Posts

Showing posts with the label UNESCO

THAILAND: Perkampungan Karen Long Neck (Chiang Mai)

Image
Pagi itu, aku bangun dengan semangat yang luar biasa. Sebenarnya kami tak ada apa-apa plan yang spesifik bila di Chiang Mai ni, main redah dan google sahaja apa yang kami rasa berminat untuk pergi. So hari ini setelah berbincang antara aku, Eerie dan Umar, akhirnya kami memutuskan untuk ke Perkampungan Karen. Ye lucu bunyinya, tapi di situlah tempatnya keunikan suatu masyarakat tradisional yang masih wujud sehingga ke hari ini: Karen, Long Neck Village. Lepas sarapan ringkas di hotel, kami bersiap untuk misi hari ini. Teksi yang kami sewa semalam tiba tepat pada masanya. Pemandunya, Pak Somchai, seorang lelaki pertengahan umur dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Ramah gila orangnya. Dia siap bercerita tentang Chiang Mai sepanjang perjalanan, macam GPS hidup versi tempatan. “Kita akan lalu kawasan bukit sikit. Jalan berliku, tapi pemandangan cantik,” kata Pak Somchai sambil membelok ke jalan kecil yang dikelilingi kehijauan. Sepanjang perjalanan, mata aku tak lepas dari menikmat...

The Other Side of Malacca - Padang Pasir dan River Cruise (UNESCO)

Image
Assalammualaikum! Hari ni pepagi lagi aku dah gerak pegi opis, dengan hujan yang amat lebat, selamba aku redah semata-mata nak sampai awal lah kononnya. Sebab apa aku beria-ia nak sampai awal yer? pukul berapa aku samapi kat opis yer? Aku sampai opis pagi tadi dalam pukul 7.15 pagi. Actually tak le awal sangat pon. Semuanya gara-gara satu lawatan yang aku kena pergi bersama-sama dengan Dato' KP aku, sorang bos besar dan sorang bos kecik. Hahahah di sebabkan lawatan ni je, seminggu aku berhempas pulas siapkan apa yang patut. Dan hari ini adalah harinya...Melaka aku kembali!!! Memang sepanjang-panjang perjalanan dari Putrajaya ke Seremban hujan turun dengan lebatnya...tapi selepas itu cuaca kembali cerah. Alhamdulillah, kalau tak macamanalah kami nak membuat spotcheck kat tempat tu. Sampai Melaka dalam pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah, team Melaka pon dah sedia menunggu. Apa lagi, tanpa membuang masa, kami pon bertolak ke tempat yang hendak dituju, iaitu PULAU MELAKA!!! Apa...