. Bergantung pada jenis train yang kita naik samada Ekspress, Semi-Ekspress atau Local. Kita boleh pilih mana-mana train yang kita nak naik asalkan train tersebut lalu kat tempat yang kita nak pergi. Masa kami pergi tu, kami ter-naik local train rasanya. Ya ampunnn punya la lama nak sampai, setiap station dia berhenti. Dah tertidor-tidor dah kami dalam train tu, dan sempat jugak buat adengan photoshoot merata dalam train. Nasib baik train tak penuh masa tu hehehe. Jam pulak dah dekat pukul 11 pagi, memang kelaparan tahap cipan la. Asyik teringat-ingat je kat beger McD yang kami tapau dalam beg. Kami sampai Namba Station lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Keadaan dalam train.. Alhamdulillah tak sesak.
Sesi menabahkan diri. Nampak suci murni je kulit muka ku. hahah #pensan lagi.
Dari Namba Station nak ke Osaka-Namba Station tu kene jalan kaki sikit agak jauh! Mula-mula tu terpinga-pinga jugak la mencari kat mana arah Osaka-Namba Station tu, dalam terpinga-pinga tu tetiba ada sorang mat salleh tegur kami. Dia siap tanya kami nak kemana. Dengan selamba je dia tunjukkan arah station yang kami nak pergi. Sah memang mat salleh tu dah lama duduk kat Osaka ni. Heheh syukur ada yang datang membantu hehehe. So berjalan la kami turun bertingkek-tingkek ke bawah tanah.

Ok, inilah rupanya tiket yang telah dibeli. Dekat tiket pon ada tulis kekdah nak ke destinasi yang dituju. 
Kansai Tourist Information Center. Lebih kepada menjual pakej-pakej pelancongan je.
Coin Locker 

Sebelum menukar tran di stesen Osaka-Namba, kami akan meninggalkan bagasi kami di coin lockers yang banyak tersedia di stesen-stesen keretapi. Itu satu perkara yang aku suka pasal stesen-stesen keretapi kat Jepun ni, rata-rata semua ada menyediakan perkhidmatan coin locker sebab kebanyakan orang Jepun ni tempat kerjanya jauh-jauh dari rumah mereka dan diorang pon rajin travel ke sana kemari di dalam negara diorang, so barang-barang boleh ditransitkan di coin locker yang tersedia.

Deretam coin lockers yang tersedia pelbagai saiz dan harga berbeda.
Kekdah menggunakan coin locker.
Kami memilih locker yang paling besar dengan kadar sewa 800 Yen. Nak bayar duit locker kena pakai duit syiling ye. Jadi sediakanlah duit syiling yang secukupnya. Kalau tak ada duit syiling boleh pergi tukar kat tempat tukar duit yang disediakan (ada peta lokasi tempat tukar duit ditampal dekat kawasan coin lockers tersebut). Kaedah nak menyewa locker pon ada ditunjukkan, dari cara-cara nak masukkan duit sampailah nak mengunci locker tu.

NOTA: Info mengenai coin lockers. Ingat, tempoh sewaan adalah selama satu hari dan selepas tiga hari locker akan dikosongkan oleh petugas stesen.! (Sumber Google)
Sumbat-punya sumbat beg kami dalam locker tu rupa-rupanya tak muat la pulak! Terpaksa ambik satu lagi locker yang kecik dengan sewaan 200 Yen. Jadi jumlah sewaan locker kami hari tu adalah 1000 Yen untuk sehari. (Untung travel ramai-ramai so segala cost boleh dibahagi sama rata hehehe).

Keadaan beg yang telah disumbat-padatkan di dalam locker.
Menyambung Perjalanan Ke Nara

Lepas dah selesai menyimpan bagasi, kami pon meneruskan perjalanan untuk ke Nara. Ingat tak tadi, kena tukar stesen dari Namba Station ke Osaka-Namba Station (Kintetsu Line)? So kita masih menggunakan tiket Nara Access Ticket yang sama (awas jangan hilangkan tiket tu or else kene la beli tiket lain.  Jadi perjalanan diteruskan menaiki train yang seterusnya. Perjalanan dari Osaka-Namba Station ke Nara Station mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jadi bertabahlah duduk dalam train sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan indah di sekitar landasan keretapi.


Nara, Japan

Kami tiba di Nara lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Bayangkan dari pagi belom breakfast atau menjamah makanan (beger) dalam beg. Memang tersangat la lapar. Oh lupa pulak, untuk trip kali ni, Miss B merupakan pemandu arah rasmi kami, hahah dia la yang buat research pasal jalan, pasal transport semua di samping John. Aku dan yang lelain tu main ikut je la, macam biasa, malas nak pening kepala pikir. Dah ada yang expert, biar la mereka menjalankan kerja mereka.

Nara Map (Sumber Google)
OK, misi di Nara, kami akan cuba pergi ke beberapa main attraction antaranya adalah Nara Park di mana dalam taman tu sendiri ada macam-macam tempat nak kene cover antaranya seperti berikut:-

Nara Park (Ini merupakan apa yang ada dalam Itenerary asal kami)

  1. Todaiji Temple
  2. Kasuga Taisha Shrine
  3. Kofukuji Temple
  4. Nara National Museum
  5. Nandaimon Gate
  6. Kasuga Taisya
  7. Daibutsuden Hall

OK kalau tengok list kat atas ni memang banyak tempat nak kene cover kan, walhal kami sampai pun dah pukul 1 petang. Jadi adakah kami sempat cover semua??? Ok nanti aku sambung cerita di entry akan datang.

... bersambung.

WASSALAM.