Projek Teater: Makyung "Raja Besar Senyanya"
Assalammualaikum! Sanggar seni tahun ini dimulakan dengan pementasan Makyung bertajuk "Raja Besar Senyanya". Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya semalam, 9 Januari 2009, aku dan rakan berpeluang menyaksikan sebuah karya pementasan makyung, arahan Fatimah Abdullah. Dengan tiket berharga RM 23 ringgit yang telah dibeli awal mingu lalu, kami pun bergegas ke IB setelah habis kerja. Nasib baik jalan tak jem, so sempat jugak la bermalas-malasan di perkarangan IB sebelum menyaksikan persembahan Makyung itu. Terus terang aku katakan, aku memang tak pernah menonton mana-mana persembahan Makyung sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama aku menyaksikannya. Persepsi terhadap persembahan Makyung pada mulanya, agak samar-samar, memandangkan ianya hanya popular di kalangan masyarakat Kelantan dengan loghat bahasa yang agak sukar difahami. Tapi setelah menonton persembahan Makyung pada malam tadi, dengan bangganya aku mengatakan bahawa Makyung bukan sukar, ianya sesuai untuk tont...