2014-02-25

Bangkok Shutdown (Part 1) : First Day In Bangkok City - Chatucak Weekend Market

Assalammualaikum!!!

Dah tiba masanya untuk tulis pasal trip singkat dan tergesa-gesa aku ke Bangkok, awal tahun haritu. Kiranya macam trip pembukaan untuk tahun 2014 la (Pembukaan la sangat macamla banyak sangat trip ko tahun ni hahaha). Biar aku ceritakan sejarah trip ke Bangkok ni.

Sebenarnya dah lama plan nak pergi ke Bangkok, sejak tahun 2012 lagi, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, maka banyak tiket kapal terobang ke Bangkok yang terpaksa dibakar. Tapi nasib baik la beli tiket-tiket sebelum ni pon masa promo, Ada yang promo Zero Fare la, promo itu la, promo ini la... so takde la ralat sangat nak membakar tiket-tiket tu.

Jadi, disebabkan plan nak ke Bangkok ni asyik terbantut je, kali ni untuk tahun 2014 aku nekad nak pergi jugak. Tak kisah la walau terpaksa pergi sorang pun. Tapi memula tu aku ajak le geng travel aku yakni MasMZ, John dan Kak Coco. Alhamdulillah masing-masing setuju dan proceed dengan beli tiket. Kebetulan pulak masa tu Lion Air tengah buat promo, dapat harga KL-BKK-KL dengan harga RM 220/pax. So kami pun beli la untuk tarikh 11 hingga 14 Januari 2014. Masa tu ada cuti Maulidul Rasul pada 14 Januari 2014 so kami hanya perlu ambik cuti pada hari Isnin yakni 13 Januari 2014 saja... jimat cuti. Hehehe.

Tunggu-punya tunggu akhirnya hari yang dinanti hampir tiba (belom la tiba lagi), tapi ada la beberapa kejadian berlaku yang aku rasa ada jugak antara korang yang dah tau. Kak Coco dan John tak dapat join sebab masing-masing ada perkara lebih penting yang tak dapat dielakkan. Makanya, terbanglah aku dan MasMZ berdua ke Bangkok, Ibu negara Gajah Putih tu.

Wah panjang pulak intro kan.

Memandangkan ini firstime kami akan naik penerbangan Lion Air, terasa agak eksaited dan tertanya-tanya jugak la. Apa yang bestnya, Lion Air akan berlepas dari KLIA bukannya dari LCCT. So memandangkan flight kami akan berlepas pada jam 7.50 pagi, maka aku dan MasMZ dah ke KLIA sejak malam sebelum tu lagi, siap tido kat KLIA lagi tu sebab takde sapa yang boleh menganto kami pagi-pagi buta tu ke KLIA. Tak kisah la, bukan lama sangat nak tunggu pun dan senang jugak sebab naik ERL terus dari Putrajaya Sentral ke KLIA dengan tambang RM 6.20 sehala.

Dapat amik gambar sunrise kat airport!
First time try Lion Air.
Dipendekkan cerita, masa nak berlepas pun tiba. Sekarang ni pemeriksaan Imigresen kat KLIA dah ketat ye, agak leceh jugak la. Tapi alhamdulillah tak ada masalah pada kami, beg pun dah siap check in kat dalam kapal terobang siap-siap. Oh satu lagi yang aku suka adalah, beli tiket Lion Air dah dapat free luggage 20 kg per person! So tak payah pening-pening nak buang duit beli extra luggage lagi! 

Masuk je dalam kabin, keadaan sama la macam dalam Air Asia, sempit. Cuma Lion Air ni lagi sempit dari Air Asia, bila duduk kat kerusi tu memang muat-muat bontot je, dan lutut aku memang dah tersekat kat kerusi depan. Bayangkan betapa sempitnya! Dalam Lion Air jugak ada jual makanan, tapi jenis makanannya tak banyak dan seingat aku diorang tak jual pulak makanan masa flight dari KL ke Bangkok hari tu.

Bangkok Metropolitan dah nampak kat bawah tu!
Penerbangan dari KL ke Lapangan Terbang Antarabangsa Donmueang mengambil masa lebih kurang 2 jam dan kami tiba di Bangkok pada pukul 9.05 minit pagi waktu tempatan. Kalau ikut waktu Malaysia masa tu dah pukul 10.05 minit.

