2013-12-31

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2013

Assalammualaikum!!!


Pejam celik pejam celik akhirnya sampai juga ke penghujung 2013. Alhamdulillah satu tahun yang penuh warna bagi aku dan aku sangat-sangat bersyukur di atas peluang yang dikurniakan oleh Allah peluang untuk hidup melata di muka bumiNya ini. Syukur.

Selamat Tahun Baru 2014, kepada semua yang membaca blog ini. Mungkin siapa yang telah mengenali blog ini lama dulu, telah menyaksikan pelbagai perubahan terutamanya dari gaya penulisan, teknik penyampaian, gambar-gamabr dan layout blog ini, tapi percayalah, aku masih orang yang sama. Masih berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa bermimpi untuk menggapai bulan dan bintang! Tak salah untuk bermimpi kerana daripada mimpilah lahirnya realiti. Kan?

Sepanjang tahun 2013, sekali lagi rasanya aku memaksa diri untuk terus mengembara. Alhamdulillah, selagi ada rezeki, insyaAllah aku akan terus mengembara, tak kira lah ke mana saja sekali pon, asalakan aku dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah di mana-mana saja. Iya (ikut gaya Tansree Coco), pengembaraan juga adalah salah satu cara kita mengakui kebesaran yang maha Esa. Itu memang tidak boleh di nafikan lagi.

Masakan aku boleh lupa pengalaman mendaki di awal pagi di Puncak Bromo dan Ijen (Surabaya) di awal Februari 2013. Kemudian pengalaman menyusur sungai menaiki rakit buluh di Yangshuo (China), menyaksikan warni warni Reed Flute Caves di Guilin (China) dan kesesakan di Kotaraya Nanning (China) pada Mei April dan Mei 2013 adalah antara yang mega aku lakukan bersama sekumpulan travelholic muda yang penuh cita-cita. Thanks guys for the amazing advantures! #TravelholicAwesome InsyaAllah akan terus bersama. 

Surabaya (Indonesia)
Guilin, Yangshuo, Nanning (China)
Halong, Hanoi (Vietnam)
Begitu juga dengan pengalaman memasuki Vietnam yang sangat mencabar dan menaiki bot mewah di Halong Bay, sambil menyaksikan keindahan bukit-bukit batu kapur yang memukau, terbaik!! 
  • Surabaya (Februari)
  • Guilin - Yangshuo - Nanning (April - Mei)
  • Halong City - Hanoi City (Mei)
Sekali lagi tahun 2013, #TravelholicAwesome buat trip mega bersama-sama. Kalau dulu ke Pulau Redang, tapi tahun ini kami ke Pulau Langkawi! Seronok sebenarnya kalau bercuti bersama kawan-kawan yang kita suka, tambahan pulak masing-masing satu kepala. Seronok! Walau selalu berjumpa kadang-kadang tu tetiap minggu kot meet up) tapi tetap nak jugak pergi bercuti bersama-sama. alhamdulillah ikatan (bonding) antara kami semakin kukuh. Aku merasakan yang mereka telah menjadi sebahagian daripada keluarga aku. Alhamdulillah juga aku dikurniakan keluarga yang besar di sini. Semuanya bermula daripada minat yang sama yakni penulisan di blog dan travel. 
  • Pulau Langkawi (TravelholicAwesome Blackout Day) (Julai)
#TravelholicAwesome In Langkawi!
Baki beberapa bulan sebelum tamat 2013, banyak lagi perkara besar yang berlaku. Pengalaman menjejak Jose Rizal di Manila antara yang tidak boleh dilupakan, dalam kebasahan meredah kotaraya, menaiki pelbagai mode pengangkutan itu semua satu kenangan indah 2013.

Manila (Philippines)
Kemudian acara besar yang ditunggu- tunggu oleh kami semua, penyatuan dua hati, dua ahli TA yang bertemu dan bercinta kini melangsungkan perkahwinan mereka. Dan Arif dan MasZuber satu pasangan yang amak cocok dan sepadan... semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah.
  • Manila (September)
  • Perkahwinan Dan Arif dan MasZuber (September)
Majlis Perkahwinan Dan dan Mas
Dan antara trip yang paling aku tunggu adalah trip ke Osaka, Japan. Sekali lagi aku dapat menjejak tanah asing ini, menunaikan janji yang pernah aku buat kepada diri sendiri tahun lepas yang aku akan kembali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Satu trip yang membuktikan ikatan kami makin kuat. Satu pengalaman yang boleh diceritakan untuk masa akan datang.
  • Osaka (November 2013)
Kansai (Japan)
Alhamdulillah, what a splendid year I had. Semoga lembaran tahun baru 2014 membawa sinar yang lebih terang di dalam hidup kita semua.

