2014-12-30

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2014

Assalammualaikum! 

Sedar tak sadar dah tiba di penghujung 2014, yang dikatakan tahun paling malang buat Malaysia, tahun paling penuh tragedi dan tahun penuh suka duka. Yeap aku mengakuinya, semuanya telah ditentukan oleh Allah untuk kita melihat semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang berkelana di muka bumi.

Ada yang berkata: "Teguran Allah sangat hebat tahun ini". Sesungguhnya memang benar, lihat saja bermacam peristiwa pahit yang melanda negara, sampai sekarang pun masih belum selesai, ke mana hilangnya MH370 dan QZ8501 dan pelbagai musibah lain, tanda Allah menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menerima qada' dan qadarnya.

Itu mengenai Malaysia, mengenai bangsa dan jati diri kita sebagai seorang rakyat. Untuk aku? 
  1. 2014 adalah tahun pasif (agaknya) sebab aku banyak menghabiskan masa sendiri, bukan bersama teman-teman rapat seperti selalu. Dari segi kerjaya, masih sama...tidak ada apa yang berubah, cuma makin busy, tanggungjawab makin besar dan masih menunggu peluang untuk melangkah ke bidang baru, mungkin. InsyaAllah. (Iya saya masih cuba menyukai kerja saya).
  2. Dan tahun ini jugak aku banyak kenal ramai kawan baru (Ramai ke? takdela ramai sangat, sekadar beberapa orang) yang boleh dibawa berbincang dan boleh di bawa bergurau. Juga boleh dikatakan tahun di mana kawan-kawan lama (yang sebelum ini menyepi) tiba-tiba muncul semula. Tak kisahlah, janji niat dan hubungan silaturrahim tu masih bersambung. Kekadang tu sedih jugak bila ada kengkawan yang dulu kita kenal, tapi sekarang ni dah jadi macam orang asing, bila jumpa pun dah jadi awkward dan paling sedih bila orang tu tak ingat pun apa yang pernah kita buat sesama dulu. Demmm nampak sangat yang aku ni tak penting kan? Tak apalah. 
  3. Walaupun kurang update blog tahun ni (sorry la sebab roh nak mengapdet tu jarang sampai) tapi aku still bersyukur sebab masih ada yang sudi singgah dan baca entry lama-lama yang tersimpan kat sini. Terima kasih di atas sokongan kalian. 
  4. Tahun pasif, yeap tahun ni aku tak adalah rancak sangat travel macam tahun-tahun lepas, mungkin sebab utamanya travelbuddy aku yang selalu paksa aku pi travel dengan dia dah berhijrah pi UK sana tu. Jadi aku banyak spend time dekat Malaysia je. Sedih! Hahah lagi satu mungkin sebab tak kaya sangat nak travel-travel ni (aku ni memang fail bab-bab duit). Dan salah satu sebabnya adalah aku buat mega trip ke South Australia yang memerlukan banyak belanja. 
  5. Tahun paling kurang aku lepak dengan TravelholicAwesome. Iyalah masing-masing pun busy dengan urusan sendiri dan ramai juga yang dah menyambut baby TA yang baru. Tahun ni saja ada 3 baby TA yang menjelma! Baby Ixora (Biqque), Baby Daneen (Maszuber) dan Baby Zafran (Chawana). Ya Ampun bila pulak baby Janggel nak keluar????
  6. Selain blog, aku banyak merapu dalam twitter dan Instagram. Pepandailah korang cari kat mana dan jangan menyesal follow...sebab aku memang suka release stress kat sana. Meroyan tak tentu hala, mengarut, merepek, meraban, marah-marah orang semua kat sana. Hewhewhew. Semoga bertabahlah wahai insan semua. 
Suka duka 2014
Apa lagi yang aku nak tulis, tak ada apa yang penting pun, semuanya biasa-biasa saja. Doakan tahun 2015 yang mendatang ni lebih jelas untuk aku, lebih fokus dalam hidup dan lebih berjiwa. Aku doakan yang terbaik juga untuk kalian. Semoga 2015 membawa lembaran baru untuk semua. Amin.
OH ya, aku ada macam terfikir nak buat contest kat blog ni sebab ada banyak souvenir yang aku simpan tatau nak buat apa. Tapi....ada ke orang nak join contest tu nanti? hmmmmm. pasrah tak glamer hahaha.
So sesiapa yang nak recall balik apa yang dah tertulis dalam tahun 2014 ni boleh ketik links kat bawah ye:
  1. MALAYSIA: #TravelholicAwesome Ke Kuala Gandah (Part 1): Deerland Park, Lanchang, Pahang.
  2. THAILAND: Bangkok Shutdown: Bangkok, Thailand (Sin City)
  3. MALAYSIA: Royal Belum Adventure With TA and Friends
  4. MALAYSIA: Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends
  5. INDONESIA: Lombok: Welcome to Lombok!
  6. AUSTRALIA: Kembara Selatan Australia: Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne
  7. THAILAND: Bangkok Again? Lopburi - Ayutthaya - Bangkok
Projek Teater tahun ni GAGAL! Huhuhu walaupun ada aku tengok beberapa teater tahun ni (sorry can't recall