Alhamdulillah perjalanan dan urusan imigresen sangat lancar. Usai mengambil beg kami terus keluar dan menuju ke ruangan penerbangan domestik di mana kat situ terdapat kaunter teksi bandar. Kena beratur pulak beli tiket teksi memandangkan ramai pulak orang Thailand yang balik ke Bangkok, atau masuk ke Bangkok sebab nak buat demonstrasi / protest terhadap Kerajaan sediada.

Oh harus diingat, waktu kami ke Bangkok ni adalah waktu puncak permulaan protest jalanan oleh pejuang anti Kerajaan di Thailand. Dan pada 13 Januari 2014 merupakan hari pertama mereka akan mengadakan Bangkok Shutdown. So memang cuak jugak sebenarnya kami nak meneruskan hajat ke Bangkok pada mulanya, tapi nekad kami pergi jugak dan tawakal je serta yakin tak ada perkara buruk berlaku.

Beratur nak beli tiket teksi.
Kami naik teksi kaler Pink. Perbezaan warna adalah hanya dari segi syarikat teksi sahaja.
Alhamdulillah sepanjang berada di Bangkok cuaca sangat elok tapi panas!
Masa beratur nak beli tiket teksi tu pun ragu-ragu jugak sebab takut salah kaunter. Bila tanya dengan orang kaunter, diorang kata itu kaunter yang betul kalau nak naik teksi ke bandar. So kami pun ambik la satu teksi untuk terus ke Hostel yang telah di booking siap-siap di Booking.com yakni HQ Hostel. Kami dapat hostel ni pun sebab merujuk kepada Blog Dr. Shahrul yang katanya dah jadi duta Hostel tu. Hah amekaw, nanti aku ulas kau-kau pasal hostel tu.

HQ Hostel, Bangkok
5/3-4, Silom Soi 3, Silom Road, Bangrak, Bang Rak, 10500 Bangkok
Tel: +6622331598
Emel: team@hqhostel.com

Ruangan bilik /dorm

Ha, kalau korang nak try duduk hostel ni, boleh la rujuk alamat di atas, atau guna je Booking.com lebih mudah dan tak perlu bayar deposit awal masa booking. Itu yang aku suka pasal Booking.com. TAPI, aku tak rekomen untuk stay di hostel ni, kalau boleh silalah cari hostel lain yang bersepah-sepah di Daerah Silom tu. (Sebenarnya Silom ni adalah kawasan pelacuran yang terkenal di Bangkok, dan ramai giler pelancong asing yang stay kat kawasan Silom ni). Tapi bagi kami, sebab utama pilih hostel ni adalah kerana lokasinya berdekatan dengan Stesen Bangkok Sky Train (BTS) Sala Daeng. So nanti mudah la nak ke mana-mana.

Tambang teksi daripada airport ke HQ Hostel adalah 280 Baht (termasuk tol 60 Baht) sebab pakcik teksi tu kata guna highway lagi cepat sampai, which is true, memang jalan sangat lancar dan tak jem. Sempat jugak la kami tanya-tanya kat pakcik teksi tu tempat-tempat menarik sekitar Bangkok, dan dia pon ada la cerita kat kami, siap bagi katalog lagi tempat-tempat menarik macam floating market , weekend market dan sebagainya. Dia siap offer jugak kalau nak ambil perkhidmatan teksinya untuk ke floating market. Tapi dia charge mahal yakni 1500 baht untu sewa teksi selama satu hari. MAHAL. So kami cakap nanti kami pikir dulu.

Kami jugak ada tanya pasal Bangkok Shutdown tu nanti, pakcik teksi tu cakap tak da apa lah benda tu, cuma ada beberapa jalan utama je yang akan di tutup dan kalau boleh pergilah kat kawasan di luar Bangkok.

Kami sampai ke HQ Hostel setengah jam kemudian, terus check in dan bayar deposit kunci yakni 500 baht. Duit tu akan dipulangkan balik bila check out nanti. Kami jugak dah bayar terus harga penginapan yakni RM 64 / night. untuk bilik hostel. Alhamdulillah bilik semua selesa, tapi pengurusan hostel ni agak hampeh. Bila tanya apa-apa je kat petugas kaunter tu, semua diorang tak tahu! Mana tak hangin kan, sepatutnya diorang mestilah tahu basic pasal info-info tempat-tempat pelancongan kan, dah la kami pon satu hal tak buat research hahaha amekaw!. Lagi satu, hostel ni tak ada pantry dan air panas tidak disediakan yer! 

