Posts

LATEST FROM THE AUTHOR

Pray For Myanmar and Thailand: 7.7 Magnitude Earthquake

Image
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Asia Tenggara pada 28 Mac 2025, menyebabkan kemusnahan besar di Myanmar dan Thailand. Pusat gempa terletak berhampiran Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar. Di Myanmar, sekurang-kurangnya 144 orang disahkan maut, dengan lebih 730 orang cedera. Gempa ini menyebabkan kerosakan besar pada bangunan, jambatan, dan empangan. Gegaran turut dirasai sejauh wilayah Yunnan dan Sichuan di China. Di Bangkok, Thailand, sebuah pencakar langit yang masih dalam pembinaan runtuh akibat gempa, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan ramai lagi terperangkap. Bandar itu telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana, dan operasi menyelamat sedang dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan. Kerajaan tentera Myanmar telah mengisytiharkan darurat di enam wilayah dan, dalam langkah yang jarang dilakukan, meminta bantuan antarabangsa bagi usaha menyelamat dan bantuan kecemasan. Konflik dalaman yang berterusan di Myanmar menyukarkan ...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin !

Image
Salam Lebaran!  Tak terasa, hampir sebulan kita berpuasa, dan kini Hari Raya bakal menjelma. Syawal hadir membawa kegembiraan, mengubat rindu kepada keluarga, serta memberi peluang untuk kita saling bermaafan dan mengeratkan kembali hubungan yang mungkin semakin renggang dek kesibukan hidup. Hari kemenangan ini bukan sekadar tanda berakhirnya Ramadan, tetapi juga simbol kesyukuran, keikhlasan, dan permulaan baru dalam kehidupan kita. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, sama ada yang disengajakan mahupun tidak. Kita manusia biasa, tak lari daripada kesalahan, dan Syawal inilah waktu terbaik untuk membuka lembaran baru dengan hati yang lapang. Buat yang pulang ke kampung, nikmatilah setiap saat bersama insan tersayang, kerana momen ini tak ternilai harganya. Yang beraya di perantauan, usah bersedih, jauh di mata, tapi dekat di hati. Yang penting, raya tetap bermakna selagi ada kasih sayang dan doa yang mengiringi. Terima kasih kerana ...

VIETNAM: Dari Hanoi Ke Halong Bay, Kami Menaiki Cruise!

Image
Pagi-pagi buta lagi kami dah bersiap. Kami bertolak dari stesen keretapi di Hanoi ke Halong Bay menaiki coaster, lebih kurang 3.5 - 4 jam perjalanan. Sepanjang jalan, kami layan pemandangan kampung-kampung Vietnam, sawah padi luas terbentang, dan kadang-kadang nampak juga petani tengah bekerja.  Sampai saja di Pelabuhan Tuan Chau, kami terus check-in untuk naik Victory Star Cruise. Harga pakej lebih kurang USD 150 - USD 250 seorang, bergantung pada bilik dan musim. Yang bestnya, pakej ni termasuk makanan halal untuk Muslim, jadi tak perlu risau nak cari makanan halal sendiri.  Uncle Joe dan Auntie Liza berkongsi bilik, sementara kami yang lain ditempatkan dalam bilik masing-masing. Meneroka Hang Sung Sot & Pulau Ti Top Lepas check-in dan lunch di kapal, kami terus dibawa ke Hang Sung Sot (Surprise Cave), salah satu gua paling popular di Halong Bay. Gua ni besar gila, penuh dengan stalaktit dan stalagmit yang unik, siap ada formasi batu berbentuk macam naga dan penyu. Jalan...

VIETNAM: Malam di Sleeper Train - Dari Sa Pa ke Hanoi, Singgah di Lao Cai

Image
Malam itu, angin Sa Pa masih sejuk menggigit tulang. Langit bertabur bintang, dan lampu-lampu jalan berkelip sayu. Kami menggalas beg dan melangkah perlahan ke dalam van yang bakal membawa kami turun ke Lao Cai Railway Station. Perjalanan ke Hanoi bakal mengambil masa 9 jam, dan malam ini kami akan tidur dalam sleeper train, pengalaman yang aku bayangkan macam naik Hogwarts Express, tapi versi Asia Tenggara.   Singgah di Sempadan Vietnam-China (Lao Cai City) Sebelum ke stesen, kami sempat singgah di sempadan Vietnam-China, sempadan antara Vietnam dan China di kawasan Lao Cai dikenali sebagai Hekou–Lao Cai Border Gate. Lao Cai adalah bandar di Vietnam yang bersempadan dengan China manakala Hekou pula adalah bandar di China, dalam wilayah Yunnan. Jadi, jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara ini dipanggil Jambatan Sempadan Hekou–Lao Cai. Ini adalah antara pintu masuk utama antara Vietnam dan China untuk perdagangan dan pelancongan. Sebaik turun dari van, aku terpana. Di seb...