Pssstt: Azam Blog tahun 2015 aku adalah nak rajin update blog dan habiskan semua entries yang tertangguh! Ayuh.

WASSALAM!

2014-12-22

Kembara Selatan Australia (Part 3): Pusing-Pusing Bandar Canberra dan YHA Hostel, Canberra

Assalammualaikum!!!

Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun dah, cepat pulak rasa masa berlalu. So amacam dengan azam tahun 2014, tercapai ke KPI semua? Tepuk dada tanya usaha, cukup ke tidak ye tak. Ok orang bukan nak baca aku mengarut membebel kat sini, so kita sambung entry Australia Part 3 ye.


Setelah selesai ronda-ronda, pusing-pusing di Floriade 2014 yang berlangsung di Commenwalth Park, kami pun bergerak semula ke bandar. Sebenarnya nak habiskan masa sementara tunggu pukul 1 petang untuk check in hotel. So kami pusing-pusing bandar Canberra. Tempat pertama yang kami pergi adalah melawat kawasan Universiti . Kuikuikui sebenarnya kan nak fefiling jadi student OZ, so kami request kat Abu bawak kami jenjalan dalam Australian National Universiti. Kengkonon macam mengimbau kenangan lama la belajar kat universiti dulu. Ceh hahaha.  Macam-macam pose jugak la kami buat kat sekitar ANU tu, siap baring-baring bagai atas rumput buat perangai tak senonoh semua. Geleng kepala agaknya kalau student-student sana tengok, mujur masa kami pegi tu tak ada orang pun kat kawasan-kawasan tu.

Ok jom berangan jap. 
Keh keh keh dah macam citer hindustan pulek.
Yang ni aku tatau motif apa kemam bunga rumput berjemaah.
bergambo kat signboard je.
Dah puas pusing-pusing dalam kampus ANU, Abu bawak kami ke Parlimen House pulak. Sekali tengok susun atur bandar Canberra ni teringat pulak macam kat New Delhi bila kedudukan India Gate tu selari dengan bangunan kerajaan dia. Kat Canberra ni pun lebih kurang sama. Kami park kereta kat bawah bangunan Parlimen tu dan naik bergambar kat depan bangunan Parlimen. Tak lama pun kat situ sebab tak ada apa sangat yang nak di tengok, tapi merasa la jugak bergambar depan Parlimen House. Cuma tak terserempak dengan PM dia je hiks.

