2016-01-10

2016-01-05

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 4) - Muslim Family Restaurant, SR

Assalammualaikum!!!

Selamat tahun baharu 2016!!! alhamdulillah masih bernafas dan masih bernafsu nak update blog (lols). Malas nak cerita beria pasal new year resolutions, so kita sambung terus dengan entry yang asyik tertangguh ni. Ayuh!

Ermmm entry ni pendek je.  Pasal makan.


Usai mengelilingi Angor Thom sehari suntuk dengan hujan, panas, hujan.....kami pun pesan kat Hassan dan Osman, nak makan kat kedai Restoran Muslim yang popular dalam blog tu. Kami tau pun sebab baca kat blog DJ dan Bibier, sebab diorang pun pernah makan kat restoran tu. Rupanya restoran tu depan rumah Hassan je, jalan kaki dari rumah dia pun sampai. Senang sangat la. So kisahnya petang tu disebabkan dah lapar sangat, kami pun dibawa ke Muslim Family Restaurant yang terletak di kawasan perkampungan muslim. 

Sebelum sampai ke restoran ni, Hassan dan call siap-siap owner restoran ni bagitau nak makan apa. Yang paling penting mestilah kena cuba rasa signature dish dia yakni "Daging Lembu Naik Bukit!"...kahkahkah dengar nama pun dah terinzal, so apatah lagi napsu nak memakannya, memang membuak-buak la.

Perjalanan nak ke restoran ni dari Angkor Thom ambil masa lebih kurang 30 minit, sempat la layan jiwa sambil tengok jalan raya yang sesak, berlecak dan berdebu tu. Akhirnya kami pun sampai la ke depan restoran. Untuk makluman, restoran ni terletak bersebelahan dengan sekolah anak-anak yatim dan masjid. So masa kami sampai tu ramailah anak-anak yatim yang tengah lepak-lepak depan restoran tu, sebab ada bangku kat situ. Tapi nampak je kami datang, semua cabut, lari balik asrama hahaha. 

Ni la restoran tu, terletak di area perkampungan Islam, Siem Reap.
Inilah Ustaz, owner restoran ni.
Kami dikenalkan dengan owner restoran ni, diorang panggil ustaz je. Nampak muda lagi, isterinya menyorok kat dapur segan nak keluar. Alhamdulillah sampai-sampai je turus dijamu dengan air teh o ais dan buah-buahan. Sedap weh makan time tengah panas, dan ketibas. Sesambil tu ustaz tu tengah sedikan makanan utama yakni Daging Lembu Naik Bukit! Ha dapat la tengok depan mata macamana dia masak. 

Bila tanya kenapa nama dia daging lembu naik bukit?, katanya sebab kuali yang digunakan tu berbonggol di tengah macam bukit, lepas tu daging tu dimasak dan di letakkan di atas bonggol tu dan akan jatuh kebawah semula, lepas tu naikkan balik...sampai la masak berulang-ulang. Dicampur pulak dengan sayur campur. Simple tapi sedap. Ala lebih kurang macam daging goreng dan sayur campur je.

Penyediaan masakan Lembu Naik Bukit.
Tadaaaaa, dah siap! 
Pandang pun tak jemu!
Bila dah siap semua lauk-pauk terhidang, apa lagi, melantak la kami. Bagus layanan ustaz dan isterinya. So total harga makanan hari tu adalah 22 USD / orang. Hambik ko!! Mewah betul makanan tengahari tu. Tapi sebab makan macam-macam, dengan tomyam bagai tu kira ok la. Lagipon semua benda kat SR ni mahal! takde yang murah hahaha. (Ayat nak sedapkan hati).

Bergambar bersama ustaz dan isterinya.
Dah habis makan, kami singgah pulak kat Hard Rock Cafe SR...ada orang tu pengumpul tegar barang-barang HRC, aku yang tak berduit sangat ni mampu tengok je la. Habis diorang shopping-shopping kami pun balik ke hotel..rehat lah pulak. Penat weh seharian merayau. Malam tu kami pusing-pusing lagi kat night market, pi cari makan lagi. Aku pun dah lupa kami makan apa hahahaha tapi makan yang murah-murah je la. 

HRC SR.
Kami balik hotel awal sebab nak rehat. Esok pepagi nak berjalan jauh lagi. So ke mana pulak??? Ye kami nak ke Tasik Tonle Sap, tasik air tawar ketiga terbesar di dunia. Haaaa katanya. Ok sambung nanti.

bersambung...

WASSALAM.