Salam Tahun Baru 2014!!! 
dari aku... Ren.

Psttt: Tahun ni Projek Teater agak suram... ada la beberapa teater yang aku jengok antaranya Mak Dara Nyonya dan Ali Baba dan Penyamun. Alamak ada lagi la tapi aku lupa dan tak update dalam blog :(

Psssttt2: Mohon Maaf kepada semua pembaca dan yang mengenali diri ini sekiranya sepanjang bersama kamu semua aku ada melukakan mana-mana hati dan perasaan. Maaf Zahir dan Batin.

Psssttt3: Maaf juga kerana ada beberapa entry tertangguh...insyaAllah akan disiapkan pada tahun 2014.

WASSALAM.

2013-12-27

Kansai, Japan (Part 6): Fushimi Inari Shrine, Makan Makanan Local dan Ginkakuji Temple

Assalammualaikum!!!

Alhamdulillah, tak sampai beberapa hari lagi nak masuk tahun 2014! Tak sabar pulak rasanya nak menghadapi tahun baru, walau rasa sedih meninggalkan 2013 yang penuh warna-warni ni tetap ada. Apa pun, hidup masih perlu diteruskan, dan aku berdoa supaya kita semua! (Iya pembaca blog aku dan kawan-kawan) sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah! Amin.

Ayuh, kita sambung kisah di Kansai yang masih berbaki.


Ok macam biasa, pagi-pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk meneruskan lawatan ke tempat seterusnya. Kali ni kadar persiapan adalah sedikit extra, IYA... mekap-mekap dan tatarias pon extra hari ni sebab masing-masing nak memperagakan Baju Kebangsaan Malaysia yakni Baju Melayu dan Baju Kurung.... konon bertema warna kuning, beria-ialah aku pegi balik kampung selongkar almari semua DEMI nak cari baju kaler kuning, tup tup ada pulak yang pakai baju coklat???? Heloooo, kaler coklat ATAU GOLD tak pernah dibincangkan sebelum ini ok! Huh...(bertenang). DASARRRR. Hahaha.

Kembali kepada cerita asal kekeke.Usai bersarapan pagi di ruangan biasa yang kami conquer sejak beberapa hari yang lalu, kami pon memulakan perjalanan menaiki Kyoto City Bus dengan tambang 500 Yen menuju ke Fushimi Inari Shrine!


Kyoto City Bus...Penuh jugak orang hari ni.
Eh mana Miss B???
Fushimi Inari Shrine

Sebenarnya nak ke Fushimi Inari Shrine ni pon agak mencabar jugak, sebab kedudukannya yang agak jauh daripada hostel dan agak terpencil di pinggir bandar Kyoto. Kalau naik bas memang boleh, tapi kene banyak tukar-tukar bas dan tempoh masa menunggu bas pon agak lama. Mula-mula kami naik bas dari Gion Shijo ke Shijo Kawaramaci, dan tunggu bas lain untuk ke Fushimi Inari. Tapi bila tunggu-punya tunggu dekat setengah jam jugak la tak muncul-muncul pulak bas yang dinanti yakni bas No. 5. So selepas bertanya kat seorang auntie ni, yang ibarat bersembang antara ayam dan itik, maka kami decide untuk terus mencari hentian lain yang berdekatan (takut kalau-kalau salah baca map)... tengah-tengah jalan tu terserempak pulak dengan sorang pakcik. Dia ni volunteer (sama macam makcik volunteer yang kami jumpa di Kobe dulu) dan dia yang menegur kami semua, mungkin sebab obvious sangat kan sekumpulan pelancong berjalan memakai baju pelik. 

Setelah bertanya, pakcik tu kata better la naik train terus menuju ke Fushimi Inari. Terus dan pantas. Betul jugak sebenarnya, naik train memang direct akan terus sampai ke Fushimi Inari Shrine tu tanpa tukar-tukar train.