Silap kami jugak la sebab tak buat research awal-awal pasal hostel ni. Main ikut je kekeke. Bertabahjelah. OK lepas dah check in hostel, kami pun keluar semula untuk meneruskan misi hari pertama yakni menuju ke weekend market atau lebih gah dikenali sebagai Chatuchak Market.!!! (Apa hari pertama dah nak pergi shopping???) HAHAH itulah yang kami buat, sebab kami hanya ada dua hari saja untuk ke Chatuchak dan 2 hari lagi kami akan ke luar dari Bangkok.

Chatucak Market

Untuk ke Chatucak Market, kami kena menaiki BTS di Sala Daeng Station, tak jauh pun ..jalan kaki dalam 10 minit dah sampai station Sala Daeng. Di station kami beli Day Pass dengan harga 130 Baht dan boleh dipakai ke mana-mana saja dalam masa satu hari. So memang berguna la Day Pass ni untuk berjalan-jalan menaiki BTS di sekitar bandar Bangkok. 



Stesen Sala Daeng
Tu dia dah nampak ...
Follow je signboard
Ok untuk ke Chatuchack Weekend market, dari Sala Daeng (Silom Line) dan akan tukar train di Siam Station (Shukunvit Line) menuju ke Mo Chit yang merupakan station terakhir bagi Shukunvit line. Kat situlah letaknya pasar Chattuchak!

Sala Daeng Station ---> Siam Station (tukar train) ---> Mo Chit Station( Chatuchak Market)


Mula-mula sampai tu kagum jugak la tengok lokasi pasar Chatuchak ni. Untuk makluman, pasar ni merupakan pasar yang sangat besar dan ada jual macam-macam kat dalam tu. Ia  terbahagi kepada beberpa bahagian mengikut barangan yang diniagakan. Kalau agak-agak takut nak sesat, boleh ambik map untuk keseluruhan kawasan Chatuchak tu kat Balai Polis di tepi jalan sebelum masuk ke pintu utama Chatuchac Market. Harus di ingat juga, pasar ni hanya meriah pada hujung minggu sahaja. Hari-hari lain aku tak pasti la pulak, sebab tak pernah try pergi.

Chatucak Market Map.
So petang tu kami menghabiskan masa servey-servey barang dan ada jugak la terbeli beberapa barang. Yang menariknya harga kat situ murah-murah dan banyak pakaian yang up to date ada jual kat situ. Tapi Awas ye, kalau beli baju tu check la dulu saiz nya, sebab banyak saiz yang tak sama dengan saiz sebenar...macam menipu di situ.


Kami berlegar-legar kat area Chatuchak tu lebih kurang dua jam jugak la. Lepas dah puas pusing, kami seterusnya balik semula ke Mo Chit Station untuk ke destinasi seterusnya yakni menaiki Chao Praya River Cruise.

Ok nanti la aku sambung pasal Chao Praya River Cruise ni ye.

... bersambung.

WASSALAM.

2014-02-18

Kansai, Japan (Part 10): Port of Osaka, Universal Studio Japan, Umeda Sky Building (Floating Garden of Osaka)

Assalammualaikum!!!

Ok rasanya dah sampai ke penghujung entry pasal Kansai ni kot. Rasanya la, or mungkin ada satu entry rangkuman selepas ni, itu pun kalau rajin le hehee. Lama betul nak tunggu mood menaip ni sampai, sambil-sambil tunggu mood datang, macam-macam benda baru aku buat untuk tahun 2014 ni. InsyaAllah akan ditulis nanti.

[ Sambungan dari Episode 9 ]

Setelah puas berjalan di Osaka Castle dan Tsutenkaku Tower di sebelah pagi dan makan tengahari di restoran apa pun aku tak tau, kami seterusnya meneruskan perjalanan menaiki train ke Osaka Port. Untuk makluman semua, tarikan utama di Port of Osaka ni ada macam-macam seperti Aquarium, Muzium dan macam-macam lagi.

Kami ke Port Of Osaka dengan menaiki train. Aku tak ingat turun kat station mana tapi tak silap aku ada stesen Port Of Osaka kat situ. Dan kena jalan kaki sikit la nak ke kawasan tepi laut. Kebetulan pulak masa tu cuaca memang dah sejuk dan hari pon dah nak malam so memang seronok la nak berjalan - jalan tepi laut kan.