Parliament House, Canberra.
Pose la dulu!
Wefie kat depan Parliament House, Canberra
Lepas ke Parlimen House, kami menuju ke Australia War Memorial. Tak jauh pun daripada Parlimen House tu. Kat Memorial tu kami terserempak pulak dengan dua orang askar Malaysia yang tengah kursus kat situ. Diorang pun tengah dibawa jalan-jalan oleh penganjur program. Sempat pulak tu begambar dengan diorang hahaha. Lupa pulak tanya nama, lols.

Wefie kat depan Australian War Museum.
Ok tatau nak cakap apa pasal gambo ni. Hiks.
Bersama beberapa orang tentera yang tengah kursus.
Memandangkan jam pun dah dekat pukul 1 tengahari masa tu, dan sangat la lapar, sementelaah Is dan Abu pun ada nak beli something untuk kawan diorang, maka kami singgah kejap kat Canberra Centre. Sesambil shopping tu, kami singgah makan kat foodcourt bawah bangunan tu, alhamdulillah ada la beberapa kedai halal yang boleh dicuba.

Kedai TYPO ni aku rasa seswai sangat dengan sesaorang tu. hiks.
Lunch tengahari aku, tak habis pun sebab banyak sangat. Sebenarnya ada roti benggala, tak sempat nak amik gambo. Hiks. :)
Lepas makan, kami terus bergegas menuju ke YHA Hostel (Australian Backpacker and Youth Hostel Accommodation and Travel) di Canberra City. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk http://www.yha.com.au/hostels/nsw/canberra/

Register dulu. 
YHA Hostel, Canberra ni kira besar jugak la dan ini merupakan pengalaman kedua aku tinggal di YHA Hostel, dulu aku tinggal di YHA Hostel di Perth. Semua urusan booking dibuat oleh Is, so kami datang check in je.  Memandangkan kami datang dalam satu family yang besar (6 orang) jadi kami amik  bilik yang boleh sumbat enam orang sekaligus. Harga satu bilik adalah AUD 45/seorang. Yang tak bestnya kat sini, takda wifi free, kalau nak wifi kene beli AUD 5 untuk satu hari.

Bilik ni memang besar! Boleh guling-guling atas carpet lagi.
TV yang 24 jam kene pasang cartoon demi keriangan anak-anak hiks.
Katil double decker.
Bilik ayor.
Bila dah masuk bilik, apa lagi memasing terbongkang tidur ok!!! Maklumla penat drive 18 jam sejak semalam tak habis lagi, lunch pun belum, tidur lebih utama. So bayangkan kami rehat dari pukul 1.00 sampai pukul 4.00 petang. Lepas tu baru siap-siap nak keluar balik. Sebenarnya juga, kami dapat jemputan makan malam dari kawan Is yang belajar di Canberra. Alang-alang dah sampai Canberra, maka ni lah peluangnya menziarah kengkawan kan. Maklumla memasing di perantauan, so kene la rajin-rajin berhubung. Yang penting nya sebab DAPAT MAKAN MALAM FREE HAHAHAHA.

So dalam pukul 4 petang kami gerak dari Hostel ke rumah kawan Is. Aku tak ingat kat mana rumah kawan Is tu, tapi macam jauh jugak la. Nasib baik ada GPS. Sampai je depan ruma tu dah gelap, maklumla time ni ka cepat gelap, dah macam pukul 11 malam dah keadaannya paduhal baru pukul 6 petang kot masa tu.

Alangkah bahagianya bila dapat makan lauk cenggini dikala sejuk-sejuk dan kelaparan kan?
Sembang-sembang, sambil makan. Lepas tu balik dan tido!
Seronok betul diorang bersembang, sampai-sampai je terus serbu dapur, makanan dah terhidang atas meja. Memang habis la semuanya maklumla masing-masing tengah kebulur. So malam tu kite orang sembang-sembang je dengan kengkawan, nak pegi jalan mana-mana pun macam takda tempat yang boleh dipegi, sebab gelap dan banyak yang dah tutup. Maklumla, bandar gomen kan.

