Guilin (China): Reed Flute Cave, Guilin (Part 2)
Assalamualaikum!!! "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46) Sengaja aku memperingatkan diri sendiri bahawasanya aku berkelana untuk melihat kebesaran Allah dan berkongsi apa yang baik untuk teman-teman sekalian. [ Sambungan daripada Episode 1: Guilin, China ] Masih di Hari Pertama Setelah mempersiapkan diri (apa yang patut) di Wada Hostel, termasuklah makan mee segera dek kerana terlalu lapar (sebab jam dah dekat pukul 1 tengahari) maka kami berlapan (wah memang macam rombongan Cik Kiah kan) memulakan perjalanan untuk menjelajah beberapa inci muka bumi Guilin ni. kenapa aku cakap 'beberapa inci?" Sebabnya, kami tidak punya banyak masa di Guilin , cuma satu hari setengah sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya (simpan untuk entry...