Kami pun patah balik naik bas menuju ke Gion Shijo Station dan naik train menuju ke Fuhimi Inari Station. Tambang train adalah 200 Yen.  (Kisah Akak dan Suami Kerek dalam bas pulak boleh baca kat blog Kaki Berangan, sebab dia pon memang kerek ahahahaha (ops).)

Gion Shijo Station ---> Fushimi Inari Station

Naik Train sudahnya.
Fushimi Inari Station.
Sampai je kat Fushimi Inari Station, dah boleh nampak keklasikan tempat tu. Sebenarnya Fushimi Inari Shrine ni adalah salah satu temple yang sangat terkenal di Kyoto dan ia menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Dan ini juga merupakan salah satu tempat yang rugi kalau tak pergi tengok sebab kawasannya yang cantik dan senibina yang klasik disamping melihat deretan Tori Gates yang sangat banyak! 

Jalan kaki merentas kawasan kedai di kaki lima.
Mendaki dan terus mendaki.
Banyak kedai menjual pelbagai barangan di tepi-tepi jalan.
Untuk ke Fushimi Inari Shrine kena berjalan kaki sikit dari station dalam 15 minit (ikut kadar kelajuan kaki melangkah), sepanjang jalan tu kami melalui kawasan kedai-kedai dan pekan-pekan kecik yang mana banyak restoran-restoran kecil di sepanjang jalan. Target hari ni, lepas melawat Fushimi Inari Shrine, kami nak try makan makanan local kat situ. InsyaAllah.

Sambil-sambil jalan tu survey-survey jugak mana-mana kedai yang bersesuaian supaya senang nanti. Ok kami sampai di pintu masuk Fushimi Inari Shrine dan kelihatan manusia sangat la ramai! Ini waktu pagi tau, belum petang lagi! Agaknya pukul berapa ye diorang bangun sembahyang subuh kat situ sebab memang ramai giler! Pasrah dan redho je la sebab bila lagi lah kami nak sampai ke situ kan.

Di hadapan pintu masuk ke temple tu ada juga deretan kedai menjual cenderamata seperti keychain, FM, makanan dan sebagainya. Tapi, Awas ye, harganya pon boleh tahan mahal jugak, so pandai-pandai la tengok. Aku sempat la beli satu je FM kat situ, berbentuk Tori Gate, lawa (bagi aku la)... hehee.

Kedai-kedai menjual cenderamata di hadapan Temple
Dah sampai, panjat tangga pulak.
Nak masuk ke area Tori Gate yang banyak-banyak tu kene la mendaki sikit. Agak jauh juga dari pintu masuk utama, nasib baik la tak payah bayar kalau nak masuk shrine-shrine ni semua, kalau tak pokai la jugak.

Ramainya orang!
Posing dulu yuk... Tansree Coco dengan Henbegnya.
Nampak dah Tori Gate yang besar gedabak.
Akhirnya sampai jugak kami di kawasan Tori Gate yang banyak tu, jenuh la berposing sakan kat situ tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang, ketepi semua!!! Awas retis nak bergambar katanya hehehe. Jenuh jugak la cari angle yang tak nampak ramai orang, dan selamba je la kami lepak kat situ lama-lama dan buat macam rumah sendiri. Kekeke.


Dan masatu.... hujan pun dah hampir turun... mendung... ayuh cepat kita nak ke destinasi lain pulak lepas ni!

Upacara menyucikan diri.
Jumpa pulak orang jual kuih bahulu ikan ni, intinya ada macam-macam.
Kami beli yang inti kacang merah...sedap weh!Harga tak ingat.Rasanya 100 yen kot.
Seperti yang diceritakan tadi, kami memasang niat untuk makan makanan local di situ. Jadi setelah mengsurvey-survey (ayat ni memang salah ye) kedai / restoran kat sepanjang jalan tu akhirnya kami bersetuju untuk makan di sebuah restoran yang comel, kecik je restoran ni dan kat depan dia ada display makanan-makanan laut seperti ikan sotong dan sebagainya... Jadi kami pon masuk la kat dalam kedai tu.

Time tu memang tengahari dan waktu lunch so kebanyakan restoran lain pon agak penuh dengan manusia. Kami pon duduk sederet depan dapur tunggu makanan kami dihidangkan. Aku beli ikan bakar (tak tau ikan apa, rasa macam tenggiri) dengan nasi putih dan ada la macam vegetables tempura sikit disediakan. Air pulak dia bagi Japanese tea. Siap request tambah-tambah pulak tu hehehe. 

