2014-06-26

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan, so apa pencapaian korang setakat setengah tahun 2014 ni? Ada yang dah menambah ahli keluarga, yang menambah harta, yang menambah kengkawan dan macam-macam lagi ye tak? Yang penting, hidup mesti diteruskan. Pedulikkan apa orang nak cakap, jagan susahkan hidup orang sudah. 

Ok ayuh sambung kisah di Taman Negara Pahang. (Orang lain dah habis buat entry Taman Negara ni, aku still tak habis-habis lagi. Entah la, kalau ada yang sudi nak baca.... silalah)


Ok kalau di sebelah pagi dah gigih memanjat di canopy walk, sampai pecah-pecah kemera, so sebelah petangnya pulak merupakan masa yang paling aku tunggu-tunggu. Masa untuk menyelusuri Sungai Tembeling, menyaksikan pemandangan indah yang aku impikan sejak sekian lama! (ewah ayat tak boleh blah!). Kalau sebelum ni asyik tengok dalam kalender je gambo-gambo cantik kat taman negara tu, lalu tengah sungai sambil tengok canopy taman negara, tapi kali ni kompom aku dapat tengok live depan mata (drama!)
NOTA: Kos untuk naik sampan di Sungai Tembeling menuju ke Kelah Sanctuari adalah RM 60 / orang. 
Ok kami berkumpul di Jeti Kuala Tahan tengahari tu dalam jam 2.30 petang. Masa tu Madi dah pesan suruh bawak pakaian untuk mandi sekali. Huish dah gigil-gigil sebenarnya nak mandi sungai, sebab masa mandi sungai semalam tak puas, sekejap sangat. So macam biasa kami tunggu bot yang madi sewa untuk kami di jeti.

Tempat berkompol.
Eksaited baqhang!
Kami akan naik dua bot, actually sampan sebenarnya sebab satu sampan hanya boleh naik 3-4 orang saja. Katanya aras air sungai tengah cetek sekarang ni, so kalau naik ramai-ramai nanti bontot tenggelam, kena pulak turun sungai angkat sampan kalau tersangkut kat batu. Maka sebab tu la kami naik dua sampan,

Ayuh mulakan perjalanan!
Fuyuhhhhh!
So perjananan pun bermula, gila teruja masa naik sampan tu, masuk je kat kawasan Sungai Tembeling tu, mulut tak henti-henti cakap "whoaaaaa!!! ....whoaaaa~!" eh silap "subhanAllah~" sebab sangat kagum bila tengok pokok-pokok besar yang terjulur-julur kat sungai, lepas tu redah jeram, rempuh kayu-kayu mati...tunggul-tunggul pokok semua lah! Memang best dan terasa macam kat Hutan Amazon! Hahahaha berangan, kengkonon nak pegi Hutan Amazon kan, tapi hakikatnya kita berada kat Malaysia! Yes our own Taman Negara!.

Whoaaaa~!
Macam kat Hutan Amazon! (macam ko penah pegi je kan?)
Yang baju kuning kat depan tu jurumudi sampan kami.
Kalau sampan sangkut kat batu dia lah yang tolong tolakkan. 
Dia sentiasa standby dengan kayu tu.
Subhanallah...aku terharu tengok pemandangan camni hiks
Kami di bawa ke kawasan hujung, di mana sampai situ je sampan boleh sampai. Sebab kat sebelah atas tu dah jeram besar dan ada batu-batu besar. Katanya kat situ ada Lata Berkoh, nak ke Lata Berkoh kena pulak berjalan kaki buat jungle trekking dalam 20 minit. Menurut Madi, sekarang ni kawasan Lata Berkoh tengah diserang lebah, so kawasan tu sebenarnya ditutup untuk pengunjung. Tapi memandangkan lebah-lebah dah berkurangan, maka kami berkesempatan la menengok kawasan Lata Berkoh tu. Yang gigih mendaki masa tu hanya aku, Cawan, Pae dan MaMZ. Manakala Kak Tansree Coco, Chawana dan Aqilah duduk kat sampan tunggu kami balik.

