2014-03-31

Bangkok Shutdown (Part 4) : Swiss Sheep Farm, Cha Am

Assalammualaikum!

Haha bertabahlah korang tunggu dan baca entry Bangkok ni sebab memang mood dia kena buat tarian dulang baru boleh datang. InsyaAllah akan cuba habiskan secepat mungkin. 


Ok setelah habis satu pusingan meneroka Santorini Park di kala panas mentari dan rasa dahaga teramat, maka kami pun bersetuju untuk meninggalkan tempat tu dan pergi ke destinasi seterusnya yang terletak beberapa kilometer saja dari lokasi Santorini Park tu, iaitu Swiss Sheep Farm, Cha Am. Ha dengar nama pun dah macam kat Swiss kan? Apa lagi ayuh kita ke sana!!

Sekejap, sebenarnya macamana nak pergi ke Swiss Sheep Farm tu? Nak jalan kaki? Giler ke apa nak jalan kaki berkilo meter tengah panas merentas highway? So kami pun duduk la termenung depan pintu masuk Santorini Park tu sambil berfikir kekdah terbaik untuk ke Swiss Sheep Farm. Akhirnya kami membuat keputusan untuk jalan kaki ke jalan utama dan tunggu kalau-kalau ada teksi menjelma. Alhamdulillah, baru saja nak melangkah, ada pun teksi panggil kami. (phew lega, tak jadi nak nanges)

Kata driver teksi tu dia ada bawak satu family dari Malaysia jugak dan lepas ni akan balik ke Bangkok. Dia boleh bawak kami sekali, dan dia boleh hantarkan kami ke Swiss Sheep Farm tu dulu sementara family dari Malaysia tu meronda-ronda dalam Santorini Park tu. Kami pun setuju je la, so kami naik teksi tu dan dia hantar kami ke Swiss Sheep Farm. Dia siap bagi nombor talifon dia dan pesan kalau kami dah habis ronda kat Swiss Sheep Farm, sila talifon dia. Tambang dari Santorini Park ke Swiss Sheep Farm dengan menaiki teksi tu adalah 100 baht (RM10). Memandangkan itu je option paling cepat yang kami ada, so terima je lah ketentuannya.


Dah sampai...itu tempat beli tiket.
Ini pintu masuk utama.
Alhamdulillah sampai jugak kami ke Swiss Sheep Farm ni. Memang cantik la tengok dari tepi highway. Ye lokasinya memang betul-betul tepi highway nak ke bandar Cha Am. Tiket untuk masuk ke Swiss Sheep Farm ni adalah 120 baht (RM12 ). So dalam tu boleh la berlegar-legar tengok kandang kambing, kuda padi, dan macam-macam haiwan ladang yang lain. Keadaan ladang kat situ dibuat sangat cantik dan kemas, banyak jugak la arca-arca yang menarik kalau nak ambik gambar.

Banyak dekorasi yang unik.
Papan tanda pon cantik.
Kaunter pemeriksaan tiket.
Di samping itu, pelbagai aktiviti jugak boleh dilakukan di Swiss Sheep Farm ni antaranya adalah, bagi makan kambing bebiri, bagi makan kuda, naik kuda padi dan sebagainya. Rasanya kalau bawak budak-budak lagi sesuai kot.

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk website di SINI atau boleh juga rujuk FanPage mereka di SINI.

Swiss Sheep Farm
Petchburi Thiland 76120
Tel. 032-772495 Email : info@swisssheepfarm.com
Opening Time
Mon – Fri : 10.00 - 19.00
Sat – Sun : 09.00 - 19.00
Tiket masuk.
Banyak kawasan lapang dalam ni.
Jual topi petani...
Berangan #1
Berangan #2
Tarikan utama adalah bebiri.
Lagi bebiri memakan rumput.
Makankan bebiri dengan rumput.
Nak bagi makan bebiri kene bayar 20 Baht.
Tak lama kami duduk dalam tu sebab panas! Hahaha dasar lilin. Cukup sejam, kami pun keluar. Tengok-tengok abang driver teksi tadi dah takda! Omai, ingatkan dia nak tunggu kami kat luar tu. Kami pon call la dia, memandangkan dia bagi nombor talifon tadi kan. Dengan menggelabahnya dia bagitau yang dia tak jadi nak bawak kami balik ke Bangkok sebab Family dari Malaysia tu taknak kongsi van! HAHAHAHAHA padan muka kami. Takpe, masih ada jalan lain. So aku pon cakap la kat driver teksi tu yang kami pun ok je, boleh cari teksi lain (padahal dalam hati cuak tatau macamana nak balik Bangkok).