Duduk depan dapur...
Owner kedai tu.
Ni lebih kurang macam tempura sayur la ni.
Makanan aku pun dah siap, tengah makan baru ingat nak amik gambo kekek tu yang tobek sikit ikan tu.
Dalam kedai tu agak berkuap jugak la sebab takde ventilation...so baju semua habis bau asap! Lepas habis makan kami naik semula train dan menuju ke destinasi seterusnya yakni Kiyomizu Temple! (Haah motifnya harinya melawat temple-temple je yer kengkawan huhuhu).

Ok jom ke destinasi seterusnya...Miss B gigih mengkaji peta.
Kiyomizu Temple (Part 1)


Kami kemudian patah balik ke Gion untuk menuju ke Kiyomizu Temple. Tambang Bas adalah menggunakan tiket Kyoto City Bas tadi yang kami beli di awal pagi.

Malangnya, sampai saja di Kiyomizu Temple, hujan turun dengan lebatnya. So nak tak nak terpaksa la kami batalkan niat nak ke situ. Padahal tempat tu adalah tempat wajib lawat di Kyoto ye, dan yang penting kena mendaki bukit yang agak tinggi untuk sampai ke situ. Pasrah lagi, terpaksa tangguh dulu untuk masuk ke dalam Kiyomizu Temple (walau dah sampai depan pintu)...

Sesak..masa ni belum hujan.
Nampak kepala manusia je...
OK hujan makin lebat dan tiada tanda pemberhentian.



Terus kami tahan bas dan menuju ke sebuah lagi temple yakni Ginkakuji Temple.

Ginkakuji Temple (Silver Pavilion)

Sebenarnya niat asal kami adalah untuk ke Kinkakuji Temple (Golden Pavilion) tapi apakan daya, dek kerana tersalah maklumat makanya kami ter-pegi ke Ginkakuji Temple (Silver Pavilion), pasrah je la sebab dah sampai kan. Kami ke sana menaiki bas daripada Gion Shijo. Maknanya, dari Fushimi Inari Shrine tadi, kami balik semula ke Gion Shijo, menaiki train dan naik bas pula ke Ginkakuji Michi Station untuk ke Silver Pavilion ni.
NOTA: Ginkakuji Temple merupakan sebuah vila (pavilion) dimana ianya didiami oleh shogun yang telah bersara. Maka ia menjadi pusat kepada kebudayaan dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Warna pavilion di tengah tasik juga adalah warna perak (seakan-akan perak) dan dikelilingnya ada taman-taman yang cantik.
Laluan masuk ke dalam temple.
Kene beli tiket 500 Yen.
Silver Pavilion. Takde la silver mana pon kan....
Kawasan taman.
Tetap ramai orang.
Harga tiket untuk masuk ke dalam kawasan Ginkakuji Temple ini adalah 500 Yen / orang. Memandangkan hari sangat mendung, maka kami tak lama di situ... sebab kami ada misi yang lebih penting lepas tu yakni misi menjejak gundek hehehehe Geisha katanya....

Ok nanti aku sambung misi menjejak Gundek Geisha ye... 

...bersambung.

WASSALAM.


2013-12-23

Kansai, Japan (Part 5): Arashiyama (Togetsukyo Bridge, Tenryuji Temple, Bamboo Grooves And Segano Romantic Train)

Assalammualaikum!!!

Tinggal beberapa hari lagi kita nak meninggalkan tahun 2013, amacam semua, KPI masing-masing dah tercapai ke? Dengar cerita ada yang gigih travel setiap bulan, malah setiap minggu pon kalau boleh ada jugak kan? Haih gigihnyer... takpe la, yang penting bahagia dan demi kepuasan diri. Bagi aku, travel sekadar yang termampu je, tak larat la nak berhempas pulas, nak kumpul duit pon satu hal jugak...takkan la nak bergolok bergadai, berhutang semua kan demi nak travel? Naaaa ahhhh (sambil goyangkan kepala ala-ala Nigger). Anyway... cara masing-masing, janji bahagia. Kerja hakiki dilupa jangan yer, nanti sibuk sangat nak ke sana-ke sini..kerja hakiki yang sah-sah dah jadi tanggungjawab tu terabai...ingat yer, tanggungjawab tu kalau tak dilaksanakan BERDOSA!