OK dah sampai Lata Berkoh
Diorang semua park sampan kat sini.
Cendawan muda dan cendawan tua.
Trek nak ke Lata Berkoh tu takda la susah sangat, kebanyakannya landai je, dan memang dah ada laluan tersedia. Tapi memang masa tu lebah banyak berterbangan kat merata-rata. Memula te tensen sangat sebab lebah asyik nak hinggap kat muka, tau la muka aku ni manis kan. Tapi mengenangkan nak jugak tengok macamana rupa Lata Berkoh tu, maka gigih jugak la menapak.

Sampai jugak.
Ada la beberapa group mat salleh dan pelancung India yang kami selisih masa dalam perjalanan, nampak gayanya macam diorang tu beria nak mandi kat situ, siap bawak tuala bagai. Tapi mesti diorang tu hampa sebab banyak lebah dan keadaan Lata Berkoh tu sendiri yang merupakan jeram besar dan agak merbahaya kot bagi aku.

Alhamdulillah sampai jugak la ke Lata Berkoh. Dapat la amik gambar beberapa keping, sebenarnya jeram ni terdiri daripada formasi batuan yang sangat cantik dan mengereng ke satu arah. Kagum jugak la tengok. Dan memang aku takkan nak mandi kat situ pun sebab macam nak bunuh diri je kalau mandi kat situ hahaha (sambil tangan melibas lebah di muka).

Tengok la jeram tu. skeri.
Tapi cantik susunan batu tu kan?
Dalam sepuluh minit je kami duduk amik gambar kat situ, dan lepas tu kami berjalan semula menuju ke sampan. Puas la dapat jumpa apa yang dihajati. Ye la, kalau dah sampai situ, tak jengok memang rugi la kan.

Buat perangai dulu.
Tenang.
Lepas Lata Berkoh, sampan kami berpatah balik dan singgah di Kelah Sanctuary. Tempat beri makan kepada ikan kelah. Tapi sayang sebab air sungai masa tu agak keruh dan sukar nak nampak ikan-ikan kelah berenang-renang ke tepian. Bila campak je makanan ikan (dedak ayam) haaaa hambek ko berdoyon-doyon ikan kelah menyerbu. Dan time tu pun hujan turun la pulak. Tak dapat nak mandi kat Kelah Sanctuary, maka kami dibawa mandi kat satu lagi kawasan yang tak hujan. Hahah hebat kan, hujan dia sekerat-sekerat je, belah sini hujan, sebelah sana tak hujan.

Menuju ke Kelah Sanctuary.
memasing nak menembak.
Mendung pulak petang tu.
Ni la jurumudi kami!
OK time ni kene peluk kemera ketat-ketat.
Ok dah sampai Kelah Sanctuary.
Ada platform disediakan
Macam-macam jenis rupanya.
Naik ke atas platform.
Nampak tak ikannya?
Petang tu memang kami mandi-manda je kat sungai, berkubang ibarat mamalia mendapat air hahaha. Tapi sungai tu cetek sangat, tak boleh nak buat kuak lentang, kuak dada semua la. So duduk je la rendam bontot.

Jum mandi.
Cetek je sungainya.
Sementelaah pemandu sampan duduk bersembang atau mungkin mengumpat kami.
Secara keseluruhan, perjalanan menaiki sampan dari hujung ke hujung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Masa tu boleh la lelayan feeling bebas dari masalah dunia sambil-sambil angin bertiup ke muka. Seronok dan merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Sampai di Jeti Kuala Tahan, kami singgah makan malam pulak di salah sebuah retoran terapung yang banyak terdapat di situ. Sebelah malam nanti kami nak pergi join aktiviti Night Safari!

Nanti aku sambung lagi kisah Night Safari yang tak seberapa tu...huhuh.

WASSALAM.


2014-06-12

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 2)

Assalammualaikum!

Memang mengambil masa jugak nak buat satu entry ke satu entry. Maaflah sebab aku ni jenis kalau nak menaip kene pikir lama dan buat rujukan sana-sini. Ada la jugak rujuk-rujuk pada GOOGLE, dan mana yang aku rujuk tu aku aku tulis sumbernya...so orang tau la itu sumber dari mana. Tapi kebanyakkan yang aku tulis ni memang berdasarkan pengalaman sendiri, jalan cerita dan pemerhatian sendiri. So, kalau ada yang elok tu cedok lah, tapi yang tak elok sila buang jauh-jauh.