Berangan #3
Ada kuda padi juge.
So alternatifnya, kami tanya kat kaunter tiket Swiss Sheep Farm tu, dan alhamdulillah diorang ada nombor talifon teksi. Siap diorang talifonkan dan arrangekan untuk kami pulak tu! Sangat baik pekerja-pekerja kat Swiss Sheep Farm tu, saya bagi 5 bintang untuk itu.

Banyak dekorasi menarik dalam ni.
Lagi dekorasi.
Ini kami!
Rumah petani katanya....
Yang ni tatau ... 
Bersama Hulk.
Ruangan pesta...malam je bukak.
Kami pun tunggu la teksi seperti yang dijanjikan. Menurut pekerja Swiss Sheep Farm tu, nanti teksi akan berhenti kat tepi jalan, so kami kene seberang jalan besar tu untuk naik teksi. Apa-apa nanti dia akan bagitau bila teksi dah sampai... see! Baik kan pekerja Swiss Sheep Farm tu.

Sambil-sambil tunggu teksi tu, kami pun lepak la kat cafe depan kaunter tiket. Lepastu tetibe driver teksi yang kami naik mula-mula tadi talifon balik kami! Katanya diorang setuju pulak nak bawak kami sama balik ke Bangkok! Huh??? Amboi tadi kemain taknak tompangkan kami kan, so dengan sopan santunnya aku cakap takpelah, kami dah ambik teksi lain. So dengan kecewanya driver teksi pun pujuk-pujuk kami, tapi aku malas dah nak layan. Ye la kita dah talipon teksi lain kan? takkan nak cancel pulak yang tu. (Eleh yang sebenarnya dia rugi la tak dapat duit kami kan!) Apa pun yang penting kenderaan kami nak balik ke Bangkok ada.

So bila teksi kami dah nak sampai, maka pekerja Swiss Sheep farm tu bagitau kami suruh kami tunggu tepi jalan. Ye dengan pantasnya kami pon melintas la jalan-raya yang sibuk tu.. hahaha mencabar sungguh. Dan kami pun tunggu la ada satu van teksi yang berhenti depan kami, driver tu pon kompom boleh agak punya sebab kami je yang tunggu kat situ. Dan senang je nak kenal van teksi tu sebab semuanya sama je bentuknya.

Maka selamatlah kami pulang ke Bangkok petang tu, di kala Bangkok tengah sesak dengan Shutdown Bangkok. Tambang van adalah 160 Baht juga. Kami diturunkan dekat station Victory Monument! Ya Ampun memang sesak giler dengan protesters kat situ...siap ada stage macam konsert pon ada haih. Tak berani la jugak nak sibuk-sibuk bersesak-sesak kat situ kan, kami pon terus naik BST dan balik ke hostel. Malam tu makan megi lagi la....dan kemas-kemas barang apa yang patut sebab esok dah nak check-out.

Ha ni tambang teksi.
Tengok la tu kemain ramai manusia kat BST Station (Gambor blurr sebab tengah naik escalator)
Nak masuk train pon berebut-rebut dengan diorang ni, acaner?
Ok nanti aku sambung lagi kisah di hari terakhir di Bangkok. Kisahnya kami ni main redah je, takde plan-plan nak ke sana-kemari naik apa, sudahnya pasrah la apa yang berlaku hikhikhik.

.... bersambung.

Pssstttt: Siapa ada baca paper Harian Metro 28 Mac 2014 haritu? Hiks.

Harian Metro ;)

WASSALAM.

2014-03-25

This Is What We Call 'Takdir' #MH370

Assalammualaikum...