Hahah cukup tazkiroh di hujung tahun ni. Renungan untuk diri sendiri... ustaz Afif (TT) lagi layak kot kalau nak berceramah, sebab dia ustaz..hehehe. Ayuh sambung cerita di Kansai bagi hari ke 4.


Seawal pagi, kami dah bersiap-siap untuk menuju ke destinasi yang agak jauh dari pusat bandar Kyoto. Destinasi hari ini adalah ke Arashiyama, satu tempat yang sangat indah di muka bumi! Haaaa cara aku describe pon dah terasa sangat cantik kan tempat tu, cuma mungkin dalam gambar aku tak nampak la cantik sangat sebab aku tak reti ambik gambar... tapi memang sumpah cantik tempat tu! Tak percaya? Silalah pergi sendiri dan rasai keindahannya.

Ok dari Bakpak Gion, (stesen Gion Shijo) kami menaiki keretapi bawah tanah menuju ke Tokufuji Station dengan tambang 150 Yen. Dari stesen Tokufuji kami ke Kyoto Station. Kalau nak tahu, Kyoto Station ni memang sangat besar dan merupakan pusat kepada segala macam train yang ada kat Kyoto mahupun yang nak keluar dari Kyoto. Ala lebih kurang macam KL Sentral la juga, tapi much-much bigger than that. Tambang dari Gion Shijo Station ke Kyoto Station adalah 140 Yen.

Gion Shijo Station ---> Tokufuji Station ---> Kyoto Station ---> Saga Arashiyama Station


Naik dari Gion-Shijo ke Tokufuji.
Dari Tokufuji naik pulak ke Kyoto Station.
Dari Kyoto Station, kami menaiki train JR Sagano Line menuju ke Saga Arashiyama Station. Tambang train adalah 230 Yen. Perjalan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Biasanya jarang ada kelewatan train sebab kalau lewat satu train, maka ia akan memberi kesan buruk kepada seluruh sistem train kan.

Menunggu train ke Saga Arashiyama.
Train ni pon nampak klasik sangat.
Kami tiba di stesen Saga Arashiyama lebih kurang jam 9.00 pagi macam tu. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar tapi orang punyalah ramai! Maklumlah, aku syak yang orang Jepun memang cuti time tu (dan hari-hari berikutnya) sebab tu la keadaan macam dekat Pasar Borong Selangor. Takpe, untuk memudahkan perjalanan, kami singgah dulu kat Information Centre yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Station Saga Arashiyama ni. Tanya apa yang patut dan dapatkan peta bagai dan kami dah boleh meneruskan perjalanan!

Tiba di stesen Saga-Arashiyama.
Kelihatan seorang wanita Asia-Melayu di situ...VVIP katanya.
Information Center yang terletak di sebelah station Saga-Arashiyama.
Apa yang menarik, kat sekitar 'pekan' Arashiyama ni ada perkhidmatan beca tarik. Yang menariknya adalah penarik-penarik beca tersebut adalah manusia! Bayangkan betapa gagahnya mereka, dan bayangkan kalau diorang menarik beca dengan kapasiti anak gajah seperti aku dan yang lelain tu kekeke.... memang gagah sungguh le, dah le badan semua kecik-kecik je.Kagum.

Deretan penarik beca sedang menunggu penumpang.
Senyum..tak perlu kata apa-apa... terbokeh pulak sekumpulan VIP kat belakang tu.
Lihatlah kegigihan mereka.
Demi sesuap nasik...
Apa yang pasti kami kena berjalan kaki lebih kurang 10-15 minit untuk menuju ke Togetsukyo Bridge. Sepanjang perjalanan tu kami melalui kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan sampailah ke cenderamata. Memang banyak kedai kat situ dan rombongan cik Kiah juga sangatlah ramai. Adalah jugak tereserempak dengan segerombolan pelancong Malaysia, tapi macam biasa la, orang Malaysia kalau jumpa kat oversi kan sombong-sombong, senyum pon umpama ada lombong emas di mulut. Ah pedulikan mereka. Kami lagi retis tau! Hahaha. (perasan)

Keadaan jalan raya yang tak terlalu sibuk.
Togetsukyo Bridge

Apa yang menarik tentang Togetsukyo Bridge ni? Sebenarnya kalau dilihat sekali lalu, jambatan ni hanyalah jambatan biasa. Namun, pemandangan semulajadi di sekitar jambatan ni yang menjadi tarikan utama kepada pelancong di dalam dan luar negara! Memang memukau. kalau nak diikutkan, waktu paling puncak menyaksikan pemandangan di situ adalah ketika musim Sakura dan Falls season. sebab tu la ramai orang datang masa ni. dan Arashiyama pula sebenarnya adalah merujuk kepada gunung-gunung di sekeliling pekan tersebut.

