2019-12-31

Best of Nine 2019 - Janggel Punya

Assalammualaikum!!!


Rasanya ini last post untuk tahun 2019, sekadar berkongsi memori. Best nine of 2019 (sebenarnya ikut jumlah banyak LIKE kat Instagram je :p. Harapannya supaya tahun 2020 menjadi tahun yang gemilang dan terbilang buat aku dan kamu! 

Psst: Macam tak percaya akhirnya kita bakal jumpa juga dengan tahun 2020. Dulu-dulu masa zaman sekolah kita cuba nak bayangkan macamana lah tahun 2020 tu kan. Hahaha finally the year will come. (tahun kereta terbang ;p ) 
1. Kundasang, the magnificent Mount Kinabalu; 2. Masjid Al Nabawi, Madinah; 3. Great Pyramid of Giza, Egypt; 4. The  Sphinx, Egypt; 5. The Great Pyramids of Giza (Again); 6. Rumah Atok dan Opah, Ipoh ;p ; 7. Masjid Al Nabawi, Madinah (Again); 8. Kebun Kurma, Mekah; 9, Masjidil Haram, Mekah
WASSALAM.

2019-12-26

Akhirnya 2019 Pun Berlalu Pergi

Assalammualaikum!!!

Setelah sekian lama akhirnya aku ada kekuatan untuk menulis di ruangan ini semula! Hahahaha itulah kehidupan, ada pasang dan surutnya. Sekejap malas sekejap rajin, sekejap pandai, sekejap bodoh, sekejap cantik sekejap hodoh...ada pro and con. 

Done intro.

2019 tahun penuh pancaroba. Tak ada yang nak dibanggakan sangat pun, dan aku seperti biasa, sendiri mengurus kehidupan di atas 'kayangan' dan keluarga. perhatian lebih kepada mommy and daddy yang semakin tua dan sering diganggu kesihatannya. Alhamdulillah aku masih sempat 'menjaga' mereka sementara masih ada. Memang itu yang aku doa dan niatkan setiap masa sekarang ni. Untuk perkara lain jatuh ke tempat kedua. Sekarang ni pun aku dah jarang ke mana-mana melainkan kerana urusan kerja. 

Apa yang aku nak highlight kat sini:

UMRAH 2019

Alhamdulillah dapat peluang mengerjakan Umrah buat kali kedua bersama 2 orang sahabat. Sebenarnya aku takda plan pun nak pergi umrah tahun ni, tapi bila kawan aku yang sorang ni beria ajak, aku pun setuju. Paduhal dalam masa yang sama aku celaru pikir macamana nak cari duit untuk buat umrah ni. Serius aku cakap yang masa tu aku takda simpanan yang cukup dan banyak benda nak kena bayar especially monthly commitments yang memang dah terang-terangan wajib bayar. Alhamdulillah, aku pernah dengar satu ceramah dari ustad mana tah (aku lupa), katanya umrah ni sebenarnya adalah jemputan daripada Allah, kalau dia dah jemput kita maka semua urusan kita akan dipermudahkan. Syukur dapat jugak aku pergi ke sana. Bila aku pikir balik, betul apa yang ustad tu cakap, kalau Allah tak jemput tu, banyak mana duit kau ada, atau sebersedia mana pun ko, belum tentu lagi ko dapat pergi ke sana. *fikirkan*

Dapat jugak sentuh Piramid :)
Bergambar dengan 3 Piramid terbesar.
Umrah 2019. Semoga dijemput lagi ke sini.
Ada sikit video kalau nak tengok.