Banyak sungguh menatang alah ni kat Jepun.
Macam-macam kaler pulak tu.
Masa berjalan menuju ke port tu kami terjumpa satu kedai jual t-shirt macam-macam jenis, ada jugak jual kain, sapu tangan, kipas semua cenderamata untuk pelancong la. Harga pon boleh tahan murah. Tapi kami tak singgah lama pon kat kedai tu sebab nak kejar naik cruise katanya hehehe. Sebab kami pun tak tahu waktu operasi cruise tu kan, jadi kene la bergegas ke tempat yang dituju.

Ni kedai yang aku cakap tu, siap atas bumbung pon ada sangkut baju!

Santa Maria Cruise of Osaka

Kami plan untuk menaiki Santa Maria Cruise untuk mengelilingi beberapa kawasan di sekitar Port Osaka, tiket dia dah inclusive dengan 2 day pass yang kami beli di Osaka Station semalam, so hanya perlu bawak tiket tu saja dan tunjukkan di kauter. Kaunter tiket Santa Maria Cruise ni terletak di belakang bangunan Kaiyukan Aquarium West Wharf. So kena jalan kaki sikit la daripada train station, tak jauh mana sangat pon. Sambil-sambil tu boleh la snap-snap gambar pemandangan yang sangat cantik. Ye aku suka pemandangan kat port. Mana-mana port la, sebab bagi aku ada macam sentimental value kat situ. Hiks.

Seniman jalanan tengah buat show percuma.
Port of Osaka.
Orang memancing pun ramai.
Agaknya ikan apa la yang diorang dapat tu.
Ni boarding Counter.
Waktu sejna hampir tiba.
Ok dah sampai kat kaunter tiket Santa Maria tu kami pon siap-siap tanya kat kaunter waktu cruise tu bertolak. Sebab dia ada schedule dia. Untuk maklumat lanjut mengenai Santa Maria Cruise ni boleh rujuk kat SINI.

TEL:0570-045551(Osaka Suijo Bus Ltd.)
Venue - Kaiyukan Aquarium West Wharf
Nearest Station - 5-min walk from No. 1 Exit of Osakako Station, Subway Chuo Line
Closings - Irregular closings
Time - Day cruise: leaves on the hour every hour starting at 11:00, Night cruise: 19:00 ※Weekends and holidays from April 21 (Sat) to Oct 28 (Sun), Every day from July 21 to Aug 31
Fare - Day cruise (45 minutes) 1,600 yen, Night cruise (90 minutes) 2,500 yen, reservation required※Separate charge for dinner
Santa Maria routes.
Sementara tunggu cruise seterusnya, dalam pukul 4 petang macam tu, kami solat sekejap di kaki lima bangunan tu. Masa tu memang sejuk, dan tak cari pun surau, tak pasti ada ke tak kat area situ. So kami belasah je tepi bangku sambil. So cruise ni akan bawak kita round kat sekitar Osaka Port dalam masa 45 minit! Memang berbaloi la sebab masa kami pergi tu dah memang time sunset! Jadi pemandangan dia memang superb.

Santa Maria Cruise ni macam ala-ala kapal lanun gituh. Memang cantik dan unik la, dan kita boleh berlegar-legar atas kapal tu, tak kisah la nak duduk kat ceruk mana pun. So pandai-pandai la pilih tempat yang best.

Tu dia Santa maria dah sampai.
Kapal yang kami naik.
Lawa sangat langit masa ni.

Dari atas cruise kita akan di bawa melalui kawasan-kawasan di sekitar Osaka Port, dan akan lalu jugak tepi Universal Studio Japan! Boleh la nampak orang naik roller coaster bagai kat dalam tu.

Makin lama makin gelap.

Dah habis berlegar-legar selama 45 minit atas cruise, sambil berangan macam dalam filem Pirates of Caribbean, kami turun semula di West Wharf. Tujuan seterusnya adalah untuk ke Universal Studio Japan. So dari situ nak ke Universal  Studio Japan kami naik shuttle boat direct dari situ. Naik boat tu  pakai 2 day pass jugak so tak payah bayar. Terminal boat adalah berdekatan saja dengan jeti Santa Maria cruise tu.