macam-macam orang kami jumpa.
Jalan utama di pekan Arashiyama.
Kat atas jambatan tu je pun bukan main ramai manusia berkeliaran.Agak susah jugak la nak ambik gambar syok sendiri tanpa ada gangguan. Bila tengok keadaan sungai yang besar tu, memang cantik giler, kalau la pokok-pokok tu dah bertukar warna sepenuhnya mesti lagi cantik kan! Nampak gayanya kena datang lagi ni. Hehehe.

Keadaan atas jambatan yang ramai manusia.
Pemandangan sungai yang menarik.
Sungai ni macam cetek jer.
Pokok-pokok dah mula bertukar warna.
Lagi keadaan atas jambatan.

Dah selesai ambik-ambik gambar mana yang patut kat atas jambatan tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tenryuji Temple.Jalan kaki je, sepanjang jalan tu dalam 10-15 minit sampai la ke pintu masuk Tenryuji Temple.

Tenryuji Temple

Nak masuk dalam Tenryuji Temple ni kena bayar 500 Yen dan kalau nak masuk dalam temple kena bayar extra 100 Yen. Tenryuji Temple merupakan temple yang terpenting di wilayah Arashiyama dan didaftarkan sebagai World Heritage Site. Tapi sayang sebab masa kami datang tu, temple ni sedang dalam baikpulih. So tak dapat la nak masuk, takpe kami teruskan masuk ke kawasan taman di sekitar temple. Taman ini merupakan taman asal yang tidak ada sebarang pengubahsuaian sejak dari mula ia dibina. Memang cantik taman ni, dan keadaan pokok-pokok yang berwarna-warni menaikkan lagi seri taman ni. Apa boleh buat, tak dapat masuk dalam temple tu, kita lepak kat tepi taman je la.

Layan gambar je la... tak reti nak cerita.

#tetibe
Dari Tenryuji Temple kami berjalan lagi menuju ke Bamboo Grooves! Semuanya dalam satu kawasan je, tak susah nak cari pon kawasan ni, just follow the flow insyaAllah jumpa.

Bamboo Grooves.

Kalau nak diikutkan, Bamboo Grooves kat Arashiyama ni merupakan tempat yang paling nak aku pergi sebab apa? Sebab tempat ni sangat misteri, klasik dan cantik! Kalau tak percaya korang datang la sendiri kat tempat ni. Pokok-pokok buluhnya yang besar-besar gedabak dan tersusuk cantik di kiri-kanan laluan memang best kalau buat photoshoot kat sini.

Masa kami sampai tu, agak kecewa jugak la sebab ramai giler manusia kat lorong-lorong bamboo tu. Nak bergambar pon susah dan agak mencabar jugak la.. tambahan keadaan dalam kawasan bammboo grooves tu agak gelap. Terpaksa lah kami gunakan teknik redah dan redho untuk bergambar. Pedulik la apa orang nak kata, kami ni dah la datang dari jauh kan, rugi la kalau tak bergambar sesuka hati! Lama jugak kami duduk kat area bamboo grooves tu, sampai puas hati baru kami beredar ke tempat lain.

Ramai sungguh manusia di kala ini.

Rasa macam nak duduk seharian je kat area bamboo grooves tu, sebab sangat cantik la. Tak tau nak gambarkan macamana. Tengah-tengah laluan tu ada pulak pakcik main alat muzik traditional dengan alunan pelbagai lagu popular, memang best giler masa tu. Walaupun ramai orang, tapi puas jugak la hati ni sebab dapat jugak jejakkan kaki kat situ.


Kami seterusnya menuju ke station tran Romantic Train. Ha kalau dah sampai sini, tak naik train romantik ni memang rugi yer! Sebab apa kena naik? Sebab pemandangan yang bakal disajikan di kiri kanan perjalanan nanti adalah sangat memukau! Sumpah lawa sebab kat Malaysia korang takkan jumpa pemandangan cantik macam tu.

