2014-05-21

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!

Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.

Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.

Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.

Ok apa sebenarnya nasi ganja?

Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringat-ingat sampai sekarang kot. Itulah istimewanya nasi ganja ni.

Lauk pauk utama adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia, aku tak boleh nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Lokasi?

Bagi penduduk Ipoh, mungkin dah familiar la kot dengan lokasi restoran ni. Jangan terkejut pulak, sebenarnya restoran ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslim yang berkongsi kedai dengan restoran Cina ni.

Nama restoran adalah Yong Suan Restaurant terletak di Jalan Yang Kalsom. Untuk alamat restoran adalah seperti berikut:-

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak. 

Gambar ni aku ambik kat Google je. 
Masa mula-mula sampai kat kedai ni, terkejut jugak tengok bukan main ramai manusia pelbagai bangsa tengah beratur sampai ke luar kedai, walhal baru je pukul 11.30 pagi. Sampai-sampai je terus kami pun masuk dalam barisan. Lepas tu ane tukang ambil order tu bagitau kat kami, kalau nak makan kat situ tak perlu beratur, boleh terus duduk di meja. Yang beratur tu untuk yang nak tapau bawak balik je.

Tudiaaaaa ramainya peraturan! Sebab jaki sangat tak nak dapat lambat terus beratur kat belakang abang baju biru, paduhal tak payah beratur pun hiks.
Keadaan dalam kedai yang dah hampir penuh. Kelihatan taukeh kedai sedang kira duit minuman (sahaja).
Oooooooo barula paham. So kami pun duduk je la kat meja sementara ane ambik order tu mengambil order kami. So rasanya menu dia takde la pelbagai tapi memang menu nasi kandar ni, standard la macam menu nasi kandar di Penang tu. 

Lauk pauk pula adalah lauk pauk nasik kandaq macam kat Penang tu...sama je.
Tudiaaa mungkin ini adalah keistimewaannya.... masak nasik dalam belanga gangsa.
Untuk order air pulak, bukan ane tadi yang ambik order, tapi ada nyonya yang bekerja di Restoran Yong Suan tu yang ambil. Haaaa unik kan. Macam biasa, waktu tengahari memang penuh la restorang Yong Suan ni.

Orang makin ramai. Masa ni dah pukul 12.00 tengahari kot.
Tadaaaaaa..... ni dia nasi ganja yang digembar gemburkan sangat tu! Nampak biasa je kan. Taoi rasanya enak.
Mengikut sejarah, Restoran Yong Suan ni telah dibuka sejak tahun 1960 an, dan bertahan hingga sekarang. Kalau tengok keadaan restoran pun boleh tahu la, sebab senibina klasiknya masih kekal utuh.

Sekali rasa, Nasi Ganja ni memang ada keistimewaannya la... boleh tahan la sedapnya dan tak hairan kalau ada yang sanggup datang tetiap minggu beratur depan kedai semata-mata nak beli Nasi Ganja ni. Power lah. InsyaAllah ada rezeki aku nak datang lagi dan makan Nasi Ganja kat sini!

Masa kami dah habis makan pun still ramai yang beratur... hebat.
Psttt: Kalau nak makan kat sini kene datang awal sebab kalau datang waktu tengahari memang kompom restoran ni penuh!

Psttt 2: Restoran Nasi Kandar ni tak ada cawangan di mana-mana. Kat sini ajelah satu-satunya tempat Nasi Ganja ni.

Ayuh!

WASSSALAM.


2014-05-14

Bangkok Shutdown (Part 5) : Damnoen Saduak Floating Market

Assalammualaikum!!! 

Setelah memberi laluan kepada entry-entry Royal Belum, ok kali ni kena jugak habiskan entry Bangkok yang tinggal sipi-sipi je nak habis. Sorry sebab mengambil masa yang lama untuk update sebab memang agak busy sekarang ni dengan kerja-kerja hakiki.OK ayuh sambung cerita di Bangkok.


Hari terkahir di Bangkok, dan sementara menunggu flight balik ke Malaysia di sebelah petang, kami meneruskan misi terakhir yakni menerjah floating market yang agak popular di Bangkok iaitu Damnoen Saduak Floating Market yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Sentral Bangkok.  

Keadaan di Victory Monument
Keadaan di Victory Monument.... Manusia bergelimpangan.
Hari terakhir ni agak yakin dengan keadaan sekitar Bangkok, sebab tengok hari pertama Shutdown Bangkok macam selamat je kami nak berjalan-jalan. Setelah check out hostel dan tinggalkan barang di dalam store hostel, kami pun bergerak menuju ke stesen Victory Monument. Keadaan kat Victory Monument tu memang masih tegang dan memang ramai giler ummah manusia Thailand yang berkampung kat situ. Tapi yakin je la, kami redah jugak orang sesak-sesak tu untuk cari stesen teksi yang boleh bawak kami ke Damnoen Saduak Floating Market.