Sebesar-besar kurnia adalah dariMu,Ya Allah
Seindah-indah perkhabaran jua dariMu, Ya Allah
Seburuk-buruk perlakuan hanya dari kami, Ya Allah

Remuk hati mereka, seakan kami juga merasakan kesakitan itu
Penantian, walau penuh pengharapan dicantas sekelip mata
Redhalah
Sesungguhnya perancangan DIA itu maha adil
Sesungguhnya DIA lebih tahu di atas semua percaturannya
Panjangkanlah permintaanmu
Jangan putus mendoakan mereka
Untuk ditempatkan bersama 'mereka-mereka' yang terpilih
Redhalah
Sesungguhnya Allah maha mengetahui

Al-Fatihah
#PrayForMH370

Sedih... walau mereka itu tiada langsung pertalian saudara dengan aku tapi sebenarnya aku sangat terasa dengan kejadian ini. Mungkin sebab 'kita-kita' yang selalu kesana-kemari menggunakan perkhidmatan yang sama, kita faham bagaimana perasaan mereka. Dan kita juga mungkin akan mengalaminya, dengan Izin DIA. 

Apa-apa pun, sama-sama kita panjangkan doa buat 'mereka-mereka' yang tertimpa musibah ini. Takziah buat keluarga mereka. Takziah buat Rakyat Malaysia. Sedarlah bahawa ALLAH memberikan 'perhatian'  yang lebih terhadap Malaysia ketika ini. 

#MalaysiaBersedih
#DeepestCondolenceToMalaysia
#MH370

WASSALAM.

2014-03-24

Bangkok Shutdown (Part 3): Bangkok City Dan Cha Am-Hua Hin - Santorini Park Journey

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan daripada Parf 2 ]

Ok aku tepek dulu beberapa daripada aktiviti naik Chao Praya River Cruise dalam entry Part 2 seperti yang dijanjikan.

#1
#2
#3
#4
#5
#6
Di hari kedua, akmi banyak menghabiskan masa di Chatuchack Market. Sempat jugak tengok-tengok keadaan sekeliling yang sudah mula dipenuhi dengan protestors. Ada jugak beberapa jalan utama yang telah ditutup. Maklumlah, esok (13 Januari 2014) merupakan tarikh permulaan kepada Bangkok Shutdown yang akan berpusat di Victory Monument, Bangkok City. Sempat jugak kami singgah kat satu kuil kecik kat tengah-tengan simpang namanya Than Toa Mahaprom. Ramai pulak orang tengah sembahyang masa tu.

Sempat jugak singgah sini.
Than Toa Mahaprom
Kuil Than Toa Mahaprom ni terletak betul-betul kat tepi simpang yang sesak.
Ramai orang tengah menyembah.
Pelancong pun ramai juga.
Keadaan di Bangkok pada pandangan aku masih tenang, dan alhamdulillah tak da perkara-perkara yang membahayakan pelancong berlaku sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media massa. Tapi apa yang tak bestnya, kawan-kawan aku yang tinggal kat Bangkok semua dah keluar dari Bangkok, balik kampung masing-masing katanya... maka tak dapat la jumpa Supaporn Kittiwarodom, Kai Wassanna, Mine Watchannacinda, dan Orn Suktiparadam ... ha jangan memain, aku ingat nama penuh diorang tau! Hahaha diorang belom tentu ingat nama penuh aku. Diorang ni aku kenal masa courses yang aku ambik masa di Singapore dan Jepun dulu. Takpe la takde rezeki nak jumpa diorang, maybe next time.


Keadaan di Victory Monument sebelum 13 Januari 2014
Victory Monument, Bangkok.
Tiket Teksi Van nak kemana-mana ada jual kat area Victory Monument ni, tapi malangnya nak ke Hua Hin tak de pulak masa tu.
Banyak jugakla hasil shoppingan di Chatuchack Market. Dan kat Chatucak ni jugak ada banyak tempat massage! Aku try foot massage selama satu jam dengan harga Rm 15 kot kalau tak silap aku, yang urut tu perempuan, tapi kemain la ganas kekdah pengurutannya. Lepas habis urut rasa ringan je kaki, terus sambung shopping hahahha.

Macam-macam makanan ada kat Chatucak Market ni.
Akak yang mengurut kaki aku hehehe. Peramah akak ni.
Selfie tetap ada. Hahahah
Ganas tak? Aksi ni jangan ada yang pikir bebukan!
Tempat berurut kaki.
Buku-buku terpakai pun banyak dijual.
Spender terpakai pon ada dijual.
Macam-macam la ada dijual kat sini.
Keadaan Chatucak di waktu malam.
Balik hostel terus flat dan yang bestnya, roommate aku tetiap hari bertukar, dari mamat India, malam ni mamat German pulak... so sempat la share macam-macam dengan diorang. Yang best tu, mamat India ni sangat la peramah. Nama dia Rashan, datang ke Bangkok sebab nak jumpa tunang dia, orang Bangkok. Habis semua dia cerita luar dalam hahaha.