Ok jom teruskan hari kedua di Taman Negara.


Hari kedua di Taman Negara, pagi-pagi dah bangun sebab dikejut berkali-kali  oleh whasapp daripada bos, tanya itu ini, walhal aku tengah cuti kot! Kalau ikutkan memang malas giler nak bangun pagi, tapi disebabkan ada beberapa aktiviti lagi yang kami nak buat hari ini maka digagahkan jugak la diri ini.

Lepas bersiap mandi dan mengenakan pakaian yang sesuai untuk masuk hutan, kami pun berjalan kaki ke sebuah restoran yang terletak ditepi simpang berdekatan dengan Jeti Kuala Tahan. Kat kedai tu ada jual macam-macam, roti canai, nasi berlauk pelbagai bungkusan dan kueh mueh. So pilih je la nak makan apa, tapi jangan datang lambat, sebab makanan kat situ cepat laku. Kalau lambat, alamatnya tengok bakul je la.

Sesambil layan roti telur sekeping juga.
Lepas bersarapan, Madi datang join kami. Katanya pagi ni dia akan bawa kami untuk aktiviti Canopy Walk. Ha inilah acara yang dinanti-nantikan, berjalan atas pkok. Selalu tu aku try kat FRIM, Kepong je, tu pun tak panjang dia punya laluan. Tapi yang kat Taman Negara ni memang panjang dan mencabar... ada pulak berlaku kejadian dramatik dan menayat hati, nanti aku cerita.

Ok kami berkumpul lagi kat Jeti Kuala Tahan untuk naik bot ke seberang. Untuk ke canopy walk, kita perlu melalui Mutiara Taman Negara Resort yang terletak di seberang sungai. Ala kalau taknak naik bot pon boleh nak menyeberang tu, korang berenang.

Keadaan di Jeti Kuala Tahan seawal pagi.
Ada bot yang ala-ala teksi air la untuk bawa penumpang ulang-alik menyeberangi Sungai Tembeling dari Mutiara Taman Negara ke Jeti Kuala Tahan. Bayaran aku tak sure pulak sebab semua dah masuk dalam pakej Madi.


Aqilah dah mula eksaited naik bot hikhik
Pakcik drebar bot.
Sampai di Mutiara Taman Negara Resort, terkagum kejap la tengok resort tu. Bukan apa, cantik weh! Tapi disebabkan kami ni bukan la kaya sangat nak menyewa kat situ, sekadar mampu sewa bilik RM15 semalam je, maka dapat tumpang lalu lalang kat situ pun jadilah. Kami dikehendaki register dekat pondok ranjer yang ada di dalam kawasan resort. Untuk permit masuk ke kawasan canopy walk, kena bayar RM 1 seorang. Manakala permit untuk bawa kamera adalah RM 5 seorang. So total kalau nak dua-dua tu kenelah bayar RM 6 seorang (sebab memasing bawak kemera).

Mutiara Taman Negara Resort.
Mendaki lah kita.
Aman damai je kat sini.
Pejabat Ranjer.
Pi settle hal permit dulu. Kene buat sendiri part ni, pakej Madi tak termasuk.
Harga boleh rujuk sini.
Permit Masuk Canopy Walk: RM 1.00 / person
Lesen Kemera : RM 5 / person
Permit Memancing : RM 10 / person

Bila dah settle pembayaran semua, barulah Madi bawak kami jalan kaki untuk ke kawasan canopy walk, agak terperuk jugak la nak sampai ke check point pertama, sebab kene merentas kawasan Mutiara Taman Negara dulu. Kat check point tu ada pegawai / ranjer dah tunggu dan minta resit dan permit yang kami dah bayar tadi. So tunjuk je la permit tu kat diorang then kita boleh proceed mendaki!