Usai makan dan sembang, kami pun balik semula ke hostel. Penat sebenarnya, mata pun asyik nak terpejam je. Canberra City ni kami singgah sekejap je, sebab macam tak banyak sangat tempat yang kami nak pergi. Cukup la sekadar kaver Floriade 2014, dengan beberapa main attraction kat bandar tu. Sebenarnya banyak lagi la tempat menarik, muzium segala bagai, Cuma kami tak sempat nak pegi.

Esok pagi-pagi kami dah nak gerak ke Sydney! OMJ tazzabar nak tengok Opera House semua tu lah. Ok nanti aku sambung kisah ke Sydney pulak.

...bersambung.

WASSALAM.

2014-12-20

TEASER: Berpusing-Pusing Sejenak Di Thailand

Assalammualaikum!!!


Ya ampun, sorry le sebab tak sempat nak habiskan entry Australia tu...(jeling kat laptop, jeling balik kat diri sendiri)... Tapi sementara tu korang layan la short teaser dari short trip aku dan kengkawan ke Bangkok-Lopburi-Ayutthaya minggu lepas! It was fun! Tunggu entry penuh tahun depan ye! Hiks.

Pssst: Sorry tak sempat nak blogwalking bagai. Nanti aku buat marathon blogwalking kat blog mengkeme semua eh. ;(


WASSALAM.

2014-12-08

Kembara Selatan Australia (Part 2): Canberra City (Canberra Nara Park, Pancake Parlour, FLORIADE 2014)

Assalammualaikum!!! 

Ok agak lama pulak nak sambung tulis entry Australia aku ni. Takpe, aku akan cuba habiskan jugak. Tahun baru pun dah nak muncul tak berapa lama lagi, so KPI masing-masing dah tercapai ke? Atau masih ada yang suam-suam kuku je? Hiks bertabahlah yer, baut je mana yang termampu, jangan paksa diri kelak anda juga yang merana....hacamtu.


Usau solat subuh di Murrumbateman yang terletak lebih kurang 38.8 KM dari Canberra City, maksudnya memang kami dah nak sampai ke tempat yang dituju la setelah lebih 18 jam memandu bertukar ganti! So pagi tu Abu ambik alih tugas memandu sebab dia kan dah jadi orang OZ hahaha, sementelaah aku pulak duduk seat paling belakang, layan tengok kabus kat tepi-tepi jalan. Maklumla suasana kat luar tu walaupun jam 5 pagi, tapi terang dia dah macam pukul 7.43 pagi kat Malaysia. 

Masa tengah jalan tu kalau perasan di sebelah kiri ada satu museum dinosaur. Kami tak singgah pun sebab masa tu pagi sangat, muzium tu pun tak bukak lagi. Nama muzium tu adalah National Dinosaur Museum, Canberra. Sesiapa yang berkesempatan boleh la pegi situ. (Rujuk SINI untuk pautan terus ke website)

Murrumbateman ke Canberra City dalam 38.8 km.
Kami sampai di Canberra City awal, dalam jam 7.00 pagi. Masa tu memang semua semua kedai tak bukak lagi, dengan nak check in hostel pun tak boleh lagi jugak. Kami diberitahu waktu check in hostel adalah jam 2 petang! Hahah habis tu nak buat apa la kan pepagi buta tu kan? So kami singgah sekejap di Canberra Nara Park. 

Canberra Nara Park

Apasal pulak ada tempat nama Nara pulak kat Canberra ni kan? Bukan Nara tu kat Jepun ke? (Demm rindu kat Nara huhuhu). Sebenarnya Canberra Nara Park ini dibina bertujan sebagai simbol persahabatan di antara kerajaan Canberra dan sister city nya Nara di Jepun. Jadi ada lah beberapa monumen dan structure senibina jepun yang dibina di taman ini.