Banyak yang jual benda-benda macam ni.
Barang-barang untuk protest.
Yang berkampung kat sini pun ramai.
Jenuh jugak la tanya sana sini, sebab banyak teksi yang tak nak keluar dan masuk ke Bangkok disebabkan oleh tunujk perasaan tu. Akhirnya kami jumpa jugak stesen teksi yang boleh bawak kami ke sana. Tempat teksi tu betul-betul bawah stesen Victory Monument. Harga teksi untuk ke Damnoen Saduak Floating Market tu adalah 160 Baht seorang

Kaunter tiket teksi.
Teksi Van yang kami naik.
Macam biasa, kene tunggu teksi penuh dulu baru bleh jalan. Perjalanan ke Damnoen Saduak Floating Market ni memang jauh, dan alhamdulillah jalan raya pun takda lah jem sangat pagi tu.

Teksi dah penuh! Ayuh.
Setelah dua jam perjalanan akhirnya kami pun sampai lah kat kawasan tempat sewa sampan atau bot kat area-area Damnoen Saduak tu. Kami pun sebenarnya blur jugak, tak tau nak tuju kat mana, sebab teksi tu main berhenti sesuka hati dia je. Akhirnya ada sorang lelaki ni datang kat kami dan tanya kami untuk ambik pakej dia.

Dah sampai jeti bot.
Ni muka mamat tu.
OK pakej yang kami ambik tu harganya 1000 baht untuk satu bot, dan bot tu kami naik dua orang je. Cis, aku rasa macam dah melampau sangat je harga bot tu, tapi memandangkan dah tak ada pilihan lain, dan nak cari tempat bot yang lain pun macam susah je, maka kami pun ambik je la pakej dia tu, so sorang bayar dalam 500 baht macam tu.

Maka pengembaraan naik sampan ke floating market pon bermula. Tapi hairan jugak sebab masa kami sampai tu tak ramai sangat orang dan tak meriah pun macam dalam gambar-gambar iklan kat TV. Hahahah tak boleh blah kan nak macam dalam iklan. Mungkin sebab kami pergi tu bukan hari minggu, dan pelancong tak ramai. 

Eksaited terlebih.
Tak banyak pelanggan hari ni ye bang?
Lalu macam longkang je.
Ni baru nampak macam sungai sikit.
Selfie wajib bersama pemandu bot hiks.

So merasa la jugak singgah kat floating market dan beli pulut mangga. Sedap jugak la sebungkus dalam RM3.50 macam. tu.


Ingatkan pompuan je yang menjual.
Makcik ni baru susun barang nak menjual.
Makcik ni pulak jual madu.
Ada jugak kedai-kedai sebegini.
Sempat jugak singgah di kilang membuat coconut sugar.
Besar la jugak kilang ni.
video

Ha sape boleh celen suara MINAH ni, memang mantop! HAHAHAHA

Makcik ni jual sayor.
Dan makcik ni jual makanan apa tah.
Gadis ni jual topi hihihi.
Kami jugak dibawa singgah kat sebuah temple kecik kat tapi sungai. Aku pun tatau apa nama temple tu. Sebenarnya tak teringin pun nak melawat-melawat temple, tapi sebab dia dah singgah so turun je la sekejap. Pemandu bot tu pon pelik sebab sekejap sangat kami singgah, snap dua tiga keping gambar dan blah. Lagipun kat situ banyak anjing! Memang tak la nak bersantai-santai bagai kat situ.

Gigih la akak ni mempromosi barang dia.
Perjalanan ke temple.
Wat Prok Charoen Temple.
Inilah rupa temple tu.
Keseluruhan kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam kat floating market tu. Dan kami dihantar semula ke jeti di mana kami naik tadi. Masa tu ada la diorang amik gambar kita dan framekan. Tapi tak kuasa la nak beli sebab aku rasa aku amik gambar diri sendiri lagi ok hikhikhik.

Kami jugak mintak, mamat tadi tu tolong panggilkan teksi untuk balik ke Bangkok. Alhamdulillah tercapai jugak misi nak ke floating market. 

Sampai je kat Bangkok, kami balik semula kat hostel dan bersiap-siap untuk ke airport. Nasib baik flight tak delay hari tu dan perjalanan pulang ke Malaysia selamat.


video
Sebahagian aktiviti para penunjuk perasaan di Victory Monument.

So itu sajalah cerita kat Bangkok. Tak da la menarik sangat tapi puas la tercapai jugak hajat nak jejak Bangkok. InsyaAllah akan ke sana lagi nanti tapi tak tau bila....nak repeat lagi sebab banyak jugak tempat yang tak sempat nak cover. Paling best dah tentu la part shopping kat Chatuchak Market tu.

Ok la, sekian dulu kisah Bangkok. Semoga ada lagi kisah-kisah lain yang boleh dikongsi kat dalam blog ni.

WASSALAM.