Hari ketiga, adalah hari yang dinanti-nati. Kami akan keluar jauh dari Bangkok City. Kami akan ke Cha Am - Hua Hin yang letaknya lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Bandaraya Bangkok. Ramai yang menasihatkan kami supaya keluar dari Bangkok hari ni sebab ramai protester dah berkumpul kat Bangkok. Ya memang berbeza keadaan di Victory Monument semalam dan hari ini. Bukan main ramai manusia berkampung kat situ, siap pasang khemah bagai. Ada pulak pentas besar kat tengah-tengah roundabout tu, diorang pasang untuk acara berkempen dan menyanyi. Macam konsert pun ada jugak.

BTS pulak jangan cakap la, sesak dengan protesters, diorang ni senang dikenali sebab macam-macam fesyen diorang pakai dan ada ikat reben warna bendera Thailand di tangan, leher malah ada yang cat-cat muka dengan bendera Thailand! Sebenarnya bila tengok diorang ni agak seronok jugak la.

Teksi yang kalerful!
Berbalik kepada cerita nak ke Cha Am - Hua Hintadi, plan asal kami adalah untuk ambik teksi van dari Victory Monument untuk menuju ke Cha Am - Hua Hin. Pusing punya pusing kat kawasan Victory Monument yang sesak dengan orang tu, takde satu teksi pun yang nak ke Cha Am - Hua Hin dengan alasan, diorang taknak keluar Bangkok sebab taku jem. Habislah!!!! Rosak plan kami kalau macam ni. Tapi disebabkan nak jugak ke Cha Am, kami pun tanya jugak kat orang-orang teksi tu, ada cara lain tak nak ke Cha Am. Alhamdulillah doa orang musafir ni insyaAllah dimakbulkan Allah, akhirnya kami diberitahu boleh ke Cha Am tapi kene naik dari Stesen Bas Sai Tai Mai (Southern Bas Teeminal) yang terletak agak jauh dari Victory Monument.

So untuk ke Southern Bus Terminal ni, kami naik BTS menuju je stesen Krung Thon Buri (Silom Line) . Sebenarnya boleh je turun kat stesen Sala Daeng, tapi disebabkan banyak jalan tutup maka kami terpaksa ke stesen Krung Thon Buri, tambang BTS dalam 30 Baht tak silap aku, murah je. Ok part the best route nak ke Southern Bus Terminal ni korang pandai-pandai la Google ye, nak ikut cara kami pun boleh, tapi jauh sikit la sebab kami main redah je.

Dah sampai stesen Krung Thon Buri tu, kami dah blurr tak tau nak turun ikut pintu mana untuk ambik teksi, so kami pun tanya la kat sekumpulan protesters yang tengah beli tiket BTS kat situ, alhamdulillah diorang semua baik-baik dan sudi menolong. Cuak jugak sebenarnya hehehe. Kami ambil teksi dari BTS station untuk ke Southern Bus Terminal. Tambang teksi adalah 70 baht. Tapi disebabkan pakcik teksi tu terlajak simpang nak masuk ke Southern Bus Terminal tu, dia turunkan kami kat tepi jalan je, huhuhu terpaksa pulak manjat tembok bagai nak seberang jalan! Drama sungguh haih! Ni belum sampai ke Cha Am lagi ni.

Ok Southern Bus Terminal ni merupakan terminal bas baru yang sangat besar ye. Siap ada shopping complex lagi kat situ dan kebanyakan bas dan teksi untuk keluar bandar boleh didapati di situ. Alhamdulillah nak cari teksi van untuk ke Cha Am-Hua Hin tak susah, sebab kaunter-kaunter kat situ ada tulis destinasi-destinasi yang boleh dituju. Lepas bertanya dengan petugas kaunter (kaunter la sangat padahal hanya ada kerusi dengan meja je kat situ) dan kami dengan yakinnya  telah membeli tiket teksi van untuk ke Cha Am-Hua Hin dengan harga 160 baht seorang. Ye itu memang harga standard. Van pulak hanya akan jalan bila penumpang dah penuh, so menunggu la pulak sampai van penuh kat situ. Nasib baik tak payah tunggu lama.