SAKIT

Kemudian ada pula ujian datang bertubi-tubi. Mula-mula ayah aku sakit kena demam chikugunya. Pernah dengar? Chikugunya ni penyakit bawaan nyamuk aedis seakan-akan demam denggi tapi lebih teruk sebab ia menyerang otot-otot dan sendi-sendi seluruh badan. Badan akan rasa sakit dan lenguh-lenguh. Ayah aku sampai tak boleh nak berjalan, kena bertongkat. Alhamdulillah dalam seminggu ayah aku dah baik demam, tapi lepas tu aku pulak kena demam yang sama. Terlantar 3 hari tak boleh nak bangun. Lutut dan siku aku sakit gila tak boleh nak bergerak sangat. Nasib baik aku kena tak lama, dalam 3 hari dah kebah, tapi sendi-sendi masih sakit. Kemudian, part paling teruk, mak aku pulak kena, terlantar sampai kena tahan wad 4 hari di Hospital Teluk Intan. Allahu, masa tu aku tak tau nak buat macamana dah, dengan sakit aku pun tak baik lagi, ayah aku pun tak baik lagi sakit-sakit sendi tu....la ni mak aku pulak. Habis satu rumah kena cikugunya. Berulang lah hari-hari pegi hospital Teluk Intan sampai mak aku discharge.  Alhamdulillah lepas 4 hari mak aku dah boleh discarge.

Tapi, 2 hari lepas tu mak aku warded semula, kali ni aku bawak sendiri ke Hospital Ipoh, sebab yang sama, demam chikugunya. Rupanya bukan aku sekeluarga je yang kena, satu kampung aku kena wabak ni. Jiran sebelah rumah, rumah depan, rumah hujung semua kena, cumanya kes mak aku paling teruk sampai warded. 

Mak aku warded kat Hospital Ipoh 5 hari, tapi sebelum tu duduk dalam wad kecemasan 24 jam. Stress betul aku. Lepas 5 hari, mak aku dah boleh discharge. Dan episod seterusnya pulak, 3 hari selepas discharge, mak aku akan lalui operation untuk breast cancer dia, Allahu, aku dah tanya kat doctor boleh ke nak postpone operation sebab keadaan mak aku masih lemah akibat demam chikugunya tu. Tapi doctor kata tak payah postpone, teruskan aja jangan tunggu-tunggu. Dengan berat hati, aku pasrah je lah. Gila sedih weh tengok keadaan mak aku masa tu, dengan lemahnya, nangis dalam hati je lah. Alhamdulillah akhirnya operation selelsai. Syukur mak aku dah beransur ok. Seminggu jugak lagi aku duduk hospital teman mak aku siang malam. Semua yang jadi ada hikmahnya kan? Yang penting kena tabah je lah.

So sekarang ni, sendi-sendi aku pun masih sakit, tak boleh nak angkat barang berat-berat sangat. Doktor cakap, sakit chikugunya ni boleh sampai setahun dia punya efek sakit sendi tu. Allahu, lama gilak! Ni pun masa menaip ni masih sakit lagi...lepas tu kulit-kulit tangan dan kaki akan menggelupas. Yes semua tu jadi juga kat aku, ayah aku dan mak aku. Tak tau la sampai bila dia nak hilang. Takde ubat apa-apa pun, just minum air banyak je la kot.

Mak ku pulak, alhamdulillah dah sebulan lebih lepas operation dan dia sangat positif. Sokongan keluarga sangat penting untuk pesakit cancer ya. lepas nhi masuk fasa kimoterapi pulak, tak tau la macamana, doakanlah mak aku sihat seperti biasa ya. 

Benda ni aku tak cerita kat siapa-siapa pun sebelum ni, hanya pada family terdekat je. Aku malas nak layan bila orang tanya itu ini pada masa tu. Aku stress bila orang call tanya macam-macam sampai aku malas nak angkat call. Handphone mak aku pun aku offkan je. So sekarang alhamdulillah semua beransur baik. 

Ok panjang pulak aku menulis harini. Just an update, supaya aku ingat benda ni sampai bila-bila. Kesimpulannya, jagalah kesihatan dan keluarga kita. Doakan jugak aku dan family sihat seperti biasa. 

Semoga tahun 2020 lebih baik dan ceria buat kita semua! 

WASSALAM.

POPULAR POSTS