Memula tu macam best je tengok mercu tanda ni ada tulis NARA hiks.
NOTA: Developed within Lennox Gardens, Canberra-Nara Peace Park symbolises the close and growing friendship between Canberra and its sister city in Japan, Nara. The Park provides a complementary setting for the gift of two large stone lanterns - a large Kasuga lantern weighing five tonnes, and a large Yukimi lantern weighing three tonnes, as well as a polished granite menorial stone from the citizens of Nara, Japan's ancient capital to the citizens of Canberra, Australia's modern national capital. Design and construction was carried out by local designers and contractors who consulted closely with the city of Nara and the Embassy of Japan. The site was selected in April 1997 and celebrated with the visit to Canberra of a Nara delegation of 150 citizens lead by Mayor Ohkawa and former Mayor Nishida.  (Sumber Google)
Canberra Nara Park ni terletak di dalam kawasan Lennox Garden, satu taman yang besar. Kalau nak tahu, konsep bandar Canberra ni adalah lebih kurang macam Putrajaya, dan tujuannya pun sama jugak sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan, so ramailah pekerja-pekerja government yang tinggal di Canberra ni.

Bagi kereta ni rehat dulu, jauh dah berjalan seharian.
Selfie pertama di Canberra! Hiks
Mengadap Lake Burley Griffin.
Acah-acah cute.
Sementara nak tunggu kedai-kedai bukak, kami lepak sekejap kat Canberra Nara Park ni, ambil angin sambil posing-posing selepas bangun tidur. Sambil menyaksikan pemandangan pagi di sekitar Lake Burley Griffin, salah satu tasik utama di Canberra. Kalau nak tahu, di Canberra ni saja ada banyak tempat rekreasi disediakan. Kalau nak diceritakan kat sini memang panjang berjela-jela lah kan. Sesambil tu jugak, sambil gigil-gigil tahan sejuk, aku tengok selamba je beberapa orang mat salleh ni jogging siap pakai short pants lagi tu. Depa ni dah immune kot dengan cuaca kat sini, #villagepeople macam kami ni je yang pakai baju sejuk segala bagai, kengkonon macam sedang menghadapi winter. Hahaha.

Sakura?
Acah-acah Autumn In My Heart.
Lompat dengan harapan ada daun-daun gugur.
Sesat?
Tak lama kami di Canberra Nara Park tu, kemudian kami terus ke City Centre untuk breakfast. Maklumlah, makan malam tadi tu pun megi tepi jalan je kan, kompom la dah lapar balik. So kali ni kami nak memenuhi permintaan Puan Is yang katanya mengidam nak makan pancake. Jadi pagi tu kami ke Pancake Parlour! Fuyuh, sampai-sampai Canberra terus makan pankek kekdahnya! Memula tu tatau apa benda la nama restoran 'Pancake Parlour' tu kan maklumlah #villagepeople, tapi ikut jelah depa-depa tu, nanti kena tinggal pulak. So kami park kereta kat tepi-tepi jalan, dan jalan kaki ke restoran Pancake Parlour tu, hmm sebenarnye suprise le jugak, pukul tujuh pagi restoran ni dah bukak. 

Menurut kata Is, kat sini ada macam-macam jenis pancake, so try la mana yang berkenan. So dengan rasa terujanya kami pun pilih la mana-mana menu yang rasanya boleh di makan dengan jayanya, ditambah pulak waktu tu memang dah lapar sangat kan. Macam-macam jugak le ordernye.

Nak tahu pasal Pancake Parlour boleh check kat SINI.

Keluarga Gumbira berdiri depan kedai.
Ok boleh check offer hari ni.
Jom menuju ke meja makan! Lapar.
Lengang. Cantik kedai ni.
Sementara nak order tu moh le main kaler-kaler dulu ye anak-anak.
Bile memilih asyik tak reti je. Belasah je la.
Akhirnya makan le lempeng dengan aiscream ni. Sedap!
Acah-acah cute entah kali keberapa  entah.
Para pelanggan lain pun dah mula datang bile kami datang. 
Habis makan pancake dan bergedik-gedik bergambo dalam restoran, kami sambung jalan-jalan kat sekitar bandar Canberra ni. Sebenarnya bandar dia macam kecik je la, tak besar mana pun (walaupun jalan kaki tetap penat). Banyak shopping mall dan parks. Is kata, kat situ ramai orang tua-tua duduk, hiks. Ye la kan bandar orang kerajaan, lepas tu orang-orang pencen pun ramai yang duduk situ. Dan satu lagi, katanya kos hidup kat situ tinggi. Hmmm ok tamau duduk kat Canberra, kita cari city lain pulak yer!