Ada aquarium ikan air tawar.
Ha cer tengok Tansree tu tengah buat apa, kumpul bahan bukti letew.
Jauh jugak kene jalan.
OK dah sampai pintu masuk, checkpoit 1.
Yang bestnya, kita tak perlu mendaki atau trekking atas tanah pon sebab ada platform dah tersedia sepanjang laluan kanopi! So tak payah la nak panik-panik sangat takut jumpa pacat ke apa ke, sebab memang takda pon! Bukan macam trekking kat Hutan Belum tu. So kami pun jalan la merentas platform tu sepanjang lebih kurang 1 atau 2 km macam tu la, jauh jugak sebenarnya. Sepanjang perjalanan tu Madi ada la explain tentang pokok-pokok dan serangga-serangga yang kami jumpa kat tepi-tepi laluan platform tu. Ilmiah sangat kan. Si Aqilah pulak bukan main eksaited berlari-lari tinggal kami semua kat belakang.

Macam ni la platform yang tersedia.
Memang fern leaves ni banyak kat sini, kaler terqois (camtu ke eja terkois???) lagi! 
Ha tu kemain memasing kan.
Bunga Halia Hutan. Tumbuh atas tanah je.
Kekulat.
Kemain Aqilah eksaited.
Bila dah sampai point yang seterusnya yakni untuk menaiki canopy walk, kene ambik satu lagi tiket. Harga tiket adalah RM 5 seorang. Tapi dah masuk dalam pakej Madi siap-siap so kami tak perlu bayar di tempat kejadian.

Manjat lagi.
Ambil tiket sebelum masuk ke kawasan canopy walk.
So nak dijadikan cerita, masa panjat tangga nak mula canopy walk tu kemera aku pun rebah dan terjelepuk kat bucu tangga! Nanges weh, cover lens pecah!!! Nasib baik cover je yang pecah, kalau dengan lens-lens pecah, time tu jugak aku balik KL! Drama sangat. huhuhu tak sedap hati dah aku nak bercanopy walk. Nasib baik la ada camera henpon dan compact yang memang aku selalu bawak untuk kes-kes kecemasan. huhuhu.

*bertafakur kejap sebab kejadian malang menimpa kemera*

.
.
.
.
.
.
Ok jom sambung balik. Perjalanan tetap diteruskan, perasaan eksaited naik titian kanopi ni memang lain, nak naik tu tak boleh sekali reramai naik, kene jalan sorang dulu....sampai 10 meter baru lagi sorang boleh jalan. Tu semua untuk tujuan keselamatan.

Ayuh!
Kat atas tu memang boleh nampak pemandangan hutan je la, yang sangat menghijau dan merimbun. Tak sangka akhirnya dapat jugak jalan kat canopy walk ni setelah sekian lama mendambakannya.

10 meter baru boleh lepas sorang.
Awas.
Keseluruhan perjalanan kat atas canopy walk tu mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih la. Mana tak nya, jalan sikit berenti amik gambo...jalan lagi, amik gambo...sampai mat saleh kat belakang-blakang kite orang pasrah je la tunggu hahaha. Tapi memang penat gile weh, sebab tak fit hahaa.

Jalan lagi dan lagi dan lagi....
Asyik muka Tansre je penuh.
Lepas dah habis bercanopy walk, kami pun balik semula ke Jeti Kuala Tahan. Tekak masing-masing mintak ais krim, nasib baik Aqilah belanja ais krim satu Malaysia kat jeti tu. Thanks ye heheh.

Jom balik.
Ada kawan nak ngikut.
Pemandangan di sekitar jeti Kuala Tahan.
Tengahari tu kami makan kat salah satu restoran kat berdekatan dengan jeti Kuala Tahan. Makan ikan Patin masak tempoyak weh!!! Special order daripada Madi, katanya kalau kat tempat lain harga ikan patin boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit! Tapi kat kedai tu sebab dah kautim baik punya, murah je kami makan, tak sampai 50 ringgit pon siap dengan nasik air dan lauk-pauk lain. Bertambah-tambah pulak tu.

Ok la nanti aku citer kisah sebelah petang pulak. Penat nak menaip (hahah paduhal alasan malas nak menaip!) InsyaAllah aku akan cepat habiskan entry Taman Negara ni sebab banyak lagi entry tertangguh. Doakan aku punya masa untuk kongsi pengalaman kat sini ye!

... bersambung.

Psstt: Eh dalam beberapa hari je dah nak start puasa kan, maknanya dah masuk setahun jugak la aku duduk kat rumah baru. Cepat betul masa berlalu. 

WASSALAM.