Segano Romantic Train

Masa kami tanya untuk beli tiket, diorang kata tiket untuk duduk dah habis, yang ada hanya tiket untuk berdiri di celah-celah kerusi... dan tambangnya adalah sama dengan tiket duduk! Memandangkan train yang ada pun merupakan train yang dah nak last, terpaksa la kami beli jugak dengan harga 600 Yen/ seorang. Train ini akan menyelusuri sepanjang Sungai Hozugawa yang menjadi pemisah di antara Arashiyama dan Kameoka. 

Beratur nak ke tempat naik train.
masih ramai di belakang kami.
Ramai yang tengah menunggu train.
Train dah tiba
Perjalanan menaiki train mengambil masa lebih kurang 25 minit dan train akan berhenti di beberapa buah tempat untuk memberi peluang kepada penumpang mengambil gambar. Tapi yang tak berapa nak bestnya, train ni jalan laju sangat sampai nak snap gambar masa perjalanan pun susah. So kalau la dia jalan slow je, kompom banyak gambar menarik boleh diambik. Untuk makluman juga, konsep train ni adalah terbuka di mana gerabak belakang tidak berdinding membolehkan penumpang melihat lebih dekat pemandangan sekeliling. Ada juga gerabak tertutup di bahagian depan.

Keadaan dalam train.
Senang nak ambik gambar sebab open.
Takpela, janji dapat tengok pemandangan yang super cantik. Bukan senang nak tengok pemandangan menarik di depan mata! Air Sungai Hozugawa ni sangat jernih dan berwarna turquoise. Dan di tebing-tebing sungai ada pulak rumah-rumah kampung dan ada juga jambatan-jambatan klasik yang menjadi penghubung di antara Arashiyama dan Kameoka. Subhanallah. Untuk makluman juga, train ini tidak akan beroperasi di musim sejuk (winter).

Boleh jugak nampak penumpang-penumpang sampan  Hozugawa River Cruise yang melambai-lambai kepada train yang kami naiki! Hahaha masa ni memang best, kalaula aku dapat naik sampan tu kan best keke, tapi disebabkan masa tak mengizinkan, maka banyak jugak tempat-tempat menarik yang kami terpaksa tinggalkan.

Penumpang Hozugawa River Cruise
Diorang lambai kami, kami lambai diorang. :)
Tansree dan pembantu peribadinya.
Cantik tak?
Kalau tengok live lagi cantek.

Stesen terakhir bagi perjalanan Segano Romantic Train ini adalah Torokko Kameoka Station. Dari station tu kami kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke Umahori Station untuk pulang semula ke Kyoto Station. Laluan pejalan kaki tu akan melalui kawasan tepi sawah padi yang sangat luas. Tetiba teringat Tsukuba pulak. Kekeke.

Kagum kata mereka tengok sawah hiksss..
Petang tu kami terus menaiki train untuk balik ke Kyoto Station dan balik semula ke Gion menggunakan kekdah train yang sama macam kami mula-mula datang tadi. Kami tak terus balik ke hostel, kami sempat singgah semula di Shinkyogoku Market untuk sambung shopping untuk hari kedua! Hahahah gigih tau tak! Kalau boleh, hari-hari nak shopping, cuma duit je yang tak berapa nak ada.

Jalan-jalan kat pasar basah.
Macam-macam ada...dan bersih.
Semuanya dibungkus rapi.
Kobis sebesar batu bersurat pon ada!!!
Lepas puas berlegar-legar di Shinkyogoku Market, kami pon balik semula ke Bakpak Gion Hostel. Sampai hostel terus kalut nak makan sebab tersangatlah lapar giler yakmats! (Ha ada ke ayat macam tu?Penggunaan ayat yang menerangkan tahap kelaparan kami). 

Malam tu kami dinner bersama Pon dan Joy (dua mamat Jepun yang kami kenal semalam). Masa tu jugak kami promote Malaysia kau-kau punya supaya diorang datang melancong dan menyumbangkan duit ke Malaysia hehehe. Ha sapa cakap kami tak promote Malaysia kat orang luar? Kami promote tau, siap tunjuk lagi gambar-gambar tempat-tempat menarik kat Malaysia. Sampai ternganga-nganga diorang tengok. Kagum katanya.

jemput makan!
Kami.
Ok lah, sampai sini je entry untuk kali ni... panjang sangat la pulak. Nanti melalut-lalut pulak lagi entah apa-apa semua nak cerita.

... bersambung.

WASSALAM.