Captain Line shuttle boat (Klik SINIni lebih kurang macam teksi air la, boleh drop kan penumpang kat station-station mana yang dikehendaki. Kami naik shuttle boat ni dan turun di stesen Universal Studio Japan. Nak la jugak merasa jejak kaki kat Universal Studio Japan kan, walaupun tak sempat nak masuk. Ye kami tak masuk pun dalam USJ tu sebab hari dah malam dan tak cukup masa. So amik je la gambar kat Globe bulat tu dan shopping sebenier sikit-sikit. Kat luar kawasan USJ tu banyak shopping complex dan ada jugak Hard Rock Cafe kat situ, So bagi sesiapa berminat mengumpul barangan HRC boleh la beli kat situ juga. Kat area USJ tu ramai jugak jumpa orang Malaysia, kiranya macam musim orang Malaysia melawat Jepun gituh... tapi macam biasa la, banyak jugak yang muka kekwat.


Dah selesai berlegar-legar di kawasan USJ, kaki pon dah rasa macam nak tercabut, kami bergerak pulang ke Osaka City. Masih ada satu lagi tempat yang kami nak pergi yakni Floating Garden Observation Tower di Osaka. Memang gigih weh, sebab rasa sengal-sengal satu badan, berjalan dari pagi sampai ke petang. Tapi ini aja masa yang kami ada sebab esok dah nak balik ke Malaya. So ayuh teruskan!

UMEDA Sky Building, Osaka

Kami turun train di Umeda Station dan berjalan kaki menuju ke Umeda Sky Building. Jauh jugak weh menapak, dekat setengah jam baru sampai campur sesat barat semua hahaha. Masa tu menyumpah-nyumpah dah dalam hati sebab kenapa la kene pergi bangunan tu, sama je kot pemandangannya kan... tapi dalam hati je la hehehe. Dan hakikatnya memang superb dan menawan sungguh pemandangan di waktu malam dari atas bangunan yang tinggi tu. Nak masuk atas tu tak perlu bayar... macam biasa pakai je 2 day pass yang kami beli tu. Dan kat sini jugak la aku merasa naik escalator atas angin! Wah atas angin la sangat ye? Escalator tu kalau patah, memang ko jatuh menjunam ke tanah weh dari tingkat 39! Hahaha tak ke ngeri.


Kat atas tu jugak boleh la korang kunci-kunci mangga bebentuk love, kengkonon menandakan kasih sayang korang demi kekasih tercinta kan....takde maknanya.


Tak boleh nak duduk lama-lama atas tu sebab sejuk yaamat, so kami pun beredar la dalam 30 minit kemudian. Kali ni memang nak terus balik dah. Tak larat dan perut pon makin lapar. Nak kene kemas barang lagi sebab esok dah nak balik! Sedih jugak weh maklumla 7 hari kat Jepun dah macam ada kat laman rumah sendiri tau...over, hahah.

Dotonburi Street

Eh sebenarnya dah nak sampai hotel tu tetiba kami tersinggah pulak dekat Dotonburi Street. Hahah apa yang ada kat Dotonbury Street ni? Sebenarnya kawasan Dotonburi ni adalah satu kawasan yang paling happening kat Osaka. Dia lebih kurang macam Bukit Bintang kat KL la. Macam-macam ada dan kebanyakan muda-mudi Osaka lepak kat sini. Dan kalau nak shopping sebenier pon murah juga. Ada satu kedai borong kat situ yang ada jual macam-macam cekelat dan makanan kat situ dengan harga murah.


Dan yang pastinya kalau nak mengumpat tu pandang kiri-kanan jugak yer sebab ramai je orang Malaysia kat situ kekeke. Ops terlaser John pulak.

Nape tah mamat Glico ni popular sangat.
Ok lepas habis shopping dan makan-makan sikit kat Dotonburi barulah kami balik kek hotel. Memang penat tahap dewa tapi puas.

Esoknya dah nak balik Malaysia, sedih tapi puas sebab percutian kali ni sangat best dan sempoi. Semoga kami berpeluang lagi travel bersama macam ni. Tak sabar ke lokasi seterusnya! NEXT!!!!


Haip!
Pstt: Nanti ada last entry pasal Japan ni, nak la jugak buat closing entry hehehe. Pasal bajet semua pun insyaAllah akan dikongsikan.

WASSALAM.