PAHANG: Menjengah Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

Image
Teluk Cempedak, atau lebih mesra disebut TC, adalah satu tempat yang cukup dekat di hati. Dulu, masa aku ulang-alik dari Cameron Highland ke Kuantan hampir setiap minggu, TC ni lah tempat lepak kalau sendu. Kadang-kadang datang sorang, kadang-kadang ajak geng. Duduk tepi pantai, layan bunyi ombak, biar angin laut tenangkan kepala yang serabut dengan kerja. Hari ni, aku kembali ke sini bersama dua sahabat baik, Korie dan Nona. Dah lama gila tak jejak TC, sejak 2021. Saat kaki mencecah pasir, perasaan nostalgia terus menyergap.  "Lama gila tak datang sini," aku bersuara sambil merenung ombak yang berkejaran di gigi pantai.  "Sejak 2021 kan?" Korie menambah, menguis pasir dengan hujung kasut. "Rasa macam semalam je kita lepak sini dulu." Nona tersenyum kecil. "Banyak benda dah berubah, tapi laut tetap sama. Angin dia, bunyi ombak dia… masih tenang macam dulu." Langit senja berwarna jingga keemasan, mencipta suasana yang indah. Aku tarik nafas dalam-...

EPILOG: Aku Di Kundasang, Sabah… Rindu Menatap Kinabalu

Image
Angin subuh di Kundasang menyelinap ke relung tubuh, menggigilkan setiap urat nadi. Aku bersimpuh di tengah jalan sepi, menghadap Gunung Kinabalu yang megah berdiri dalam kesunyian yang syahdu. Cahaya fajar perlahan-lahan menyentuh wajahnya, mewarnai dinding-dinding batu dengan kilauan keemasan. Awan-awan nipis berarak perlahan di langit biru, seakan menjadi selendang halus yang menyelimuti keagungan gunung ini.   “Kau tak sejuk ke?” suara sahabatku memecah hening.   Aku tersenyum kecil, mata masih terpaku pada Kinabalu. “Sejuk itu hanya sementara, tapi kehilangan saat ini adalah kekal. Maka biarkan aku menikmati setiap hembusan angin dan bisikan sunyi gunung ini.”   Dia ketawa kecil, berdiri di tepi jalan, menyaksikan aku yang masih terpaku dalam pesona alam. “Pergh… dah macam seoarang pujangga yang sedang meratapi nasib.”   Aku menghela nafas perlahan, lalu bangkit dan merentangkan tangan. Dada terasa lapang, seakan seluruh semesta masuk ke dalam jiwa. Di hadapanku...

THAILAND: Menghirup Coffee Panas di Arabica Cafe, Empire Tower, Bangkok

Image
Dari hari pertama lagi dah pasang niat nak lepak sambil ngopi atas menara, tapi biasalah, rancangan tinggal rancangan. Hari last barulah jadi! Dari hotel, kami naik Grab terus ke Empire Tower. Sampai lobi, terus blur cari pintu masuk. Pusing-pusing, masih tak jumpa. Last-last, buka TikTok cari direction. Barulah nampak pintu lif dia yang tersorok, rare betul! Siapa pernah datang sini confirm paham vibe dia. Hahaha. Lif naik smooth gila, rasa macam terapung dalam angin. Sampai tingkat 55, pintu terbuka, terus masuk Arabica Café. Cozy gila tempat dia, tenang je tergantung tinggi atas huru-hara Bangkok. Masuk je, bau kopi fresh menyapa, macam pelukan hangat yang menyamankan. Aku terus ke tingkap, Umar ikut sekali. Depan mata, Mahanakhon Tower berdiri megah, rupa macam Lego glitching dalam game. Permukaan kaca dia kilat-kilat kena sinar matahari pagi, warna berubah ikut mood cerahnya langit. Sampai kaunter, aku order hot latte dengan croissant. Memang kombo padu untuk sarapan santai. Umar ...