Pusing-pusing bandar. Mana ntah bas tak sampei-sampei.
Tadaaaaa... posing untuk kali ke berapa ntah.
Ternampak Posh Beckham tengah jenjalan bawak anak dia dua orang.
OK lepas jalan-jalan pusing-pusing kat taman dekat-dekat bandar tu (kami singgah kat Glebe Park untuk buat photoshoot happy family), sekarang tibalah masa kemuncak tujuan sebenar kami ke Canberra, yakni untuk melawat FLORIADE 2014!


Glebe Park.
Bunga Poppy yang bersepah-sepah.
Main aci nyorok jap.
Ya Auloh ada lagi! Sabo jap eh.
Kami juga temui teknik selfie terbaru!!! Hiks.

FLORIADE 2014, Commonwealth Park.

Sebagai rekod, Floriade 2014 berlangsung setiap tahun (September) dan tahun ni kebetulan pulak festival bunga-bungaan ni berlangsung masa kami sampai di Canberra. Jadi takkan la kami nak lepaskan peluang ye dak. Dari City Centre tadi kami terus bergegas ke Commonwealth Park. Parking kereta kat situ pon free je, tapi kena datang cepat la sebab tak nak berebut parking dengan orang. Maklumla event Floriade ni adalah satu event yang besar, macam Floria kat Putrajaya jugak la, berdoyon-doyon orang datang! Dan yang paling best, masuk ke kawasan Floriade ni adalah percuma! Kalau Floria kat Putrajaya tu siap kena bayar RM3 pulak tu.

Laluan ke Floriade di Commonwealth Park.
Beburung bercengkerama.
Entrance.
Itik ke ayam ntah, tengah bersepah-sepah.
Little Explorer Adib.
Jadinya bila dah nampak banyak sangat bunga-bungaan di taman, makanya apa lagi. Snap-pose-snap-pose je la kerja kami. Mujur jugak kami sampai awal, masa ni tak ramai sangat orang yang datang, dan ada la beberapa persembahan koir, pancaragam bagai sedang berlangsung. Seronok, diorang semua santai-santai je. Maklumla sejuk kan, kalau panas leting macam kat Malaysia ni mampu ke nak santai-santai tengah padang camtu? Hahahaha. Sabo je la.

Kite penat la, duduk kejap ye. Hiks
Bebunga tulips pon bersepah ruah.
Kelihatan Posh Beckham lagi ... dia ikut kite ke?
Gnomes.
Tulip Kuning pulak.
Tu dia Posh Beckham duduk tepi jalan.
Wefie beramai-ramai dengan retis.
Lepas tu pegi tengok performance bebudak ni.

VIDEO: Layan jugak tengok bebudak ni nyanyi. Sedap.

Lama jugak la kami duduk berlegar-legar kat Floriade ni. Sedar-sedar je jam dah dekat pukul 1 petang! Dah boleh Check in hostel dah! Tapi sebelum sampai hostel, ada beberapa tempat lagi kami menyinggah. Seperti yang aku cakap tadi, Canberra City sebenarnya tak besar sangat so pusing-pusing pun boleh habis sekejap je. Tapi kalau pegi outskirts dia banyak la jugak tempat yang boleh dituju.

Ok nanti aku sambung lagi. Banyak pulak gambar tepek kat sini terus jadi panjang entry ni. Hahaha, korang bukan nak baca sangat pun kan?

bersambung....

WASSALAM.