PLANE
Tak sempat nak update blog nih, maklumlah tak banyak perkara best yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni. Mungkin sebab bulan lepas dah all out buat macam-macam aktiviti agaknya. So bulan ni aku rest sikit la, memperlahankan gerak langkah. Tambahan pulak member yang rajin mengekspose pon dah diam sekarang, penat la kot gamaknya wakaka. Ada jugak la beberapa TAG yang aku dapat dari bro NICK pembela hantu, tapi aku tak sempat nak buat la bro. Sorry yer, kalau aku mempunyai masa untuk membuat TAG tu akan aku buat juga. InsyaAllah. EPILOG RAJA SINGA. Hari tu (4-5 Jun 2010) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur , telah berlangsung Festival Teater Pendek Anugerah Merdeka (TPAM) anjuran Sekretariat Anugerah Merdeka (SAM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) . Sebanyak 18 buah teater telah dipertandingkan dan salah satu daripadanya adalah teater bertajuk EPILOG RAJA SINGA! Peneraju utama teater EPILOG RAJA SINGA adalah Encik Rashidi A...