Bangunan Southern Bus Terminal.
Kawasan tempat Teksi Van.
Ha beli tiket kat sini yer!
Jom teruskan perjalanan!
Keadaan dalam Van.
Perjalanan ke Cha Am-Hua Hin mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai tertidur-tidur jugak la dibuatnya. Masa memula naik van tu tadi kami dah pesan siap-siap kat driver untuk turunkan kami kat Santorini Park.

Untuk makluman semua, Santorini Park ni terletak betul-betul tepi jalan sebelum sampai ke bandar Cha Am, so korang kena aware tempat tu or else akan terlajak. Dalam perjalanan jugak van ni banyak kali berenti di beberapa tempat untuk turunkan penumpang-penumpang lain.

Akhirnya kami sampai jugak di Santorini Park. Van memberhentikan kami kat tepi jalan je sebab mereka akan terus menuju ke bandar Cha Am. Cabaran seterusnya adalah untuk menyeberangi highway yang sangat besar dengan lori, kereta, bas semua laju-laju!!! Alhamdulillah selamat jugak seberang jalan.

Akhirnya kami sampai jugak kat sini! Yessss
Jom lintas jalan dulu...AWAS!
Santorini Park, Hua-Hin

Yes! Sampai jugak kami kat Santorini Park! Walaupun panas nak mampos tapi gigih jugak berjalan, nak masuk ke pintu utama tu agak ke dalam sikit dari jalan masuk utama. Tak ramai orang yang datang situ sebab mungkin kami pergi tu hari isnin dan hari bekerja.

Landmark Santorini Park.
Pintu masuk utama.
Masuk ikut sini.
Beli tiket kat sini.
Tiket masuk ke Santorini Park adalah 50 baht seorang. Tapi itu hanya tiket untuk masuk saja! Kat dalam tu kalau nak main apa-apa kene bayar lagi ikut harga setiap permainan.

Tiket masuk hanya 50 baht.
Seronok giler bila dapat tengok keadaan perkampungan Santorini yang dibuat sebijik betol-betol macam kat Santorini, Greece. Merasa la jugak tengok walau tak dapat pergi yang betol-betol punya kan.

Santorini Park ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Village Zone, Park Zone dan Event Zone. Kat Village Zone lebih tertumpu kepada kedai-kedai factory outlet. So sesiapa yang rasa macam nak shopping tu boleh la kat sini. Dan satu lagi, kalau nak beli poskad, boleh beli kat sini sebab poskadnya murah! Poskad kat Chatucak Market mahal!

Village Zone.
#7
#8
#9
#10
#11
#12
Waktu operasi Santorini Park adalah dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk details pasal park ni boleh rujuk SINI.

Boleh beli FM kat kedai ni. Poskad pon murah.
Cenderamata.
Boleh cop poskad.
Park Zone
Park Zone
Zone kedua adalah Park Zone, ha kat sini ada macam-macam permainan antaranya, ferries wheel, taman air dan Trick Art Museum. Kami pilih untuk masuk Trick Art Museum saja sebab memandangkan matahari tengah rembang, so memang tak sanggup la nak main-main kat dalam tu.

Trick Art Museum
Beli tiket kat sini.
Tiket masuk...sebenarnya combined tickets.
Tiket masuk ke Trick Art Museum ni adalah 120 baht seorang. Memang besar la muzium ni sebenarnya dan ia merupakan muzium yang sama konsepnya macam Trick Art Muzium di Jeju, Korea Selatan. So pusing-pusing dalam Trick Art Museum ni je dah dekat 2 jam. memang macam-macam ada dalam tu dan kami memang berhenti kat setiap gambar untuk bergambar. Rugi kalau tak bergambar kan hehehe.

#12
#13
#14
#15
#16
#17
Lepas habis pusing-pusing dalam Trick Art Museum tu kami terus menuju ke satu lagi tempat yang berhampiran! Ada lagi satu drama menanti! Tapi tunggu aku cerita kat next entry ye. heheh

Ayuh ke tempat seterusnya.
...bersambung.

WASSALAM.